contoh laporan latihan amali

24
PPPL 1992 LAPORAN AKHIR LATIHAN AMALI/INDUSTRI AGENSI: RUMAH FIKIR/AISY ASYRAF BUTIK DISEDIAKAN UNTUK: DR. TENGKU INTAN ZARINA BINTI TENGKU PUJI (PENYELIA UKM) DISEDIAKAN OLEH: NUR NABIHAH BINTI HASSAN A144791 JABATAN USULUDDIN DAN FALSAFAH FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SEMESTER 2 SESI 2014/2015

Upload: aina-sofieyah

Post on 28-Jan-2016

2.499 views

Category:

Documents


207 download

DESCRIPTION

contoh laporan latihan amali (praktikal) ini adalah ditulis mengikut gaya UKM. Isi kandungan dan panduan penulisan laporan adalah bergantung kepada penyelia masing-masing

TRANSCRIPT

Page 1: CONTOH LAPORAN LATIHAN AMALI

PPPL 1992

LAPORAN AKHIR LATIHAN AMALI/INDUSTRI

AGENSI:

RUMAH FIKIR/AISY ASYRAF BUTIK

DISEDIAKAN UNTUK:

DR. TENGKU INTAN ZARINA BINTI TENGKU PUJI

(PENYELIA UKM)

DISEDIAKAN OLEH:

NUR NABIHAH BINTI HASSAN

A144791

JABATAN USULUDDIN DAN FALSAFAH

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SEMESTER 2 SESI 2014/2015

Page 2: CONTOH LAPORAN LATIHAN AMALI

1

Senarai Kandungan

Halaman

1.1 PENGHARGAAN 3-5

1.2 PENGENALAN LATIHAN AMALI/INDUSTRI 5-6

1.3 OBJEKTIF LATIHAN AMALI/INDUSTRI 6

1.4 LATAR BELAKANG AGENSI

1.4.1 Sejarah Penubuhan

1.4.2 Objektif Penubuhan Rumah Fikir

1.4.3 Visi Rumah Fikir

1.4.4 Misi Rumah Fikir

1.4.5 Tema Aktiviti/Pengajian Rumah Fikir

1.4.6 Modul Utama Aktiviti/Pengajian Rumah Fikir

1.4.7 Metod Penyampaian Modul Pengajian

1.4.8 Carta Organisasi Rumah Fikir

7-12

1.5 TUGASAN LATIHAN AMALI/INDUSTRI

1.5.1 Tugasan Hakiki

1.5.2 Tugasan Harian

1.5.3 Tugasan Luar Bidang

13-14

1.6 SUMBANGAN LATIHAN AMALI/INDUSTRI 15

1.7 MASALAH DAN CABARAN 16-18

1.8 CADANGAN 18-19

Page 3: CONTOH LAPORAN LATIHAN AMALI

2

1.9 PENUTUP 20

RUJUKAN 21

LAMPIRAN

21-24

Page 4: CONTOH LAPORAN LATIHAN AMALI

3

LAPORAN

LATIHAN AMALI INDUSTRI SESI 2014/2015

Disediakan oleh:

Nur Nabihah Binti Hassan A144791

Jabatan Usuluddin Dan Falsafah

1.1 PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Pertama dan selamanya saya dengan rasa rendah diri mengucapkan

syukur ke hadrat Illahi, Tuhan sekalian alam atas rahmat serta nikmat masa dan

tenaga yang dianugerahkan pada diri yang kerdil ini, selawat serta salam keatas

junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Berkat segala ruang dan

peluang yang ada, akhirnya dapat juga saya dapat menjalani dan menamatkan Latihan

Amali/Industri ini dengan jayanya. Pertamanya, saya dedikasikan kalungan

penghargaan ini kepada pihak institusi Rumah Fikir/Ais Asyraf Butik kerana telah

membuka ruang dan peluang kepada saya bagi menjalani Latihan Amali/Industri saya

selama tiga bulan. Saya amat berterima kasih atas kesudian Rumah Fikir/Aisy Asyraf

Butik untuk menerima saya yang serba kekurangan ini sebagai pelajar Latihan

Amali/Industri. Sesungguhnya layanan baik dan kemesraan yang terjalin dalam

tempoh ini teramat saya hargai sebagai suatu ukhuwwah yang tidak ternilai harnya.

Semoga ikatan yang terjalin ini akan kekal berterusan ke penghujung waktu.

Di kesempatan ini juga, saya mengambil peluang untuk berterima kasih kepada

pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan barisan pentadbiran yang begitu

komited kerana telah menjadikan Latihan Amali Industri ini sebagai salah satu kursus

wajib universiti yang perlu diambil sebagai syarat untuk bergraduasi. Hal ini secara

tidak langsung dapat mendedahkan kepada pelajar akan realiti sebenar alam pekerjaan

Page 5: CONTOH LAPORAN LATIHAN AMALI

4

yang bakal ditempuh setelah bergraduasi kelak. Ruang ini juga sebenarnya dapat

membantu para pelajar untuk membuat persiapan diri bagi menyumbang bakti kepada

masyarakat dan Negara pada masa hadapan. Hal ini adalah seiiring dengan matlamat

kerajaan iaitu bagi melahirkan modal insan yang bukan sahaja cemerlang, bahkan

produktif dan berdaya saing dalam sektor pekerjaan.

Di samping itu, ucapan jutaan terima kasih turut saya rakamkan kepada pihak

pentadbiran Rumah Fikir/Aisy Asyraf Butik serta pihak pentadbiran Hal Ehwal

Jaringan Industi dan Masyarakat, Fakulti Pengajian Islam UKM, terutamanya kepada

Puan Haziyah Binti Hussin selaku ketua bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat,

Universiti Kebangsaan Malaysia. Tidak lupa juga kepada pihak Fakulti Pengajian

Islam Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri yang juga telah banyak membantu

saya bagi mencari penempatan yang sesuai untuk menjalani Latihan Amali/Industri

saya.

Tidak lupa juga buat Penyelia Latihan Amali/Industri dari UKM, iaitu Dr. Tengku

Intan Zarina Binti Tengku Puji yang merupakan pensyarah daripada Jabatan

Pengajian Al-Qur’an dan Sunnah Fakulti Pengajian Islam, yang telah banyak

membantu dalam menyiapkan laporan lengkap latihan industri ini dengan mengikut

prosedur yang telah ditetapkan.

Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepada penyelia Latihan Amali/Industri

saya iaitu Encik Mohd Hafizuddin Bin Mohd Shukri yang sentiasa memantau dan

memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang tempoh tiga bulan ini. Sepanjang berada

di bawah seliaan beliau, tidak pernah sekali pun saya berasa kekok dengan tugasan

yang diberikan kerana beliau sentiasa memberi nasihat dan panduan terutamanya

dalam menguruskan pentadbiran organisasi dan kelas-kelas pengajian Rumah Fikir

sekaligus dengan pengurusan perniagaan di Butik Ais Asyraf yang belum tentu dapat

saya perolehi di tempat-tempat yang lain. Untaian terima kasih ini juga saya titipkan

kepada ibubapa dan rakan-rakan yang sentiasa setia menyokong dan membantu saya

sama ada sari segi kewangan, material mahupun dorongan mental dan fizikal. Begitu

Page 6: CONTOH LAPORAN LATIHAN AMALI

5

juga dengan mereka yang terlibat sepanjang saya menjalani Latihan Amali/Industri ini

tidak kira sama ada sama ada secara langsung atau tidak langsung.

1.2 PENGENALAN LATIHAN AMALI/INDUSTRI

Latihan Amali Industri (LAI) merupakan salah satu kursu praktikum yang melibatkan

proses pembelajaran di luar kuliah secara praktikal yang perlu diambil oleh semua

mahasiswa Fakulti Pengajian Islam secara keseluruhan. Oleh yang demikian, bagi

memenuhi jam kredit pembelajaran, kami telah diberi panduan dan peluang untuk

memilih agensi atau tempat tertentu bagi melaksanakan praktikum yang bertepatan,

bersesuaian dan mempunyai hubungkait dengan bidang yang dipelajari dalam tempoh

selama lebih kurang dua tahun di Jabatan Usuluddin dan Falsafah di Fakulti Pengajian

Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bagi memenuhi kriteria tersebut, saya telah memilih Rumah Fikir bagi menjalani

Latihan Amali/Industri. Rumah Fikir merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan

dengan misi yang begitu fleksibel iaitu untuk menjadi suatu platform neutral bagi

anak muda untuk mereka berkumpul dan mendalami ilmu agama tanpa mengambil

kira pada tahap mana sekalipun pengetahuan asas mereka. Apa yang menjadi

keutamaan adalah minat mereka untuk mendalami ilmu agama.

Sehubungan itu, rasionalnya saya memilih Rumah Fikir ini sebagai tempat untuk

saya menjalani Latihan Amali Industri saya adalah kerana saya ingin mengetahui

dengan lebih jelas dan tepat tentang pemikiran anak muda dewasa ini dalam usaha

untuk mendekati mereka pada masa yang akan datang. Sesungguhnya kita tidak akan

mengetahui tentang sesuatu sehingga kita mengenalinya. Hal ini bertepatan dengan

ungkapan Imam Al-Ghazali bahawa seseorang itu tidak akan mampu mendedahkan

tentang sesuatu pengetahuan melainkan ianya difahami sedalam-dalamnya.

Pada hemah saya, Rumah Fikir juga merupakan sebuah institusi yang

mengaplikasikan kaedah pembelajaran secara talaqqi secara berterusan dan

Page 7: CONTOH LAPORAN LATIHAN AMALI

6

menjalankan kelas-kelas pengajian dengan cara yang tidak membebankan para

pelajar. Pada saya, aspek inilah yang menjadikan Rumah Fikir sebagai sebuah

institusi pembelajaran ilmu agama yang unik dan menarik kerana institusi ini secara

tidak langsung cuba menjulang kembali tradisi ilmu yang termasyur pada zaman

kegemilangan ulamak silam suatu masa dahulu.

Dalam tempoh Latihan Amali/Industri yang berlangsung selama tempoh tiga

bulan di Rumah Fikir ini, saya ditemani oleh seorang sahabat saya iaitu Nur Salwati

Binti Ibrahim yang juga bertindak sebagai rakan sekerja dan sepasukan dengan saya.

Hal ini memudahkan kami untuk menjalani Latihan Amali/Industri dengan baik dan

menyiapkan tugasan yang diberikan dengan lebih mudah dan cepat.

1.3 OBJEKTIF LATIHAN AMALI/INDUSTRI

Tujuan utama Latihan Amali/Industri ini dilaksanakan adalah untuk:

I. Melatih para pelajar bagi mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang

diperolehi selaras dengan matlamat bidang pengajian. Secara tidak langsung,

pelajar bukan sahaja dapat mempelajari sesuatu secara teori bahkan turut

berpeluang mempraktikkannya secara amali.

II. Mendorong dan melatih pelajar bagi memberi sumbangan khidmat dan bakti

kepada masyarakat. Objektif ini secara tidak langsung dapat membantu bagi

memupuk semangat hidup bermasyarakat dalam kalangan para pelajar tanpa

mengira latar belakang bangsa dan agama.

III. Melatih semangat dedikasi dan tanggunggjawab dalam kalangan para pelajar.

Sikap bertanggungjawab termasuklah juga tangunggjawab terhadap diri,

persekitaran, masyarakat dan Negara.

IV. Persediaan awal sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar. Tempoh

Latihan Amali/industri ini juga memberi peluang kepada para pelajar untuk

menimba pengalaman dan menyesuaiakan diri dengan suasana alam pekerjaan

yang sebenar yang bakal ditempuhi suatu masa nanti.

V.

Page 8: CONTOH LAPORAN LATIHAN AMALI

7

1.4 LATAR BELAKANG AGENSI/INSTITUSI

Lokasi:

Rumah Fikir/Aisy Asyraf Butik

Lot 3-27-03A, (Atas Zawara Coffee),

Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral Business Park,

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Hubungi:

Tel: 019- 359 8210/019-358 8210

Email: [email protected]

Website: http://rumahfikir.com/

Facebook: https://www.facebook.com/rumahfikir

Instagram: https://i.instagram.com/rumahfikir/

Motto:

“SEGALANYA BERMULA DISINI”

Page 9: CONTOH LAPORAN LATIHAN AMALI

8

1.4.1 Sejarah Penubuhan Rumah Fikir

Rumah Fikir adalah merupakan sebuah pusat pengajian ilmu islam yang

berusaha untuk menyumbangkan sebanyak mungkin manfaat kepada semua

lapisan masyarakat, khususnya bagi mayarakat di sekitar Lembah Klang dan

seluruh Malaysia amnya. Gagasan Rumah Fikir ini adalah ditubuhkan secara

rasmi pada tahun 2010 dengan dinaungi oleh Yang Berbahagia Ustaz Imam

Muda Asyraf Bin Muhammad Ridzuan selaku pengasasnya.

Konsep pengajian yang dibawa oleh Rumah Fikir adalah sebagaimana

sistem pengajian pondok iaitu dengan mengaplikasikan kaedah talaqqi atau

menadah kitab dengan guru sebagai pendekatan utama dalam penyampaian

modul pengajian yang ada. Dalam kaedah ini, penuntut berpeluang untuk

mempelajari dan khatam sesebuah kitab dari kulit hingga ke kulit. Inilah yang

merupakan suatu tradisi menuntut ilmu yang termasyur pada zaman

kegemilangan ulamak silam yang ingin diketengahkan kembali oleh Rumah

Fikir.

Program yang dilaksanakan oleh Rumah Fikir merupakan suatu program

yang bermatlamatkan untuk mendidik masyarakat kearah budaya cintakan

ilmu dengan cara yang santai dan mudah untuk diterima oleh mereka

terutamanya ilmu pengetahuan agama. Selain itu, program-program Rumah

Fikir juga adalah berkonsepkan “Segalanya bermula disini” dengan maksud

sedia untuk menerima dan mendidik segenap lapisan masyarakat tanpa

membezakan tahap pemahaman mereka.

Pada peringkat awal, Rumah Fikir hanya bergerak sebagai sebuah pusat

pengajian awam sahaja. Namun, baru-baru ini Rumah Fikir telah diberi nafas

baharu dengan digabungkan dengan Butik pakaian muslim. Matlamatnya

adalah untuk memperlihatkan bahawa proses mendapatkan ilmu bukan hanya

didapati secara formal di institusi tertentu, tetapi juga boleh didapati secara

santai sambil berbelanja dan membeli belah.

Page 10: CONTOH LAPORAN LATIHAN AMALI

9

1.4.2 Objektif Penubuhan Rumah Fikir

Tujuan utama penubuhan Rumah Fikir adalah dengan tujuan:

I. Untuk menjadikan Rumah Fikir sebagai satu pusat keilmuan alternatif

bagi masyarakat setempat terutamanya mereka yang berada di kawasan

Bangi, Kajang dan sekitarnya.

II. Untuk memudahkan urusan masyarakat setempat dalam usaha untuk

mempelajari ilmu-ilmu islam

III. Untuk member peluang dan mendorong semua lapisan masyarakat

terutamanya golongan muda supaya lebih dekat dan serasi dengan

tradisi keilmuan islam yang sebenar.

1.4.3 Visi Rumah Fikir

Rumah Fikir menjadi suatu pusat pengajian ilmu agama yang pertama berjaya

melahirkan legasi ummah yang mengutamakan dan mengamalkan nilai-nilai

agama seiring dengan perkembangan revolusi pemikiran semasa.

1.4.4 Misi Rumah Fikir

Rumah Fikir menjadi suatu platform yang neutral bagi anak muda untuk

berkumpul dan mendalami ilmu agama.

1.4.5 Tema Aktiviti/Pengajian Rumah Fikir

I. Mengangkat dan menyuburkan majlis-majlis ilmu

II. Sistem pengajian yang berbentuk talaqqi secara berterusan

III. Sistem pengajian secara percuma dan tidak membebankan para pelajar.

1.4.6 Modul Utama Aktiviti/Pengajian Rumah Fikir

I. Asma’ul Husna

II. Akidah dan Fiqh

III. Al-Qur’an dan Tajwid

IV. Tafsir dan Intisari Al-Qur’an

V. Hadith

Page 11: CONTOH LAPORAN LATIHAN AMALI

10

VI. Sirah Nabawiyyah

VII. Fardhu A’in dan Kifayah

VIII. Tarbiyyah/Qolbun Salim

IX. Wacana Isu Semasa

1.4.7 Metod penyampaian Modul Aktiviti/Pengajian Rumah Fikir

I. Intelektual.

Pendekatan secara intelektual ini secara tidak langsungnya adalah

bertujuan untuk membentuk pemahaman dan pemikiran masyarakat

khususnya generasi muda terhadap isu-isu semasa agar mereka lebih

peka serta berani untuk meluahkan pendapat dan pemikiran mereka

sesuai dengan peranan mereka sebagai generasi pembentuk legasi masa

hadapan. Modus operandi bagi pendekatan ini adalah melalui

perlaksanaan program bedah buku, wacana atau perbincangan ilmiah

yang berkaitan isu semasa. Sebagai contoh, Rumah Fikir pada bulan

November 2014 telah menganjurkan Program Bedah Buku Fiqh

Kerahsiaan Wanita yang bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia

dengan dihadiri oleh Yang Berbahgia Ustaz Fauwaz Fadzil sebagai

panel jemputan utama. Program ini sedikit sebanyak telah mengupas

isu-isu yang berkaitan dengan Fiqh Kewanitaan yang sering menjadi

persoalan sperti masalah haid wanita dan sebagainya. Selain itu,

Rumah Fikir juga turut mengadakan kelas-kelas mingguan yang

berfokuskan pengetahuan agama dalam bentuk teori.

II. Dakwah Secara Lapangan.

Umumnya, dakwah merupakan suatu usaha bagi menyampaikan dan

menerangkan tentang islam sebagai cara hidup. Dalam konteks

pendekatan ini, kami mengambil inisiatif “turun padang” untuk

mendekati golongan tertentu bagi menyampaikan risalah islam secara

terus dan langsung tanpa perlu mengajak atau memaksa mereka untuk

menghadiri kuliah-kuliah agama. Antara aktiviti yang berkaitan

Page 12: CONTOH LAPORAN LATIHAN AMALI

11

termasuklah Program Dakwah Street kepada golongan mat rempit dan

gelandangan. Tidak ketinggalan juga bagi golongan non-muslim.

Pendekatan dengan cara ini secara tidak membuka ruang kepada

Rumah Fikir untuk menyahut seruan untuk berdakwah dengan cara

“Tabligh”. Dakwah secara lapangan ini juga turut melibatkan mereka

yang bukan islam kerana golongan sasaran bagi pendekatan cara ini

kebiasaannya adalah dipilih secara rawak.

III. Penerapan Nilai-Nilai Islam.

Dalam aspek ini, matlamat utama modul pengajian Rumah Fikir adalah

untuk mewujudkan generasi masyarakat yang membudayakan nila-

nilai agama dalam kehidupan mereka dengan menjadikan nasihat-

nasihat Al-Qur’an dan juga sirah para nabi dan sahabat sebagai ikutan.

Pendekatan ini juga dilaksanakan bagi menyemai semangat perpaduan

dan sikap saling menghormati serta bertolak ansur tanpa mengira

bangsa dan agama. Rentetan itu, Rumah Fikir dengan modus operandi

yang tersendiri menganjurkan kelas-kelas pengajian yang berunsurkan

nasihat-nasihat agama dengan cara yang santai dan mudah untuk

diterima oleh masyarakat awam. Penerapan nilai murni ini juga

dilaksanakan dengan penganjuran program seperti ceramah, forum dan

lain-lain.

IV. Pendekatan Secara Berhikmah.

Dalam pendekatan ini, penyampaian modul yang ada berupaya untuk

menampilkan Rumah Fikir sebagai suatu institusi atau pusat pengajian

yang unggul dan bukan sahaja mesra kepada masyarakat islam

setempat, bahkan turut menerima golongan non-muslim dan juga

mereka yang “free thinkers” dengan hati yang terbuka tanpa mengira

siapa dan bagaimana latar belakang mereka. Metod penyampaian

modul kepada mereka ini adalah berbentuk aktiviti dialog seperti

dialog perbandingan agama dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk

Page 13: CONTOH LAPORAN LATIHAN AMALI

12

mengenal mereka dengan lebih dekat seterusnya membina hubungan

yang baik bagi menjamin keberkesanan interaksi yang berlaku.

1.4.8 Carta Organisasi Rumah Fikir

YANG BERBAHAGIA

UST. IMAM MUDA ASYRAF B. MOHD RIDZUAN

(PENGARAH URUSAN)

MOHD HAFIZUDDIN B. MOHD SHUKRI

(PENGURUS OPERASI)

MOHD FAIZ B. HAMDAN

(PENGURUS KEWANGAN)

NOOR HASHIMAH BT. RAZALI

(PENGURUS PENTADBIRAN)

AHLI JAWATANKUASA RUMAH FIKIR

TENAGA PENGAJAR RUMAH FIKIR

PN. NUR HUSNA BT YUSOFF

(TIMBALAN PENGARAH)

Page 14: CONTOH LAPORAN LATIHAN AMALI

13

1.5 TUGASAN

Pada 29 Jun 2015 saya telah melapor diri di pejabat pengarah urusan Rumah

Fikir/Aisy Asyraf Butik bagi menjalani Latihan Amali/Industri saya selama dua

bulan. Hari pertama saya disitu, saya telah diberi beberapa taklimat mengenai agensi,

tatacara sebagai seorang pekerja, dan saya turut diberi sedikit pendedahan mengenai

bidang tugas di institusi tersebut. Saya juga turut dimaklumkan bahawa saya akan

berada di bawah seliaan Encik Mohd Hafizuddin Bin Mohd Shukri sepanjang

tempoh Latihan Amali/Industri ini berlangsung. Semua tugasan yang saya lakukan

adalah daripada arahan dan dibawah seliaan beliau. Tugasan-tugasan saya lakukan

sepanjang tempoh Latihan Amali/Industri berlangsung adalah dibahagikan seperti

berikut:

1.5.1 TUGASAN HAKIKI

Sepanjang menjalani Latihan Amali/Industri di Rumah Fikir/Aisy Asyraf Butik,

tugasan berterusan yang saya lakukan pada setiap hari ialah menyemak kalendar

perancangan program dan kelas pengajian Rumah Fikir bagi mengemaskini setiap

perubahan jadual pengajian. Saya juga turut ditugaskan bagi menyelia pengurusan

dan kebersihan pejabat dan butik. Pada waktu yang sama, saya juga turut diberi

tanggungjawab untuk menguruskan bahagian khidmat pelanggan bagi pengurusan

butik.

1.5.2 TUGASAN HARIAN

Latihan Amali/Industri (LAI) ini telah dijalankan lebih kurang selama dua bulan

atau Sembilan minggu bermula daripada 29 Jun sehingga 28 Ogos 2015.

Aktiviti/tugasan ini adalah tertumpu di dalam persekitaran pejabat sahaja dengan

hanya menggunakan peralatan pejabat yang telah sedia ada seperti komputer,

printer, mesin fotostat dan lain-lain. Antara tugasan harian yang saya lakukan

sepanjang tempoh tersebut ialah:

i. Menyediakan draf modul pengajian dan perancangan aktiviti bagi Rumah

Fikir.

Page 15: CONTOH LAPORAN LATIHAN AMALI

14

ii. Merangka kertas kerja bagi setiap aktiviti/program Rumah Fikir.

iii. Mereka bentuk poster bagi setiap aktiviti /program yang dilaksanakan oleh

Rumah Fikir.

iv. Memuatnaik dan mengemaskini maklumat, hebahan program dan info

yang berkaitan Rumah Fikir di media sosial.

v. Membuat hebahan dan mengedarkan flyers aktiviti/program Rumah Fikir.

vi. Mengurus dan menyelia kelas-kelas pengajian harian dan mingguan.

vii. Menyediakan kertas kerja bagi Tajaan Program/Aktiviti dan Majlis Rumah

Terbuka Rumah Fikir/Aisy Asyraf Butik.

viii. Menguruskan meeting harian gerak kerja tugasan harian pekerja.

ix. Menyemak log kehadiran pekerja

x. Sentiasa bersedia untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan setiap

perkhidmatan yang diberikan.

1.5.3 TUGASAN LUAR BIDANG

Sepanjang menjalani Latihan Amali/Idustri di Rumah Fikir/Aisy Asyraf Butik,

saya juga turut diberi tanggngjawab untuk melaksanakan tugasan yang bukan

dalam bidang saya. Antara tugasan tersebut ialah:

i. Menjadi pengerusi majlis bagi kuliah muslimat Rumah Fikir.

ii. Merangka log kehadiran pekerja Butik Aisy Asyraf

iii. Membantu bagi menguruskan bahagian promosi dan jualan online Butik

Aisy Asyraf

iv. Merangka draft rekod keluar dan masuk stok bagi Butik Aisy Asyraf

v. Menguruskan peralatan dan aksesori bagi sesi photoshoot Butik Aisy

Asyraf.

vi. Menyediakan draf dan kertas kerja rasmi bagi terma, syarat dan manual

sistem vendor Butik Aisy Asyraf.

vii. Melakar reka bentuk dan susun atur vendor bagi Butik Aisy Asyraf.

Page 16: CONTOH LAPORAN LATIHAN AMALI

15

1.6 SUMBANGAN LATIHAN AMALI/INDUSTRI

Sepanjang menjalani Latihan Amali/Industri, saya mengakui bahawa kursus ini

sedikit sebanyak telah menyumbangkan sesuatu yang cukup berharga buat diri saya

sebagai seorang mahasiswa. Dalam tempoh tersebut, Latihan Amali/Industri telah

berjaya membawa para pelajar untuk merasai sendiri pengalaman berada di alam

pekerjaan yang sememangnya akan ditempuhi oleh mereka setelah bergraduasi

kelak. Oleh itu, pada ruang inilah satu-satunya peluang untuk para pelajar

mengaplikasikan dan mempraktikkan segala ilmu yang selama ini hanya dipelajari

secara teori sahaja. Dalam tempoh ini juga, saya dapat menimba pelbagai ilmu

pengetahuan yang baharu seperti tatacara pengurusan organisasi dan juga pelbagai

ilmu-ilmu lain lagi. Hal ini membuatkan saya berasa terdorong untuk lebih fokus dan

tekun dalam setiap tindakan yang saya lakukan demi mencapai kerjaya yang

diidamkan pada masa hadapan.

Selain itu, Latihan Amali ini juga turut melatih para pelajar untuk sentiasa

bersikap positif, bertanggungjawab dan peka terhadap persekitaran dan mampu

untuk membina hubungan yang baik dengan masyarakat serta melahirkan modal

insan yang benar-benar memahami akan tanggungjawab sosialnya sebagai

mahasiswa yang juga anggota masyarakat. Hal ini secara tidak langsung dapat

membuka minda para pelajar akan realiti sebenar sebuah tangunggjawab itu

bukanlah hanya sekadar terhadap diri mereka sendiri, bahkan turut terikat dengan

masyarakat, agama, bangsa dan Negara.

Latihan ini juga banyak membantu saya untuk berinteraksi serta bercampur

dengan masyarakat tanpa mengira batas umur dan tahap pemikiran mereka.

Pengalaman berpraktikal di Rumah Fikir/Ais Ayraf Butik benar-benar memerlukan

kami untuk sentiasa berinteraksi dengan masyarakat sama ada secara langsung atau

tidak langsung terutamanya ketika menyelia dan mengendalikan kela-kelas

pengajian Rumah Fikir. Hal yang sama turut berlaku ketika mana saya diajukan

dengan pelbagai persoalan yang kurang difahami oleh mereka ketika kelas pengajian

dijalankan. Keadaan telah memberikan kesedaran kepada saya untuk berusaha

Page 17: CONTOH LAPORAN LATIHAN AMALI

16

dengan lebih gigih dalam menimba ilmu pengetahuan sebagai persediaan bagi

melangkah ke alam pekerjaan dengan pengetahuan yang benar-benar mantap.

Oleh kerana Rumah Fikir telah dikembarkan dengan Butik Aisy Asyraf, saya juga

secara tidak langsung turut didedahkan dengan selok-belok bidang pengurusan

pemasaran dan perniagaan. Meskipun bidang ini tampak jauh bebeza daripada

bidang pengajian saya yang asal, saya berasa amat bersyukur kerana setidak-

tidaknya kami berpeluang untuk merasai pengalaman menceburi bidang perniagaan

walaupun dalam tempoh yang tidak begitu lama. Dalam tempoh ini, saya telah

berpeluang untuk mempraktikkan sedikit-sebanyak ilmu tentang perniagaan yang

pernah kami pelajari dalam kursus Keusahawanan dan Inovasi (CESMED) semasa

berada dalam semester dua tahun pertama pengajian saya. Pengalaman ini kami

rasakan sangat-sangat berharga kerana kami mungkin tidak akan mendapatnya di

tempat lain, apatah lagi bila difikirkan bahawa perniagaan itu sendiri merupakan

salah satu daripada pekerjaan Nabi s.a.w dalam lembaran sirah yang terdahulu.

Bagi pihak Rumah Fikir/Aisy Asyraf sendiri, kehadiran kami sebagai pelajar

Latihan Amali/Industri di institusi mereka sedikit sebanyak telah membantu

meringankan beban dan melancarkan proses pentadbiran mereka. Hal ini kerana

dengan kapasiti kakitangan yang tidak begitu ramai, mereka perlu menguruskan

beberapa perkara yang berlainan dan kadangkala diluar bidang tugas mereka pada

satu-satu masa. Justeru, kehadiran kami telah membantu mereka bagi melaksanakan

tugasan tersebut dengan lebih cepat dan sempurna.

1.7 MASALAH DAN CABARAN

Sepanjang menjalani Latihan Amali/Industri ini saya mendapati bahawa terdapat

beberapa masalah dan cabaran yang terpaksa saya hadapi sama ada sebelum atau

semasa berpraktikal. Antaranya ialah:

i. Masalah penentuan penempatan Latihan Amali/Industri Pelajar.

Page 18: CONTOH LAPORAN LATIHAN AMALI

17

Dalam aspek ini, antara permasalahan yang timbul adalah berkenaan dengan

penolakan agensi terhadap permohonan-permohonan yang telah dibuat oleh

pelajar dengan sebab tertentu. Antaranya ialah faktor kelewatan pihak

pentadbiran untuk mengeluarkan surat permohonan pelajar. Malah, ada juga

surat permohonan pelajar yang hilang dalam simpanan pentadbiran dan

terpaksa membuat permohonan untuk surat yang sama untuk kali yang

kedua. Hal ini membuatkan pihak agensi terlebih dahulu memilih

permohonan pelajar yang sedia ada. Masalah penolakan dan permohonan

agensi baru juga dilihat membebankan pelajar kerana setiap pelajar hanya

boleh membuat satu permohonan sahaja pada satu masa. Hal ini

menyebabkan pelajar terpaksa mencari agensi yang baharu sekiranya

permohonan yang pertama gagal. Sekiranya pelajar boleh memghantar lebih

daripada satu permohonan, pelajar tersebut sekurang-kurangnya mempunyai

agensi yang kedua sebagai sokongan sekiranya permohonan yang dibuat

tidak diterima.

ii. Tidak diberikan tanggungjawab.

Sewaktu melaporkan diri untuk berpraktikal, saya tidak diberikan tugasan

yang sepatutnya. Hal ini berkemungkinan kerana ketika itu penyelia saya

berada di Vietnam pada minggu yang pertama. Saya hanya menunggu selama

1 hingga 2 minggu, tetapi memandangkan saya masih tetap belum diberi

sebarang tugasan. Oleh yang demikian, saya telah mengambil inisiatif

sendiri dengan meminta tugasan daripada kakitangan yang sedia ada bagi

menimba pengetahuan dan pengalaman.

iii. Kekangan kewangan.

Seperti yang sedia maklum, Latihan Amali/Industri kami ini adalah

berlangsung semasa cuti semester. Oleh yang demikian, para pelajar tidak

mendapat sebarang peruntukan kewangan daripada mana-mana penaja

mahupun PTPTN sendiri. Hal ini dilihat membebankan kami kerana kami

terpaksa menanggung sendiri kos perbelanjaan harian kami. Meskipun Pusat

Page 19: CONTOH LAPORAN LATIHAN AMALI

18

Zakat dan Baitulmal ada menyediakan dana, namun tidak semua pelajar

mendapatnya disebabkan oleh prosedur permohonan yang berperingkat dan

memerlukan kepada criteria yang tertentu. Tidak dinafikan bahawa terdapat

sesetengah agensi yang memberikan elaun kepada pelajar, namun elaun

tersebut kebanyakannya adalah diperolehi setelah tamatnya tempoh

berpraktikal.

iv. Tempoh masa.

Pada pandangan saya, tempoh masa yang diperuntukkan untuk kami

menjalani Latihan Amali/Industri adalah singkat iaitu lebih kurang dua bulan

setengah. Alangkah baiknya jika tempoh ini dipanjangkan lagi kerana

tempoh ini merupakan ruang dan peluang yang terbaik untuk kami menimba

pengalaman dan pengetahuan demi untuk melangkah ke alam realiti

pekerjaan yang sebenar.

1.8 CADANGAN

Kursus Latihan Amali/Industri ini memberi banyak manfaat dan peluang kepada para

pelajar untuk merasai realiti suasana alam pekerjaan yang sebenar dan menimba ilmu

serta pengalaman daripada agensi tententu. Namun begitu, kursus ini masih

memerlukan sedikit penambahbaikan bagi memastikan ianya berjaya untuk meraih

hasil dan kualiti pada tahap yang maksima dan lebih baik.

Setelah menamatkan latihan ini dengan jayanya, saya sebagai orang yang melalui

detik ini mencadangkan agar tempoh Latihan Amali/Industri ini dilanjutkan lagi. hal

ini kerana saya berpendapat bahawa tempoh yang sedia ada adalah terlalu singkat dan

menjadikan kami para pelajar terburu-buru untuk mengejar masa bagi menyiapkan

tugasan dalam masa yang singkat dan dalam masa yang sama menimba pengalaman

serta pengetahuan baharu. Tempoh masa yang singkat ini juga sebenarnya

menyebabkan pihak agensi tidak berani untuk memberikan tugasan yang sedikit berat

dan mencabar untuk menguji kemampuan pelajar kerana bimbang akan tempoh yang

Page 20: CONTOH LAPORAN LATIHAN AMALI

19

terlalu singkat akan mempengaruhi kualiti gerak kerja dan hasil kerja yang bakal

diperolehi.

Selain itu, saya juga menyarankan agar pihak Pentadbiran Hal Ehwal Jaringan

Industri dan Masyarakat UKM agar menimbang semula waktu Latihan Amali ini

dijalankan. Saya amat berbesar hati sekiranya Latihan Amali ini dijalankan pada

semester 2 tahun ke 3 pengajian atau bersamaan dengan semester 6 pengajian semasa.

Rasionalnya saya memberi cadangan ini adalah kerana tempoh jarak Latihan Amali

dengan Graduasi pelajar adalah sangat hampir. Hal ini secara tidak langsung

menjadikan para pelajar lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam Latihan

Amali mereka kerana mereka tahu tidak lama lagi mereka akan menjejakkan kaki ke

alam pekerjaan yang sebenar. Tambahan pula, pengalaman dan pengetahuan mereka

mengenai alam pekerjaan juga adalah masih baharu.

Akhir sekali, besarlah harapan saya agar pihak Pentadbiran Hal Ehwal Jaringan

Industri dan Masyarakat UKM menyediakan sedikit peruntukkan khas bagi tujuan

perbelanjaan pelajar sepanjang tempoh latihan ini dijalankan. Saya tidak menafikan

bahawa banyak agensi lain seperti Pusat Zakat UKM, Baitulmal, dan pejabat

Setiausaha Negeri ada memperuntukan dana untuk pelajar Latihan Amali ini, namun

ianya memerlukan kepada permohonan dan mengambil masa yang agak lama. Selain

itu, besar juga harapan saya agar pihak fakulti dan agensi dapat menyediakan satu

senarai tugasan atau justifikasi tugasan sama ada secara umum mahupun berfokus.

Pada hemah saya, tindakan ini akan memudahkan para pelajar dan agensi itu sendiri

untuk bersiap sedia untuk tugasan tersebut disamping dapat melatih para pelajar untuk

lebih bersistematik dalam pengurusan kerjaya mereka kelak.

Page 21: CONTOH LAPORAN LATIHAN AMALI

20

1.9 PENUTUP

Setelah bertungkus lumus selama hampir dua bulan, akhirnya berjaya juga saya tamatkan

Latihan Amali/Industri ini . Walaupun dengan tempoh masa yang agak pendek, namun

ilmu pengetahuan serta pengalaman yang diperolehi amatlah banyak serta berguna bagi

bagi diri saya sebagai sebuah manual persediaan awal untuk melangkah kea lam

pekerjaan kelak. Terdapat juga pelbagai input positif yang dapat saya diperolehi dalam

usaha untuk meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi alam pekerjaan kelak.

Sekali lagi, jutaan terima kasih saya titipkan kepada semua pihak yang terlibat

dalam membantu serta memudahkan proses latihan amali industri ini berjalan dengan

lancar. Ucapan ini juga saya tujukan kepada pihak pentadbiran Universiti Kebangsaan

Malaysia di Fakulti Pengajian Islam, barisan pentadbiran Rumah Fikir/Aisy Asyraf Butik,

Penyelia UKM serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak

langsung.

Akhir kata dari saya, pengalaman yang diperolehi sepanjang Latihan Amali/Insutri

ini adalah merupakan suatu ilmu yang amat bermakna bagi diri saya serta individu lain.

Setiap perkara yang dipelajari sepanjang Tempoh latihan ini adalah merupakan proses

persediaan yang penting bagi para pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan. Saya juga

amat berharap agar pelajar yang akan menjalani kursus ini pada masa hadapan akan

berusaha sebaik yang mungkin untuk menggunakan peluang yang diberikan.

Page 22: CONTOH LAPORAN LATIHAN AMALI

21

RUJUKAN

Buku Log Latihan Amali/Industri,2015,Fakulti Pengajian Islam,Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Prof.Madya Dr. Jaffary Awang, Ketua Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti

Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Email: [email protected]

Website: http://rumahfikir.com/

Facebook: https://www.facebook.com/rumahfikir

Instagram: https://i.instagram.com/rumahfikir/

LAMPIRAN

1) Gambar-Gambar Sekitar Latihan Amali.

Page 23: CONTOH LAPORAN LATIHAN AMALI

22

2) Contoh Poster Program/Aktiviti.

Page 24: CONTOH LAPORAN LATIHAN AMALI

23

3) Gambar Aktiviti/Program