laporan tugasan 3 big peringkat 4

6
LAPORAN TUGASAN 3 BIG PERINGKAT 4 TUGASAN 3 : Merancang dan melaksanakan bengkel : 1. Ciri-ciri guru inovatif atau kelas tambahan 2. Bengkel refleksi BIG dari peringkat 1 hingga 4 Selepas menghadiri taklimat yang dianjurkan oleh Pihak IPG, kami sebagai pelajar PPG Ambilan Jun 2011 telah didedahkan dengan Tugasan BIG Peringkat 4. Kami difahami program BIG PPG akan menjadi satu aktiviti yang sempurna jika terdapat perancangan dan persediaan dibuat dengan teliti dan sistematik. Oleh sebab itu, kami sebagai pelajar PPG perlu mengadakan perbincangan, mesyuarat dan permuafakatan dalam mengenalpasti beberapa perkara penting sebelum, semasa dan sesudah program dijalankan. Antara perkara yang perlu diuruskan ialah : 1. Penubuhan dan pemilihan Jawatankuasa Kerja 2. Menyediakan Kertas Kerja pelaksanaan dan mengemukakan kepada pihak sekolah untuk tujuan kelulusan. 3. Memilih dan menentukan lokasi program 4. Merancang pengisian aktiviti 5. Merancang perbelanjaan 6. Memberi taklimat kepada peserta 7. Merancang dan menentukan bantuan logistik yang diperlukan 8. Mengenalpasti dan menyediakan peralatan yang diperlukan Selepas perbincangan, kami kumpulan BCN 3 telah bersetuju memilih bengkel ciri-ciri guru inovatif untuk tajuk 1 dan bengkel refleksi BIG dari peringkat 1 hingga 4. Laporan Bengkel Ciri-ciri Guru inovatif

Upload: weiyang-tan

Post on 09-Apr-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BIG

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Tugasan 3 Big Peringkat 4

LAPORAN TUGASAN 3 BIG PERINGKAT 4

TUGASAN 3 :

Merancang dan melaksanakan bengkel :

1. Ciri-ciri guru inovatif atau kelas tambahan

2. Bengkel refleksi BIG dari peringkat 1 hingga 4

Selepas menghadiri taklimat yang dianjurkan oleh Pihak IPG, kami

sebagai pelajar PPG Ambilan Jun 2011 telah didedahkan dengan Tugasan

BIG Peringkat 4.

Kami difahami program BIG PPG akan menjadi satu aktiviti yang

sempurna jika terdapat perancangan dan persediaan dibuat dengan teliti dan

sistematik. Oleh sebab itu, kami sebagai pelajar PPG perlu mengadakan

perbincangan, mesyuarat dan permuafakatan dalam mengenalpasti beberapa

perkara penting sebelum, semasa dan sesudah program dijalankan.

Antara perkara yang perlu diuruskan ialah :

1. Penubuhan dan pemilihan Jawatankuasa Kerja

2. Menyediakan Kertas Kerja pelaksanaan dan mengemukakan kepada

pihak sekolah untuk tujuan kelulusan.

3. Memilih dan menentukan lokasi program

4. Merancang pengisian aktiviti

5. Merancang perbelanjaan

6. Memberi taklimat kepada peserta

7. Merancang dan menentukan bantuan logistik yang diperlukan

8. Mengenalpasti dan menyediakan peralatan yang diperlukan

Selepas perbincangan, kami kumpulan BCN 3 telah bersetuju memilih

bengkel ciri-ciri guru inovatif untuk tajuk 1 dan bengkel refleksi BIG dari peringkat

1 hingga 4.

Page 2: Laporan Tugasan 3 Big Peringkat 4

Laporan Bengkel Ciri-ciri Guru inovatif

Bengkel ini telah dilaksanakan dengan lancar dan berjaya dalam waktu

yang ditetapkan.

Inovatif berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud pembaharuan.

Inovatif adalah kesan daripada aplikasi keupayaan kreatif khususnya dalam

industri yang memerlukan konsep, idea, kaedah, proses dan kegunaan yang

baru. Selain itu, inovatif bermaksud kebolehan untuk membuat pembaharuan

atau mengubahsuai, kemampuan transformasi untuk menjadikannya lebih baik,

elok, berkualiti dan sebagainya, satu cara untuk memperkenalkan idea baru

untuk membuat sesuatu atau mencipta sesuatu yang baru.

Inovatif adalah satu proses mengeluarkan idea dan mengubahnya ke

bentuk produk, perkhidmatan, sistem dan cara operasi yang baru. Walaupun

idea dihasilkan melalui proses tertentu seperti reka cipta, pembangunan,

pengeluaran dan sebagainya, ia akan menjadi suatu inovasi jika idea tersebut

benar-benar dapat digunakan dan dimanfaatkan.

Sebagai seorang guru hendaklah mempunyai daya pemikiran inovatif

untuk untuk kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang inovatif

hendaklah mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan cekap supaya

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik.

Trend dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari ini menunjukkan

pembelajaran berasaskan penemuan, inkuiri dan rises, projek dan pembelajaran

aktif. Seorang guru inovatif perlu memberikan penekanan kepada mencari,

meneroka, menilai dan menggunakan maklumat semasa mengajar.

Kecenderungan pembelajaran telah menghasilkan pemikiran baharu dalam

pengajaran, seperti pengajaran kolaboratif dalam kumpulan yang pelbagai yang

setanding dengan era globalisasi di dunia. Melalui pembelajaran terkini, guru

yang inovatif boleh melahirkan pelajar minda kelas pertama.

Page 3: Laporan Tugasan 3 Big Peringkat 4

Sebagai seorang guru, kita perlu memiliki sifat-sifat yang inovatif supaya

kita dapat mengikuti arus perkembangan terkini dalam bidang pendidikan.

Semua guru perlu memiliki ciri – ciri inovatif supaya semua perkara baharu yang

diperkenalkan dalam bidang pendidikan mudah dilaksanakan tanpa banyak

halangan. Ini secara tidak langsung memudahkan pihak pengurusan dalam

membuat keputusan melaksanakan inovasi dalam bidang pendidikan. Sifat-sifat

ini adalah suatu sifat yang generik kepada profesionalisme guru.

Kesimpulan

Selepas menghadiri bengkel ini, kita membuat kesimpulan, sifat-sifat

inovatif adalah seperti berikut :

1. Sentiasa mencari jalan bagi menambah baik amalan pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah.

2. Sentiasa peka akan tema keperluan murid dan memberikan tindak

balas yang sesuai

3. Cenderung kepada saranan ikhtisas : dapatan kajian tindakan sendiri

atau orang lain.

4. Membimbing murid dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang.

5. Menghormati buah fikiran dan pendapat rakan sekerja.

6. Memberi kerjasama dan sumbangan dalam program kecemerlangan

sekolah.

7. Memudahkan jalan penerokaan idea dalam kalangan murid.

8. Mengoptimumkan potensi pengajaran sebaya di bilik darjah

9. Menggunakan pengukuhan sebagai daya tarikan pembelajaran

10.Menanamkan perasaan selesa dan selamat kepada semua murid

dalam persekitaran bilik darjah.

Page 4: Laporan Tugasan 3 Big Peringkat 4

LAPORAN BENGKEL REFLEKSI BIG DARI PERINGKAT 1 HINGGA 4

Sejak 11 Jun 2011 , pelajar PPG telah melalui 4 peringkat BIG. Pada

semester 8 ini, pelajar PPG dikehendaki mengadakan bengkel refleksi BIG dari

peringkat 1 hingga 4.

Sepanjang 4 peringkat ini, banyak aktiviti telah dilaksanakan seperti

perkhemahan, merentas desa, gotong-royong, seminar akauntabiliti guru, kelas

tambahan untuk murid sekolah, khidmat masyarakat, kempen “sayangi kawasan

sekolah anda” , lawatan ke Rumah Orang Tua dan sebagainya.

Melalui bengkel ini, setiap pelajar PPG berpeluang membentangkan

pandangan masing-masing tentang manfaat yang diperolehi semasa

melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut.

Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada

kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah

pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat.

Justeru, guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan

mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang,

pelajar PPG dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan

pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru

secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang

memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesionalisme yang tinggi dan akan

sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan

dalam arus globalisasi.

Selepas pembentangan setiap pelajar PPG BCN 3, kesimpulannya adalah

seperti berikut :

KESIMPULAN

Melalui BIG ini, pelajar mempelajari cara menggunakan power point untuk

membuat pembentangan bengkel, berani memberikan ucapan di hadapan

Page 5: Laporan Tugasan 3 Big Peringkat 4

khalayak ramai, bekerjasama dengan rakan sejawat untuk sama-sama

mengagihkan tugas untuk menjayakan sesuatu aktiviti.

Dalam proses mencari maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tajuk

bengkel , contohnya bengkel “Akauntabiliti Guru”, secara tidak langsung kita

mempelajari apa itu akauntabiliti profesionalisme seseorang guru, ciri-ciri

profesion keguruan, guru dan ikhtisas keguruan, autoriti guru, etika keguruan

dan sebagainya.

Bagi pelaksanaan kempen pula, melalui penyediaan kertas kerja, kita

dapat menguasai prosedur mengendalikan aktiviti kempen yang betul. Ini adalah

faktor terpenting menentukan adakah sesuatu aktiviti dapat dilaksanakan dengan

lancar dan berjaya. Untuk menjayakan aktiviti ini bukanlah bergantung kepada

usaha seseorang sahaja, ia lebih memerlukan semangat sepasukan antara

rakan sejawat. Dalam proses menyediakan kertas kerja sehingga pelaksanaan

aktiviti, kita dapat mempelajari semangat berkerjasama antara rakan sejawat,

bertolak ansur dan tolong-menolong antara satu sama lain, berpeluang

berkomunikasi dengan rakan sejawat membuat perbincangan untuk

menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Selepas melaksanakan aktiviti kempen, kita dapati tidak kira hubungan

antara pelajar PPG dengan rakan sejawat atau antara pelajar PPG dengan

murid-murid menjadi lebih erat dan mesra. Ini merupakan satu pengalaman

manis yang di luar dugaan kita.

RUMUSAN

Melalui 4 peringkat BIG yang dilaksanakan, pelajar PPG telah

menjalankan pelbagai aktiviti secara kumpulan atau individu. Pengalaman yang

diperolehi amat dihargai terutamanya tentang prosedur-prosedur yang betul

untuk menjayakan sesuatu aktiviti. Pengalaman ini akan menjadi rujukan kepada

pelajar PPG pada masa depan semasa berkhidmat di sekolah masing-masing.

Ianya akan membantu meningkat tahap profesionalisme sebagai seorang guru

yang inovatif, kreatif, berkarisma dan berketrampilan.

Page 6: Laporan Tugasan 3 Big Peringkat 4

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua

pensyarah khasnya tutor Encik MOHD DAUD BIN YAMIN, pihak sekolah, pihak

IPGKTHO,ibubapa serta semua pihak yang telah memberikan tunjukajar,

panduan dan bimbingan sepanjang 4 tahun ini. Begitu juga dengan semua

pelajar PPG BCN 3 yang telah memberikan kerjasama dan berganding bahu

berusaha sehingga semua aktiviti BIG dapat dilaksanakan dengan lancar dan

berjaya.

Sekian, terima kasih.