lampiran 5 edu my part

22
LAMPIRAN 5: The Mascot By: Cathy Anderson Ahli Kumpulan: DIONG SIEW JUEN LAW ZAI YII TOH LI LIN

Upload: siew-juen

Post on 20-Dec-2015

237 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

None

TRANSCRIPT

Page 1: Lampiran 5 Edu My Part

LAMPIRAN 5: The MascotBy: Cathy Anderson

Ahli Kumpulan:DIONG SIEW JUEN

LAW ZAI YIITOH LI LIN

Page 2: Lampiran 5 Edu My Part

SINOPSIS

Page 3: Lampiran 5 Edu My Part

• Mrs. Clem melayan murid di dalam kelasnya seperti seperti anaknya di rumah. Anaknya juga sentiasa berkunjung kelasnya dan murid sangat berkenalan dengan anaknya.

• Mrs. Clem sentiasa mengadu tentang kehidupannya yang sibuk terhadap murid – muridnya

• Cathy Anderson merupakan guru pelatih yang mengajar kanak-kanak berumur 11 hingga 13 tahun dan merupakan menti kepada Mrs. Clem. Masalah berlaku apabila cara Mrs. Clem memperkenalkan Cathy kepada murid-muridnya menyebabkan dirinya seperti mascot.

Page 4: Lampiran 5 Edu My Part

• Mrs Clem tidak memberi peluang kepada Cathy untuk merancangkan pengajaran dan mengajar kelas tanpa bimbingannya.

• Hal ini kerana Mrs Clem menganggap Cathy tidak professional dan tidak mampu mengajar kelas dengan usaha sendiri.

• Masalah lain timbul apabila Mrs. Clem meminta Cathy membincangkan pelbagai isu mengenai St. Patrick’s Day. Mrs. Clem telah meminta Cathy untuk membincangkan perkara yang tidak berkaitan dengan St. Patrick’s Day dan bukan dalam persediaan Cathy.

Page 5: Lampiran 5 Edu My Part

• Dalam kelas pengajaran sex, Mrs. Clem meminta Cathy untuk menerangkan bahagian badan yang berkaitan dengan sex dan sentiasa menganggu ketika penerangan tentang penyakit sex. Mrs.Clem telah memberi maklumat yang salah tentang cara penyebaran Aids kepada murid.

• Cathy telah membetulkan penerangan Mrs. Clem di dalam kelas. Sebagai balasan, Mrs Clem telah menukar jadual waktu P&P yang telah disetujui oleh mereka sebelum ini tanpa membincang dengan Cathy.

Page 6: Lampiran 5 Edu My Part

• Semasa dalam waktu P&P Bahasa Inggeris, Cathy telah membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh Jabar.

• Jabar merupakan murid yang digemari oleh Mrs. Clem. Dia merupakan seorang murid yang pandai bercakap dan berpidato.

• Setelah beberapa kali dibetulkan oleh Cathy, Jabar mula menunjukkan perbuatan tidak menghormati Cathy dengan bercakap kasar kepada Cathy. Jabar juga tidak peduli nasihat Cathy .

Page 7: Lampiran 5 Edu My Part

• Cathy telah merancang pengajarannya untuk menggunakan ‘Science Kit’ sebagai bahan bantu mengajar. Namun, masalah timbul daripada pihak Mrs. Clem dan murid-muridnya.

• Cathy telah mengingatkan Mrs. Clem untuk membawa ‘Science Kit’ tersebut tetapi Mrs Clem tidak mengambil berat terhadap perkara tersebut. Apabila Cathy bertanya, dia mengatakan bahawa “Science kit’ itu berada di kereta. Cathy ingin mengambil tetapi Mrs. Clem tidak membenarkannya.

Page 8: Lampiran 5 Edu My Part

• Cathy ingin mencari beberapa murid untuk mengambil Science Kit tersebut. Dia telah memilih Junny untuk membantunya tetapi Mrs. Clem telah memilih Jabar iaitu murid yang tidak mendengar arahan Cathy untuk membantunya mengambil science kit tersebut.

• Tanpa menghirau keputusan Cathy, Mrs. Clem masih meminta Jabar untuk membantunya dengan memberi kunci keretanya kepada Mrs. Clem.

Page 9: Lampiran 5 Edu My Part

• Setelah mengambil benda tersebut ke kelas, Mrs. Clem menyuruh Jabar untuk memasangkan Kits kerana beliau mengatakan Jabar mahir dalam memasangkan Kits tersebut.

• Perbuatan ini telah menganggu langkah yang dirancang leh Cathy. Ini telah menyebab Cathy berasa tertekan dan mengeluarkan perasaanya dengan mengatakan kepada Jabar bahawa dia telah menganggu aktiviti P&P. Selepas itu, Jabar telah keluar dari kelas.

• Perbuatan ini telah menyebabkan Cathy mendenda Jabar dengan menahannya keluar rehat lewat 15 minit tetapi Mrs Clem telah membenarkan Jabar keluar rehat sebelum waktunya.

Page 10: Lampiran 5 Edu My Part

• Cathy mengambil keputusan untuk berjumpa Jabar dan bertanya mengapa Jabar berkelakuan nakal. Jawapannya ialah Jabar menyangka Cathy tidak menyukainya.

• Justeru, Cathy mahu menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Cathy menyedar bahawa hubungan yang kurang mesra dan tiada persefahaman antara Mrs. Clem banyak mempengaruhi tingkah laku murid dan mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 11: Lampiran 5 Edu My Part

Watak Perwatakan

Page 12: Lampiran 5 Edu My Part

Cathy Anderson

• Seorang guru praktikum selama 8 minggu yang mengajar kelas bagi kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 13 tahun yang kesemuanya murid-murid lelaki.

• Beliau mengharapkan tunjuk ajar dari Mrs. Clem kerana Mrs. Clem seorang guru yang berpengalaman kerana telah mengajar selama 20 tahun.

• Beliau masih keliru tentang apa yang perlu diadaptasikan untuk mengajar.

Page 13: Lampiran 5 Edu My Part

Mrs. Clem

• Beliau merupakan guru kelas yang telah ditetapkan sebagai tutor kepada Cathy.

• Beliau melayan murid di dalam kelasnya seperti keluarganya dan seperti anaknya di rumah.

• Pada awal kehadiran Cathy, Mrs. Clem banyak mengadu kepada kelasnya tentang kesusahannya dalam bertanggungjawab menyediakan murid-murid ke arah masa depan mereka.

• Beliau seorang yang autokratif dan tidak boleh menerima teguran orang lain tentang pengajarannya.

Page 14: Lampiran 5 Edu My Part

Jabar

• Seorang pelajar yang cerdik dan petah berkata- kata.

• Dia sering mengganggu rakan lain agar rakannya tidak dapat menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru lebih awal daripadanya.

• Jabar merupakan murid pilihan Mrs. Clem kerana selalu mendapat perhatian yang utama di dalam kelas berbanding rakan – rakannya yang lain.

Page 15: Lampiran 5 Edu My Part

Penyataan Masalah

Page 16: Lampiran 5 Edu My Part

• Guru yang efektif amat penting dalam menjadikan iklim bilik darjah yang bersistematik dan mampu dikawal serta menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

• Kes ini jelas menyatakan guru yang tidak efektif akan mengucar-kacirkan pengurusan bilik darjah.

• Contohnya ialah Mrs. Clem sebagai guru pembimbing tetapi tidak memiliki ciri-ciri guru efektif dan hal ini telah mendatangkan pelbagai masalah sampingan kepada Cathy selaku guru pelatih.

• Segala masalah yang ditimbulkan oleh Mrs. Clem sememangnya menyukarkan Cathy untuk mengajar dan kehilangan minat untuk menjadi guru yang berdedikasi.

Page 17: Lampiran 5 Edu My Part

• Hasil dapatan daripada analisis kes ini, Mrs. Clem dilihat sebagai masalah utama yang menyebabkan kepada isu –isu atau masalah lain yang telah tercetus kepada Cathy yang merasakan dirinya sebagai mascot kepada Mrs. Clem.

• Sikapnya dan perangai Mrs. Clem tidak mencerminkan ciri- ciri seorang guru yang efektif.

• Lorin W. Anderson (1989) menerangkan bahawa guru yang efektif tahu apa yang ingin diajar, prihatin terhadap murid dan melayan mereka dengan rasa hormat serta mampu untuk membuat keputusan yang bijak.

Page 18: Lampiran 5 Edu My Part

• Antara isu-isu atau peristiwa yang menunjukkan Mrs. Clem bukan seorang guru yang efektif ialah:

1.Ketika Mrs. Clem mengadu tentang kehidupannya yang sibuk terhadap murid – muridnya.

2.Mrs. Clem tidak berpendirian tetap dan sesuka hati mengubah sesuatu malah memberikan maklumat yang salah kepada murid tentang Aids.

3.Mrs. Clem juga seorang yang tidak suka ditegur dan dibetulkan kesalahannya.

4.Mrs. Clem juga tidak memperkenalkan Cathy dengan baik pada sesi perkenalan Cathy dengan murid kelasnya buat pertama kali.

Page 19: Lampiran 5 Edu My Part

Kenalpasti Masalah

Page 20: Lampiran 5 Edu My Part

Murid tidak menghormati Cathy

• Masalah ini dicetuskan oleh Mrs. Clem.• Contohnya, Jabar dengan sesuka hati

bertindak keluar kelas apabila ditegur Cathy dan menjawab dengan nada memberontak.

• Jabar juga kerap menunjukkan tindak balas atau rangsangan negatif apabila ditegur Cathy.

• Alasan Jabar atas kelakuannya ialah dia merasakan Cathy tidak menyukainya sepertimana Mrs. Clem yang selalu memberi perhatian kepadanya.

Page 21: Lampiran 5 Edu My Part

Kawalan Kelas Tidak Sistematik dan Tidak Teratur

• Cathy amat khuatir dengan kawalan kelasnya apabila dia keluar daripada kelas untuk mengambil ‘science kit’. Situasi menjadi serious apabila dia pulang daripada mengambil ‘science kit’ itu dan melihat Jabar dan murid lain sedang berkerumun untuk menyiapkan ‘science kit’ tersebut dengan arahan daripada Mrs. Clem yang mendahului arahan Cathy.

• Malah, apabila pulang ke kelas selepas rehat, Jabar, Isaac dan Thomas sedang bergaduh di atas lantai sedangkan Mrs. Clem turut berada dalam kelas. Hal ini telah mengecewakan Cathy.

Page 22: Lampiran 5 Edu My Part

Hasrat Cathy Menjadi Guru Terbatas

• Cathy tidak berpeluang untuk menjadi dan merasai perasaan sebagai guru sebenar semasa dia berada di bawah bimbingan Mrs. Clem.

• Hasrat Cathy untuk mempelajari sesuatu dan memperoleh pengalaman sebagai guru pelatih daripada Mrs. Clem tidak mencapai apabila dia melihat sifat Mrs. Clem yang banyak mengadu tentang bebanan kerjanya dan kesibukkan kepada murid.

• Pada pandangan Cathy, ini bukanlah sesuatu yang wajar dicontohinya. Cathy juga berasa tertekan berhadapan dengan sikap negatif Mrs. Clem ini berterusan dan langsung tidak membantunya sepanjang tempoh masa praktikal.