laporan amali ujian makanan b

13
LAPORAN AMALI UJIAN MAKANAN 1.0 Pengenalan Kandungan nutrient di dalam makanan boleh ditentukan dengan menjalankan ujian makanan. Kumpulan makanan terdiri daripada karborhidrat, protein, lipid, serat dan vitamin. Karborhidrat terdiri daripada unsur karbon, hydrogen dan oksigen dengan nisbah hydrogen:oksigen adalah 2:1. Tiga jenis karborhidrat iaitu monosakarida, disakarida dan polisakarida. Monosakarida adalah unit asas binaan yang dikenali sebagai gula ringkas contohnya glukosa, fruktosa, galaktosa dan merupakan gula penurunan. Manakala disakarida pula dikenali gula kompleks yang terdiri daripada dua monosakarida yang bergabung secara kondensasi dan diurai kepada dua monosakarida secara hidrolisis. Polisakarida pula terdiri daripada banyak monosakarida yang tediri daripada kanji yang terdapat dalam sel tumbuhan, glikogen dalam sel haiwan dan selulosa dinding sel. Protein adalah molekul kompleks yang besar yang terdiri daripada unsur karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen. Kebanyakan protein juga mengandungi sulfur dan fosforus. Asid amino adalah monomer (unit binaan) bagi protein. Protein terbentuk melalui kondensasi dan diuraikan melalui hidrolisis. Dua molekul asid amino bergabung untuk membentuk satu dipeptida. Pergabungan banyak molekul asid amino membentuk satu polipeptida. Dua jenis asid amino iaitu asid amino perlu yang tidak boleh disintesis oleh badan (protein haiwan) yang merupakan protein kelas pertama dan satu lagi ialah asid amino tak perlu yang boleh disintesis oleh badan (protein tumbuhan) protein kelas kedua. Dalam protein ada struktur primer, sekunder, tertier dan kuarternar. Lipid pula mengandungi unsur seperti karbon, hidrogen dan oksigen. Contoh lipid adalah lemak, lilin, fosfolipid, minyak, steroid seperti kolesterol, testosteron, estrogen dan progesteron. Lemak dan minyak adalah trigliserida. yang setiap molekulnya terdiri daripada satu molekul gliserol dan tiga molekul asid lemak. Dua jenis lemak iaitu lemak tepu dan lemak tak tepu.

Upload: suhariza-sue

Post on 21-Jan-2016

584 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

LAPORAN AMALI UJIAN MAKANAN

1.0 Pengenalan

Kandungan nutrient di dalam makanan boleh ditentukan dengan

menjalankan ujian makanan. Kumpulan makanan terdiri daripada

karborhidrat, protein, lipid, serat dan vitamin. Karborhidrat terdiri daripada

unsur karbon, hydrogen dan oksigen dengan nisbah hydrogen:oksigen adalah

2:1. Tiga jenis karborhidrat iaitu monosakarida, disakarida dan polisakarida.

Monosakarida adalah unit asas binaan yang dikenali sebagai gula ringkas

contohnya glukosa, fruktosa, galaktosa dan merupakan gula penurunan.

Manakala disakarida pula dikenali gula kompleks yang terdiri daripada dua

monosakarida yang bergabung secara kondensasi dan diurai kepada dua

monosakarida secara hidrolisis. Polisakarida pula terdiri daripada banyak

monosakarida yang tediri daripada kanji yang terdapat dalam sel tumbuhan,

glikogen dalam sel haiwan dan selulosa dinding sel.

Protein adalah molekul kompleks yang besar yang terdiri daripada

unsur karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen. Kebanyakan protein juga

mengandungi sulfur dan fosforus. Asid amino adalah monomer (unit binaan)

bagi protein. Protein terbentuk melalui kondensasi dan diuraikan melalui

hidrolisis. Dua molekul asid amino bergabung untuk membentuk satu

dipeptida. Pergabungan banyak molekul asid amino membentuk satu

polipeptida. Dua jenis asid amino iaitu asid amino perlu yang tidak boleh

disintesis oleh badan (protein haiwan) yang merupakan protein kelas

pertama dan satu lagi ialah asid amino tak perlu yang boleh disintesis oleh

badan (protein tumbuhan) protein kelas kedua. Dalam protein ada struktur

primer, sekunder, tertier dan kuarternar.

Lipid pula mengandungi unsur seperti karbon, hidrogen dan oksigen.

Contoh lipid adalah lemak, lilin, fosfolipid, minyak, steroid seperti kolesterol,

testosteron, estrogen dan progesteron. Lemak dan minyak adalah trigliserida.

yang setiap molekulnya terdiri daripada satu molekul gliserol dan tiga molekul

asid lemak. Dua jenis lemak iaitu lemak tepu dan lemak tak tepu.

2.0 Objektif

Objektif eksperimen adalah untuk menguji kehadiran kanji, gula

penurun, protein dan lemak dalam 6 sampel makanan yang diberikan.

Setiap ujian makanan dapat menentukan kehadiran bahan makanan melalui

perubahan yang berlaku terhadap cecair yang dikaji dan perubahan warna

yang dilihat.

Kami menggunakan bahan seperti air suling, larutan iodin, larutan

Benedict, larutan natrium hidrogen karbornat, larutan 20% natrium hidroksida,

larutan 1% kuprum(II) sulfat, 0.1M asid hidroklorik, 90% etanol, Reagen

Millon, Sudan III, dan 6 sampel makanan (A, B, C, D, E, F) yang tidak

diketahui dalam bentuk cecair. Radas yang digunakan pula adalah tabung

uji, rak tabung uji, pemegang tabung uji, penitis, bikar (100ml dan 50ml),

silinder penyukat (10ml ), kertas pH, kertas turas, forsep, rod kaca, penunu

Bunsen, pemetik api, kasa dawai, tungku kaki tiga dan label pelekat.

3.0 Perlaksanaan/ Prosedur

Eksperimen pertama ialah menguji kehadiran kanji dalam 6 sampel

makanan. Pada mulanya kami keliru dengan arahan yang diberikan. Setelah

membaca arahan dan berbincang bagi menjalankan ujian makanan, barulah

kami faham apa yang hendak dilakukan.

Sebuah rak tabung uji dan 6 buah tabung uji diambil dari tepi makmal.

Setelah membaca arahan yang berbahasa Inggeris, 1ml larutan iodin

dimasukkan ke dalam setiap tabung uji. Tabung uji terlebih dahulu dilabelkan

bagi mengelakkan kekeliruan apabila eksperimen dijalankan. Tabung uji

dilabelkan A, B, C, D, E dan F. Sebuah jadual dilukis bagi merekodkan

pemerhatian yang dilaksanakan semasa eksperimen. 1ml air disukat da

dimasukkan ke dalam tabung uji A sahaja sebagai kawalan eksperimen.

Kemudian langkah ketiga diikuti dengan menambahkan 1ml larutan kanji ke

dalam tabung uji B. Di sini kami mula sedar, bahawa kami tidak diberitahu

nama setiap larutan yang berada dalam kelalang kon. Perbincangan kembali

dilakukan di antara ahli kumpulan dan pensyarah. Selepas itu, barulah

difahami apa yang patut dilakukan. Helaian yang berbahasa Inggeris

sebagai panduan untuk melaksanakan setiap ujian terhadap makanan yang

diberi.

Eksperimen pertama diulang semula dengan menggunakan 2ml

sampel makanan yang berlainan dimasukkan ke dalam 6 tabung uji.

Kemudian setiap tabung uji tersebut dimasukkan dengan 1ml larutan iodin.

Perubahan di dalam setiap tabung uji diperhatikan dan direkodkan ke dalam

jadual.

Eksperimen kedua pula diulangi untuk menguji kehadiran gula penurun

dalam 6 sampel makanan. Larutan benedict digunakan. Bikar diisi air dan

dididihkan di atas tungku kaki tiga. Enam tabung uji di isi dengan 2ml sampel

makanan dan 1ml larutan benedict. Kemudian diletakkan di dalam rak tabung

uji. Apabila air di dalam bikar mendidih, 6 tabung uji yang berisi sampel

makanan dan larutan benedict dimasukkan ke dalam bikar tersebut. Selepas

5 minit, tabung uji tadi dikeluarkan. Perubahan dalam setiap tabung uji

diperhatikan dan dicatatkan di dalam jadual.

Eksperimen ketiga pula untuk menguji kehadiran gula bukan penurun

dalam sample-sampel makanan. Eksperimen ini memerlukan bahan seperti

Reagen Benedict, 6 sampel makanan (A, B, C, D, E, F), larutan natrium

hydrogen karbonat, dan 0.1M asid hidroklorik. Radas yang diperlukan pula

seperti kertas pH, tabung uji, rak tabung uji, pemegang tabung uji, rod kaca,

penitis, tungku kaki tiga, bikar (100ml dan 50ml), forsep, silinder penyukat

(10ml), penunu Bunsen, pemetik api, kasa dawai, label pelekat.

Prosedur eksperimen ini dimulai dengan mengambil 2 ml sampel

setiap makanan dimasukkan ke dalam 6 tabung uji yang berlainan, kemudian

1ml larutan asid hidroklorik dimasukkan ke dalam setiap tabung uji tersebut.

Setelah larutan itu bercampur , larutan ini dididihkan di dalam bikar yang

mengandungi air yang mendidih selama 3 minit. Selepas 3 minit, 1 ml larutan

natrium hidrogen karbonat ditambah ke dalam setiap tabung uji sehingga

larutan neutral. Bagi memastikan larutan itu neutral, kertas pH digunakan.

Kertas pH dimasukkan ke dalam tabung uji tersebut. Selepas itu 2 ml larutan

Benedict dimasukkan ke dalam tabung uji dan dididihkan. Perubahan di

setiap tabung uji diperhatikan dan dicatatkan di dalam jadual.

Eksperimen keempat pula ujian emulsi. Ujian emulsi adalah bagi

mengesan kehadiran lemak dalam 6 sample makanan yang diberikan. Aktiviti

ini memerlukan bahan seperti minyak masak, air suling, 90% etanol, Sudan III

dan air paip. Radas yang diperlukan seperti silinder penyukat, tabung uji,

forsep, kertas turas dan bikar.

Dalam eksperimen ini 2ml minyak masak dimasukkan ke dalam tabung

uji dan ditambah dengan 5ml etanol. Tabung uji tersebut digoncang sehingga

larut. Sebanyak 5ml air suling ditambah ke dalam tabung uji tersebut dan

digoncang dengan perlahan. Perubahan di dalam setiap tabung uji

diperhatikan dan direkodkan di dalam jadual.

Eksperimen seterusnya pula adalah ujian Sudan III. Di sini 6 helai

kertas turas diperlukan. Dengan menggunakan pensel, enam keping kertas

turas A,B,C,D,E,F ditandakan. Bulatan dilukiskan di tengah-tengah setiap

kertas turas tersebut. Enam sampel makanan dititiskan di tengah-tengah

bulatan yang telah dilukiskan. Setiap kertas turas tersebut dikeringkan di

bawah kipas. Kemudian, semua kertas turas direndamkan ke dalam larutan

Sudan III selama 3 minit. Forsep digunakan untuk memindahkan kertas

turas tersebut de dalam bikar yang mengandungi air suling pada suhu

35°C selama 1 minit. Selepas itu, semua kertas turas itu dikeluarkan dan

dikeringkan semula di atas meja. Tompok yang terhasil diperhatikan dan

direkodkan.

4.0 Analisis data

EKSPERIMEN UJIAN MAKANAN

SAMPEL UJIAN A UJIAN B UJIAN C UJIAN D1 UJIAN D2 UJIAN E

A

Biru keruh pH 3 keruh

TIADA

B Cecair biru

gelap

Cecair

kunin/oren

pH4 Jernih TIADA

C coklat pH4 Cecair jernih TIADA

D Biru gelap pH6 TIADA

E Kuning atas

Biru bawah

pH5 Lapisan atas

permukaan

Tompok

F Kuning cair pH7 Keruh putih Tompok

5.0 Perbincangan

Kami mendapati semasa menjalankan eksperimen terdapat kengkangan iaitu

1. Tidak memahami prosedur eksperimen yang hendak dijalankan kerana di dalam bahasa inggeris.

2. Panduan yang diberikan perlu diterjemahkan mengikut situasi ujian makanan yang diberikan.

3. Kami mendapati kekurangan bahan dan kesesuaian radas yang diperlukan bagi melancarkan amali.

4. Kami tidak dapat melakukan eksperimen dalam masa yang ditetapkan kerana terpaksa berkongsi bahan dan

radas. Namun, selepas membuat pertanyaan dan perbincangan dengan pensyarah dan kawan-kawan, masalah

dapat diselesaikan.

6.0 Kesimpulan

Ujian makanan seperti ini dapat menentukan kandungan karborhidrat, protein, lemak dengan kadar segera dan berguna

bagi mendapatkan keputusan yang diingini. Aktiviti seumpama ini memerlukan kosentrasi yang tinggi bagi mendapat

keputusan yang tepat dan bersistematik .

A- sejenis kanji

B- Air Gula

C- Sejenis Protein – putih telur

D- Susu

E- Lemak Minyak masak

F- Air Suling

7.0 Rujukan