lontar peluru

78
LONTAR PELURU Ahli kumpulan: ‘Izzat Najmi bin Ibrahim Boon shui Meei Cheng Swee Fong Dato Liang Anak Seruji Jeffrey Yeoh Ze Hui Khairul Amin bin Mohd Sham Punitha A/P Nagappan

Upload: izzat-najmi

Post on 08-Dec-2014

1.375 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

Lontar peluru

TRANSCRIPT

Page 1: Lontar peluru

LONTAR PELURUAhli kumpulan:

‘Izzat Najmi bin IbrahimBoon shui Meei

Cheng Swee FongDato Liang Anak Seruji

Jeffrey Yeoh Ze HuiKhairul Amin bin Mohd Sham

Punitha A/P Nagappan

Page 2: Lontar peluru

Jenis Dan Spesifikasi Peluru

Page 3: Lontar peluru

• Peluru adalah alatan penting dalam acara lontar peluru. Bentuk peluru mestilah bulat dan licin. Peluru mestilah diperbuat daripada besi, tembaga atau sebarang logam yang tidak lembut dari tembaga atau kulit dari bahan yang sama dan diisi dengan timah hitam atau bahan-bahan sejenisnya.

Page 4: Lontar peluru

Syarat-syarat peluru untuk kejohanan:

Lelaki Wanita Remaja Lelaki Remaja Wanita

Berat untuk

pengesahan rekod

7.260 kg 4.00 kg - -

Berat untuk kejohanan

(minimum)

(maksimum)

7.265 kg

7.285 kg

4.005 kg

4.025 kg

4.000 kg

5.000 kg

3.250 kg

4.000 kg

Diameter

(minimum)

(maksimum)

110 mm

130 mm

95 mm

110 mm

93 mm

98 mm

88 mm

90 mm

Page 5: Lontar peluru

PEGANGAN PELURU

Page 6: Lontar peluru

• Peluru harus diletak di atas tapak jari-jari yang dikembangkan dengan ibu jari dan jari kelingking memberi sokongan sisian. Pergelangan tangan haruslah membengkok lurus (flexed).

• Para peserta tidak boleh memegang peluru di tapak tangan. Ini merupakan satu kesalahan biasa yang dibuat oleh kebanyakan peserta yang baru belajar melontar peluru.

Page 7: Lontar peluru

1. Teknik asas memegang peluru dengan tiga jari.• Peluru disokong di pangkal ketiga-tiga jari

tengah yang direnggangkan sedikit dan ibu jari. Jari kelingking dibengkokkan di sisi peluru.

Page 8: Lontar peluru

2. Teknik memegang peluru dengan lima jari• Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari

kelingking mengimbangi kedudukan peluru. Teknik ini disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah.

Page 9: Lontar peluru

Sektor Lontar Peluru

Page 10: Lontar peluru

• Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap atlit acara ini melakukan lontaran dengan selesa. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan sekeliling setebal 5mm. Saiz bulatan ini ialah 2.135m pada diameternya yang diukur dari sebelah luar garisan. Pada bahagian hadapan bulatan lontaran dipasang penahan untuk menentukan kaki atlit menyentuk atau melepasi papan penahan yang mengakibatkan lontaran dibatalkan.

Page 11: Lontar peluru

• Kebenaran curaman ke maksimum ke bawah, ke arah lontaran bagi kawasan mendarat adalah tidak melebihi 1:1000. Kawasan mendarat atau lontaran hendaklah ditanda dengan dua garisan putih 50 mm lebar. Dua garisan lurus ini jika diteruskan akan bertemu betul-betul di pusat bulatan lontaran dan bersudut 40°.

• Pembentukan papan penahan yang bercat putih diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan yang sesuai, dibentuk melengkung supaya bahagian tepi dalamnya sesuai dengan bahagian dalam tepi bulatan dan dibuat kukuh.

Page 12: Lontar peluru

• Papan penahan ini diletakkan di tengah-tengah diantara dua garisan lontaran.

• Ukuran papan penahan ini adalah di antara 112 mm dan 300 mm lebar, 1.21 m sehingga 1.23 m panjang di sebelah dalamnya dan 98 mm sehingga 102 mm tinggi berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan

Page 13: Lontar peluru

CARA KELUAR & MASUK BULATAN LONTARAN

Page 14: Lontar peluru

• Pelontar masuk dari bahagian belakang bulatan lontaran semasa hendak membuat lontaran.

• Peserta keluar dari bahagian belakang bulatan lontaran selepas membuat lontaran. Sekiranya pelontar keluar dari bahagian hadapan, lontaran itu dibatalkan.

Page 15: Lontar peluru

TEKNIK MELONTAR PELURU

Teknik atau gaya melontar peluru yang biasa diamalkan ialah:

a) Gaya berdiri dan melontar (tanpa lungsuran)

b) Gaya melungsur selangkahc) Gaya Parry O’Brien

Page 16: Lontar peluru

GAYA BERDIRI DAN

MELONTAR (TANPA

LUNGSURAN)

Page 17: Lontar peluru
Page 18: Lontar peluru

FASA PERSEDIAAN

Page 19: Lontar peluru

1. Peserta berdiri di bahagian di hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghadap ke arah lontaran (sekiranya memegang peluru di tangan kanan.

Page 20: Lontar peluru

2. Menempatkan peluru di bahagian yang sesuai iaitu di bawah telinga dan hampir dengan leher.

Page 21: Lontar peluru

3. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar.

Page 22: Lontar peluru

4. Setelah itu, peserta haruslah merendahkan badan dengan membengkokkan kaki kanannya yang terletak hampir dengan garis pusat bulatan.

Page 23: Lontar peluru

FASA KILASAN BADAN

Page 24: Lontar peluru

• Kilaskan bahagian pinggang dan mula menolak tangan kanan ke hadapan dan ke atas sambil menyilangkan badan.

• Fasa ini melibatkan pemindahan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri.

Page 25: Lontar peluru

FASA LONTARAN

Page 26: Lontar peluru

Tolakan peluru diteruskan dengan kaki belakang (kaki kanan) diluruskan sambil menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat.

Peluru perlu dilontar keluar dari tangan menuju ke hadapan dan ke atas sambil bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri.

Tangan diluruskan mengikut arah lontaran peluru manakala tangan kiri membantu mengimbangkan tangan.

Page 27: Lontar peluru

FASA PEMULIHAN

Page 28: Lontar peluru

• Kedudukan kaki depan dan belakang sama seperti semasa fasa lontaran.

• Pindahkan berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan.

Page 29: Lontar peluru

• Dalam gaya berdiri ini, pelontar tidak melakukan lungsuran dan pergerakan badan pula tidak begitu kuat. Oleh itu fasa pulihan tidak ditegaskan dalam gaya ini.

Page 30: Lontar peluru

GAYA LUNSUR SELANGKAH

Page 31: Lontar peluru
Page 32: Lontar peluru

FASA PERSEDIAAN

Page 33: Lontar peluru

1. Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan lontaran.

Page 34: Lontar peluru

2. Selepas menempatkan peluru di tempat yang sepatutnya, bongkokkan badan dengan membengkokkan kaki kanan.

3. Kaki kiri dibiarkan dalam keadaan selesa (bengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan dengan hujung kaki).

4. Tangan bebas berperanan untuk mengimbangkan kedudukan badan dan ia diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit.

Page 35: Lontar peluru

FASA LUNGSURAN

Page 36: Lontar peluru

• Daripada lakuan sedia, menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan.

• Lungsuran ini dilakukan secara pantas dan licin.

Page 37: Lontar peluru

• Berat badan pelontar mestikan masih berada di atas kaki kanan, manakala bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok (jangan tegakkan badan semasa melungsur).

• Kaki kiri pelontar pula diletakkan di hadapan bulatan.

Kedudukan kaki melakukan teknik

lungsuran

Page 38: Lontar peluru

Lakuan lungsuran yang membatalkan lontaran

• Semasa melungsur, menyentuh bahagian atas lengkungan besi atau papan penahan akan membatalkan lontaran.

Page 39: Lontar peluru

FASA KILASAN BADAN

Page 40: Lontar peluru

• Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat, pinggul kanan dipusing ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan.

• Bahu dan tangan kanan (yang memegang peluru) masih menghala ke belakang.

Page 41: Lontar peluru

FASA LONTARAN

Page 42: Lontar peluru

Apabila kilasan badan itu selesai, badan menghadap ke arah lontaran

Kaki yang melungsur (kaki kanan yang di belakang) menolak dengan kuat sehingga badan terangkat dan melentik.

Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang bermula dengan menggunakan bahagian bahu diikuti pula dengan tangan yang memegang peluru.

Page 43: Lontar peluru

Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat.

Kedua-dua belah kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar.

Page 44: Lontar peluru

FASA PEMULIHAN

Page 45: Lontar peluru

• Tukar dengan pantas kaki belakang dibawa ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki hadapan dibawa ke belakang untuk memindahkan berat badan.

• Fleksi lutut kaki hadapan.

Page 46: Lontar peluru

• Pulihan ini bertujuan bagi mengelakkan pelontar hilang keimbangan dan terjatuh di kawasan hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan hendaklah dilakukan jika perlu.

• Pergerakan ini merupakan sebahagian daripada pergerakan ikut lajak.

Page 47: Lontar peluru

GAYA PARRY O’BRIEN

Page 48: Lontar peluru
Page 49: Lontar peluru

FASA PERSEDIAAN

Page 50: Lontar peluru

1. Peserta mengambil posisi mulaan dengan belakangnya menghadap ke arah lontaran dan berdiri di bahagian belakang bulatan.

2. Sebagai persediaan, pelontar haruslah membongkokkan badannya ke hadapan dan pada masa yang sama membengkokkan kaki kanannya yang berada di hadapan.

Page 51: Lontar peluru

FASA LUNGSURAN

Page 52: Lontar peluru

• Untuk memulakan lungsuran, kaki kiri ditendang ke atas dan ke belakang arah lontaran.

• Dengan menggerakkan badan melintasi pertengahan bulatan, diikuti serta merta dengan meluruskan kaki kanan.

Page 53: Lontar peluru
Page 54: Lontar peluru

• Kaki kanan melungsur atas tapak kaki yang rata ke tengah bulatan. Kaki kiri diletakkan serta merta dekat papan penahan tanpa mengubah kedudukan bahagian atas badannya.

• Badan pelontar ketika ini masih di dalam keadaan condong.

Page 55: Lontar peluru

Lakuan lungsuran yang membatalkan lontaran

• Semasa melungsur, menyentuh bahagian atas lengkungan besi atau papan penahan akan membatalkan lontaran.

Page 56: Lontar peluru

FASA KILASAN BADAN

Page 57: Lontar peluru

• Kilaskan bahagian pinggang dan mula menolak tangan kanan ke hadapan sambil menyilangkan badan.

• Kaki kanan menggerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan.

• Bahu menghadap ke hadapan.• Kaki diluruskan dengan cepat dan badan

diangkat dan mengilas badan.

Page 58: Lontar peluru

• Lunsuran dan kilasan mestilah satu pergerakan yang bersambung dan licin. Ini bererti bahawa peserta tidak berhenti selepas lunsuran tetapi ia akan terus mengilaskan badannya sebelum tamat lunsuran.

• Perbuatan tersebut akan memberi lajak dan tekanan yang berlebihan untuk mencapai balingan yang cukup kuat dan kencang.

Page 59: Lontar peluru

FASA LONTARAN

Page 60: Lontar peluru

Apabila kilasan badan itu selesai, badan menghadap ke arah lontaran

Kaki yang melungsur (kaki kanan yang di belakang) menolak dengan kuat sehingga badan terangkat dan melentik.

Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang bermula dengan menggunakan bahagian bahu diikuti pula dengan tangan yang memegang peluru.

Page 61: Lontar peluru

Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat.

Kedua-dua belah kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar.

Page 62: Lontar peluru

Peraturan - Fasa Lontaran

Peluru ditolak dari kedudukan atas bahuLontaran hendaklah dibuat dalam bulatan

atau kawasan lontaran dan peluru mesti mendarat di dalam kawasan mendarat. Lontaran yang keluar dari kawasan mendarat dikira batal.

Page 63: Lontar peluru

FASA PEMULIHAN

Page 64: Lontar peluru

• Tukar dengan pantas kaki belakang dibawa ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki hadapan dibawa ke belakang untuk memindahkan berat badan.

• Fleksi lutut kaki hadapan.

Page 65: Lontar peluru
Page 66: Lontar peluru

MENGUKUR JARAK LONTARAN

Page 67: Lontar peluru

• Jarak lontaran diukur dari kesan peluru di kawasan mendarat sehingga ke bahagian dalam penahan atau garis bulatan.

• Hujung pita ukur ditempatkan pada bahagian kesan peluru yang paling dekat dengan bulatan.

• Hujung pita ukur ditempatkan pada bahagian kesan peluru yang paling dekat dengan bulatan lontaran.

Page 68: Lontar peluru

• Pita ukur ditarik sehingga di tengah bulatan. • Bacaan pita yang bertemu dengan bahagian

dalam penahan akan menunjukkan bacaan lontaran.

Page 69: Lontar peluru

Bulatan melontar peluru dan cara mengukur jarak lontaran

Page 70: Lontar peluru

Pengadil menentukan cara dan kedudukan peluru

• Terdapat empat orang pengadil yang terlibat iaitu :– pengadil pertama menentukan cara dan

kedudukan peluru, – pengadil kedua mengawasi kedudukan kaki

peserta, – pengadil ketiga dan keempat mengawasi tempat

peluru mendarat.

Page 72: Lontar peluru

KAWASAN PENDARATAN

Page 73: Lontar peluru

• Satu kawasan khas hendaklah disediakan bagi membolehkan peluru yang dilontar mendarat atau dijatuhkan.

• Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang gangguan.

• Kawasan ini dirintangi oleh dua garisan lurus yang ditandakan pada sudut 40 pada tengah bulatan lontaran.

• Panjang kedua-dua garisan ini tetap iaitu bergantung kepada peringkat pertandingan yang diadakan serta peserta yang mengambil bahagian

Page 74: Lontar peluru

• Setiap lontaran yang dibuat oleh peserta hendaklah mendarat atau terjatuh di dalam kawasan tersebut.

• Sekiranya, peluru terjatuh di luar kawasan atau di atas garisan yang memagarinya, maka lontaran itu dianggap batal.

• Oleh itu peserta hendaklah memastikan supaya setiap lontaran yang dibuat akan mendarat di dalam kawasan yang dikhaskan.

Page 75: Lontar peluru

PITA PENGUKUR

Page 76: Lontar peluru

• Pita ini digunakan untuk mengukur jarak lompatan yang dibuat oleh seseorang peserta.

• Ukuran dibuat dari titik tengah bulatan tetapi bacaan hanya diambil dari papan penanda hingga kesan tempat peluru mendarat.

• Lontaran yang dibuat oleh peserta perlulah diukur bagi menetukan jarak yang dilakukan.

Page 77: Lontar peluru

• Bagi menetukan jarak tersebut, ianya perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran.

• Ianya bermula dari tempat peluru mendarat hinggalah ke bahagian tengah bulatan lontaran.

• Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian dalam papan penanda pada bulatan tersebut.

• Peserta yang mencapai jarak yang paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang

Page 78: Lontar peluru

SEKIAN TERIMA KASIH !