latihan edu

10

Click here to load reader

Upload: siti-rohayu-rohan

Post on 12-Dec-2015

13 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan Edu

LATIHAN EDU 3093 (ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA)

1. Bincangkan dalam kumpulan bagaimana tonggak pendidikan UNESCO dapat

membantu Negara untuk mencapai wawasan 2020.

Tonggak Pendidikan UNESCO dapat membantu Negara untuk mencapai wawasan

2020 kerana pelajar-pelajar perlu menguasai keempat-empat tonggak pendidikan

tersebut iaitu :

i) Belajar Untuk Mengetahui - Ini adalah kerana ‘Belajar Untuk Mengetahui’ adalah

salah satu alat yang penting dalam proses pembelajaran, Ia juga satu keperluan

asas yang dapat memudahkan pembelajaran pada masa hadapan. Di samping

itu, ia melibatkan proses pembelajaran untuk memperkembangkan daya

tumpuan, kemahiran mengingat dan keupayaan untuk berfikir.

ii) Belajar Untuk Melakukan – Ia bermaksud pendidikan mesti dapat melengkapkan

seseorang dengan kemahiran yang penting yang mana akan membolehkan

seseorang itu terus hidup dan mengambil bahagian dalam dunia global secara

berkesan. Peranan ‘Belajar Untuk Melakukan’ juga adalah untuk meningkatkan

inisiatif individu dalam penyertaan pembangunan masa depan mereka yang

berasaskan pengetahuan teoritikal dan praktikal.

iii) Belajar Untuk Menjadi Apa – Menekankan bahawa pendidikan seharusnya

mampu untuk membangunkan seseorang secara holistik dari segi fizikal, intelek,

rohani, emosi dan estetik seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Pendidikan mestilah menyediakan peluang untuk seseorang

membangunkan potensi sepenuhnya supaya dia boleh berfikir dan menilai

secara kritis dan bebas, dapat membuat keputusan yang terbaik, mengambil

tindakan yang paling sesuai dalam kehidupan mereka dan bertanggungjawab ke

atas tindakan yang telah diambil.

iv) Belajar Untuk Hidup Bersama – Ianya menyedarkan individu tentang

kepentingan kedamaian di dunia. Individu mesti di beri pendedahan tentang nilai-

nilai hak asasi manusia, prinsip-prinsip demokrasi, memahami dan menghormati

kepelbagaian sosio budaya, toleransi, memupuk keamanan dalam masyarakat

dan menjalin hubungan sesama manusia tanpa mengira perbezaan latar

belakang supaya semua manusia sentiasa hidup dalam keadaan aman dan

harmoni.

Page 2: Latihan Edu

2. Bincangkan kesan-kesan negatif globalisasi pada aspek-aspek berikut;

- Negara, sekolah, guru, pelajar dan individu

Kesan globalisasi kepada pendidikan telah mencabar pelaksanaan sistem pendidikan di

Malaysia. Antara kesan-kesan negatif yang dapat dilihat ialah, keperluan Negara untuk

mengubah kurikulum selaras dengan peluang globalisasi disamping perubahan yang

pesat dalam pendidikan. Budaya sekolah juga tidak menyokong peluang pembelajaran

secara global. Guru-guru pula belum cukup bersedia dengan perubahan ini terutamanya

dalam aspek penggunaan ict dalam proses pengajaran dan pembelajaran disamping

penambahan beban kerja. Bagi pelajar pula, kesan globalisasi dalam pendidikan ini

memberi pengaruh negatif kepada identiti mereka.Kita perlu menyesuaikan diri dan

mengikut trend di seluruh dunia supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa.

Pelajar perlu mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dan pembelajaran

yang berterusan bagi membolehkan mereka terus berada dalam perubahan yang pesat

ini.

Guru-guru pula, perlu melengkapkan pelajar dengan keupayaan untuk

berkomunikasi secara lisan dan dalam bentuk bertulis dengan menggunakan bahasa

antarabangsa iaitu Bahasa Inggeris supaya mereka dapat berinteraksi dan

berkomunikasi di peringkat antarabangsa sedangkan Bahasa Melayu merupakan

Bahasa Kebangsaan kita. Tambahan pula, lebih ramai orang Malaysia yang lebih mahir

berbahasa Inggeris dari berbahasa Melayu pada zaman sekarang. Untuk melibatkan diri

secara global pula, pelajar perlu menguasai kemahiran TMK kerana TMK adalah bidang

yang pesat berubah. Sedangkan kita tahu bahaya penggunaan ICT tanpa bimbingan

orang dewasa serta keinginan pelajar untuk melayari laman web yang tidak dibenarkan

boleh menjebakkan mereka ke dalam kancah sosial.

Guru perlu bertanggungjawab untuk menekankan aspek etika dan moral serta

menyedari kesan negatif penggunaan ict dalam zaman globalisasi ini. Sekolah dan guru-

guru pula perlu memastikan kurikulum masa kini membolehkan pelajar menguasai

kemahiran kognitif yang berguna dalam menyelesaikan masalah serta menjana

pengetahuan baru untuk inovasi, contohnya penerapan unsur KBAT ataupun HOTS

dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini menimbulkan masalah terutamanya bagi

pelajar luar bandar yang agak pasif dan terkongkong pemikirannya. Kesan ini juga dapat

Page 3: Latihan Edu

dilihat pada pencapaian keputusan PMR 2014 yang lepas yang mana saya andaikan

amat mengecewakan semua pihak terutama ibubapa dan guru-guru.

3. Bincangkan implikasi positif dan negatif perkembangan teknologi maklumat dan

komunikasi dalam pendidikan dengan menggunakan bentuk grafik yang sesuai.

Pengaruh TMK melalui internet telah memberi pendedahan kepada pelajar tentang

pemerolehan sumber maklumat alternatif seperti perpustakaan maya selain buku teks

atau mengunjungi perpustakaan. Jika pelajar dididik untuk menggunakan internet secara

berkesan, para guru berupaya melahirkan satu generasi yang dinamik dan progresif

kerana dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkini. Namun begitu,

selain memberikan kesan yang positif, perkembangan teknologi maklumat juga turut

memberikan impak yang negatif, bergantung kepada cara penggunaannya.

Implikasi positif dan negatif perkembangan

teknologi maklumat dalam

pendidikan

Sebagai perpustakaan maya

Pemerolehan sumber maklumat alternatif

Meningkatkan keberkesanan proses

p&p

Terdedah kepada pengaruh negatif

internet

Memerlukanperuntukan wang yang

banyak

Perisian TMK yang membantu kerja

guru

Page 4: Latihan Edu

4. Anda dikehendaki membaca artikel pilihan sendiri berkenaan dengan gejala sosial.

Seterusnya hasilkan satu penulisan kritikal tentang artikel tersebut.

Gejala sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang melanda

golongan remaja dan belia. Pada zaman remaja, seseorang itu berdepan dengan satu

siri krisis identiti iaitu pembentukan dan pengembangan identiti diri. Kegagalan untuk

mengatasi cabaran ini membuatkan remaja mengalami krisis kekeliruan. Krisis

kekeliruan yang menguasai diri remaja jika tidak dibendung dan diatasi boleh

menyebabkan gejala sosial. Menurut Abdul Rahim (2006), penglibatan remaja dalam

pelbagai gejala sosial berpunca daripada pelbagai faktor, antaranya ialah faktor

dalaman diri remaja itu sendiri iaitu dari aspek perkembangan personaliti, kegagalan

fungsi institusi keluarga dan juga pengaruh rakan sebaya. Zainal dan Sharani (2004)

pula menyatakan pengaruh persekitaran di sekolah juga menjadi punca keruntuhan

akhlak di kalangan remaja. Kadar penglibatan remaja dalam masalah sosial yang

semakin serius ini semuanya berpunca dari beberapa faktor dalaman dan luaran,

antaranya ialah;

Faktor Ekologi Keluarga

Faktor Ekologi Sekolah

Rakan Sebaya

Media Massa / Internet

Modenisasi

Page 5: Latihan Edu

CONTOH ARTIKEL PILIHAN

Pada masa kini, gejala disiplin di sekolah semakin membimbangkan.  Berita-berita seperti kes

buli, kes pukul, kes ponteng dan menganggotai kumpulan gangster atau samseng menjadi

wadah utama di dada-dada akhbar tempatan sejak akhir-akhir ini.  Walaupun pelajar telah diajar

di sekolah mahupun di rumah supaya menerima nilai-nilai murni, tetapi nampaknya ini semua

hanya retorik semata-mata.  Masalah disiplin di sekolah telah menjadi lebih ekstrem dengan

kewujudan kes pelajar yang terlibat dalam aktiviti pemujaan serta ajaran sesat yang dikenali

dengan nama ‘Black Metal’.  Antara isu atau masalah yang dapat dikongsi disini ialah

berhubung dengan masalah ponteng sekolah dan penglibatan murid dalam gangsterisme di

sekolah.

Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar ponteng sekolah di Malaysia menimbulkan

kerunsingan dan tanda tanya pelbagai pihak mengenai punca terjadinya keadaan ini.  Gejala

ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah telah bertambah dengan serius dari sehari

ke sehari bagai ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ walaupun pelbagai langkah telah dijalankan

bagi membanteras masalah ini.  Gejala ini merupakan kes disiplin yang tertinggi di sekolah

berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Antara punca berlakunya keadaan ini adalah

bermula dari keluarga iaitu ibu bapa yang tidak mengambil berat akan kebajikan anak-anak

terutama berkaitan dengan persekolahan.  Ibu bapa sibuk mencari rezeki sehingga seringkali

mengabaikan kebajikan anak-anak yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang

sepenuhnya daripada ibu bapa.  Sikap ibu bapa yang lepas tangan dan hanya mengharapkan

Page 6: Latihan Edu

ihsan guru untuk menjaga dan membentuk anak-anak mereka sedikit sebanyak menyebabkan

berlakunya peningkatan kes ponteng sekolah sejak kebelakangan ini.

Selain itu juga, pergaulan dengan rakan sebaya dan rakan di luar sekolah  turut menjadi

penyebab kepada meningkatnya  masalah disiplin pelajar sekolah.  Pelajar-pelajar  sekolah

sering terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan yang lebih ke arah kegiatan atau sikap negatif. 

Hal ini kerana pelajar-pelajar ini lebih rapat dan suka bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah

yang boleh sama-sama berkongsi masalah dan pendapat. Manakala, punca seterusnya ialah

penglibatan pelajar-pelajar di dalam kumpulan kongsi gelap atau gangsterisme di sekolah. 

menurut Kamus Dewan Edisi ke 3, Dewan Bahasa dan Pustaka 1996, hlmn 700, Kongsi gelap

didefinisikan sebagai ‘Kumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan

jenayah’.  Menurut Pengerusi Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal

Pengguna Negeri Johor, En Ng Ching Sea, keadaan kongsi gelap di Johor adalah pada tahap

kritikal. Mengulas perkara tersebut beliau berkata; ” Masalah kongsi gelap di Johor kini sudah

pada tahap kritikal dan memerlukan pendekatan bersepadu daripada agensi kerajaan dan

masyarakat untuk memeranginya sehingga ke akar umbi.”  (Utusan Malaysia 20 Feb 97).

Menurut William Gladden Foundation (1992), terdapat empat faktor yang merangsang atau

menjadi penarik kepada pembentukan kumpulan kongsi gelap di kalangan pelajar ini:-

1)    Remaja yang mengalami perasaan terasing dan tidak berdaya disebabkan oleh kurangnya

struktur sokongan tradisi seperti keluarga terdekat dan sekolah sendiri.

2)    Keanggotaan kongsi gelap ini akan memberikan ganjaran kepada pelajar-pelajar iaitu

perasaan “sense of belonging” dan menjadi sumber utama penampilan identiti oleh ahli-ahli

mereka.

3)    Keahlian kongsi gelap telah menjadikan remaja merasakan diri mereka lebih berkuasa dan

menguasai, di mana kegiatan kumpulan akan menjadi tempat mereka melepaskan kemarahan

ataupun ketegangan.

4)    Pelajar dapat menjadi pengrekrut ahli baru dan dapat memperluaskan lagi kawasan

pengaruh untuk mengukuhkan kekuatan dan kekuasaan kumpulan.  Kemasukan ahli baru

secara sukarela atau paksa dilakukan untuk menampung keperluan dengan penambahan

sumber dan ahli kumpulan.

Page 7: Latihan Edu

Punca-punca pelajar menyertai kumpulan haram atau kongsi gelap adalah untuk:

a)    Mencari kasih sayang struktur dan disiplin berasaskan kefahaman mereka

b)    Perasaan komitmen dan “sense of belonging, dikagumi dan menguasai.

c)    Persahabatan, latihan, keseronokan dan aktiviti

d)    Tempat di mana diri dirasakan diterima dan dihargai

e)    Keperluan kepada keselamatan fizikal dan perlindungan

Pelbagai langkah telah dibuat oleh kerajaan bagi menangani masalah disiplin pelajar

sekolah.  Namun, tetap tidak mendatangkan apa-apa perubahan.  Sebenarnya, tanggungjawab

untuk menangani permasalahan ini adalah tanggungjawab bersama.  Laporan dan kerjasama

daripada masyarakat amat diperlukan bagi menangani masalah disiplin ini.  Selain itu juga,

pihak kerajaan telah membuat cadangan untuk menjalankan Program Integrasi Negeri Tangani

Anti Sosial (PINTAS) iaitu program untuk meningkatkan disiplin dan kawalan salah laku pelajar

di sekolah.

Seterusnya boleh juga pelajar-pelajar yang bermasalah ini diberikan perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling bagi tujuan diberikan nasihat serta dorongan agar mereka insaf dan

seterusnya mengikuti peraturan sekolah yang telah ditetapkan.  Langkah atau cadangan yang

seterusnya ialah dengan penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah & Disiplin bagi melatih dan

memberi kesedaran di kalangan pelajar tentang pelbagai aspek jenayah dan pencegahannya. 

Namun, perkara yang paling penting ialah sikap ibu bapa yang harus diubah bagi mengatasi

masalah disiplin ini.  Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak dan sentiasa

memberi dorongan dan semangat untuk mereka menghadapi sesuatu cabaran dan

menyelesaikan segala masalah dengan tenang dan bijak.

 

DISEDIAKAN OLEH,

SITI ROHAYU ROHAN

670902-05-5020 (PPG/PSV – SEMESTER 2 / 2015)