lampiran lembaran kerja tahun 5 sdp

5
Lampiran 1 Kura-Kura Dan Monyet Pada zaman dahulu, bersahabatlah seekor kura-kura dengan seekor monyet. Kura-kura suka bercucuk tanam sedangkan monyet pula asyik merayau dari sebatang pokok ke sebatang pokok kerana mencari makanan. Setelah lama menunggu, buah pisang tanaman kura-kura pun masak. Kura-kura berusaha untuk memetik buah pisangnya tetapi gagal. Lalu, ia meminta tolong pada monyet. Apalagi, betapa seronoknya monyet mendapat makanan kegemarannya itu. Ia tidak menghiraukan kura-kura yang asyik menunggu di bawah pokok itu. Monyet mencampakkan kulit- kulit pisang yang dimakannya itu ke bawah pokok. Kura-kura sangat marah. Hilang sabar menyebabkan kura-kura mencari pokok-pokok berduri, lalu diletakkannya di pangkal pokok pisang itu. Ia ingin mengajar kawannya yang hanya mementingkan diri sendiri. Setelah kenyang, monyet melompat turun daripada pokok. Kakinya telah tertusuk duri tajam dan mengaduh kesakitanlah ia. Dihempasnya kura-kura ke atas tanah, namun kura-kura tidak merasa sakit. Apabila kura-kura memberitahu bahawa dia hanya boleh mati kerana air, maka monyet pun memikul kura-kura ke tepi sungai. Dengan sekuat tenaganya, monyet mencampakkan kura-kura ke dalam sungai. Hatinya begitu puas melihat badan kura-kura tenggelam. Beberapa ketika kemudian, kura-kura timbul semula di hadapan monyet lalu mengucapkan terima kasih kerana menghantarnya ke tempat kegemarannya, iaitu air. Monyet sangat marah kerana ia diperbodohkan oleh kura-kura. KATA IMBUHAN KATA DASAR 1. menghiraukan hirau 2. menyebabkan sebab

Upload: rajeshwari-periasamy

Post on 19-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sdp

TRANSCRIPT

Page 1: Lampiran Lembaran Kerja Tahun 5 Sdp

Lampiran 1

Kura-Kura Dan Monyet

Pada zaman dahulu, bersahabatlah seekor kura-kura dengan seekor monyet. Kura-

kura suka bercucuk tanam sedangkan monyet pula asyik merayau dari sebatang pokok ke

sebatang pokok kerana mencari makanan.

Setelah lama menunggu, buah pisang tanaman kura-kura pun masak. Kura-kura

berusaha untuk memetik buah pisangnya tetapi gagal. Lalu, ia meminta tolong pada monyet.

Apalagi, betapa seronoknya monyet mendapat makanan kegemarannya itu. Ia tidak

menghiraukan kura-kura yang asyik menunggu di bawah pokok itu. Monyet

mencampakkan kulit-kulit pisang yang dimakannya itu ke bawah pokok.

Kura-kura sangat marah. Hilang sabar menyebabkan kura-kura mencari pokok-pokok

berduri, lalu diletakkannya di pangkal pokok pisang itu. Ia ingin mengajar kawannya yang

hanya mementingkan diri sendiri.

Setelah kenyang, monyet melompat turun daripada pokok. Kakinya telah tertusuk duri

tajam dan mengaduh kesakitanlah ia. Dihempasnya kura-kura ke atas tanah, namun kura-

kura tidak merasa sakit.

Apabila kura-kura memberitahu bahawa dia hanya boleh mati kerana air, maka monyet

pun memikul kura-kura ke tepi sungai. Dengan sekuat tenaganya, monyet mencampakkan

kura-kura ke dalam sungai.

Hatinya begitu puas melihat badan kura-kura tenggelam. Beberapa ketika kemudian,

kura-kura timbul semula di hadapan monyet lalu mengucapkan terima kasih kerana

menghantarnya ke tempat kegemarannya, iaitu air. Monyet sangat marah kerana ia

diperbodohkan oleh kura-kura.

KATA IMBUHAN KATA DASAR1.       menghiraukan hirau2.       menyebabkan sebab3.       mementingkan penting4.       kesakitan sakit5.       dicampakkan campak6.       mengucapkan ucap7.       kegemaran gemar8.       meletakkan letak9.       diperbodohkan bodoh

Page 2: Lampiran Lembaran Kerja Tahun 5 Sdp

Kad kata dasar.

Hirau

sebab

penting

sakit

campak

Page 3: Lampiran Lembaran Kerja Tahun 5 Sdp

ucap

gemar

letak

bodoh

Page 4: Lampiran Lembaran Kerja Tahun 5 Sdp

Pengayaan

Lembaran kerja.

Menyenaraikan 8 perkataan imbuhan apitan yang terdapat dalam kawasan sekolah.

1. ____________________

2. ____________________

3. ____________________

4. ____________________

5. _____________________

6. _____________________

7. _____________________

8. _____________________

Page 5: Lampiran Lembaran Kerja Tahun 5 Sdp

Pemulihan

Lembaran kerja

Mengisi tempat kosong menggunakan kata imbuhan apitan berdasarkan perkataan yang diberikan.

1.