laporan bina insan guru fasa v

9
PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V 5 PISMP AMBILAN JANUARI 2013 IPGKRM SJKT PORT DICKSON, 71000 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN. (23 APRIL 2015) LAPORAN LAWATAN ‘BENCHMARKING’ Pada 23 April 2015 bersamaan dengan hari Khamis, Kami telah mengadakan benchmarking ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Port Dickson, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan. Lawatan Benchmarking untuk BIG Fasa 5 ini merupakan lawatan yang menumpukan kepada sekolah cemerlang dan juga sekolah harapan.Program ini menekankan pemerhatian terhadap kepimpinan, pengurusan, iklim dan infrastruktur di sekolah tersebut.Lawatan ini amat membantu dalam memberi pendedahan kepada kami, bakal guru, tentang gerak kerja dalam pengurusan di sekolah dengan lebih jelas serta dapat memberi gambaran awal tentang tugas guru. Sekolah ini menjadi pilihan kami dalam menjalankan program penanda aras kerana sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah Tamil di seluruh negara yang menjadi perintis program I-think. Kami diberitahu pihak sekolah bahawa daripada 10 buah sekolah yang dipilih di seluruh negara, hanya sekolah ini merupakan sekolah Tamil yang dipilih. Kami telah menjalankan program penanda aras ini semasa menjalani praktikum di sekolah kerana lebih mudah untuk mendapatkan maklumat dan sesungguhnya laporan yang dinyatakan adalah autentik. Dalam menjalankan program ini, kami telah meminta kebenaran daripada pihak sekolah iaitu Guru Penolong Kanan 1 kami. Setelah mendapatkan kebenaran, kami telah berjumpa dengan guru I-think, Cik.Sri Jeyanthi untuk mendapatkan maklumat tentang program tersebut. Beliau telah banyak membantu kami dalam menjalankan program ini dengan member penjelasan tentang program I-think dan cara-cara I-think diaplikasikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Upload: praveennaidu

Post on 15-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Laporan Bina Insan GuruBIGFasa 5Sem 5Sekolah perintis i-think

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Bina Insan Guru Fasa V

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V

5 PISMP AMBILAN JANUARI 2013 IPGKRM

SJKT PORT DICKSON,

71000 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN.

(23 APRIL 2015)

LAPORAN LAWATAN ‘BENCHMARKING’

Pada 23 April 2015 bersamaan dengan hari Khamis, Kami telah mengadakan

‘benchmarking’ ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Port Dickson, 71000 Port

Dickson, Negeri Sembilan. Lawatan ‘Benchmarking’ untuk BIG Fasa 5 ini merupakan

lawatan yang menumpukan kepada sekolah cemerlang dan juga sekolah

harapan.Program ini menekankan pemerhatian terhadap kepimpinan, pengurusan,

iklim dan infrastruktur di sekolah tersebut.Lawatan ini amat membantu dalam

memberi pendedahan kepada kami, bakal guru, tentang gerak kerja dalam

pengurusan di sekolah dengan lebih jelas serta dapat memberi gambaran awal

tentang tugas guru.

Sekolah ini menjadi pilihan kami dalam menjalankan program penanda aras

kerana sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah Tamil di seluruh negara yang

menjadi perintis program I-think. Kami diberitahu pihak sekolah bahawa daripada 10

buah sekolah yang dipilih di seluruh negara, hanya sekolah ini merupakan sekolah

Tamil yang dipilih. Kami telah menjalankan program penanda aras ini semasa

menjalani praktikum di sekolah kerana lebih mudah untuk mendapatkan maklumat

dan sesungguhnya laporan yang dinyatakan adalah autentik.

Dalam menjalankan program ini, kami telah meminta kebenaran daripada

pihak sekolah iaitu Guru Penolong Kanan 1 kami. Setelah mendapatkan kebenaran,

kami telah berjumpa dengan guru I-think, Cik.Sri Jeyanthi untuk mendapatkan

maklumat tentang program tersebut. Beliau telah banyak membantu kami dalam

menjalankan program ini dengan member penjelasan tentang program I-think dan

cara-cara I-think diaplikasikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Page 2: Laporan Bina Insan Guru Fasa V

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program I-think yang dijalankan di

sekolah, kami telah membuat lawatan ke beberapa kelas dan juga kawasan sekolah.

Memang wajar dikatakan sekolah tersebut merupakan sekolah perintis kerana guru-

guru mengaplikasikan carta-carta pemikiran seperti “Bridge map”, “Tree Map” dan

lain-lain lagi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Kebanyakan aktiviti

berkumpulan di sekolah dijalankan dengan menyerapkan elemen i-Think agar murid

tahu akan kegunaan setiap carta pemikiran. Setelah menjalankan lawatan kekelas-

kelas kami juga telah melawat ke bangunan-bangunan sekolah seperti

perpustakaan, bilik ICT, bilik prasekolah, bilik pemulihan, bilik BBM, bilik guru dan

akhir sekali bilik mesyuarat. Kesemua bilik di sekolah ini dipenuhi dengan carta

pemikiran I-think untuk member pendedahan kepada semua guru dan juga murid.

Kemudian, sesi penyampaian cenderamata telah diadakan bagi mengakhiri

sesi tersebut. Setelah itu, kami dibawa oleh Encik Ramasamy untuk melihat sekitar

kawasan sekolah. Walaupun sekolahnya agak kecil, fasiliti-fasiliti yang terdapat di

sekolah dapat menampung keperluan 400 orang murid. Sekolah tersebut juga

mempunyai kelas Pendidikan Khas khususnya Masalah Pembelajaran. Akhir sekali,

kami telah mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dalam menjalankan

program penanda aras ini.

Page 3: Laporan Bina Insan Guru Fasa V

ISU / MASALAH (jika ada)

Lawatan ini telah berjalan dengan lancer dan tiada sebarang gangguan atau

masalah yang berlaku.

ANALISIS SWOT

I. KEKUATAN

• Kami dapat mengetahui serba sedikit mengenai sistem pentadbiran

sekolah dan mendalami pengurusan sesebuah sekolah

secara lebih efektif dan terancang.

• Guru pelatih dapat menjana idea tentang pelbagai jenis aktiviti yang boleh

dirancang untuk murid-murid.

II. KELEMAHAN

• Tidak berpeluang untuk bertanyakan soalan kepada Guru Besar semasa

beliau sedang berucap.

• Tidak ada kesempatan untuk bertemu dengan Guru Panel Bahasa Inggeris

dan juga murid-murid.

• Tidak ada sesi soal jawab antara guru pelatih dan Guru Besar semasa beliau

berucap.

III. PELUANG

• Berpeluang untuk melawat sekolah kluster kecemerlangan dan mengetahui

pengurusan dan pentadbiran sekolah tersebut.

• Memberi pendedahan tentang ciri-ciri kepimpinan, pengurusan dan

pentadbiran, iklim serta infrastruktur sebuah sekolah kluster.

IV. ANCAMAN

• Lawatan ini tidak memberikan sebarang ancaman yang berbahaya kepada

guru pelatih.

Page 4: Laporan Bina Insan Guru Fasa V

Refleksi kendiri

Praveen Naidu A/L Kalai Selvem

911110-01-6319

Bersyukur saya kepada Tuhan kerana saya dapat mengikuti disamping

menjalankan Bina Insan Guru Fasa 5 yang telah diadakan pada 23 April 2015

bertempat di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Port Dickson. Matlamat utama kami

ialah melihat dan merasai sendiri bahagaimana pengurusan dan suasana sekolah ini

sehingga memperoleh status sekolah perintis i-think. Saya mengambil kesempatan

ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Bahagian Pendidikan Guru yang

merancang program seumpama ini untuk membina insan seorang guru dalam diri

bakal pendidik. Disamping itu saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada pihak sekolah yang banyak memberi tunjuk ajar berkenaan dengan

pengurusan sekolah. Tidak dilupa kepada mentor kami iaitu Puan Seethradevi dan

En Rohaizad yang memberi tunjuk ajar kepada kami untuk mengadakan program ini.

Menerusi program ini, banyak kekuatan(strength), kelemahan(weakness),

peluang penambahbaikan (oppurtunity) serta ancaman(threat) yang terpaksa

dihadapi. Antara kekuatan yang boleh saya lihat semasa menjalankan program ini

adalah kami dapat mengetahui serba sedikit mengenai sistem pentadbiran

sekolah dan mendalami pengurusan sesebuah sekolah

secara lebih efektif dan terancang.

Bagi kelemahan yang boleh dilihat sepanjang program ini pula, kesibukan

pihak sekolah dengan aktiviti sekolah telah mengakibatkan kami terpaksa memantau

kawasan sekolah tanpa sebarang bimbingan daripada pihak sekolah. Ini

menyebabkan kami tidak dapat melihat aspk-aspek yang kecil terhadap

pembangunan dan pengurusan sekolah yang kecil yang mana berkemungkinan

besar merupakan aspek yang penting untuk kami pelajari dari pihak sekolah. Bagi

aspek penambahbaikkan pula, saya melihat bahawa sebarang kelemahan atau

kekurangan yang pihak sekolah telah lakukan dapat dijadikan sebagi peluang untuk

ditambahbaik bagi memantapkan lagi aspek pengurusan sekolah.

Page 5: Laporan Bina Insan Guru Fasa V

Oleh yang demikian , program Bina Insan Guru ini sememangnya mampu

membantu guru pelatih untuk membentuk kependirian sebagai seorang guru yang

baik. Ini kerana segala ilmu yang diperolehi daripada program ini boleh dijadikan

sebagai teladan ketika berada di sekolah kelak bagi membawa perubahan dari

aspek pengurusan sekolah seperti apa yang dipegang oleh guru besar Sekolah

Jenis Kebangsaan (Tamil) Port Dickson yang memegang prinsip Transformasi yang

Berterusan. Saya juga berharap agar program ini akan terus dijalankan bagi

membentu guru yang berkualiti di masa hadapan.

Disediakan oleh,

________________(Praveen Naidu)

Page 6: Laporan Bina Insan Guru Fasa V

Refleksi kendiri

KANNAH A/L SURESH

931215-14-6185

Saya Kannah A/L Suresh dari Unit TESL (SJKT) telah berjaya mengambil

bahagian dan menjalani program penanda aras dalam Bina Insan Guru di semester

5 PISMP. Pada tanggal 24 April 2015, saya dan rakan seperjuangan saya

En.Praveen Naidu telah menjalankan program penanda aras iaitu Lawatan

Benchmarking di SJKT Port Dickson. Awal mula pertama mula, ingin saya

mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua tutor kami yang telah

membantu, mengajar dan memberi panduan sepanjang kami menjalani aktiviti ini.

SEBELUM BIG

Pertama sekali, kami telah berbincang dengan pihak sekolah SJKT Port

Dickson bagi melaksanakan aktiviti ini dengan lancar. Dalam perjumpaan dengan

GPK 1,kami menetapkan tarikh dan masa dan mengagihkan tugasan masing-

masing. Tutor kami telah memberi nasihat dan bimbingan dari semasa ke semasa

supaya kami dapat menjayakan program ini dengan baik.

SEMASA BIG

Pada hari berkenaan, kami telah ke SJKT Port Dickson. Seterusnya, pihak

sekolah memberi taklimat tentang tugasan yang perlu dibuat. Guru Penolong Kanan

memberi kebenaran kepada kami untuk melawat kawasan sekolah dan bilik darjah.

Kami telah menjalankan lawatan ke bilik darjah dan juga bilik-bilik di sekolah

seperti bilik ICT, bilik pemulihan, perpustakaan dan lain-lain lagi. Semasa

Page 7: Laporan Bina Insan Guru Fasa V

menjalankan lawatan, kami juga berkesempatan mengambil gambar sebagai beban

bukti.

SELEPAS BIG

Kami sangat berharap bahawa tujuan program ini dapat dicapai dengan

sepenuhnya dan berpeluang dalam mengetahui tentang sekolah perintis I-think.

Selepas program ini dijalankan , kami berbincang perkara yang kurang memuaskan

dan cadangan penambahbaikan bersama tutor. Kami berbincang beberapa perkara

penting.

Membentuk modal insan yang berguna bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh

itu, setiap bakal guru perlu mengisi sepenuhnya ilmu di minda agar dapat

menjalankan tugas seorang pendidik dengan jayanya. Pengalaman sesuatu

peristiwa juga menjadikan manusia lebih berpengetahuan dan berjaya dalam

kehidupan. Ilmu dan pengalaman adalah asas bagi setiap guru melaksanakan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, kemahiran menyampai

(komunikasi), bekerjasama , bertolak ansur, disiplin dan nilai-niali lain juga harus ada

dalam diri seseorang guru yang ingin berjaya. Sesungguhnya, program ini telah

memberi secukup-cukup pengalaman yang agak berharga dan menerapkan nilai-

nilai yang penting untuk menerapkan elemen I-think dalam pengajaran dan

pembelajaran kami.

Dengan mengikuti Program BIG fasa 5, saya memperoleh banyak

pengalaman dan input yang berguna. Saya sangat bersyukur dan gembira kerana

berpeluang mengikuti program ini. Segala input yang saya dapat akan saya gunakan

Page 8: Laporan Bina Insan Guru Fasa V

dalam kehidupan seharian terutamanya semasa bergelar sebagai guru kelak. Ahkir

sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat

secara langsung mahupun tidak langsung.

Disediakan oleh,

________________

(Kannah A/L Suresh)