lontar peluru tahun 6

11
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tarikh : 11 September 2013 Tahun : 6 Arif Masa : 7.45 pagi – 8.15 pagi Bilangan Murid : 20 orang Tunjang : Kemahiran Tajuk : Olahraga Sub tajuk : Lontar peluru Objektif Pengajaran dan pembelajaran : Diakhir pembelajaran murid dapat : Psikomotor : Melakukan teknik asas lontar peluru dengan betul dan selamat. Kognitif : Dapat menyatakan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 fasa-fasa lontar peluru. Afektif : Menanamkan sikap berhati- hati dan mementingkan keselamatan ketika

Upload: hasifah-hashim

Post on 12-Dec-2015

415 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

lontar peluru

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tarikh : 11 September 2013 Tahun : 6 Arif Masa : 7.45 pagi – 8.15 pagi Bilangan Murid : 20 orang Tunjang : KemahiranTajuk : OlahragaSub tajuk : Lontar peluru

Objektif Pengajaran dan pembelajaran :

Diakhir pembelajaran murid dapat :

Psikomotor : Melakukan teknik asas lontar peluru dengan betul dan selamat.

Kognitif : Dapat menyatakan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 fasa-fasa lontar peluru.

Afektif : Menanamkan sikap berhati- hati dan mementingkan keselamatan ketika melakukan aktiviti.Afektif : Mengikut arahan guru Penggabungjalinan : Bahasa Melayu dan Matematik Pengetahuan Sedia Ada Murid :

Murid pernah melihat acara lontar peluru dikejohanan sukan sekolah. BBM : Peluru, gelanggang lontaran dan skitelPenerapan Nilai : Peka pada situasi, patuh kepada arahan, kesungguhanKemahiran Generik : Membanding beza lontar peluru dengan lontar cakera.

BAHAGIAN / MASA

TAJUK / AKTIVITIFOKUS PEMBELAJARAN /

BUTIR MENGAJAR ORGANISASI /

PENGELOLAAN

STRATEGI / CATATAN

Permulaan ( 5 minit )

-Memanaskan badan (Regangan)

-Cara regangan 1. Mendongak kepala ke atas,ke bawah, ke kiri dan kanan dengan kiraan 82.Tangan ditolak dengan cara bersilang ke kiri dan ke kanan dengan kiraan 8.3. Bahu digerakkan ke atas dan ke bawah dalam kiraan 8.4. Tangan dan badan ditolak kehadapan dan belakang bagi regangan di bahagian pinggang. 5. Sebelah kaki atu demi satu diangkat seperti digantung ke paras pinggang dalam kiraan 8.6.Dalam keadaan duduk, luruskan kaki dan jari mencapai hujung jari kaki dalam keadaan membengkokkan badan dalam kiraan 8. 9. Menarik nafas dan hembus nafas dalam kiraan 3.

Perkembangan P&P

( 12 minit )

Penerangan guru & tunjuk cara

1. Kemahiran Asas Lontar Peluru

-Guru menerangkan teknik memegang peluru yang betul.

Pegangan

- Pegang peluru menggunakan tiga jari di tengah-tengah.

- Ibu jari dan jari kelingking di sisi peluru.

-Murid turut diberi peluang memegang peluru secara bergilir – gilir menggunakan teknik yang diajar oleh guru.

Persediaan

- Rapatkan peluru pada leher dan di bahagian bawah dagu.

2. Lontar peluru gaya berdiri

- Berdiri sisi. - Buka kaki seluas bahu. - Bahu kiri menghadap arah lontaran.

- Bongkokkan badan serendah mungkin.

- Gerakkan kaki kiri ke kayu penghadang.

- Ayun lengan kiri ke belakang semasa memutar pinggang dan bahu ke hadapan.

- Gerakkan siku serta tangan ke atas.

- Lepaskan peluru.- Berat badan dipindahkan

daripada kaki kiri ke kaki kanan.

3. Lontar peluru gaya Parrry

O” Brien Fasa persediaan

- Bongkokkan kaki kanan.- Kaki kiri diangkat dan

dibengkokkan.

Fasa Gelongsoran

- Tendang kaki kiri cepat ke belakang kea rah lontaran, serentak gelongsorkan kaki kanan ke tengah bulatan.

- Letakkan kaki kiri dekat kayu penahan dengan tidk mengubah kedudukan bahagian atas badan.

- Luruskan kaki dengan cepat serta badan diangkat dan diputarkan sedikit.

- Kaki kanan menggerakkan pinggul ke atas dank e hadapan.

- Bahu menghadap arah lontaran.

Fasa lontaran

- Siku kanan diangkat tinggi.

- Kaki kiri masih menyentuh bulatan.

- Peluru dilepaskan.

Fasa pemulihan

- Lompat dan mendarat dengan kaki kanan.

- Pindah berat badan daripada kaki kiri ke kaki kanan.

-Semasa tunjuk cara yang

dijalankan oleh gur, murid dikehendaki melakukan aktiviti tersebut bersama – sama dengan menggunakan bola lembut.

Kemuncak ( 8 minit )

Permainan

“Lontar Paling Jauh “

-Skitel disusun sebagai tempat lontaran dan sebagai penanda jarak lontaran.- Murid membuat 2 barisan.- Mata/markah diperolehi daripada jarak balingan peluru - Kumpulan yang dapat membuat balingan yang paling jauh adalah dikira pemenang.

Penutup ( 5 minit )

-Gerak kendur ( Aktiviti regangan dan kelonggaran )

- Rumusan

-Membesar dan mencilkan badan 1. Mengembang badan diatas hujung kaki.2. Peluk badan sekecil – kecilnya. 3. Bangun perlahan – lahan sambil membuka pelukan.

-Soal jawab cara memegang peluru dengan teknik yang betul.-Menyatakan jenis – jenis cara lontar peluru dan teknik yang

digunakan.