mach113 full contents

16
Pengenalan Perkhidmatan Kesihatan Keluarga Bukan sahaja keluarga adalah unit asas dalam sosio-masyarakat sesebuah Negara, malah keluarga adalah merupakan unit yang paling dinamik dan berpengaruh. Perkara ini menjadi fokus utama kepada pembentukan kesihatan keluarga apabila melihat pada sudut makro peranan keluarga dalam fungsi bermasyarakat. Memahami struktur keluarga, peranannya dan fungsinya adalah kunci dalam menyediakan penjagaan kesihatan yang komprehensif. Perkhidmatan kesihatan keluarga adalah sebuah proses perubahan tingkah laku yang berlaku dalam lingkungan individu dan komuniti. Tujuannya untuk meningkatkan status kesihatan ke peringkat yang maksimum melalui usaha dan kemampuan setiap anggota masyarakat. Matlamat utama adalah untuk meningkatkan daya pengetahuan, membina sikap serta praktikal dalam mengamalkan tingkahlaku yang sihat supaya dapat mencapai taraf kesihatan keluarga yang optimum. Objektif perkhidmatan kesihatan keluarga antaranya adalah mengubah tingkah laku kesihatan daripada aspek pengetahuan, sikap dan amalan ke arah mengurangkan risiko mendapat penyakit yang berkaitan dengan amalan hidup yang tidak sihat. Di samping itu, melihat peranan keluarga dalam konteks yang lebih makro iaitu pembangunan sesebuah negara. Keluarga juga adalah sebagai segmen utama sesebuah masyarakat dalam menyalurkan informasi berkaitan mesej-mesej kesihatan sama ada daripada pihak kerajaan, swasta atau pertubuhan bukan kerajaan (Non-Governmental Organization). Objektif yang seterusnya adalah untuk meningkatkan tahap literasi kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu keupayaan setiap ahli keluarga untuk mencapai, menilai dan memahami maklumat asas kesihatan yang disampaikan oleh pegawai-pegawai kesihatan serta bagaimana mereka menggunakan maklumat tersebut ke arah mencapai tingkah laku kesihatan yang digariskan. 1

Upload: muhamad-luqman

Post on 09-Apr-2016

66 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kesihatan keluarga

TRANSCRIPT

Page 1: Mach113 Full Contents

Pengenalan Perkhidmatan Kesihatan Keluarga

Bukan sahaja keluarga adalah unit asas dalam sosio-masyarakat sesebuah Negara, malah

keluarga adalah merupakan unit yang paling dinamik dan berpengaruh. Perkara ini menjadi

fokus utama kepada pembentukan kesihatan keluarga apabila melihat pada sudut makro

peranan keluarga dalam fungsi bermasyarakat. Memahami struktur keluarga, peranannya

dan fungsinya adalah kunci dalam menyediakan penjagaan kesihatan yang komprehensif.

Perkhidmatan kesihatan keluarga adalah sebuah proses perubahan tingkah laku

yang berlaku dalam lingkungan individu dan komuniti. Tujuannya untuk meningkatkan status

kesihatan ke peringkat yang maksimum melalui usaha dan kemampuan setiap anggota

masyarakat. Matlamat utama adalah untuk meningkatkan daya pengetahuan, membina

sikap serta praktikal dalam mengamalkan tingkahlaku yang sihat supaya dapat mencapai

taraf kesihatan keluarga yang optimum.

Objektif perkhidmatan kesihatan keluarga antaranya adalah mengubah tingkah laku

kesihatan daripada aspek pengetahuan, sikap dan amalan ke arah mengurangkan risiko

mendapat penyakit yang berkaitan dengan amalan hidup yang tidak sihat. Di samping itu,

melihat peranan keluarga dalam konteks yang lebih makro iaitu pembangunan sesebuah

negara. Keluarga juga adalah sebagai segmen utama sesebuah masyarakat dalam

menyalurkan informasi berkaitan mesej-mesej kesihatan sama ada daripada pihak kerajaan,

swasta atau pertubuhan bukan kerajaan (Non-Governmental Organization). Objektif yang

seterusnya adalah untuk meningkatkan tahap literasi kesihatan dalam kalangan rakyat

Malaysia iaitu keupayaan setiap ahli keluarga untuk mencapai, menilai dan memahami

maklumat asas kesihatan yang disampaikan oleh pegawai-pegawai kesihatan serta

bagaimana mereka menggunakan maklumat tersebut ke arah mencapai tingkah laku

kesihatan yang digariskan.

1

Page 2: Mach113 Full Contents

Definisi Kesihatan Keluarga

Definisi perkhidmatan kesihatan keluarga adalah sebagai program penjagaan kesihatan

yang berfokuskan kepada hubungkait kekeluargaan dengan tingkahlaku atau aktiviti

kesihatan yang dirancang bagi membolehkan sesuatu keluarga mencapai kesihatan yang

holistik. Menurut Spradley dan Allender pada tahun 1996, kesihatan keluarga diukur pada

sejauh mana berkesannya fungsi sesuatu keluarga sebagai satu unit dan tidak hanya

melibatkan kesihatan individu dalam keluarga tersebut tetapi meliputi bagaimana mereka

berhubung antara satu sama lain dengan komuniti. Manakala, menurut Phoon dan Chen

pada tahun 1987, kesihatan keluarga adalah kesihatan yang diberi penekanan terhadap

seisi keluarga.

2

Page 3: Mach113 Full Contents

Tanggungjawab Keluarga

Keluarga terbahagi kepada tiga antaranya keluarga nuklear, keluarga besar dan keluarga

tunggal. Keluarga nuklear adalah struktur yang kecil terdiri daripada ibu bapa dan anak-

anak. Keluarga besar adalah struktur yang lebih luas dan bersambungan kepada datuk dan

nenek atau saudara-mara yang tinggal sebumbung. Manakala keluarga tunggal pula adalah

salah seorang ibu atau bapa yang memelihara anak-anak.

Keluarga bertanggungjawab mencari sumber ekonomi untuk menampung keperluan

harian dan menyara seisi keluarga. Jika aspek ini diabaikan, besar kemungkinan akan

menjejaskan kerukunan rumahtangga dan membawa kepada kemerosotan tahap kesihatan

akibat daripada kekangan kewangan.

Selain itu, keluarga perlu memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-

anak dalam kondisi yang harmoni dan penuh kasih sayang. Ibu bapa wajib mempelajari

teknik keibubapaan yang efektif dengan menggunapakai prinsip toleransi dan motivasi. Hal

ini supaya anak-anak mendapat peluang kerjaya yang cerah di masa hadapan.

Seterusnya, keluarga hendaklah menjalinkan hubungan sosial yang erat sesama ahli

keluarga dan komuniti. Antaranya tegur-menegur antara satu sama lain, mengadakan riadah

dan bergotong-royong bersama masyarakat.

Akhir sekali, keluarga berperanan memberi sokongan dan semangat terhadap

anggota keluarga. Tidak kira dalam apa jua keadaan gembira atau sebaliknya, hendaklah

sentiasa menjadi tulang belakang kepada keluarga.

3

Page 4: Mach113 Full Contents

Kepentingan Kesihatan Keluarga

Kesihatan keluarga berkepentingan dalam mewujudkan struktur keluarga yang mampu

berinteraksi dengan mudah sesama ahli keluarga mahupun dengan komuniti.

Penyakit fizikal, mental dan sosial yang berhubungkait dengan ahli keluarga dapat

dirawat secara spesifik. Contohnya penyakit yang dikaitkan dengan genetik, penyakit

bersebab daripada amalan tingkahlaku yang tidak sihat, penyakit berjangkit dan penyakit

yang berpunca daripada kecederaan. Perkhidmatan ini mengajar cara merawat ahli keluarga

yang mendapat penyakit tersebut dengan betul.

Di samping itu, peningkatan faktor-faktor yang mampu mengancam institusi

kekeluargaan dapat dibendung dengan kadar segera. Contohnya peniruan budaya dari

Barat, penghijrahan ke bandar dan kehidupan anti-sosial, ibu bapa yang sibuk bekerja dan

hilangnya pegangan hidup atau nilai-nilai murni.

Akhir sekali, pentingnya kesihatan keluarga dalam bentuk pendidikan kepada

keluarga dan masyarakat. Misalnya, memberi pendidikan kepada pasangan yang mahu

berkahwin atau baru berkahwin, membimbing ibu bapa mengenai pengurusan rumahtangga

dan penjagaan anak-anak serta menyedarkan masyarakat mengenai perubahan tren sosial.

4

Page 5: Mach113 Full Contents

Komponen Perkhidmatan Kesihatan Keluarga

Penanda aras kepada taraf kesihatan sesebuah Negara adalah pada statistik kesihatan

berkaitan kumpulan wanita yang subur dan kanak-kanak. Perkhidmatan ini merupakan

sebahagian daripada sembilan elemen kesihatan primer yang menjadi teras perkhidmatan

kesihatan ke arah keluarga sihat dan kehidupan berkualiti. Berikut adalah contoh carta

organisasi klinik kesihatan ibu dan anak (Rajah 1.1).

Perkhidmatan keluarga terpecah kepada sebelas komponen utama antaranya

kesihatan antenatal, kesihatan posnatal, perkhidmatan perancangan keluarga, kesihatan

kanak-kanak, kesihatan remaja, kesihatan wargatua, kesihatan mental komuniti, kesihatan

sekolah, pemakanan dan dietatik, perkhidmatan rehabilitatif dan pusat bersalin alternatif.

Rajah 1.1 Carta Organisasi Kesihatan Ibu dan Anak Bahagian Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan Negeri Johor

Kesihatan Antenatal

Objektif kesihatan antenatal adalah memastikan kesihatan ibu semasa proses

mengandung, bersalin dan selepas bersalin. Ini membolehkan ibu bersedia menghadapi

proses mengandung, kelahiran dan penjagaan bayi. Selain itu, mengenalpasti dan

mengendalikan masalah ketika ibu mengandung serta memastikan kelahiran yang selamat

kepada ibu yang mengandung.

5

Page 6: Mach113 Full Contents

Aktiviti utama kesihatan antenatal adalah mengenalpasti tahap risiko ibu

mengandung melalui sistem kod merah, kuning, hijau dan putih. Selain itu, melakukan

pemeriksaan fundus pada abdomen. Klinik antenatal juga akan meminta ujian makmal bagi

mengetahui perimeter kesihatan ibu hamil. Pemeriksaan fizikal seperti kebersihan diri bagi

mengelakkan anaemia. Seterusnya, pendidikan kesihatan dan pendidikan keibubapaan juga

akan diberikan sebagai pendidikan awal di samping melakukan pemeriksaan ujian

ultrasound untuk mengetahui kondisi bayi dalam kandungan.

Kesihatan Posnatal

Skop kesihatan posnatal adalah untuk ibu bersalin termasuk bayi sehingga enam

minggu selepas tarikh melahirkan anak. Perkhidmatan ini mengaplikasikan kaedah kuratif,

preventatif dan promotif. Bagi tindakan susulan, semua kelahiran perlu dilaporkan kepada

personel kesihatan yang bertugas dalam tempoh 24 jam.

Tujuan perkhidmatan ini disediakan bagi membantu ibu dalam penyusuan bayi

secara eksklusif sekurang-kurangnya selama tempoh enam bulan. Seterusnya, memberi

penjagaan kesihatan yang berterusan kepada bayi dan ibu di rumah seperti perkhidmatan

kejururawatan iaitu mengadakan lawatan ke rumah dalam tempoh 24 jam selepas bersalin.

Selain itu, mengesan masalah kesihatan ibu dan bayi melalui pemeriksaan dan rawatan di

klinik seperti pemeriksaan fizikal bagi mengesan masalah yang mungkin timbul.

Perancangan Keluarga

Perkhidmatan perancangan keluarga adalah salah satu cara menjarakkan kehamilan

dan membantu mereka yang mengalami masalah infertiliti atau kemandulan. Manakala

infertiliti pula terbahagi kepada dua iaitu primer iaitu tidak hamil dalam tempoh lima tahun

walaupun aktif dalam hubungan kelamin dan sekunder iaitu disebabkan oleh masalah

penyakit tertentu seperti kekurangan hormon.

Tujuannya menggalakkan perancangan dan menjarakkan kelahiran dalam keluarga.

Membantu pemilihan kaedah perancangan keluarga yang sesuai oleh pasangan. Selain itu,

memberi kaunseling, khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan kepada pasangan seperti

teknik pemeriksaan sendiri payudara. Pengesanan awal barah juga dapat dikenalpasti

sekiranya ada seperti barah servik.

Kesihatan Kanak-kanak

Perkhidmatan kesihatan kanak-kanak merangkumi kanak-kanak peringkat pra

sekolah atau berumur enam tahun dan ke bawah. Objektifnya adalah memberi perlindungan

kepada kanak-kanak melalui program immunisasi lengkap iaitu primer immunisasi mengikut

6

Page 7: Mach113 Full Contents

jadual berkala. Selain itu, mengesan kanak-kanak yang bermasalah seperti Down’s

syndrome dan merujuknya kepada pihak yang berkaitan. Penjagaan dan tindakan susulan

seperti melakukan antropometri, perkembangan psikomotor dan cara pengambilan

makanan. Akhir sekali, memberikan pendidikan kesihatan kepada ibu bapa iaitu khidmat

kaunselor atau lawatan ke rumah jika perlu.

Kesihatan Remaja

Skop perkhidmatan remaja yang berumur 10 hingga 19 tahun merangkumi pelbagai

disiplin. Antara objektif utama adalah memberi perkhidmatan yang meliputi aspek promosi

dan pendidikan kesihatan seperti penekanan kepada amalan cara hidup yang sihat.

Pencegahan penyakit berjangkit adalah sebagai langkah-langkah awal. Manakala rawatan

asas seperti simptom kedatangan haid, obesiti dan sakit kepala juga disediakan. Rehabilitasi

dan kebajikan pula berperanan meningkatkan psikologikal remaja.

Kesihatan Wargatua

Perkhidmatan kesihatan wargatua merupakan elemen yang baru diperkenalkan pada

akhir tahun 90an hanya buat mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas. Satu

perkhidmatan yang komprehensif disediakan di peringkat primer merangkumi aspek

promosi, preventif, kuratif dan rehabilitatif.

Fokus utama adalah memberi pendidikan kesihatan berkenaan penjagaan kesihatan

kepada wargatua. Penjaganya turut mendapat khidmat nasihat bagi mencapai kesihatan

optimum atau ketika krisis kesihatan. Selain itu, membenarkan tindakan susulan selepas

wargatua discaj dari hospital. Penilaian keperluan asas wargatua juga penting seperti

komunikasi, pemakanan, eliminasi, keselamatan dan perlindungan.

Kesihatan Mental Komuniti

Konsep kesihatan mental adalah mengintegrasikan pesakit ke dalam persekitaran

atau komuniti yang dibiasai baginya. Perkhidmatan ini melibatkan disiplin kejururawatan,

pegawai kebajikan masyarakat, jurupulih carakerja dan pegawai perubatan. Pasukan yang

ditubuhkan akan membuat lawatan susulan ke atas pesakit yang didaftar selain memberi

kaunseling kepada keluarga pesakit, promotif, kuratif, preventif dan rehabilitatif.

Pemakanan dan Dietatik

Disiplin perkhidmatan ini diberikan oleh personel kesihatan yang bertugas di unit

pesakit luar dan di klinik ibu dan anak. Perkhidmatan ini berperanan mempromosikan

amalan pemakanan seimbang mengikut piramid makanan serta memberi bantuan kepada

wargatua dan miskin. Perkhidmatan yang dijalankan terhadap kanak-kanak bawah enam

7

Page 8: Mach113 Full Contents

tahun adalah bantuan makanan kering bagi kes kekurangan zat makanan (KZM).

Seterusnya, khidmat kaunseling pemakanan kepada pesakit yang obes atau remaja yang

hilang selera makan. Bagi ibu mengandung pula diberikan kapsul haematinik dan nasihat

penyusuan di samping wargatua diberikan multivitamin.

Perkhidmatan Rehabilitatif

Perkhidmatan rehabilitatif khusus kepada golongan cacat anggota kekal, mental,

wargatua dan mereka yang memerlukan pada peringkat primer secara komprehensif.

Perkhidmatan yang disediakan adalah fisioterapi, pemulihan cara kerja, penjagaan peripatik,

penjagaan harian kes-kes mental dan pendidikan kesihatan atau khidmat nasihat berkenaan

rehabilitatif.

Pusat Bersalin Alternatif

Perkhidmatan ini khas untuk klinik kesihatan yang jauh dari hospital. Antara kes yang

dibenarkan adalah jarak kelahiran lebih dua tahun tetapi kurang dari lima tahun, tiada

kecacatan outlet pelvis dan mereka yang tidak berisiko semasa mengandung. Kes-kes

sebegini hanya dibenarkan untuk mereka yang mengandung dengan tag putih dan hijau

sahaja. Tujuannya adalah menyediakan tempat bersalin yang lebih selamat bagi kawasan

luar bandar.

8

Page 9: Mach113 Full Contents

Peranan Pembantu Pegawai Perubatan

Pembantu pegawai perubatan (PPP) adalah sebuah profesion yang kompleks dan fleksibel

merangkumi pelbagai bidang kesihatan. Dalam skop perkhidmatan ibu dan anak, PPP

mempunyai pelbagai tugas dan fungsi.

Antaranya dalam kesihatan antenatal, PPP bertanggungjawab mengesan ibu hamil

dan merujuk kes berkenaan kepada pegawai perubatan ketika personel berkenaan tiada.

Berdasarkan bidang kuasa PPP, rujukan ke hospital atau tindakan yang bersesuaian boleh

dilakukan. PPP juga berperanan mengesan penyakit atau kondisi berisiko kepada ibu hamil

seperti hipertensi. Selain itu, merawat kes-kes ringan seperti alahan mengandung.

Bagi kesihatan posnatal, skop bidang PPP adalah mengesan komplikasi yang

dialami ibu selepas bersalin dan bayi. Seterusnya, memeriksa dan merawat kes-kes rujukan

klinik antenatal sekiranya ketiadaan pegawai perubatan. Kes kecemasan seperti ibu bersalin

juga menjadi tugas PPP selain memberikan promosi kesihatan dan khidmat kaunseling.

PPP juga berperanan besar dalam perkhidmatan perancangan keluarga iaitu

mengenalpasti pasangan yang bermasalah dan mengesan sebarang kesan sampingan

daripada kaedah kontraseptif seterusnya membuat rujukan kepada pegawai perubatan.

Selain itu, bekerjasama dalam promosi, pendidikan dan aktiviti kaunseling.

Berkaitan dengan kesihatan kanak-kanak, PPP menilai, memeriksa dan merawat

kanak-kanak mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan seterusnya merujuk kepada pihak

berwajib. PPP juga bekerjasama dalam menjalankan promosi dan pendidikan kesihatan.

Dalam skop kesihatan remaja, PPP memainkan peranan secara langsung dan

menjadi ahli pasukan dalam mengenalpasti remaja yang bermasalah dan membuat rujukan.

Kebiasaannya, promosi dan pendidikan kesihatan, kaunseling, pemeriksaan dan

penyaringan serta rawatan ringan dilakukan PPP.

Peranan PPP dalam kesihatan wargatua adalah bekerjasama berpasukan,

mempromosi dan mendidik, aktiviti mencegah, merawat dan membuat rujukan. PPP juga

membuat penyaringan kepada status kesihatan dan memberi bimbingan cara-cara

penggunaan alatan bantuan mobiliti selain kerja-kerja merekod dan statistik.

Dari segi pemakanan dan dietatik, PPP berperanan mengesan secara pasif kanak-

kanak KZM, golongan miskin, remaja yang mengalami masalah pemakanan dan obesiti.

9

Page 10: Mach113 Full Contents

Selain itu, membuat rujukan bagi kes yang perlu, memberi multivitamin untuk wargatua,

khidmat kaunseling, promosi dan pendidikan pemakanan seimbang.

PPP berperanan mengenalpasti kes untuk khidmat rehabilitasi ke atas kes-kes

tertentu dengan persetujuan pegawai perubatan. PPP juga bekerjasama dengan anggota

pasukan, menyimpan rekod dan statistik.

Di pusat bersalin alternatif, PPP bertanggungjawab memberikan rawatan kecemasan

terhadap kes-kes semasa kelahiran dan mengenalpasti kes berisiko tinggi seterusnya

merujuk pegawai perubatan. Selain itu, PPP perlu bekerjasama dengan kakitangan

kesihatan dalam mempromosikan perkhidmatan ini.

10

Page 11: Mach113 Full Contents

Kesimpulan

Perkhidmatan kesihatan keluarga adalah salah satu cabang perubatan yang

bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan buat komuniti. Perkhidmatan

ini memberi fokus utama dalam penjagaan wanita mengandung, klinik kanak-kanak, klinik

pesakit luar dan juga sebagai pusat rawatan susulan bagi pesakit kronik seperti serangan

jantung, hipertensi dan kencing manis. Selain itu, perkhidmatan ini juga bertanggungjawab

dalam melaksanakan program-program pencegahan dan kesedaran mengenai penyakit

untuk sesebuah komuniti. Sebagaimana Malaysia yang sedang rancak menuju Wawasan

2020, usaha ini sudah dilaksanakan di setiap klinik kesihatan milik kerajaan. Oleh hal yang

demikian, sudah menjadi tanggungjawab seluruh ahli masyarakat bersama-sama personel

kesihatan untuk turut serta menjayakan agenda kerajaan dalam meningkatan taraf kesihatan

keluarga ke tahap yang optimum.

(2009 PATAH PERKATAAN)

11

Page 12: Mach113 Full Contents

Rujukan

1) Hunt, Roberta. (2001). Introduction to Community-Based Nursing (2nd ed).

Basic Concepts in Community-Based Nursing, Family Care, pages 65-74.

2) Eliopoulus, Charlotte. (1990). Health Assessment of the Older Adult (2nd ed).

Assessment of the Family System, pages 41-50.

3) Jabatan Penerangan Malaysia. (2008). Aktiviti Klinik Kesihatan Keluarga.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/1449-kesihatan-keluarga.html

4) Jabatan Kesihatan Negeri Johor. (2009). Unit Kesihatan Ibu & Anak.

http://jknjohor.moh.gov.my/bmv2/modules/mastop_publish/?tac=135

5) Pejabat Kesihatan Daerah Kinabatangan. (2008). Program Pembangunan

Kesihatan Keluarga.

http://pkdkbtn.page.tl/UNIT-KESIHATAN-KELUARGA.htm

12