laporan amali 1batuan- sce3010

Upload: onnie-pijey

Post on 28-Oct-2015

1.398 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN AMALI 1

TAJUK : Mengenal pasti Batuan.TUJUAN: Mengenalpasti dan dan mengelaskan tiga jenis batuan mengikut Spesifikasi: a) Batu Igneus b) Batu enapan c) Batu Metamorfik

PENGENALAN/TEORI:Tiap-tiap batu-batan yang terdapat di lapisan dan permukaan bumi lapisan adalah berbeza di antara satu dengan yang lain. Perbezaan ini termasuklah corak, bentuk rupa, warna, ketelusan air, proses kejadiannya, mahupun kekuatannya menahan kuasa hakisan serta luluhawa. Batuan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu batuan igneus, batuan sedimen dan batuan metamorfik. Pengkelasan ini dibuat dengan berdasarkan kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini. tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan dan struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan. Secara umum, batu-batan boleh digolongkan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu: Batuan igneus batu enapan dan batu metamorfik. Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari dalam kerak bumi.. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahan-bahan logam di dalamnya. Jikalau batuan ini mengandungi lebih banyak silika maka batu itu digolongkan sebagai batuan asid. Contohnya batu granit, warnanya lebih cerah serta kurang padat. Batuan bes pula lebih padat dan lebih hitam warnanya kerana banyak mengandungi oksida dan hidroksida besi, aluminium dan magnesium. Contonya batu basalt. Batuan igneus boleh dibahagikan kepada batu plutonik dan batu gunung berapi mengikut asal pembentukannya.Proses pembentukan batu plutonik disebabkan proses penyejukan yang perlahan yang menghasilkan hablur besar dan kasar contonya granit, diorite dan gabro. Contoh-contoh bentuk muka bumi yang terhasil adalah seperti daik, sil, lakolit dan batolit. Batu Gunung Berapi atau Terobosan pula adalah batu cecair yang telah melimpah keluar dari gunung berapi sebagai lava. Lava ini membeku dengan cepat di permukaan bumi dan hablur yang dihasilkannya berbentuk halus. Batu gunung berapi atau batu jalar luar yang biasa terdapat ialah batu basol. Batu basol ini menghasilkan hanyutan lava, litupan lava dan daratan tinggi lava. membeku dalam bentuk daik yang tegak dan sil yang datar. Kebanyakan batu igneus keras lagi kukuh. Oleh kerana itulah batu igneus biasanya dipecahkan untuk kegunaan membuat jalan raya, tugu-tugu peringatan dan batu-batu nisan yang berukir. Batu Enapan atau Batuan Mendak pula terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan perairan. Kejadiannya memakan masa yang panjang. Batuan ini dapat dibezakan daripada batuan jenis lain oleh sifat-sifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini disebut batu-batan berlapis. Tebal lapisannya berbeza-beza. Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, juga lembut atau keras. Bahan-bahan yang membentuk batuan enapan ini mungkin telah diangkut oleh sungai-sungai, glasier, angin atau binatang-binatang. Batuan enapan tidak berhablur dan seringkali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan halus. Batuan enapan inilah yang paling berbeza sekali cara kejadiannya jika dibandingkan dengan batuan lain, batuan enapan dapat dikelaskan berdasarkan umurnya. Berbagai-bagai jenis batu-batan yang terjadi dalam jangka waktu yang sama telah dijeniskan ke dalam satu golongan. Batuan enapan boleh dikelaskan kepada tiga jenis utama dengan berdasarkan kepada asal kejadiannya dan kandungannya Batuan enapan yang terjadi secara mekanik. Batuan jenis ini terjadi daripada pemaduan bahan-bahan yang terkumpul daripada batuan yang lain. Batu pasir merupakan batuan enapan yang paling banyak. Batuan ini terjadi daripada pasir dan kadang-kadang serpihan batu kuarza. Susunan, kandungan dan warnanya sangat berbeza-beza. Batu pasir banyak dipecahkan di kuari-kuari untuk kegunaan membuat rumah atau membuat batu penggiling. Batu pasir yang lebih besar dikenal sebagai grit. Apabila batu-batu kelikir yang lebih besar berpadu dengan kukuhnya sehingga menjadi batu besar, maka batuan itu disebut konglomeret (sekiranya bulat) dan brekia (sekiranya bersegi-segi). Batuan enapan yang lebih halus menjadi tanah liat yang banyak digunakan untuk membuat bata, syil atau batu lodak. Pasir dan batu kelikir mungkin terdapat dalam bentuk yang tidak berpadu. Batuan enapan yang terjadi secara organik pula merupakan batu yang terhasil daripada bangkai hidup-hidupan yang halus. Contohnya, organisma seperti karang dan kerang yang telah reput dagingnya akan meninggalkan kulit-kulit yang keras. Kebanyakan batu yang terjadi secara ini terdiri daripada jenis kalkeria antaranya termasuklah batu kapur dan kapur. Batu yang mengandungi karbon juga terjadi secara organik. Batuan ini terjadi daripada pemendapan tumbuh-tumbuhan yang telah reput seperti yang terdapat di kawasan paya dan hutan. Batuan di atas memberikan tekanan kepada tinggalan tumbuh-tumbuhan itu dan memampatkannya menjadi jisim karbon yang padat. Akhirnya tinggalan ini menjadi gambut, lignit atau arang batu. Semua bahan-bahan ini sangat tinggi nilainya dari segi ekonomi. Batuan enapan yang terjadi secara kimia pula merupakan batu yang terenap melalui tindakan kimia larutan yang berbagai jenis. Natrium klorid (garam batu) berpunca daripada lapisan yang pada satu masa dahulu berada di dasar laut atau tasik. Gipsum atau kulsium sulfat didapati dari penyejatan yang berlaku di tasik-tasik masin seperti Laut Mati yang sangat masin airnya itu. Kalium karbonat dan nitrat juga terjadi dengan cara yang sama. Batu Metamorfik pula terhasil daripada proses tekanan dan haba yang sangat tinggi akan menyebabkan semua batu-batuan, baik batuan igneus mahupun batuan enapan akan bertukar menjadi batuan metamorfosis. Batu ini juga dikenali sebagai batu jelmaan. Proses perubahan yang berlaku menyebabkan perubahan terhadap sesuatu batuan dar segi kandungan, struktur dan bentuk akibat tindakan tekanan dan pemanasan melalui bebrapa cara tertentu. Impikasinya , mineral lama akan diubah menjadi mineral baru. Perubahan terhadap batuan akibat suhu dan tekanan yang tinggi ini di namakan metamorfisme. Sifat-sifat asal batuan tersebut mungkin berubah oleh di sebabkan tekanan dan haba diterutamanya apabila pergerakan bumi yang sangat kuat berlaku dan dengan cara ini tanah lempung akan berubah menjadi batu loh, batu kapur menjadi batu marmar, batu pasir menjadi kuarzit, batu granit menjadi gneis, syal menjadi syis, arang batu menjadi grafit dan grafit menjadi berlian. Batuan metamorfosis seperti batu marmar dan syis banyak dijumpai di Malaysia. Batu marmar misalnya boleh didapati di Pulau Langkawi dan syis pula boleh didapati di kawasan pergunungan di Sarawak. Suhu yang diperlukan untuk berlakunya proses metamorfik ialah antara 100C hingga 800C. Pada suhu ini batuan masih lagi berkeadaan lembut. Dalam keadaan yang lembut ini, batuan boleh berubah dari segi susunan mineralnya. Hablur dalam mineral pula boleh berubah dari segi saiz dan bentuknya. Komposisi batuan juga boleh berubah akibat tindak balas kimia. Tekanan yang kuat mungkin menghimpit hablur menjadi rata atau panjang. Apabila magma panas mengalir keluar ke permukaan muka bumi ataupun memasuki celah-celah rekahan, batuan kerak bumi yang disentuhnya berubah menjadi batuan metamorfosis.. Batuan metamorfik mempunyai ciri-ciri yang jelas. Kesemua batuan metamorfosis mempunyai struktur berhablur. Batuan metamorfosis mempunyai mineral yang sama seperti batuan igneus, tetapi sering terdapat juga mineral yang hanya terbentuk pada suhu dan tekanan yang sangat tinggi. Sesetengah batuan metamorfosis mampat dan menjadi lebih padat akibat tekanan yang sangat tinggi yang dialaminya. Pemadatan batuan menyebabkan molekulnya menjadi lebih rapat dan isipadu batuan lebih kecil. Sesetengah batuan metamorfosis yang berjalur mempunyai mineral yang tersusun dalam lapisan-lapisan yang selari. Batuan metamorfosis berjalur ini terjadi apabila mineral dalam batuan itu mengalami penghabluran semula atau terhimpit akibat tekanan. Contoh batuan berjalur ialah batu loh dan syis. Batuan ini boleh pecah menjadi lapisan-lapisan yang nipis. Batuan metamorfosis tidak berjalur seperti batu marmar dan kuarzit pula tidak boleh pecah kepada beberapa lapisan.

RADAS: 1. Kanta 2. Sebuah bekas untuk mengisi batuan 3. Sebuah alat penimbang eletronik 4. Bikar 250 ml 5. Sebuah kamera DSLR 6. Jadual Pemerhatian

BAHAN : 1. Batuan- batuan yang dikutip 2. Air

PROSEDUR:1. Enam jenis batu dipilih dari persekitaran/kejiranan 2. Setiap batu di tandakan dengan A,B, C , D, E dan F3. Setiap jenis batu diperhatikan dari segi warna, struktur, tekstur, kilauan, kekerasan dan corak pada batuan. 4. Jisim setiap batu diukur degan menggunakan penimbang elektronok untuk mengetahui jisim batuan.5. Setiap batu dimasukkan ke dalam bikar untuk mengukur isipadu batuan.Kepadatan batuan dikaji dengan menggunakan hubungan jisim dengan isipadu batuan.6. Semua maklumat yang diperolehi dan dikumpul di catatkan dalam jadual seperti dalam jadual 1.7. Berdasarkan data yang diperolehi nama-nama batauan yang dikaji ditentukan.

PROSEDUR1. MENGUMPUL BATUAN

Beberapa jenis batu dikumpulkan.

2. MENGKATEGORIKAN BATUAN

1.

Batuan dipilih dan dikelaskan ke dalam kumpulan metamorfik.

2.

Batuan dipilih dan dikelaskan ke dalam kumpulan Igneous

3.

Batuan dipilih dan dikelaskan ke dalam kumpulan sedimen.

3. MEMILIH JENIS BATUAN

6 jenis batuan dipilih sebagai bahan kajian .Batuan yang dipilih dilebelkan dengan A, B, C ,D, E dan F.

4. PEMERHATIAN KE ATAS BATUAN

Sifat fizikal batuan dari segi Warna, corak,lapisan, kekerasan, tekstur, dan struktur diperhatikan menggunakan kanta tangan.

Pemerhatian terhadap batuan dicatatkan

MENENTUKAN JISIM BATUAN

Setiap batuan ditimbang menggunakan neraca elektronik`

MENGUKUR ISIPADU BATUAN

Langkah 1

Batu dimasukkan ke dalam bikar dan diisi dengan air dengan memastikan keseluruhan batu tenggelam di dalam airke dalam sebuah bikar. Bacaan dicatatkan sebagai bacaan awal

Langkah 2

Batu di keluarkan dari dalam air meggunakan forsep.Bacaan paras air dicatatkan sebagai bacaan akhir.

Isipadu batu;

Bacaan awal bacaan akhir= ______________

JADUAL PEMERHATIAN1 Batu Peridotite kriteria batuan

A

Jenis : Batu IgneousWarna : hitamBerat : 32 gramIsipadu : 10cmKilauan : berkilauKekerasan : kerasLapisan : tidak berlapisTekstur : padatCorak : tiada corak

Batu granite Kriteria batu

B

Jenis : batu IgneousWarna : cerah, putih, hitam, jernihBerat : 92gIsipadu :15cmKilauan : berkilatKekerasan : kerasLapisan : tidak berlapisTekstur : padat, butiran kasarCorak : mempunyai corak/bertompok

Batu GnesisKriteria batu

C

Jenis : Batu MetamorfikWarna : cerah, jernih, orenBerat : 64gIsipadu : 25cmKilauan : berkilau Kekerasan : sangat kerasLapisan : tidak berlapisTekstur : berhablur/butiran halusCorak : tidak berjalur /bertompok

Batu PhyliteKreteria batuan

D

Jenis : batu MetamorfikWarna : cerah-putih,kelabu, Berat : 82 gIsipadu : 25cmKilauan : berkilau sebahagianKekerasan : sangat kerasLapisan : tidak berlapisTekstur : berkacaCorak : tidak mempunyai corak/jalur

Batu kapur/ LimestoneKriteria batuan

E

Jenis : batu sedimenWarna : cerah, putihBerat : 50gIsipadu : 30cmKilauan : tidak berkilauKekerasan : rapuhLapisan : tiada lapisan Tekstur : halusCorak :tidak mempunyai corak

Batu Pasir/sandstaone Kreteria batuan

F

Jenis : batu sedimenWarna : cerah-kelabu, putih kekuninganBerat : 120gIsipadu : 60cmKilauan : berkilauKekerasan : rapuhLapisan : tiada lapisanTekstur : halus, berkaca sebahagianCorak : bertompok-tompok

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 1- Mengenal Pasti batuanMuka Surat 20

JADUAL 1: Ciri-ciri batuan yang dikenalpasti

BatuJenis batuanWarna

beratisipadukilauanKekerasanlapisanteksturcorak

A

Batu igneous hitam32g10cmberkilau kerasberlapisPadatTiada corak

B

Batu igneousCerahHitam putih92g 15cmberkilau kerasberlapispadatBercorakbertompok

CBatu metamorfik Cerah Jernihoren64g25cmberkilau Sangat kerasTidak berlapisberhablurKurang padatbertompok

DBatumetamorfik CerahPutih kelabu82g25cmberkilau Sangat kerasTidak berlapisberhablurKurang padatberjalur

E

Batu sedimenCerahputih50g30cmTidak berkilau Tidak kerasberhablurpadattiada corak

F

Batu sedimenCerahHitam, putih120g60cmtidakberkilau rapuhberhablurpadatbertompok

DATA DAN ANALISIS DATABerdasarkan data telah diperolehi tentang keenam-enam jenis batuan yang dikenalpasti. Terdapat beberapa berbezaan serta persamaan di anatara batuan yang dikaji. Batuan A merupakan batauan jenis batu enapan. Batuan A mempunyai ciri-ciri seperti warna yang cerah, kelabu, oren, berat 500g,isipadu 210cm, berkilau bertompok-tompok, rapuh, tidak keras, tidak berlapis , tekstur berhablur ,dan corak tidak berjalur /bertompok. Berdasarkan kepada stuktur an warna batuan yang pelbagai dan berbeza bermakna batuan ini telah mengalami pemaduan antara pelbagai jenis bahan. Ia terjadi daripada pasir dan kuarza. Sususnan kandungan warnanya sangat berbeza-beza. Kebanyakan batu ini dijadikan sebagai untuk kegunaan membuat rumah atau batu penggiling. Bentuknya yang bulat dan besar, ia disebut sebagai batu konglomerat.Batu ini terjadi secara mekanik. Batuan B berwarna cerah putih,kelabu, kekuningan dengan berat 300 g,isipadu 165cm, berkilau , rapuh, tidak berlapis, tekstur berkaca dan tidak mempunyai corak atau jalur. Batuan D berwarna putih, menunjukkan ia terjadi secara organik. Batu ini terjadi daripada bangkai hidupan-hidupan halus. Contohnya seperti tumbuhan karang yang mati dan mereput serta kerang dan siput-siput yang telah mereput dagingnya dan meninggalkan kulit-kulitnya yang keras. Batu ini terdiri daripada jenis kalkeria Contoh batu yang dikaji iaitu batu kapur atau pun kapur.Batuan C ia mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai kilauan, licin, corak yang bergaris, sangat keras,serta bewarna cerah(merah) berdasarkan ciri-ciri yang ada pada batu tersebut, ia boleh dikelaskan sebagai batu metamorfik iaitu sejenis batu kuartza. Manakala batuan D berwarna cerah, putih, coklat, kelabu, dengan , berat 160g, Isipadu 125cm. Kedua-dua batuan A dan B juga bersifat licin dan berkilau,, keras dan padat serta tidak mempunyai corak. bersifat rata dan struktur panjang merupakan proses yang telah berlaku terhadap batu ini menunjukkan ia merpakan batuan metamorfik. Sifatnya ini menunjukkkan ia telah mengalami tekanan yang kuat ang menghimpit hablur menjadi rata atau panjang.Batuan ini mempunyai ciri-ciri yang amat jelas. Ia sangat padat akibat tekanan yang sangat tinggi. Tekanan yang tinggi menyebabkan molekulnya menjadi lebih rapat dan isipadu nya lebih kecil berbanding batuan igneus dan enapan. Batuan ini tidak berjalur dan tidak boleh dipecahkan kepada beberapa lapisan. Maka ia dikenali sebagai batu marmar atau kuarzit. Batu yang di tanda A da B mempunyai batuan homogeny yang terdiri dari komposisi kimia yang sejenis seperti kuarza dan felsfar merupakan batuan yang stabil dan paling sukar terurai berbanding dengan jenis heterogen seperti olivine dan angit. Batuan E adalah jenis batu igneus . Ciri-cirinya yang berwarna gelap dan hitam, berat : 280g, isipadu : 185cm, tidak berkilau , keras dan tiada lapisan ,Tekstur adalah kasar serta tidak mempunyai corak.. Ciri ciri ini menunjukkan ia adalah bataun jenis igneus. Ia berwarna hitam dan berhablur kasar. menunjukkan bahawa ia banyak mengandungi oksida bes seperti besi, aluminium dan magnesium. Ini bermakna ia merupakan batuan bes .Ia terjadi daripada penyejukan dan pembekuan magma dari kerak bumi dan berbentuk hablur serta tidak berlapis-lapisserta tidak mengandungi fosil.Ia juga terhasil daripada natuan igneus Plutonik atau rejahan.. Hablurnya yang kasar menujukkan penyejukakn dan pembekuan cecair berlaku secara perlahan-lahan di bahagian bawah kerak bumi. Ia juga I panggil batu jalar dalam.Batuan F yang mepunyai ciri-ciriJenis batu igneus, berwarna cerah-kelabu, putih kekuningan, berat 320g, isipadu 170cm, berkilau, keras, tiada lapisan, Tekstur halus, berkaca sebahagian. Corak batuan ini yg bertompok-tompok , keras dan kukuh menunjukkan ia terjadi daripada batuan gunung berapi atau terobosan. Hablur yang dihasilkan berbentuk halus.batu ini dikenali sebagai batu basol . Batu basol ini adalah batu gunung berapi jalar luar. Batu igneus biasanya dipecahkan untuk kegunaan membuat jalanraya, tugu-tugu peringatan batu-batu nisan yang berukir.Struktur batuan seperti batuan yang mempunyai rekahan atau retakan membantu mempercepatkan proses luluhawa terhadap batuan berbanding batuan yang tiada rekahan.Penguraian batuan disebabkan oleh tindakan pembesaran akar pokok dapat berlaku dengan lebih mudah melakukan penguaraian secara bongkah.Secara umumnya batuan yang berwarna gelap lebih mudah dan cepat mengalami luluhawa dan hakisan berbanding dengan batuan yang cerah. Contohnya batuan basol dan gabro yang bewarna gelap dapat menyerap jumlah haba yang banyak. PERBINCANGANKajian dilakukan dengan mengumpul batuan dalam kumpulan. Penyiasatan telah dijalankan bersama-sama supaya perbincangan untuk mengenalpasti batuan yang dikumpul bersama dapat dilakukan dengan lebih tepat. Pada awal penyiasatan batuan dikumpul dari berapa lokasi yang berbeza. Ini dilakukan kerana terdapat batuan yang berbeza pada setiap lokasi. Seterusnya batuan dikumpul dan pemerhatian dilakukan terhadap batuan. Berdasarkan pemerhataian betuan tersebut dikelaskan kepada 3 kumpulan. Di dapati batuan yang mempunyai granul, berwarna hitam, merupakan batu sedimen,batuan dikumpulkan dalam satu kumpulan batu igneous apabial didapati batuan tesebut berbutir kasar, mempunyai campuran yang berwarna hitam, yg menunjukkan ia adalah hasil mendapan tumbuhan dan haiwan yang mati serta mempunyai struktur licin dan berkilau dikelaskan dalam kumpulan. Batuan dikelaskan di dalam kumpulan metamorfik apabila ia mempunyai kepadatan yang tinggi, permukaannya yang rata dan licin, berkilat serta bewarna jernih. Ia juga keras dan tidak berhablur. Seterusnya enam jenis batu dipilih untuk penyiasatan lebih lanjut.Pemerhatian dilakukan menggunakan kanta tangan. Ia dapat membantu melihat butiran-butiran kandungan dalam batuan tersebut , struktur dan tekstur batuan dengan lebih jelas. Batuan tersebut telah dilebel dengan A, B, C, D, E dan F supaya mudah untuk dikenalpasti serta mudah untuk memasukkan data hasil pemerhatain yang di buat.Jisim batuan diukur menggunakan neraca elektronik. Ia dapat mambuat bacaan dengan lebih tepat terutama apabila mengukur jisim batu yang kecil dan ringan. Bagi mengukur isipadu batuan, bikar 250 ml digunakan kerana ia bersesuaian dengan saiz batuan kajian. Bacaannya menjadi lebih jitu. Bacaan awal diambil dengan memasukkan batuan ke dalam bikar terlebih dahulu kemudian barulah dimasukkan air. Ini dilakukan untuk memastikan keseluruhan batu tenggelam. Seterusnya batu dikeluarkan dari dalam bikar. Bacaan setelah batu dikeluarkan diambil sebagai bacaan akhir. Untuk mendapatkan isipadu batu, bacaan awal ditolak dengan bacaan akhir batu. Dengan mengukur jisim dan isipadu batuan ini, ketumpatan batuan dapat dikenalpasti. Batuan yang mepunyai jisim yang tinggi dan isipadu yang rendah mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi berbanding batuan yang mempunyai jisim yang rendah dengan isipadu yang tinggi.pemerhatian dilakukan terhadap tekstur batuan dengan mengetuk batuan di atas permukaan yang keras .ini bagi melihat sama ada ia bersifat keras, berbutir kasar atau halus. Di dapati batuan sedimen mempunyai butiran yang lebih halus berbanding bat metamorfik dan igneus. Sifat batuan yang lembut , struktur batuan yang lemah, warna yang gelap dan tekstur yang kasar cepat mengalami penguaraian berbanding dengan batuan yang keras , struktur yang kuat, warna yang cerah dan tekstur yang halus. Terdapat corak yang tertentu pada batuan. Di dapati batuan sedimen mempunyai corak berlapis. Ini kerana pelbagai lapisan yang terdiri daripada batuan serta hidupan mati termendap bersama dengan batuan. Tekanan yangkuat menyebabkan ia termampat dan membentuk batuan yang berlapis atau tidak berlapis tetapi mempunyai bperbezaan warna yang kentara pada batuan ini.

LANGKAH BERJAGA-JAGA1. Semasa mengukur batuan pastikan tiada ralat bacaan pada neraca penimbang.2. Semasa menyukat isipadu batuan, batu dimasukkan ke dalam bikar dengan cermat dan berhati-hati kerana bikar kaca mudah pecah disebabkan batuan yang keras.3. Semasa membuat bacaan pada bikar untuk mengukur isipadu, aras mata dengan senggat paras air adalah selari dengan aras mata.iaitu bacaan Meniskus.4. Keluarkan batu dari dalam bikar menggunakn forsep untuk mengelakkan batu terlepas dari tangan dan jatuh terhempas semula ke dalam bikar dengan kuat yg boleh menyebabakan bikar pecah. 5. Bacaan yang diambil dicatatkan dengan serta merta ke dalam jadual pemerhatian untuk mengelakkan timbangan dan ukuran diulang semula.

KESIMPULANHasil Kajian menunjukkan bahawa terdapat berbezaan dari segi struktur, corak, tekstur, warna dan sebagainya di antara batuan yang terdapat di muka bumi ini. Kajian tentang batuan ini sangat penting teruama bagi ahli-ahli geologi untuk mementukan kandungan dan perkembangan bumi secara fizikal. Batuan yang dijumpai di sesuatu kawasan akan dapat menetukan jenis- tanah-tanih serta dapat menentukan jens-jenis tumbuhan yang yang sesuai hidup dikawasan tersebut. Batu-batan juga menjadi asas bagi tanah-tanih dan sedikit sebanyaknya menentukan jenis-jenis tumbuhan dan penggunaan tanah-tanih di sesuatu kawasan. Dalam kehidupan manusia purba batuan dijadikan sebagai senjata. Pisau zaman purba biasanya diperbuat daripada kepingan batu jenis batu syal. Batuan keras dan berharga permata seperti berlian, zamrud, delima , jade dan sebagainya menjadi symbol keagunangan dan martabat sesebuah kerajaan. Kebanyakan agama menggunakan batu jenis granit dan marmar bagi pembuatan patung-patung pemujaan. Penganut agama islam menggunakan batu marmar sebagai batu nisan. Pada zaman moden ini pelbagai penggunaan batuan oleh manusia seperti perlombngan kauri, arang batu, batu perhiasan dapat menjana ekonomi dalam membuka peluang pekerjaan. Batu jenis igneus seperti granit penting dalam pembinaan bagunan dan jalan raya.batu jenis jelmaan seperti marmar penting dalam perhiasan dan pembinaan bagunan. Manakala batu enapan seperti arang batu penting sebagai sumber bahan api. Batu jenis enapan seperti batu kapur penting untuk pembuatan simen. Batuan juga menjadi daya tarikan pelancong. Bentuk muka bumi batu kapur seperti gua, stalaktit , stalakmit, lubang layang-layang, sungai terbit semula dan sebagainya menarik minat pengkaji dan pelancong seperti di Gua Niah, Gua Mulu, dan Gua tempurung.

LAMPIRAN

Gambar 1: Radas yang digunakan untuk menjalankan peyiasatan

Gambar 2: Mengumpul batuan di lokasi yang dipilih ( sekitar taman perumahan)

Gambar 3: Mengenalpasti batuan dengan merujuk pelbagai sumber( buku dan internet)

Gambar 4: Mengelaskan batuan yang dikumpul kepada 3 kumpulan iaitu batu Igneous, Metamorfik, Sedimen

Gambar 5: Mengukur dan mencatat jisim dan isipadu batuan yang dikumpul

Gambar 6: Jisim dan Isipadu batuan yang telah diukur

RUJUKAN

BUKU :Rosnah Hj Salleh & Shukri Sulaiman (2011) Geografi Fizika Tingkatan 6 Rendah, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar baktiYew Poi Keng et al. (2002), Geografi Fizikal STPM. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti

JURNAL:Zetty Shazlin binti Mohamed (20 April 2010) ,Durability of granite and shale for various weathering grade,Lai Kit Moi,(9 September 2009),STPM Geografi Fizikal,Kit Celik Konsep fizikal.

LAMAN SESAWANG:http://inani.tripod.com/batu.htmhttp://id.wikipedia.org/wiki/Batuan_metamorfhttp://www.youtube.com/watch?v=J29QKWRLc8chttp://ms.wikipedia.org/wiki/Batuan_igneushttp://malaysia.images.search.yahoo.com/search/images;_ylt=A0oGkmEc_fRRBkoAyxfjPwx.?p=batuan+igneus&fr=yfp-t-739-s&fr2=piv-webhttp://library.thinkquest.org/C001408/bm/enapanf.htm