laporan amali (alkhohol)

7
PRAKTIKAL 3 Tajuk : Etanol, eter dan amina. Pengenalan : Alkohol adalah sumber bukan hidrokarbon dan mengandungi unsur-unsur karbon, hidrogen, dan oksigen. Etanol adalah sejenis alcohol. Amina adalah sebatian organic yang berasal daripada ammonia di mana satu atau lebih atom hydrogen digantikan dengan kumpulan alkyl atau aryl. Eter ialah komponen kimia yang yang mengandungi atom aksigen yang dihubungkan kepada dua kumpulan alkyl atau aryl. Objektif : Untuk menyediakan sampel etanol dan mengkaji sifat-sifat kimia etanol. Bahan/radas glukosa, kentang dimasak, nanas lenyek, beras, ubi kayu, pisang lenyek, yis, air kapur, air suling, air paip, kalium dikromat (VI), asid sulfuric pekat, kertas turas, kelalang kon, bikar, silinder penyukat,kelalang penyulingan, penyumbat, penyumbat satu lubang, thermometer, condenser Lieberg, salur penghantar, kaki

Upload: sal-rahman

Post on 26-Jul-2015

679 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: laporan amali (alkhohol)

PRAKTIKAL 3

Tajuk : Etanol, eter dan amina.

Pengenalan : Alkohol adalah sumber bukan hidrokarbon dan mengandungi unsur-

unsur karbon, hidrogen, dan oksigen. Etanol adalah sejenis alcohol.

Amina adalah sebatian organic yang berasal daripada ammonia di

mana satu atau lebih atom hydrogen digantikan dengan kumpulan

alkyl atau aryl. Eter ialah komponen kimia yang yang mengandungi

atom aksigen yang dihubungkan kepada dua kumpulan alkyl atau aryl.

Objektif : Untuk menyediakan sampel etanol dan mengkaji sifat-sifat kimia

etanol.

Bahan/radas :

1

glukosa, kentang dimasak, nanas lenyek, beras, ubi kayu, pisang lenyek,

yis, air kapur, air suling, air paip, kalium dikromat (VI), asid sulfuric pekat,

kertas turas, kelalang kon, bikar, silinder penyukat,kelalang penyulingan,

penyumbat, penyumbat satu lubang, thermometer, condenser Lieberg, salur

penghantar, kaki retort, tungku kaki tiga, kasa dawai, penunu Bunsen, tiub

getah, corong turas, tabung didih, kertas litmus biru, mangkuk penyejat,

penyepit, tabung uji, penitis, forsep.

Page 2: laporan amali (alkhohol)

A. Penyediaan Sampel Etanol

Prosedur :

Rajah 1(a): penyediaan etanol

Rajah 1(b): penyulingan etanol

1. Kira-kira 20g glukosa dilarutkan dalam 150cm3 air suling dalam kelalang kon yang bersih.

2. kira-kira 10g yis dimasukkan ke dalam larutan dan digoncang sehingga sebati.

3. kelalang kon ditutup dengan penyumbat yang dipasang dengan salur penghantar. Satu

hujung salur penghantar itu dimasukkan ke dalam air kapur seperti yang ditunjukkan dalam

rajah 1 (a).

4. radas itu dibiarkan di tempat yang panas pada suhu kira-kira 35oC selama 4-5 hari.

5. sebarang perubahan diperhatikan dari masa ke semasa.

6. selepas kira-kira 4-5 hari, hasil penapaian dituraskan. Hasil turasan yang diperolehi

dimasukkan ke dalam sebuah kelalang penyulingan.

7. radas untuk penyulingan disediakan seperti rajah 1(b).

2

Page 3: laporan amali (alkhohol)

8. kelalang penyulingan dipanaskan sehingga campuran di dalamnya mendidih. Etanol yang

disulingkan keluar pada julat suhu 78-80oC dikumpul.

9. warna dan bau sulingan dicatatkan.

10. langkah 1 hingga 9 diulang menggunakan kentang dimasak, nenas lenyek, beras, ubi kayu

atau pisang lenyek untuk menggantikan glukosa.

B. Mengkaji Sifat Kimia Etanol

Prosedur :

B1. Mengkaji pembakaran etanol

Rajah 2: Pembakaran etanol

1. kira-kira 2cm3 etanol dituangkan ke dalam mangkuk penyejat.

2. etanol dinyalakan dengan menggunakan kayu uji bernyala.

3. kebolehbakaran etanol dan sifat nyalaan (warna dan kejelagaan) dicatatkan.

Keputusan :

Ciri pembakaran Pemerhatian

Kebolehbakaran Mudah terbakar

Warna nyalaan biru

3

Page 4: laporan amali (alkhohol)

Kejelagaan nyalaan Tiada jelaga

B2. Mengkaji pengoksidaan etanol.

Prosedur :

Rajah 3: pengoksidaan etanol

1. Kira-kira 10cm3 larutan kalium permanganate dituangkan ke dalam tabung didih.

2. Kita-kira 10 titis asid sulfuric pekat ditambahkan ke dalam tabung didih

menggunakan penitis.

3. Kira-kira 3cm3 etanol ditambahkan ke dalam campuran tersebut.

4. Radas disediakan seperti Rajah 3.

4

Page 5: laporan amali (alkhohol)

5. Tabung didih dipanaskan dengan nyalaan sederhana sehingga campuran

mendidih.

6. Bau hasil sulingan dicatatkan.

Perbincangan :

1. Namakan enzim yang hadir dalam yis yang menguraikan glukosa kepada etanol.

Zimase

2. Tulis persamaan kimia untuk menunjukkan penguraian glukosa kepada etanol.

C6H12O6 2C2H5OH + 2CO2

glukosa etanol

3. Terangkan kegunaan penyulingan berperingkat dalam eksperimen ini.

Penyulingan bereringkat bertujuan untuk mengumpul etanol tulin pada takat didih

etanol iaitu 78oC.

4. Tulis persamaan kimia yang menunjukkan pembakaran etanol.

C2H5OH + 3O2 2CO2 + 3H2O

Etanol

5. Apakah fungsi larutan kalium permanganate dalam eksperimen ini?

Untuk mengoksidakan etanol kepada asid etanoik melalui proses pengoksidaan.

6. Tulis persamaan kimia yang menunjukkan pengoksidaan etanol.

C2H5OH + 2 [O] CH3COOH + H2O

Etanol agen pengoksidaan asid etanoik

7. Ramalkan pemerhatian anda apabila eksperimen tersebut ditinggalkan lebih daripada satu

minggu? Terangkan jawapan anda.

Yis akan mati. Apabila kandungan etanol di dalam larutan penapaian mencapai 15%, ia

membunuh yis dan proses penapaian akan terhenti.

5

Page 6: laporan amali (alkhohol)

8. Adakah etanol boleh digunakan sebagai bahan api kenderaan? Jelaskan jawapan anda.

Tidak, kerana ia mudah tersejat dan mudah terbakar.

Kesimpulan :

6