pengenalan acara lontar peluru

40
PENGENALAN ACARA LONTAR PELURU Sebagai acara sukan dalam olahraga yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Acara ini disertai oleh lelaki dan wanita. Di peringakat sekolah diperkenalkan untuk sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Teknik lontaran yang digunakan diperbaiki dari masa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontaran. Begitu juga dengan kaedah lontaran. Begitu juga dengan kaedah latihan turut ditingkatkan. Lontar peluru memerlukan atlit yang berbadan besar,tegap dan kuat, tetapi ini bukanlah syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang atlit. Pelontar haruslah mengealpasti latihan yang bersistematik di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini. Lontar peluru merupakan salah satu acara padang dalam kejohanan olahraga. Peluru diperbuat daripada besi padu atau tembaga. Berat peluru adalah berbeza mengikut kategori, untuk murid sekolah rendah, peluru yang digunakan adalah seberat 2.72kg. Terdapat pelbagai teknik lontaran iaitu gaya bersilang langkah, gaya berdiri, gaya langkahan ke belakang dan gaya Parry O’Brien. SEJARAH ACARA LONTAR PELURU Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktivit melontar batu telah

Upload: tempoyak-goreng

Post on 21-Dec-2015

524 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

haha scribd leceh

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Acara Lontar Peluru

PENGENALAN ACARA LONTAR PELURU

Sebagai acara sukan dalam olahraga yang dipertandingkan dalam kebanyakan

perjumpaan olahraga. Acara ini disertai oleh lelaki dan wanita. Di peringakat

sekolah diperkenalkan untuk sekolah rendah dan juga sekolah menengah.

Teknik lontaran yang digunakan diperbaiki dari masa ke semasa bagi menjamin

kelicinan dan peningkatan dalam lontaran. Begitu juga dengan kaedah lontaran.

Begitu juga dengan kaedah latihan turut ditingkatkan.

Lontar peluru memerlukan atlit yang berbadan besar,tegap dan kuat,

tetapi ini bukanlah syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan

seseorang atlit. Pelontar haruslah mengealpasti latihan yang bersistematik di

bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini.

Lontar peluru merupakan salah satu acara padang dalam kejohanan

olahraga. Peluru diperbuat daripada besi padu atau tembaga. Berat peluru

adalah berbeza mengikut kategori, untuk murid sekolah rendah, peluru yang

digunakan adalah seberat 2.72kg. Terdapat pelbagai teknik lontaran iaitu gaya

bersilang langkah, gaya berdiri, gaya langkahan ke belakang dan gaya Parry

O’Brien.

SEJARAH ACARA LONTAR PELURU

Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan

dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktivit

melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang

Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta

acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontarbatu yang mereka

lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima

sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini.

Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah

mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah

Negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah

menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik dan akhirnya menjadi

acara olahraga yang dipertandingkan.

Page 2: Pengenalan Acara Lontar Peluru

Dari sini bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini,

peluru diperbuat daripada besi seberat 16paun. Acara ini telah diterima untuk

dipertandingkan di Sukan Olimpik pada tahu 1896. malah bentuk kawasan

lontaran ini terus digunakan untuk Suka Olimpik pada tahun 1900 dan 1904.

Namun begitu tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.

Akhirnya pada tahun 1950-an seoarang atlit lontar peluru telah menonjol dalam

acara ini.

Beliau ialah Perry O’Brien dari amerika syarikat telah mencipta teknik

lontaran baru yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal

sehingga hari ini.

ALATAN YANG DIGUNAKAN

Peralatan yang digunakan dalam acara ini adalah terdiri daripada peluru

besi yang mempunyai saiz dan berat tertentu bergantung kepada penyertaan atlit

lelaki atau wanita peringkat kelas bagi peserta sekolah menegah dan rendah.

Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau bahan-

bahan yang sesuai. Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau bahan

yang kukuh dan tidak licin.permukaan bulatan mestilah rata dan 14mm-26mm ke

bawah pada bahagian ke atas gelong bulat

KEMAHIRAN ASAS LONTAR PELURU

1) Pegangan

Pegang peluru menggunakan tiga jari ditengah-tengah.

Ibu jari dan jari kelengkeng disisi peluru.

2) Persedian

Rapatkan peluru pada leher dan bahagian bawah dagu.

Page 3: Pengenalan Acara Lontar Peluru

JENIS-JENIS GAYA LONTAR PELURU

LONTAR PELURU GAYA BERDIRI

Berdiri sisi.

Buka kaki seluas bahu.

Bahu kiri menghadap arah lontaran.

Bengkokkan badan serendah mungkin.

Gerakkan kaki kiri ke kayu penghadang.

Ayun lengan kiri ke balakang semasa memutar pinggang dan bahu ke

hadapan.

Gerakkan siku serta tangan ke atas.

Lepaskan peluru.

Berat badan dipindahkan daripada kaki kiri ke kaki kanan.

Page 4: Pengenalan Acara Lontar Peluru

LONTAR PELURU GAYA PARRY O’BRIEN

Ada 4 Fasa :-

1) Fasa persediaan

Bengkokkan badan.

Bengkokkan kaki kanan.

Kaki kiri diangkat dan dibengkokkan.

2) Fasa Gelongsoran

Tendang kaki kiri cepat ke belakang kearah lontaran, serentak

gelongsorkan kaki ke kanan ketengah bulatan.

Letakkan kaki kiri dekat kayu penghadang dengan tidak mengubah

bahagian atas badan.

Luruskan dengan cepat serta badan diangkat dan diputarkan sedikit.

Kaki kanan mengerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan.

Bahu menghadap arah lontaran..

3) Fasa Lontaran

Siku kanan diangkat tinggi.

Kaki kiri masih menyentuh bulatan.

Peluru dilepaskan.

4) Fasa Pemulihan

Lompat dan mendarat dengan kaki kanan.

Pindah berat badan daripada kaki kiri ke kaki kanan.

Page 5: Pengenalan Acara Lontar Peluru

LONTAR PELURU GAYA LONTARAN SISI

Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan

tengah bulatan lantaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa

dan kemudian kaki kiri diangkat.

Letakkan kaki kiri pada tanah dan pusingkan sedikit bahu ke

hadapan.

Luruskan kaki kiri dan bersedialah untuk membuat lontaran.

Pusingkan tapak kaki kanan dan angkatkan tumit dan tolakkan

peluru keluar.

LONTAR PELURU GAYA MEMBELANGKANGI KAWASAN LONTARAN

Teknik ini merupakan p-eringkat yang lebih maju. Walaupun atlit yang

baru terlibat dalam acara ini tidak digalakkan menggunakan teknik ini,

namun ia menjadi suatu kelebihan jika dapat dipelajari dan

diaplikasikan. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

Mulakan dengan membelangkangi arah membuat lontaran.

Bongkokkan badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di

belakang.

Angkat kaki kiri sedikit.

Page 6: Pengenalan Acara Lontar Peluru

Turunkann kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam

kawasan lontaran.

Pusingkan bahu dan pinggang kea rah lontaran.

Tolak peluru keluar sekuat mungkin.

Latihan

Seperti yang kita maklum, pelontar peluru biasanya berbadan

tegap dan besar. Ini selalunya akan memberi kelebihan kepada

peserta tersebut, Walaupun ia bukanlah syarat utama, kerana acara ini

sebenarnya memerlukan tenaga dan kekuatan yang banyak serta

pergerakan yang pantas. Latihan asas dan latihan fizikal seperti yang

dikehendaki daripada seseorang atlit. Latihan-latihan seperti

berjongging, lari pecut, latihan angkat berat, dan latihan khusus untuk

tangan, lengan, dan bahu sangat perlu dilakukan oleh peserta-peserta

lontar peluru.

LATIHAN ANSUR MAJU

Latihan 1

Berdiri menghadap kawasan lontaran dan melontar peluru

Latihan ini dapat membiasakan pelajar menolak peluru dengan baik

Page 7: Pengenalan Acara Lontar Peluru

Latihan 2

Berdiri dengan bahu kiri menghadap ke kawasan lontaran. Kaki

direnggangkan.

Putarkan bahu kiri ke kanan sambil merendahkan badan.

Berat badan dipusatkan di kaki kanan yang diletakkan di belakang.

Kilaskan badan ke hadapan dan tolak peluru.

Latihan 3

Berdiri merusuk ke arah lontaran di baahgian bulatan.

Kaki kiri diletakkan di bahagian pusat bulatan dan kaki kanan diletakkan

berhampiran dengan lingkaran bulatan.

Condongkan badan sedikit. Ketinggian ke hadapan bulatan dengan

menggunakan kaki kanan dan kaki kiri mestilah bertapak di bahagian

belakang papan penahan atau garis bulatan.

Kilaskan badan dan buat lontaran

Latihan 4

Pelontar berdiri dan membelakangkan kawasan lonataran. Badan

dicondongkan ke hadapan hingga betul-betul berada di atas kaki kanan.

Page 8: Pengenalan Acara Lontar Peluru

Kemudian pelontar melungsur selangkah ke belakang. Latihan ini dibuat

secara berulang-ulang.

Latihan ini merupakan latihan pergerakan kaki pelontar semasa membuat

lungsuran.

Latihan 5

Pelajar digalakkan mencuba pergerakan keseluruhan gaya melungsur

selangkah. Altihan ini dapat menyatukan semua fasa lontaran.

PERATURAN-PERATURAN LONTAR PELURU

Lontaran dibuat dalam bulatan bergaris pusat 2.13m.

Pelontar masuk dan keluar dari bahagian belakang bulatan.

Peluru mesti mendarat dalam sector 40°.

Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak

bahagian atas kayu penghadang berukuran 10cm tinggi itu semasa dan

selepas peluru dilepaskan.

Pelontar boleh keluar dari bahagian belakang bulatan lontaran selepas peluru

mendarat.

Page 9: Pengenalan Acara Lontar Peluru

PENGENALAN LOMPAT JAUH

Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlit mencuba

mendarat sejauh yang boleh dari tempat yang ditujui. Acara ini adalah salah satu

acara yang diminati walaupun tidak ramai orang yang mempunyai kebolehan

membuat lompatan yang jauh. Dalam masa yang singkat, atlit mestilah membuat

pelarasan bagi membetulakan kedudukan pusat gravitinya, kelajuan dan

kedudukan kaki. Untuk mendapatkan pendaratan yang jauh dari tempat lonjakan

pelompat jauh perlulah menjalani latihan yang sistematik di bawah bimbingan

jurulatih. Matlamat utama bagi pelompat jauh adalah berlari pada kelajuan

Page 10: Pengenalan Acara Lontar Peluru

maksimum dan berkebolehan meletakkan kaki di papan lonjak dengan betul dan

tepat tanpa gangguan terhadap kelajuan awal. Perlu diingat, masalah uatama

pelompat jauh adalah mengekalkan langkahan larian pada tiga ke empat langkah

sebelum melonjak. Di saping itu pelompat jauh haruslah meningkatkan

komponen kelajuan, kekuatan otot dan kuasa ekposif.

SEJARAH ACARA LOMPAT JAUH

Sejarah permulaan acara lompat jauh dapat dikesan seawall tahun 708 sebelim

masihi iaitu dalam sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan tersebut,

lompatan sejauh 7.05 meter telah dibuat oleh Chionis, peserta Sparta.

Bagaimanapun, teknik dan cara lompatan yang dibuat amat berlainan daripada

lompatan yang dibuat kini. Berdasarkan bukti-bukti lukisan yang terdapat pada

tembikar dan corak-corak lukisan yang dibuat pada zaman itu, lompatan dibuat

secara berkali-kali oleh peserta Sparta, sama ada lompatan dalam bentuk

multiple, double-triple atau quin-triple.

Selain itu, terdapat juga fakta menyatakan bahawa lompat jauh berasal

dari sukan zaman purba di Greece dalam gaya lompat jauh berdiri. Pada masa

itu, pelompat melompat dengan memegang beban yang dinamakan ‘halteres’

pada kedua belah tangan. Berat tersebut di antara 0.9kg hingga 4.5kg, dan ia

dipercayai dapat membantu untuk memberi kesan lompatan yang lebih jauh. Ini

terbukti dalam tahun 1854, J.Howard yang melompat sejauh 9.02meter

sebenarnya mendapat 2.4meter hasil daripada beban yang digunakan. Pelompat

yang melompat dari ‘threshold’ (tempat lonjakan) dan mendarat di ‘skemma’

(tempat mendarat). Pada masa ini acara lompat jauh ialah lompat jauh berlari.

Apabila Sukan Olimpik Moden dihidupkan pada tahun 1896, lompat jauh

termasuk sebagai salah satu acara olahraga. Sejak itu ia terus diterima sebagai

salah satu acara olahraga dalam kebanyakan kejohanan yang diadakan di

pelbagai peringkar dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari masa ke

semasa sehinggalah kepada bentuk lompatan yang ada sekarang.

Walaupun lompat jauh merupakan acara yang paling mudah dipelajari

berbanding acara-acara lompatan yang lain, tidak bermakna semua orang

Page 11: Pengenalan Acara Lontar Peluru

mampu melakukannya dengan baik. Teknik lompatan dan peraturannya perlu

dipelajari dengan penuh minat. Ini kerana, sebagai satu acara sukan, ia juga

tidak lari daripada risiko kecederaan.

GAYA LOMPATAN

Terdapat tiga gaya lompatan iaitu:

Gaya Layar

Gaya Gantung

Gaya Tendang Kayuh

Page 12: Pengenalan Acara Lontar Peluru

Perbezaan di antara lompatan tersebut adalah gaya kedudukan badan semasa

pelompat berada di peringkat layangan. Tetapi fasa-fasa yang terdapat pada

semua teknik adalah hampir sama.

FASA LOMPAT JAUH

Terdapat empat fasa pergerakan iaitu:

Fasa Penujuan – lari menuju ke papan lonjak.

Fasa Lonjakan – melompat dari papan.

Fasa Layangan – badan berada di udara.

Fasa Pendaratan – (termasuk pulihan) sentuhan bahagian badan dengan

tempat mendarat.

Fasa penujuan

Fasa ini memerlukan:

Pelompat berlari dengan kepantasan yang optimum dan terkawal.

Bilangan langkah mestilah membolehkan pelompat mencapai kepantasan

maksimum untuk menghasilkan lonjakan yang berkesan.

Apabila menghampiri papan lonjak, pelompat mesti bersedia untuk

melonjak.

Pada langkah terakhir, pelompat harus merendahkan sedikit bahagian

badan untuk mendapat tolakan yang berkesan daripada kaki yang

dibengkokkan.

Fasa Lonjakan

Page 13: Pengenalan Acara Lontar Peluru

Tumpuan utama fasa ini ialah untuk mencapai lompatan yang tinggi. Fasa ini

memerlukan:

Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan

lonjak dengan tepat.

Hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan papan.

Aksi lonjakan ini mengamalkan uruten tumit-hujung kaki.

Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk

membantu lonjakan yang tinggi.

Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas hendakla dihayun dengan

kencang ke hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi.

Kedua-dua belah tangan di hayun kehadapan dan ke atas untuk

membantu mencapai lonjakan yang tinggi.

Fasa Layangan

Tujuan utama ialah supaya pelompat berada di fasa ini lebih lama untuk

melambatkan pendaratannya. Selepas melonjak, gaya badan adalah seperti

berikut:

Gaya Layar – pelompat melunjurkan kedua-dua kakinya ke hadapan dan

badannya dicondongkan ke hadapan. Tangan pelompat dihulurkan hingga

ke hujung kaki.

Gaya Gantung – pelmpat mengangkat kedua-dua belah tangannya ke

atas seolah-olah bergantung di udara. Kedua-dua kakinya diangkat ke

belakang.

Gaya Tendang Kayuh – pelompat seolah-olah melangkah di udara dan

badannya tegak.

Fasa Pendaratan

Pelompat mesti memberi perhatian kepada imbangan badan dan

pencapaian jarak.

Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit

kaki dahulu) lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan

pendaratan dan tangan dihayun ke atas.

Page 14: Pengenalan Acara Lontar Peluru

Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus

menuju ke hadapan.

PRINSIP ASAS LOMPAT JAUH

Tujuan utama lompat jauh ialah untuk mencapai jarak lompatan yang

maksimum. Jarak ini dapat dihasilkan dengan larian yang pantas dan disusuli

dengan lonjakan yang cukup kuat dan tinggi. Seorang pelompat yang handal

mestilah berupaya berlari dengan pantas, melompat dengan kuat dan

mempunyai kelenturan badan serta daya koordinasi yang baik.

Larian yang pantas dan lonjakan yang kuat boleh mempengaruhi jangka

masa pelompat berada di udara. Kedua-dua fasa ini akan menyebabkan

pelompat bergerak mengikut satu lingkungan parabola di mana jarak

lompatannya dapat ditentukan.

Segala perlakuan oleh pelompat semasa berada di fasa layangan tidak

dapat membantunya memanjangkan masa dia berada di udara. Sebenarnya,

gaya bada di fasa layangan adalah untuk mengimbangkan badan dan

membolehkan pelompat membuat persediaan untuk mendarat dengan selamat

dan berkesan.

TEKNIK DAN ASPEK LOMPATAN

Dalam acara lompat jauh, terdapat empat aspek penting yang harus

diberikan erhatian utama, iaitu kelajuan larian, pelepasan lomptan, lompatan di

udara, dan pendaratan. Semua aspek ini perlu dimiliki oleh setiap pelompat jauh,

tidak kira samada seseorang itu baru mempelajari acara ini ataupun yang sudah

lama melibatkan diri didalamnya.

Kelajuan larian

Kelajuan larian yang sesuai penting untuk menghasilkan daya lompatan

yang kuat dan mungkin juga jauh. Mungkin ada yang berpendapat larian tidak

begitu penting dalam acra lompat jauh. Pendapat ini salah kerana tanpa larian

Page 15: Pengenalan Acara Lontar Peluru

deras yang sesuai, tidak mungkin seseorang itu dapat melompat jauh. Larian

yang tidak sesuai boleh menyebabkan perkara tersebut:

· Corak langkah larian menjadi tidak konsisten dan boleh menganggu lompatan.

· Penggunaan tenaga yang maksimum sebelum lompatan yang dibuat.

· Ketidaktepatan untuk menghasilkan langkah yang tepat pada sasaran di papan

pelepasan , yang boleh menyebabkan lompatan batal.

Larian yang baik boleh dipelajari dan dilatih. Penting juga diketahui

bahawa kelajuan larian secara mendatar yang stabil akan membantu pergerakan

menegak yang kuat semasa lompatan dibuat. Dalam menghasilkan larian

mendatar dan menegak, konsentrasi dan ketepatan adalah penting.

Biasanya, larian yang mengandungi antara 18-22 langkah atau jarak 25-

40 meter diambil oleh pelompat. Manakala untuk ketepatan yang tinggi, check-

mark dilakukan sebelum membuat lompatan. Check-mark ini dibuat untuk

memudahkan serta memberikan ketepatan antara larian mula dengan papan

pelepas.

Tedapat dua kaedah untuk melakukan check-mark. Pertama, pelompat

harus mencari konsistensi melalui larian yang berulang-ulang ke papan pelepas.

Untuk kelajuan ini, seorang pembantu diperlukan untuk menanda titik yang

paling sesuai dengan langkah yang bakal dibuat. Kaedah kedua ialah mencari

konsistensi melalui larian dari papan pelepas. Dalam hal ini, pelompat perlu

melakukan sebanyak larian sehingga ketepatan diperoleh. Kaedah kedua ini

bagaimanapun tidak sesuai sekiranya tiupan angin terlalu kuat. Ini selanjutnya

akan menjejaskan konsistensilarian yang telah diukur tadi.

Pelepasan Lompatan

Pelepasan lompatan penting dalam menentukan pencapaian momentum

menegak maksimum, Dan seterusnya dalam membuat lompatan dengan baik

dan berkesan. Kesesuaian dalam kelajuan larian dan daya konsentrasi yang

tinggi akan dapat membantu menghasilkan pelepasan yang baik. Walaupun

dianggarkan bahawa pelompat akan berada selam 0.11 saat sahaja pada tahap

Page 16: Pengenalan Acara Lontar Peluru

ini, ia penting untuk menentukan daya lompatan yang baik, atau lompatan yang

batal.

Kajian yang pernah dibuat oleh beberapa pakar sukan Amerika Syarikat

menunjukkan bahawa dalam jangka masa pelepasan ini, sebanyak 12%

daripada momentum mendatar telah dikurangkan sebelum lompatan dibuat.

Keadaan pengurangan momentum ini dikenal sebagai sudut hentian.

Penghasilan sudut hentian yang searas dengan corak larian akan dapat

mengurangkan kehilangan momentum apabila berlaku perubahan pergerakan

daripada mendatar kepada menegak. Penghasilan sudut hentian yang sesuai

dapat dilakukan melaluiaplikasi teknik yang baik. Melalui pemerhatian corak dan

teknik lompatan yang dibuat oleh jaguh-jaguh yang terkemuka peringkat

antrabangsa, Teknik berikut disarankan,

1. Perlu ada konsentrasi yang tinggi daripada pelompat pada tahap pelepasan

lompatan.

2. Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan dari atas

ke bawah, dan pada kaki pula sudut hentian yang wujud perlulah diubah.

3. Bahu dan dada membantu dalam membuat pelepasan , iaitu dengan kedua-

duanya diangkat ke atas.

Semasa Di Udara

Selepas pelepasan lompatan dibuat, momentum menegak mula

mengambil tempat pada diri pelompat. Daya pergerakan menegak ini

bagaimanapun telah dikurangkan akibat daripada sudut hentian yang berlaku

pada awal pelepasan. Selanjutnya, pergerakan menegak ini juga akan

dikurangkan, iaitu oleh daya graviti. Pusat graviti semasa lompatan di udara

adalah pada badan pelompat. Walaupun wujud rintangan udara, tetapi ia adalah

kecil berbanding pusat graviti yang ada pada badan seseorang pelompat. Untuk

mengatasi rintangan ini, teknik larian di udara ( running in the air ) dan mengayuh

( hitch-kick) biasanya digunakan untuk menghasilkan jarak yang maksimum.

Pada umumnya, terdapat tiga jenis pergerakan yang boleh dilakukan oleh

seseorang pelompat jauh semasa berada di udara.

Page 17: Pengenalan Acara Lontar Peluru

1. Pergerakan belayar ( sailing)

2. Pergerakan mengayuh (hitch-kick atau running in the air )

3. Pergerakan ayunan punggung ( hip-swing )

Daripada ketiga-tiga jenis pergerakan ini, Mengayuh atau berlari di

udara adalah yang paling licin dan banyak digunakan dalam lompatan bagi acara

lompat jauh pada peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat antarabangsa.

Pendaratan

Aspek pendaratan tidak kurang pentingnya dalam menentukan

pencapaian jarak yang maksimum. Pergerakan yang sesuai bukan sahaja

mampu menghasilkan jarak, tetapi dapat mengelakkan gangguan pada

momentum, khususnya momentum menegak. Teknik pendaratan yang dikenal

sebagai jack-knifing adalah disarankan untuk tujuan ini.

Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan

pendaratan yang dilakukan. Ini seterusnya dapat membantu pendaratan yang

baik lagi stabil. Teknik ini dilakukan dengan membentuk ayunan kaki dan tangan

ke bahagian hadapan. Melalui cara ini, rintangan yang terdapat pada badan

pelompat akan dapat dipindahkan ke bahagian kaki dan sebahagian kecilnya ke

tangan.

LATIHAN ANSUR MAJU

atlit mencuba beberapa aktivit melompat untuk menentukan kaki kiri atau kaki

kanan yang lebih selesa digunakan untuk melonjak.

latihan lompat ketinting antara dua tempat dan melepasi halangan boleh

dianggap sebagai satu aktiviti yang dapat memenuhi kehendak ini.

latihan 1

berlari anak dan melangkah ke dalam kawasan mendarat.

ini dibuat secara berulang-ulang. tetapkan tanda permulaan larian.

tujuan latihan ini ialah untuk menumpukan perhatian peserta kepada

langkah larian yang sama.

latihan 2

Page 18: Pengenalan Acara Lontar Peluru

berlari dari tandaan dan melonjak tinggi.

lutut kaki bebas diangkat tinggi dan tangan dihayun ke atas.

pelari tidak semestinya memijak papan lonjak. lakukan latihan ini

berulang-ulang.

latihan ini dapat membantu atlit merasai keadaan sebenar semasa

melonjak ke atas.

mereka hendaklah cuba melonjak seberapa tinggi yang boleh semasa

melakukan latihan ini.

latihan 3

gunakan tali sebagai halangan.

atlit berlari dan melonjak.

semasa berada di uadara, kaki bebas dibuka luas kehadapan.

mendarat secara mengangkang dengan kaki bebas (kaki di sebelah

hadapan) mencecah tanah dahulu.

latihan ini bertujuan untuk memastikan pelompat dapat melonjak dengan

tinggi dan menggerakkan kakinya yang bebas ke hadapan semasa

berada di fasa layangan.

latihan 4

gerakkan kaki lonjak ke hadapan bersama-sama dengan kaki bebas

supaya pelompat mendarat dengan kedua-dua belah kakinya melunjur ke

hadapan

tujuan latihan ini untuk memahirkan atlit tentang cara mendarat yang

betul.

latihan 5

berlari pantas (11 hingga 13 langkah), melonjak dan mendarat.

gunakan dan sesuaikan tandaan untuk mencapai ketepatan melonjak.

latihan ini merupakan latihan melompat jauh secara keseluruhannya.

PERATURAN LOMPAT JAUH

Page 19: Pengenalan Acara Lontar Peluru

dalam pertandingan yang melibatkan 8 orang peserta, 3 percubaan di

benarkan dahulu. selepas ini 8 peserta terbaik di pilih untuk membuat 3 lagi

lompatan.

sebaliknya jika bilangan peserta ialah 8 orang atau kurang, 6 percubaan

diberikan.

pembatalan berlaku dalam keadaan berikut:

i) kaki menyentuh kawasan melepasi papan lonjak

ii) melonjak di luar papan lonjak

iii) semasa mendarat, menyentuh kawasan di luar kawasan

mendarat yang lebih dekat dengan papan lonjakan.

iv) selepas mendarat, berjalan keluar melalui bahagian terdekat

dari titik pendaratan.

Page 20: Pengenalan Acara Lontar Peluru

PENGENALAN

Acara lompat tinggi secara amnya dikuasai oleh atlit-atlit yang bertubuh tinggi

dengan kualiti lonjakan yang baik. Kelajuan memecut tidak dianggap sebagai

sebagai criteria yang penting seperti lompat jauh atau lompat kijang. Akan tetapi

Page 21: Pengenalan Acara Lontar Peluru

ada juga atlit yang bertubuh rendah tetapi telah mencapai kejayaan kerana kualiti

lonjakan istimewa.

SEJARAH LOMPAT TINGGI

Di mulakan seawall Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara

lompat tinggi ketika di Scotland pada abad ke-19, dengan pencapaian atas 1.68

meter oleh peserta pada masa itu. Pelompat pada masa dahulu menggunakan

gaya gunting. Gaya ini sudah tidak dikenali oleh dunia.

Sekitar abad ke-20, teknik ini telah dimodenkan oleh warga Irish-American

M.F. Sweeney’s Eastern cut-off seperti gaya gunting, tetapi bahagian belakang

mendatar semadsa melompat melepasi palang. Sweeny telah Berjaya mencipta

teknik yang berkesan dan mencipta rekod 6’ 55/ 8’ (1.97 meter) pada tahun

1895.

Seorang lagi warga Amerika, M.F Horine, memajukan dan mencipta teknik

yang lebih efisyen iaitu gaya guling barat. Ia Berjaya melompat setinggi 6 kaki 7

inci dalam tahun 1912 dan gayanya ditiru oleh semua peserta-peserta Amerika

Barat. Dengan ini terdapatlah namanya Guling Barat. Gaya ini lebih berkesan

daripada gaya timur atau gaya gunting.

ALATAN UNTUK PENGAJARAN

a) Tali

Tali yang biasa digunakan dalam pelajaran Pendidikan Jasmani sangat

berguna untuk latihan lompat tinggi. Di antara kelebihan ialah:

Ia tidak dapat mencedera atau menyakitkan para pelajar yang

melanggarnya. 

Biasanya para pelajar memang suka melompat melepasi tali. 

Ketinggiannya mudah diubah untuk disesuaikan dengan pelajar dan

latihan yang mereka lakukan. 

Tali amat mudah diperolehi dan dibawa ke tempat latihan. Ini

memudahkan lagi pengendalian pelajaran. 

b) Batang rotan dan skitel

Page 22: Pengenalan Acara Lontar Peluru

Kedua-dua alatan ini boleh juga digunakan dalam usaha memperkenalkan

kemahiran asas melompat tinggi kepada para pelajar.

c) Tilam mendarat

Ia hendaklah mencukupi untuk keselamatan para pelajar. Tilam gimnastik

boleh digunakan semasa pelajaran Pendidikan Jasmani.

d) Tiang dan palang lompat tinggi

Kedua-dua alatan ini boleh digunakan setelah para pelajar dapat menguasai

asas melompat.

FASA LOMPAT TINGGI

Semua gaya lompatan boleh dibahagi kepada 4 fasa pergerakan, iaitu

1. Penujuan - larian menghala ke palang.

2. Lonjakan - tindakan kaki untuk menaikkan badan.

3. Layangan - gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas

palang.

4. Pendaratan - sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.

JENIS-JENIS LOMPAT TINGGI

Tujuan seorang pelompat adalah untuk melompat setinggi yang boleh. Walaupun

gaya lompatan tidak penting. Tetapi perkembangan semasa menunjukkan

bahawa atlet yang menggunakan gaya fosbury flop mencapai lebih kejayaan

berbanding dengan atlet yang menggunakan gaya gunting. Rekod lompat tinggi

kategori lelaki dan wanita dipegang oleh atlet yang menggunakan gaya fosbury

flop. Gaya lompat tinggi pada amnya, terdapat lima gaya lompat tinggi iaitu gaya

pelana, gaya barat, gaya timur dan gaya fosbury flop. Gaya gunting diajar

sebagai latihan mendorong sebelum gaya fosbury flop diajar.

GAYA PELANA

Gaya ini adalah hampir sama dengan gaya guling barat. Pelompat

menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka

pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah

meniarap di atas palang.

Page 23: Pengenalan Acara Lontar Peluru

a) Penujuan

Biasanya pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga Sembilan

langkah menuju ke palang dari sudut 30-45 darjah. Tiga langkah

terakhir dibuat secara pantas dan terkawal. Badan pelompat

dicondongkan sedikit ke belakang dan aki lonjak dibegkokkan

sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir

b) Lonjakan

Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak pelompat

hendaklah melompat dengan kuat. Tindakan melonjak ini bermula

dengan bahagian tumit dan disusuli dengan bahagian hujung kaki.

Serentak dengan tolakan ini, kaki bebas dihayun dengan kencang

ke atas paras palang. Fasa lonjakan ini juga dibantu dengan

menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas

c) Layangan

Setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas pelompat berada

dalam keadaan hampir selari dengan palang yang berada di

bawahnya. Ketika ini, badan dan kaki bebas pelompat berpusing

seolah-olah hendak membalut palang. Bahu dan kepala pelompat

direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Ini adalah

untuk membantu pelompat membuat persediaan untuk mendarat.

Kaki lonjak mestilah menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan.

d) Pendaratan

Ketika di fasa pendaratan, pelompat memusingkan badannya dan

mendarat di atas bahagian belikat atau bahagian belakang badan.

Latihan Ansur Maju Lompat Tinggi Gaya Pelana

a) Berdiri dengan kaki bebas di belakang. Gerakkan kaki tersebut

ke hadapan dan tendang dengan kuat ke atas sambil kaki yang

melonjak menolak badan ke atas. Tujuan latihan ini ialah untuk

Page 24: Pengenalan Acara Lontar Peluru

melatih pelompat supaya dapat menendang kaki bebas ke atas

dan melonjak.

b) Berjalan tiga langkah dan ulang latihan (a) sambil menghayun

kedua-dua belah tangan. Latihan ini dapat membantu agar

lonjakan, tindakan kaki bebas dan hayunan tangan dapat

dipadukan supaya semuanya berinteraksi secara automatik.

c) Rentangkan tali dan berdiri merusuk tiga langkah dari tali itu.

Berjalan tiga langkah(mulakan dengan kaki lonjak) dan tendang

kaki bebas ke atas aras tali. Selepas beberapa percubaan,

latihan ini hendaklah dibuat secara berlari dan melibatkan

hayunan tangan seperti di dalam latihan (b) . Latihan ini akan

membantu pelompat memberikan sepenuh perhatian kepada

penujuan dan lonjakan semasa membuat lompatan.

d) Rentangkan tali hingga ke aras pinggang dan ulangi latihan ( c).

Selepas melonjak dan badan berada di atas aras tali, pusingkan

badan dengan merendahkan bahu supaya bergolek di atas

tempat mendarat, atau tangan dan kaki bebas mencecah

kawasan mendarat. Latihan ini akan membantu pelompat

melepasi palang atau tali dan semasa membuat pendaratan.

e) Rentangkan tali pada aras pinggang. Berlari sejauh lima

langkah, diikuti dengan suatu lonjakan hingga melepasi tali dan

pelompat mendarat dengan baik. Latihan ini merangkumi

kesemua fasa lompatan(empat fasa semuanya).

f) Latihan lompat tinggi gaya pelana menggunakan alatan yang

sebenarnya(tiang dan palang lompat tinggi) serta membuat lima

atau tujuh langkah larian yang pantas.

Page 25: Pengenalan Acara Lontar Peluru

GAYA GUNTING

a) Penujuan

Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira-kira 30 darjah.

Pelompat menggunakan 7-9 langkah. Pelompat yang melonjak

dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan

larian dengan kaki kanan.pelompat yang melonjak dengan kaki

kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan

kaki kiri.

b) Lonjakan

Pelonjak melonjak dengan kaki luar. Semasa melonjak di depan

pinggul dan pinggul di hadapan bahu untuk mencondongkan

badan semasa membuat lonjakan.

c) Layangan

Kaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan palang. Bahu

berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong kea rah

palang. Kaki lonjak dihayun ke atas.

d) Pendaratan

Pelompat melompat di atas punggung atau dengan dua belah

kaki.

Page 26: Pengenalan Acara Lontar Peluru

Gambarajah 4.2 Gaya Gunting

GAYA FOSBURY FLOP

a) Penujuan

Larian dilakukan dengan cepat dan beritma. Guna larian 5-9

langkah terakhir secara melengkung. Pelompat yang melonjaak

dengan kaki kanan berlari dari sebelah kiri ,memulakan larian

dengan kaki kanan. Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri

akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki

kiri.

b) Lonjakan

Pelonjak melonjak dengan cepat dan kuat menggunakan kaki

luar palang. Kaki di hadapan badan. Badan ditegakkan atau

condong sedikit ke belakang. Kaki bebas diangkat tinggi dengan

lutut dibengkokkan. Tangan yang dibengkokkan juga dihayun ke

atas. Lutut digerak melintang badan untuk membantu pusingan

badan.

c) Layangan

Di udara pelompat memandang palang sambil melentikkan

badan. Kedua-dua belah tangan di sisi badan. Kedua-dua lutut

dibengkokkan. 4. Setelah badan melepasi palang, luruskan

kedua belah kaki dan gerakkan ke atas sambil mengangkat

kepala ke atas.

d) Pendaratan

Page 27: Pengenalan Acara Lontar Peluru

Pelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya.

Gaya Fosbury Flop

Latihan Ansur Maju Lompat Tinggi Gaya Fosbury Flop

Latihan 1

Berlari anak atau pantas beberapa langkah ke hadapan dan

kemudian melengkok beberapa langkah ke kiri ( jika melonjak

dengan kaki kiri ).

Sekiranya pelompat melonjak dengan kaki kanan , dia haruslah

melengkok ke kanan.

Latihan ini bertujuan untuk melatih para pelajar supaya dapat

berlari lurus dan melengkok.

Page 28: Pengenalan Acara Lontar Peluru

Latihan 2

Seperti dalam Latihan 1 , apabila pelompat melangkah tandaan di

bahagian melengkung, dia mestinya melonjak dengan serta-merta

ke atas.

Kemudian kedua-dua belah tangannya dihayunkan ke atas ( siku

dibengkokkan ) dan badan dipusingkan di udara dengan lutut kaki

bebas menyilang badan.

Pelompat mendarat di atas kaki lonjak sambil menghadap tempat

permulaan.

Latihan 3

Seperti dalam latihan 2, pelompat melonjak ke atas dan

melentikkan badan.

Sebelah tangan dihulur ke belakang untuk menyentuh palang yang

tergantung.

Page 29: Pengenalan Acara Lontar Peluru

Latihan 4  

Pelompat berdiri membelakangkan tali atau palang yang

direntangkan.

Pelompat melonjak dengan kedua-dua belah kaki ke belakang

sambil melentikkan badan dan melepasi tali.

Pelompat mendarat di atas bahagian bahu atau belakang badan.

Latihan ini bertujuan untuk melentikkan badan, melepasi halangan

dan mendarat.

Latihan 5

Pelompat berlari lima hingga tujuh langkah dan terus melompat

dengan gaya Fosbury Flop.

Latihan ini merupakan latihan berlari pantas dan menentukan

tempat yang sesuai melonjak.

Page 30: Pengenalan Acara Lontar Peluru

LATIHAN ANSUR MAJU

1. Aktiviti mendorong

a) Berjalan dengan lutut tinggi

b) Berlari dengan lutut tinggi

c) Berlari dalam bulatan

d) Berlari mengikut laluan angka lapan.

e) Melonjak

f) Melonjak untuk menyentuh bola yang tergantung.

2. Latihan Lompatan

a) Memulakan lompatan dengan gaya gunting.

b) Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk ‘L’, kaki selari

dengan palang.

c) Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk ‘L’ serta kaki

bersudut 45 darjah.

d) Melompat gaya gunting dan mendarat 90 darjah denagn kaki

mengahala kea rah palang.

Page 31: Pengenalan Acara Lontar Peluru

e) Berdiri membelakangkan tempat mendarat, melompat secara

dirian dan mendarat.

f) Ulang (e) dengan berdiri di atas kerusi panjang atau peti

lombol satu tingkat.

g) Ulang (f) dengan papan anjal.

h) Menentukan titik semak.

i. Membuat lompatan dengan mengambil langkah 7-9 langkah.