peluru petunang

57
PRAKATA TERLEBIH dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Haji Abdul Samad Ahmad kerana telah berjaya menyelenggarakan buku Peluru Petunang ini. Buku ini adalah hasil beliau yang keempat sejak menjadi Penulis Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka. Tiga judul penerbitan beliau yang lain ialah Sulalatus Salatin, Sejambak Kenangan (autobiografi) dan Warisan Perubatan Melayu. Peluru Petunang ini menyingkap cara, petua dan amalan orang Melayu berhubung dengan senjata api. Buku ini diusahakan berdasarkan dua buah manuskrip tulisan tangan, yang usianya sudah melebihi seratus tahun. Ini bererti bahawa orang-orang Melayu sudah mengenal senjata api (seperti meriam dan senapang), serta memahami dasar serta penerapan unsur-unsur saintifik berhubung dengannya sejak ratusan tahun yang lampau. Beberapa hasil karya Melayu klasik ada mengisahkan perjuangan orang Melayu menentang musuh dengan menggunakan meriam dan sebagainya. Pengetahuan mengenai cara, petua dan amalan berhubung dengan senjata api itu bukanlah disebarkan dari mulut ke mulut sahaja. Dengan terjumpanya manuskrip-manuskrip tulisan tangan yang dijadikan bahan kajian Tuan Haji Abdul Samad Ahmad ini, terbuktilah bahawa pengetahuan tersebut telah disuratkan untuk pengetahuan umum. Senjata api dan pengetahuan di sekitarnya telah dibawa ke alam Melayu dengan meluasnya oleh orang-orang Arab. Oleh yang demikian, seperti yang terdapat dalam buku ini, tidaklah menghairankan jika penggunaan senjata api diperteguhkan dengan bacaan-bacaan doa, petikan-petikan dari al-Quran dan seumpamanya. vii

Upload: haris-subandie-md-suhaimin

Post on 31-Jul-2015

348 views

Category:

Documents


92 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peluru petunang

PRAKATA TERLEBIH dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Haji Abdul Samad Ahmad kerana telah berjaya menyelenggarakan buku Peluru Petunang ini. Buku ini adalah hasil beliau yang keempat sejak menjadi Penulis Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka. Tiga judul penerbitan beliau yang lain ialah Sulalatus Salatin, Sejambak Kenangan (autobiografi) dan Warisan Perubatan Melayu. Peluru Petunang ini menyingkap cara, petua dan amalan orang Melayu berhubung dengan senjata api. Buku ini diusahakan berdasarkan dua buah manuskrip tulisan tangan, yang usianya sudah melebihi seratus tahun. Ini bererti bahawa orang-orang Melayu sudah mengenal senjata api (seperti meriam dan senapang), serta memahami dasar serta penerapan unsur-unsur saintifik berhubung dengannya sejak ratusan tahun yang lampau. Beberapa hasil karya Melayu klasik ada mengisahkan perjuangan orang Melayu menentang musuh dengan menggunakan meriam dan sebagainya. Pengetahuan mengenai cara, petua dan amalan berhubung dengan senjata api itu bukanlah disebarkan dari mulut ke mulut sahaja. Dengan terjumpanya manuskrip-manuskrip tulisan tangan yang dijadikan bahan kajian Tuan Haji Abdul Samad Ahmad ini, terbuktilah bahawa pengetahuan tersebut telah disuratkan untuk pengetahuan umum. Senjata api dan pengetahuan di sekitarnya telah dibawa ke alam Melayu dengan meluasnya oleh orang-orang Arab. Oleh yang demikian, seperti yang terdapat dalam buku ini, tidaklah menghairankan jika penggunaan senjata api diperteguhkan dengan bacaan-bacaan doa, petikan-petikan dari al-Quran dan seumpamanya.

vii

Page 2: Peluru petunang

Dalam pertempuran yang melibatkan senjata api, cogan kata "satu peluru satu musuh" amatlah tepat. Akan tetapi dapatkah cogan kata itu dilaksanakan sepenuhnya dalam situasi pertempuran yang kacau-bilau itu? Peluru Petunang menyingkap rahsia ini, kerana sebagaimana yang ditulis oleh Tuan Haji Abdul Samad Ahmad: "Petunang membawa erti sesuatu senjata tertentu sama ada dibedil, dipanah atau dilontarkan, dapat menuju tepat ke sasaran yang dihajati." Walau bagaimanapun, sebagaimana petua-petua tradisional yang lain, petua-petua ini menuntut berbagai-bagai syarat pula. Akhir kata, saya percaya Peluru Petunang ini akan dapat memperkayakan khazanah persuratan Malaysia. Sekianlah. Jumaat 27 Safar 1404 Ketua Pengarah 2 Disember 1983 Dewan Bahasa dan Pustaka.

viii

Page 3: Peluru petunang

PENDAHULUAN BUKU ini diturunkan dari dua buah manuskrip (naskhah asal) tulis tangan, milik Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Isinya mengandungi perkara-perkara berkaitan dengan ilmu bedil, terutamanya mengenai kaedah, petua dan amalan di sekitar penggunaan senjata api menurut cara-cara yang diamalkan oleh orang Melayu pada zaman silam, seabad atau lebih dahulu. Tidaklah diketahui adakah kedua-dua buah manuskrip yang tersebut itu disalin atau diturunkan dari sesebuah naskhah yang terdahulu daripadanya; kerana tiada terdapat apa-apa keterangan di dalam kedua-dua naskhah itu yang menyebut demikian. Namun begitu adalah dipercayai bahawa kedua-dua buah naskhah itu berumur lebih dari seratus tahun. Ini terbukti dari keterangan pada kata permulaan sebuah daripada naskhah itu yang menyebut seperti berikut:

Tarikh sanah 1280, kepada dua puluh delapan haribulan Jamadil Akhir, hari Selasa, waktu jam pukul sepuluh, masa itulah Ismail

ix

Page 4: Peluru petunang

mempersembahkan suatu surat "Perkara tembak tarkul atau senapang". Adalah perkara ini Almarhum yang mangkat di dalam Pahang yang empunyanya .... Kerana memandang kepada umur kedua-dua naskhah ini sudah menjangkau lebih dari satu abad, dan ada pula hubungan isinya dengan satu cabang dalam kebudayaan Melayu, iaitu di bidang ilmu bedil, maka itulah yang telah menarik minat saya untuk mengusahakannya. Semoga dengan terbitnya buku ini, sekurang-kurangnya generasi Melayu kini dapat juga mengetahui dan memahami sedikit sebanyak selok-belok betapa cara, petua dan amalan orang Melayu pada zaman lebih seabad dahulu di bidang penggunaan senjata api; bahkan sudah pun ada buku untuk dijadikan panduan berkenaannya. Ini membuktikan bahawa penggunaan senjata api bukanlah satu perkara asing lagi kepada nenek moyang orang Melayu di zaman silam. Segala jenis bedil atau senjata api yang ada pada zaman itu, tentulah dari jenis kuno dan tidak lagi diketahui ramai akan bentuk dan rupanya; kerana tiada siapa pun yang menyimpannya. Kalau pun ada hanyalah di muzium-muzium sahaja. Namun begitu, namanama beberapa jenis bedil kuno itu masih terdapat dalam buku-buku yang berunsur sejarah bangsa Melayu. Di antara bedil-bedil kuno dari jenis senapang, ialah: istinggar, tarkul dan pemuras; sementara dari jenis meriam, yang lebih terkenal pada zaman dahulu dengan sebutan "lela", terdapat jenis lela rambang, lela rentaka, tahan turut dan sebagainya. Bedil-bedil jenis kuno yang digunakan pada zaman itu, dan cara-cara menggunakannya, sudah tentulah setimbal dengan peringkat pencapaian pengetahuan manusia sezamannya. Alat-alat pesawat yang disebut pejera, penggalak. sumbu dan sebagainya, tentulah asing kepada orang sekarang. Pesawat pejera, yakni alat pembidik bagi menentukan kesasarannya boleh pula dikisar ubah mengikut pengagakan si penembak. Lebih aneh lagi, ramuan ubat bedil serta pelurunya, dibubuh sendiri ke dalam bedil dan dilantak, yakni diasak padat-padat. Peluru dan ubat bedil yang hendak digunakan bagi menembak itu, ada pula anggaran timbangannya; misalnya, jikalau menembak sejauh sepuluh hingga tiga puluh depa, pelurunya berat tiga emas sepung. Jika menembak itu anggaran tiga puluh hingga enam puluh depa, ubatnya berat dua emas tengah tiga (dua setengah) hun. Jika menembak itu sejauh lima puluh depa, ubatnya berat dua emas

x

Page 5: Peluru petunang

sepung, atau dua emas sehun. Demikianlah, anggaran ukuran bagi menentukan jauh matlamat yang dituju, hanya dengan cara pengagakan ukuran depa; dan bagi timbangan berat pula disebut emas, paha, pung, hun; sebutan-sebutan yang sudah asing dan jarangjarang ada orang sekarang mengetahui ketentuan beratnya dengan tepat. Walaupun demikian, khususnya dalam bidang ilmu bedil' ini, hendaklah difahami bahawa bagi orang Melayu zaman dahulu, bedil itu diibaratkan hanya sebagai alat sahaja untuk menyampaikan pelurunya ke matlamat yang dituju. Untuk menentukan tembakan itu tepat ke sasarannya ada pula syarat-syarat, kifiat, petua dan amalannya yang berkaitan rapat dengan ilmu kerohanian yang berhubungan dengan ajaran tasawuf; serta diamalkan terus-menerus dengan penuh keyakinan, sambil memohon keredaan Allah subha-nahu wataala. Maka daripada segala itulah, timbulnya sebutan "petunang", yang membawa erti: sesuatu senjata tertentu sama ada dibedil l dipanah atau dilontarkan, dapat menuju 'tepat ke sasaran yang dihajati. Kini dengan kejayaan sains dan teknologi telah membolehkan bangsa-bangsa tertentu mencipta "peluru berpandu". Dalam perkara ini, tidaklah terlampau rasanya, kalau dianggap bahawa konsep peluru berpandu itu, sudah pun diketahui orang Melayu lebih seabad yang lalu. Mungkin juga disebabkan satu daripada sifat-sifat kelemahan semula jadi orang Melayu, maka pengetahuan mengenai ilmu "petunang" itu tidak pula dimaju dan diperkembangkan terusmenerus.

* * * Terlanjur menyebut perkara mengenai ilmu "petunang" ini, maka perhatian saya tertarik kepada satu kisah yang dianggap ada kaitannya dengan ilmu tersebut. Kisah ini ada tercatat di dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), karya Tun Sri Lanang, mengenai peristiwa berkaitan dengan langgaran Siam ke atas Melaka pada zaman Sultan Muzaffar Syah, seperti yang diperturunkan di bawah ini: "Hatta berapa lamanya, maka datanglah pula musuh, Siam, menyerang Melaka dari laut. Awi Dicu nama panglimanya. Maka kedengaranlah ke Melaka khabarnya, maka dipersem-

xi

Page 6: Peluru petunang

bahkan orang kepada Sultan Muzaffar Syah. Maka baginda menitahkan Bendahara Paduka Raja berlengkap mengeluari musuh, Siam itu, dengan Seri Nara Diraja dan Seri Bija Diraja; dan hulubalang sekalian dititahkan mengiringkan Bendahara Paduka Raja. Akan Seri Bija Diraja itu sedia asal Melayu, Tun Hamzah namanya; asalnya konon daripada muntah lembu, ialah dipanggil orang Datuk Bongkok. Apabila ia berjalan atau duduk bongkok; serta mendengar khabar musuh, jadi betul, daripada sangat gagah dan beraninya. Maka digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Seri Bija Diraja Hulubalang Besar duduk di atas segala hulubalang. Maka Bendahara Paduka Raja pun pergilah mengeluari Siam, bersama-sama Seri Bija Diraja dan segala hulubalang banyak; maka Siam pun hampirlah ke Batu Pahat. Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Omar namanya, terlalu berani; kelakuannya gila-gila bahasa. Maka Tun Omar disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja sulu. Maka Tun Omar pun pergilah dengan seorang dirinya; perahunya 01 ang-oleng. Setelah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu terus perahunya ke sebelah. Maka ia berbalik pula, dilanggarnya yang lain pula, dua tiga buah alah perahu Siam itu; maka Tun Omar pun kembalilah. Maka orang Siam pun terlalu hairan melihat kelakuan Tun Omar itu. Setelah hari malam maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja, segala pohon bakau, dan nyireh, dan tumu, api-api itu sekaliannya, disuruhnya tambati puntung api; gemerlapan supaya dipandang orang. Setelah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya itu, maka kata hulubalang Siam, "Terlalu amat banyak Melayu itu, tiada terbilang lagi. Jikalau ianya datang apa jadinya kita? Sedang akan sebuah perahu nya tadi lagi, tiada terlawan oleh kita." Maka kata Awi Dicu, "Benar seperti kata kamu itu, marilah kita kembali." Maka kata Awi Dicu, "Benar seperti kata kamu itu, Batu Pahat itu, orang Siamlah memahat dia. Maka diperikut oleh Bendahara Paduka Raja had Singapura. Maka banyak perahu Siam dilanggar oleh kelengkapan Bendahara Paduka Raja; maka orang Siam pun belayar larilah pulang ke benua Siam. Maka Bendahara Paduka Raja pun kembalilah ke Melaka, mengadap Sultan Muzaffar Syah. Maka segala perihal ehwal itu semuanya dipersembahkan ke bawah duli baginda. Maka baginda pun terlalu sukacita; baginda memberi anugerah persalin akan Bendahara Paduka Raja pakaian yang muliamulia, dan akan segala hulubalang yang pergi itu, semuanya dianugerahi persalin, masing-masing pada kadarnya. Adapun segala Siam yang pulang itu sampai ke benua

xii

Page 7: Peluru petunang

Siam; maka Awi Dicu pun masuk mengadap Paduka Bubunnya. Maka segala perihalnya semua dipersembahkannya kepada Paduka Bubunnya. Maka Paduka Bubunnya pun terlalu marah; maka baginda sendiri hendak berangkat menyerang Melaka. Maka ada seorang anak Bubunnya lelaki, bernama Cau Panden; maka ia bercakap ke bawah duli Paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka. Sembahnya: "Duli Pra Cau, lengkapi patik; patiklah mengalahkan Melaka itu". Maka Paduka Bubunnya pun terlalu sukacita mendengar sembah anaknya, Cau Panden itu. Maka baginda menyuruh berlengkap kepada Pra Kelung delapan ratus sum sahaja; lain perahu kecil-kecil, tiada terbilang lagi, menantikan musim juga. Maka kedengaranlah ke Melaka bahawa Cau Panden, anak Bubunnya, akan dititahkan baginda itu menyerang Melaka. Ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab; namanya Saidi Arab disebut orang. Maka tuan itu sentiasa bermain panah laskar, seperti dewal orang berdikir itu. Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu dibawanya. Tatkala orang- membawa khabar itu, maka tuan itu ada mengadap Sultan Muzaffar Syah. Setelah ia mendengar khabar Cau Panden akan datang itu, maka Tuan Saidi Arab itu berdiri di hadapan Sultan Muzaffar Syah. Maka panahnya itu dihalakannya ke benua Siam; maka katanya serta menarik panahnya itu: "Mati Cau Panden." Maka Sultan Muzaffar Syah pun tersenyum; maka titah baginda, "Jikalau sungguh mati Cau Panden, sungguhlah tuan keramat." Adapun Cau Panden lagi di benua Siam, maka berasa pada dada Cau Panden seperti rasa kena panah; maka Cau Panden pun sakit muntahkan darah, lalu mati. Maka tiadalah Siam jadi menyerang Melaka, sebab Cau Panden mati. Itulah dibuatkan orang nyanyi: Cau Panden anak Bubunnya, Hendak menyerang ke Melaka; Ada cincin berisi bunga, Bunga berladung air mata. Maka kedengaranlah ke Melaka bahawa Cau Panden telah mati, sakit muntahkan darah, dadanya bagai rasa kena panah. Setelah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, hairanlah baginda; maka baginda bertitah: "Sungguhlah Tuan Saidi Arab ini hamba Allah." Maka berapa puji baginda akan Tuan Saidi Arab itu, maka ia pun dianugerahi baginda dengan sepertinya. 1 _______________

1 Lihat A. Samad Ahmad, Sulalatus Sala rin (Sejarah Melayu), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, hlm. 87-90.

xiii

Page 8: Peluru petunang

ZAMAN KESULTANAN MELAKA DAN SETERUSNYA Tatkala memperkatakan perkara mengenai orang Melayu dengan penggunaan bedil atau senjata api, maka munasabah rasanya kalau ditinjau dan diambil tahu serba sedikit perihal yang ada kaitannya dengan peristiwa alatan perang orang Melayu dalam peristiwa-peristiwa dari segi sejarah. Ada beberapa perkara yang boleh dikemukakan sebagai bukti, bahawa orang Melayu telah tahu menggunakan senjata api bukan hanya dari seabad dua sahaja; bahkan jauh lebih lama dari itu, kirakira lima abad dahulu; iaitu sejak dari zaman kesultanan Melayu Melaka. lni ternyata dari sumber-sumber tulisan para sejarawan Portugis yang meriwayatkan kisah tatkala Melaka jatuh ke tangan mereka. Dalam catatan J.V. Mills, B.A. (Oxon), M.C.S, atas karya Godinho de Eredia, seorang sejarawan Portugis, yang telah diterjemahkan oleh beliau dari bahasa Portugis; beliau telah menyebut perihal bahasa Portugis; dan beliau telah juga menyebut perihal mengenai meriam-meriam yang ada di Melaka pada masa langgaran Portugis itu seperti berikut: Meriam-meriam: "Menurut Barros, 3,000 pucuk 'meriam besar' telah dijumpai di dalam kota itu; 5,000 pucuk meriam lagi sudah pun dibawa lari. Albuquerque menyatakan, ada 2,000 pucuk meriam dibuat daripada tembaga, dan yang lainnya daripada besi. "Kesemua meriam itu serta alatannya dibuat dengan begitu baik, tidak dapat ditandingi, walaupun di Portugal." Crawford berkata, bahawa "Tentulah orang-orang lslam di Asia Barat, mungkin sekali orang-orang Arab" yang telah memperkenalkan ilmu bedil itu kepada orang-orang Melayu, kira-kira pada pertengahan abad yang kelima belas.”2 Satu sumber lagi, yang dipetik dari buku Asia Portugueza, karya Manuel de Faria Y Souza, menyebut demikian: “... Askar-askar telah dibenarkan menjarah kota itu tiga hari lamanya. 3,000 pucuk meriam besar telah dijumpai, dari sejumlah 8,000 pucuk meriam yang diharapkan oleh Sultan Mahmud untuk mempertahankan kota raya baginda itu. Bakinya telah dibawa lari ke Bintang (tempat ini mungkin sekali dimaksudkan _______________

2 Lihat: "Eredia's Description of Malacca, Meridional. India and Cathay", JMBRAS April, 1930, vol. VIII Part I.

xiv

Page 9: Peluru petunang

Bertam, kim-kira 8 batu mudik ke hulu sungai itu; disitulah dikatakan putera sultan itu membuat perkubuan. 3) Dari keterangan sumber-sumber Portugis seperti yang tersebut di atas itu, mungkin juga ada terlintas dalam fikiran seseorang . s "Kalau benarlah kesultanan Melayu Melaka pada masa portugis melanggar itu sudah ada mempunyai 8,000 pucuk meriam, tidak termasuk berbagai jenis senjata-senjata lain, mengapa pula Melaka boleh alah dengan sebegitu mudah, dan dalam masa yang sebegitu singkat (langgaran tentera Portugis mulai pada 24 Julai 1511; dan Melaka jatuh pada 15 Ogos 1511) - hanya kira-kira tiga minggu sahaja?" Di sini bukanlah maksud saya hendak membicarakan dengan panjang lebar mengenai perkara tersebut, kerana jika dikaji dengan teliti dari segi sejarah, khususnya dengan berpandu kepada buku Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) karya Tun Seri Lanang, begitu juga dari sumber karya-karya para sejarawan Portugis, khususnya Suma Oriental karya Tome Pires,4 maka dapatlah difahami betapa hal keadaan di Melaka beberapa tahun menjelang ke masa jatuhannya. Kesimpulan secara ringkas mengenai hal ini dapat dikatakan bahawa keadaan di kalangan pihak-pihak yang berkuasa dan bertanggungjawab di Melaka di sepanjang masa tersebut, amatlah tidak menyenangkan. Nilai moral sudah begitu merosot dari berbagai segi. Pergeseran, pertelingkahan, dengki-berdengki, fitnah-memfitnah kerap berlaku sesama sendiri, iaitu untuk merebut kuasa dan darjat. Rasuah berleluasa. Leka berkhayal dengan segala kemewahan dan kesenangan. Manakala orang-orang yang berkuasa pula, seolah-olah lupa kepada kuasa Yang Maha Berkuasa. t Maka kerana dikelubungi oleh segala keadaan yang tersebut itulah, sehingga seolah-olah tidak menimbulkan apa-apa rasa curiga terhadap gerak geri niat khianat kalangan setengah-setengah orang asing yang tinggal di Melaka pada masa itu. Rahsia pengkhianatan itu hanya diketahui sesudah Portugis memerintah Melaka. Satu kemungkinan lagi yang menjadi sebab mengapa begitu mudah dan begitu cepat Melaka alah dalam peperangan menentang Portugis itu, ialah berpunca dari kealpaan, kelalaian, kecuaian dan kurang waspada. Sama ada kita mahu mengakui atau tidak, namun _______________

3 Lihat E. Koek, "Portuguese History of Malacca" JSIJRAS. No 17, June, 1886

4 Lihat: "Suma Oriental of Tome Pires" - Works Issued by the Hakluyt Society. Vol II.

xv

Page 10: Peluru petunang

punca-punca seperti yang disebutkan itu adalah merupakan di antara kelemahan sifat-sifat semula jadi orang Melayu, iaitu menepati peribahasa warisan Melayu - "Sudah terhantuk baru tengadah, sudah suntuk baru nak sedar!" Apabila musuh sudah sampai ke ambang pintu, barulah sibuk bersiap lengkap, barulah memulai latihan menembakkan bedil. 5)Sebelum sampai kepada ketika yang sudah suntuk itu, segala kelengkapan bedil, meriam, lela rentaka itu hanya merupakan seolah-olah sebagai benda-benda untuk perhiasan sahaja. Sesungguhnya berpunca dari segala keburukan dan kelemahan yang berlaku di Melaka menjelang ke masa langgaran Portugis seperti yang tersebut di atas itulah, yang mengakibatkan seluruh tanahair kita telah mengalami "Zaman Gerhana", melalui jangka masa hampir empat setengah abad lamanya (IS Ogos 1511- 31 Ogos 1957); mengalami berbagai perubahan, di bawah cengkaman belenggu kuasa-kuasa penjajah yang silih berganti. Berbalik semula kepada perkara mengenai orang Melayu dengan penggunaan bedil, dan bukti mengenai meriam-meriam yang telah sempat dilepaskan dan dibawa berundur ke Bintan setelah Melaka alah, maka ingin saya menarik perhatian kepada peristiwa tatkala Temenggung Seri Udani mempertahankan Kota Kara, Kopak, Pulau Bintan, dari langgaran Angkatan Laut Portugis, seperti yang tersebut dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu): "Hatta maka Peringgi pun masuklah. Setelah berpandangan, maka berperanglah Temenggung Seri Udani dengan Peringgi, terlalu azamat bertembak-tembakan; bunyi meriam seperti halilintar membelah; bunyi pelurunya seperti kumbang dijolok; maka yang mati pun terlalu banyak sebelah menyebelah. Sehari semalam lamanya perang itu, maka ubat bedil pun habis; maka Seri Udani menyuruh memohonkan ubat bedil serta bantu. Maka disuruh beri ubat bedil sehabis-habisnya, hanya empat tempayan; dan Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara, dititahkan Sultan Mahmud Syah membantu Temenggung Seri Udani. Maka Temenggung Seri Udani pun perangi ah semalammalarnan itu; setelah dinihari air pun penuh pasang dalam, maka Peringgi pun mudiklah menyongsong, dikepilkannya segala perahu nya di Kota Kara; maka dibedilnya dengan

_______________

5 Lihat: "Eredia's Description of Malacca, Meridional India dan Cathay." JMBRAS. April, 1930. Vol VIII Part I.

xvi

Page 11: Peluru petunang

istinggar, bunyi pelurunya seperti kacang jatuh ke bidai. Maka tiadalah terderita oleh sekalian orang yang di Kota Kara itu, habis berhamburan ke air: mana yang sempat lari, mudik berperahu, melainkan yang tinggal Temenggung Seri Udani, dan Sang Jaya, dan Sang Lela Segara, dan Sang Lela; mereka itulah yang bersama-sama Temenggung beramuk dengan Peringgi, banyak ia membunuh Peringgi. Maka Temenggung Seri Udani pun matilah kena bedil pengatu, dan pegawai empat orang Itu pun mati; maka Kota Kara pun, alahlah maka Peringgi pun mudiklah membedil negeri Kopak.”6 Satu lagi keterangan mengenai hubungan orang Melayu dengan penggunaan bedil pada zaman tersebut, ialah dalam kisah tatkala Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah, putera Sultan Mahmud Syah, keluar daripada negeri Kampar diiringi oleh Bendahara dan segala menteri hulubalang tentera, dengan tujuan hendak berbuat negeri di Johor. Sebelum menunaikan hasrat baginda itu, baginda telah pergi ke Pahang, lalu berkahwin dengan Raja Kesuma Dewi, puteri Sultan Mansur Syah, Raja Pahang. Mengenai alat kelengkapan angkatan Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah tatkala berangkat dari Pahang, membawa isteri baginda, dengan tujuan hendak menunaikan hasrat baginda berbuat negeri di Kuala Johor itu, dalam buku Sulalatus Salatin" (Sejarah Melayu) ada menyebut demikian: "Setelah keesokan harinya, dari pagi-pagi hari, maka Sultan Alau'd-Din pun keluarlah dengan sekalian kelengkapan baginda, lalu sekaliannya belayar; Laksamana Hang Nadim akan kepala kelengkapan; perahu nya dendang, panjang tiga belas; dua sahaluan meriamnya, dan rentakanya sepuluh sebelah, tahan-turut dua; dan pengapitnya Seri Bija Diraja, cucu kepada Seri Bija Diraja Datuk Bongkok, perahunya jong, panjang sebelas; dua juga meriamnya sehaluan, rentakanya delapan sebelah, tahan turut dua. Adapun kepada masa itu bedil yang lepas tatkala Kopak alah, meriam dua puluh, dan rentaka tiga ratus; Nara Busana, Batin Cedan, yang melepas dia. Sebab itulah diletakkan adat oleh paduka Marhum yang mangkat di Kampar, Sultan Mahmud Syah, telah dianugerahkan pihak Cedan itu: barang siapa suku rakyat yang mengimpang, anaknya tiada boleh dibahagikan, semuanya bahagian Cedan belaka."7

_______________

6 Lihat A. Samad Ahmad, SulaIarus Salatin (Sejarah Me/ayu), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, him. 264. 7 Ibid.hlm. 275.

xvii

Page 12: Peluru petunang

Ada beberapa peristiwa lagi yang boleh dikemukakan sebagai bukti bahawa orang Melayu sudah biasa menggunakan bedil dalam peperangan, sama ada berperang sesama sendiri, mahupun berperang menentang Belanda. Peristiwa-peristiwa tersebut terutamanya berlaku dalam abad ke-XVII dan ke-XVIII Masihi, iaitu pada zaman kerajaan Johor-Riau-Lingga. Misalnya, dalam peperangan sesama sendiri seperti yang diturunkan di bawah ini: “Ada pun Raja Endut dan Raja Abdul Samad, apabila tiba ke Singapura; maka lalulah berperang degan Yamtuan Raja Ismail di Singapura; sangatlah azamat bunyinya legum-legam berbedil-bedilan, sangatlah sabur menyaburnya, gelap-gelita di dalam asap bedil meriam dan lela rentaka. Maka sama-sama rapatlah kedua pihak sepertikan bertemu juang-juang kedua pihak; maka seketika berperang itu maka undurlah kelengkapan Siak itu ke Tanah Merah. Maka Yang Dipertuan Muda pun tiba pula ke selat, lalu dipintasnya oleh kelengkapan Yang Dipertuan Muda ke Tanah Merah. Maka apabila berjumpa kedua pihak itu lalulah berperang besar pula, berbedil-bedilan legam-legum, gegak gempita; bunyi bahana meriam seperti halilintar membelah, asap bedil pun kelam kabutlah. Maka Bugis pun. banyaklah turun ke sampan membawa pernu ras dan tarakuinya, dan di rapatnya. Maka dibedil nya sebelah pinggang kelengkapan Siak itu, seperti bunyi bertih bunyi senapang pernu ras itu. Maka banyaklah kelengkapan Siak itu binasa dan tenggelam ...”8

* * * Di sini ingin saya menambah sepatah dua kata lagi mengenai kandungan buku ini. -Sekalipun kandungan naskhah asal yang diturunkan untuk buku ini pada umumnya mengenai ilmu bedil, tetapi satu perkara yang menimbulkan rasa hairan dan menarik perhatian saya ialah, ada pula disisipkan oleh penulis asal atau penyalinnya, satu perkara yang agak tiada kena mengena dengan ilmu bedil itu, iaitu mengenai apa yang disebutnya "Syarat untuk laki-laki." Mengapa dan apakah tujuan penulis-asal atau penyalin naskhah asal itu menyisipkan perkara tersebut adalah merupakan satu teka-teki pula kepada saya. Sebagai penutup kata, dengan sepenuh tulus ikhlas saya ucapkan terima kasih yang tiada terhingga kepada- sekalian anggota Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka, kerana memperse- _______________

8 Lihat Raja Ali al-Haji, “Tuhfatal Nafis”, JMBRAS. August, 1932. Vol. X. Part II.

xviii

Page 13: Peluru petunang

tujui dan mengizinkan saya mengusahakan projek mengenai buku Peluru Petunang (Ilmu bedil) ini. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga saya ucapkan kepada sekalian rakan taulan saya di Dewan Bahasa dan. Pustaka, atas budi dan kerjasama yang telah disumbangkan mereka dalam mengusahakan buku ini sehingga selesai. Kuala Lumpur 14 November 1982. A. Samad Ahmad

xix

Page 14: Peluru petunang

BAB I

WARISAN ILMU BEDIL MELAYU

Menjangka Tembakan dan Tertib Menembak FASAL pada menyatakan jikalau hendak menjangka istinggar1 itu membawa pelurunya sejauh enam depa, maka bubuh ubat semas sepung, iaitu samakan timbangannya dengan tembak sejauh tiga puluh depa. Jika dibubuh ubat itu sedikit, tiada baik. Sebagai lagi, jikalau menjangka tembakan istinggar itu dekat, maka dibubuh pula ubatnya sedikit, akan salahlah tembaknya. Begitu juga jikalau tembaknya itu jauh maka dibubuh ubatnya banyak, itupun salah juga tembaknya itu. Jikalau jauh atau dekat pun disamakan juga ubatnya itu. Maka tilik tembaknya jika mahu bedil itu betul, maka kita taruhkan pejeranya2 itu pada sama tengah hitam yang ditembaknya, nescaya betullah tembaknya itu; dan jikalau ditembaknya sekali, dua kali, maka ke bawah peluru nya, lalu dialih pula pejeranya ke atas, maka salahlah tembaknya. Demikian lagi jikalau pelurunya itu ke atas, maka dialih pejeranya ke bawah, dan jikalau peluru nya itu ke kanan diubah pejeranya itu ke kiri, atau pelurunya ke kiri diubah pejeranya ke kanan, maka sekaliannya itu salah tembak mereka itu. Adapun yang benarnya, melainkan yang dipandangnya itulah jua; jangan diubah-nya yang ke atas ke bawah, dan yang ke bawah ke atas; yang ke kiri ke kanan, dan yang ke kanan ke kiri. Itu bergantung pada pegang kita jua. _______________ 1 Sejenis senapang kuno. 2 Alat pada hujung dan pangkal senapang untuk membidik; pembidik.

Page 15: Peluru petunang

Maka kerana itu hendaklah segala yang menembak, apabila salah tembaknya seperti yang ditujunya itu, hendaklah difikirkannya dahulu; dengan mana maka pelurunya itu ke atas, dan apa sebab pelurunya ke bawah dan ke atas, dan ke kiri atau ke kanan. Maka tiap-tiap yang demikian i tu dari pada pegang ki ta jua; dan apabila sudah diketahui kesalahan dirinya itu dan diperbetulkannya, maka akan sempurnalah tembak nya; dan jikalau menjangka istinggar, sekalipun yang tiada kena pada tembak yang ditujunya itu, daripada tilik bedil itu juga; bukan kerana salah pandangnya. Demikian kata segala yang ustaz3,· dan apabila engkau fahamkan seperti yang telah tersebut, maka tembakkanlah seperti kata itu, maka sempurnalah tembaknya, wallahu a'lam. Sebagai lagi, adapun tertib pada menembak itu, maka hendaklah memegang lingkaran sumbu itu dengan kelingking kanan serta dengan bedil. Hujung sumbu itu himpit dengan telunjuk kanan, dan panjangnya sum bu itu kira-kira dua hasta; maka hendaklah memegang bedil itu lebih daripada pejera pangkalnya itu tiga jari, dan beri lampau hujungnya itu kira-kira tiga jari. Adapun tatkala hendak duduk menembak itu hendaklah bedil itu dan lingkaran sumbunya, dipegang dengan tangan kiri, dan hujung sumbu itu lebihkan tiga jari, maka lekatkan sumbu itu pada pemetiknya. Adapun jika menembak itu berdiri, hendaklah beri betul seperti alif, dan lehernya tundukkan sedikit, hingga dapat memandang pejeranya juga; jangan tersenget ke kiri dan ke kanan, dan renggangkan kaki itu kira-kira delapan belas jari, dan tubuh itu pun beri betul berhadapan kepada alamat, jangan beri iringan kepada alamat. Sudah itu, maka undurkan kaki kanan itu sedikit.

Menembak Sasaran Fasal jika hendak menembak alamat4 itu maka hendaklah diberi tinggi hujung bedil itu dua jari daripada alamat, kemudian maka direndahkan pula dua jari, maka tembakkanlah seperti di dalam naskhah ini, turut jauh dekatnya. Jika menarik pemetik itu dekat, nescaya rendah perginya, dan jikalau memandang pejera itu tunduk atau mata sangat dibeliakkan, nescaya tinggilah pelurunya itu; dan jikalau tunduk memandang pejera itu, rendah pelurunya. _______________ 3 Guru, terutama yang benar-benar pakar dalam sesuatu bidang ilmu. 4 Alamat - matalamat.

2

Page 16: Peluru petunang

Maka hendaklah lehernya itu beri betul, dan persegi bedil itu pun beri betul. Jika persegi itu sangat ke kanan, pelurunya itu pun ke kanan juga, danjikalau persegi bedil itu sangat ke kiri, pelurunya itu pun ke kiri juga. Jikalau lembut tangan kiri daripada tangan kanan, maka rendahlah pelurunya; maka jika lembut tangan kanan daripada tangan kiri, nescaya tinggi pelurunya itu, dan hendaklah pegang bedil itu beri sama berat. Jika melepaskan pelurunya itu maka hendaklah tahan nafas, jangan beri turun-naik seperti laku orang lelah. Maka tembak inilah yang dinamai "kehilangan" segala pematah dan kebinasaan dan kepupusan. Segala syarat dan tembak yang demikian itulah dicari oleh segala yang berustaz, dan pelurunya pun tiada ditentukan oleh arif yang bijaksana. Apabila makan sangat kenyang, nescaya tinggi pelurunya; atau sangat lapar, nescaya rendahlah pelurunya. Dan jikalau tempat menembak itu rendah daripada alamat, nescaya tinggi pelurunya, dan jikalau tempat menembak itu tinggi daripada alamat, itu pun rendah juga pelurunya; dan jikalau tempat menembak i tu jauh, maka alamatnya kecil, nescaya tinggi pelurunya.

Jarak Tembakan Fasal jikalau engkau hendak menembak, maka hendaklah dibicarakan dahulu peluru nya yang ditembakkan itu kemana perginya. Apabila diketahui seperti yang demikian itu, maka engkau tembaklah. Segala ahli ariffin, apabila dipegangnya bedil itu, diketahuinyalah pergi peluru nya itu, dan demikian lagi tuntut oleh yang menembak itu, maka sempurnalah tembaknya. Adapun jikalau menembak itu dua puluh depa, maka besar alamatnya ialah empat jari dan hitamnya dua jari, maka betullah tembaknya. Jikalau pula alamat itu sejari hitamnya dan dua jari besarnya, nescaya tinggilah pelurunya. Maka kiaskan olehmu daripada jauh dekatnya, supaya tiada tersalah tembak kita. Adapun pada ketika berangin yang keras, maka hentikanlah dahulu. Apabila adalah lembutnya, maka lepaskanlah pelurunya. Adapun jikalau menembak itu enam depa atau tujuh depa, maka hendaklah melantakkan5 pejeranya pada gigi hitam yang dibawah; dan jikalau tembak itu sepuluh depa, atau lima belas depa, hendaklah melan takkan pejeranya beri makan hitam yang di bawah, dan jikalau menembak itu delapan belas depa atau tengah tiga puluh _______________ 5 Lantak - tekan masuk; asak sekuatnya.

Page 17: Peluru petunang

depa, maka lantakkan pejeranya pada tepi hitam yang di tengah; dan jikalau menembak itu enam puluh depa maka lantakkan pejera-nya pada sama tengah hitam; dan jikalau menembak itu tujuh puluh depa maka lantakkan pejeranya pada tepi hitam yang di atas. Sebagai lagi, jikalau menembak itu sepuluh depa, atau dua puluh depa, atau tiga puluh depa, maka peluru nya berat tiga emas sepung. Jika menembak itu tiga puluh, atau empat puluh, atau lima puluh, atau enam puluh depa, maka dibubuh ubatnya berat dua emas tengah tiga hun; jikalau menembak itu lima puluh atau enam puluh depa, ubatnya itu hendaklah dicampuri dengan baik, maka bubuh ubatnya berat dua emas sepung, atau berat dua emas sehun, nescaya betullah tembak nya. Adapun jikalau menembak itu jauh, maka angin pun keras, maka hendaklah ambil pengasak bedil itu pegang bersama-sama dengan bedil itu, maka hujung pengasak itu kepit dengan ketiak kiri; maka tembakkanlah. Jikalau menembak itu berdiri, maka angin pula keras, dan jikalau ada rumput yang tinggi, maka hendaklah pegang rumput itu dengan bedil itu, danjika rumput itu sedikit atau lembut, maka ambil kayu pengasak itu cacak bersama-sama dengan rumput itu, maka pegang dengan bedil itu maka tembakkanlah.

Menembak Burung, Binatang Fasa l ini jikalau hendak menembak burung di atas kayu, dan jikalau burung itu tinggi, maka hendaklah meletakkan pejeranya itu pada pangkal leher, kerana pelurunya itu akan rendah perginya. Jikalau burung itu rendah, maka dilantakkan pejeranya pada antara kedua kakinya, kerana peluru itu akan tinggi perginya, dan jikalau hendak menembak duduk, maka burung itu rendah atau tinggi, maka hendaklah didirikan lutut kanan, maka dirapatkan dengan tangan kanan maka tembaklah. Sebagai lagi jikalau hendak menembak binatang di atas kayu maka tempat itu semak, tetapi ada kelihatan sedikit-sedikit; maka hendaklah sangat-sangat cermat, beri baik-baik; maka tinggikan pejeranya itu sekira-kira tiga jari, kerana pelurunya itu akan rendah perginya, maka tembaklah, nescaya betullah tembaknya itu. Sebagai lagi, jikalau hendak menembak burung terbang betul, maka hendaklah dinantikan pada ketika ia berbalik-balik, maka bedillah. Jikalau dibedil pada masa ia terbang tinggi itu, nescaya salahlah tembaknya itu; dan jikalau burung melayang berkeliling seperti helang, jikalau hendak menembak dia, maka nantikan pada

4

Page 18: Peluru petunang

ketika ia terbang yang hening itu, maka dituju pangkal lehernya, maka tembak kanlah. Fasal jikalau hendak menembak ikan di dalam air, maka hendaklah dilubangi segala peluru i tu beri tembus dahulu, maka tembakkanlah. Sebagai lagi jikalau hendak menembak burung yang kecil, tiada diberi mati, maka ubatnya seperti itu juga; ambil kertas, kemudian gumpal seperti peluru, maka asakkan ke dalam bedil itu. Sudah itu, ambil tawas tumbuk lumat-lumat, maka bubuhkan ke dalam bedil itu, maka bubuh air sedikit atas patutnya, maka tembakkanlah. Sebagai lagi, jikalau hendak menembak tiada mau berbunyi besar, maka ambil ubat yang baik berat dua hun, bubuhkan dahulu pada bedil itu. Kemudian ambil ubat yang lain berat sepuluh emas sepung dan garam berat seernas, maka campurkan dengan ubat itu, asakkan ke dalam bedil itu, dan tembakkanlah. Jikalau hendak menembak beri besar bunyinya, ubatnya i tu seperti adat juga. Maka ambil raksa sedikit, sapukan pada mulut bedil itu, bedil ka niah, nescaya besar bunyinya; tetapi tembaknya itu salah, tiada mengenai. Sebagai lagi, jikalau hendak menembak berperang, sekira-kira jauhnya enam puluh depa, jangan dituju pada tubuh, melainkan tuju pada kakinya, maka betullah tembaknya. Menembak Ketika Hujan atau Hari Malam Fasal jikalau hendak menembak pada hari hujan yang sangat, maka ambil tawas, tumbuk lumat-lumat; kemudian bungkus dengan kain, sumbatkan pada mulut bedil itu dan pada lubang penggalaknya. Tatkala hendak dibedilkan, keluarkan. Sudah itu, sumbatkan semula. Jikalau sudah diisikan bedil itu, maka rendamkan barang semalam, kemudian angkat dan bolehlah dibedilkan, kerana air itu tiada masuk ke dalam bedil itu. Sebagai lagi, jikalau hendak berbuat sumbu dibawa bernang, supaya jangan basah dan padam, kerana sumbunya itu benang; maka ambil ubat bedil berat sepaha, bubuh air, kemudian rendamkan sumbu itu barang semalam. Sudah itu, ambil sumbu itu jerangkan ke atas api beri kering-kering. Setelah kering ambil air samak, lumurkan pada sumbu itu. Kemudian ambil kertas, lap sumbu itu. Sudah itu, sapukan nipis-nipis dengan lemak. Kemudian ambil seruas buluh sekira-kira tiga jari besarnya. masukkan sumbu itu kedalamnya. Adapun jika bedil itu sangat

5

Page 19: Peluru petunang

panas, ambil tawas, tumbuk lumat-lumat, celupkan pada air cuka; kemudian sapukan pada bedil itu. Sebagai lagi, syarat menembak malam - maka kita tuju yang cerah dahulu. Apabila berbetulan pada sesuatu yang kita hendak bedil itu, maka hendaklah diturunkan hujung bedil itu sekira-kira sampai pada kabur yang hendak kita bedil itu, maka bedilkanlah. Sebagai lagi, ini syarat menembak api; maka kita lihat cahaya yang mari itu, jika tiada sampai ke pangkal bedil itu, jangan dibedilkan dahulu. Tatkala sampai ke pangkal bedil itu, maka bedilkanlah, dan jangan diberi lampau daripada pangkal bedil itu; apabila lampau, tidaklah kena tembaknya. Fasal pada menyatakan syarat tatkala membedil. Pertama hendaklah jangan sekali-kali dibilang-bilang orang yang ada serta kita; jikalau ada raja-raja sekalipun; melainkan semata-mata pada hati kita - kenalah! Insya-Allah Taala, dengan berkat Nabi SaIallahu Alaihi Wassalam, dan afwah guru, di mana dapat yang lain setara dengan kita; inilah syarat segala tabib yang menghilangkan badi, cacau dan gamam, wallahu a'lam.

Syarat Menggamak Bedil, Melepaskan Peluru Fasal ini pada menyatakan syarat menggamak bedil, maka berbagai-bagai isyaratnya dan berlain-lainan ibaratnya. Kepada Allah juga kamu memohonkan harapan serta pertolongan. Maka adalah di sini kamu isyaratkan dengan tersimpan dua tiga patah kata, inilah dia: Pertama-tama hendaklah dipegang bedil itu dengan perhimpunan segala syarat yang dipematahkan oleh guru yang sempurna itu. Tatkala akan membedil sebelum duduk, pegang berbetulan dengan pejera pangkal, dan diperbetulkan telunjuk dengan balohan sarang itu, dan dirikan ibu jari serta tekankan ke bawah, dan mata pun dengan syarat ustaz juga. Maka beri betul bedil itu dengan tangan kanan seperti umpama kemudi, dan tubuhnya hendaklah tegak seperti alif; lehernya jangan senget ke kanan dan ke kiri atau tengadah; maulah sedikit tertunduk kepalanya dengan usulnya, dan kunci pintu bumi itu dengan sederhana; serta nazarkan dirinya tertanamlah ke bumi dan tetaplah rasanya seperti terletak. Demikian lagi berdirinya pun sekadar kepalanya sedikit terlihat tanda, itupun tatkala membedil tanda yang rendah juga; jikalau tiada, samalah keduanya; dan kepada tangan yang menggamak sedikit cenderung, sorongkan ke hadapan pejera itu sedikit, supaya jadi pula gamaknya itu.

6

Page 20: Peluru petunang

Fasal pada menyatakan syarat kepada pandang. Pertama-tama hendaklah diperbetulkan bedil itu, jangan senget ke kanan atau ke kiri tentangnya itu; serta melarikan tangannya itu daripada pangkal ke hujung, lalu kepada barang yang kita tuju itu, maka dalamnya hendaklah diperseni pada tentang kita, dan diperbesar dengan hemat, maka ambil belahan titik itu; dan lagi hendaklah sangatsangat tetap pada pejera pangkal itu daripada senget. Jikalau ada senget sedikit pun jangan diberi, melainkan membetul bedil juga, hingga tetap sangat-sangat, Insya-Allah Taala, itulah yang dinamai "Raja Tembak" pada segala yang berustaz, wallahu a'lam. Fasal pada menyatakan syarat tatkala akan melepaskan peluru kepada alamat yang dituju. Maka dihimpunkan segala yang berbagai itu kepada dua syarat. Kemudian maka dipersatukan sekalian itu dengan syarat petiknya, iaitu: Pertama hendaklah jangan lagi ada sesuatu yang memberi was-was pada hati kita daripada pihak apinya dan salah kenanya, melainkan semata-mata isbat kita akan kenanya juga. Sesudah yakin kita, maka pautkan telunjuk kita di bawah; jangan direngan dengan nazar kita, telah kena alamat itu, serta lepaskan peluru itu dengan nafas kita, serta yakin akan kenanya. Maka yang demikian itu, kepada segala yang berustaz dinamai "Raja Syarat". Dijauhkan Allah Taala kiranya daripada diperdapat oleh segala am yang kebanyakan itu; kerana yang bernama arif itu tiada lagi bandingnya, melainkan sempurnalah tahunya, wallahu a'lam. Maka inilah ertinya dipersatukan segala syarat itu, sekaliannya pada isyarat telunjuk daripada tiap-tiap zahir dan batin.

7

Page 21: Peluru petunang

BAB II

SYARAT MINANGKABAU

Yang Dituju Mencari Bedil FASAL pada menyatakan syarat Minangkabau. Maka adalah di sini kusimpankan dengan sepatah dua patah kata jua, supaya jangan berlanjutan perkataannya; dan tatkala engkau memegang bedil akan menembak, hendaklah engkau tilik alamat itu beri nyata-nyata pada mulut bedil kita, dan tidaklah dipandang pada alamat itu lagi, kerana tiadalah bedil itu mencari alamat, melainkan alamat juga mendapatkan bedil. Dan tatkala samalah pada mata zahir kita, maka tembakkanlah. Adalah syarat melepaskan peluru itu, seperti orang melepaskan kumbang; maka tiadalah berkehendak ia kepada alamatnya dan kepada bedilnya, melainkan gamak nya itu juga diperbetulkan dengan kehendaknya, serta dengan nazarnya "betullah!" Dan yakinkanlah akan kenanya itu; serta dilepaskan pelurunya itu dengan nafas yang pilihan inilah syaratnya,wallahu a'lam. Demikian lagi syarat jika yang hendak dibedil itu dian atau damar, atau barang sebagainya; kerana ia terang dituju dan terus pandangnya. Di sini lagi kuat pula daripada tiap-tiap yang lain itu; kerana yang lain itu, bedil mencari yang dituju, dan ini ia sendiri mencari bedil, seperti yang dikehendaki oleh segala arif. Syahadan adapun syarat menaruhkan pejeranya itu atas beberapa bagi yang berlain-Iainan ibaratnya, dan masing-masing dengan isyaratnya. Kata setengah, tiada memakai pejeranya, melainkan hanya dengan melarikan laras bedil nya juga pada alamat itu. Kata setengah, dilarikan pcjera pangkal lalu ke hujung pejera datang kepada alamat. Kata setengah, menaruhkan pejera itu kepada

8

Page 22: Peluru petunang

gamaknya, serta yakin ia akan sesuatu yang dikehendakinya. Kata setengah lagi, taruhkan pejera itu pada birai hitam yang di atasnya. Dan kata setengah, dipertaruhkan pejeranya itu pada birai hitam yang di bawah. Maka ketahui olehmu, adalah di sini kata yang tiada berputusan; maka ustaz kami berkata bahawa yang akhir i tulah yang utamanya, lagi halus tentangnya, wallahu a'lam. Syarat dan Rukun Menembak Fasal pada menyatakan tilik kepada jantung yang putih itu. Apabila nyatalah pada tilik kita kepada jantung yang putih itu, dengan yakin kita bahawa kenalah barang yang kita kehendaki itu, maka tembakkan serta dengan nafas kita; demikianlah syarat tilik bagi segala yang berustaz. Hubaya-hubaya, jangan sekali-kali diperlepas tembakan, jikalau tiada nyata demikian itu, melainkan segala yang arifberkehendak pada barang sesuatu tempat yang dikehendakinya, dengan segala syarat yakin sama-samanya seperti yang telah tersebut itu; mau binatang besar, mau binatang kecil, demikianlah tilik. Wallahu a'lam. Ketahuilah olehmu hai talib yang menuntut pada jalan ini, maka adalah tembak itu atas empat perkara: i. Faham ia dengan gamaknya pada barang jalinya ii. Faham ia dengan penggalak; iii. Faham ia dengan tembaknya; iv. Faham ia dengan nazar dan tiliknya, serta yakin pada barang tempat yang sempurna; lagi ialah yang menghimpunkan segala zahir dan batin, dan lagi mengetahui pada syariatnya, dan tarikatnya, dan hakikatnya, dan ma'rifat salah suatu daripada empat jalan .itulah, yang dijalani oleh segala arif, wallahu a'lam. Fasal inipun rukun menembak itu juga. Pertama hendakkan bedil yang baik, kedua hendak peluru yang baik, ketiga hendak penggalak yang baik, keempat hendak sumbu yang baik; jikalau kurang salah satu, nescaya binasalah tembaknya; dan tiadalah iaitu dinamai arif yang mengenal, apabila yang dikenal nya itu daripada jalan membinasakan tembaknya; pada hal yang menyempurnakan itu tiada terpandang pada matanya. Wallahu a'lam. Ketahuilah olehmu hai talib, adalah nafi pada menembak itu atas dua perkara: pertama dinafikan segala pengetahuan orang yang

9

Page 23: Peluru petunang

lain, tiada akan lebih dari pada tahu ki ta, janganlah di timbang sekalikali. Kedua nafikan daripada pecah bedil yang kita pegang itu, jikalau ada sesuatu daripada dua itu, nescaya binasalah tembaknya; dan ingat isbatnya, itu pun atas dua perkara juga: pertama yang isbatnya itu daripada segala yang tersebut segala syaratnya; dan kedua isbat yakin dan tasdiknya, dan jikalau tiada salah suatu daripada ini binasalah tembaknya. Ketahui olehmu hai talib, apa yang dinamai syariat itu; bahawa sesungguhnya syariat tembak itu atas perbuatan diri yang zahir yang takluk kepadanya rukunnya, seperti gamaknya dan adabnya, dan barang yang demikian itu. Adapun tarikat itu atas dua jalan: satu am, kedua jalan arif; dan tarikat kepada am itu daripada mata yang zahirnya kepada badan pejera; yang kedua, disatukan pada barang yang ditujunya. Adapun tarikat segala arif itu dua: daripada mata hatinya datang kepada gamaknya, lalu kepada nazarnya itu berlaku dengan yakin semata-mata, dan berlakulah yakin itu atas sesuatu yang dikehendakinya. Adapun hakikat itu pun atas dua juga, dan kepada segala yang am itu diperseni pandangnya itu, dihimpunkan atas syarat petikannya. Adapun hakikat pada segala arif, bahawa sesungguhnya kejadian segala alam ini daripada ilmu hak Taala, dan yang dinamakan alam itu hakikatnya Nabi kita Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam, dan pancar hakikat itu nyata kepada diri kita yang batin, dan daripada itulah maka diperolehi tabiat diri yang batin itu daripada hakikatnya Nabi kita itu. Apabila terpakailah pakaian yang demikian itu, maka dapatlah ia menyampaikan barang kehendaknya, dan tiada terlindung pada barang halnya; kerana berlaku kehendak segala hambanya itu dengan kehendak Allah jua. Maka demikianlah pandangan segala arif itu akan bedil nya, dan daripada ubat peluru nya, dan yang dikehendakinya daripada sesuatu tembaknya i tu, dan yang di tembak itu nyata di dalam rahsianya, seperti nyata segala alam dalam ilmu hak Taala. Pada tatkala firmannya "Kun", maka jadilah semesta alam seiengkapnya. Demikian lagi kepada segala arif pun berlaku segala kehendakNya, dengan rahsiaNya yang maha sempurna juga; kerana terhimpun semesta sekalian alam ini kepada rahsiaNya yang maha arif, dan barang yang dikehendakiNya hasillah. Adapun makrifat itupun atas dua jalan juga. Makrifat yang am itu, mengenal ia akan kesalahan dirinya dengan sebab salah tembak-

10

Page 24: Peluru petunang

nya. Adapun makrifat yang arif itu, dikenalinya akan segala rahsia tembak itu daripada zahir dan batinnya. Tiada terlindung daripada ilmunya; kerana sekaliannya itu terhimpun pada ilmu segala yang arif, wallahu a'lam. Adapun syarat pada segala arif itu mencucikan yakinnya, nazarnya, tiliknya dan tiadalah rasa was-was sangka lagi, kerana sudah diputuskan oleh makrifatnya yang sempurna itu, wallahu a'lam.

Pemutus Tembakan Minangkabau Inilah kesudahan tembak Minangkabau yang berustaz. Hubaya-hubaya jangan ditunjukkan pada orang yang tiada tahu akan kemuliaan ilmu segala arif itu, membukakan segala rahsia yang tersembunyi

wallahu a’lam. Adapun tembak Minangkabau itu atas tiga perkara: pertama “Hu tembak”; kedua “tembak Hikmat”, dan ketiga “tembak Nazar” yang takiuk dengan ilmunya, wallahu a’lam. Fasal pada menyatakan syarat membubuh ubat ke dalam bedil. Hendaklah bedil itu berdiri betul; jikalau direbahkan nescaya ubatnya itu kemas sebelah; jadi jikalau diisinya rebah, hendaklah didirikan dahulu, maka diasak supaya sama kemasnya. Inilah dibaca kepada ubatnya itu: “Hei Sang Boma, Engkau hantarkan kepada tempat yang mati, Jika engkau tiada hantarkan kepada tempat yang mati, Derhakalah engkau kepada Allah”. Fasal pada menyatakan petunang pelurunya yang dibaca kepada peluru itu; Bismillahir Rahmanir Rahim. Hu Alif, empunya tuju; Keluar seperti tagar, Berdengung seperti kumbang, Datang seperti kilat, Betul ke kulit, singgah ke daging; Makan ke hati, minuman darah ke jantung. Allah menjadikan Muhammad; Bukan dengan kataku, Dengan berkat, dengan kata Allah. Bukan dengan tujuku, berkat dengan tuju Allah. Tuju Allah, tuju Muhammad, tuju Jibrail, Tuju baginda Rasullah

11

Page 25: Peluru petunang

Tiba ke gunung, gunung runtuh; Tiba ke bukit, bukit roboh; Tiba ke batu, batu belah; Tiba ke kayu, kayu patah; Tiba ke bumi, bumi hancur. Tiba ke kulit, makan ke daging, patahlah tulang; Tiba ke hati, makan ke jantung. Berkat kata Lailaha ilaIIah, Muhammadar Rasulullah". Sebagai lagi pula: "Bismillahir Rahmanir Rahim. Hu Alif empunya tuju, Terbukalah pintu yang ketujuh lapis, Bersangkutlah tirai peraduan, Terhamparlah kertas di dalam Loh Mahfuz, Terhamparlah suratannya di dalam kalam Allah. Putuslah kandil yang tergantung tiada bertali, yang berjejak tiada bertiang; Padamlah tanglung di dalam kendil, Hilanglah cahaya di dalam tanglung, Kembalilah engkau kepada empat anasir. Jika tiada kembali engkau kepada air; Kembalilah daripada ada, kepada tiada; Kembalilah lepas daripada berkata-kata. Bukan dengan kuasa ku, Dengan kuasa Allah. Bukan dengan tujuku, Dengan tuju Allah, tuju Muhammad, tuju Jibrail, tuju baginda Rasulullah. Tiba ke kulit, makan ke daging, patahlah tulang; Tiba ke hati makan ke jantung. Berkat kata lailaha ilaIIah, Muhammadar Rasulullah". Sebagai lagi pula: "Bismillahir Rahmanir Rahim. Petunang Allah, tuju Muhammad, sir Ali, tilik Jibrail; Tiba ke kulit lalu ke daging, Patahlah tulang makan ke hati, lantas ke jantung. Sidi guru ku, sidilah aku. Sidiku daripada guruku. Berkat kata Lailaha ilallah, Muhammadar Rasulullah." Fasal pada menyatakan tatkala gerak peluru yang Kita hendak bubuh ke dalam bedil: "Bismillahir Rahmanir Rahim. Hu Alif, Batu Mahfuz empunya tuju; Muhammad yang menyembelih,

12

Page 26: Peluru petunang

Sir Ali yang disembelih; Jibrail yang memegang, Malaikat yang mengambil, Azal yang diambil, Takdir yang tiada mungkir yang akan diambil. Luka di kulit lantas ke jantung. Berkat kata Lailaha ilallah Muhammadar Rasulullah." Inilah rajahnya kepada peluru itu.

Tembak Petunang Adapun mengenal peluru yang mematikan itu, maka ambil peluru tujuh butir, letakkan ke atas tangan ketujuh-tujuhnya, kemudian kita. tilik. Apabila tangkai nya yang mula-mula dituang itu mengadap kepada tubuh kita, maka kita ambillah peluru itu dengan mulut; apabila dirasai hanyir seperti rasa darah, maka peluru itulah yang membunuh. Maka pada peluru itulah yang dirajahkan angka itu. Jikalau peluru yang tiada seperti dikata itu, jangan dirajahkan dengan angka itu, walau ada dirasanya pada mulutnya hanyir sekalipun, kerana peluru itu bukanlah yang membunuh, sehingga melukai sahaja, tiadalah ia mematikan. Maka apabila kita hendak menembak orang yang kebal, hendaklah dibubuh peluru emas, atau perak, atau tembaga, atau suasa. Selesai membaca Fatihah maka hendaklah kita tilik kepada jantungnya yang putih itu. Apabila nyatalah tiliknya itu, maka hendaklah dibetulkan dengan tentang bedil kita, di situlah kita tuju. Apabila betullah kepada tilik kita jantung yang putih itu, serta yakin kita kenalah barang yang kita kehendaki itu, maka tembakkanlah, serta dengan nafas ki ta. Adapun tembak petunang i tu, melainkan pada dua perkara juga yang tiada boleh ditembakkan: Pertama burung, dan kedua sasaran. Inilah ayatnya yang dirajahkan pada pelurunya yang membunuh itu

13

Page 27: Peluru petunang

Jikalau kita hendak menembak seteru, menembak petunang, inilah angkanya: lni suatu fasal yang menyatakan menembak burung dengan penabur. Maka hendaklah tatkala kita mengisi ubatnya itu dua cerai; dan hendaklah dibubuh henal renggang daripada ubatnya itu, sejarak sejengkal telunjuk pada orang yang pertengahan adat; jika orang itu panjang jengkalnya, maka hendaklah ia memakai dengan jengkal seketak juga. Kemudian maka bubuh henallain pula di atas peluru itu akan pengapit penabur itu, maka tembakkanlah. Jikalau kita menembak burung yang berkawan-kawan pun sebanyak dua jari itu juga, dan jikalau kita menembak burung seekor pun, sebanyak dua jari juga ubatnya itu. Fasal pada menyatakan gerak bedil "Ah Sang Pejera, bangunlah engkau! Jika tidur aku gerak bangun, Darah minuman engkau, Jikalau engkau tiada makan dan minumnya, Derhakalah engkau kepada Allah Taala, yang menjadikan sekalian wujud." Fasal pada menyatakan membubuh ubatnya: "Hai Sang Boma, Engkau hantarkan kepada tempat yang mati, Jikalau engkau tiada hantarkan kepada tempat yang mati, Derhakalah kepada Allah Taala, Yang menjadikan sekalian wujud ini." Fasal pada menyatakan membubuhkan peluru: "Ah Siamang Mandi! Keluar seperti tagar, Berdengung seperti kumbang, Datang seperti kilat, Tiba ke kulit singgah ke daging, Makan ke hati, minum darah ke jantung.

14

Page 28: Peluru petunang

Ah, teguh tegang, Teguh pulang tegang, Lalu ke urat sendi tulang. Kena kemar, teku, Ah tikam! Allah menjadikan Muhammad, Muhammad menjadikan kun fayakun, Ah!”

Maka hendaklah dibacakan pada "tunang" tujuh kali, dibaca pada sebiji peluru yang membunuh itu tujuh kali kata. Jikalau tiada seperti kehendak kita yang dimaksudkan hendak kita tembak itu, maka tuangkan baik-baik pelurunya itu, ambil taruh baik-baik; jangan ditembakkan dengan tiada berketahuan. Peluru yang membunuh itu tiada boleh ditembakkan pada permainan seperti sasaran dan sebagainya.

Peluru Petunang Untuk Bekalan, Membuatnya Fasal pada menyatakan peluru bekalan: Jika tiada dengan darurat, maka perbuatlah peluru petunang itu. Maka hendaklah dicari peluru yang membunuh itu tiga puluh tiga butir, maka hendaklah dirajah dengan angka yang di atas itu pada tiap-tiap sebutir peluru itu. Apabila sudah dirajah, maka hendaklah ambil batu lin tar, rendamkan pada air yang di dalam bejana tembaga. Kemudian peluru yang tiga puluh tiga butir itu masukkan samasama dengan batu lintar itu barang tiga malam. Sudah itu, cari kain hitam, maka buatlah rajah seluas peluru itu pada sebutir peluru. Kemudian, keluarkan peluru yang direndam i tu, maka bacakanlah petunangan itu pada peluru itu sebanyak tujuh kali, yakni tujuk kali baca pada sebutir peluru itu. Maka ambil satu-satu peluru itu bubuhkan di dalam rajut, diperbuat seperti tasbih. Apabila telah selesai daripada sembahyang, maka hendaklah . dibaca Subahanallah tiga puluh tiga kali; Alhamdulillah tiga puluh tiga kali; dan Allahu Akbar tiga puluh tiga kali. Maka peluru itulah akan tasbihnya. Fasal pada menyatakan hendak mencari bedil yang seperti pematah guru, iaitu jangan sangat berat larasnya, dan jangan sangat

15

Page 29: Peluru petunang

ringan larasnya; maka hendaklah kita berdiri betul seperti alif. Kemudian, ambil laras bedil itu dengan diri kita, maka ukurkan larasnya bersama tentang dengan mulut kita degan mulut bedil itu. Apabila sudah sama, maka palingkan mulut bedil itu ke bawah. Sudah itu, ukurkan pula lubang penggalak bedil itu bersama-sama dengan lubang telinga ki ta. Tatkala sudah putus petunang itu, maka hadiahnya diletakkan oleh gurunya setabil emas; dan tatkala putus pengenalan akan pelurunya yang membunuh itupun setahil emas juga; maka diberikanlah oleh guru akan anak muridnya itu naskhah suatu ukuran.

Menembak Sasaran Fasal pada menyatakan jikalau hendak menguting6 bedil: Maka buatlah sasaran itu, beri dia berdiri betul, beri makan uting-uting. Kemudian, ambil kayu sedepa yang berat-berat, buat seperti lidah neraca, maka dilarikan kayu itu sampai pada tempat menembak itu, kerana kayu itulah yang meratakan tanah itu. Maka peganglah seperti memegang neraca, supaya kita ketahuilah tanah itu tinggi rendahnya. Jikalau tiada lagi tinggi rendahnya, baharulah kita cacak kayu cabang itu sejauh sepuluh depa, atau dua puluh depa. Maka cacaklah alamat itu sama tinggi pinggang kita, dan kita ukur alamat itu beri sama tengah hitam. Sesudah diukur, bawalah kepada tempat menembak itu. Kemudian, cacakkan kayu cabang dua itu dan ukur sama tinggi dengan kayu alamat itu. Sudah itu, letakkanlah bedil di atas cabang itu, jangan beri telangkup atau tertunduk. Apabila betul laras bedil itu pada alamat, maka kita pastikan di teropong, dan ditiliklah kepada alamat. Apabila betul, baharulah kita bedilkan, beri makan sama tengah hitam itu, jikalau tiada berubah, supaya betullah bedilan seperti yang dipandang itu.

Putus Makrifat Tembak Fasal pada menyatakan putus makrifat tembak: Tatkala hendak menembak, hendaklah berdiri betul, dan tatkala kita hendak mengisi ubat ketika berdiri itu, hendaklah dijaga keluar masuk nafas kita; rasalah nafas kita jangan diberi keras masuk. Apabila telah samalah nafas kita itu masuk dengan keluar, maka tatkala masuk inilah, ingat kepada Tuhan yang empunya gerak. Jika kita melepas- _______________

6 membidik; menenang.

16

Page 30: Peluru petunang

kan nafas pun demikian i tu juga. Menjatuhkan peluru ke dalam bedil apabila kita hendak menembak pun, hendaklah kita mengikuti nafas yang keluar itu, kemudian barulah kita lepaskan peluru itu. Tatkala kita hendak menjatuhkan peluru itu, maka kita ambil air liur di langit-langit dengan ibu tangan kita, lumurkan pada peluru itu, kemudian kita bacakanlah doa gerak peluru seperti yang di atas itu.

Tawar Bisa Fasal pada menyatakan tawar, jikalau kena ubat bedil atau dipagut ular: Jikalau dipagut ular, maka bacakanlah pada tempat yang kena pagut itu, atau pada tempat yang kena ubat bedil itu. Maka inilah yang dibacakan:

Dengan berkat tawar Ali; Tawar seperti air, Tawar sejuk seperti nasi dingin. Dengan berkat Lailaha ilaIlah, Muhammadar Rasulullah. Sejuk, tawar Muhammad; Sejuk, tawar baginda Rasulullah. Segala yang tajam, tumpul; Segala yang bisa, tawar; Segala yang nyala, padam; Segala yang hangat, sejuk; Dengan berkat kata Lailaha ilaIlah, Muhammadar Rasulullah. Maka ditiupkan pada tempat yang kena itu, iaitu jikalau kena ubat bedil. Kemudian daripada tiup itu, maka mamah daun tin, dan semburkan pada tempat yang kena ubat bedil itu. Jika kena pagut ular pula, maka hendaklah ambil akar saga kenderi yang putih sekerat, hitam sekerat. Ada pun syarat mengambilnya itu, hendaklah pada hari gerhana bulan; jika tiada boleh ketika itu, hendaklah pada hari Selasa, dan hendaklah kita membawa sirih sekapur dengan kemenyan kepohonnya itu. Kita bakar kemenyan itu, serta memberi salam kepada Nabi Alias, lalu kita jabatlah, jangan diberi tindih bayang, dan jangan diberi kena air selama tip hari. Sudah disembur dengan ubat kena ubat bedil itu,

17

Page 31: Peluru petunang

dan akar saga kenderi itu sudah dibasuh cuci-cuci, maka bubuhkanlah kepada tempat yang dipagut ular itu.

Sisipan - Syarat Untuk Laki-laki Fasal pada menyatakan syarat segala laki-laki. Maka adalah amanat gurunya, lembing serangkap pembawanya pada hari Ahad. Kita katakan kepada air, dan kita minum tiga teguk. Inilah bacaannya: "Wahidul Kahar, kahar kalamku. Berkat kahar daripada baginda Ali; Keras seperti besi Khursani, Asalmu maknikam, turunlah kepada zakarku; Maknikam keras seperti besi yang hidup menikam. Berkat kata lailaha ilaIlah, Muhammadar Rasulullah." Fasal ini tatkala kita mandi, telah sudah bersalin kain. Maka inilah kita maujudkan naik serta nyawa; maka inilah bacaannya: "Hai besi Khursani, bangkit engkau! Di telaga kamu hidup serta nyawa, Hidup selama-lamanya, Bertulangkan besi, beruratkan tembaga, Teguh tegang selerang pinggangku, Asalmu maknikam, turun kepada zakarku, Maknikam hidup serta nyawa, Hidup seperti besi yang hidup, yang dihadiahkan guruku maknikam, Berkat kata Lailaha ilallah, Muhammadar Rasulullah."

18

Page 32: Peluru petunang

DI ANTARA JENIS-JENIS BEDIL KUNO

(Disiarkan dengan ihsan Muzium Negara Malaysia)

Meriam Tembaga Berukir (Rentaka).

Bedil Meriam, berasal dari Kelantan.

19

Page 33: Peluru petunang

Meriam ini kepunyaan Allahyarham Tuan Haji Mohamed Salleh Ismael bekas Ketua Polis Negara, telah dihadiahkan olch balu beliau kepada Muzium Negara.

10 PR B.L. Jointed Gun Mountain

20

Page 34: Peluru petunang

Senapang

Senapang

Senapang Bedil Pemuras (Brass Blunderbrass Gun)

21

Page 35: Peluru petunang

Napoleon Musket

Istinggar dari Bukit Tinggi, Sumatera Barat (Matchlock).

22

Page 36: Peluru petunang

BAB III

EMPAT PERKARA SYARAT MENEMBAK

Ilmu Tembak FASAL pada menyatakan naskhah menembak. Barang siapa tiada ketahui beroleh aib. Adapun syarat menembak itu empat perkara. Akan segala isyaratnya dan kunamai akan dia "cermin segala pendekar tembak Fatan nong arramaitu arbaatun", Ertinya, tembak itu empat perkara, pertama tembak bidak, kedua tembak kilat, ketiga tempat ustaz, dan keempat tembak alat namanya. Maka adalah di dalam syarat tembak bidak itu empat syarat: Pertama bedil yang baik; kedua gamak yang baik; ketiga peluru yang baik, dan yang keempat ubat yang baik. Maka hendaklah bedil itu makan uting-uting, dan peluru itu jangan ketat dan jangan longgar. Demikianlah peluru, dikata oleh segala pendekar tembak. Ketahui olehmu hai talib, bahawa asal ilmu tembak itu empat ilmunya: Pertama-tama kanan; kedua ke kiri; ketiga di atas; dan yang keempat bawah. Ada pun yang menghimpunkan kanan, kiri, atas, dan bawah itu, ialah pertengahan; yang diumpamakan seperti alam al ruh wa alam misal dan alam ihsan. Maka adalah antara alam al ruh dan alam ijsam, seperti pada ahli al makrifat samalah bani litanzih wa tasbih; dan kesempurnaan makrifat itu tanzih dan tasbih. Kakap tembak yang empat kita fikirkan, jangan sekali kita lainkan. Inilah syarat yang mendirikan; di sanalah makrifat kita tamparkan, yakni makrifat yang diterima daripada guru, kerana makrifat menghasilkan tembak barang sebagai. Adapun makrifat itu tertetap ia pada tembak yang empat; dan

23

Page 37: Peluru petunang

lagi kami nyatakan kemudian akan faedah tembak yang empat itu. Ketahui olehmu hai talib segala rukun tembak, adapun rukun tembak itu dua belas perkara: Pertama kunci tempat; kedua kunci lutut; ketiga kunci pinggang; keempat kunci leher; kelima kunci hati; keenam kunci nafas; ketujuh kunci mata; kedelapan kunci tangan; kesembilan rumah bedil; kesepuluh berdiri betul; kesebelas ghalib; dan yang kedua belas ingat akan mukarinah petikan. Maka adalah rukun yang dua belas itu, terletak pada tembak yang empat, seperti yang telah tersebut itu, wallahu a'lam.

Dua Belas Rukun Menembak Ketahui olehmu hai talib, isyarat rukun yang dua belas itu. Adapun syarat kunci tempat itu, hendaklah ke kiri itu betulkan kepada tanda; isyarat kunci pinggang itu jangan diberi terkub ke belakang; dan isyarat tangan i tu yakni genggam, jangan keras kanan kepada kiri, dan jangan keras kiri kepada kanan, hendaklah sama kuatnya; dan isyarat kunci leher itu jangan bedil itu rapat pipi kita; dan jangan kepala kita diberi terlintuk, hendaklah sebaik-baik betulnya; dan isyarat kunci lutut, maka hendaklah kedua lutut itu jangan terkena temu. Adapun isyarat kunci mata itu, jangan- kita memandang lain daripada tanda itu. Adapun isyarat berdiri betul itu, hendaklah kita berdiri seperti alif, jangan cenderung ke kanan atau ke kiri, dan jangan cenderung ke hadapan atau ke belakang. Adapun isyarat kunci nafas itu, jangan diberi nafas itu keras turun naik, hendaklah selesai. Adapun isyarat kunci hati itu, hendaklah peliharakanjangan bimbang pada yang lain, melainkan keadaan jua tanda itu olehnya, dan tiada syak dan waham pada hati. Adapun isyarat rumah bedil itu, ambil lidi yang sudah dipersiang, maka kita lihat pada cermin, demikianlah lantak itu pada pipi kita.-nescayalah tiada kena kita olehnya. Adapun isyarat ghalib itu, tiadalah sekali-kali kita ingat pada yang lain. Adapun isyarat mukarinah itu, jangan terdahulu petik daripada datang tanda, atau terdahulu datang tanda daripada petik; hendaklah bersamaan antara keduanya, seperti yang diisyaratkan oleh gurunya. Maka adalah pekerjaan itu seperti firman Allah Taala yang tersebut di dalam Quran Al-Azim:

24

Page 38: Peluru petunang

Yakni telah datanglah ajal mereka itu, tiada terdahulu dan tiada terkemudian seketika jua. Maka hendaklah fikir olehmu hai talib akan menetap tembak dalam hal persertakan petik dengan putus pandang makrifat itu, insya-Allah Taala tiada mungkir tembaknya.

Tembak Yang Empat Ada pun tembak yang empat itu, seperti yang telah tersebut dahulu, iaitu Tembak Bidak; Tembak Kilat, Tembak Ustaz, dan Tembak Alat; masing-masing dengan isyaratnya, dan masingmasing dengan pandangnya. Ada pun Tembak Bidak itu, pandangan kita hanya sepanjang bedil jua. Jika jauh seratus depa sekalipun, atau dekat jarak dua tiga depa, demikian jua pandangnya, tiada lebih dan tiada kurang daripada panjang bedil itu; dan apabila kita hendakkan peluru kita ke kanan atau ke kiri, akan pangkal bedil jua yang diubah. Ada pun hujung bedil, jangan diubahkan corong alamat yang di bawah. Jika hendakkan mengenai ke kiri, maka ke kanan pangkal bedil itu; dan apabila hendak mengenai di atas, tarik pangkal bedil itu; apabila hendak mengenai di bawah, sorongkan pangkal bedil itu dan hujung bedil itu demi kian juga jangan di ubahkan; kerana alamat itu asalnya empat persegi, lima dengan yang di tengah. Jikalau hendak mengenai yang di tengah, hendaklah jaraknya antara tersorong dan tertarik pangkal bedil itu, dan hendaklah sebaik-baik letaknya hujung bedil itu. Demikianlah yang dinamakan "tembak bidak" iaitu mata angin yang empat, daripada empat jadi delapan. Inilah jarum pendek; apabila jarum pendek mungkir, maka mungkirlah tembak ki ta. Ada pun yang dikehendaki, ialah sampai seperti maksud kita, yakni betul tentang corong tanda. Apabila sekalian rukun tembak dan syaratnya sempurna sudah, maka adalah seperti pematah guru - bedil pun baik, ubat pun baik, penggalak pun baik, tenang pun baik, tegak pun baik, genggam pun baik, dan makrifat pun baik, maka tiadalah mungkir yang dituju itu. Kita lihatlah peluru itu di mana tibanya. Jikalau ke kanan ke bawah tibanya. Tertarik atau tersorong pada rumah bedil itu apabila di kanan, ke atas tiba pelurunya. Apabila tertarik rumah bedil itu pada pipi, iaitu apabila ke kiri, ke atas tibanya peluru itu; begitu juga apabila terangkat dan tersorong rumah bedil itu pada pipi kita. Adapun jalannya, jika ke kanan peluru itu tersenget, peluru itu ke kiri; dan ke kiri pelum itu tersenget, ke kanan dan ke atas, ke

25

Page 39: Peluru petunang

bawah, seperti yang tersebut dahulu itu juga; itulah tembak bidak namanya. Sebagai lagi jalannya, apabila dikehendaki kekal pandangan kita, maka letakkan alamat itu daripada tedas di kanan dan hujungnya sama dengan alamat, jangan di bawah dan jangan di atas, melainkan sama tengah. Ada pun "Tembak Kilat", alamatnya hadap. Apabila terdapat alamat yang jauh dengan alamat yang kepada kita oleh mata kita, iaitu di hujung bedil, maka baharulah kita petik; itulah alamat kilat namanya. Adapun yang kita pandang dan kita pastikan hingga sejengkal atau sehasta jua dari hujung bedil; dan jikalau kita hadapkan ke kanan, ke kiri, ke atas atau ke bawah, maka seperti tembak bidak juga syaratnya. Maka itulah tembak kilat namanya, tiadalah lama pandangannya, melainkan seperti kilat jua, 'wallahu a'lam. Adapun "Tembak Ustaz" itu alamatnya muka, dan pegang bedil terlantak. Adapun rumah bedil itu antara yang hampir dengan rusuk muda; maka tangan yang kiri itu seperti pipi jua, jangan bersalahan. Adapun tegak ustaz itu hendaklah berbetulan dada dan muka kita dengan alamat, sekali-kali jangan diberi tubuh kita terhering ke kiri atau ke kanan, dan muka pun demikianjuga; kerana Tembak Ustaz itu melengkapi ia akan mata angin yang delapan. Maka adalah dimatikan pandang itu hingga tangan kiri jua; dan jika berkehendakkan peluru itu ke kanan, ke kiri, ke atas atau ke bawah seperti Tembak Bidak itu juga isyaratnya. Adapun "Tembak Alat" itu alamatnya segala anggota; kerana alat itu melengkapi ia akan mata angin yang enam belas; dan lagi pun tembak alat itulah yang seperti melengkapi tembak yang tiga itu. Maka jikalau barang siapa tiada tahu akan tembak yang tiga i tu, dan jikalau barang siapa tiada tahu akan tembak alat itu, nescaya tiadalah sempurna tembak mereka itu, kerana tembak alat itu memelihara tembak yang tiga itu. Maka adalah Tembak Bidak, Tembak Kilat dan Tembak Ustaz itu masing-masing dengan tegaknya, dan masing-masing dengan genggamnya, dan masing-masing dengan hakikatnya, dan masingmasing dengan makrifatnya. Adapun alamat yang pada ki ta itu, "orang-orang" dengan mata kita, itulah yang menemukan mata hitam alamat, didatangkan kepada kita dengan makrifat yang diletakkan kepada "orang-orang" dengan mata kita alamat yang jauh itu. Maka itulah tempat berdiri makrifat.

26

Page 40: Peluru petunang

Adapun yang sebenar-benar makrifat itu ikhtiar, apabila berdiri sudah demikian, iaitu berdiri iradat Allah dengan kudrat Allah Taala, jangan dicita-cita lagi tembak yang lebih daripada ini, maka inilah tembak dunia akhirat; wallahu a'alam:* _______________ *Disini, ada kira-kira 14 halaman - dari hal. 27 hinua hal. 40 dalam naskhah asal, adalah merupakan ulangan sepenuhnya dari kandungan hal 1 hingga hal 14; kerana itu terpaksalah ditinggalkan - A.S.A.

27

Page 41: Peluru petunang

BAB IV

ILMU HULUBALANG, PETUNANG BEDIL

Menghadapi Musuh Fasal ini tatkala hendak cek kecopong, inilah doa dibaca:

Fasal ini hendak membubuh ubat. Inilah doanya:

Fasal ini tatkala hendak membubuh pelurunya. Inilah katanya: Pilur keti tarka nakti. Fasal ini pada menyatakan ilmu hulubalang tatkala hendak membedil meriam dan barang sebagainya; serta dibacakan isim ini pada bedil itu. Inilah doanya:

Tatkala hendak mengisi ubat bedil maka dengan isyarat gurunya pohonkan kehadrat Allah Taala dengan keredaan-Nya, akan datang geruhiah mansuia itu, atau binatang itu. Tatkala akan mengisi peluru itu, maka dengan isyarat, pohonkan nyawanya itu kehadrat Allah Taala. Maka syarat ini dan nazar ini, syarat mem-bedil menuju lawan itu, hendaklah syarat menuju rohnya itu, serta membaca isim ini:

28

Page 42: Peluru petunang

Isim ini dibaca pada tiap-tiap pagi dan petang di belakang sembahyang; di tiupkan pada negeri atau kubu itu, nescaya segeralah dialahkan Allah Taala lawan kita itu. Jikalau hendak membedil negeri, maka diisyaratkan dengan membedil nyawanya negeri itu, insya Allah bangat jua alahnya. Jikalau hendak membedil kubu musuh, atau pencalang, atau perahu, maka diisyaratkan nyawanya juga yang dibedil itu, jangan tubuhnya yang dituju; insya Allah Taala, berkat isyarat ini segeralah binasa lawan itu. Fasal ini menyatakan ilmu tatkala hendak "mengikat" bedil"kunci di dalam kunci". Tatkala mengikat bedil itu, maka kita baca ilmu ini. Barang siapa memakai ilmu ini, tiada mungkir tembak nya. Jikalau kesasaran pun baik, dan jikalau menembak binatang pun baik. Inilah doanya: "Hai Gempita Alam! Jangan engkau mungkir; Tembak Muhammad. Baginda Ali memegang engkau; Ya Kuddus, ya Kuddus, ya Kuddus! Barang pandangan engkau binasakan, Ya Allah, ya Allah, ya Allah! Ya Hu, ya Hu, ya Hu! Ya, Hak!" Ini dibaca tatkala hendak menangkap burung yang dibedil. Inilah kata-katanya: "Hai Jin Jelang, Pergilah engkau mencari makan."

Penunang Bedil Fasal ini pada menyatakan penunang bedil yang tiada tamis. Maka ambil peluru, gising, yakni pusar dengan tapak tangan kita. maka doakan peluru itu. Maka kita ambil dengan nafas kita pada peluru itu; kemudian hembus nafas kita turun pula pada peluru itu perlahan-lahan.lnilah kata-kfttanya:

29

Page 43: Peluru petunang

"Kum barak kum, Aku menghukum binatang di hutan, Demi Allah, demi Allah, demi Allah, Demi Rasulullah. Daku tuju pih membelah jantung, Berkeliling asrar Rasulullah. Aku menyampaikan dah Allah." Fasal ini pesan pada peluru, tatkala bubuh ke dalam mulut; maka kita gigit-gigit peluru itu, serta kita pesan pada peluru itu katakata ini: "Tulang urat jalan engkau; Hanya jantung tempat engkau." Fasal ini tatkala hendak paut burung bedil. Jikalau hendak menembak pun baik; jikalau hendak membedil binatang pun baik. Inilah kata-katanya: Allah gharuba, Muhammad thana. Fasal ini tatkala hendak membedil. Maka kita buang jembalangnya dahulu, tatkala kita hendak membedil itu inilah katakatanya: "Siah kiri, siah kanan; Mintak setabat usung pejera." Fasal ini tatkala hendak paut burung bedil. Inilah kata-katanya: "Misal, misal kata Adam, Nafi, nafi, kata Muhammad, Mati, mati, kata Allah, Allah, Allah, Hu." Fasal ini penunang Tok Abu juga, jikalau tilik peluru pun boleh. Kita ambil peluru tujuh butir pada sekali tilik. Maka kita gengam peluru tujuh butiritu dan kita doakan. Maka kita meserakan dengan nyawa kita, dan pejamkan mata kita serta nazarkan cahaya yang di dalam diri kita, lima cahaya itu. Maka iktikad kita beri nyata-nyata pada peluru itu. Jikalau Cahaya peluru itu merah serta putih, jangan diambil peluru itu, jikalau kita bedilkan pun tiada kena. Jikalau ada cahaya itu hitam serta merah, peluru itu tanggung berdarah sahaja, tiada mati; jikalau mati pun ada bertambah dengan yang lain jup. Jikalau

30

Page 44: Peluru petunang

ada cahayanya hijau serta hitam, peluru itu tanggung mong; atau hitam serta hijau itu pun tanggung mong juga. Hubaya-hubaya jangan tidak ada cahayanya merah serta hitam, dan merah serta hijau; itu pun mong juga. Apabila kita hendak bubuh peluru itu ke dalam bedil, maka hendaklah kita upam dahulu pada susu kita. Lepas itu kita bubuh ke dalam mulut. Ketika hendak bubuh ke dalam bedil, helakan dengan hujung lidah kita serta dengan nafas, turunkan pada peluru itu. Inilah kata-katanya: "Pintak, kata Adam, Izin, kata Muhammad, Mati, kata Allah. Hatiku membelah lubang bedil, Peluruku membelah hati jantung Sekalian yang bernyawa; yang berhati; Yang bersifat; yang berwujud; Tiada lepas pada peluru ku, insya-Allah Taala. Aku kata dengan kata Allah, Hak! Lailaha ilallah; Hu jud." Fasal ini petunang bedil. Tatkala kita hendak bubuh peluru itu, maka genggam itu kita iktikadkan sekalian yang bernyawa itu di dalam tangan kita; jangan syak lagi. Kita genggam peluru itu tujuh butir dan manterakan. Lepas dimanterakan itu, kita bubuh ke mulut kesemuanya. Kemudian kita manterakan pula tatkala di dalam mulut itu. Inilah kata-katanya: "Hai wujudku yang berdiri, Aku ambil sekalian yang bernyawa; Mati sekalian alam, kata Adam; Mati, kata Hawa; Syifa', kata akhir; Wa fana' timpan; Mati, kata duk."

Ilmu Upam, Penuju Bedil Fasal ini pada menyatakan ilmu upam peluru: Maka kita ambil segala peluru yang boleh sempurna tilik, yang dipematahkan oleh guru itu. Kita: ambil peluru itu manterakan; upam pada dada kita. Dalam masa mulakan upam itu manterakanlah beberapa kali pun. Kemudian daripada itu, ambil peluru itu dikilir pula dengan kuku ibu tangan, manterakan demikian juga. Maka inilah isyarat tilik peluru itu.

31

Page 45: Peluru petunang

Jikalau peluru itu cahayanya putih tiada boleh diambil. Peluru itu cahayanya putih serta kuning, tiada kena peluru itu. Jikalau cahaya putih serta merah, tanggung luka, nescaya tiada mati juga. Jikalau cahayanya merah serta hitam, peluru itulah yang menanggung maut yang tiada mungkir. Jikalau cahayanya kuning serta merah, peluru itu menanggung luka parah. Itulah mantera tilik nyawa, mantera upam peluru serta kilir. Inilah manteranya;

Fasal ini penuju bedil. Kita baca pada peluru itu; inilah doanya:

Sudah kita baca, peluru itu kita kulum ke dalam mulut kita; kemudian kita ambil dengan hujung lidah kita, serta hantarkan peluru itu ke dalam lubang bedil dengan hujung lidah kita itu. Maka nazar dengan iktikad, peluru itu kita hantar turun dengan nafas ki ta. Pada iktikad kita, nafas kita itulah yang membawa peluru itu sampai pada nyawa yang dituju itu, serta sampai pada jantungnya, dan sampai pada anggota yang kuat; jangan syak lagi. Inilah penuju namanya. Fasal ini pada menyatakan hikmat membubuh peluru; barang di mana kena, nescaya luka hatinya. Maka amalkan dahulu tatkala lepas sudah syahadat; dan tatkala kita hendak turun dari rumah pergi membedil binatang, itu pun dikatakan juga. Inilah katakatanya: "Hatiku membelah lubang bedil; Peluruku membelah hati binatang, Harapku kepada Allah, Tiada lepas daripada tanganku, Fana kata insan, Alif' Lam Min kata Muhammad, Mati kata Allah."

32

Page 46: Peluru petunang

Fasal ini rajah peluru meriam. Inilah rajahnya:

Ini rajahnya peluru senapang dan istinggar. Inilah rajahnya dan doanya:

Membuang Badi Fasal ini ilmu badi rusa atau seladang, maka kita halaulah dengan doa ini, dan jikalau badi orang sekalipun. Maka doa pada air, beri mandikan pada orang yang kena badi itu, atau kita doakan pada sirih pinang, beri makan; insya-Allah Taala sembuhlah. Inilah doanya: "Um bismi, Badimu, badiku, badi baginda Rasulullah; Kerai kelam mahatuli sekalian roma engkau. Aku bunuh engkau dengan kata hak, hai; Dengan berkat Lailaha ilallah Muhammadar Rasulullah. Yasin sak puna, puna, puna; Insya-Allah hak." Fasal ini ubat mengeluarkan badi sekalian badi, yang kita bubuh masuk ke lubang hidung- kedua, dan mata kedua, dan telinganya kedua. Pertama ambil buah pedendang, akar guncak, akar limau purut hantu, maman hantu, belerang busuk, inggu, dan kayu tahi; sekalian itu kikis beri jadi serbuk. Sudah itu rendang beri jadi arang; Kemudian kita ambil dan bungkus dengan kain hitam. Maka kita bawalah barang kemana pun, insya-Allah tiada kena badi.

Mengilir Peluru Fasal ini ilmu pengilir peluru. Masa mengilir itu hendaklah tatkala bulan cerah. Maka pandanglah bulan dan bintang-bintang yang ada: Apabila terlihat sahaja bintang beralih, maka gerakkan peluru itu, bubuh di atas tapak tangan. Kemudian ambil air daripada langit-langit kita, tiga titik. Inilah kata-katanya: “Hai Jibrail! Keluarkan air setitik dari dalam syurga. Aku hendak kilir sang bedil. Aku hendak bedil bayang yang hitam.”

33

Page 47: Peluru petunang

Ini penunangnya: Maka ambil peluru yang kita kindung tatkala hendak perang, atau barang-barang gaduh. Jangan lagi kita tunggu nanti walau sesaat. Maka tatkala hendak membedil, tarik naik hingga hulu hati. Maka kita pusar-pusarkan. Jika kita hendak akan tembus sertanya, tolak ke belakang. Jika kita hendak akan sendi tolakkan ke sendi. Inilah kata-katanya: "Hai Om, sikembang sifat perdu nyawaku; Kok tudung risa dengan kakinya, Hinggap di pihak belah jantung tangkai hati, Di sana tempat senjataku beradu. Hu, kata Allah; Penunang kata Adam; Insan kata Nabi Muhammad. Hati membelah lubang bedil, Peluruku membelah hati binatang yang halal. Hu Allah, demi Allah, Sekalian yang dijadikan, tiadaku binasakan. Melainkan dengan kata Lailaha ilallah." Ini dibaca tatkala hendak membedil, kita tiupkan tiga kali. Kemudian kita tilik, lihat jika bergerak atau mengangkat kepalanya, jangan dibedil. Jika berdiri atau mahu bangun maka siap-siap bedil. Inilah kata-katanya: "BismilIahi birabbikum, Aku gerak bangun daripada ketiduran engkau, Seterumu sudah datang." Ini penunang bedil, inilah kata-katanya:

maka amalkan pada malam Isnin sekali sebulan, sampai tiga bulan. Kita ulang membacanya hingga cendera tidur. Ini penunang bedil, dikatakan kepada peluru. Inilah katakatanya:

34

Page 48: Peluru petunang

BAB V

BUKU KEDUA

Umur Naskhah dan Petua Menembak TARIKH sanah 1280, kepada dua puluh delapan haribulan Jamadil Akhir, hari Selasa, waktu jam pukul sepuluh, masa itulah Ismail mempersembahkan suatu surat "Perkara tembak tarkul atau senapang". Adalah perkara ini Almarhum yang mangkat di dalam Pahang yang empunyanya. Adalah titah Almarhum, jikalau hendak menembak sesuatu itu, melainkan angkat tarkul itu, rebahkan hujung tarkul itu biar sama rata dengan alamat; janganlah tinggi dan janganlah rendah. Apabila sudah bersamaan hujung tarkul dengan alamat, barulah angkat buntutnya itu, bawa kepada tulang yang bemama "azal" - bukankah ada ia bulat dan panjang antara tulang bahu yang kanan itu kepada tulang yang kedua antara yang ketiga - itulah tempat buntut tarkul itu. Kemudian apabila sudah terkena buntut tarkul itu, barulah pandang pejera pangkal dan pejera hujung dan alamat; barulah niatkan ketiga-tiganya itu bersatu. Barulah niatkan seperti zikir Naksyabandi, lakukan seperti orang rabitah ra1ibkan pandangannya itu, kemudian tekan kuat-kuat genggamlah tangan yang sebelah kanan biar kuat-kuat, yang sebelah kiri ampu sahaja.janganIah dikuat sekali-kali, adanya. Dan lagi, petikan itu janganlah dikuatkan; ibaratkan sahaja. Pandangan itu biar bersatu jarumnya itu. Buatlah seperti kata guru itu, buntutnya itu asakkan ke dalam bahu, biar kuat-kuat, lalulah petik jarumnya. Dengan berkat sefaat Rasulullah, kenalah alamat

35

Page 49: Peluru petunang

itu, demikianlah adanya. Dan lagi, jikalau tengah ralik-ralik menembak, inilah doanya yang dibaca bilang-bilang hari janganlah dilupakan, inilah doanya:

Dan lagi, jikalau peluru orang itu terlalulah tetapnya tatkala menembak, maka bacalah doa ini, dengan berkat syafaat Rasulullah, barangkali tiadalah tetap pelurunya. Inilah doa yang dibaca:

Bacalah tiga kali. Tiap-tiap orang itu berdiri, jikalau khianatkan orang adanya. Dan lagi, alamat itu alamat guru tatkala menampak di hujung tarkul itu baharulah ralikkan pandangannya itu; lagi pula buat seperti mati, adanya. Dan lagi, inilah doa tatkala hendak zikir bersama-sama dengan senapang itu. Taruhlah senapang itu di bawah riba yang sebelah kanan, hujungnya taruhlah ke hadapan, kqrnudian bacalah doa ini: rupakan guru itu biar ada di hadapan kita. Inilah doanya:

Kemudian angkat hujung lidah taruhkan ke atas. Kemudian serahkanlah sekalian anggota itu kepada Allah subha nahu wa taala; lalulah berzikir kira-kira lima ratus kali, baharulah rentikan. Kemudian baharulah taruh senapang itu di atas bantal, tudungkan dengan kain putih, biar tertutup dari pangkalnya sampai

36

Page 50: Peluru petunang

ke hujungnya. Jikalau boleh biar sama-sama tidur tiga malam atau tujuh malam. Begitulah buat tiap-tiap menembak. Demikianlah, adanya.

Penunang Bedil Bab ini penunang bedil. Maka ambil peluru itu, kita letak pada pihak susu kiri kita, maka pusingkan ke sebelah kanan,lalu bubuh ke mulut. Inilah kata-katanya: "Ah, belah lubang, beralim karabbu," dan tatkala sudah masuk ke dalam mulut itu pula, kata-katanya: Alastu birabbikum jadikan Muhammad; Muhammad menjadikan kun fayakun; Wa man kanna belah hatinya; Wamin kunna belah jantungnya." Maka kita bubuh dengan mulut ke dalam lubang bedil, maka kita calit dengan lidah. Inilah kata-katanya, tatkala ditembak dengan peradapan: "Ah, bukan kataku, Dengan kata Allah: Aku tembakkan bagi Allah padamu; Berkat Lailaha ilaIIah, Muhammadar Rasulullah."

Menembak Binatang Fasal jika kita hendak membedil binatang yang bernyawa; apabila hendak mengisi ubat inilah doanya:

Tatkala membubuh peluru, maka ambil peluru itu kulum di dalam mulut. Tatkala membubuh peluru ke dalam bedil itu pun dengan mulut juga. Inilah doanya: Bismillah! Hong kapak, sum mikakupak; Selir raya ambungkan; Bedilkan atas benara raya. Suruk pun jangan, . Kiri pun jangan, Kanan pun jangan, Tamnapih belah jantungnya. Darah di dalam jantung akan kubangmu, Kabulkan doa hambamu; Penunang Balastu! Balastu! Balastu!

37

Page 51: Peluru petunang

Apabila sudah siap peluru itu, kata tiga kali "Ah!" Maka apabila bertemu dengan binatang, inilah kata-katanya:

Bangkit engkau daripada tidurmu, Lawan sudah datang. Ini jika hendak mengetahui alamat binatang akan mati atau tiada mati. Apabila kita bertemu dengan binatang pada barang sesuatu tempatnya, maka kita ambil bedil, kita angkat, serta kita kata "Alastu birabbikum". Maka kita bubuh bedil itu ke dada. Kita pandang sekali pejera bedil itu, dengan pandangan kita seperti hendak membedil kepada binatang itu. Janganlah dibedil lagi, jika binatang itu sedang mengangkat kakinya; atau mengi pas ekornya, atau telinganya, atau ia memalingkan lehernya, jangan dibedil; nantikan dahulu. Sudah kita katakan sampai tiga kali kata-kata itu, demikian juga lakunya binatang itu, jangan dibedil binatang itu, tiada akan ia mati. Apabila kita lihat menerusi pejera bedil, tubuhnya hening, tiada bergerak lakunya, maka kita b edilla h binatang itu, dijanjikan Allah matilah binatang itu; jangan syak lagi. Jikalau malam, berbunyi suaranya pun bedillah; insya-Allah. Bab ini ilmu mengabil dan mengguna bedil. Tatkala mengambil bedil, kata-katanya: "Inilah bedil daripada Allah." Tatkala mengambil ubat bedil, kata-katanya: "Ini ubat daripada Muhammad." Maka tatkala mengambil peluru, kata-katanya: Ini peluru Jibrail." Aku pintak daripada tuanmu menghukumkan

Tatkala kita mengangkat bedil, kata dengan kata ini:

Tatkala melepaskan peluru itu,.syarat dengan nafas, kita yakin akan kenanya. Tatkala memetik burung bedil itu, nafas kita tarik mari dari binatang yang kita hendak bedil itu, beri sampai ke dalam kecubung bedil kita itu; apabila pejatuh burung bedil itu, sekali dengan nafas kita hembuskan.

38

Page 52: Peluru petunang

Membuat Peluru Petunang Ini penunang bedil - ambil kepala harimau maka tanam. Kemudian ambil benih jarak berma; pertama-tamanya ditanam pada mata kanannya dua biji dan pada mata kirinya sebiji. Apabila kita hendak membedil binatang atau orang, maka kita bubuhkan minyak jarak itu pada peluru; insya-Allah tiada pergi kelain peluru itu, melainkan ditujunya mata jua, tiada syak berkat guruku. Bab ini jikalau hendak beri binasa orang menembak. Maka kita baca ayat ini:

Salah ke kiri, salahlah ke kanan; Berkat Lailaha ilallah Muhammadar Rasulullah." Ini doa pada peluru ki ta, inilah doanya: "Jibrail nama peluru aku; Mikail nama tembak aku; Israfil nama bedil aku; Izrail nama tangan aku. Barang kehendak aku diikut olehmu. Aku memakai pakaian laki-laki; Dengan berkat Dato' Raja Lela.

Tembak Yang Tidak Mungkir Fasal ini pada menyatakan isyarat menembak yang amat tetap; iaitu dengan empat syarat. Pertamanya, hendaklah berani hati serta tetap hati, tiada gobar; keduanya, bedil yang tiada menendang; ketiganya, ubat yang baik; dan keempatnya, penggalak yang mersik. Maka yang demikian berolehlah seperti kata merata ahli iman ertinya cermin yang amat jelas pada segala pendekar menembak yang asal - iaitu adalah tembak itu empat bahagiannya. Pertama, tembak bidak namanya; kedua, tembak kilat namanya; ketiga, tembak ustaz namanya; dan yang keempat, tembak alat namanya. Adapun syarat tembak bidak itu empat syaratnya. Pertama, hendaklah bedil itu bedil yang baik; kedua, penggalak yang baik; ketiga, peluru yang baik; dan yang keempat, hati yang tetap. Maka hendaklah bedil itu memakan uting-uting; dan peluru di lubang bedil itu jangan diberi ketat, dan jangan diberi longgar, maka demikianlah peluru itu, seperti yang dikata oleh segala pendekar menembak.

39

Page 53: Peluru petunang

Maka ketahui olehmu hai talib, bahawasanya asal tembak itu empat penjuru alam, iaitu kanan, kiri, atas dan bawah. Adapun yang menghimpunkan segala jalan yang empat ini, serta membagi dia ke kanan, ke kiri, ke atas dan ke bawah itu, ialah pertengahan saja, diumpamakan roh dengan alam. Dimisalkan bedil itu alam ijsam; peluru itu laksana alam arwah; ubatnya itu laksana alam misal; dan yang memegangnya itu laksana alam insan.

Kaitan Dengan Makrifat Maka adalah yang menghimpunkan segala misal ini, pada kira orang ahlil makrifat, kerana ia seperti barzah, yakni alam misal. Adapun alam misal itu antara alam arwah dan alam ijsam, seperti kata ahlil makrifat, "Karam/ah aku antara tanziah dan tathbiah." Adapun kesempurnaan makrifat itu antara tathbiah dan tanziah, seperti kata ahlil makrifat syi'ir tembak yang empat itu kita fikirkan; jangan sekali kita milikkan, maka sempurnalah tembak kita. Inilah syarat yang dipetuakan oleh guru kita yang arif lagi bijaksana; di sanalah makrifat kita sempurnakan dengan makrifat yang diterima daripada guru kita yang arif lillah itu, kiranya ilmu makrifat ini menghasilkan ia dalam hal menembak atau barang sebagainya. Adapun makrifat yang terletak pada tembak itu empat perkara yang hendak diketahui. A'alam, hai talib; segala rukun tembak itu terhimpun pada dua belas perkara: Pertamanya kunci kedua tapak kaki dan kedua tapak tangannya; kunci kedua lututnya; kunci pinggang; kunci leher, kunci tangannya kedua; kunci rumah bedil; kunci berdiri pada tempat kita berdiri itu beri betul; serta dibiasakan bermain-main akan bedil; dan ingatkan segala mukarinah niatnya. Maka adalah segala rukun yang dua belas itu, terletak ia pada tempat yang empat itu: Pertamanya tangan, keduanya dada, ketiganya anggota yang tujuh, dan keempatnya nafas kita beri tetap, serta hati dan tubuh kita beri tetap, jangan bergerak-gerak ke kanan atau ke kiri; dan ketahui juga olehmu hai talib, akan isyarat rukun yang dua belas itu. Ada pun isyarat kunci tapak kaki itu, diatur ibu kaki kiri itu betulkan kepada tanda; isyarat kunci pinggang itu, jangan diberi tinggi ke belakang; isyarat kunci tangan itu, genggam jangan keras ke kiri daripada kanan, maka hendaklah beri sama kuat keduanya itu; isyarat kunci leheritu,jangan beri bedil lekat ke dada, hinggakan kita beri bergesel pipi kita sedikit-sedikit, dan janganlah kepala kita

40

Page 54: Peluru petunang

diberi terletak, hendaklah beri betul, sebaik-baik itulah isyarat kunci leher. Ada pun isyarat kunci lutut itu, hendaklah kedua lutut itu jangan diberi kendur dan jangan diberi bengkok. Adapun isyarat kunci mata itu, jangan memandang kepada yang lain daripada tanda. Ada pun isyarat kunci anggota itu, berdiri beri betul seperti huruf alif, dan jangan cenderung ke kanan dan ke kiri, atau ke hadapan, ke belakang. Adapun isyarat kunci nafas itu, jangan beri terlepas dengan deras pada ketika masuk atau terbitnya; maka hendaklah nafas kita itu hening, lemah lembut dengan timbang seisinya. Adapun isyarat kunci hati itu, hendaklah peliharakan hati kita itu jangan bimbangkan yang lain, melainkan dapat tiada kena jua tanda itu olehnya, dan tiada syak dan waham pada hati. Ada pun isyarat rumah bedil itu, maka ambil lidi daripada seli tan, sudah itu maka kita lihat pada cermin demikian letak bedil itu pada pipi kita, nescaya tiadalah kena kita olehnya. Adapun isyarat ghalib itu, tiadalah kita ingat akan yang lain. Adapun isyarat mukarinah itu jangan mendahulukan tentang tanda daripada petik; maka hendaklah bersama-sama berserta keduanya, seperti diisyaratkan oleh guru. Maka adalah pekerjaan ini amat sukar, melainkan orang yang dapat tunjuk dari Allah jua mendapat dia; kerana pekerjaan ini adalah seperti firman Allah Taala di dalam Quran al-Azim:

yakin telah datang ajal mereka itu, tiada terdahulu seketika, dan tiada terkemudian seketika. Maka hendaklah difikirkan olehmu hai talib, akan jalan menembak ini, dalam hal beserta minta dengan putus pandang makrifat itu; insya-Allah Taala nescaya tiada mungkir tembak kita. Ada pun tembak yang empat, seperti telah tersebut itu, iaitu tembak bidak, tembak kilat, tembak ustaz, dan tembak alat itu, keempatnya masing-masing dengan isyaratnya, dan masing-masing dengan pandangannya. Ada pun tembak bidak itu, pandang kita sepanjang bedil itu sahaja. Jika jauhnya seratus depa sekalipun, atau dekat dua tiga depa sahaja, demikianlah juga pandangan kita, tiada lebih dan tiada kurang daripada sepanjang bedil itu. Apabila kita hendakkan peluru kita itu ke kanan, maka ke kirikan akan pangkal bedil itu; adapun hujung bedil itu jangan

41

Page 55: Peluru petunang

diubah juri ng alamat yang di bawah itu. Jika kita hendakkan peluru itu ke kiri, maka ke kanankan pangkal bedil itu, dan hujung bedil itu demikian juga; dan apabila kita hendak mengenai dia di bawah sorongkan pangkal bedil itu demikian juga adanya, jangan diubahkan, kerana alamat itu asalnya empat persegi, dan kelimanya yang ditengah. Jika kita hendak mengenai yang di tengah itu, maka hendaklah jangan tersorong dan tertarik pangkalnya, hendaklah sebaik-baik tentangnya; dan hujung bedil itu demikian juga, itulah "tembak bidak" namanya. Maka iaitu mata angin yang empat, daripada empat jadi delapan, inilah namanya jarum pendek, dan apabila jarum pendek mungkir, tembak kita pun mungkirlah. Adapun kehendak sampailah seperti maksud kita, yakni betul tentang juring tanda itu. Apabila sekata rukun tembak, dan syaratnya pun sudah seperti petua guru kita, iaitu mengikut seperti pematah guru kita - bedil pun baik, ubat pun baik, penggalak pun baik, genggam pun baik, dan makrifat pun baik - maka tiada pula kena yang dituju itu. Maka ki ta lihatlah dahulu baik -baik tembak pelu ru i tu, di mana tibanya, ke kanankah, atau ke bawahkah. Jika ke kanan, atau ke bawah tibanya, maka iaitu alamatnya terlekat dan tersorong pada pihak rumah bedil itu. Maka apabila ke kanan serta ke atas tibanya peluru itu, maka alamatnya tertekan dan tertarik rumah bedil itu pada pipi. Apabila ke kiri dan ke kanan, ke atas tibanya peluru itu, maka alamatnya tertarik rumah bedil itu pada pipi kita. Jika ke kanan peluru itu, alamatnya tersenget ke kiri; dan jika ke kiri peluru itu, maka alamatnya tersenget ke kanan, ke atas atau ke bawah bedil itu, seperti yang tersebut dahulu itu juga, itulah "tembak bidak" namanya. Sebagai lagi jalan apabila kita hendak sekali pandang, maka diletakkan alamat pedoman yang di kiri, dan apabila kita hendak ke kiri maka diletakkan alamatnya itu dari pihak pedoman di kanan, dan juring sama dengan alamat itu, jangan di bawah dan jangan di atas, melainkan sama tengah. Adapun pandangan itu "bidak" jua namanya, alamatnya hidung. Apabila terdapat alamatnya kepada kita oleh kedua mata kita hujung bedil itu, maka barulah petik, maka inilah alamat "kilat" namanya, alamatnya hidung. Adapun yang kita pandang melainkan hingga sejengkal atau sehasta dari hujung bedil itu, dan kita jaga dengan pandangan kita seperti yang tersebut. Jika hendakkan peluru itu ke kanan, ke kiri, ke atas, atau ke bawah, seperti "tembak bidak"

42

Page 56: Peluru petunang

jua isyaratnya. Maka i tulah "tembak kilat" namanya; tetapi tiadalah sama pandang kita seperti kilat. Adapun tembak itu alamatnya hingga muka. Maka adalah "tembak ustaz" itu alamatnya dipegang bedil terlantak, rumah bedil itu antara yang hampir dengan rusuk; maka tangan yang kiri itu sehabis-habis tegang dan setentang pipi jua, jangan bersalahan. Ada pun tegak tembak ustaz itu, hendaklah berbetulan dada ki ta dan muka kita dengan tanda itu; sekali-kali jangan diberi tubuh kita terhereng ke kiri dan ke kanan, dan muka pun demikian juga; kerana "tembak ustaz" itu melengkapi ia akan mata angin itu dengan tangan kiri jua. Jika berkehendakkan peluru itu ke kanan, ke kiri, ke atas dan ke bawah, seperti "tembak bidak" juga isyaratnya. Ada pun "tembak alat" itu alamatnya segala anggota, kerana "tembak alat" itu melengkapi ia akan mata angin yang dua belas itu; dan lagi pun tembak alat itulah menyempurnakan tembak yang ketiga i tu. Maka jika-barang siapa tiada tahu akan" tembak alat" i tu, nescaya tiadalah seperti tembak mereka itu; kerana "tembak alat" itulah memelihara akan tembak yang tiga itu. Ada pun tembak bidak, tembak kilat, tembak ustaz dan tembak alat itu mempunyai isyarat masing-masing, cekaknya pun masing-masing, dan makrifatnya pun masing-masing. Maka alamatnya yang pada kita itu, orangan mata kita itulah yang dipertemukan dengan mata hitam alamat, datang kepada kita dengan makrifat diletakkan alamatnya, yakni orangan mata kita dengan alamat yang jauh itu. Maka itulah tempat berdiri makrifatnya itu. Adapun yang sebenar-benar makrifat itu ikhtiar; apabila sudah demikian itu, maka zahirlah iradat Allah Taala dengan kudrat-Nya. Maka janganlah dicita-cita lagi tembak yang lebih daripada itu; maka itulah tempat dunia dan akhirat pada ilmu menembak ini, wallahu a'lam. Ini dilafazkan tatkala kita hendak membubuh ubat bedil: Ini lafaz tatkala hendak bubuh peluru ke dalam bedil: “Assalamu alaikum, Hi Nai Ut But, nama bapamu, Kalam Kabil; nama ibumu;

43

Page 57: Peluru petunang

Aku hendak minta langkah dengan tiga langkah engkau; Hendak jamu si anu kepada aku." Ini lapaz jampi kecopong bedil Ini lafaz kunci bedil: Ong sar yang seribu, Engkau serang di lubang kelam; Kabatuwi nau tajam pakuk matamu, Demi Allah, demi Rasulullah, Jika tak pakuk matamu, Derhakalahmu kepada Allah.

Ini lafaz penuju bedil, dibaca tatkala hendak cucuh bedil itu:

44