laporan ahli jawatankuasa 3k bina insan guru

Upload: kenny-odukz

Post on 05-Nov-2015

261 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ref

TRANSCRIPT

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA 3K BINA INSAN GURU (BIG) FASA 3 2015INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH.

AKTIVITI : KHIDMAT MASYARAKATTEMPAT : PELESTARIAN BAHASA LOTUD SABAHTARIKH : 24 MAC 2015 (02.00-5.00 PM)SELASA 28 MAC 2015 (08.00 AM-01.00PM) SABTUPORTFOLIO : KEBAJIKAN, KEBERSIHAN DAN KESELAMATANAHLI JAWATANKUASA : KENNY MICHAEL MILSON MUSI

Sebelum Khidmat Masyarakat ini dijalankan pada 24 dan 28 mac 2015. Sebagai AJK 3K (kebersihan, keselamatan dan kebajikan), kami telah berbincang keperluan dan barang yang perlu dibawah semasa gotong royong. Kami telah menyediakan peti kecemasan untuk kegunaan jika berlaku kecederaan. Selain itu, kami telah menyediakan plastik sampah agar setiap sampah tidak dibuang di merata tempat. Kami juga telah memastikan setiap peserta membawa makanan lebihan dan AJK kami telah menyediakan makanan lebihan untuk kecemasan apabila kehabisan makanan. Kami juga memastikan setiap kawasan yang hendak dibersihkan selamat dan bebas daripada berlakunya kecederaan.Semasa Semasa aktiviti khidmat masyarakat, kami telah membuat taklimat keselamatan semasa melakukan sebarang aktiviti agar peserta lebih berhati-hati ketika bekerja. Malah, kami memastikan supaya semua peserta menggunakan alatan keselematan dan memastikan peralatan selamat digunakan. Selain itu, semasa aktiviti kami memastikan peserta memakai pakaian yang sesuai ketika bekerja. Disamping itu, kebersihan semasa aktivti terjaga sebab kami telah menyediakan peralatan kebersihan. Setiap peserta mengikut arahan AJK 3k. Kami juga memastikan setiap peserta dalam keadaan yang sihat bagi memastikan aktiviti berjalan lancar dan semua peserta dapat mengikuti aktiviti gotong-royong. Kebersihan tandas dan bilik air sentiasa dipantau agar pengguna yang lain dapat menggunakan dengan selesa.

Selepas

Selepas aktiviti, kami memastikan semua kawasan dan tempat yang digunakan sentiasa dalam keadaan bersih. Kami juga memastikan keselamatan pelajar tidak ada kemalangan berlaku. Selain itu, kami telah membuang sampah yang telah dikumpul ke tong sampah besar IPG KENT.

Sepanjang pelaksanaan BIG Fasa 3 untuk khidmat masyarakat, kami sebagai AJK kebersihan telah merasakan kekuatan sepanjang aktiviti hidmat masyarakat. Kekuatan yang kami rasakan sepanjang menjalankan tugas sebagai AJK 3K ialah kami tahu peranan kami sebagai AJK 3K iaitu memastikan kebersihan, keselamatan dan kebajikan sepanjang tempoh aktiviti berlangsung. Kami juga merasakan bahawa rakan-rakan member kerjasama yang baik sepanjang bekerja.

Yang menjalankan tugas,02 APRIL 2015.

____________________________

(KENNY MICHAEL)AHLI JAWATANKUASA 3K,

BINA INSAN GURU (BIG) SIRI 3/2015,INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT,TUARAN, SABAH.