literasi bhs.docx

11
LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ3104) 1.0 PENGENALAN BONEKA Bonek !e"#$kn %e%#&# 'en &# '"n *n !en*e"#$+ $&#n . B+%n* 'onek %e,,# + #nkn #n&#k !en -" ke,% $e!#,+ n n $" %eko, *n +- +kn %e' + ' n 'n&#n !en -". Se,+n +&# 'onek , %, %&# +'#"n #n&#k !%*"k& /!n #,# %e$e"&+ *n k#,+&. Bonek -# 'o,e +- +kn ,% $e"!+nn #n&#k nk nk ke2+, n -# 'o,e +- +kn $e" +%n '+,+k &# "#! &e"#&!n* #n&#k nk $e"e!$#n. Pe"k&n 'onek 'e"%, "+$ $e"k&n 'onek + ,! ' % $o"&# +%. Bonek &e, #-# $ !% 3000 000 !%+ + , +. Ke&+k +&# 'onek *n + %+,k n* +$e"'#& "+$ &n ,+& &#,n n $o&on n k+n. B + !%*"k& Y#nn+ n Ro! + k#no !e"ek !en #nkn 'onek #n&#k #$2" ke !n !nk, !%*"k& Me%+" k#no $#, !en #nkn 'onek %e' + n&+n ko"'n !n#%+. Se,+n "+$ ,& $e"!+nn knk knk 'onek -# + #nkn #n&#k 5#n %+ "+&#, *n 'e" #'#n n en n ,! &# , , *n 'e"%+&& +' &#$#n !+%&+k %e$e"&+ #$2" "+&#, ke !n $ /!n #,#. $e"!+nn -e,n k#n %+ +" $e!n +,n "o n %e' +n* #n&#k !e!'#k&+kn ke'en"n 'onek + #nkn #n&#k #$2" ke !n $ !% #,#. Bonek %e"+n k,+ +-#!$+ + !k! !k! k#no &# %+&#% %+&#% %e-" ! #$#n $" %e-" . &&$677,+'""*.& +nk8#e%&.o" .0 9E:INISI BONEKA Bonek !e"#$kn %, %&# "+$ $e",&n $en&+n *n &e"kn #n ,! 'e'e"$ &k n+!%+ *n +!n+$#,%+kn o,e %eo"n ,n *n ! +". K!"# +n H#%+n n S+&+ H-" A' #, A/+/ (1;;<) !en e=n+%+kn 'onek %e' + o'-ek &# ' n *n + e"kkn %e"en&k en n %k"+$ 'e'% *n +%e%#+kn en n ' n *n +2e"+&kn. Mnk, J!+, A ! (1;;;) !en&k"+5kn 'onek %e' + o'-ek *n &e" +"+ "+$ ,& %e'en" &# ' n 2+$&n *n 'e"'en&#k o +n &#!'# &#!'# n n %e' +n* *n + e"k,konkn o,e $e!+nn* en n !en #nkn +,o &# !+&o% !en +k#& %e%#&# &k &# 2e"+&. 1

Upload: afirah-asmar

Post on 06-Oct-2015

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ3104)

LITERASI BAHASA MELAYU (WAJ3104) 2012

1.0 PENGENALAN BONEKABoneka merupakan sesuatu benda atau barang yang menyerupai patung. Biasanya boneka selalu digunakan untuk mengajar kelas pemulihan dan pra sekolah yang dijadikan sebagai bahan bantuan mengajar. Selain itu boneka adalah salah satu hiburan untuk masyarakat zaman dahulu seperti wayang kulit. Boneka juga boleh dijadikan alas permainan untuk anak-anak kecil dan juga boleh dijadikan perhiasan bilik atau rumah terutamanya untuk anak perempuan.Perkataan boneka berasal daripada perkataan boneka di dalam bahasa portugis. Boneka telah wujud pada masa 3000-2000 masihi lagi. Ketika itu boneka yang dihasilkan hanya diperbuat daripada tanah liat, tulang dan potongan kain. Bagi masyarakat Yunani dan Romawi kuno, mereka menggunakan boneka untuk upacara keagamaan manakala masyarakat Mesir kuno pula menggunakan boneka sebagai gantian korban manusia.Selain daripada alat permainan kanak-kanak, boneka juga digunakan untuk fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang bersitat ghaib ataupun mistik seperti upacara ritual keagamaan pada zaman dulu. permainan jelangkung, sihir, pemanggilan roh dan sebaginya untuk membuktikan kebenaran boneka digunakan untuk upacara keagamaan pada masa dulu. Boneka seringkali dijumpai di makam-makam kuno atau situs-situs sejarah mahupun pra sejarah. http://library.thinkquest.org

2.0 DEFINISI BONEKABoneka merupakan salah satu daripada peralatan penting yang terkandung dalam beberapa watak animasi yang dimanipulasikan oleh seorang dalang yang mahir. Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998) mendefinisikan boneka sebagai objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip bebas yang disesuaikan dengan bahan yang diceritakan. Manakala Jamilah Ahmad (1999) mentakrifkan boneka sebagai objek yang terdiri daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang berbentuk orang, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya yang digeraklakonkan oleh pemainnya dengan menggunakan dialog atau mitos mengikut sesuatu watak atau cerita. Berdasarkan rujukan daripada http://pyianj.blogspot.com/2009/05/teater-boneka-boneka-kain-definisi.html, boneka ialah objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip yang dibaca ataupun cerita yang disesuaikan. Nillie Mc Caslin (1984), menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai alat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar, menghidupkan suasana yang lebih menyeronokkan dan seterusnya memotivasikan pelajar. Selain itu, boneka merujuk kepada objek-objek yang diukir untuk mewakili watak-watak cerita. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Boneka).Menurut Kamus Dewan Eja Pro, boneka bermaksud 1. anak patung, anak-anakan; 2. Patung (mis orang atau binatang) yang boleh digerakkkan dengan menarik tali yang dilekatkan padanya, atau dengan memasukkan tangan ke dalam badannya dan gerakkannya. Manakala mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (1987), boneka ialah barang permainan yang diperbuat menyerupai patung orang yang dianggap sebagai alat atau barang permainan. Selain itu. menurut kamus pelajar, boneka bermaksud barang permainan yang menyerupai orang: atau patung orang. Orang yang dianggap sebagai alat atau barang permainan. Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Ke 4 pula. mentakrifkan boneka sebagai sebarang benda objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej.

3.0 KONSEP BONEKABoneka merupakan suatu objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip yang disesuaikan dengan bahan yang diceritakan. Manakala objek yang mewakili boneka terdiri daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang berbentuk haiwan,tumbuhan dan sebagainya yang digeraklakonkan oleh pemainnya dengan menggunakan dialog mengikut sesuatu watak atau cerita. (http://sakiladollah.blogspot.com/2011/09/pengajaran-dengan-menggunakan-boneka.html) . Apa yang perlu ada pada sesuatu boneka adalah ia mesti boleh digerak-gerakkan seolah-olah hidup. Boneka juga mempunyai sifat-sifat yang tersendiri, yang menampilkan watak-watak riang, sedih, marah dan lain-lain.Merujuk kepada hasil karya Husin Fateh Din, Nazariyah Sani, Mastura Mohamed Berawi, Siti Hajar Idrus (2011) dalam buku Literasi Bahasa Melayu, pemain akan cuba untuk menghidupkan watak samada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog. Boneka ini sesuai digunakan sebagai alat bantuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan. Dengan ini, murid-murid akan lebih menghayati dan memahami sesebuah penyampaian itu dengan khusyuk di samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka.Pengaplikasian permainan boneka akan mendedahkan murid untukberkomunikasi dengan lebih berkesan serta melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, dan merangsang imaginasi. (Hasnah Awang, Habibah Mohd Samin (Munsyi Dewan) (2010), Literasi Bahasa Melayu). Selain daripada itu, penggunaan boneka juga juga mendedahkan murid-murid untuk bekerjasama secara kumpulan. Biasanya, penggunaan boneka tidak hanya terhad kepada bentuk orang, tetapi boleh juga berbentuk haiwan dan objek-objek lain mengikut watak, situasi dan cerita yang tertentu. Ketika boneka dimainkan atau digerakkan, muzik latar, suara ataupun bunyi-bunyian dimainkan bagi mengiringi pergerakan yang dibuat. Jadi, adalah sangat sesuai bagi seseorang guru untuk menggunakan boneka di peringkat pengenalan pelajaran, perkembangan pelajaran ataupun pengukuhan. Oleh itu, boneka boleh dimainkan oleh guru sendiri ataupun guru meminta murid-murid untuk memainkannya. Situasi pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan murid-murid akan terangsang akan penggunaan boneka dalam P&P.

4.0 JENIS-JENIS BONEKA

Rajah 14.1 Boneka Sarung Tangan

Rajah 2Boneka tangan atau hand puppets, yang lebih mudah disediakan dan lebih praktikal digunakan oleh kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak akan memasukkan keseluruhan pergelangan tangan mereka ke dalam watak yang dilukis atau dibentuk. Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.Bagi menyediakan boneka jenis ini, pelbagai bahan boleh digunakan. Antaranya ialah stokin, sarung tangan, beg kertas sandwic dan sampul surat. Manakala untuk bahagian watak seperti kucing, tikus dan sebagainya, boleh digunakan bekas telor, bekas dadih dan lain-lain supaya menarik. 4.2 Boneka lidi

Rajah 3Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar. Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal.

4.3 Boneka wayang kulit

Rajah 4Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar. Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal. Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.

4.4 Boneka bertali

Rajah 5Boneka bertali atau marionette diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Boneka jenis ini digeraklakonkan dengan menggunakan tali atau benang. Berbentuk gantung dan dikawal oleh sejumlah tali yang diikat pada kayu yang dikawal sepenuhnya oleh penggunanya Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak. Boneka jenis ini sesuai digunakan bagi cerita-cerita yang memerlukan watak tersebut untuk lari, terbang, lompat dan mengelongsor. Tali yang digunakan boleh berupa tali biasa atau pun tali tangsi yang lebih elastik yang menyebabkan pergerakkan lebih menarik. Bentuk boneka jenis ini memerlukan sedikit kemahiran untuk mengawal pergerakan tali kerana agak kompleks dan sukar untuk dikendalikan.

4.5 Boneka tongkat

Rajah 6Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu, rotan,buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut. Boneka ini menggunakan konsep wayang kulit tetapi berbentuk tiga dimensi.Disebut boneka tongkat kerana cara memainkannya dengan menggunakan tongkat. Tongkat-tongkat ini dihubungkan dengan tangan dan tubuh boneka. Tubuhnya adalah kosong, tapi mata dan mulutnya boleh bergerak. untuk memainkan boneka ini, pemain akan berpegang dua tongkat pada dua tangannya masing-masing.Wayang Golek di Jawa Barat misalnya adalah termasuk boneka jenis ini. Untuk keperluan penggunaan boneka tongkat sebagai media pendidikan / pembelajaran di sekolah, maka tokoh-tokohnya dibuat sesuai dengan keadaan sekarang. Misalnya dibuat tokoh tentara, pedagang, lurah, nelayan dan sebagainya. Boneka tongkat dapat dibuat dari kayu yang lembut seperti kayu kemiri, randu, dan sebagainya.

4.6 Boneka Jari

Rajah 7Boneka jari atau lebih dikenali dengan finger puppets. Boneka jenis ini dikendalikan dengan menggunakan jari-jari tangan penggunananya. Ia dilakukan dengan memasukkan jari ke dalam boneka yang bersaiz jari dan memainkan watak tersebut dengan cara dan gaya jari mereka. Biasanya boneka seperti ini boleh digerakkan hanya terhad kepada bahagian kepala dan tangannya sahaja. Mudah dikendalikan, iaitu menggunakan beberapa jari untuk mengerakkannya.

4.7 Boneka Penuh

Rajah 8Boneka jenis ini lengkap dengan anggota tubuh badan, iaitu daripada bahagian kepala hingga ke bahagian kaki atau ekornya. Boneka jenis ini diperbuat daripada jahitan kain yang dimasukkan kapas atau kekabu supaya menyerupai bentuk haiwan sebenar. Murid-murid boleh merasa menggunakan tangan bentuk boneka haiwan tersebut kerana binaannya menyerupai hidupan sebenar.

5.0 Tujuan Dan Kebaikan Penggunaan Boneka Dalam PengajaranPenggunaan boneka dalam pengajaran dapat memberikan suatu pengalaman yang baru kepada murid dan guru. Di samping ia juga mampu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan. Kamaruddin hussin dan siti hajar (1998) telah menyenaraikan beberapa tujuan dan kebaikan penggunaan boneka dalam P&P sebagaimana berikut :1. Mempelajari bahasa dalam suasana menarik Tujuan pembelajaran menggunakan boneka adalah untuk memberikan peluang kepada murid-murid mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan. Penggunaan boneka memberikan peluang kepada murid untuk belajar sambil berhibur tanpa disedari mereka dan cara ini sangat memberikan kesan yang baik dalam p&p.

2. Mengguna dan memperkukuh kemahiran bahasa melalui pengalaman sebenar serta aktiviti yang menggembirakan. Penggunaan boneka dapat memperkukuh kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis murid-murid melalui pengalaman sebenar serta aktiviti yang menggembirakan.

3. Mempercepat dan mempermudah pemahaman murid Kaedah ini akan mempercepat serta memudahkan pembelajaran murid terhadap sesuatu cerita, peristiwa atau isi pelajaran yang disampaikan.

4. Memupuk daya kreativiti Murid murid akan diajar untuk menghasilkan sebuah ciptaan dan karya seni yang menarik dan kreatif. Selain itu, murid mrid berpeluang mencipta kreativiti yang dimiliki mereka seperti mereka cipta boneka, mengadakan kesan bunyi, menggerakkan boneka dan sebagainya.

5. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti P&PBoneka membantu murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan berkesan. Penggunaan dialog secara spontan atau dengan skrip membantu menambah keyakinan murid-murid untuk berhadapan rakan-rakan lain ketika di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung proses komunikasi mereka akan lebih berkesan.

6. Memupuk semangat bekerjasama dan berkongsi pengalamanSemasa aktiviti membuat boneka murid-murid secara tidak langsung akan berbincang sesame rakan lain dan cara ini dapat memupuk semangat juang dan setia kawan yang tinggi serta bersedia berkongsi pengalaman dan idea untuk menghasilkan boneka yang terbaik.

7. Terangsang dan berminat untuk belajar Penggunaan boneka yang pelbagai bentuk dan warna boleh menarik minat murid-murid secara tekal dan kekal. Tambahan pula, watak yang sedang ditonton atau dilakonkan itu mempunyai pengalaman manis dalam hidup mereka. Penggunaan boneka juga memberikan peluang kepada murid untuk belajar sambil berhibur tanpa disedari mereka dan cara ini sangat memberikan kesan yang baik dalam p&p.

6.0 Rumusan Kesimpulannya, pengajaran menggunakan boneka yang pelbagai jenis dapat merangsang minda murid untuk memahami sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan, kefahaman dan membina sebuah karangan. Guru perlu lebih kreatif terutama dalam penyediaan bahan. Dengan menggunakan boneka untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak akan dapat meningkatkan daya kreativiti,perkembangan komunikasi dan bahasa,sosio emosi, menambah ilmu pengetahuan dan juga pengalaman.Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang pengalaman adalah sebagai kaedah mempengaruhi kanak-kanak, menghubungkaitkan dengan keseronokan,meningkatkan perhatian kanak-kanak dan meredakan tekanan, meluaskan perbendaharaan kata kanak-kanak disamping memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan kata simbolik. Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan satu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangiciri-ciri reka bentuk di sampin kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan.Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita. 10