lontar peluru

23
KOKO ISO 2101LONTAR PELURU DISEDIAKAN OLEH : NADIAH BINTI ABDUL WAHAB NOOR AKMAR BINTI ISMAIL @ SAID NAMA PENSYARAH : PUAN MARIANI BINTI ALI

Upload: tan-geok-tin

Post on 31-Oct-2014

88 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Garis Paduan Lontar peluru

TRANSCRIPT

Page 1: Lontar peluru

KOKO ISO 2101LONTAR PELURU

DISEDIAKAN OLEH :

NADIAH BINTI ABDUL WAHAB

NOOR AKMAR BINTI ISMAIL @ SAID

NAMA PENSYARAH :

PUAN MARIANI BINTI ALI

Page 2: Lontar peluru

FIZIKAL PELURU

• Peluru dipebuat daripada besi, tembaga atau logam• Bentuknya mesti bulat dan mempunyai pemukaan yang

licin• Berat peluru adalah berbeza mengikut peringkat peserta

dan jenis pertandingan :BIL

BERAT PELURU KELAS

1 2.72 kg MSSM Bawah 12 Lelaki/Perempuan

2 4.00 kg MSSM Bawah 18 dan Bawah 15 Perempuan

3 4.55 kg MSSM Bawah 15 Lelaki

4 5.45 kg MSSM Bawah 18

5 7.265 kg Dewasa Lelaki

6 4.005 kg Dewasa Perempuan

Page 3: Lontar peluru

PERATURAN ASAS LONTAR PELURU

• Lontaran dibuat dalam bulatan bergaris pusat 2.13m• Pelontar masuk dan keluar dari bahagian belakang

bulatan• Peluru mesti mendarat dalam sector 40⁰• Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar

bulatan atau memijak bahagian atas kayu penghadang berukuran 10cm tinggi itu semasa dan selepas peluru dilepaskan

• Pelontar boleh keluar dari bahagian belakang bulatan lontaran selepas peluru mendarat

Page 4: Lontar peluru

KEMAHIRAN ASAS LONTAR PELURU

• PEGANGAN PELURU• Pegang peluru menggunakan 3 jari ditengah-

tengah• Jari kelingking disisi peluru (memberi

sokongan sisian)• Pergelangan tangan haruslah membengkok

lurus

• MENYOKONG PELURU• Rapatkan peluru pada leher dan bahagian

bawah dagu• Pangkal tangan menghadap ke luar dan siku

berada jauh sedikit daripada badan

Page 5: Lontar peluru

TEKNIK MELONTAR PELURU

• Gaya berdiri dan melontar (tanpa lungsuran)

• Gaya melungsur selangkah

• Gaya Parry O’ Brien

Page 6: Lontar peluru

GAYA BERDIRI DAN MELONTAR (TANPA LUNGSURAN)

Lakuan sedia• Peserta berdiri di hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghala ke arah lontaran.

• Letak peluru di bahagian yang sesuai (di bawah telinga)

• Rendahkan badan dan bengkokkan kaki kanan yang terletak hampir dengan garis pusat bulatan.

• Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakang

Kilasan badan• Bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan

• Kemudian diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan ke atas

• Serentak dengan kesemua pergerakan ini tangan harus mula menolak peluru

Lontaran• Tolakan peluru perlu diteruskan dengan kaki belakang (kaki kanan) diluruskan sambil menekan

ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat

• Peluru dilontar keluar dari tangan menuju ke hadapan dan ke atas

• Tangan pelontar mengakhiri pergerakan ini dalam keadaan lurus

Page 7: Lontar peluru

GAYA MELUNGSUR SELANGKAH

Lakuan sedia• Peserta berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan lontaran

• Letak peluru di bawah telinga, bongkokkan badan dengan membengkokkan kaki kanan.

• Kaki kiri dibiarkan selesa (bengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan dengan hujung kaki)

• Tangan bebas berperanan untuk mengimbangi kedudukan badan dan ia diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit

Lungsuran• Dripada lakkuan sedia menolakk dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat membuat

lungsuran ke bahagian tengah bulatan.

• Lungsuran mesti dilakukan secara pantas dan licin

• Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas kaki kanan, manakala bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok (jangan tegakkan badan semasa melungsur)

• Kaki kiri pelontar diletakkan di hadapan bulatan

Kilasan badan • Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat, pinggul kanan

dipusing ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan.

• bahu dan tangan kanan (yang memegang peluru) masih menghala ke belakang

Page 8: Lontar peluru

Lontaran• Apabila kilasan badan itu selesai (badan menghadap ke arah llontaran), kaki yang melungsur

(kaki kanan yang di belakang) menolak dengan kuat sehingga badan terangkat melentik.

• Disusuli pula dengan pergerakan menolak peluru ~ bermula dengan bahu diikuti dengan tangan yang memegang peluru

• Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat.

• Kedua-dua kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar

Pulihan• Ia bertujuan bagi mengelak pelontar hilang keimbangan dan terjatuh di kawasan hadapan

selepas melepaskan peluru ~ pergerakan pulihan hendaklah dilakukan jika perlu

• Bawa kaki kanan ke hadapan bulatan (belakang papan penahan) dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membanu imbangan badan

Page 9: Lontar peluru

GAYA PARRY O’ BRIEN

1. Memegang peluru yang terletak di tapak jari tangan kanan, dengan siku dibengkokkan dan peluru terletak di atas bahu. 2. Pembaling mengambil

posisi mulaan dengan belakangnya menghadap ke arah lontaran dan berdiri di bahagian belakang bulatan.

3. Sebagai persediaan untuk luncuran, pembaling membongkokkan badannya ke hadapan dan pada masa yang sama membengkokkan kaki kanannya yang berada di hadapan. Kaki bebas (kaki kiri) diletak di belakang untuk mengimbangkan badan.

4. Kaki bebas di bawa ke hadapan sebagai persediaan untuk luncuran.

Page 10: Lontar peluru

5. Untuk memulakan luncuran, kaki kiri ditendang ke belakang ke arah lontaran, diikuti serta merta dengan meluruskan kaki kanan. Kaki kanan meluncur atas tapak kaki yang rata ke tengah bulatan.

6. Kaki kiri diletakkan serta merta dekat papan penahan tanpa mengubah kedudukan bahagian atas badannya.

7. Kaki diluruskan dengan cepat dan badan di angkat dan memutar sedikit

8. Kaki kanan menggerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan. Bahu menghadap ke hadapan.

9. Siku Kanan diangkat tinggi untuk menghasilkan lontaran yang amat berkesan sementara kaki kiri masih menyentuh bulatan sehingga peluru telah dilepaskan dari tangan.

10. Untuk mencegah diri dari terjatuh ke luar bulatan, pembaling akan melompat untuk memindahkan berat badannya daripada kaki kiri ke kanan.

Page 11: Lontar peluru

CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN

• Jarak lontaran diukur dari kesan lontar peluru di kawasan mendarat sehingga ke bahagain dalam penahan atau garis bulatan

• Hujung pita ukur ditempatkan pada bahagian kesan peluru yang paling dekat dengan bulatan lontaran

• Pita ukur ditarik sehingga di tengah bulatan

• Bacaan pita yang bertemu dengan bahagian dalam penahan akan m

Page 12: Lontar peluru

PERATURAN MELONTAR PELURU

1. Peluru dilontar dari bahu dengan satu tangan sahaja.

2. Kedudukan tangan yang melontar peluru tidak boleh rendah daripada kedudukan tangan semasa memegang.

3. Lontaran dibuat dari dalam bulatan.

Page 13: Lontar peluru

4. Pembatalan berlaku;

a. Jika pelontar menyentuh mana-mana kawasan di luar bulatan.

(b) Jika pelontar keluar dari bahagian hadapan bulatan selepas melontar

(c) Bila pelontar menyentuh bahagian atas penyendal di hadapan bulatan.

(d) Pelepasan peluru yang tidak betul:i. Semasa melontar kedudukan tangan lebih rendah

daripada tangan sebelum lontaran dibuat

ii. Jika tidak dibawa ke belakang bahu, tangan yang melontar

(e) Bila pelontar melebihi masa 1 minit yang dibenarkan

Page 14: Lontar peluru

5. Jika pelontar perlu melakukan lontaran dua kali berturut-turut, maka masa 2 minit dibenarkan di antara dua lontaran tersebut.

6. Bendera kuning diangkat 15 saat sebelum tempoh yang dibenarkan tamat.

7. Hakim berkuasa menukar tempat pertandingan tetapi ini mesti dilakukan selepas satu pusingan lontaran dibuat.

Page 15: Lontar peluru

8 . Pertandingan bermula , maka tidak boleh menggunakan alatan untuk tujuan latihan tidak kira guna bulatan, alat atau tanpa alat yang boleh tinggalkan kesan.

9. Tidak boleh balut tangan kecuali luka.

10. Tidak boleh memakai sarung tangan.

11. Pakaian hendaklah sopan tidak menjolok mata.

Page 16: Lontar peluru

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

1. Selalu pastikan kawasan peluru mendarat sesuai dan bebas dari gangguan.

2. Pastikan orang yang berada di keliling peserta memerhatikan apa yang sedang dilakukan dan akan dilakukan oleh perserta.

3. Bila lontaran dibuat dalam kumpulan, ia mesti dilontar serentak dan bila memunggut peluru juga dilakukan serentak.

Page 17: Lontar peluru

4. Pastikan setiap peserta atau murid sudah di ajar cara-cara memegang dan membawa peluru dengan cara yang betul. Beri masa yang cukup untuk murid memegang peluru.

5. Semua lontaran mesti ke satu arah sahaja. Tidak ke arah kawan mereka.

6. Murid mestilah diletakkan sepanjang satu garis lurus dan sekurang-kurang berjarak 5 meter antara satu sama lain.

7. Pastikan tidak ada murid yang melintas garisan lontaran selagi lontaran belum lagi dibuat atau peluru mendarat. Mereka mestilah mengikut giliran dalam membuat lontaran.

Page 18: Lontar peluru

8. Murid yang melontar dengan tangan kiri mestilah diletakkan dalam satu kumpulan

9. Pastikan blok kayu tidak bergigi atau tajam.

10. Jika peluru lembab atau basah, sapu dulu dengan kain.

11. Arahan guru mestilah TERANG, JELAS dan TEGAS

Page 19: Lontar peluru

LATIHAN KEMAHIRAN

1) Latihan menggunakan bola besar. Memegang bola besar (2 tangan) di sebelah bahu kanan secara berdiri dan melangkah. Tolak bola ke depan (kiri/kanan)

Page 20: Lontar peluru

2) Latihan berpasangan

• Duduk berhadapan dengan pasangan. Pegang bola dengan 2 tangan atas bahu kanan/kiri. Tolak bola ke pasangan yang bertentangan.

• Melutut berhadapan dan tolak ke pasangan yang bertentangan (kiri / kanan)

• Berdiri berhadapan dan tolak bola ke pasangan yang bertentangan (kiri / kanan)

Page 21: Lontar peluru

Latihan Ketinggian Lontaran

Page 22: Lontar peluru

Latihan Jarak Lontaran  

• Tandakan gelung rotan pada 3 kedudukan dekat, sederhana dekat dan jauh. Pelajar akan melontar ke dalam mana-mana gelung rotan tersebut.

Page 23: Lontar peluru

Latihan Ketepatan

• Tandakan gelung rotan dan pelajar akan melontar ke dalam gelung rotan tersebut.