laporan amali terapi kumpulan kami

Upload: cikgu-nor-ummu-iman

Post on 18-Oct-2015

66 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Terapi Muzik & Nyanyian

TRANSCRIPT

CARA PELAKSANAAN AKTIVITI TERAPI MUZIK DAN NYANYIAN

Persediaan dan Perancangan Aktiviti Terapi Muzik dan Nyanyian

Sebelum melaksanakan aktiviti terapi, telah berincang tentang perancangan pelaksaan aktiviti terapi muzik dan nyanyian yang akan kami jalankan. Kami telah menetapkan beberapa perkara sebelum menjalankan aktiviti iaitu:

i) Kumpulan SasaranKami telah memilih 5 orang murid dari Kelas PPKI SK Rantau Panjang Selama. Murid-murid ini terdiri daripada pelbagai kategori iaitu murid Slow Learner, Sindrom Down dan Epilepsi.

ii) Objektif TerapiObjektif bagi aktiviti terapi muzik dan nyanyian ini ialah diharapkan pada akhir sesi terapi murid dapat menyanyi dan memainkan alatan muzik yang dihasilkan dengan berani dan gembira

iii) Alatan Yang Digunakana) Botol BeriramaDihasilkan daripada 6 biji botol kaca yang diisi air dengan senggatan yang berbeza. Sudu besi digunakan untuk mengetuk botol bagi memainkan irama muzik

b) Tin MarakasDihasilkan daripada tin kerepek kentang yang diisi dengan segenggam pasir kasar. Cara memainkan adalah dengan cara menggoncang tin bagi mengeluarkan bunyi.

iv) Aktiviti Yang DijalankanUntuk aktiviti terapi yang akan dijalankan, antara aktiviti yang dirancang ialah aktiviti nyanyian sambil menggerakkan tangan dan badan, memainkan alatan , menyanyi sambil memainkan alatan dan persembahan berkumpulan.Perancangan Aktiviti Terapi Muzik dan Nyanyian

Tarikh: 18 September 2013 Masa: 10.30 hingga 11.50 pagiSasaran: 5 orang murid PPKI SK Rantau Panjang dari Kelas Sinaran 1 orang Sindrom Down, 1 orang Epilepsi, 3 orang Slow Learner Aktiviti: Muzik dan Nyanyian Bermain dua jenis alat muzik yang diubahsuai sambil menyanyiAlatan dan Bahan: Laptop, pembesar suara, 6 biji botol kaca berisi air (sukatan yang berbeza), sudu besi dan tin kerepek kentang yang diisi sedikit kacang dalObjektif: Di akhir sesi, murid diharapkan dapat menyanyikan lagu sambil memainkan alatan muzik yang telah diubahsuai iaitu Botol Berirama dan Tin Marakas dengan rasa gembira dan beraniPeringkat Pelaksanaan:

1) persembahan nyanyian sambil memainkan alatan muzik. Guru memperdengarkan lagu Wau Bulan dan murid menyanyi bersama-sama sambil menggerakkan badan dan tangan2) Guru memperkenalkan alatan muzik yang telah dihasilkan hasil daripada penubahsuaian alatan3) Guru menunjukkan demonstrasi cara memainkan alatan yang pertama iaitu Botol Berirama4) Murid mencuba memainkan Botol Berirama dengan bimbingan guru5) Guru menunjukkan demonstrasi memainkan alatan yang kedua iaitu Tin Marakas6) Murid mencuba memainkan Tin Marakas dengan bimbingan guru7) Guru memperdengarkan rakaman lagu Wau Bulan dan dua orang murid menyanyi sambil memainkan alatan muzik dan murid yang lain menyanyi sambil bertepuk tangan / membuat gerakan mudah8) Murid secara sukarela diminta membuat

6.2 Semasa - Laporan Pelaksanaan Aktiviti Terapi Muzik dan Nyanyian

Aktiviti ini telah dijalankan ke atas murid-murid dari Kelas Sinaran SK Rantau Panjang yang terdiri daripada 5 orang murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran dari pelbagai kategori. Aktiviti ini telah dijalankan selama 20 minit di mana merangkumi aktiviti nyanyian, bermain alat muzik dan membuat gerakan badan. Sebelum memulakan aktiviti terapi, guru telah memberi sedikit penerangan tentang aktiviti yang hendak dijalankan.

Aktiviti terapi muzik dan nyanyian ini telah dimulakan dengan sesi nyanyian lagu Wau Bulan. Guru memperdengarkan rakaman lagu Wau Bulan dan murid diminta menyanyikan lagu tersebut bersama-sama sambil membuat gerakan tangan bebas. Semasa aktiviti ini murid sudah menunjukkan riak ceria dan gembira. Untuk aktiviti ini, nyanyian lagu Wau Bulan ini diulang sebanyak 2 kali atas permintaan murid-murid yang kelihatan amat seronok dan gembira.

Foto 1 : Murid menyanyikan lagu Wau Bulan sambil membuat gerakan tangan

Selepas selesai aktiviti nyanyian lagu Wau Bulan, saya memperkenalkan alat muzik yang dihasilkan hasil daripada pengubahsuaian alatan muzik yang sedia ada. Kami juga telah membuat demonstrasi tentang cara-cara memainkan alatan muzik tersebut. Semasa membuat demonstrasi, Cikgu Nor Shakiah telah memainkan lagu Wau Bulan menggunakan Botol Berirama.

Foto 2 : Demonstrasi Memainkan Botol Berirama Foto 3 : Demonstrasi Memainkan Tin Marakas

Untuk aktiviti hari ini, kami telah menyediakan dua jenis alatan muzik yang dihasilkan daripada bahan terbuang iaitu Botol Berirama yang dihasilkan daripada botol kaca yang diisi dengan air dan diketuk menggunkan sudu besi. Alatan yang kedua ialah Tin Marakas yang dibuat daripada tin kerepek kentang yang diisi dengan segenggam pasir kasar. Penyediaan alatan muzik yang diubahsuai ini hanya mengambil masa yang singkat dan tidak memerlukan sebarang kos. Sebelum memulakan aktiviti kami berasa agak risau kerana alatan yang dihasilkan kelihatan tidak menarik dan saya bimbang andaikata alatan yang dihasilkan tidak dapat menarik perhatian dan tumpuan murid. Namun begitu, tanggapan kami adalah salah. Ini kerana semasa memperkenalkan alatan, murid kelihatan sangat teruja dan seperti tidak sabar untuk mencuba untuk memainkan alatan muzik yang ditunjukkan.

TIN MARAKASBOTOL BERIRAMAFoto 4 : Alatan Muzik Yang Telah Diubahsuai

Sebaik sahaja guru selesai memperkenalkan alatan dan menunjukkan cara memainkan alatan muzik yang dihasilkan, murid diberi peluang untuk memegang dan mencuba untuk memainkan kedua-dua alatan muzik tersebut. Guru memberi bimbingan dan panduan tentang cara-cara memegang alatan dengan betul dan juga cara-cara menggerakkan alatan bagi mengeluarkan bunyi dan irama yang menarik. Semasa aktiviti ini, murid kelihatan amat gembira dan teruja untuk melakukan aktiviti. Masing-masing kelihatan tidak sabar menunggu giliran untuk memainkan alatan. Semasa aktiviti ini juga, kami memberi kebebasan untuk murid memainkan alatan mengikut irama yang dihasilkan oleh mereka sendiri. Peluang yang diberi ini telah dapat menonjolkan keberanian dan bakat beberapa orang murid yang tidak disangka seperti yang ditunjukkan oleh adik Jusharin.

Foto 5 : Adik Jusharin Sedang Mencuba Bakat Untuk Memainkan Botol Berirama

Adik Jusharin merupakan seorang murid Slow Learner dengan sedikit ciri autistik. Jusharin merupakan seorang yang agak pasif semasa berada di dalam kelas dan kerap mengelamun. Tetapi semasa aktiviti terapi muzik dan nyanyian ini dijalankan, Jusharin kelihatan amat gembira dan teruja bermula dari peringkat permulaan lagi. Tanpa rasa malu dan dengan berani, adik Jusharin telah memberi kerjsama yang amat baik sepanjang tempoh aktiviti terapi yang dijalankan.

Sebaik semua murid selesai mencuba memainkan kedua-dua alatan, murid-murid telah membuat persembahan berkumpulan dengan diringi rakaman lagu Wau Bulan. Untuk aktiviti ini dua orang murid telah memainkan alatan Botol Berirama dan Tin Marakas manakala tiga orang murid yang lain menyanyi sambil bertepuk tangan. Aktiviti ini juga telah diulang sebanyak dua kali di mana murid yang memainkan alatan muzik telah ditukar dan aktiviti nyanyian dibuat sambil murid menggerakkan anggota badan mereka. Semua murid kelihatan amat gembira dan memberi kerjasama yang amat baik. Mereka dapat melakukan setiap aktiviti tanpa rasa malu dan dapat melakukan aktiviti dengan berani dan seronok. Walaupun irama alat muzik yang dimainkan tidak mengikut irama lagu, tetapi murid dapat melakukannya dengan baik.

Foto 6 : Persembahan Kumpulan Menyanyi sambil memainkan alatan dan bertepuk tangan

Foto 7 : Persembahan Kumpulan Menyanyi sambil memainkan alatan dan menggerakkan badan

Aktiviti terapi muzik dan nyanyian hari ini diakhiri dengan persembahan yang dibuat secara sukarela oleh dua orang murid iaitu adik Jusharin dan adik Fathin Nabila. Kedua-dua murid ini dengan sukarelanya membuat persembahan medley lagu-lagu nasyid sambil memainkan alatan muzik yang disediakan. Kedua-dua murid ini juga telah menunjukkan bakat dan keberanian yang tidak disangka-sangka. Aktiviti terapi muzik dan nyanyian pada hari ini telah mampu memberi satu kesan yang positif terhadap kelima-lima murid ini. Selain mencungkil bakat dan keberanian mereka, aktiviti terapi ini juga telah memberi kesan mood gembira kepada mereka.

Foto 8 : Persembahan Duet Adik Jusharin dan Adik Fathin Nabila

Sebelum mengakhiri aktiviti terapi pada hari ini, guru telah membuat rumusan dan mendapatkan maklumbalas daripada murid melalui satu sesi soal-jawab yang dijalankan. Ternyata maklumblas yang terima amat positif dan murid amat gembira dengan aktiviti yang dijalankan. Didapati aktiviti terapi pada hari ini telah dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Kekuatan dan Kelebihan Aktiviti Yang Dikenalpasti

Daripada aktiviti terapi yang dijalankan, kami telah mengesan beberapa kekuatan dan juga kelebihan yang diperolehi hasil daripada aktiviti yagng dijalankan bermula daripada peringkat perancangan dan persediaan hinggalah semasa aktiviti dijalankan sehingga selesai.

Kekuatan aktiviti terapi yang dijalankan ini boleh dilihat dari dua sudut iaitu dari sudut alatan dan juga sudut penerimaan murid. Dari segi alatan muzik, kekuatan yang dilihat ialah alatan yang dihasilkan amat mudah disediakan. Tiada sebarang kos diperlukan untuk membuat pengubahsuaian alatan tersbut kerana bahan yang digunakan adalah keseluruhannya merupakan bahan-bahan yang terbuang. Alatan muzik yang dihasilkan juga dapat mengeluarkan bunyi yang menarik dan dapat menarik minat dan perhatian murid.

Selain daripada itu, kekuatan aktiviti juga dilihat apabila murid menunjukkan kerjasama dan sikap yang amat positif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Murid sanngat teruja dengan alat muzik yang dihasilkan. Paling penting, bakat dan keberanian murid dapat diketengahkan. Dua orang murid yang menunjukkan perubahan sikap positif yang amat ketara ialah Jusharin dan Abdul Majeed. Seperti yang dinyatakan sebelum ini Jusharin adalah murid yang pasif dan kurang menyerlah dalam aktiviti yang melibatkan dia perlu ke hadapan atau berada di khalayak. Tetapi semasa aktiviti terapi yang dijalankan, Jusharin dengan seronok dan berani untuk mencuba memainkan alatan dan membuat persembahan dengan sukarela.

Begitu juga dengan Abdul Majeed. Majeed juga kurang menggemari aktiviti yang memerlukan dia menyanyi ataupun menari. Majeed kerap tidak mahu memberi kerajsama apabila aktiviti yang melibatkan nyanyian dan pergerakan motor kasar. Majeed juga kerap memberi alasan untuk tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti tersebut. Tetapi semasa menjalankan aktiviti terapi muzik dan nyanyian ini, Majeed nampak sangat gembira dan tanpa rasa segan dapat menggerak-gerakkan tangan dan badan sambil menyanyikan lagu Wau Bulan. Majeed juga kelihatan gembira sepanjang aktiviti dijalankan.

MASALAH DALAM PELAKSANAAN AKTIVITI TERAPI MUZIK DAN NYANYIAN

Adalah lumrah, setiap apa yang kita lakukan pastilah ada kelemahan dan masalah yang timbul. Masalah-masalah yang timbul ini ada yang berpunca daripada guru sendiri dan ada juga berpunca daripada murid-murid. Faktor persekitaran seperti, alatan, masa dan bahan yang digunakan juga boleh menimbulkan masalah jika tidak diambil perhatian dengan teliti. Dalam melaksanakan aktiviti terapi muzik dan nyanyian ke atas murid-murid berkeperluan khas ini, terdapat juga beberapa masalah yang dikenalpasti.

Masalah pertama yang dapat dikesan ialah masalah berkaitan aspek keselamatan iaitu keselamatan murid dan alatan yang digunakan. Dalam satu sesi iaitu semasa murid membuat persembahan lagu Wau Bulan sambil memainkan alatan, botol yang diketuk oleh adik Fathin hampir terjatuh akibat ketukan yang agak kuat. Disebabkan botol yang digunakan adalah botol kaca, situasi seperti ini agak bahaya kerana berkemungkinan botol akan jatuh ke lantai dan pecah. Keadaan ini amat berisiko kerana boleh mengundang bahaya dan kecederaan tambahan pula kedudukan botol berada di atas meja dan agak tinggi daripada lantai.

Selain daripada itu, faktor masa menyebabkan ada antara murid yang tidak puas bermain alatan muzik yang disediakan. Ada juga suara rungutan murid yang menyatakan mereka hanya dapat memainkan alatan tersebut sekejap sahaja. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, masa yang dapat diperuntukkan untuk menjalankan aktiviti terapi muzik agak singkat. Sedangkan terapi muzik memakan masa agak lama untuk dijalankan. Ini akan menjadikan murid merasa tidak puas hati. Jadi, peruntukan masa yang lebih panjang diperlukan untuk menjalankan aktiviti terapi muzik dang gerakan. Tetapi akan mengganggu pula sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Selain daripada itu penggunaan terapi muzik yang berterusan akan membuatkan kanak-kanak khas terlalu bergantung kepada muzik jika mereka ingin meredakan dan menghilangkan segala tekanan yang mereka hadapi. Hal ini mungkin menyebabkan mereka akan lalai dalam melakukan tugas seharian jika terlalu bergantung kepada muzik dalam menghilangkan tekanan. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak itu menjadi terlalu bergantung kepada muzik sehingga ada masanya dia enggan melakukan aktiviti di dalam kelas jika tiada muzik diperdengarkan. Ini mungkin akan menimbulkan masalah dan gangguan kepada rakan-rakan yang lain.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan kepada masalah dan kelemahan yang dikenalpasti, di sini disarankan beberapa cadangan penambahbaikan agar di masa hadapan aktiviti terapi muzik dan nyanyian dapat dijalankan denga lebih lancar, selamat dan efiesen.

Untuk mengatasi masalah keselamatan alatan dan juga keselamatan murid, guru dicadangkan menyediakan rak khas atau tempat meletakkan botol-botol kaca tersebut dengan selamat agar risiko untuk botol-botol tersebut jatuh dan pecah dapat dielakkan. Sekiranya tiidak dapat enyediakan rak atau bekas yang sesuai, aktiviti memainkan Botol Berirama bolehlah dilakukan di atas lantai ataupun di atas meja yang parasnya lebih rendah. Untuk mengelakkan daripada botol pecah, sediakan alas kain yang telah yang diletakkan di atas permukaan lantai. Faktor keselamatan ini amat penting dan perlu diberi perhatian agar murid dapat menjalankan aktivti dengan keselamatan yang terjamin.

Seterusnya, guru seharusnya bijak menguruskan masa agar aktiviti yang dirancang sesuai mengikut masa yang ditetapkan. Jangan selitkan terlalu banyak kemahiran ataupun aktiviti supaya setiap aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan baik. Murid juga akan menjadi lebih selesa kerana dapat mengikuti aktiviti dengan lebih santai.

Penambahan alat muzik juga boleh dilakukan agar setiap murid dapat memegang alatan muzik semasa membuat persembahan nyanyian. Menyanyi sambil memainkan alatan akan dapat meningkatkan daya koordinasi dan tumpuan murid terhadap aktiviti yang dijalankan. Murid juga akan merasa lebih seronok dan berpuas hati kerana setiap daripada mereka dapat memainkan alatan dalam satu masa yang sama.

Dari segi penyediaan alatan muzik, guru bolehlah membuat penambahbaikan dengan menjadikan alat muzik tersebut lebih menarik dengan memasukkan unsur-unsur seni dan warna-warna yang menarik. Alatan yang menarik akan lebih dapat menarik perhatian murid dan menimbulkan perasaan ingin mencuba yang lebih tinggi. Guru seharusnya lebih kreatif dalam menghasilkan alatan muzik yang efektif, cantik dan menarik.

9.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP

Matlamat utama aktiviti terapi diwujudkan adalah untuk membantu seseorang individu yang mempunyai masalah-masalah-masalah sama ada dari segi fizikal, mental,emosi dan juga sosial. Pelbagai jenis terapi telah direka khusus mengikut masalah-masalah yang dialami oleh seseorang. Aktiviti terapi ini penting untuk melakukan perubahan atau lebih tepat lagi pemulihan kognitif,psikodinamik dan tingkah laku mereka. Murid-murid bekeperluan khas perlu dilibatkan dalam sesi-sesi terapi kerana ia mendatangkan banyak kepentingan dan faedah kepada mereka. Sebagai guru pendidikan khas, haruslah mengambil perhatian agar dalam setiap perancangan yang dibuat untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), pastikan unsur-unsur terapi diserapkan dan selitkan aktiviti terapi yang sesuai semasa proses PdP dijalankan.

Terapi muzik dan nyanyian merupakan salah satu terapi yang seringkali diserapkan dalam proses PdP murid-murid berkeperluan khas. Minat dan kecenderungan kanak-kanak khas terhadap muzik menjadikan terapi ini salah satu terapi yang seringkali digunakan oleh guru-guru pendidikan khas. Alunan muzik mampu memberi ketenangan dalam diri murid-murid khas. Muzik juga mampu membantu menangani masalah tingkah laku murid-murid khas di dalam kelas. Aktiviti terapi muzik merupakan aktviti yang menyeronokkan dan dapat menarik perhatian murid-murid berkeperluan khas.

Terapi muzik dan nyanyian berperanan penting dalam membantu meningkatkan daya kognitif kanak-kanak berkeperluan khas. Aktiviti terapi ini juga banyak membantu kanak-kanak khas dalam penguasaan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi. Selain daripada itu, aktiviti muzik dan nyanyian dapat meningkatkan keyakinan dan keberanian murid-murid khas untuk berada di khalayak. Keseluruhannya, terapi muzik dan nyanyiann merupakan satu cabang terapi yang tidak boleh diketepikan kerana bayak manfaat dan kelebihan yang boleh diperolehi oleh kanak-kanak berkeperluan khas melalui terapi ini.