tajuk 14: pembinaan negara-bangsa - upm … 14.pdf · tajuk 14: pembinaan negara-bangsa konsep...

37
TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa perpaduan: PATRIOTISME

Upload: phamkien

Post on 02-Apr-2018

278 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

TAJUK 14: PEMBINAAN

NEGARA-BANGSA

Konsep negara-bangsaRukun NegaraMasyarakat majmukIntegrasi nasionalIsu dan cabaran semasa perpaduan: PATRIOTISME

Page 2: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

KONSEP NEGARA BANGSA (nation building)

• “Negara” + “Bangsa”• Negara:

– Unit Politik yang mempunyai kedaulatan dan tanggungjawab dankuasa menjalankan pentadbiran sendiri.

– Negara berfungsi sebagai perantaraan antara pemerintah dengan masyarakat.

• Bangsa– 3 takrifan utama:

1. Dari perspektif perundangan = status kewarganegaraan menurutPerlembagaan

2. Dari perspektif keturunan = berdasarkan ciri fizikal (biologi) danbudaya (ras, kaum & etnik)

3. Dari perspektif politik = komuniti politik dalam wilayah tertentu; identiti sepunya pembentukan negara berdasarkan sejarah

Page 3: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

KONSEP NEGARA BANGSA• Diasaskan atas bangsa yang disusun dalam satu organisasi

negara (Perjanjian Versailles 1919)• Sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup

bersatu padu tanpa dipisahkan oleh ikatan primordial yang sempit

• Rakyat mempunyai keyakinan serta kepercayaan yang tinggi kepada sistem pemerintahan dan undang-undang yang dilaksanakan di negara tersebut

• Rakyat menerima nila-nilai kebangsaan/universal yang samauntuk dikongsi bersama dan ini mengikat semua dalam satubangsa yang bersatu.

• Nilai-nilai kebangsaan terdiri daripada pelbagai bentuk sepertibendera kebangsaan, lagu kebangsaan, ideologi atau dasar-dasar negara tertentu yang bertujuan menyatukan rakyatseperti dasar pendidikan atau dasar kebudayaan kebangsaan

Page 4: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

KONSEP NEGARA BANGSA• Proses pembinaan negara bangsa – satu proses yang

panjang• Melibatkan proses pemupukan nilai seperti; setia pada

negara, keharmonian dan tolak ansur• Di Malaysia – konsep “bangsa Malaysia” oleh Tun Mahathir

– tidak menghapuskan identiti kaum tetapi kesepaduandalam kepelbagaian

• Negara bangsa mengikut Tun Mahathir - “dibina dandibangunkan dengan rakyat yang menyanjung masa depanyang dikongsi bersama, berintegrasi seluruh wilayah dankelompoknya, menikmati kehidupan bersama berasaskanpersamaan hak & keadilan, menumpukan taat setia danpengabdian tidak berbelah-bahagi terhadap bangsa & negara mereka.”

Page 5: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

FAKTOR PEMBINAAN NEGARA BANGSA

• Lingua Franca

• Integrasi

• Kewarganegaraan

• Patriotisme

• Demokrasi

Page 6: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

PEMBINAAN NEGARA BANGSA: KONTEKS DI MALAYSIA

• “Perpaduan dalam kepelbagaian”

• Usaha/proses ke arah pembinaan negara bangsa:Perlembagaan Persekutuan

• Hasil tolak ansur antara kaum– Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

– Islam agama Persekutuan

– Kebebasan beragama

Rukun Negara = ideologi negara• Falsafah menghormati dan meraikan kepelbagaian

Wawasan 2020• Matlamat mewujudkan “Bangsa Malaysia”

• Sistem pendidikan kebangsaan

Page 7: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

PEMBINAAN NEGARA BANGSA: KONTEKS DI MALAYSIA

Peranan/Faktor yang membawa kepada

pembinaan negara bangsa:

Pemimpin politik

Sistem perkongsian kuasa dalam kerajaan

Bahasa kebangsaan

Sistem pendidikan kebangsaan

Page 8: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

FOKUS DAN STRATEGI UNTUK PEMBINAAN NEGARA BANGSA

• Memperkasakan Bahasa Kebangsaan

• Memantapkan perpaduan negara danintegrasi nasional

• Memupuk kecintaan terhadap seni, warisandan budaya bangsa

• Membina jati diri dan semangat patriotikdalam diri individu

Page 9: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

RUKUN NEGARA

• Latar belakang pembentukan Rukun Negara

• Objektif

• Prinsip

Page 10: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA

Tarikh Peristiwa

13 Mei 1969 Rusuhan Kaum

16 Mei 1969 Darurat diisytiharkan (Ordinan No.2 Kuasa-kuasa Perlu) olehYang Di Pertuan Agong (atas nasihat PM):

- perintah berkurung- larangan berkumpul- kawalan keselamatanSistem dan fungsi Parlimen digantungPilihanraya umum 1969 ditangguhkan

17 Mei 1969 Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkanPengarah - Tun Abdul Razak mengembalikan keamanan menegakkan semula kepatuhan pada undang-undang memupuk suasana harmoni dan percaya mempercayai

(sukar dilaksanakan)

Page 11: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA

Tarikh Peristiwa

Ogos –Disember 1969

Majlis Muhibbah Negara dan Jabatan Perpaduan ditubuhkan- mengendalikan usaha dan aktiviti bercorak muhibbah

antara kaum- ditukar menjadi Kem. Perpaduan Negara (Kem.

Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat)

29 Januari 1970 MAGERAN menubuhkan Majlis Perundingan Negara(MPN) di bawah undang-undang Darurat- penasihat MAGERAN- membincang dan meneliti isu-isu perpaduan dan mencari

jalan penyelesaian masalah berbilang kaum- membentuk rukunegara

31 Ogos 1970 Rukunegara diisytiharkan oleh YDA

Page 12: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

RUKUN NEGARA

• Ideologi kebangsaan

• Susunan prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek kehidupan bernegara seperti keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik dan perundangan

Page 13: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

OBJEKTIF RUKUN NEGARA

1. Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat;

2. Memelihara hidup yang demokratik;

3. Mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

4. Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak;

5. Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden

Page 14: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

PRINSIP-PRINSIP RUKUNEGARA

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN • Kepentingan individu mempunyai

nilai dan kepercayaan agama• Teras dan asas keperibadian

individu, bangsa dan negara• Benteng diri dari melakukan

perkara-perkara negatif (perbuatan-perbuatan anti sosial)

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARARAKYAT PERLU

• Menghormati:– harta awam– simbol-simbol kedaulatan negara

• mematuhi undang-undang• produktif• meningkatkan nama baik negara

(aktiviti sosial, ekonomi dan politik)• sanggup sumbang masa dan tenaga

untuk pembangunan masyarakat dan negara

• setia, sanggup dan berani mempertahankan negara

• bersifat altruistik

Page 15: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

PRINSIP-PRINSIP RUKUNEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

• Kedudukan: – raja berperlembagaan– kaum bumiputera dan bukan

bumiputera dalam pembangunan sosioekonomi

• Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sementara perkembangan bahasa lain tidak dihalang

• Agama Islam sebagai agama rasmi tetapi kebebasan beragama dijamin

• Hak asasi rakyat dijamin• Soal kerakyatan dan soal sistem

pemerintahan

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

• Perlembagaan Malaysia• Undang-undang penting untuk

mewujudkan masyarakat yang aman, stabil dan makmur

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Membentuk warganegara:• bersopan (beradab, ikut peraturan,

tertib dan bermaruah)• bersusila (berakhlak dan berhemah

mulia)• Individu beradab dan berakhlak

mulia

Page 16: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

MASYARAKAT MAJMUKCiri utama masyarakat majmuk oleh J. S. Furnival (1956) :

(Berdasarkan gambaran keadaan di Malaysia sehingga1960an)

• Pelbagai kaum dan keturunan– Melayu, Cina, India, Arab, Eropah, Siam dan penduduk asli

(bumiputera)• Mereka bercampur tetapi tidak bersatu• Berdekatan tetapi terpisah dalam sistem politik

– Bertemu ketika membeli belah, kemudian pulang kekelompok masing-masing

• Berpegang kepada kebudayaan, cara hidup, agama, bahasa, idea, kepercayaan dan kaedah tersendiri

• Terdapat pembahagian tenaga buruh yang berdasarkanperkauman

Page 17: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

Masyarakat Majmuk Di Malaysia: Latar belakang

• Di peringkat awal sebelum penjajahan – migrasi kecilan melaluiaktiviti seperti perdagangan dan misi keagamaan

• Sehingga awal abad ke 19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayuadalah Melayu.

• Pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum Cina danIndia secara beramai-ramai ekoran dasar terbuka Inggeris untukkepentingan ekonomi – membentuk masyarakat majmuk –

• Dasar pecah dan perintah Inggeris– kumpulan etnik - dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan,

pekerjaan dan pendidikan.

– Kesan - perasaan perkauman yang tinggi – tragedi 13 Mei

• Selepas 13 Mei – kerajaan melaksanakan pelbagai dasar yang bermatlamatkan untuk perpaduan kaum – KESEPADUAN SOSIAL

Page 18: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

PROSES DAN TAHAP UNTUK MENCAPAI PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

• Terdapat beberapa tahap dan proses yang mungkin dilalui oleh negara yang mempunyaipelbagai kaum ke arah mencapai perpaduan danintegrasi nasional seperti:Akomodasi

Proses asimilasi kecil Asimilasi budaya /Akulturasi

Asimilasi strutur

Asimilasi

Amalgamasi

Page 19: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

PERPADUAN

• “Satu proses yang menyatupadukan seluruh anggota masyarakatdan negara melalui ideologi negara supaya setiap anggotamasyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersamaserta perasaan cinta dan bangga akan tanah air”

• Penyatuan dalam semua aspek: fizikal, ekonomi, politik dansosial

• Perpaduan penting bagi sesebuah negara yang mempunyaikepelbagaian– Ras etnik, bahasa, agama, kebudayaan dan pegangan

• Keutuhan negara bergantung kepada keharmonian sosial– Wujud kestabilan politik– Tingkatkan pertumbuhan ekonomi

Page 20: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

INTEGRASI• “Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional

di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah darisegi kebudayaan, sosial, ekonomi dan petempatandalam sesebuah unit politik”

• Identiti nasional = hubungan kaum lebih erat; wujudperasaan hidup bersama

• Integrasi juga = proses penyatuan semua aspekfizikal, ekonomi, politik, sosial termasuklah biologikal(kahwin campur)– Memadai terdapat beberapa wakil sanggup hidup

bersama– Penerimaan oleh masyarakat = wujud integrasi

• Integrasi lebih kepada ikatan batin iaitu ikatanperasaan, hati dan pemikiran

Page 21: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

AKOMODASI

• Proses awal

• Kumpulan etnik menyedari perbezaan normadan nilai antara etnik, tetapi masihmempertahankan nilai dan budaya masing-masing

• Hidup secara harmoni

• Di Malaysia – ini proses yang dilalui semasazaman penjajahan Inggeris

Page 22: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

ASIMILASI BUDAYA / AKULTURASI• Satu proses di mana kumpulan minoriti mempelajari budaya

kumpulan majoriti– budaya sahaja; tidak pada keseluruhan aspek– pelajari cuma ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni lukis,

moral dan akhlak, bahasa, undang-undang, adat resamdan lain2 kemahiran

– Masih berpegang kpd ajaran agama asal; identiti asal tidakhilang

• Kaum Cina dan India banyak mengamalkan budaya tempatan– berbaju kurung, guna dialek bahasa Melayu, makan dgn

tangan, duduk bersila, pelajari tarian dll.– membezakan kaum Cina Malaysia dan India Malaysia

dengan kaum Cina dari China dan kaum India dari India– mereka telah mengalami asimilasi budaya atau akulturasi– masih boleh dilabelkan sebagai kaum Cina atau India

kerana identiti asal belum terhakis

Page 23: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

ASIMILASI STRUKTUR

• Proses kumpulan minoriti berjaya menyertai institusiutama kumpulan majoriti– Pendidikan, petempatan, ekonomi, politik dan sosial

• Kumpulan minoriti tidak hilang ciri dan identiti asalcuma mengalami sedikit perubahan– DEB – kumpulan etnik disatukan dengan

penyusunan semula masyarakat; wujud kerjasamadan hubungan erat dlm pelbagai bidang

– Politik – kewujudan parti Perikatan, kemudiannyaBarisan Nasional memudahkan proses ini berlaku

• Boleh berlaku secara sedar atau tidak kerana iamelibatkan dimensi sosialisasi dalam masyarakat

Page 24: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

ASIMILASI• Satu proses percampuran kumpulan2 minoriti ke dalam

kumpulan etnik yang lebih besar– proses integrasi 1 hala

• Kumpulan minoriti akan hilang pegangan asal, agama, budaya, bahasa– Pelajari, sertai dan amal cara hidup majoriti– Akhir proses: 1 kelompok yang sama & seragam

• Satu proses yang sukar dicapai dalam masyarakat Malaysia –banyak jurang perbezaan– Tidak mudah kump. minoriti tinggalkan budaya, bahasa,

agama dan pegangan mereka– Terpaksa amalkan cara hidup majoriti

• Cth: masyarakat Cina di Indonesia

Page 25: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

AMALGAMASI

• Proses percantuman menyeluruh dalam aspekkehidupan & merupakan dimensi yang tertinggi dalamintegrasi

• Kepelbagaian kumpulan etnik bercampur dan berpadu= satu budaya baru– Kepelbagaian etnik > amalgamasi > kelompok baru– Tercapai melalui perkahwinan campur secara besar-

besaran– Etnik Melayu + Etnik Cina = budaya baru

• Sukar dicapai di Malaysia

Page 26: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

PLURALISME• Konsep mempertahankan kepelbagaian kumpulan etnik• Dibahagi kepada:

1. Pluralisme Kebudayaan• Pengekalan ciri-ciri kebudayaan dan identiti pelbagai

kelompok• Tidak perlu ubah, amal dan sertai cara hidup kumpulan lain• Mudah diterima; tidak jejaskan kepentingan• Dilihat sebagai kekuatan

2. Pluralisme Ubahsuaian• Kumpulan etnik terpengaruh oleh budaya orang lain =

sedikit perubahan• Kekal kepelbagaian etnik tetapi menerima sedikit unsur-

unsur kumpulan lain hasil dari pergaulan, interaksi sosialdan perhubungan

• Penerimaan ini dikatakan sebagai mengalami ubahsuaian

Page 27: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

LANGKAH KERAJAAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN

POLITIK- Politik permuafakatan – perkongsian kuasa dalam kerajaanSOSIAL- Rukunegara- Dasar Pelajaran Kebangsaan- Dasar Kebudayaan Kebangsaan- 1MalaysiaEKONOMI• Dasar-dasar pembangunan – matlamat utama : perpaduan

kaum– Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dll

Page 28: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

Isu dan Cabaran Perpaduan diMalaysia

• Pengalaman Malaysia

– Konsep Malaysia Malaysian oleh Lee Kuan Yew semasa konflik Malaysia-Singapura (1965)

– Tragedi 13 Mei 1969

– Isu-isu pendidikan

– Isu bahasa kebangsaan

• Patriotisme – penting dalam mempertahankan“perpaduan dalam kepelbagaian”

Page 29: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

PATRIOTISME

• Patriotisme didefinisikan sebagai perasaan banggadan cinta kepada negara serta kesediaan untukberkorban apa saja demi kepentingan negara

• 'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') mungkin suatubandar atau rantau, namun dlm konteks inibermaksud bangsa dan/atau negara

• Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti:

– bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendakmemelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, danidentifikasi dengan ahli-ahli lain dalam rumpun bangsa

Page 30: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

PATRIOTISME

• Patriotisme adalah suatu sentimen nasional yang menekankankepada aspek kesetiaan dan kecintaan yang mendalamkepada negara.

• Kemerdekaan yang dicapai sesebuah negara adalah berbezaantara satu sama lain dan biasanya ia bukanlah sesuatu yang mudah.

• Justeru, kecintaan yang mendalam kepada negara adalah asasutama untuk memastikan negara terus bebas dan merdekadari sebarang bentuk penjajahan.

Page 31: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

Patriotisme merosot?

• Kehidupan semakin mewah dan mudah– gaya hidup masyarakat berubah

• Kekurangan pengetahuan sejarah

• Pengaruh budaya global – luntur budaya ketimuran

– pengaruh budaya asing hasil globalisasi

• Nilai-nilai kebersamaan berkurangan– kurang bercampur gaul, persepsi mind your own

business

Page 32: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

Isu Patriotisme di Malaysia

• Pengetahuan sejarah negara yang merupakan asas kepadapembentukan peradaban bangsa semakin dilupakan.

• Pengetahuan dan literasi sejarah umumnya dianggap satu asetintelektual yang tidak mendatangkan keuntungan atau bernilaiperdagangan.

• Oleh itu ia tidak dipentingkan dan dianggap sekadar satupengetahuan am.

• Patriotisme tidak sekadar kepada penyertaan fizikal atauluaranseperti :– beruniform kemas serta aksi berkawat yang tersusun rapi dengan

gaya segak dan wajah yang serius.

– mengibar bendera semasa menyambut ulang tahun Kemerdekaan.

Page 33: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

Isu Patriotisme di Malaysia

• Peristiwa atau contoh sikap tidak cintakan negara:

– perbuatan memperlekehkan bendera dan laguNegaraku (Namawee)

– sekelompok anak muda mengibarkan bendera'Sang Saka Malaya dan ‘insiden memijak danmenconteng gambar Perdana Menteri sertamelondehkan seluar di Dataran Merdeka, Kuala pada sambutan Merdeka Ogos 2012

Page 34: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

Bagaimana memupuk patriotisme?

• Pendidikan patriotisme – melalui pendidikanformal dan tidak formal

• Kerjasama semua pihak seperti ibu bapa, keluarga, institusi pengajian dan media massa

• Penambahan nilai secara konsisten melalui program kerajaan

Page 35: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

LANGKAH KERAJAAN DALAM MEMPERTINGKATKAN PATRIOTISME

• Program seperti BTN dan PLKN

• Pendaulatan bahasa Melayu

• Perpaduan dalam Dasar Pendidikan – sistemsekolah kebangsaan

– Terbaru – Perpaduan Melalui Sekolah Satu Aliran

Page 36: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa

LANGKAH KERAJAAN DALAM MEMPERTINGKATKAN PATRIOTISME

PERPADUAN MELALUI SEKOLAH SATU ALIRAN• Sekolah Satu Aliran : Sekolah Kebangsaan yang menggunakan BM

sbg medium pengantar sepenuhnya. Bahasa Inggeris, Cina & Tamil diajar sbg subjek wajib kpd semua pelajar

• Mengembangkan konsep Sekolah Wawasan yang pernahdiperkenalkan oleh kerajaan

• Demi perpaduan, semua kelompok masyarakat dihimpunkan dibawah satu bumbung.

• Berbeza dengan Sekolah Wawasan yang menempatkan 3 buahsekolah berbeza dalam satu kawasan

• Sebagai idea pengukuh polisi Memartabatkan Bahasa Malaysia danMemperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) membantumasyarakat memahami erti perpaduan yang dibawa oleh konsep 1 Malaysia.

• Pemusatan agenda pendidikan dalam satu aliran yang sama dilihatmampu menyelesaikan kemelut sensitiviti kaum di Malaysia.

Page 37: TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA - UPM … 14.pdf · TAJUK 14: PEMBINAAN NEGARA-BANGSA Konsep negara-bangsa Rukun Negara Masyarakat majmuk Integrasi nasional Isu dan cabaran semasa