literasi bahasa tajuk 14

12
WAJ 3104 LITERASI BAHASA MELAYU MEMBUAT RAKAMAN BUNYI- BUNYIAN DENGAN MENGGUNAKAN ALAT PERAKAM DIGITAL Ahli Kumpulan: ANIS BT MOHAMMAD SOFIAN NOR AMIRAH BT MUSTAFFA NORASYIKIN BT MAT JUSOH NUR HAMIZAH BT GHAZALI SITI NOR AIZAH BINTI

Upload: sy-primizah

Post on 08-Jul-2015

1.049 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

maklumat tambahan untuk literasi bahasa

TRANSCRIPT

Page 1: literasi bahasa tajuk 14

WAJ 3104LITERASI BAHASA MELAYU

MEMBUAT RAKAMAN BUNYI-BUNYIAN DENGAN MENGGUNAKAN

ALAT PERAKAM DIGITALAhli Kumpulan:

ANIS BT MOHAMMAD SOFIANNOR AMIRAH BT MUSTAFFANORASYIKIN BT MAT JUSOHNUR HAMIZAH BT GHAZALI

SITI NOR AIZAH BINTI

Page 2: literasi bahasa tajuk 14

ALAT PERAKAM DIGITAL

Page 3: literasi bahasa tajuk 14

JENIS ALAT PERAKAM DIGITAL• Mikrofon

• Jenis mikrofon

• Mikrofon berbeza berdasarkan ciri-ciri directionality. Ciri-ciri ini akan menentukan kepekaan sesuatu mikrofon untuk mengesan bunyi atau pickup pattern. Terdapat dua jenis mikrofon yang digunakan dalam pendidikan berdasarkan ciri-ciri ini.

• 1. Mikrofon unidirectionality atau cardiod

• 2. Mikrofon omnidirectional

• Jenis-jenis mikrofon juga boleh dikelas berdasarkan sensitiviti dan kualiti penerimaan gelombang.

Page 4: literasi bahasa tajuk 14

Perakam Audio

• Perakam audio yang mudah ialah pemain kaset.

• Cara yang mudah untuk mengenali pemain kaset yang boleh membuat rakaman adalah dengan adanya butang rakaman atau record (biasanya butang ini bewarna merah).

• Biasanya alat ini mempunyai mikrofon yang terdapat di sebelah di dalamnya.

• Minicompo juga boleh digunakan sebagai perakam audio sekiranya terdapat butang rakaman.

Page 5: literasi bahasa tajuk 14

• Kaset boleh digunakan untuk menyimpan rakaman bunyi dalam tempoh yang lama.

• Kaset boleh membantu guru untuk mengajar murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, kerana guru dapat mengatur dan mengubah kedudukan bunyi-bunyi untuk diajar di dalam kelas.

• Kita boleh merekod dan memadam rakaman bunyi yang kita hendaki.

Page 6: literasi bahasa tajuk 14

Kamera Digital

• Kamera digital boleh digunakan untuk merakam audio dan gambar.

• Dengan menggunakan kamera digital, dapat membantu guru untuk merekod bunyi-bunyi berserta gambar untuk dijadikan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

• Selain itu, dengan menggunakan kamera digital, bunyi-bunyi dapat direkod dalam jumlah yang besar kerana kamera digital mempunyai memory card.

Page 7: literasi bahasa tajuk 14

• Semakin besar memory card di dalam kamera digital tersebut, semakin banyak bunyi-bunyi yang dapat direkod.

• Namun begitu, mikrofon di dalam kamera digital mempengaruhi kejelasan suara atau bunyi-bunyi yang direkod.

• Hal ini adalah kerana tidak semua kamera digital boleh merekod bunyi-bunyi.

• Perkara yang perlu dititikberatkan ketika merakam bunyi-bunyi dengan menggunakan kamera digital ialah kita perlu perhatikan laras bunyi kamera diaktifkan. (lihat sama ada gambar mikrofon terpapar pada skrin kamera)

Page 8: literasi bahasa tajuk 14

Telefon bimbit

• Telefon bimbit merupakan salah satu alat yang digunakan untuk berkomunikasi.

• Telefon bimbit boleh juga digunakan sebagai alat untuk merakam bunyi-bunyi kerana telefon bimbit mempunyai alat perakam suara (recorder).

• Telefon bimbit ini mudah dan senang untuk digunakan kerana telefon bimbit merupakan salah satu alat mudah alih yang boleh dibawa ke mana-mana.

Page 9: literasi bahasa tajuk 14

• Disebabkan saiz dan berat telefon bimbit yang minima, telefon bimbit dipilih sebagai satu alat yang mudah untuk merekod bunyi-bunyi.

• Selain itu, telefon bimbit juga boleh digunakan untuk merekod sesuatu peristiwa yang berlaku secara spontan seperti bunyi-bunyi haiwan, dan kenderaan.

• Hal ini adalah kerana telefon bimbit merupakan salah satu alat mudah alih dan merupakan alat keperluan masa kini.

Page 10: literasi bahasa tajuk 14

Komputer riba

• Komputer riba ialah salah satu alat teknologi yang menjadi keperluan masyarakat kini terutamanya pelajar.

• Selain digunakan untuk membuat lembaran kerja atau menyelesaikan tugasan, komputer riba juga boleh digunakan untuk merekod dan merakam bunyi-bunyi.

Page 11: literasi bahasa tajuk 14

• Komputer riba dapat digunakan untuk merakam dan merekod bunyi-bunyi kerana komputer riba dilengkapi dengan mikrofon yang diletakkan bersebelahan dengan kamera di atas skrin komputer riba.

• Untuk merakam bunyi-bunyi dengan lebih kuat, headphone perlu digunakan. Namun begitu, tidak semua komputer riba memerlukan headphone sebagai alat bantuan semasa merekod bunyi.

Page 12: literasi bahasa tajuk 14

• Hal ini adalah kerana komputer riba tersebut mempunyai laras suara yang kuat.