laporan program bina insan guru_refleksi(6)

Upload: vervain-junkoo

Post on 19-Oct-2015

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Refleksi BIG

TRANSCRIPT

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 6 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)SEMESTER 6AMBILAN JANUARI 2011

Gambar

Nama : NUR AFIQAH SUKUROpsyen: PISMP BM SEM 6No. Kad Pengenalan: 910625-12-5798No. Matrik: IPGKG/PISMP/BM/2011/01/014Tarikh BIG: 15 JULAI 20 SEPTEMBER 2013Tempat: S.K MUTIARA, KOTA KINABALU

PENGENALANProgram Bina Insan Guru (BIG) mula dilaksanakan pada tahun 2001 untuk memenuhi keperluan Latihan Perguruan Pra Perkhidmatan. Sukatan pelajaran yang disediakan ini menekan kepada unsur-unsur hidup bermoral dan beragama sebagai focus utama dalam proses pembinaan insane guru yang berpaksikan kepada prinsip Rukun Negara. Pembinaan insane guru adalah asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan Negara Bangsa.

Seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dalam Model Konseptual Pendidikan Guru, elemen-elemen intelek, jasmani, rohani dan emosi diberikan penekanan dalam proses pembentukan insane guru yang menyeluruh dan seimbang. Atas kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi.

Berdasarkan kepada rasional di atas, maka semua pelajar praperkhidmatan wajib mengikuti Program Bina Insan Guru sebagai satu syarat bagi melayakkan mereka ditauliahkan dengan Diploma Perguruan Malaysia.

Program ini mengandungi 3 tema utama:-1. Konsep dan ciri-ciri dalam Pembinaan Insan Guru.2. Pembangunan Insan guru3. Peranan dan tanggungjawab Insan Guru.Ketiga-tiga tema utama ini direalisasikan melalui satu pakej perkhemahan empat hari 3 malamMATLAMATProgram ini merupakan satu usaha pencetus, pembinaan insan guru yang berahlak mulia, bersemangat juang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta Negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.OBJEKTIFMelalui Program Bina Insan Guru ini pelajar dapat:-1. Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh pada ajaran agama.2. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan.3. Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental.4. Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan masyarakat.5. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan.6. Meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insane berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.

STRATEGI PERLAKSANAANPelaksanaan Program Bina Guru pada kali ini dijalankan secara berkumpulan. Sepertimana yang telah di taklimatkan oleh pensyarah pembimbing iaitu En. Ladius Emor kepada guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2011.Pada kali ini, pelakasanaan saya jalankan bersama rakan sekumpulan semasa menjalankan sesi praktikum iaitu Veleria Chung Siaw Len, Stiffi Elsi dan Jerry A/k Ambau. Pada kali ini, kami akan mengumpul maklumat tentang guru cemerlang di sekolah tempat kami mejalankan sesi praktikum iaitu SK Mutiara. Pada sesi kali ini kami menggunakan kaedah pelaksanaan seperti merujuk profil guru, temu bual dan pemerhatian.

REFLEKSI INDIVIDUPada 15hb Julai 2013, merupakan bermulanya sesi praktikum fasa II bagi semua guru pelatih di setiap IPG yang terdapat di Malaysia. Praktikum pada kali ini, akan dilaksanakan di Sk Mutiara, Kota Kinabalu dan saya tidak melaksanakan secara individu bahkan bersama dengan rakan saya iaitu Veleria Chung Siaw Len, Stiffi Elsie dan Jerry A/k Ambau. Kami telah bekerjasama dengan sakasama di sepanjang sesi praktikum pada kali ini. Oleh yang demikian, dikesempatan ini kami secara tidak lansung juga akan melaksanakan satu tugasan yang telah diberikan di bawah kursus WAJ 3114 Bina Insan Guru.

Pada kali ini, tugasan yang diberikan adalah untuk mengumpul maklumat mengenai guru cemerlang di sekolah. Oleh itu, kami berempat memutuskan untuk memilih sekolah tempat kami melaksanakan praktikum. kami berempat juga telah memutusakan untuk menemubual guru cemerlang di SK Mutiara itu sendiri dan guru itu ialah Puan Estar @ Esther Gidau. Beliau merupakan guru cemerlang sekolah ini, dan sentiasa mendapat pujian daripada guru besar. Kami memilih Cikgu Esther ini juga kerana guru besar sekolah ini sendiri yang mencadangkan beliau kerana sumbangan beliau amat memberikan kesan sehinggakan beliau mendapat anugerah guru cemerlang. Oleh itu, kami telah membuat pembahagian tugas secara adil dan saksama.

Berikut merupakan serba sedikit maklumat tentang beliau. Nama penuh beliau ialah, Estar @ Esther Gidau. Bangsa Dusun dan berasal dari Kota Belud, Sabah. Agama Kristian. Lahir pada 27 Mei 1968. Kelayakan akademik ialah Diploma Pendidikan Malaysia. Gred DG A34 dan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Seni Visual dan Matematik. Permulaan pekerjaan beliau dalam dunia perguruan di SK Pekan 1, Ranau (1991-1997), SRK Lok Yuk (1997-1998), SK Kepayan (1998-2000) dan SK Mutiara (2000-hingga kini). Beliau mendapat anugerah cemerlang pada Januari 2006. Di sepanjang perkhidmatan beliau, pelbagai jenis aktiviti yang telah beliau lakukan termasuklah inovasi Program Buddy Stops, iaitu; Bermain sambil belajar Permainan moden Lebih kepada permainan tradisional (ketingting, congkak, tarik upih) Sasaran: Murid baru yang kurang minat belajar Pembimbing rakan sebaya - Murid cerdas mengajar murid lemah Objektif: a) Meningkatkan motivasi murid belajarb) Meningkatkan prestasi pembelajaranc) Menarik minat murid datangke sekolahd) Menonjolkan murid terpinggire) Mencungkil bakat murid Semasa bermain, murid telah belajar secara tidak langsung (mengira mata dalam congkak).

Semasa sesi temu bual dengan beliau, kami juga telah bertanya tentang apakah ciri-ciri dinilai untuk mendapatkan anugerah guru cemerlang. Menurut beliau, guru cemerlang itu dinilai dari aspek kreatif dan kritis serta inovatif dalam menganjurkan aktiviti atau program inovasi untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran agar murid sentiasa bersemangat untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru tersebut perlu bebas dari tindakan tatatertib, mendapat sokongan dari pihak pentadbir, sentiasa melaksanakan tugas-tugas harian, kehadiran yang baik, ketepatan masa yang perlu dipatuhi dan tidak pernah dilanggar, sentiasa menghantar buku rekod mengajar setiap minggu, dan yang paling penting sekurang-kurangnya satu Anugerah Perkhimatan Cemerlang (90 markah ke atas) dalam tahun terdekat. Dan cara penilaian guru cemerlang ialah dengan menyemak dokumentasi dalam tempoh 3 tahun terkini. Penilaian atau pencerapan pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada laihan murid, keputusan dan kemajuan murid. Sesi temu bual guru dan murid.

Selain itu juga, kami ada bertanyakan apakah tugas-tugas yang beliau pikul sepanjang beliau menjadi guru dan menjadi tonggak beliau mendapat anugerah guru cemerlang. Menurut beliau, beliau telah menjadi guru pembimbing atau mentor untuk guru-guru baru dan guru pelatih yang masih memerlukan bimbingan. Pernah dijemput oleh PPD ke sekolah lain untuk membantu meningkatkan prestasi murid. Sentiasa mendapat tawaran dari PPD untuk memberi kursus. Oleh itu, jenis anugerah yang beliau terima ialah kenaikan gred ke DG A34 dan kenaikan gaji.

LAMPIRAN

Gambar (a) sesi temu bual bersama Cikgu Esther.

Gambar (b) Cikgu Esther memberi maklumat tentang profil beliau.

Gambar (c i,ii) sesi soal jawab berkaitan dengan perkhidmatan beliau dalam dunia perguruan.

PENUTUP

Oleh yang demikian, secara kesimpulannya bagi pandangan saya ialah guru cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan. Oleh yang demikian, daripada perkongsian ini saya dapat serba sedikit gambaran dan garis panduan untuk diri saya apabila menjadi guru sebenar kelak. Tanggungjawab seorang guru bukanlah senang seperti membuka kulit kacang dan terus memasukkan dalam mulut akan tetapi ianya seperti sebuah hamparan kain putih yang perlu di corak tanpa ada sebarang kreativiti dalam seni visual.

Disediakan oleh Disemak oleh

( NUR AFIQAH SUKUR )( )Pelajar PISMP Semester 6Ambilan Januari 2011