laporan amali 3

4
LAPORAN AMALI MASAKAN 3 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia-Nya amali ketiga dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya. Pada amali kali ini, saya dan rakan sekerja saya diminta untuk memasak dua jenis hidangan iaitu kek cawan dan biskut kacang. Bagi menghadapi amali ketiga, kami telah menyelidik beberapa laman sesawang untuk mengenal pasti beberapa resepi yang difikirkan perlu untuk inovasi terhadap resepi sedia ada. Pada masa yang sama, kami juga meneliti kaedah-kaedah yang sesuai untuk memasak kedua-dua hidangan tersebut di samping mempelajari serba sedikit mengenai tips untuk mendapatkan hidangan yang sempurna tanpa mencacatkan tekstur, rupa dan rasa hidangan kami. Pada awal pagi, kami didedahkan dengan sedikit nota yang disampaikan oleh Puan Suzana binti Mohamed. Beliau juga sering mengingatkan kami supaya menjaga tatatertib dan etika ketika berada di dalam bengkel masakan. Kami juga sentiasa mengajukan beberapa soalan kepada beliau sekiranya kami menghadapi masalah atau kemusykilan berhubung dengan cara-cara untuk menyediakan doh, proses ketika membakar, meletakkan aising di atas kek dan lain-lain. Pada masa yang sama, kami dapat bertukar-tukar pandangan serta pendapat tentang inovasi terhadap resepi sedia ada. Sebelum memasak, kami dikehendaki untuk memerika segala alatan memasak di unit masing-masing. Setelah ianya selesai, kami diminta untuk mengambil bahan-bahan mengikut kuantiti

Upload: hairileqhwan-firdaus

Post on 23-Oct-2015

21 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

laporan masakan

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Amali 3

LAPORAN AMALI MASAKAN 3

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia-Nya

amali ketiga dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya. Pada amali kali ini, saya

dan rakan sekerja saya diminta untuk memasak dua jenis hidangan iaitu kek cawan

dan biskut kacang.

Bagi menghadapi amali ketiga, kami telah menyelidik beberapa laman

sesawang untuk mengenal pasti beberapa resepi yang difikirkan perlu untuk inovasi

terhadap resepi sedia ada. Pada masa yang sama, kami juga meneliti kaedah-

kaedah yang sesuai untuk memasak kedua-dua hidangan tersebut di samping

mempelajari serba sedikit mengenai tips untuk mendapatkan hidangan yang

sempurna tanpa mencacatkan tekstur, rupa dan rasa hidangan kami.

Pada awal pagi, kami didedahkan dengan sedikit nota yang disampaikan oleh

Puan Suzana binti Mohamed. Beliau juga sering mengingatkan kami supaya

menjaga tatatertib dan etika ketika berada di dalam bengkel masakan. Kami juga

sentiasa mengajukan beberapa soalan kepada beliau sekiranya kami menghadapi

masalah atau kemusykilan berhubung dengan cara-cara untuk menyediakan doh,

proses ketika membakar, meletakkan aising di atas kek dan lain-lain. Pada masa

yang sama, kami dapat bertukar-tukar pandangan serta pendapat tentang inovasi

terhadap resepi sedia ada.

Sebelum memasak, kami dikehendaki untuk memerika segala alatan

memasak di unit masing-masing. Setelah ianya selesai, kami diminta untuk

mengambil bahan-bahan mengikut kuantiti yang telah terkandung di setiap resepi.

Kami saling bekerjasama untuk mempercepatkan proses mengambil bahan dengan

cara mengambil dan menyemak. Hasilnya, kami dapat menghabiskan dalam masa

yang singkat. Aspek kebersihan amat dititikberatkan ketika memasak. Puan Suzana

telah memberitahu kami tentang aspek tersebut kerana ianya akan diambil kira

ketika amali sebenar yang akan diadakan tidak lama lagi. Jadi, waktu ini merupakan

waktu yang amat sesuai untuk kami supaya dapat menyesuaikan diri dalam bengkel

dan mengutamakan ciri-ciri seperti kebersihan, kekemasan, pengurusan masa dan

sebagainya.

Page 2: Laporan Amali 3

Proses memasak dimulakan dengan menyediakan hidangan kek cawan. Kami

cuba untuk menuruti segala langkah yang telah disertakan dalam resepi sedia ada.

Pensyarah kami sering memberikan bimbingan melalui kaedah tunjuk cara dan

demonstrasi. Lantas, kami memahaminya dengan mudah dan cuba mengikut apa

yang telah ditunjukkan olehnya. Kami membahagikan tugas kepada dua jenis iaitu

tugas A (menyediakan kek) dan tugas B (menyediakan aising).

Tugas A dimulakan dengan memanaskan ketuhar dengan suhu 180 darjah

Celsius. dua tin pembakar dialaskan dengan kertas minyak dan digriskan. Tepung

diayak bersama serbuk penaik. mentega dan gula dimasukkan ke dalam mangkuk

mesin pengadun kek dan dipukul sehingga kembang. Kemudian, telur dimasukkan

sebiji demi sebiji di samping esen vanilla dan dipukul sebati. Setelah dipukul

sehingga sebati, adunan tersebut dikaupbalikkan dengan kaedah kaup balik nombor

8. Sejurus selepas ianya dikaupbalikkan, adunan tesebut dituang ke dalam dua tin

pembakar yang telah dialas dan digriskan. Adunan dibakar selama 20-30 minit dan

disejukkan sementara. Kek yang telah siap dibakar akan disapukan jem pada satu

kek dan letakkan satu kek lagi di atasnya.

Tugas B pula dimulakan dengan mencampurkan kesemua bahan dan dipukul

sehingga lembut dan gebu. Selepas itu, masukkan adunan ke dalam piping bag.

Simpan piping bag di dalam peti ais anggaran 15-20 minit. Apabila siap disejukkan,

hiaskan kek yang telah siap dibakar dengan aising tersebut yang telah dimasukkan

ke dalam piping bag. Masukkan kesemua kek yang telah dihiaskan dengan aising ke

dalam peti ais supaya adunan cream cheese mengeras.

Terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikenal pasti. Kami menghadapi

masalah sewaktu membakar kek cawan. Kekurangan peralatan seperti ketuhar telah

memaksa kami untuk menunggu giliran untuk membakarnya. Disebabkan itu, masa

perancangan kerja saya sedikit terganggu. Tambahan lagi, kek yang telah

ditetapkan masanya tidak masak, dan terpaksa menambah sedikit masa untuk

dibakar semula. Jadi, proses kerja agak terencat dan menyebabkan pengurusan

masa kami kurang baik. Selain itu, kami juga menghadapi masalah dari segi

komunikasi. Kadang kala saya dan rakan sekerja saya silap faham apabila ingin

menyediakan hidangan. Tetapi, masalah ini dapat diatasi dengan segera apabila

kami merujuk semula resepi yang telah disediakan. Di samping itu, hasil hidangan

Page 3: Laporan Amali 3

kami juga ditegur oleh pensyarah. Menurut beliau, terdapat hidangan yang hampir

hangus dan masih belum dianggap sebagai telah dibakar dengan sempurna. Ini

perlu diperbaiki dengan segara supaya kesilapan seperti ini tidak diulangi pada amali

individu.

Secara keseluruhannya, proses amali kami pada kali ini berjaya membuktikan

bahawa kami mampu untuk memasak dengan baik tetapi masih perlu diperbaiki dan

diberi bimbingan oleh pensyarah. Beliau amat berpuas hati terhadap hasil yang telah

disediakan dan mengharapkan kami supaya melakukan yang lebih pada masa akan

datang.