laporan amali 2- batuan

Upload: norhisham-mohamud

Post on 17-Oct-2015

139 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Bumi dan Angkasa Lepas

Bumi dan Angkasa LepasSCE 3110

Laporan Amali 2Tajuk: BatuanTujuan: Mengenalpasti dan mengelaskan batuan di persekitaran mengikut spesifikasi iaitu ;(i) . batu igneus(ii) . batu enapan(iii) . batu metamorfikTeori:Batuan boleh dikelaskan kepada tiga jenis iaitu batu igneus , batu enapan dan batu metamorfik . Pengkelasan batuan boleh dibuat berdasarkan ciri-ciri seperti mineral yang terdapat pada batuan ,tekstur batuan iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan dan struktur batuan iaitu susunan hablur mineral di dalam batu .Batuan IgneusBatu Igneus adalah batuan yang terbentuk akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma di dalam kerak bumi . Batu ini berbentuk hablur , tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil . Batu Igneus ini boleh dikelaskan berdasarkan kandungan logam di dalamnya . Jika terdapat lebih kandungan silika , batu ini dikenali sebagai batuan asid . Contoh batuan asid adalah batu granit yang mempunyai warna yang cerah dan kurang padat . Manakala batuan bes pula berwarna lebih gelap (hitam)kerana mengandungi oksida dan hidroksida besi , aluminium dan magnesium. Batuan bes adalah lebih padat , contohnya batu basalt . Batuan igneus boleh dikelaskan kepada dua kumpulan berdasarkan asal kejadiannya iaitu batuan igneus Plutonik atau Rejahan dan batuan igneus Gunung Berapi atau Terobosan .i. Batuan Igneus Plutonik atau Rejahan - Batu ini adalah batu igneus yang terjadi di bahagian bawah kerak bumi. Penyejukan dan pembekuan cecair ini berlaku secara perlahan-lahan. Oleh kerana itu terjadilah hablur-hablur kasar yang mudah dikenal. Batu jalar dalam ini, umpamanya granit, diorit dan gabro terdedah di permukaan bumi akibat daripada proses gondolan dan hakisan.ii. Batu Gunung Berapi atau Terobosan - Batu gunung berapi adalah batu cecair yang telah melimpah keluar dari gunung berapi sebagai lava. Lava ini membeku dengan cepat di permukaan bumi dan hablur yang dihasilkannya berbentuk halus.Batu gunung berapi atau batu jalar luar yang biasa terdapat ialah batu basol. Batu basol ini menghasilkan hanyutan lava, litupan lava dan daratan tinggi lava. Setengah-setengah batu basol membeku dengan cara yang luar biasa dan menghasilkan menara-menara batu. Sebahagian daripada lava cair itu mungkin mengalir keluar melalui rekahan-rekahan. Lava cair itu kemudian membeku dalam bentuk daik yang tegak dan sil yang datar.Batuan Enapan Batu enapan terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan perairan. Kejadiannya memakan masa yang panjang. Batuan ini dapat dibezakan daripada batuan jenis lain oleh sifat-sifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini disebut batu-batan berlapis. Tebal lapisannya berbeza-beza dari beberapa sentimeter hingga ke beberapa meter. Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau keras. Bahan-bahan yang membentuk batuan enapan ini mungkin telah diangkut oleh sungai-sungai, glasier, angin atau binatang-binatang. Batuan enapan tidak berhablur dan seringkali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan halus. Batuan enapan inilah yang paling berbeza sekali cara kejadiannya jika dibandingkan dengan batuan lain, batuan enapan dapat dikelaskan berdasarkan umurnya. Berbagai-bagai jenis batu-batan yang terjadi dalam jangka waktu yang sama telah dijeniskan ke dalam satu golongan. Mengetahui sifat-sifat pelbagai jenis batu-batan itu sangatlah penting. Batuan enapan boleh dikelaskan kepada tiga jenis utama dengan berdasarkan kepada asal kejadiannya dan kandungannya iaitu :i. Batuan enapan yang terjadi secara mekanik - Batuan jenis ini terjadi daripada pemaduan bahan-bahan yang terkumpul daripada batuan yang lain. Batu pasir merupakan batuan enapan yang paling banyak terdapat. Batuan ini terjadi daripada pasir dan kadang-kadang serpihan batu kuarza. Susunan, kandungan dan warnanya sangatlah berbeza-beza. Batu pasir banyak dipecahkan di kuari-kuari untuk kegunaan membuat rumah atau membuat batu penggiling. Batu pasir yang lebih besar dikenal sebagai grit. Apabila batu-batu kelikir yang lebih besar berpadu dengan kukuhnya sehingga menjadi batu besar, maka batuan itu disebut konglomeret (sekiranya bulat) dan brekia (sekiranya bersegi-segi). Batuan enapan yang lebih halus menjadi tanah liat yang banyak digunakan untuk membuat bata, syil atau batu lodak. Pasir dan batu kelikir mungkin terdapat dalam bentuk yang tidak berpadu.ii. Batuan enapan yang terjadi secara organik - Batu ini terjadi daripada bangkai hidup-hidupan yang halus. Contohnya, organisma seperti karang dan kerang yang telah reput dagingnya akan meninggalkan kulit-kulit yang keras. Kebanyakan batu yang terjadi secara ini terdiri daripada jenis kalkeria antaranya termasuklah batu kapur dan kapur. Batu yang mengandungi karbon juga terjadi secara organik. Batuan ini terjadi daripada pemendapan tumbuh-tumbuhan yang telah reput seperti yang terdapat di kawasan paya dan hutan. Batuan di atas memberikan tekanan kepada tinggalan tumbuh-tumbuhan itu dan memampatkannya menjadi jisim karbon yang padat. Akhirnya tinggalan ini menjadi gambut, lignit atau arang batu. Semua bahan-bahan ini sangat tinggi nilainya dari segi ekonomi.iii. Batuan enapan yang terjadi secara kimia - Batu jenis ini terenap melalui tindakan kimia larutan yang berbagai jenis. Natrium klorid (garam batu) berpunca daripada lapisan yang pada satu masa dahulu berada di dasar laut atau tasik. Gipsum atau kulsium sulfat didapati dari penyejatan yang berlaku di tasik-tasik masin seperti Laut Mati yang sangat masin airnya itu. Kalium karbonat dan nitrat juga terjadi dengan cara yang sama.Batuan Metamorfosis Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan menyebabkan semua batu-batuan, baik batuan igneus mahupun batuan enapan akan bertukar menjadi batuan metamorfosis. Sifat-sifat asal batuan tersebut mungkin berubah oleh kuasa-kuasa tersebut di atas taditerutamanya apabila pergerakan bumi yang sangat kuat berlaku dan dengan cara ini tanah lempung akan berubah menjadi batu loh, batu kapur menjadi batu marmar, batu pasir menjadi kuarzit, batu granit menjadi gneis, syal menjadi syis, arang batu menjadi grafit dan grafit menjadi berlian. Batuan metamorfosis seperti batu marmar dan syis banyak dijumpai di Malaysia. Batu marmar misalnya boleh didapati di Pulau Langkawi dan syis pula boleh didapati di kawasan pergunungan di Sarawak. Batuan metamorfosis ialah batuan yang telah mengalami perubahan fizikal dan kimia akibat haba dan tekanan yang sangat tinggi. Perubahan fizikal dan kimia yang dimaksudkan itu ialah perubahan dari segi tekstur, struktur dan komposisi mineral batuan. Batuan metamorfosis mungkin berasal daripada batuan igneus, batuan enapan atau batuan metamorfosis yang lain. Suhu yang diperlukan untuk berlakunya proses metamorfisma ialah antara 100C hingga 800C. Pada suhu ini batuan masih lagi berkeadaan lembut. Dalam keadaan yang lembut ini, batuan boleh berubah dari segi susunan mineralnya. Hablur dalam mineral pula boleh berubah dari segi saiz dan bentuknya. Komposisi batuan juga boleh berubah akibat tindak balas kimia. Tekanan yang kuat mungkin menghimpit hablur menjadi rata atau panjang. Apabila magma panas mengalir keluar ke permukaan muka bumi ataupun memasuki celah-celah rekahan, batuan kerak bumi yang disentuhnya berubah menjadi batuan metamorfosis. Proses ini dikenali sebagai metamorfisma terma. Batu marmar dan slat bintik terbentuk secara metamorfisma terma ini. Metamorfisma yang berlaku secara besar-besaran adalah metamorfisma serantau. Di kawasan kerak bumi yang pernah mengalami proses pembentukan gunung terdapat batuan metamorfosis seperti syis dan gneis. Hal ini terjadi apabila batuan yang terdapat jauh di dalam kerak bumi mengalami tekanan yang kuat dan haba yang tinggi. Tekanan dan haba yang tinggi menyebabkan batuan mengalami proses penghabluran semula. Batuan metamorfosis mempunyai ciri-ciri yang jelas. Kesemua batuan metamorfosis mempunyai struktur berhablur. Batuan metamorfosis mempunyai mineral yang sama seperti batuan igneus, tetapi sering terdapat juga mineral yang hanya terbentuk pada suhu dan tekanan yang sangat tinggi. Sesetengah batuan metamorfosis mampat dan menjadi lebih padat akibat tekanan yang sangat tinggi yang dialaminya. Pemadatan batuan menyebabkan molekulnya menjadi lebih rapat dan isipadu batuan lebih kecil. Sesetengah batuan metamorfosis yang berjalur mempunyai mineral yang tersusun dalam lapisan-lapisan yang selari. Batuan metamorfosis berjalur ini terjadi apabila mineral dalam batuan itu mengalami penghabluran semula atau terhimpit akibat tekanan. Jaluran juga terjadi apabila mineral yang mempunyai kepadatan berlainan terasing lalu membentuk lapisan-lapisan. Contoh batuan berjalur ialah batu loh dan syis. Batuan ini boleh pecah menjadi lapisan-lapisan yang nipis. Batuan metamorfosis tidak berjalur seperti batu marmar dan kuarzit pula tidak boleh pecah kepada beberapa lapisan.Radas: 1. Kanta 2. Sebuah bekas untuk mengisi batuan 3. Sebuah alat penimbang eletronik 4. Bikar 250 ml 5. Bekas Eureka 5. Sebuah kamera DSLR 6. Jadual PemerhatianBahan: 1. Batu-batuan yang dikutip . 2. AirProsedur:

1. Sepuluh jenis batu dipilih dari persekitaran/kejiranan 2. Setiap batu di tandakan dengan A , B , C , D, E , F , G , H , I dan J . 3. Setiap jenis batu diperhatikan dari segi warna, struktur, tekstur, kilauan, kekerasan dan corak pada batuan. 4. Jisim setiap batu diukur degan menggunakan penimbang elektronik untuk mengetahui jisim batuan. 5. Setiap batu dimasukkan ke dalam bikar untuk mengukur isipadu batuan.

6. Kepadatan batuan dikaji dengan menggunakan hubungan jisim dengan isipadu batuan.

7. Semua maklumat yang diperolehi dan dikumpul di catatkan dalam jadual seperti dalam jadual 1.

8. Berdasarkan data yang diperolehi nama-nama batuan yang dikaji ditentukan.

Prosedur : 1. Batu-batuan yang dikumpul dari kawasan persekitaran

Prosedur : 2. Batu-batuan dilabelkan

Prosedur : 3. batu diperhatikan dari segi warna, struktur, tekstur, kilauan, kekerasan dan corak pada batuan.

Prosedur : 4. Setiap batu ditimbang

Prosedur : 5. Mengukur isipadu batu .

Jadual Pemerhatian :BatuKriteria Batuan

Batu A : Kuartza

Jenis : MetamorfikWarna : PutihBerat : 43.13gIsipadu :23cmKilauan : BerkilauKekerasan : 7Lapisan : Tidak berlapisTekstur : Bersudut , halus dan padatCorak : Tiada corakKetumpatan : 43.13/23 = 1.88

Batu B : Granit

Jenis : IgneusWarna : Putih kuningBerat : 94.2gIsipadu : 42cmKilauan : Tidak berkilauKekerasan : 6.5Lapisan : Tiada lapisanTekstur : Kasar dan padatCorak : Tiada corakKetumpatan :94.2/42 = 2.24

Batu C : Kuartza

Jenis : MetamorfikWarna : PutihBerat : 47.1gIsipadu :21cmKilauan : BerkilauKekerasan : 7Lapisan : Tidak berlapisTekstur : Bersudut , halus dan padatCorak : Tiada corakKetumpatan : 47.1/21 = 2.24

Batu D : Syal

Jenis : EnapanWarna : Merah bataBerat : 53.58gIsipadu :16cmKilauan : Tidak berkilauKekerasan : 4Lapisan : BerlapisTekstur : Bersudut dan lembutCorak : Tiada corakKetumpatan : 53.58/16 = 3.35

Batu E : Basalt

Jenis : MetamorfikWarna : HitamBerat : 14.32gIsipadu :11cmKilauan : Tidak berkilauKekerasan : 7Lapisan : Tidak berlapisTekstur : Bersudut , halus dan keras Corak : Tiada corakKetumpatan : 14.32/11 = 1.30

Batu F : Kuartza

Jenis : MetamorfikWarna : Hitam dan putihBerat : 77.18gIsipadu :23cmKilauan : BerkilauKekerasan : 7Lapisan : BerlapisTekstur : Halus dan keras Corak : BercorakKetumpatan : 77.18/23 = 3.36

Batu G : Marmar

Jenis : MetamorfikWarna : PutihBerat : 114.95gIsipadu : 49cmKilauan : BerkilauKekerasan : 7Lapisan : Tidak berlapisTekstur : Halus dan keras Corak : Tidak bercorakKetumpatan : 114.95/49 = 2.35

Batu H : Granit

Jenis : IgneusWarna : Putih , coklat dan hitamBerat : 100.84gIsipadu : 40cmKilauan : Tidak berkilauKekerasan : 6Lapisan : Tidak berlapisTekstur : Kasar dan keras Corak : Berbintik-bintikKetumpatan : 100.84/40 = 2.52

Batu I : Marmar

Jenis : MetamorfikWarna : CoklatBerat : 14.37gIsipadu : 8cmKilauan : BerkilauKekerasan : 7Lapisan : Tidak berlapisTekstur : Bersegi , halus dan keras Corak : Tidak bercorakKetumpatan : 14.37/8 = 1.80

Batu J : Syal

Jenis : EnapanWarna : Coklat dan Merah BataBerat : 29.42gIsipadu : 11cmKilauan : BerkilauKekerasan : 4Lapisan : BerlapisTekstur : Bersegi , halus dan lembut Corak : Tidak bercorakKetumpatan : 29.42/11 = 2.67

Ciri-ciri batuan yang dikenalpastiBatuJenis batuanWarnaBerat(g)Isipadu (cm)KilauanKekerasanLapisanTeksturCorak

AMetamorfikPutih43.1323Berkilau7TiadaBersudutHalusTiada

BIgneusPutihKuning94.242Tidak6.5TiadaKasarPadatTiada

CMetamorfikPutih47.121Berkilau7TiadaBersudutHalusPadatTiada

DEnapanMerah bata53.5816Tidak4BerlapisBersudutLembutTiada

EMetamorfikHitam14.3211Tidak7TiadaBersudutHalusKerasTiada

FMetamorfikHitamPutih77.1823Berkilau7BerlapisHalusKerasBercorak

GMetamorfikPutih114.9549Berkilau7TiadaHalusKerasTiada

HIgneusPutihCoklatHitam100.8440Tidak6TiadaKasarKerasBerbintik

IMetamorfikCoklat14.378Berkilau7TiadaBersegiHalusKerasTiada

JEnapanCoklatMerah Bata29.4211Berkilau4BerlapisBersegi HalusLembutTiada

Analisis DataBatuan A , C dan F : Batuan ini mempunyai ciri-ciri seperti berkilau , permukaan yang halus , sangat keras dan berwarna cerah atau gelap serta tidak berlapis . Berdasarkan ciri-ciri yang terdapat pada batu ini , ia boleh dikatakan dari jenis batu metamorfik iaitu kuartza . Batuan ini adalah padat kerana menerima tekanan yang sangat tinggi .Batuan B dan H : Ciri-ciri persamaan antara batuan ini adalah mempunyai warna putih , kuning , coklat dan hitam , tidak berkilau , kasar dan padat , tidak berlapis dan bercorak berbintik . Batuan ini boleh dikelaskan sebagai batuan igneus iaitu granit . Batuan granit adalah batuan asid kerana mengandungi lebih banyak silika dan berwarna cerah . Batuan granit terbentuk akibat pembekuan magma di bawah kerak bumi . Batuan granit tergolong sebagai batuan Igneus Plutonik atau Rejahan .Batuan D dan J : Batuan ini berwarna sederhana kemerahan dan coklat , tidak berkilau , berlapis dan agak lembut serta tiada bercorak . Batuan ini dikenali sebagai batuan enapan iaitu syal . Batu syal juga dikenali sebagai batu lumpur . Batu syal ini mungkin terbentuk daripada enapan yang dibawa oleh sungai atau glasier .Batuan E : Batu ini mempunyai ciri-ciri seperti warna yang gelap (hitam) , tidak berkilau , bersegi , permukaan yang halus dan sangat keras . Batu ini tergolong sebagai batuan metamorfik . Batu ini dikenali sebagai basalt . Batu metamorfik mengalami perubahan fizikal dan kimia akibat tindakan haba dan tekanan yang tinggi.Batuan G dan I : Batuan ini mempunyai warna yang cerah seperti putih dan coklat , berkilau ,mampat ,permukaan yang halus dan keras . Batuan ini dikelaskan sebagai batuan metamorfik iaitu marmar .

KesimpulanKajian mengenai batuan ini amat penting terutama bagi mengetahui asal usul kejadian pelbagai jenis batuan . Batuan boleh dikelaskan mengikut kejadiannya dan juga berdasarkan kandungan , struktur , tekstur , corak , warna dan sebagainya . Pengetahuan mengenai batuan ini membantu manusia dalam menilai kesesuaian penggunaan batuan dalam kehidupan seperti pembinaan , perhiasan , industri dan lain-lain lagi . Contohnya granit banyak digunakan dalam pembinaan jalan raya dan sebagai bahan konkrit untuk bangunan kerana sifatnya yang keras dan mempunyai nilai harga yang tidak terlalu tinggi serta mudah didapati . Batu marmar pula banyak digunakan untuk membuat jubin kerana cirinya yang keras , berkilau dan kelihatan cantik dengan corak dan warna tertentu . Batuan jenis enapan seperti batu kapur penting dalam pembuatan simen . Contoh-contoh penggunaan batuan yang diberi menunjukkan bahawa pengetahuan yang diperolehi daripada kajian tentang batuan banyak membantu kehidupan manusia .

Laporan disediakan oleh : NORHISHAM BIN MOHAMUD 750519-02-5187

1