amali 3 terkini

21
0

Upload: cha-om

Post on 08-Feb-2016

40 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

science

TRANSCRIPT

Page 1: amali 3 terkini

0

Page 2: amali 3 terkini

AMALI 3

1.0 TAJUKTerbit Matahari

2.0 PENGENALANHampir separuh daripada Bumi diterangi oleh Matahari. Kawasan yang

diterangi secara langsung ialah hampir setengah planet; akan tetapi, oleh sebab

kesan atmosfera dan kesan-kesan lain yang memanjangkan kesan cahaya tidak

langsung, kawasan Bumi yang disinari cahaya secara langsung ataupun tidak

langsung sebenarnya lebih sedikit daripada setengah planet. Tempoh siang dari

segi pemerhati di permukaan Bumi ditakrifkan secara kasar sebagai tempoh

antara waktu terbit matahari apabila putaran Bumi ke timur mula-mula

menyebabkan kemunculan cakera Matahari di atas ufuk hinggalah ke waktu

terbenam matahari, apabila putaran Bumi yang berterusan menyebabkan cakera

Matahari jatuh ke bawah ufuk di barat. Oleh sebab Matahari kelihatan seolah

cakera bercahaya dan tidak sebagai titik cahaya apabila dilihat dari Bumi, kedua-

dua waktu matahari terbit dan terbenam tidak berlaku dengan serta-merta dan

definisi tepat kedua-dua kejadian itu boleh berubah mengikut konteksnya. Lagi,

atmosfera Bumi membaurkan cahaya dari Matahari dan memanjangkan tempoh

matahari terbit dan terbenam. Buat seketika waktu selepas matahari terbenam

dan sebelum matahari terbit, cahaya tak langsung dari Matahari menerangi langit

di Bumi; waktu ini lazimnya disebut waktu senjakala. Beberapa golongan ahli

astonomi tidak menerima waktu siang itu betul-betul sudah berakhir sehinggalah

cakera Matahari itu betul-betul di bawah ufuk Bumi ekoran cahaya yang tidak

langsung ini.

Oleh kerana paksi putaran Bumi condong pada lebih kurang 23.5 darjah

dari garis tegak lurus (berbanding satah orbitnya), panjang tempoh hari siang

berubah seiring musim di permukaan Bumi bergantung kepada latitud seseorang

1

Page 3: amali 3 terkini

yang memerhati. Kawasan-kawasan yang mengalami musim panas menyenget

terhadap Matahari. Sengetan ini meningkatkan sinaran suria langsung dan

menyebabkan lebih separuh hari diterangi cahaya dan suhu yang lebih tinggi.

Sementara tambahan cahaya dapat meningkatkan kenaikan suhu pada musim

panas, sebahagian besar kenaikan ini disebabkan sinaran suria langsung dan

bukan pertambahan cahaya siang hari. Sudut Matahari yang tinggilah (dekat 90

darjah) penyebab kepanasan kawasan tropika dan sudutnya yang rendah (hanya

sedikit di atas ufuk) pula mendatangkan kesejukan kawasan-kawasan kutub.

Hakikat yang tempoh cahaya siang tidak mendatangkan kesan terhadap suhu

dapat dilihat daripada kesejukan kawasan-kawasan kutub kendatipun kawasan-

kawasan tersebut menerima cahaya suria selama 24 jam pada musim panas,

sementara kawasan khatulistiwa masih panas walaupun hanya mendapat

cahaya suria selama 12 jam.

Walaupun panjang waktu siang tetap 12 jam di Khatulistiwa pada semua

musim, di latitud lain pula panjang waktu siang berubah dengan perubahan

musim. Sewaktu musim sejuk, tempoh siang kurang daripada 12 jam; pada

musim panas pula, ia lebih daripada 12 jam. Apabila musim panas berlaku di

kawasan ke utara Khatulistiwa, musim sejuk berlaku di selatan Khatulistiwa, dan

sebaliknya.

Azimut pula bermaksud "cara, bahagian, atau suku" adalah ukuran sudut

dalam sistem koordinat sfera. Vektor dari pemerhati ke titik kepentingan

dijangka serenjang pada satah rujukan; sudut antara vektor diunjurkan dan

vektor rujukan di dalam pesawat rujukan dipanggil azimut. Satu contoh ialah

kedudukan bintang di langit. Bintang adalah titik kepentingan, pesawat rujukan

adalah mendatar atau permukaan laut, dan vektor rujukan menunjukkan utara.

Azimuth adalah sudut antara vektor utara dan unjuran serenjang bagi bintang

yang turun ke kaki langit. Azimuth biasanya diukur dalam darjah (°). Konsep ini

digunakan dalam pelayaran, astronomi, kejuruteraan, pemetaan, perlombongan

dan meriam.

2

Page 4: amali 3 terkini

Ketika menentukan kedudukan matahari secara manual, kita perlu terlebih

dahulu menentukan arah mata angin benar iaitu utara benar di permukaan bumi

dan seterusnya menggunakan kompas dan penggiraan trogonometri untuk

menentukan altitude dan azimuth kedudukan matahari. Utara Benar merujuk

kepada Utara Benar, utara ini adalah Utara Kutub. Utara benar yang kita

gunakan dalam geografi ini adalah mengarah ke kutub utara bumi, iaitu latitutt 90

darjah Utara, ini adalah utara Geografi. Semua garis bujur di atas glob dan peta

atlas menuju ke kutub utara bumi. Setelah menentukan arah utara, kedudukan

matahari ditentukan berdasarkan penggiraan altitude dan azimuth. Altitude dan

azimuth digunakan untuk menentukan posisi matahari di garisan horizon

mengikut arah jam yang berlaku secara setempat iaitu di kawasan sekitar

pengkaji sahaja. Setelah mendapat Utara benar sudut antara utara benar dan

garis horizon dicari dengan menggunakan kompas. Sudut antara utara benar

dan garis horizon adalah azimuth manakala penggiraan trigonometri digunakan

3

Page 5: amali 3 terkini

untuk menentukan altitud. Nilai azimuth matahari akan berubah dari masa ke

semasa bergantung kedudukan bumi berdasarkan putarannya. Bumi berputar

pada paksinya mengikut lawan jam dari barat ke timur.

3.0 PROSEDURa) Tempat yang bersesuaian dicari bagi mengenalpasti dan memerhatikan

matahari terbit dalam masa dua minggu.

b) Pemandangan berdasarkan pemerhatian dilukis.

c) Pemerhatian berdasarkan mata kasar direkodkan (lukisan pergerakan

matahari, azimuth, alititude dan masa)

d) Data dianalis dan ditafsirkan.

e) Laporan ditulis berdasarkan pemerhatian yang dibuat dengan

menggunakan jadual, carta atau gambarajah sebagai bukti dan data

dikaitkan dengan the kajian berhubung dengan pergerakan matahari

mengelilingi bumi dan kesannya kepada bumi.

4.0 KEPUTUSAN

Masa 8.30 pagi

Tempoh masa pemerhatian 5 – 10 minit 09.08 hingga 22.08. 2013 (14 hari)

Lokasi Pesisiran Pantai Kg Lubuk Pulau Tuba, Langkawi.

Apa yang diperhatikan 1) Kedudukan matahari terbit

2) Bacaan sudut altitud matahari

3) Bacaan sudut azimuth matahari

Cara data dipersembahkan 1) Data dikumpulkan melalui gambar.

2) Altitud dan azimuth matahari terbit : data

dikumpulkan dengan pengiraan sudut altitud

dan azimuth dengan menggunakan kompas

dan lakaran pergerakan matahari.

4

Page 6: amali 3 terkini

Hari/ Tarikh Gambar Lakaran Pergerakan Matahari

Azimuth (°)

Latitud (°)

1

09.08.2013

100 1

2

10.08.2013

100 1

3

11.08.2013

99 1

5

Page 7: amali 3 terkini

4

12.08.2013

99 1

5

13.08.2013

98 1

6

14.08.2013

98 1

6

Page 8: amali 3 terkini

7

15.08.2013

98 1

8

16.08.2013

97 1

9

17.08.2013

97 1

7

Page 9: amali 3 terkini

10

18.08.2013

99 1

11

19.08.2013

98 1

12

20.082013

98 1

8

Page 10: amali 3 terkini

13

21.08.2013

99 1

14

22.08.2013

98 1

9

Page 11: amali 3 terkini

5.0 PERBINCANGAN

Putaran Bumi pada paksinya.

Rajah menunjukkan beberapa paksi putaran.

Bumi berputar pada paksi (atau paksi putaran). Paksi adalah garisan imaginasi

yang menembusi bahagian tengah sesuatu objek, di mana objek itu berputar. Paksi

Bumi ialah garisan di antara kutub Utara dan kutub Selatan.Sesetengah objek berputar

pada paksi melintang, seperti batang kayu yang sedang berguling. Selain itu, seperti

seorang peluncur ais, berputar pada paksi menegak. Paksi Bumi sedikit condong iaitu

bersudut 23.5°dari paksi menegak.Bumi berputar pada paksinya dari arah barat ke

timur.Bumi berputar dengan lengkap pada paksinya dalam masa 24 jam – dengan

kadar 1000 batu per jam. Tempoh masa yang diambil oleh Bumi untuk melengkapkan

putaran dipanggil satu hari. Kita tidak boleh merasai putaran Bumi kerana Bumi adalah

berkali ganda lebih besar berbanding kita manusia.

10

Page 12: amali 3 terkini

Putaran Bumi pada paksinya menyebabkan :

1. kejadian siang dan malam,

2. Matahari terbit di sebelah Timur dan terbenam di sebelah Barat,

3. perubahan pada kedudukan dan saiz bayang – bayang.

Peredaran Bumi mengelilingi Matahari

Pada ketika Bumi berputar pada paksinya, ia juga beredar mengelilingi

Matahari.Bumi beredar mengelilingi Matahari pada orbitnya. Orbit adalah laluan yang

diikuti oleh planet atau bulan mengelilingi sesuatu jasad; seperti Bumi mengorbit

Matahari.Bumi beredar mengelilingi Matahari dari barat ke timur.Sama seperti lain – lain

planet dalam Sistem Suria, orbit Bumi berbentuk elips atau bujur. Orbit Bumi adalah

permukaan mendatar dua dimensi yang dipanggil elips. Ia mengambil masa 365 ¼ hari

untuk Bumi melengkapkan peredarannya mengelilingi Matahari. Tempoh masa untuk

Bumi melengkapkan peredarannya mengelilingi Matahari dikenali sebagai satu tahun.Ini

bermaksud Bumi beredar mengelilingi Matahari pada kadar kelajuan 67,000 batu per

jam.Mengikut perkiraan, tahun lompat yang mana mempunyai 366 hari berlaku empat

tahun sekali. Ini adalah sebab mengapa dalam tahun lompat terdapat 29 hari dalam

bulan Februari.Kesan daripada peredaran Bumi pada orbitnya mengelilingi Matahari

11

Page 13: amali 3 terkini

dan putaran Bumi pada paksinya mengakibatkan perubahan musim pada negara yang

mengalami 4 musim.

Musim panas ialah musim tahun yang ditakrifkan sebagai bermula dari

bulan Jun sehingga bulan September di Hemisfera Utara, dan

dari Disembersehingga Mac di Hemisfera Selatan. Bagaimanapun, mengikut adat

kebiasaan metereologi, ia ditakrifikan sebagai tiga bulan penuh antara bulan-bulan Jun

dan Ogos di Hemisfera Utara, dan antara bulan-bulan Disember dan Februari di

Hemisfera Selatan. Permulaan musim panas tak rasmi adalah sesuatu yang mengikut

kelaziman. Di Ireland, ia bermula seawal 1 Mei, tetapi di banyak negara, ia dianggap

bermula pada 1 Jun, walaupun terdapat juga negara-negara yang memulakannya

selewat 1 Julai. Secara am, perubahan-perubahan musim berlaku lebih awal di

kawasan-kawasan pantai dan oleh itu, kawasan-kawasan yang terletak berhampiran

dengan lautan akan memulakan musim panas lebih awal daripada kawasan-kawasan

pedalaman. Musim panas biasanya dilihatkan sebagai musim yang mempunyai hari

yang paling panjang (dan paling panas) dalam tahun, dengan waktu siangnya lebih

panjang pada tahap yang berbeza-beza. Di bahagian-bahagian Asia

Selatan dan Tenggara yang mengalami monsun, musim panas dikatakan berlaku

antara Mac hingga Mei atau awal Jun, iaitu waktu terpanas dalam tahun tersebut, yang

diakhiri dengan musim hujan. Musim panas juga adalah musim

kebanyakan tumbuhan menghasilkan buah dan sayuran.

Musim sejuk (musim dingin atau musim salju) ialah satu daripada

empat musim di zon beriklim sederhana. Kalendar Barat mengikut

pemahaman astronomi dan menyatakan bahawa musim sejuk bermula pada solstis

musim sejuk dan berakhir apda ekuinoks musim bunga. Jika dihitung

secara meteorologi, musim sejuk bermula dan tamat lebih awal daripada tarikh-tarikh

tersebut (biasanya pada permulaan bulan yang ada ekuinoks atau solstis berkenaan)

dan merupakan musim yang paling singkat waktu siangnya dan paling rendah suhunya.

Apapun, musim sejuk menampakkan cuaca sejuk dan, terutamanya di latitud atau

altitud lebih tinggi, salji dan ais. Suhu purata terendah pada musim ini biasanya dialami

12

Page 14: amali 3 terkini

pada bulan Januaridi Hemisfera Utara sementara di Hemisfera Selatan pula pada

bulan Julai.

Musim Bunga merupakan salah satu daripada empat musim dalam zon

sederhana, serta berperanan sebagai musim peralihan daripada musim

sejuk kepada musim panas. Musim bunga dikira dari keseluruhan Mac, April, dan Mei di

Hemisfera Utara dan September, Oktober, dan November di Hemisfera Selatan. Musim

bunga bermula di Vernal Ekuinoks (20 Mac atau 21 Mac di Hemisfera Utara dan 22

September 22 atau 23 Septermber di Hemisfera Selatan) dan bertahan sehinggalah

Musim Panas (21 atau 22 Jun di Hemisfera Utara dan 21 atau 22 Disember di

Hemisfera Selatan). Di dalam kawasan yang tidak bersalji, "musim bunga" mungkin

bermula paling awal bulan Februari semasa tahun-tahun yang lebih panas, dengan

kawasan-kawasan subtropik mempunyai perbezaan yang sangat perlahan,

dan tropik pula tiada langsung. Kawasan-kawasan Subartik mungkin tidak dapat melihat

"musim bunga" sehingga bulan Mei atau mungkin Jun, atau Disember di dalam

kawasan lingkaran luar Antartika.

Musim Luruh atau Musim Gugur (bahasa Inggeris: autumn) adalah salah satu

dari empat musim di daerah beriklim serdahana. Musim ini adalah musim peralihan

dari musim panas ke musim sejuk. Dalam zon berhawa sederhana, musim luruh adalah

musim di mana kebanyakkan tumbuhan ditunai, dan pokok-

pokok deciduous menggugurkan daun-daunmereka. Ia juga merupakan musim di mana

hari siang bertambah pendek dan bercuaca dingin (terutama di latitud utara), dan

peningkatan presipitasi di beberapa bagian dunia. Secara astronomi, ia bermula

dengan ekuinoks (sekitar 23 September di belahan Utara, dan 21 Mac di belahan

Selatan, dan berakhir pada solstis musim dingin (sekitar 21 Disember) di belahan Utara

dan 21 Jun di belahan Selatan). Namun, meteorologis menghitung bulan-bulan Mac,

April, dan Mei di belahan Selatan, dan September, Oktober, dan November di belahan

Utara sebagai Musim Luruh. Suatu pengecualian definisi ini ditemukan diKalendar

Ireland di mana mereka masih mengikuti putaran Celtic, di mana musim gugur dihitung

dari bulan-bulan Ogos, September, dan Oktober.

Ringkasan mengenai kejadian 4 musim adalah seperti di bawah:

13

Page 15: amali 3 terkini

TARIKH KEDUDUKAN MATAHARI

KEJADIAN HEMISFERA UTARA

HEMISFERA SELATAN

TEMPOH SIANG DAN MALAM

21 MAC TEGAK DI KHATULISTIWA

EKUINOKS MUSIM BUNGA (FEB-APRIL)

MUSIM BUNGA (FEB-APRIL)

SIANG DAN MALAM SAMA PANJANG

21  JUN TEGAK DI SARTAN (HU)

SOLSTIS MUSIM PANAS (MEI-JULAI)

MUSIM SEJUK (MEI-JULAI)

- KU 24 JAM SIANG- KS 24 JAMMALAM- SIANG LEBIH PANJANG DI HU

23 SEPT TEGAK DI KHATULISTIWA

EKUINOKS MUSIM LURUH (OGOS-OKT)

MUSIM BUNGA (OGOS –OKT)

SIANG DAN MALAMSAMA PANJANG

22 DIS TEGAK DI GARISAN JADI (HS)

SOLSTIS MUSIM SEJUK (NOV-JAN)

MUSIM PANAS (NOV-JAN)

-KU 24 JAM MALAM- KS 24 JAM SIANG-SIANG LEBIH PANJANG DI HS

6.0 KESIMPULANMatahari terbit di sebelah barat. Kejadian siang dan malam adalah disebabkan

bumi berputar pada paksinya.Tempoh satu pusingan putaran lengkap bumi pada

paksinya adalah selama 24 jam.Bumi mengambil masa 365 ¼ hari untuk Bumi

melengkapkan peredarannya mengelilingi Matahari. Tempoh masa untuk Bumi

melengkapkan peredarannya mengelilingi Matahari dikenali sebagai satu tahun

Kesan daripada peredaran Bumi pada orbitnya mengelilingi Matahari dan

putaran Bumi pada paksinya mengakibatkan perubahan musim pada negara

yang mengalami 4 musim.

14

Page 16: amali 3 terkini

7.0 RUJUKAN

Buku

Lutgens, F.K., Tarbuck, E.J. (2005). Foundations of Earth Science 4th Edition. New

Jersey: Pearson Prentice Hill.

Seed, M. A. (2007). Foundation of Astronomy 9th Edition. Belmont: Thomson.

Broadfoot, J. B. (2004). Weather and Climate. Brisbane: QUT.

Laman Sesawang

http://diamondsaujanaputra.blogspot.com/2010/07/terbitnya-matahari-dari-barat.html

http://herryrinaldi.wordpress.com/2010/04/22/terbitnya-matahari-dari-barat-mulai-

nampak/

http://diamondsaujanaputra.blogspot.com/2010/07/terbitnya-matahari-dari-barat.html

15

Page 17: amali 3 terkini

LAMPIRAN

16