lontar peluru

Upload: ainyenryzam

Post on 03-Mar-2016

230 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

acara padang

TRANSCRIPT

LONTAR PELURU

Lontar peluru merupakan salah satu acara padang dalam kejohanan olahraga. Peluru diperbuat daripada besi padu atau tembaga. Berat peluru adalah berbeza mengikut kategori, untuk murid sekolah rendah, peluru yang digunakan adalah seberat 2.72kg. Terdapat pelbagai teknik lontaran iaitu gaya bersilang langkah, gaya berdiri, gaya langkahan ke belakang dan gaya Parry OBrien.

Peraturan Asas Lontar Peluru Lontaran dibuat dalam bulatan bergaris pusat 2.13m.

Pelontar masuk dan keluar dari bahagian belakang bulatan.

Peluru mesti mendarat dalam sector 40.

Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak bahagian atas kayu penghadang berukuran 10cm tinggi itu semasa dan selepas peluru dilepaskan.

Pelontar boleh keluar dari bahagin belakang bulatan lontaran selepas peluru mendarat.

Kemahiran Asas Lontar Peluru1) Pegangan Pegang peluru menggunakan tiga jari ditengah-tengah.

Ibu jari dan jari kelengkeng disisi peluru.2) Persedian Rapatkan peluru pada leher dan bahagian bawah dagu.

Fasa Pergerakan Melontar Peluru

Fasa-fasa atau peringkat pergerakan melontar peluru biasanya terdiri daripada yang berikut :

a) Pegangan peluru

b) Lakuan sedia

c) Lungsuran

d) Kilasan badan

e) Lontaran

f) Pulihan

Pegangan peluru

Teknik asas memegang peluru secara umumnya dibahgikan kepada dua :

i. Teknik memegang peluru dengan tiga jari

ii. Teknik memegang peluru dengan lima jari

TEKNIK MELONTAR PELURU

Teknik atau gaya melontar peluru yang biasa diamalkan ialah

a) Gaya berdiri dan melontar (tanpa lungsuran)

b) Gaya melungsur selangkah

c) Gaya Parry OBrien

Gaya berdiri dan melontar (tanpa lungsuran)

Lakuan sedia

Peserta berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghala ke arah lontaran. Setelah menempatkan peluru di bahagian yang sesuai (lebih kurang di bawah telinga), peserta hendaklah merendahkan badan dengan membengkokkan kaki kanannya yang terletak hampir dengan garis pusat bulatan. Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakang.Kilasan badan

Pergerakan mengilas badan dimulakan dengan bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan. Ini diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan ke atas. Serentak dengan kesemua pergerakan ini tangan harus mula menolak peluru.

Lontaran

Tolakan peluru diteruskan dengan kaki belakang (kaki kanan) diluruskan sambil menekan ke atas tanah sehingga badan menjadii terangkat. Peluru pun dilontar keluar dari tangan menuju ke hadapan dan ke atas. Tangan pelontar mengakhiri pergerakan ini dalam keadaan lurus. Mata pelontar pula mengikuti pergerakan peluru sehingga peluru itu mendarat.

Pulihan

Dalam gaya berdiri ini pelontar tidak melakukan lungsuran dan pergerakan badan pula tidak begitu kuat. Oleh itu fasa pulihan tidak ditegaskan dalam gaya ini.

Gaya melungsur selangkah

Lakuan sedia

Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan lontaran. Selepas menempatkan peluru di tempat yang sepatutnya, bongkokkan badan dengan membengkokkan kaki kanan. Kaki kiri dibiarkan dalam keadaan selesa 9bengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan dengan hujung kaki). Tangan bebas berperanan untuk mengimbangkan kedudukan badan dan diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit.

Lungsuran

Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan. Lungsuran ini dilakukan secara pantas dan licin. Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas kaki kanan, manakala bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok (jangan tegakkan badan semasa melungsur). Kaki kiri pelontar pula diletakkan di hadapan bulatan.Kilasan badan

Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat, pinggul kanan dipusingkan ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan. Bahu dan tangan kanan (yang memegang peluru) masih menghala ke belakang.

Lontaran

Apabila kilasan badan itu selesai (badan menghadap ke arah lontaran), kaki yang melunsur (kaki kanan yang di belakang) menolak dengan kuat sehingga badan menjadi terangkat dan melentik

Lontar Peluru Gaya Parry OBrienAda 4 Fasa :-

1) Fasa persediaan Bengkokkan badan.

Bengkokkan kaki kanan.

Kaki kiri diangkat dan dibengkokkan.

2) Fasa Gelongsoran Tendang kaki kiri cepat ke belakang kearah lontaran, serentak gelongsorkan kaki ke kanan ketengah bulatan.

Letakkan kaki kiri dekat kayu penghadang dengan tidak mengubah bahagian atas badan.

Luruskan dengan cepat serta badan diangkat dan diputarkan sedikit.

Kaki kanan mengerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan.

Bahu menghadap arah lontaran..

3) Fasa Lontaran Siku kanan diangkat tinggi.

Kaki kiri masih menyentuh bulatan.

Peluru dilepaskan.

4) Fasa Pemulihan Lompat dan mendarat dengan kaki kanan.

Pindah berat badan daripada kaki kiri ke kaki kanan.

Lontar Peluru Gaya Lontaran Sisi Berrdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengah bulatan lantaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kemudian kaki kiri diangkat.

Letakkan kaki kiri pada tanah dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan.

Luruskan kaki kiri dan bersedialah untuk membuat lontaran.

Pusingkan tapak kaki kanan dan angkatkan tumit dan tolakkan peluru keluar.

Lontar Peluru Gaya Membelangkangi Kawasan LontaranTeknik ini merupakan p-eringkat yang lebih maju. Walaupun atlit yang baru terlibat dalam acara ini tidak digalakkan menggunakan teknik ini, namun ia menjadi suatu kelebihan jika dapat dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

Mulakan dengan membelangkangi arah membuat lontaran. Bongkokkan badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di belakang.

Angkat kaki kiri sedikit.

Turunkann kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan lontaran.

Pusingkan bahu dan pinggang kea rah lontaran. Tolak peluru keluar sekuat mungkin

Pelan Gelanggang lontar peluru