amali 3 - manikur oil

17
Tarikh amali : 17 Januari 2011 Masa amali : 08.30-11.30 pagi Tajuk amali : Membuat rawatan pada kuku (Oil Manicure) Tujuan amali : mempelajari teknik-teknik yang betul semasa melakukan rawatan pada kuku (oil manicure). MEMBUAT RAWATAN PADA KUKU (MANICURE) Sebelum amali dimulakan oleh tenaga pengajar, sedikit penerangan tentang rawatan cara oil manicure telah dilakukan. Cara urutan tangan semasa rawatan ini adalah menggunakan teknik yang sama dengan cara rawatan kuku (Manicure) biasa, tetapi perbezaannya adalah Oil Manicure menggunakan minyak zaitun yang digunakan semasa merendam jari. Sebelum memulakan amali alatan dan bahan perlulah disediakan antaranya ialah: Alatan Pengetip kuku Membuang hujung kuku dan 1 STE 3209 KOSMETOLOGI (LAPORAN AMALI)

Upload: norafiza-zulkifli

Post on 30-Jun-2015

427 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: amali 3 - manikur oil

Tarikh amali : 17 Januari 2011

Masa amali : 08.30-11.30 pagi

Tajuk amali : Membuat rawatan pada kuku (Oil Manicure)

Tujuan amali : mempelajari teknik-teknik yang betul semasa melakukan rawatan pada kuku (oil

manicure).

MEMBUAT RAWATAN PADA KUKU (MANICURE)

Sebelum amali dimulakan oleh tenaga pengajar, sedikit penerangan tentang rawatan cara oil

manicure telah dilakukan. Cara urutan tangan semasa rawatan ini adalah menggunakan teknik

yang sama dengan cara rawatan kuku (Manicure) biasa, tetapi perbezaannya adalah Oil

Manicure menggunakan minyak zaitun yang digunakan semasa merendam jari.

Sebelum memulakan amali alatan dan bahan perlulah disediakan antaranya ialah:

Alatan

Pengetip kuku

Membuang hujung kuku dan

membentuk hujung kuku

1 STE 3209 KOSMETOLOGI(LAPORAN AMALI)

Page 2: amali 3 - manikur oil

Kutikel remover

Digunakan untuk mencabut kulit mati

(kutikel ) pada tepi kuku

Kanta mata

Digunakan untuk melihat struktur

permukaan pada kuku.

2 STE 3209 KOSMETOLOGI(LAPORAN AMALI)

Page 3: amali 3 - manikur oil

Berus kuku

Digunakan untuk membuang habuk

yang terdapat pada kuku sebelum

memulakan proses rawatan

Buffil

Sebagai alat untuk mengilatkan kuku

Papan emery

Terdapat pada dua permukaan iaitu

kasar dan halus

Bahagian kasar digunakan untuk

membentuk pada hujung kuku setelah

dipotong

Bagagian halus untuk merattakan

hujung kuku menggunakan sudut 45

darjah semasa menggosok

3 STE 3209 KOSMETOLOGI(LAPORAN AMALI)

Page 4: amali 3 - manikur oil

(i) Hoof stick

Digunakan untuk menolak

keluar kutikel(bahagian

mengandungi permukaan

kapas)

Pada permukaan kosong

digunakan untuk membulut

kapas dan membetulkan

warna yang tidak sekata

pada kuku.

(ii) Kayu oren

Digunakan untuk mencalit

krim.

(i)

(ii)

Oil Port

Digunakan untuk merandam jari

sebelum proses mewarna dilakukan

Menggunakan minyak zaitun.

Bahan

4 STE 3209 KOSMETOLOGI(LAPORAN AMALI)

Page 5: amali 3 - manikur oil

Antiseptik

Diletakkan pada tapak tangan

sebelum memulakan proses rawatan

bagi membunuh bakteria.

Nail remover

Membersihkan warna pada kuku

Buffing cream

Digunakan sebagi krim pengilap kuku

Base coat

Diletakkan pada permukaan kuku

sebelum diletakkan warna / vanish

kuku bagi mengelakkan habuk

melekat pada permukaan kuku dan

melindungi kuku dari kimia yang

terdapat pada pewarna kuku

5 STE 3209 KOSMETOLOGI(LAPORAN AMALI)

Page 6: amali 3 - manikur oil

Top coat

Diletakkan selepas warna disapukan

pada permukaan kuku supaya kuku

kelihatan berkilat

Pewarna kuku

Disapukan pada permukaan kuku

selepas base coat disapukan bagi

mencantikkan kuku dengan warna-

warna yang menarik

Prosedur manikur

Persediaan awal

- Kenal pasti bahan dan alatan berpandukan senarai semak

- Susun bahan dan alatan diatas troli

- Sediakan pelanggan

- Sediakan air suam dalam mangkuk manikur dan campur beberapa titik manicure

soak.

6 STE 3209 KOSMETOLOGI(LAPORAN AMALI)

Page 7: amali 3 - manikur oil

Prosedur manikur ( Oil Manicure )

Proses manikur dengan menggunakan minyak ini tidak banyak bezanya dengan proses manikur

biasa. Terdapat beberapa perbezaan yang wujud diantara dua proses manikur ini iaitu penggunaan

minyak zaitun, penggunaan krim kutikel dank rim pelambab atau losen tangan utntuk proses urutan.

Berikut adalah proses membuat rawatan kuku (manikur) dengan menggunakan minyak zaitun.

Langkah Kerja Gambar/ Keterangan

1. Letakkan tangan pelanggan ke atas

kusyen manikur

2. Lapkan tangan pelanggan dengan tuala

yang telah dibasahkan dengan air suam.

3. Steril tangan pelanggan dengan spirit

surgical

7 STE 3209 KOSMETOLOGI(LAPORAN AMALI)

Page 8: amali 3 - manikur oil

4. Periksa kuku tanggan pelanggan

dengan kanta pembesar

5. Bersihkan kuku dengan pembersih

varnish kuku

6. Gunting kuku dengan playar kuku jika

perlu

7. Bentukkan kuku dengan papan emery

(permukaan kasar) dan kemudian

ratakan kuku dengan sebelah papan

emery yang halus (tangan kiri

pelanggan dahulu)

8. Kikis kuku dengan papan emery pada

sudut 45

8 STE 3209 KOSMETOLOGI(LAPORAN AMALI)

Page 9: amali 3 - manikur oil

9. Bersihkan kuku yang telah dikikis tadi

dengan berus kuku.

10. Bubuh dan ratakan buffing cream pada

plat kuku.

11. Selepas 1 minit, buff plat kuku dengan

buffer sehingga plat kuku licin dan

berkilau

12. Rasa kepanasan minyak dengan

menggunakan hujung jari kita sebelum

merendam jari pelanggan.

9 STE 3209 KOSMETOLOGI(LAPORAN AMALI)

Page 10: amali 3 - manikur oil

13. Rendamkan jari dan kuku pelanggan

yang telah di buffing tadi didalam

minyak zaitun yang telah disuamkan.

14. Tangan pelanggan perlu dipegang

sepanjang proses merendam jari

didalam minyak

15. Rendam jari pelanggan selama lebih

kurang antara 10 – 15 minit.

16. Lakukan teknik urutan tangan dengan

menggunakan kesan minyak zaitun

yang ada pada jari tangan pelanggan.

Antara teknik urutan tangan. Teknik ini telah

diterangkan pada amali sebelum ini.

17. Buang kutikel pada jari dengan

menggunakan Hoof Stick atau Kutikel

Remover.

10 STE 3209 KOSMETOLOGI(LAPORAN AMALI)

Page 11: amali 3 - manikur oil

18. Ketip dan buang kutikel disekeliling

plat kuku dengan pengetip kutikel.

19. Ulang langkah-langkah diatas untuk

tangan sebelah kanan.-

20. Bersihkan plat kuku dengan pembersih

varnish kuku

21. Varniskan 1 lapisan base coat pada plat

kuku

22. Varniskan 2 lapisan varnish kuku pada

plat kuku

23. Varniskan 1 lapisan top coat pada plat

kuku.

24. Semburkan quick dry pada kuku jika

perlu.

11 STE 3209 KOSMETOLOGI(LAPORAN AMALI)

Page 12: amali 3 - manikur oil

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, rawatan kuku secara Oil Manicure ini adalah sangat mudah dan boleh

dilakukan sendiri dirumah. Selain daripada itu rawatan kuku ini juga bertujuan untuk membentuk

budaya sihat dikalangan masyarakat supaya menjaga kebersihan serta kesihatan kuku. Walaupun

pada zahirnya rawatan dan penjagaan kuku ini dianggap biasa, tetapi sebenarnya ia memainkan

peranan yang sangat penting dlam kehidupan seharian. Ia sebenarnya bertujuan supaya

masyarakat menjaga kebersihan diri kerana kebnayakan bacteria adalah bermula daripada kuku.

Sekiranya kuku tidak dijaga kebersihannya, maka lebih banyak bacteria akan masuk kedalam

mulut secara tidak langsung melalui makanan yang kita makan. Kuku yang panjang akan

menyebabkan bacteria berkumpul dicelah-celah kuku dan akan masuk kedalam badan melalui

makanan yang dimakan. Kuku yang sihat juga melambangkan peribadi sesorang, jika kuku

bersih dan cantik boleh digambarkan bahawa kehidupan seharian individu itu juga bersih, tetapi

sekiranya kuku kelihatan kotor dan tidak bersih gambaran kita tentang individu itu juga adalah

serupa dengan penjagaan kukunya.

12 STE 3209 KOSMETOLOGI(LAPORAN AMALI)

Page 13: amali 3 - manikur oil

Refleksi

Ini merupakan amali pada minggu ketiga yang dijalankan oleh saya bersama rakan-rakan

yang lain, jika pada minggu kedua kami mempelajari teknik-teknik manicure atau rawatan kuku

melalui kaedah biasa, pada hari ini kami memepelajari teknik manicure yang hampir serupa

dengan proses rawatan pada minggu lepas. Walau bagaimanpun terdapat beberapa perbezaan

antara proses rawatan pada minggu ini dan minggu lepas. Antara perbezaan yang wujud adalah

seperti, krim kutikel, minyak zaitun dan losen tangan.

Minyak zaitun digunakan sebagai pengganti losen tangan yang tidak digunakan dalam

proses manicure secara Oil Manicure bagi proses urutan tangan. Minyak zaitun yang digunakan

adalah bertujuan untuk mengelak daripada berlaku kerosakkan pada kuku sekiranya terdapat

masalah pada kuku seperti….

Sekiranya berlaku kerosakkan teruk pada plat kuku, rawatan manicure tidak boleh

dilakukan bagi mengelak daripada berlakunya masalah yang lebih besar dan teruk. Oil Manicure

banyak dilakuakan pada kuku yang memang mempunyai masalah kuku yang berskala kecil. Pada

kebiasaanya kuku yang bermasalah seperti… adalah sesuai jika dilakukan proses rawatan kuku

secara Oil Manicure.

Tidak banyak perbezaan antara rawatan kuku biasa dengan rawatan kuku Oil Manicure

dan ia bertjuan untuk mencantik dan membentuk kuku supaya lebih cantik dan sihat. Rawatan

kuku ini juga boleh diaplikasikan dirumah dan dilakukan sendiri, kerana proses rawatan kuku ni

adalah sangat mudah dan cepat.

13 STE 3209 KOSMETOLOGI(LAPORAN AMALI)