lontar peluru ppt

17

Upload: yan-kew-tan

Post on 06-Jul-2015

2.826 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lontar peluru ppt
Page 2: Lontar peluru ppt

Gaya Parry O'Brien adalah suatu gaya yang telah diperkenalkan oleh Parry O'Brien sendiri. Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang terkemuka pada tahun 50-an. Pada tahun 1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran, beliau telah berjaya menjadi pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan Iontaran melebihi 18 meter jaraknya. Teknik lontaran ini masih popular hingga ke hari ini. Di samping sumbangannya dari segi teknik melontar, Parry O'Brien juga telah membuktikan kepada semua ahli sukan tentang betapa pentingnya latihan bebanan bagi acara melontar peluru.

Page 3: Lontar peluru ppt

Lakuan sedia

Sama seperti dalam gaya melungsur selangkah, pelontar berdiri membelakangkan arah Iontaran. Kaki bebas diangkat ke atas sambil bahagian badan dibongkokkan ke hadapan sehingga hampir selari dengan tanah.

Lakuan mulaan dan bersedia untuk melungsur

Page 4: Lontar peluru ppt

Lungsuran

Sebaik sahaja badan condong ke hadapan dan berat badan dirasa di atas kaki kanan, pergerakan melungsur dilakukan. Lungsuran ini dibuat dengan kaki kanan dijengketkan (lutut dibiarkan bengkok) ke belakang. Serentak dengan pergerakan ini, kaki kiri ditendang ke bahagianhadapan bulatan. Badan pelon tar ketika ini masih di dalam keadaan condong.

Melungsur

Page 5: Lontar peluru ppt

Kilasan badan

Pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebas (kaki kiri) telah bertapak di belakang papan penahan, badan pun mula mengilas ke atas dan ke hadapan (teknik mengilas badan adalah hampir sarna dengan teknik yang diterangkan dalam gaya melungsur selangkah sebelum ini). Butiran yangpenting ditegaskan oleh guru kepada para pelajar ialah lungsuran dan kilasan badan hendaklah dilakukan sebagai satu pergerakan yang terus-me:lerus supaya tidak menjejaskan pengumpulan daya untuk membuat lontaran.

Mengilas badan Melontar Ikut lajak Pulihan

Page 6: Lontar peluru ppt

Lontaran, ikut lajak dan pulihan

Rujuk kepada "lontaran" dan "pulihan" di bawah gaya melungsur selangkah. Sebenarnya teknik kesemua fasa ini adalah harnpir sama.

Lakuan mulaan dan bersedia untuk

melungsur

Setelah melungsur dan sedia untuk

melontar

Pulihan

Kedudukan kaki

Page 7: Lontar peluru ppt

LATIHAN ANSUR MAJU GAYA MELUNGSUR SELANGKAH

Latihan I Berdiri menghadap ke kawasan lontaran dan melon tar peluru dengan tolakan yang kencang (melontar dari kedudukan berdiri). Latihan ini dapat membiasakan para pelajar menolak peluru dengan baik. Perhatian yang khusus harus diberi kepada pergerakan tangan dan pegangan peluru.

Page 8: Lontar peluru ppt

Latihan II Berdiri dengan bahu kiri menghadap ke kawasan lontaran. Kaki

direnggangkan.Putarkan bahu kiri ke kanan sambil merendahkan badan. Berat badan dipusatkan di kaki kanan yang diletakkan di belakang. Kilaskan badan ke hadapan dan tolak peluru. Latihan ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar menguasai semua pergerakan penting sebelum mereka mula melontar peluru.

Page 9: Lontar peluru ppt

Latihan III Berdiri merusuk ke arah lontaran di bahagian belakang bulatan. Kaki kiri diletakkan di garis pusat bulatan dan kaki kanan diletakkan berhampiran dengan lingkaran bulatan. Condongkan badan sedikit seperti dalam Latihan II di atas. Ketingting ke hadapan bulatan dengan menggunakan kaki kanan dan kaki kiri mestilah bertapak di bahagian belakang papan penahan atau di garis bulatan. Kilaskan badan dan buatlah lontaran. Latihan ini merupakan latihan membuat lungsuran dan mengilas badan.

Page 10: Lontar peluru ppt

Latihan IV Pelontar berdiri membelakangkan kawasan lontaran. Badan dicondongkan ke hadapan hingga betul-betul berada di atas kaki kanan. Kemudian pelontar melungsur selangkah ke belakang (tanpa mengilas badan atau melontar peluru). Latihan ini dibuat secara berulang-ulang. Latihan ini merupakan latihan pergerakan kaki pelontar semasa membuat lungsuran.

,

62

Page 11: Lontar peluru ppt

Latihan V

Pelajar digalakkan mencuba pergerakan keseluruhan gaya melungsur selangkah (lihat halaman 61). Latihan ini dapat menyatukan semua fasa lontaran. Oleh itu para pelajar dapat menyediakan diri mereka untuk membuat lontaran dengan cara yang lebih sistematik.

Page 12: Lontar peluru ppt

(a) Melontar di luar bulatan

Lakuan-lakuan yang membatalkan lontaran

(b) Semasa melontar peluru dipegang jauh dari tempat

yang sepatutnya.

Page 13: Lontar peluru ppt

(c) Menyentuh bahagian atas lengkungan besi atau papan penahan

d) Selepas melontar, menyentuh mana-mana bahagian kawasan melontar dengan mana-mana bahagian badan.

Page 14: Lontar peluru ppt

(a) Peserta hendaklah memulakan lontarannya di dalam bulatan.

(b) Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.

(c) Peserta dibenarkan menyentuh bahagian dalam lengkungan besi atau papan penahan.

(d) Peserta boleh menghentikan percubaan melontar yang telah dimulakannya dengan meletakkan peluru di dalam bulatan, berdiri tegak semula dan memulakan percubaan yang baru. Gangguan seperti ini dibenarkan sekali sahaja dalam setiap pusingan.

(e) Peluru yang dilontar mestilah mendarat dalam kawasan garis sektor.

(f) Selepas peluru mendarat, peserta dikehendaki keluar dari bulatan melalui bahagian belakang bulatan.

PERATURAN ASAS ACARA LONTAR PELURU

Page 15: Lontar peluru ppt

CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN

Sebagai satu aspek Pendidikan Jasmani, guru boleh juga mengajar para pelajar teknik mengukur jarak sesuatu lontaran. J arak lontaran diukur dari kesan peluru di kawasan mendarat sehingga ke bahagian dalam papan penahan atau garis bulatan. Pangkal pita ukur ditempatkan pada bahagian kesan peluru yang lebih dekat dengan bulatan melontar. Tarik pita ukur secara lurus sehingga sampai di tandaan di tengah-tengah bulatan melontar. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan bahagian dalam papan penahan akan menunjukkan jarak lontaran itu. Lihat rajah di bawah.

Page 16: Lontar peluru ppt

Baca jarak lontaran di bahagian dalam papan penahan

Bahagian belakang

Titik "0" pita ukur pada

kesan peluru

Garis sektor

Bulatan melontar peluru dan cara mengukur jarak

Page 17: Lontar peluru ppt