laporan amali memasak

29
1 PENGHARGAAN Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya, dapat kami menyelesaikan tugasan amali penyediaan menu hidangan sepinggan lengkap ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Cik Nur Amilin Binti Abdul Halim,tenaga pengajar kursus Kaedah Mengajar (KPD 4046) di atas kesudian beliau menyampaikan ilmu dan memberi tujuk ajar kepada kami dalam penyediaan menu hidangan sepinggan lengkap.Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembantu Cik Nur Amilin iaitu En. Fuad dan En. Hazwan kerana sudi membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami dalam amali memasak. Penghargaan ini ditujukan juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses penyediaan laporan amali memasak Menu Hidangan Sepinggan Lengkap ini berjalan.

Upload: nor-amani-wonderland

Post on 05-Dec-2014

1.237 views

Category:

Documents


67 download

DESCRIPTION

Draf

TRANSCRIPT

Page 1: laporan amali memasak

1

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi

dengan limpah dan kurniaNya, dapat kami menyelesaikan tugasan amali penyediaan menu

hidangan sepinggan lengkap ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh

penghargaan kepada Cik Nur Amilin Binti Abdul Halim,tenaga pengajar kursus Kaedah

Mengajar (KPD 4046) di atas kesudian beliau menyampaikan ilmu dan memberi tujuk ajar

kepada kami dalam penyediaan menu hidangan sepinggan lengkap.Kami juga ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembantu Cik Nur Amilin iaitu En. Fuad dan En.

Hazwan kerana sudi membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami dalam amali

memasak.

Penghargaan ini ditujukan juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu secara

langsung atau tidak langsung sepanjang proses penyediaan laporan amali memasak Menu

Hidangan Sepinggan Lengkap ini berjalan.

Page 2: laporan amali memasak

2

1.0 PENGENALAN

Pengambilan makanan mengikut diet yang seimbang merupakan satu kaedah yang

boleh menjamin kesihatan fizikal, mental, dan emosi yang baik untuk jangka masa yang

panjang. Penting bagi kita mengambil diet yang dapat membekalkan nutrien seperti

karbohidrat, lemak, protein,vitamin, dan garam mineral. Setiap individu biasanya mengambil

tiga jenis makanan utama, iaitu sarapan, makan tengah hari, dan makan malam. Hidangan

sepinggan lengkap pula ialah satu hidangan yang seimbang dan mengandungi semua jenis

nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. Nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak,

vitamin dan garam mineral terdapat dalam satu hidangan dengan kadar yang berpatutan.

Biasanya hidangan ini disediakan dalam satu pinggan dan satu mangkuk. Contohnya nasi

ayam, di mana nasinya dihidangkan di dalam pinggan dan kuahnya pula dalam mangkuk

yang berasingan.

Hidangan sepinggan lengkap boleh dihidangkan sebagai hidangan utama atau

hidangan sampingan. Kelebihan hidangan ini ialah mempunyai khasiat yang mencukupi,

mudah disediakan dan dimasak, menjimatkan masa dan tenaga serta boleh dihidang secara

peranggu meja atau berpek. Jenis hidangan sepinggan lengkap boleh dibahagikan mengikut

cara timur, cara barat dan budaya setempat. Hidangan sepinggan lengkap cara timur sangat

popular di negara kita. Hidangan seperti nasi lemak, mee goreng, nasi goreng dan sebagainya

sentiasa dihidang sebagai sarapan atau bekalan ke sekolah, pejabat atau semasa berkelah.

Budaya makanan kita telah banyak dipengaruhi oleh makanan cara barat contohnya burger,

piza, sandwic, makaroni dan sebagainya. Budaya setempat juga banyak mempunyai makanan

istimewanya seperti negeri Johor terkenal dengan lontong dan laksa Johor, negeri Kelantan

pula popular dengan nasi kerabu, negeri Perlis dengan laksa Perlis dan sebagainya.

Page 3: laporan amali memasak

3

2.0 PENERANGAN MENU

Dalam tugasan kali ini, kami dikehendaki membuat perancangan menu dan seterusnya

melakukan amali memasak secara berkumpulan yang bertemakan menu hidangan sepinggan

lengkap. Banyak faktor yang mempengaruhi menu yang kami pilih iaitu jenis hidangan,

kegemaran, perbelanjaan, sumber makanan semasa, kemudahan fizikal, sumber masa dan

tenaga, kepelbagaian dan keperluan. Menu yang dirancang mengambil kira dari segi

makanan, warna, saiz, rasa tekstur dan kaedah memasak. Pemilihan makanan mestilah sesuai

dengan masa yang diperuntukkan. Kami memilih menu sarapan pagi iaitu nasi lemak ayam

berempah, kuih karipap, sandwic telur dan air kopi sebagai pelengkap hidangan. Masa yang

diperuntukkan untuk menyediakan menu tersebut adalah selama dua jam tiga puluh minit.

Nasi lemak ayam berempah adalah menu utama dan merupakan hidangan sepinggan

lengkap yang telah kami sediakan. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan

menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Daun pandan dimasukkan

semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Menu nasi lemak adalah salah

satu menu hidangan sepinggan lengkap kerana kebiasaannya ia dihidangkan

dengan telur, timun, ikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal. Ia dapat membekalkan

nutrien seperti karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan garam mineral. Bagi penyediaan

ayam berempah pula, ayam ini diperap dengan bahan-bahan seperti serbuk kari, serbuk

kunyit, garam, bawang putih, bawang merah, serai dan juga halia selama 30 minit supaya

ramuan tersebut sebati dengan ayam tersebut. Penambahan ayam goreng dalam menu nasi

lemak adalah untuk menunjukkan kelainan dan penambah selera terutama bagi yang

menggemari nasi lemak yang memilih sebagai menu sarapan pagi.

Di samping itu, kami turut menyediakan kuih karipap dan juga sandwic telur sebagai

menu sampingan. Bahan utama untuk penyediaan inti kuih karipap yang kami gunakan ialah

ubi kentang. Bawang merah ditumbuk bersama udang kering dan ditambah dengan serbuk

kari semasa penyediaan inti. Bahan utama untuk penyediaan sandwic telur pula adalah roti,

telur, lada sulah, timun dan juga tomato. Akhir sekali, kami menyediakan air kopi sebagai

pelengkap kepada hidangan sepinggan lengkap pada waktu sarapan pagi.

Page 4: laporan amali memasak

4

3.0 PEMBAHAGIAN TUGAS (SEBELUM/SEMASA /SELEPAS)

PERKARA NAMA TUGAS

SEBELUM

Norina - Memastikan setiap ahli berpakaian

kemas, memakai apron dan tag

nama.

Norhayati

Norlaila

- Menyediakan semua peralatan

untuk memasak.

Nur Hanani

Suryanti

- Menyediakan bahan-bahan untuk

membuat kuih karipap

Balqis

Zahurin

- Menyediakan bahan-bahan untuk

membuat nasi lemak

Peh Kok Hua

- Memasak air dan merebus telur.

- Mengambil gambar sebelum,semasa

dan selepas memasak

SEMASA

Penyediaan

nasi lemak

Balkis

- Membasuh dan membersihkan beras

- Memasak nasi bersama santan dan

air (mengikut sukatan)

Norhayati

- Mengisar bahan-bahan untuk

penyediaan sambal

- Menumbuk bahan-bahan untuk

memerap ayam berempah

Norina

- Menggoreng kacang dan ikan bilis

- Menumis Sambal

Zahurin - Memerap ayam untuk dijadikan

Page 5: laporan amali memasak

5

ayam berempah

- Menggoreng ayam setelah diperap

selama 30 minit.

Norlaila - Memotong timun dan mengupas

telur.

Penyediaan

karipap

Nur Hanani

Peh Kok Hua

- Menyediakan inti karipap.

Suryanti

- Menyediakan pastri.

- Memastikan tepung diuli sehingga

menjadi doh yang lembut

Nur Hanani

Suryanti

- Mencanai pastri dan menerap

dengan penerap bulat

- Membubuh inti, melipat dan

membuat kelim tepi karipap.

Peh Kok Hua - Menggoreng karipap sehingga

berwarna keemasan.

Penyediaan

Sandwic

Norhayati - Melecek telur yang sudah masak

sehingga hancur

Norlaila - Mencampurkan telur dengan sedikit

mentega,lada sulah dan garam.

Norhayati

Norlaila - Membuat sandwic telur

Penyediaan

Air Kopi Balkis

- Membancuh dan menyediakan air

kopi

Page 6: laporan amali memasak

6

SELEPAS

Peh Kok Hua

- Mengelap meja dan memastikan

meja kerja kemas.

Norlaila

Norhayati

- Menyediakan peralatan untuk

menghias dan menghidang.

Nur Hanani

Zahurin

- Membasuh peralatan yang telah

digunakan.

Suryanti - Menyimpan peralatan di tempat

asal.

Balqis - Mop lantai yang basah.

Norina - Menyapu lantai

Peh Kok Hua - Membuang sampah ke dalam tong

sampah besar.

Page 7: laporan amali memasak

7

4.0 BORANG A

Menu: 1. Nasi Lemak Ayam Berempah 3. Karipap Ubi

2. Sandwich Telur 4. Air Kopi ‘O’

Bil Menu Ramuan Utama Kaedah Memasak Alatan

1 Nasi Lemak

Ayam Berempah

Nasi Lemak

- 250 gm beras

- 300 ml santan

- 1 helai daun pandan

- ½ camt. garam

Haba Lembab

(merendidih)

Alatan masak

- periuk

- senduk kayu

- sudip

- kuali

Alatan dapur

- mangkuk

bertutup

- paring knife

- papan pemotong

- mangkuk kecil

- penapis

- pinggan

Ayam Berempah

- 3 ketul ayam

- 4 ulas bawang merah

- 4 ulas bawang putih

- 2.5cm halia

- sepeket serbuk kari

- 3/4 cawan kunyit serbuk

- 1 batang serai

- ½ camt. garam

Haba Kering

(menggoreng dengan

minyak penuh)

Sambal Tumis

- 20 tangkai cili kering

- 1 ulas bawang putih

- 4 ulas bawang merah

- 1/2 biji bawang besar

(dimayang)

- 50 ml air

- 25 gm asam jawa (dijadikan jus)

- ½ camt. garam

- 10 g gula

- Sedikit belacan

Haba Kering

(menggoreng tohor)

Hiasan (lain-lain)

- 1 biji timun

- 1 biji telur ayam

- 25 g ikan bilis

- 25 g kacang tanah

Haba

Lembap(merebus)

Haba Kering

(menggoreng tohor)

Page 8: laporan amali memasak

8

2 Sandwic telur - 4 keping roti

- 2 biji telur ayam

- ¾ camt. serbuk lada sulah

- 1 biji tomato

- ¾ camt. garam

Persediaan sejuk Alatan masak

- periuk

Alatan dapur

- mangkuk kecil

- chef knife

- papan pemotong

- sudu

3 Karipap Pastri

- 1 cawan tepung gandum

- ¾ camt. garam

- 35- 60 g mentega

sejuk beku

Inti

- 1 biji kentang

- 1 camt. serbuk kari

- 1 ulas bawang putih

- 2 ulas bawang merah

- 50 g udang kering

- ½ cawan air

- 1 camt. garam

- 1 camt. gula

- 1 camb. minyak

Haba Kering

(menggoreng tohor)

Alatan masak

- kuali

- senduk kayu

Alatan dapur

- lesung

- chef knife

- papan pemotong

- peeler

- mangkuk besar

- penggelek

- acuan karipap

4 Air kopi ‘O’ - 3 sudu serbuk kopi

- 3 sudu gula

- 50ml air

Alatan dapur

- teko

- sudu kecil

Page 9: laporan amali memasak

9

4.1 BORANG B : Borang Perancangan Kerja : Senarai harga bahan-bahan

Bahan kering Kuantiti Kos Seunit

(RM)

Jumlah Kos

( RM)

Bahan basah Kuantiti Kos seunit

(RM)

Jumlah Kos

(RM)

Beras 250 g 2.00/kg 0.50 Santan 300 ml 2.00/ltr 1.20

Serbuk kunyit 1 pkt 0.70/pkt 0.70 Daun pandan 1 helai 0.05/helai 0.05

Halia 100g 3.20/kg 0.32 Timun ½ biji 0.40/biji 0.20

Ikan bilis 25 g 20.00/kg 0.50 Tomato 1 biji 0.40/biji 0.40

Cili kering 20 tangkai 4.00/kg 0.35 Ayam 3 ketul 9.00/kg 5.60

Bawang merah 200g 2.40/kg 0.48 Serai 2 batang 0.30/ikat 0.20

Bawang putih 50g 3.00/kg 0.15

Bawang besar 50g 1.50/kg 0.08

Asam jawa 25 g 3.50/kg 0.09

Belacan ¼ pkt 1.00/pkt 0.25

Kentang 2 biji 2.00/kg 0.24

Marjerin 35 g 4.80/pkt 0.70

Minyak 1 pkt 2.20/pkt 2.20

Telur 4 biji 0.25/biji 1.00

Kopi 60 g 4.00/kg 0.24

Gula halus 200 g 2.40/kg 0.48

Tepung 500 g 2.90/kg 1.45

Roti 8 keping 2.50/bgks 1.00

Kacang 60 g 2.00/kg 0.12

Udang kering ½ pkt 2.00/pkt 1.00

Serbuk kari 1 pkt 0.70/pkt 0.70

Garam - - 0.10

Serbuk lada hitam - - 0.10

JUMLAH 12.75 JUMLAH 7.65

a) Jumlah kos bahan mentah = Kos bahan kering + kos bahan basah

= RM 12.75 + 7.65

= RM 20.40

Page 10: laporan amali memasak

10

4.2. BORANG C : Susunan kerja

Masa

Susunan Kerja Catatan

2.30 -2.45 p.m

(15 minit)

1. AJK peralatan setiap kumpulan

mengeluarkan peralatan dan perkakas yang

akan digunakan untuk meletak bahan-bahan.

Merebus 3 biji

telur

Mendidihkan air

Meja kerja

perlulah kemas

dan bersih

2.45 – 3.15 p.m

(30 minit)

MISE-EN PLACE

1. Beras dibasuh dengan bersih

2. Ayam yang hendak diperap dibasuh dengan

bersih

3. Lada kering di mesin untuk penyediaan

sambal tumis

4. Bahan-bahan yang perlu dimesin ialah

Bawang merah, bawang putih, halia dan

serai.

5. Untuk membuat inti karipap, ubi kentang

dibuang kulit dan dipotong dadu

6. Bawang merah dan udang kering ditumbuk

7. Timun dan tomato dihiris nipis

8. Menyukat tepung untuk membuat pastri

karipap

9. Telur yang sudah masak dikupas kulitnya

dan dilecek dengan garfu

Beras dibasuh

dengan bersih

Telur yang

sudah masak

diangkat dan

ditoskan.

Page 11: laporan amali memasak

11

3.15-4.30 p.m

(1 jam 15 minit)

NASI LEMAK AYAM BEREMPAH

MENYEDIAKAN NASI LEMAK

1. Masukkan beras di dalam periuk

2. Masukkan santan dan air mengikut sukatan.

3. Masukkan sedikit garam dan daun pandan

( disimpul)

4. Masakkan di atas dapur

MENYEDIAKAN AYAM GORENG BEREMPAH

1. Ayam yang dibasuh tadi , dimasukkan di

dalam mangkuk dan gaulkan dengan sedikit

garam serta serbuk kunyit.

2. Serbuk kari dan bahan-bahan yang dimesin

tadi digaul bersama ayam untuk diperap.

3. Goreng ayam setelah diperap selama

setengah jam

MENYEDIAKAN SAMBAL TUMIS

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali

2. Setelah minyak panas,masukkan bahan-

bahan yang ditumbuk seperti bawang merah,

bawang putih dan sedikit belacan

3. Setelah naik bau,masukkan cili kering yang

telah dimesin

4. Masukkan air dan sedikit air asam jawa,

garam dan gula

5. Setelah sambal agak pekat, masukkan

bawang besar

6. Padamkan api setelah sambal masak.

Ayam diperap

di dalam

mangkuk

tertutup (1/2

jam)

Ikan bilis dan

kacang tanah

digoreng

AJK kebersihan

memastikan

dapur sentiasa

bersih

Page 12: laporan amali memasak

12

KUIH KARIPAP

MENYEDIAKAN INTI KARIPAP

1. Panaskan kuali bersama minyak.

2. Setelah panas, tumiskan bahan yang

ditumbuk tadi dan bancuhan serbuk kari

dengan air sehingga berbau wangi

3. Masukkan ubi kentang,garam,air dan gula.

4. Biarkan campuran itu masak sehingga ubi

kentang empuk dan campuran menjadi pekat

5. Setelah masak padamkan api.

MENYEDIAKAN PASTRI

1. Masukkan tepung gandum di dalam

mangkuk besar.

2. Masukkan sesudu mentega dan sedikit

garam

3. Panaskan sedikit minyak dan masukkan ke

dalam tepung tadi.

4. Masukkan air dan uli tepung sehingga

menjadi doh yang lembut.

5. Pastri dicanai sehingga 2 mm tebal.Terap

dengan penerap bulat.

6. Bubuh inti, lipat, dan kelim tepinya.

7. Panaskan minyak dan goreng karipap hingga

warna keemasan.

8. Hidangkan.

Pastikan ubi

kentang empuk

sebelum api

dipadam

Tambahkan air

sekiranya inti

belum empuk

Adunan

perlulah lembut

dan mudah

dibentuk.

( tidak melekat )

Karipap yang

dibentuk sedia

untuk digoreng

Page 13: laporan amali memasak

13

SANDWIC TELUR

MENYEDIAKAN SANDWIC TELUR

1. Campurkan separuh mentega,serbuk lada

sulah,garam dengan telur yang sudah dilecek

tadi dan gaul rata

2. Sapu mentega pada sebelah permukaan roti

3. Letak inti pada sekeping roti dan ratakan.

Letak timun di atasnya

4. Tindihkan roti bermentega pada roti yang

berinti

5. Tekan dan potong kulit roti. Potong ikut

bentuk yang disukai.

Gunakan pisau

pemotong roti

Menggoreng

ayam yang

diperap tadi

4.30– 4.50 p.m

( 20 minit )

MENGHIAS DAN MENGHIDANG

1. Hias dan hidangkan nasi lemak ayam goreng

berempah, kuih karipap,sandwic telur dan

air kopi.

Membancuh air

kopi mengikut

sukatan

Menggunakan

alatan hidangan

yang sesuai.

4.50– 5.00 p.m

( 10 minit)

MENGEMAS DAN MEMBASUH

PERALATAN

1. Cuci dan lap alatan yang digunakan

Mengemas dan membersihkan unit kerja

Gunakan air

sabun

Page 14: laporan amali memasak

14

4.3 BORANG D: Alatan dan susun atur meja

No Alatan selain alatan memasak

yang sedia ada di unit

Bil Alatan Menghidang Bil

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

Kuali

Periuk (Besar)

Periuk (Kecil)

Pan Leper

Pengisar (Blender)

Alat Penimbang Penyukat (Scales)

Penyukat Isipadu Cecair (Liquid

Volume Measure)

Jug Penyukat meratakan

Pisau dapur (Chef Knife)

Utility Knife

Paring Knife

Pisau Roti (Serrated Knife)

Pengupas Ubi (Vegetable Peeler)

Spoons : Slotted,Perforated,and Solid

Chinois

Senduk Nasi

Sudip Kuali

Papan pemotong/Landas Cencang

Papan canai

Torak

2

1

2

1

1

1

3

1

1

1

1

1

1

3

1

1

1

2

1

1

Dulang

Dinner Plate

Appetizer Plate

Cawan dan Piring (Coffee Cup

and Saucer)

Teko Kopi

Centre Piece

Dinner Folk

Dinner Spoon

(Camca Teh) Tea Spoon

Alas Meja

Napkin Meja

Kad Menu

1

2

2

2

1

1

2

2

2

1

2

1

Page 15: laporan amali memasak

15

21

22

Lesung Batu dan Anak Lesung

Mangkuk kecil

1

10

4.3.1 Peranggu Meja / Alatan Menghidang

Rajah 1 : Alatan Peranggu Meja.

1. Dinner Plate 8. Dinner Folk

2. Cawan dan Piring (Coffee Cup and Saucer) 9. Kad Menu

3. Centre Piece 10. Teko

4. NapkinMeja 11. Dulang

5. Appetizer Plate

6. Alas Meja

7. Dinner Spoon

1

2

3

4

9

5

7

8

6

10 11

Page 16: laporan amali memasak

16

5.0 MASALAH/KELEMAHAN DAN CARA MENGATASI

BIL MASALAH / KELEMAHAN CARA MENGATASI

1 Ruang meja kerja yang sempit tidak sesuai

untuk menampung bilangan ahli kumpulan

yang ramai.

Bilangan ahli kumpulan perlu

dikurangkan atau dibahagikan kepada

dua sesi amali yang berbeza.

2 Roti Sandwic yang keras semasa dihidangkan Menutup roti tersebut dengan plastik

lutsinar supaya roti kekal lembut

semasa dihidangkan.

3 Kelim karipap terbuka semasa proses

menggoreng.

Memastikan karipap dikelim dengan

kemas sebelum digoreng. Elakkan

menggunakan acuan kelim sebaliknya

menggunakan tangan ketika proses

kelim tepi karipap.

4 Dapur yang tidak dapat berfungsi Pembantu makmal perlu memastikan

gas dapur dapat berfungsi sebelum

amali memasak dijalankan oleh

pelajar.

4 Peralatan di makmal memasak yang kurang

lengkap

Mempelbagaikan peralatan pada masa

hadapan supaya amali memasak dapat

dilakukan dengan lebih baik.

Page 17: laporan amali memasak

17

6.0 KESIMPULAN

Setelah menjalani aktiviti memasak selama 210 minit, dapat disimpulkan bahawa untuk

menyediakan menu sepinggan lengkap, sikap kerjasama antara setiap ahli kumpulan perlu

dititikberatkan. Hal ini kerana tanpa kerjasama yang baik, perancangan masa dan aktiviti tidak

boleh berlaku seperti yang telah diaturkan. Sikap tolak ansur antara ahli kumpulan juga

memainkan peranan yang penting untuk memastikan hidangan yang terhasil adalah seperti

yang dirancang. Selain itu, setiap ahli perlu bijak memainkan peranan masing-masing

mengikut perancangan di samping perlunya sikap tolong-menolong di antara ahli.

Selain membina nilai murni antara ahli kumpulan, aktiviti memasak ini juga dapat

memberi pendedahan awal kepada setiap ahli mengenai situasi yang mungkin berlaku ketika

proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Kelemahan yang bakal berlaku mungkin

dapat diramal terlebih dahulu dan kaedah penyelesaian yang pelbagai dapat digunakan ketika

berada di sekolah. Aktiviti ini juga telah mendedahkan lagi secara terperinci mengenai

penyediaan borang-borang dan dokumen yang perlu disediakan sebelum memulakan aktiviti

memasak. Perancangan mengenai menu dan persediaan awal memberi gambaran awal situasi

sebenar di sekolah nanti.

Setiap ahli juga dapat mempraktikkan kaedah yang digunakan ini ketika mengajar di

sekolah masing-masing. Aktiviti memasak yang dijalankan ini juga dapat memberi idea kepada

setiap ahli mengenai aktiviti yang boleh dilakukan kepada bakal murid pada masa akan datang.

Walaubagaimanapun, pengurangan menu perlu dilakukan apabila melakukan aktiviti ini di

sekolah di mana menu perlulah menepati masa yang diperuntukkan untuk subjek, mengikut

tahap kebolehan murid-murid dan juga perlu bersesuaian dengan bilangan ahli setiap kumpulan

di dalam kelas nanti.

Akhir kata, aktiviti ini amat membantu setiap ahli kumpulan untuk menyiapkan diri

menghadapi bakal murid di sekolah nanti selain dapat menambahkan keakraban hubungan

antara ahli pada masa ini.

Page 18: laporan amali memasak

18

7.0 LAMPIRAN

A) Peralatan Memasak

a) Penyukat Isipadu Cecair b) Kuali dan sudip kuali

c) Periuk (Kecil) d) Lesung Batu dan Anak Lesung

e) Periuk (Besar) f) Papan pemotong (Cutting Board) dan

‘Utility Knife’

Page 19: laporan amali memasak

19

LAMPIRAN

A) Peralatan Memasak

B) Pengupas Ubi C) Acuan Karipap

D) Torak dan Papan pencanai

E) Pengisar

F) Jug Penyukat meratakan G) Pisau Roti (Serrated Knife)

Page 20: laporan amali memasak

20

LAMPIRAN

B) Penyediaan Nasi Lemak

a) Bahan-bahan untuk membuat nasi

lemak

b) Santan dimasukkan mengikut sukatan

c) Air dimasukkan mengikut sukatan d) Daun pandan dimasukkan

e) Sedikit garam ditambah f) Nasi yang sudah siap dimasak

Page 21: laporan amali memasak

21

LAMPIRAN

B) Penyediaan Ayam Berempah

a) Bahan-bahan untuk memerap ayam b) Ayam dibersihkan terlebih dahulu

c) Serbuk kunyit,serbuk kari dan

bahan yang telah dikisar

dimasukkan

d)Sedikit garam ditambah

e) Ayam digaul sehingga sebati dan

diperap selama 30 minit

f) Ayam digoreng sehingga kekuningan

Page 22: laporan amali memasak

22

LAMPIRAN

B) Penyediaan Nasi Lemak : Sambal

a) Bahan-bahan untuk membuat sambal b) Cili kering direbus sebentar

c) Cili kering dikisar ili dimasukkan setelah menumis bawang

d) Air asam jawa dimasukkan. e) Sambal yang telah siap dimasak

d) Cili kisar dimasukkan setelah bawang ditumis

Page 23: laporan amali memasak

23

LAMPIRAN

B) Penyediaan Nasi Lemak : Telur, Kacang,Timun dan Ikan Bilis

a) Kacang sedang digoreng

b) Timun dipotong dengan potongan

Rondelles

c) Ikan bilis sedang digoreng d)Ikan bilis yang telah siap digoreng

d) Telur yang telah siap dikupas kulitnya e) Kacang yang telah siap digoreng

Page 24: laporan amali memasak

24

LAMPIRAN

C) Penyediaan Karipap

a) Bahan-bahan untuk membuat karipap b) Bawang ditumbuk bersama dengan

udang kering

c) Bahan yang telah ditumbuk ditumis

sehingga naik bau. Bancuhan kari

dimasukkan

d)Sedikit air ditambah supaya kentang menjadi

empuk.

d) Inti dimasak sehingga kentang empuk

dan campuran menjadi pekat

e) Kentang yang telah siap dimasak .

Page 25: laporan amali memasak

25

LAMPIRAN

C) Penyediaan Pastri Karipap

a) Minyak disatukan bersama dengan

tepung

b) Sedikit air dan sesudu mentega

dimasukkan ke adunan tadi

c) Adunan tepung diuli sehingga sebati d)Uli sehingga adunan menjadi lembut

d) Doh yang telah menjadi lembut

e)

f) Doh dijadikan bentuk bulat yang kecil

Page 26: laporan amali memasak

26

LAMPIRAN

C) Penyediaan Pastri Karipap

g) Pastri dicanai sehingga 2mm tebal h) Inti dimasukkan ke dalam pastri.

i) Karipap yang telah dibentuk j)Karipap digoreng sehingga kekuningan.

D) Penyediaan Air Kopi

a) Penyediaan air kopi

b) b) Air b) Air kopi yang telah siap dibancuh

Page 27: laporan amali memasak

27

LAMPIRAN

E) Penyediaan Sandwic

a) Bahan-bahan untuk membuat sandwic b) Telur direbus terlebih dahulu

c) Telur dilecek sehingga hancur

d)

Sedikit garam dan lada sulah ditambah

kepada telur yang telah dilecek.

e) Telur diletakkan pada roti yang telah

disapu marjerin terlebih dahulu

f) Sedikit tomato dan timun dilletakkan

Page 28: laporan amali memasak

28

LAMPIRAN

E) Penyediaan Sandwic

g) Bahagian tepi roti dipotong

h) Proses penyediaan Sandwic

f) Sandwic yang telah siap dipotong

kepada bentuk segi tiga

g) Sandwic yang telah siap

Page 29: laporan amali memasak

29

LAMPIRAN

F) Hidangan Sepinggan Lengkap

a) Nasi Lemak Ayam Berempah

b) Karipap dan Sandwic

c) Hidangan menu sepinggan lengkap d) Sesi penilaian dilakukan

e) Sesi penilaian dilakukan f) Cik Amilin memberi sedikit komen