present literasi 14

Download present literasi 14

Post on 01-Jul-2015

510 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

WAJ 3104 LITERASI BAHASA MELAYUMEMBUAT RAKAMAN BUNYIBUNYIAN DENGAN MENGGUNAKAN ALAT PERAKAM DIGITALAhli Kumpulan: ANIS BT MOHAMMAD SOFIAN NOR AMIRAH BT MUSTAFFA NORASYIKIN BT MAT JUSOH NUR HAMIZAH BT GHAZALI SITI NOR AIZAH BINTI

ALAT PERAKAM DIGITAL

JENIS ALAT PERAKAM DIGITAL Mikrofon Jenis mikrofon Mikrofon berbeza berdasarkan ciri-ciri directionality. Ciri-ciri ini akan menentukan kepekaan sesuatu mikrofon untuk mengesan bunyi atau pickup pattern. Terdapat dua jenis mikrofon yang digunakan dalam pendidikan berdasarkan ciri-ciri ini. 1. Mikrofon unidirectionality atau cardiod 2. Mikrofon omnidirectional Jenis-jenis mikrofon juga boleh dikelas berdasarkan sensitiviti dan kualiti penerimaan gelombang.

Perakam Audio Perakam audio yang mudah ialah pemain kaset. Cara yang mudah untuk mengenali pemain kaset yang boleh membuat rakaman adalah dengan adanya butang rakaman atau record (biasanya butang ini bewarna merah). Biasanya alat ini mempunyai mikrofon yang terdapat di sebelah di dalamnya. Minicompo juga boleh digunakan sebagai perakam audio sekiranya terdapat butang rakaman.

Kaset boleh digunakan untuk menyimpan rakaman bunyi dalam tempoh yang lama. Kaset boleh membantu guru untuk mengajar murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, kerana guru dapat mengatur dan mengubah kedudukan bunyi-bunyi untuk diajar di dalam kelas. Kita boleh merekod dan memadam rakaman bunyi yang kita hendaki.

Kamera Digital Kamera digital boleh digunakan untuk merakam audio dan gambar. Dengan menggunakan kamera digital, dapat membantu guru untuk merekod bunyi-bunyi berserta gambar untuk dijadikan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, dengan menggunakan kamera digital, bunyi-bunyi dapat direkod dalam jumlah yang besar kerana kamera digital mempunyai memory card.

Semakin besar memory card di dalam kamera digital tersebut, semakin banyak bunyi-bunyi yang dapat direkod. Namun begitu, mikrofon di dalam kamera digital mempengaruhi kejelasan suara atau bunyi-bunyi yang direkod. Hal ini adalah kerana tidak semua kamera digital boleh merekod bunyi-bunyi. Perkara yang perlu dititikberatkan ketika merakam bunyi-bunyi dengan menggunakan kamera digital ialah kita perlu perhatikan laras bunyi kamera diaktifkan. (lihat sama ada gambar mikrofon terpapar pada skrin kamera)

Telefon bimbit Telefon bimbit merupakan salah satu alat yang digunakan untuk berkomunikasi. Telefon bimbit boleh juga digunakan sebagai alat untuk merakam bunyi-bunyi kerana telefon bimbit mempunyai alat perakam suara (recorder). Telefon bimbit ini mudah dan senang untuk digunakan kerana telefon bimbit merupakan salah satu alat mudah alih yang boleh dibawa ke mana-mana.

Disebabkan saiz dan berat telefon bimbit yang minima, telefon bimbit dipilih sebagai satu alat yang mudah untuk merekod bunyi-bunyi. Selain itu, telefon bimbit juga boleh digunakan untuk merekod sesuatu peristiwa yang berlaku secara spontan seperti bunyibunyi haiwan, dan kenderaan. Hal ini adalah kerana telefon bimbit merupakan salah satu alat mudah alih dan merupakan alat keperluan masa kini.

Komputer riba Komputer riba ialah salah satu alat teknologi yang menjadi keperluan masyarakat kini terutamanya pelajar. Selain digunakan untuk membuat lembaran kerja atau menyelesaikan tugasan, komputer riba juga boleh digunakan untuk merekod dan merakam bunyi-bunyi.

Komputer riba dapat digunakan untuk merakam dan merekod bunyi-bunyi kerana komputer riba dilengkapi dengan mikrofon yang diletakkan bersebelahan dengan kamera di atas skrin komputer riba. Untuk merakam bunyi-bunyi dengan lebih kuat, headphone perlu digunakan. Namun begitu, tidak semua komputer riba memerlukan headphone sebagai alat bantuan semasa merekod bunyi.

Hal ini adalah kerana komputer riba tersebut mempunyai laras suara yang kuat.