laporan taklimat big peringkat 2 (1).docx

13
BIG PERINGKAT 2/PPG/LC/MT21/2013 PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara. YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Selaras dengan hasrat ini, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat serta komitmen untuk membentuk, memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji.

Upload: leslieting

Post on 02-Oct-2015

33 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

BIG PERINGKAT 2/PPG/LC/MT21/2013PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURUGuru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul.Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara.YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketikamembentangkanRancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi.Selaras dengan hasrat ini, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat serta komitmen untuk membentuk, memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji.Kursus Bina Insan Guru (BIG ) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Program ini direalisasikan dalam tiga fasa yang dilaksanakan ditempat masing masing dalam sepanjang tempoh pengajian.Melaluiaktiviti yang dirancang, pelajar dapatmengenal diri(real-self)dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehike arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersediadan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.Pelaksanaan Bina Insan Guru( BIG ) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usahapembinaan insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BIG PPG

Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Program BIG akan bermula dengan Peringkat 1- Perkhemahan I ( 45 Jam ) yang akan dilaksanakanpada semester ke dua dan ke tiga. 5 jam pertama di laksanakan di IPGK dan 40 jam lagi dilaksanakan secara berasaskan sekolah (school based).Fokus aktiviti Peringkat 1 ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar:

1.Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza.2.Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti3.Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.4.Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.5.Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai.6.Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.7.Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani ( spritual ) dan sosial.8.Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.9.Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan

LAPORAN TAKLIMAT BIG PERINGKAT 2TARIKH :24 Februari 2013

MASA :0800 hingga 1100 pagi

HARI :Ahad

TEMPATDewan Kenanga IPG Kampus Rajang, Bintangor.

KUMPULAN SASARAN:Pelajar PPG Kohort 1 Ambilan Jun 2011

UJUAN Taklimat Bina Insan Guru Peringkat 2

PENCERAMAH :Cik Wong Swe Lang

PERKARA YANG DITAKLIMATKAN : 1. BIG peringkat 2 ini hendaklah memmenuhi masa 20 jam.2. Wajib dikendalikan oleh pelajar PPG.3. Setiap aktiviti hendaklah dibuat laporan dan refleksi4. Berikut ialah antara aktiviti yang perlu dilakukan oleh para pelajar PPG:a. Laporan taklimat BIG peringkat 2b. Aktiviti kemasyarakatan (gotong-royong)c. Kelas tambahan untuk murid UPSRd. Ceramah teknik menjawab soalan UPSRe. Latihan Dalam Perkhidmatan f. Kem motivasi

CATATAN : Dalam taklimat ini Cik Swe Lang menyatakan bahawa para pelajar tidak perlu membuat rakaman video, tetapi mengambil gambar tidak kurang daripada sepuluh. Folio BIG peringkat dua ini hendaklah dihantar kepada pensyarah penilai kumpulan masing-masing pada bulan September 2013.

REFLEKSI TAKLIMAT BIG PERINGKAT 2:Pada 24 Februari 2013 yang lalu, saya bersama dengan rakan-rakan pelajar PPG Kohort 1 Ambilan Jun 2013 telah meghadiri satu taklimat Bina Insan Guru (BIG) Peringkat 2 yang ditempatkan di Dewan Kenanga Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang Bintangor. Taklimat ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 11.00 pagi. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Cik Wong Swe Lang. Dalam taklimat tersebut, beliau telah menyampaikan tentang perkara-perkara atau aktiviti-aktiviti yang perlu pelajar PPG Kohort 1 laksanakan utnuk memenuhi kriteria atau kredit masa BIG peringkat 2 ini. BIG peringkat kedua ini hendaklah dilaksanakan dalam masa 20 jam. Berikut adalah anata aktiviti-aktiviti yng perlu dilakukan oleh kami sebagai pelajar PPG:Selain itu juga Cik Wong Swe Lang juga telah memberitahu para pelajar PPG bahawa setiap aktiviti yang dilakukan hendaklah dibuat laporan dan refleksi. Dalam refleksi itu, para pelajar PPG dikehendaki menyatakan apa yang telah dipelajari oleh para pelajar daripada aktiviti berkenaan. Beliau juga menegaskan bahawa refleksi adalah merupakan satu item yang amat penting kerana refleksi itu merupakan fokus penilaian pensyarah penilai.Kekuatan :Taklimat ini telah dilaksanakan dengan menepati masa yang telah ditetapkan di dalam jadual. Perkara yang ingin disampaikan oleh pensayarah adalah jelas dan senang difahami oleh para pelajar PPG Kohort 1. Hasil daripada mengikuti taklimat BIG ini, saya telah memperolehi maklumat dan pengetahuan tentang perkara-perkara yang perlu saya lakukan semasa menyiapkan folio BIG peringkat 2 ini. Taklimat yang disampaikan oleh penceramah telah memberi gambaran yang amat jelas kepada saya mengenai tugasan yang perlu saya lakukan. Kelemahan:Penyampaian penceramah agak cepat, terutamanya bahan slaid yang tayangan sehingga para pelajar PPG tidak sempat membuat catatan tentang perkara-perkara penting BIG tersebut. Kelemahan yang kedua ialah, pensyarah tidak mengedarkan bahan bercetak kepada pelajar PPG. Ini telah menyukarkan kami untuk membuat tugasan kerana tiada bahan rujukan. Tambahan pula bukan semua perkara yang disampaikan melalui ucapan itu dapat dicatat semua atau dapat diingati semua. Oleh itu, apabila hendak membuat tugasan ini, kami agak kelam kabut dan terpaksa menghubungi rakan-rakan yang lain tentang perkara yang perlu di buat.Oleh itu, untuk menambahbaikan program ini, saya mencadangkan agar pihak IPG mengedarkan bahan rujukan atau panduan BIG ini kepada para pelajar PPG, supaya senang bagi kami membuat rujukan dan masa juga tidak banyak terbuang begitu sahaja.

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM