laporan bina insan guru sem 6

8
LAPORAN BINA INSAN GURU – BENCH MARK SEMESTER 6/2013 Pada hari Rabu yang lepas iaitu pada 3 Julai 2013, kami guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Matematik telah menjalankan Program Bina Insan Guru yang merupakan salah satu program wajib yang perlu dilaksanakan pada semester ini. Program ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kayang, Kangar, Perlis dengan disertai seramai 21 orang guru pelatih serta 5 orang pensyarah daripada Jabatan Matematik. Objektif Program Bina Insan Guru bagi semester kali ini ialah Lawatan Bench Mark iaitu dengan menjalankan satu sesi temubual atau interaksi bersama Guru Cemerlang Matematik di sekolah tersebut. Sebelum bertolak, kami telah berkumpul di perkarangan IPG Kampus Sultan Abdul Halim bagi memastikan bilangan guru pelatih mencukupi dan menyemak semula keperluan-keperluan yang perlu dibawa bersama bagi menjayakan program BIG kali ini. Kami bertolak ke Sekolah Kebangsaan Kayang tepat jam 8 pagi dari IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Kami tiba di Sekolah Kebangsaan Kayang tepat jam 9.30 pagi. Walaupun perjalanan kami dalam keadaan cuaca hujan yang lebat, namun Alhamdulillah kami sampai dengan selamat sementara cuaca juga turut kembali cerah. Setibanya di sekolah tersebut, kami

Upload: nadya-nerdy

Post on 01-Dec-2015

37 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Bina Insan Guru Sem 6

LAPORAN BINA INSAN GURU – BENCH MARK

SEMESTER 6/2013

Pada hari Rabu yang lepas iaitu pada 3 Julai 2013, kami guru pelatih Program

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Matematik telah menjalankan Program Bina

Insan Guru yang merupakan salah satu program wajib yang perlu dilaksanakan pada

semester ini. Program ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kayang, Kangar,

Perlis dengan disertai seramai 21 orang guru pelatih serta 5 orang pensyarah daripada

Jabatan Matematik.

Objektif Program Bina Insan Guru bagi semester kali ini ialah Lawatan Bench

Mark iaitu dengan menjalankan satu sesi temubual atau interaksi bersama Guru

Cemerlang Matematik di sekolah tersebut.

Sebelum bertolak, kami telah berkumpul di perkarangan IPG Kampus Sultan

Abdul Halim bagi memastikan bilangan guru pelatih mencukupi dan menyemak semula

keperluan-keperluan yang perlu dibawa bersama bagi menjayakan program BIG kali ini.

Kami bertolak ke Sekolah Kebangsaan Kayang tepat jam 8 pagi dari IPG Kampus

Sultan Abdul Halim.

Kami tiba di Sekolah Kebangsaan Kayang tepat jam 9.30 pagi. Walaupun

perjalanan kami dalam keadaan cuaca hujan yang lebat, namun Alhamdulillah kami

sampai dengan selamat sementara cuaca juga turut kembali cerah. Setibanya di

sekolah tersebut, kami telah disambut dengan begitu baik oleh Guru Besar sekolah itu

sendiri bersama beberapa lagi guru yang lain. Kami juga diberi taklimat ringkas tentang

tujuan lawatan kami pada hari ini. Kemudian, kami terus dibawa ke bilik Pusat Kegiatan

Guru.

Guru Besar telah memberi sedikit ucapan sebelum bermulanya interaksi

bersama Guru Cemerlang Matematik sekolah tersebut. Beliau sangat mengalu-alukan

kedatangan kami ke sekolah tersebut. Beliau turut menceritakan serba sedikit yang

berkaitan dengan Sekolah Kebangsaan Kayang. Dalam ucapan yang diberikan juga,

Page 2: Laporan Bina Insan Guru Sem 6

beliau banyak menceritakan pengalaman-pengalaman yang telah dilaluinya sewaktu

beliau mula melangkah untuk berkhidmat sebagai seorang guru. Beliau juga banyak

memberi kata-kata semangat dan sedikit nasihat kepada kami untuk tidak berputus asa

dan berani menimba pengalaman baru untuk mengajar di kawasan pedalaman.

Selepas itu, bermulalah temubual dan interaksi bersama Guru Cemerlang

Matematik Sekolah Kebangsaan Kayang iaitu Encik Nasyarudin. Beliau telah

memegang jawatan Guru Cemerlang dalam tempoh yang agak lama dan beliau sangat

berpengalaman. Encik Nasyarudin memulakan interaksinya dengan menceritakan latar

belakang serta pengalaman, liku-liku yang telah beliau lalui sepanjang tempoh beliau

berkhidmat sebagai seorang guru sehinggalah pada waktu sekarang.

Dalam interaksi bersama Guru Cemerlang Matematik itu iaitu Encik Nasyarudin,

beliau telah menekankan satu kaedah bagi menerapkan kemahiran berfikir dalam

pengajaran dan pembelajaran. Beliau menggunakan empat langkah iaitu :

Fahami soalan dan kehendak soalan

Menentukan operasi yang terlibat

Menjalan operasi yang telah dipilih

Menyemak semula jawapan

Beliau juga telah memperkenalkan beberapa lagi kaedah atau formula bagi topik

pengajaran Matematik yang telah dibina dan direka oleh beliau sendiri.

Dalam masa yang sama sewaktu sesi interaksi ini berlangsung, beberapa orang

pensyarah telah mengadakan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bersama Guru Besar

dan beberapa orang lagi guru di sekolah tersebut. Mereka menjalankan LDK di dalam

makmal komputer dan LDK yang dijalankan adalah untuk memperkenalkan dan

berkongsi beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam P&P Matematik.

Alhamdulillah, segalanya telah berjalan dengan baik dan lancar. Progaram ini

berakhir pada jam 2 petang. Banyak ilmu baru yang telah kami timba dan perolehi

daripada interaksi bersama ini. Harapan saya ialah semoga kami dapat

Page 3: Laporan Bina Insan Guru Sem 6

mengaplikasikan ilmu yang kami perolehi ini dalam menjalani praktikum dan juga

sebagai seorang guru di sekolah kelak.

KEKUATAN

Program berjalan dengan baik dan lancar

Kerjasama dari kedua-dua belah pihak sangat baik

Guru Cemerlang memberi respon terhadap setiap soalan yang ditanyakan

Banyak perkara dan ilmu baru yang diperolehi dan boleh diaplikasikan sebagai

seorang guru kelak

KELEMAHAN

Pengurusan masa yang kurang memuaskan dari pihak guru pelatih dan telah

menyebabkan program bermula sedikit lambat

Kurang penyediaan soalan-soalan untuk ditanya kepada Guru Cemerlang

Matematik

Terdapat beberapa perkara yang kurang dipersetujui dengan jawapan yang

diberikan oleh Guru Cemerlang

PENAMBAHBAIKKAN

Guru pelatih perlu lebih berdisiplin dan bijak dalam menguruskan masa

Guru pelatih perlu menyediakan dan meyiapkan lebih banyak lagi soalan-soalan

yang ingin ditanyakan kepada Guru Cemerlang Matematik – gunakan peluang

seperti ini sebaiknya untuk menimba ilmu dari orang lebih berpengalaman

Guru pelatih perlu bijak memilih dan menggunakan cara serta teknik yang

bersesuaian dengan keperluan murid. Guru pelatih juga perlu banyak membuat

bacaan dan bertanyakan kepada guru-guru yang berpengalaman.

Page 4: Laporan Bina Insan Guru Sem 6

Tiba di Sekolah Kebangsaan Kayang

Sesi interaksi bersama Guru Cemerlang SK Kayang

LDK Pensyrah Matematik bersama guru-guru

Page 5: Laporan Bina Insan Guru Sem 6

Cenderahati daripada pihak IPG kepada Guru Besar SK Kayang

Cenderahati daripada pihak SK Kayang kepada wakil guru pelatih

Sesi bergambar bersama warga IPG KSAH bersama warga SK Kayang

Page 6: Laporan Bina Insan Guru Sem 6

LAPORAN

BINA INSAN

GURU

(BIG)

- BENCH MARK-

Page 7: Laporan Bina Insan Guru Sem 6

SEMESTER

6/2013

Oleh : Nurul Nadiah bt Fauzi