lontar peluru afif

Upload: afif-zul

Post on 31-Oct-2015

498 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

SINOPSIS :

LONTAR PELURU

.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS KOTA BHARUKELANTAN DARUL NAIMLONTAR PELURU

BIODATA PELAJAR AMBILAN JANUARI 2012

NAMA MUHAMMAD AFIF BIN ZULKIFLEE

OPSYENKPLI-JQAF (2012) PABA 2

NO KAD PENGENALAN880617-26-5059

NO TELEFON (HP)013-4014208

ALAMAT INSTITUTINSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS KOTA BHARU,

JALAN MAKTAB,

PENGKALAN CHEPA,

16109,KOTA BHARU, KELANTAN.

ALAMAT RUMAHNO8 KAMPUNG LUBUK KABU

KUALA PEGANG

09110 BALING

KEDAH DARUL AMAN.

NAMA PENSYARAH PENASIHAT

NAMA TUTOR

SINOPSIS Sejarah.Lontar Peluru tidak mempunyai sejarah permulaan yang lama berbanding dengan lontaran yang lain.Malah ketika merejam lembing dan lempar cakera telah mula diperkenalkan sejak zaman silam lagi, lontar peluru masih belum dikenali, malah masih belum wujud lagi.Walaupun aktiviti ketul batu telah menjadi sebahagian daripada aktiviti masyarakat kuno,tetapi tidak terlintas di hati mereka untuk mencipta ataupun melakukan sesuatu kepada aktiviti itu untuk menjadikan lontar peluru sebagai sukan.

Mengikut sejarah sukan olahraga, manusia mula melakukan aktiviti melontar batu yang dijadikan sebagai pertandingan bermula pada abad ke 19.Orang Scotland dan Ireland dianggap golongan pertama yang mencipta lontar peluru berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu.Walau bagaimanapun lontar peluru tidak dapat diterima sebagai sukan di kedua-dua negara berkenaan.Walaupun demikian, apabila ianya di bawa ke Amerika Syarikat serta diperkenalkan lontar peluru mula mendapat sambutan dan sering menjadi kegiatan yang dipertandingkan.Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang sukan,walaupun masyarakat dunia belum mengiktitaf, Amerika Syarikat menganggap kegiatan ini menarik untuk dijadikan acara sukan yang dipertandingkan.Oleh itu, bermulalah sejarah baru kegiatan ini, kerana pertandingan pertama melontar batu diadakan di negara tersebut.Menjelang pertengahan abad ke 19, berat batu atau peluru yang ketika itu diperbuat daripada besi telah diselaraskan menjadi 16 paun atau 7.257 kilogram.Bagi menjadikan lontar peluru acara sukan, maka telah diperkenalkan beberapa peraturan.Salah satu daripada peraturan itu ialah berkaitan dengan kawasan untuk membuat lontaran.Kawasan itu berbentuk segiempat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan cara itu, lontar peluru dapat diperkenalkan ke negara-negara lain termasuk Greek dalam usaha untuk memasukkan acara ini ke dalam sukan Olimpik moden pada tahun 1896.

Cadangan serta usaha itu telah berhasil.Acara lontar peluru telah diterima menjadi salah satu acara sukan Olimpik tersebut.Kawasan berbentuk segiempat sama digunakan dalam perjumpaan sukan itu.Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk sukan Olimpik 1904.Bentuk kawasan ini didapati kurang sesuai, oleh itu pada tahun 1909 bentuk kawasan segi empat telah ditukarkan kepada bentuk bulat yang berdiamater 7 kaki dengan bahagian hadapan, iaitu tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda yang terdapat pada kawasan lontaran sekarang.Teknik lontaran ketika itu dilakukan dengan pelbagai cara.Para peserta bebas membuat lontaran mengikut keupayaan dan kesesuaian masing-masing, sehingga ada yang membuat lontaran melepasi kepala dan ada yang melontar seperti mencampakkan sesuatu kehadapan.Oleh sebab tiada peraturan tetap, maka sebarang lontaran tidak dibatalkan.Oleh sebab itu pelbagai cara yang telah digunakan oleh para peserta untuk membuat lontaran.

Pada tahun 1950-an seorang pelontar bernama Parry O Brien dari Amerika Syarikat telah mencipta teknik lontaran baru yang kemudiannya dijadikan salah satu teknik hingga masa kini atau hari ini.Pada tahun 1956 beliau telah berjaya mencipta satu rekord baru dengan lontaran sejauh 18 meter.Tetapi rekod itu sentiasa berubah dari tahun ke tahun.Pada hari ini rekod bagi acara ini masih dipegang oleh atlit dari German yang bernama Ulf Timmerman.Beliau mencipta rekod ini ketika Sukan Olimpik di Seoul 1988.

Perkembangan Masa Kini

Sebagai acara Olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakkan perjumpaan olahraga.Acara ini disertai oleh atlit lelaki dan atlit perempuan, bermakna penyertaan agak meluas.Teknik lontaran juga diperkemaskan serta disesuaikan dari masa ke semasa untuk mendapatkan jarak yang lebih optima, disamping menjaminkan kelicinan dan peningkatan dalam lontaran.Begitu juga kaedah latihan yang diadakan bagi mereka yang mengambil bahagaian dalam acara ini turut ditingkatkan termasuk penekanan aspek-aspek seperti jenis latihan, tempoh latihan, aktiviti-aktiviti sampingan serta aspek pemakanan atlit.

Lontar peluru merupakan acara lontaran yang paling mudah dilakukan jika dibandingkan dengan tukul besi, rejam lembing atau lempar cakera.Walaupun sebilangan besar di kalangan peserta atau atlit yang memenangi acara ini adalah berbadan besar, tegap, serta kuat, tetapi ini bukanlah suatu yang menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang itu. Pelontar harus mampu mengenalpasti serta dapat mengaplikasikan teknik serta gaya lontaran yang baik serta berkesan yang diperolehi melalui latihan yang bersistematik di bawah pengawasan guru atau jurulatih khusus untuk acara ini.

Di peringkat sekolah, acara ini menjadi acara utama dalam bahagian lontaran.Salah satu sebabnya ialah ia tidak memerlukan pergerakan anggota badan yang banyak. Ini amat sesuai sekali bagi pelajar yang mempunyai saiz badan yang lebih besar.

Cara atau teknik membuat lontaran dalam acara ini mempunyai ciri-ciri tersendiri, iaitu para atlit tidak boleh melontar sesuka hati tanpa mengikut undang-undang yang ditetapkan.Teknik melontar sentiasa diperkemaskan dari masa ke semasa.Tanpa penggunaaan teknik yang betul dan berkesan, seseorang peserta mungkin tidak akan mencapai jarak yang diharapkan walaupun saiz badannya yang agak besar.

Ia memerlukan kekuatan dan kemahiran melontar dari bulatan kecil.Acara ini dijalankan dengan menggunakan bola besi yang beratnya lebih kurang 7.2 kg untuk kaum lelaki dan 4 kg untuk kaum wanita.Lontaran ini hanya boleh dilakukan dengan sebelah tangan sahaja. Walaubagaimanapun penggunaan teknik dan acara lontaran yang betul membolehkan seseorang peserta mencapai jarak lontaran yang terbaik.

Peserta diberikan tiga lontaran pada pusingan pertama dengan pelepasan peserta dengan jarak terbaik melayakkan diri ke pusingan akhir.Tiga lontaran lagi di berikan pada pusingan ini dan peserta yang mencapai jarak paling jauh dikira pemenang.

Cara melakukan lontaran adalah berdasarkan peringkat ini :

a) Memegang peluru

b) Membuat persediaan

c) Melontar

d) Pendaratan 4 peluru

e) Ikut lajak

Peraturan yang tidak mematuhi aturan akan dibatalkan.

Rajah 1 : Gaya seorang melontar peluru.A - SPESIFIKASI ACARA, ARENA DAN PERALATAN:Kelengkapan Peralatan

Lontar Peluru merupakan salah satu lagi acara lontaran dalam sukan olahraga diadakan dengan menggunakan peralatan tertentu dan dilaksanakan dalam kawasan khas yang disediakan di kawasan yang bebas daripada sebarang halangan atau gangguan.Dalam melaksanakan acara ini, peserta atau atlit serta pegawai pertandingan harus juga memberi perhatian pada aspek keselamatan samada kepada peserta itu sendiri atau peserta lain atau orang ramai.Peralatan yang diperlukan untuk acara ini tidaklah banyak, begitu juga kawasan untuk mengadakan acara ini tidaklah luas, malah dari segi saiz kawasan lontar peluru memerlukan kawasan paling kecil jika dibandingkan acara lontaran lain.Berikut adalah peralatan serta kelengkapan yang diperlukan oleh seorang pelontar peluru.(i) Pakaian

(ii)

Kasut

(iii)

Pita ukur

(iv)

Peluru

(v)

Kawasan lontaran

(vi) Kawasan pendaratan

(i) Pakaian Dan KasutPakaian yang dipakai oleh seseorang atlit atau peserta hendaklah sesuai seperti mana pakaian peserta bagi acara lain.Ianya tidaklah menjolok mata terutama bagi peserta wanita.Begitu juga dengan kasut atau spike.Para peserta hendaklah menggunakan kasut yang sesuai mengikut keselesaan peserta itu sendiri yang tidak mengganggu pergerakan apabila membuat lontaran.Kasut biasa tanpa paku juga sesuai digunakan kerana bulatan atau kawasan melontar biasanya diperbuat daripada simen konkrit.

(ii) Pita Ukur

Pita ukur digunakan untuk mengukur jarak lontaran yang dibuat oleh seseorang atlit atau peserta.Ukuran biasanya dibuat dari titik tengah bulatan. Tetapi bacaan diambil dari papan penanda hingga tempat peluru mendarat.Rajah di bawah adalah cara digunakan untuk mengukur jarak lontaran peluru dengan menggunakan pita ukur.

Rajah 2 : Peluru dan kawasan mendarat lontar peluru( iii ) Peluru

Peralatan utama dalam acara ini sudah tentunya peluru.Ia diperbuat daripada besi pejal berbentuk bulat dan licin.Peluru hendaklah di perbuat daripada besi, tembaga atau bahan lain yang tidak boleh lembut daripada tembaga yang padu atau kelongsong yang di perbuat daripada bahan- bahan yang di sebutkan tadi serta di padatkan dengan plumbum ataupun bahan lain.Ia hendaklah berbentuk sfera ataupun bulat yang permukaannya rata ataupun licin.Dikenali juga sebagai bola besi.Biasanya, peluru besi berwarna hitam.Tetapi pada hari ini pelbagai jenis warna boleh digunakan kerana warna bukannya satu syarat atau peraturan yang ditetapkan untuk acara ini.Saiz serta berat peluru bagi setiap kategori juga berbeza-beza mengikut peringkat serta pertandingan.

Ukuran diameter peluru ialah 110 mm minimum dan 130 maksimum untuk lelaki.Manakala bagi perempuan ialah 95 mm hingga 110 mm.Berat peluru yang digunakan adalah seperti berikut:-

PeluruWanita / Remaja/ Junior / SeniorLelaki RemajaLelaki JuniorLelaki Senior

Berat Minumum Untuk Diterima Dalam Pertandingan Dan Penerimaan Mencipta Rekod :

4.000kg5.000kg6.000kg7.260kg

Maklumat Pengeluar:Beraneka jenis alat yang di keluarkan untuk pertandingan.4.005 kg

4.025kg5.005kg

5.025kg6.005kg

6.025kg7.265kg

7.285kg

Garis Pusat Minimum95mm100mm105mm110mm

Garis Pusat Maksimum110mm120mm120mm130mm

( iv ) Kawasan Lontaran

Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap peserta atau atlit acara ini melakukan lontaran.Kawasan lontaran peluru biasanya berbentuk bulat. Saiz bulat ini ialah 2.135 meter pada diameternya yang diukur dari sebelah luar garisan. Ini adalah tempat permulaan bagi pelontar memulakan lontaran.Di bahagian hadapan bulatan lontaran ini dipasangkan papan atau batu penahan untuk menentukan. Samada kaki atlit atau peserta menyentuh atau melepasi penahan tersebut. Di letakkan di tengah garisan sektor serta teguh di atas tanah.Sukatannya ialah 11.2 sm hingga 30 sm.Panjangnya pula ialah 1.22m panjang. sekiranya kaki peserta memijak atau kakinya melepasi penahan ini maka lontaranya dikira batal.Rajah di bawah ialah untuk menunjukan kawasan lontaran.

Rajah 3 : Kawasan Lontaran Peluru Yang Tepat

( vi ) Kawasan Pendaratan.

Satu kawasan khas hendaklah disediakan bagi membolehkan peluru yang dilontar mendarat atau dijatuhkan.Kawasan ini hendaklah bebas dari sebarang gangguan.Kawasan ini hendaklah dirintangi oleh dua garisan lurus atau garis sektor yang ditandakan pada sudut 40 ( pada tengah bulatan kawasan lontaran.Kedua-dua garisan lurus ini hendaklah ditanda 5 sm dengan warna putih.Panjang kedua-dua garisan ini tidak tetap,iaitu bergantung kepada peringkat pertandingan yang diadakan serta peserta yang mengambil bahagian.Setiap lontaran yang dibuat oleh peserta hendaklah mendarat atau terjatuh di dalam kawasan ini.Sekiranya peluru terjatuh diluarnya maka lontaran ini dianggap tidak sah atau batal.

Rajah 4 : Kawasan mendarat peluru

Gambarajah Untuk Menunjukan Kawasan Melontar Yang Lengkap.

Rajah 5 : Kawasan melontar dan kawasan pendaratan1. Pertandingan

Peluru hendaklah dilontar dari bahu dengan sebelah tangan sahaja. Pada masa peserta mula berdiri dalam bulatan untuk memulakan lontaran, peluru mesti meyentuh atau rapat dengan leher atau pipi dan tangan pula tidak boleh direndahkan daripada paras ini semasa hendak melontar.Peluru tidak boleh di bawa ke belakang garis bahu. 2. Papan Penahan

Pembinaan

Papan tersebut hendaklah berwarna putih, di perbuat daripada kayu atau bahan lain yang sesuai berbentuk lengkok supaya sisi sebelah dalamnya sepadan dengan bahagian dalam lengkok bulatan.Ia diletakkan antara kedua dua garisan sektor dan di buat supaya terletak dengan kukuh.Ukuran

Ukuran papan tersebut ialah 11.2 sm hingga 30 sm lebar, 1.15 1.16sm panjang dan 10 sm 10.2sm tinggi daripada paras dalam bulatan.Peringatan : Papan penahan yang mengikut spesifiksi IAAF (International Association of Athletics Federation ) terdahulu masih boleh di pakai.

B - Peraturan Asas Melontar Peluru :a. Lontaran di buat dalam bulatan lontaran bergaris pusat 2.13 m.

b. Pelontar masuk dan keluar dari bahagian belakang bulatan lontaran .

c. Peluru mesti mendarat dalam sektor 40.d. Pelontar di kira batal jika menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak bahagian atas kayu penghadang berukuran 10cm tinggi itu semasa dan selepas peluru dilepaskan.e. Pelontar boleh keluar dari bahagian belakang bulatan lontaran selepas peluru mendarat.

f. Peluru hendaklah diletak di bawah dagu

g. Peluru hendaklah dilontar dengan sebelah tangan melalui atas bahu dan bukan di baling sesuka hati.

h. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan melontar sebelum peluru mendarat

i. Setiap peserta akan diberi enam kali lontaran sekiranya jumlah peserta tidak melebihi lapan orang dalam sesuatu pertandingan.Jika peserta melebihi lapan orang maka diadakan pusingan kelayakan dengan tiga lontaran seorang.Bagi peserta yang layak ke peringkat akhir, tiga lagi lontaran akan diberikan.j. Peserta yang melontar paling jauh akan diisytiharkan pemenang diikuti tempat kedua, ketiga dan seterusnya.Prinsip Umum Lontar Peluru

Seorang peserta lontaran peluru perlu mengikut program latihan di samping berusaha memahirkan diri supaya prestasi dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.Sebagai panduannya disini disenaraikan beberapa prinsip asas acara ini yang seharusnya diikuti oleh para peserta.

1.Peserta mestilah seorang yang sanggup mengikut latihan yang dianjurkan dengan penuh semangat serta ingin maju diri serta mencapai kejayaan.

2.Peserta hendaklah mempunyai matlamat tertentu dengan melibatkan diri dalam acara ini, samada matlamat diri , pasukan atau negara.

3. Peserta hendaklah mempunyai ciri-ciri badan seorang pelontar peluru.

4. Peserta hendaklah seorang yang mengambil bahagian dengan mematuhi setiap peraturan yang berkaitan dengannya, serta dengan semangat kesukanan tulen

5. Peserta hendaklah bersedia dari semasa ke semasa dari segi fizikal, mental serta kemahiran.Langkah-langkah Melatih Melontar.1. Langkah pertama

Persediaan kepada acara lontar peluru dengan melontar Bola Sepak /Bola Keranjang atau light medicine ball.

Tolakkan ke arah dinding dengan menggunakan dua tangan.2. Tolakkan secara berpasang

Gunakan satu dan dua tangan. Jika lontaran dengan tangan kanan, pastikan melangkah dengan kaki kiri ke hadapan bagi mendapat jarak yang baik.

Pastikan kedudukan lengan separas dengan bahu. Dada dan kepala diangkat tinggi dan tambahkan lonjakan kaki bagi menambah kekuatan.3. Lontaran Bagi Ketinggian

Gunakan dua tiang lompat tinggi rengangkan getah ( rubber band ) dengan ketinggian dua hingga tiga meter.Jika lontaran melepasi getah tersebut , maka hendaklah bergerak dua langkah ke belakang untuk membuat lontaran seterusnya.4. Lontaran Zigzag

Pastikan lontaran yang kemas dan senang ditangkap oleh rakan Pastikan medicine ball sampai kepada sasaran / kelajuan yang sesuai dan mudah ditangkap Pastikan kawan sudah bersedia sebelum melakukan lontaranPeraturan 187 Acara Balingan

Menurut Buku Peraturan Olahraga 2003-2004 terdapat beberapa syarat-syarat am mengikut peraturan 187 berkaitan dengan acara-acara balingan.

a. Alat-alat Rasmi Dalam semua pertandingan antarabangsa, semua alat yang digunakan hendaklah mematuhi spesifikasi IAAF.Hanya alat-alat yang memiliki sijil kelulusan yang terkini IAAF sahaja yang boleh digunakan.AlatWanita/Remaja/ Junior/ SeniorLelaki RemajaLelaki JuniorLelaki Senior

Peluru

Cakera

Tukul Besi

Lembing4.000kg

1.000kg

4.000kg

600gr5.000kg

1.5000kg

5.000kg

700gr6.000kg

1.750kg

6.000kg

800gr7.260kg

2.000kg

7.260kg

800gr

Semua alat sedemikian hendaklah disediakan oleh JawatankuasaPengelola untuk semua pertndingan di bawah Peraturan 12.1(a). Dalampertandingan-pertandingan sebegini, peserta-peserta tidak dibenarkanmenggunakan alat-alat lain.Tidak boleh dilakukan sebarangpengubahsuaian kepada alat-alat semasa pertandingan. Padapertandingan selain yang di bawah peraturan 12.1(a) peserta-pesertaboleh menggunakan alat sendiri, asalkan alat-alat tersebut diperiksa danditandakan sebagai diluluskan oleh Jawatankuasa Pengelola sebelumkejohanan dan alat-alat tersebut boleh digunkan oleh peserta-pesertalain.b. Perlindungan Persendirian

Tidak ada sebarang peranti iaitu membalut sebatang atau dua batang jari dengan pita yang mungkin akan membantu peserta membuat percubaanya. Tidak boleh memakai sarung tangan

Bagi membolehkan peserta memperolehi cengkaman yang lebih baik, pesert-peserta boleh menggunakan benda-benda yang sesuai disapukan di tapak tangan dan leher mereka.

Bagi mengelakkan kecederaan tulang belakang, peserta-peserta boleh menggunakan tali pinggang kulit atau yang diperbuat daripada bahan-bahan lain yang sesuai.

Peserta juga boleh membalut pergelangan tangan bagi mengelakkan kecederaan.

c. Bulatan Membaling

Bulatan hendaklah diperbuat daripada lingkaran besi, keluli atau bahan-bahan lain yang sesuai dan bahagian atasnya sama rata dengan kawasan sekelilingnya.Bahagian dalam bulatan boleh diperbuat daripada konkrit, asfalt atau bahan lain yang kukuh tetapi tidak licin. Permukaannya hendaklah rata dan lebih rendah antara 1.4sm 2sm daripada bahagian atas lingkaran bulatan.Manakala garis pusat bagi bahagian dalam bulatan iaitu 2.135m 5mm.

Rajah 6 : Susun atur bulatan.d. Ukuran

Pencapaian melontar hendaklah direkodkan ke 0.01sm terdekat yang lebih rendah jika ukuran tidak mencapai ke sentimeter bulatan.Pengukuran setiap balingan hendaklah dibuat sebaik sahaja percubaan telah dilakukan iaitu dari tanda jatuhan peluru yang terdekat dengan bahagian dalam lilitan bulatan lurus menjurus ke pusat bulatan.e. Sektor Mendarat

Sektor mendarat hendaklah mengandungi sisa bara atau rumput atau bahan yang sesuai bagi mendapatkan kesan tempat jatuh alat-alat.Kecuraman minimum keseluruhan yang dibenarkan bagi sektor mendarat hendaklah melebihi 1: 1000.f. Penanda

Sebuah bendera atau penanda yang jelas boleh digunakan untuk menanda balingan terbaik setiap peserta, diletakkan diluar garisan sektor.Penanda yang jelas boleh digunakan untuk menanda Rekod Dunia yang ada.

Cara Mengukur Jarak Lontaran.

Jarak lontaran diukur dari kesan peluru dikawasan mendarat sehingga ke bahagian dalam papan penahan atau garis bulatan. Pangkal pita ukur ditempatkan pada bahagian kesan peluru yang lebih dekat dengan bulatan melontar.Tarik pita ukur secara lurus sehingga sampai ditandaan ditengah-tengah bulatan melontar.Bahagian pita ukur yang bertemu dengan bahagian dalam papan penahan akan menunjukkan jarak lontaran.C- Teknik Latihan Kemahiran Asas :

Secara amnya terdapat tiga gaya lontoran iaitu:

a. Lontaran gaya berdiri

b. Gaya melungsur selangkah

c. Gaya Parry O Brien

Acara lontar peluru boleh dibahagikan kepada fasa fasa perlakuan seperti

yang berikut :

a. Pegangan peluru

b. Lakuan sedia

c. Lungsuran

d. Lontaran

e. Pulihan

a) Pegangan peluru

Cara memegang peluru adalah sama bagi ketiga-tiga cara balingan. Peluru boleh dipegang dengan dua cara iaitu dengan menggunakan lima jari atau memegang dengan tiga jari.Peluru dipegang dengan tiga jari tengah dan disokong oleh ibu jari dan jari kelingking.

Rajah 7 : Memegang peluru dengan tiga jari dan lima jari.

b) Lakuan sedia

Bagi lontaran gaya berdiri pelontar berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu mengadap arah lontaran. Peluru diletak rapat ke leher di bawah telinga. Lengan diangkat hampir mendatar dan siku mengarah ke luar.

Bagi gaya lungsur selangkah dan Parry OBrien, pelontar berdiri di bahagian telinga. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku hendaklah keluar.belakang bulatan, membelakang kawasan lontaran. Peluru diletak hampir kepada leher dan di bawah

c) Lungsuran

Tiada lungsuran bagi gaya lontar dirian.Bagi gaya lungsur selangkah, bermula dengan berat badan pada kaki kiri, kaki kanan pula digerakkan ke bahagian tengah bulatan. Gaya Parry OBrien pula kedudukan badan dalam keadaan condong. Kaki kanan dibengkokkan dan kaki kiri dihayun ke hadapan dan ditendang ke belakang. Kaki kanan melungsur ke tengah bulatan.d) Lontaran

Rendahkan kaki kanan kilaskan pinggang dan tangan kanan ditolak ke hadapan menyilang badan. Secara serentak tangan kiri di hayun ke belakang dan luruskan kedua belah kaki. Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan. Semasa lontaran berlaku, peluru yang dilontar mestilah mengikut lajak tangan untuk mengelakkan kecederaan pada jari.e) Pulihan

Langkah pulihan dilakukan dengan membawa kaki kanan kehadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan.Langkah-Langkah Teknik / Gaya Melontar (a). Teknik berdiri dan melontar.

Teknik ini adalah teknik yang paling asas sekali.Teknik ini untuk mendapatkan pergerakan tangan dan bahu yang betul.Fasa-fasanya ialah:-

1.Berdiri dan kangkangkan kedua-dua kaki seluas 30 sm

2.Pegang peluru dan letak di bawah dagu

3.Siku tangan yang memegang peluru haruslah keluar dan dalam keadaan yang mendatar.

4.Pusing sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan kiri menyilang ke kanan

5.Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri, manakala kaki diluruskan dan peluru dilepaskan.

6.Tangan yang memegang peluru diluruskan ke arah peluru dilontar.Tangan kiri bantu untuk mengawalkan keseimbangan.Teliti rajah di muka surat sebelah.

Rajah 8 : Teknik Dan Gaya Melontar Yang Betul.(b).Teknik lontaran sisi

1.Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengah bulatan lontaran.Tentukan kedudukan peluru diletak di bawah dagu.(Berat badan di bahagian belakang)

2.Angkat kaki kiri dan letak di bahagaian hadapan kawasan lontaran.Kaki kanan dibengkok sedikit ke belakang.

3.Pusing sedikit bahu ke hadapan.

4.Luruskan kaki kiri dan bersedia untuk melontar.

5.Pusingkan tapak kaki kanan dan angkat tumit dan tolak peluru keluar.

Teliti rajah di bawah.

Rajah 9 : Seorang atlit melakukan acara lontar peluru.Aktiviti-Aktiviti Ansur Maju Melontar

1. Menggunakan Bola softbol atau peluru betul

2. Cara memegang dan tempat peluru diletak-letak dibawah dagu

3. Cara peluru dilepaskan / ditolak

-ditolak ke depan serta

flik dengan bahagian hujung jari.

4. Aktiviti melepas bola softbol dari bawah dagu statik.5. Aktiviti melepas bola softbol setelah kepala dipusing ke depan.6. Aktiviti melepas softbol setelah bahagian pinggang di pusing ke depan.

7. Aktiviti melepaskan peluru betul.

Aktiviti Ansur Maju Melontar Gaya Mengglunsur Selangkah Ke Kawasan Pendaratan

1. Peluru diletakan di bawah dagu

2. Bongkok badan,dan lutut kaki kanan

3. Kaki kiri diluruskan di belakang serta diangkat sedikit

4. Siku di luar badan dan kedudukan tangan adalah 45 darjah berada disisi badan

5. Pergerakan melepas / menolak peluru

Tarik kaki kanan selangkah ke belakang

Pusing bahu, pinggang ke arah kawasan pendaratan serta tolak peluru dengan serta merta ke depan.

Buat pemulihan serta imbangkan badan.

Keluar dari belakang kawasan melontar.

Aktiviti Ansur Maju Gaya parry O Brien

1. Masuk ke dalam kawasan melontar dan letak peluru di bawah dagu

2. Bongkok badan membelakangi kawasan pendaratan.

3. Lutut kanan dibongkok , kaki kiri dilurus ke belakang serta diangkat sedikit.

4. Siku di luar badan, tangan adalah 45 darjah berada dari badan

5. Pergerakan melontar

Kaki kanan di tarik ke belakang selangkah, kaki kiri ditendang sedikit ke depan.

Pusing bahu, pinggang ke arah kawasan pendaratan dan tolak peluru ke depan.

Buat pemulihan untuk imbangkan badan.

Aktiviti Ansur Maju Gaya Berpusing ( Spin )

1. Masuk ke dalam dari kawasan melontar

2. Peluru di letak di bawah dagu

3. Kaki kiri letak di hadapan kaki kanan di belakang.

4. Bongkokkan badan

5. Siku di luar badan, tangan adalah 45 darjah berada dari badan

6. Berpusing dengan melangkah kaki ke belakang kiri serta kaki kanan ke kawasan pendaratan

7. Tolakkan peluru bila kedudukkan muka menghala ke kawasan pendaratan.

8. Buat pemulihan.

C- Kesalahan / Kesilapan Dalam Menguasai Kemahiran Yang Biasa

Berlaku Dan Teknik Memperbaiki Kesalahan.a. Peserta tidak memulakan lontarannya di dalam bulatan.b. Peluru tidak dilontar melalui atas bahu dengan

Menggunakan sebelah tangan sahaja.c. Peserta tidak dibenarkan menyentuh bahagian dalam

lengkungan besi atau papan penahan.d. Peserta tidak boleh menghentikan percubaan melontar yang telah dimulakannya dengan meletakkan peluru di dalam bulatan, berdiri tegak semula dan memulakan percubaan yang baru.Gangguan seperti ini dibenarkan sekali sahaja dalam setiap pusingan.

e. Peluru yang dilontar mestilah mendarat dalam kawasan

garis sektor.f. Selepas peluru mendarat peserta tidak keluar dari bulatan melalui bahagian belakang bulatan.

Lakuan Lakuan Yang Membatalkan Lontaran Peluru.

Rajah 10 : Lakuan-lakuan yang membatalkan lontaran.

D - Rekod Rekod Pencapaian Sukan Sea.

Negara telah mempunyai wakil yang cemerlang bagi acara lontar peluru di Sukan Sea tahun hadapan. Beliau yang dimaksudkan adalah Adi Alifuddin Husin.Sepanjang tahun lalu sahaja Adi telah membawa kejayaan dengan memecahkan rekod berusia 20 tahun di Kejohanan Remaja Kebangsaan dengan lontaran sejauh 15.50 meter untuk memadam catatan bekas jaguh Negara iaitu Arjan Singh dengan lontaran sejauh 14.36m.Sekalipun berjaya mencipta rekod di kejohanan itu, Adi perlu berusaha lebih gigih memandangkan berat peluru yang berbeza.Di kejohanan remaja, Adi melontar peluru seberat 6 kilogram, manakala peringkat kebangsaan dia perlu menggunakan peluru seberat 7kg.Beliau juga telah meraih pingat emas dalam Sukan Malaysia (Sukma) di Negeri Sembilan 2004.

ADI ALIFUDDIN B. HUSIN

Tarikh Lahir : 4 September 1988

Asal : Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Adik Beradik : anak ke dua daripada tiga beradik.

Pendidikan : SPM

Pencapaian Terbaik 2005 : Emas - kejohanan olahraga

Sekolah-Sekolah Asean

Emas MSSM

Emas Kejohanan Remaja

Kebangsaan

2004 : Emas Sukma Negeri Sembilan

E - Lampiran Isu Semasa Yang Berkaitan:

Eric R (Randy) Barnes adalah pemegang rekod dunia bagi acara lontar peluru yang dilakukan pada 20 Mei 1990 dengan catatan 23.13 meter dan memadam rekod milik Ulf Timmermann.

Bagaimanapun Barne digantung daripada menyertai sebarang pertandingan dalam tempoh 27 tahun kerana diuji positif menggunakan steroid anabolic methytesosterone di Malmo Sweden pada 7 Ogos tahun yang sama iaitu 1990. F - RUMUSAN :

Acara Lontar Peluru memerlukan kekuatan dan kemahiran untuk melontar dari kawasan bulatan kecil. Kemahiran menggunakan teknik melontar peluru boleh menentukan jarak lontaran selain daripada komponen kekuatan dan ketangkasan. Gaya gaya lontaran peluru adalah gaya berdiri, gaya melungsur selangkah dan gaya Perry O Brien. Jika keseluruhan fasa-fasa dalam melakukan lontaran dapat dilakukan dengn licin dan berkesan,maka jarak lontaran yang baik boleh dicapai oleh seseorang.G Senarai RujukanAbdul Wafi , ( 1996 ) . Siri Teras Sukan.Olahraga Acara Padang.Good Mark Enterprise.

Halen Tan , ( 1996 ) .Manual Olahraga.Junjuara Publictions Sdn Bhd.

Joseph L.Rogers , (2000 ).Usa Track & Field Coaching Manual.Project Coordinator.

Teng Boon Tong , (1989 ).Panduan Pengajaran Olahraga.Penerbitan Longman Malaysia Sdn Bhd.

Vasudevan T. Arasoo , ( 1993 ).Olahraga Acara Padang. Fajar Bakti Sdn Bhd.

Haryati Ngah, ( 23 Februari 2006 ) Remaja Dan Olahraga. Berita Harian

PAGE 3