laporan amali 2

9
LAPORAN AMALI 2 Tajuk: Melarutkan Gula Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara saiz gula dan masa gula melarut sepenuhnya (minit). Teori: Keterlarutan ialah kuantiti maksimum zat terlarut yang boleh larut dalam kuantiti pelarut yang tertentu pada suhu tetap untuk menghasilkan larutan tepu. Keterlarutan biasanya dinyatakan dalam g/100ml. Mentafsirkan konsep keterlarutan: Pernyataan: Keterlarutan gula di dalam air pada 20˚C ialah 204 g/100 ml. Maksud: Jisim maksimum gula yang diperlukan untuk larut di dalam 100 ml air untuk menghasilkan larutan gula yang tepu pada 20˚C ialah 204 g. Keterlarutan sesuatu zat terlarut adalah malar pada suhu yang tetap. Namun, keterlarutannya bertambah apabila suhu pelarut meningkat. Keterlarutan pepejal dalam pelarut cecair bertambah apabila suhu meningkat. Namun, keterlarutan gas dalam pelarut cecair berkurang apanila suhu bertambah. Pernyataan masalah: 1) Berapakah masa yang diambil oleh gula batu untuk melarut sepenuhnya? 26

Upload: aslina-awang

Post on 31-Dec-2015

485 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN AMALI 2

LAPORAN AMALI 2

Tajuk: Melarutkan Gula

Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara saiz gula dan masa gula

melarut sepenuhnya (minit).

Teori:

Keterlarutan ialah kuantiti maksimum zat terlarut yang boleh larut

dalam kuantiti pelarut yang tertentu pada suhu tetap untuk menghasilkan larutan

tepu. Keterlarutan biasanya dinyatakan dalam g/100ml. Mentafsirkan konsep

keterlarutan:

Pernyataan: Keterlarutan gula di dalam air pada 20˚C ialah 204 g/100 ml.

Maksud: Jisim maksimum gula yang diperlukan untuk larut di dalam 100 ml air

untuk menghasilkan larutan gula yang tepu pada 20˚C ialah 204 g.

Keterlarutan sesuatu zat terlarut adalah malar pada suhu yang tetap.

Namun, keterlarutannya bertambah apabila suhu pelarut meningkat. Keterlarutan

pepejal dalam pelarut cecair bertambah apabila suhu meningkat. Namun,

keterlarutan gas dalam pelarut cecair berkurang apanila suhu bertambah.

Pernyataan masalah:

1) Berapakah masa yang diambil oleh gula batu untuk melarut sepenuhnya?

2) Berapakah masa yang diambil oleh gula pasir untuk melarut sepenuhnya?

3) Berapakah masa yang diambil oleh gula kastor untuk melarut sepenuhnya?

4) Gula yang manakah paling cepat melarut sepenuhnya?

Hipotesis: -Semakin kecil saiz gula, semakin cepat masa gula melarut

sepenuhnya.

-Semakin besar saiz gula, semakin lambat masa gula melarut

sepenuhnya.

26

Page 2: LAPORAN AMALI 2

Pembolehubah:

i) Dimalarkan: Kuantiti gula, kuantiti air dan suhu awal air.

ii) Dimanipulasi: Saiz gula.

iii) Bergerakbalas: Masa gula melarut sepenuhnya (minit.)

Radas/bahan: Gula batu, gula pasir, gula kastor, sudu untuk mengacau, bikar

250 ml, air, jam randik dan penimbang makmal.

Prodesur/Langkah:

1) Murid-murid dibekalkan dengan tiga jenis gula iaitu gula batu, gula pasir dan

gula kastor.

Rajah 1 : 3 jenis gula iaitu gula batu, gula pasir dan gula kastor.

27

Page 3: LAPORAN AMALI 2

2) Setiap jenis gula disukat sebanyak 10 g dan kuantiti air disukat sebanyak

100 ml.

Rajah 2 : Setiap jenis gula disukat sebanyak 10 g.

Rajah 3 : Kuantiti air sebelum dimasukkan gula ialah 100 ml.

28

Page 4: LAPORAN AMALI 2

3) Gula kastor dimasukkan ke dalam bikar yang berkuantiti air sebanyak 100 ml

dan dikacau dengan menggunakan sudu sehingga kesemua gula melarut

sepenuhnya. Masa gula kastor melarut sepenuhnya dicatatkan.

Rajah 4 : Gula kastor dimasukkan ke dalam bikar.

Rajah 5 : Gula kastor dikacau dengan sudu dan masa

gula kastor melarut sepenuhnya dicatatkan.

29

Page 5: LAPORAN AMALI 2

4) Langkah 3 diulangi untuk gula pasir dan gula batu.

Rajah 6 : Gula pasir dimasukkan ke dalam bikar.

Rajah 7 : Gula pasir dikacau sehingga melarut

sepenuhnya dan masa dicatatkan.

30

Page 6: LAPORAN AMALI 2

Rajah 8 : Gula batu dimasukkan ke dalam bikar

yang berkuantiti air sebanyak 100 ml.

Rajah 9 : Gula batu dikacau sehingga melarut

sepenuhnya dan masa dicatatkan.

5) Masa setiap jenis gula melarut sepenuhnya dicatatkan di dalam Jadual 1.

31

Page 7: LAPORAN AMALI 2

Keputusan:

Saiz gula Masa gula melarut sepenuhnya (minit)

Gula kastor 1

Gula pasir 2

Gula batu 10

Jadual 1

Perbincangan:

1) Ramalkan jenis gula yang manakah paling cepat melarut?

Gula kastor adalah gula yang paling cepat melarut.

2) Berdasarkan amali yang dijalankan, nyatakan perbezaan masa bagi setiap

gula melarut sepenuhnya?

Gula kastor mengambil masa yang paling cepat melarut sepenuhnya, diikuti

gula pasir dan gula batu paling lambat melarut sepenuhnya.

3) Nyatakan inferens berdasarkan perbezaan masa setiap gula melarut

sepenuhnya?

Gula kastor mengambil masa yang paling cepat melarut sepenuhnya kerana

saiznya yang paling kecil, manakala gula batu paling lambat melarut

sepenuhnya kerana saiznya yang paling besar.

Kesimpulan:

Semakin kecil saiz gula, semakin cepat gula melarut sepenuhnya (minit).

Rujukan:

Ng Chee Kin. (2013). HYBRIDPLUS SCIENCE FORM 1 + 2 + 3. Cheras:

Percetakan Rina Sdn. Bhd.

Chong Chee Sian. (2011). REFERENS EKSPRES SPM FIZIK. Bandar Baru Bangi:

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

32