my presentation

Upload: nora-puteh

Post on 20-Jul-2015

254 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PROGRAM PERMATA PINTAR NEGARA : ISU, CABARAN DAN IMPLIKASI

OLEH : NOR ASIAH BINTI PUTEH (P58984)Free Powerpoint Templates Page 1

Apakah Pintar Cerdas? Umum : pintar cerdas ditakrifkan sebagai kanak-kanak yang mempunyai Intelligence Quotient (IQ) lebih daripada 130. Mereka mempunyai kapasiti intelektual luar yang dijangkaan umur kronologi bagi kanak-kanak. Mereka juga mempunyai potensi untuk memperoleh pencapaian tinggi di alam kanak-kanak dan dewasa

Stanford Binet (1916), merupakan orang pertama yang menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai The Stanford Binet Test memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. Lewis Terman (1916), memberikan takrifan yang tersendiri iaitu pintar cerdas ialah seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak.

Free Powerpoint Templates

Page 2

Sambungan Renzulli (1978),menyatakan perilaku pintar cerdas terjadi sekiranya ada interaksi di antara tiga kumpulan asas sifat-sifat manusia iaitu di kumpulan umum di atas rata-rata atau kemampuan tertentu, tingginya tingkat komitmen tugas (motivasi), dan tahap kreativiti yang tinggi. Anakanak pintar cerdas dan berbakat adalah mereka yang memiliki atau mampu mengembangkan komposit sifat dan menerapkannya ke seluruh daerah berpotensi berharga prestasi manusia. The National Association of Gifted Children, Amerika Syarikat (NAGC), mentakrifkan kanak-kanak pintar cerdas sebagai pelajar, kanak-kanak, atau belia yang membuktikan pencapaian yang tinggi dalam bidang seperti intelektual, kreatif, artistik, atau kebolehan memimpin, ataupun dalam bidang akademik yang tertentu dan individu yang memerlukan perkhidmatan serta aktiviti yang lazimnya tidak disediakan oleh pihak sekolah untuk membangunkan keupayaan mereka sepenuhnya. Free Powerpoint Templates Page 3

Sambungan Martha Morelock (1992), mentakrifkan pintar cerdas dari segi dunia dalaman seseorang. Orang yang pintar cerdas mempunyai perkembangan yang luarbiasa sepanjang hayat dalam segi kesedaran, persepsi, tindak balas emosi dan pengalaman hidup. Iaitu, orang yang pintar cerdas mengalami peristiwa hidup yang berbeza kepada orang lain. Mereka mempunyai tafsiran yang berbeza dalam kehidupan. Mereka sentiasa berbeza dalam persepsi dan realiti mereka. Oleh yang demikian, mereka gemar untuk melakukan perkara yang berbeza dan ini terpakai kepada orang dewasa serta kanak-kanak. Program PERMATA Pintar (2009), telah mendefinisikan pintar cerdas kepada keadaan seseorang yang mempunyai potensi untuk menjadi cemerlang dalam bidang-bidang tertentu sama ada dalam bidang akademik atau dalam bidang bukan akademik.

Free Powerpoint Templates

Page 4

Cabaran Pelajar Pintar Cerdas Kos untuk membantu perkembangan pelajar pintar adalah mahal. Di negara maju, mereka boleh menghadiri kursus pengayaan yang disediakan oleh universiti tetapi kosnya mahal Kanak-kanak yang pintar cerdas mudah berasa bosan dengan arahan yang mudah serta berulang kerana mereka jemu dengan sesuatu yang mudah bagi mereka. Ini adalah kerana golongan pintar cerdas ini sukakan perkara yang kompleks yang mencabar kebolehan mereka. Kanak-kanak yang pintar cerdas cenderung untuk menyoal guru sewaktu di dalam kelas sehingga keluar dari topik pengajaran malah menyebabkan rakan yang lain menjadi keliru disamping menggangu proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dijalankan. (Ng Sen Fa, 2005)Free Powerpoint Templates Page 5

Kanak-kanak yang pintar kebanyakannya berkebolehan dalam bidang yang terhad sahaja. Sebagai contoh, kebanyakan kanak-kanak pintar cerdas yang mempunyai kecerdasan dalam bidang matematik tidak dapat menguasai subjek yang lain dengan baik. Ini menunjukan bahawa kebolehan yang mereka miliki selalunya hanya berfokus kepada satu bidang sahaja. Dari segi tingkah laku pula, golongan ini sangat sensitif dan mudah tersinggung apabila dikritik atau ditegur. Mereka amat mementingkan kesempurnaan dan sentiasa ingin berjaya tetapi dari pandangan orang lain mereka ini dilihat sebagai seorang yang degil. (Bob Algonzine dan Jim Ysseldyke, 2006).

Sambungan

Free Powerpoint Templates

Page 6

Cabaran yang Dihadapi GuruBaska dan Stambaugh (2005) menyenaraikan beberapa cabaran yang dihadapi oleh guru mendidik pelajar pintar tersebut di kelas biasa iaitu : Kekurangan pengetahuan tentang subjek yang diajar Kemahiran pengurusan bilik darjah yang terhad Sikap dan kepercayaan terhadap pembelajaran Kesukaran mencari dan memanfaatkan sumber Modifikasi kurikulum yang bersesuaian Kekurangan kemahiran pedagogi yang bersesuaian

Oleh itu, kanak-kanak pintar cerdas ini memerlukan kurikulum yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan mereka. Bagi memenuhi keperluan pelajar pintar ini, kerajaan telah mengambil inisiatif menubuhkan Pusat Permata Pintar Negara untuk membantu kanak-kanak ini mendapat pendidikan yang bersesuaian dengan mereka.Free Powerpoint Templates Page 7

Sejarah Perkembangan Kurikulum Pendidikan Pintar Cerdas di Malaysia Sistem Kelas Ekspress (1962-1970-an) - memberi peluang kepada kanak-kanak yang memiliki potensi memendekkan tempoh sekolah rendah mereka daripada 6 tahun kepada 5 tahun. Persatuan MENSA Malaysia (1983) - mengenalpasti dan mengembangkan kecerdasan. Mempunyai keahlian seramai 140 orang pelajar. Program BAKA (1985) diperkenalkan oleh Profesor Madya Azman Wan Cik. Program ini adalah berbentuk penyelidikan kepintaran dengan menggunakan satu ujian yang dinamakan BAKA untuk mengenalpasti pelajar pintar cerdas. Penilaian Tahap Satu (PTS) 1996 Khusus untuk pelajar darjah tiga. Pelajar yang berjaya melepasi ujian ini layak meneruskan pembelajaran mereka ke darjah lima. Program PERMATA Pintar (2010) - Program ini bertujuan membantu kanak-kanak pintar cerdas mengalami proses pembelajaran yang dapat merangsang minda merekaFree Powerpoint Templates

Page 8

PROGRAM PERMATA PINTARPengenalan merupakan satu program pendidikan pelajar pintar cerdas yang permata di Malaysia ditubuhkan pada bulan Januari 2010 program ini telah dimulakan pada bulan 17 Januari 2011. Pengambilan pertama pelajar pintar cerdas untuk program ini ialah seramai 116 orang pelajar berumur 16 tahun. memberikan tumpuan pendidikan serta pembelajaran yang bersifat holistik dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara memberi penekanan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang seimbangFree Powerpoint Templates

Page 9

PROGRAM PERMATA PINTARStruktur Pengajian Tahap 1 dan Tahap 2. Program ini diletakkan di bawah Universiti Kebangsaan Malaysia. Berbentuk sekolah asrama penuh dengan bantuan kerajaan tetapi mempunyai autonomi sendiri dalam prinsip pelaksanaannya. Pelajar yang mendaftar untuk program ini merupakan pelajar UKM dan tertakluk kepada semua peraturan yang ditetapkan oleh UKM.

Free Powerpoint Templates

Page 10

PROGRAM PERMATA PINTARJangka Masa Pengajian program sepenuh masa yang mengambil masa selama dua (2) tahun. menekankan pembelajaran berpusatkan pelajar dan menggunakan pelbagai kaedah termasuk pembelajaran berasaskan kaedah koperatif dan kolaboratif, kuliah, perbincangan kumpulan besar dan kumpulan kecil, amali di makmal dan kajian lapangan, projek penyelidikan bersama kumpulan pakar penyelidikan UKM, laporan penyelidikan, pembinaan folio, program mobiliti dan pertukaran pelajar, aktiviti pembinaan jati diri berbentuk modular serta program kerohanian dan pembelajaran berasaskan masalah (PBL). Pelajar juga akan didedahkan dengan konsep Higher Thinking Order (HOT) untuk membantu mereka membina pemikiran yang kreatif, kritis dan inovatif dalam pembelajaran mereka.

Free Powerpoint Templates

Page 11

PROGRAM PERMATA PINTARTujuan Program Menyediakan program pendidikan holistik yang menekankan kepada paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dan amal yang menjadi dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan negara. Membangun, menyedia dan melaksanakan kurikulum pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas akademik yang mempunyai potensi intelek yang tinggi. Menyediakan pengalaman awal bagi pelajar pintar cerdas untuk belajar di Institusi Pengajian Tinggi sekali gus mendapat bimbingan mentor dari kalangan ahli akademik UKM yang memang telah berjaya dalam bidang masing-masing.

Free Powerpoint Templates

Page 12

PROGRAM PERMATA PINTARTujuan Program (Sambungan) Memberi peluang kepada pelajar pintar cerdas untuk mendapatkan pengalaman awal dalam menjalankan projek penyelidikan bagi membangunkan potensi minda yang kreatif dan inovatif. Menjadi model pendidikan pintar cerdas yang melibatkan integrasi kurikulum pendidikan menengah tinggi dengan suntikan sukatan pelajaran tahap pengajian tinggi yang diimbangi dengan kurikulum pendidikan peringkat antarabangsa. Mewujudkan satu wadah perkongsian pintar dan usaha sama antara industri, institusi pengajian tinggi dan program menengah tinggi UKM dalam usaha saling melengkapi bagi menyediakan suasana pengalaman pembelajaran yang boleh membantu perkembangan pelajar pintar cerdas secara menyeluruh.

Free Powerpoint Templates

Page 13

PROGRAM PERMATA PINTARProgram UtamaPusat Permata Pintar Negara menguruskan empat program utama iaitu :-

Pencarian dan Pengurusan Bakat : mencari dan mengurus bakat pelajar-pelajar pintar cerdas melalui ujian-ujian saringan Permata Pintar UKM (UKM1 dan UKM2), membangun dan melaksanakan ujian-ujian saringan dalam talian, membangun dan melaksanakan modul-modul kursus susulan dan baru secara dalam talian, pengurusan Persatuan Alumni Permata Pintar UKM. Program Perkhemahan Cuti Sekolah Permata Pintar Negara Universiti Kebangsaan Malaysia-John Hopkins University Center for Talented Youth (JHU-CTY) : merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan pengajar, pembantu pelajar, dan pengurus perkhemahan, melaksanakan kurikulum pengayaan dan pecutan.

Free Powerpoint Templates

Page 14

PROGRAM PERMATA PINTARProgram Utama (Sambungan) Program Pendidikan Permata Pintar : program khas yang pertama di Malaysia untuk pelajar pintar cerdas akademik yang telah memulakan sesi pengajaran pada tahun 2011 Program Asasi Pintar UKM : Merupakan program prauniversiti yang mengambil masa selama setahun di UKM untuk membolehkan pelajar pra-siswazah menamatkan pengajian dalam tempoh yang cepat (3 tahun) atau membolehkan pelajar mendapat sarjana dalam tempoh 4 tahun.

Free Powerpoint Templates

Page 15

PROGRAM PERMATA PINTARCabaran Program Permata PintarCabaran yang dihadapi oleh Program Permata Pintar ialah :

Lokasi Pusat Permata Pintar tidak sesuai. Ramai yang mempersoalkan mengapa pusat tersebut dibina dalam kawasan UKM. Program Permata Pintar merupakan projek mega untuk pelajar pintar di Malaysia. Terdapat banyak modul yang dirancang tetapi peruntukan tidak mencukupi. Berdasarkan Bajet 2011, sebanyak RM111 juta telah diperuntukkan untuk program Permata Negara. Peruntukan ini merangkumi pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, membina 32 buah Pusat Anak Permata Negara (PAPN), dan membiayai 52 pusat PAPN yang telah siap serta meneruskan program Permata Pintar, Seni, Insan dan Remaja. Peruntukan ini sudah tentu tidak mencukupi memandangkan program ini baru sahaja bermula dan memerlukan banyak perbelanjaan.Free Powerpoint Templates Page 16

PROGRAM PERMATA PINTARCabaran Program Permata Pintar (sambungan) Program ini juga memerlukan ramai guru yang bertauliah dan berpengetahuan tinggi sesuai dengan kebolehan pelajar pintar. Adakah guru-guru yang mengajar di sini mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi untuk memenuhi kehendak kurikulum yang telah dirangka. Pusat Permata Pintar juga memerlukan lebih ramai pensyarah untuk mengendalikan program yang disediakan. Pada masa kini, pensyarah yang terlibat dengan program ini masih perlu menjalankan rutin mereka di fakulti dan pada masa yang sama perlu memberikan komitmen di Pusat Permata Pintar. Terdapat pensyarah yang menolak untuk bertugas di Permata Pintar disebabkan tiada masa dan beban kerja yang sedia ada. Ujian saringan Permata Pintar UKM1 dan UKM2 dijalankan dalam talian. Pelajar pintar yang tinggal di kawasan terpencil dan tidak mempunyai kemudahan internet mungkin tidak berpeluang mengambil ujian ini. Di samping itu, terdapat pelajar yang mengambil ujian ini bermasalah kerana semasa ujian saringan pertama telah diambil oleh orang lain.Free Powerpoint Templates Page 17

PROGRAM PERMATA PINTARCabaran Program Permata Pintar (sambungan) Pelajar perlu bijak menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran yang baru. Ini kerana suasana pembelajaran di Permata Pintar berbeza dengan sekolah mereka sebelum ini. Terdapat segelintir pelajar mengalami home sick kerana berjauhan dengan keluarga. Pelajar dari kalangan yang kurang berkemampuan menghadapi masalah untuk membayar yuran yang dikenakan. Walaupun bantuan diberikan kepada keluarga yang berpendapatan RM5,000 ke bawah tetapi masih ada yang tidak mampu melunaskan yuran. Pelajar-pelajar tiada penaja untuk melanjutkan pelajaran di IPT. Bajet yang diperuntukkan hanya untuk program dalam Pusat Permata Pintar. Setakat ini, hanya Yayasan Al-Bukhari yang akan menaja pelajar-pelajar ini. Terdapat pelajar yang enggan ke kelas kerana merasakan mereka boleh membuat tugasan dan belajar sendiri. Akibatnya, mereka tertinggal kemahiran-kemahiran yang telah diajar oleh guru. Free Powerpoint Templates

Page 18

PROGRAM PERMATA PINTARImplikasiImplikasi penubuhan Pusat Permata Pintar ialah : Pelajar pintar tidak lagi perlu mencari pusat pengajian yang sesuai untuk mereka. Sebelum ini, terdapat pelajar ini belajar ke luar negara seperti Singapura yang dapat memenuhi keperluan pembelajaran mereka. Telah wujud satu pusat pembelajaran yang khusus untuk pelajar pintar di Malaysia yang bersesuaian dengan keperluan pelajar ini. Program pendidikan Permata Pintar merupakan program khas yang pertama di Malaysia untuk pelajar pintar cerdas akademik yang telah memulakan sesi pengajian pada tahun 2011. Pelajar menamatkan pengajian pra-siswazah dalam tempoh yang cepat (3 tahun) atau membolehkan pelajar mendapat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam tempoh 4 tahun.

Free Powerpoint Templates

Page 19

Individu-individu Pintar Cerdas di Malaysia

Sufiah YusufMohd Shukri Hadafi mampu membaca surat khabar di usia tiga tahun pernah berlakon dalam filem Menanti Hari Esok anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz bekerja sebagai penebar roti canai (1990-an)

diterima masuk ke pengajian di UniversitiOxford pada usia 13 tahun (matematik). 2001,Sufiah melarikan diri dari asrama di Oxford, dan bekerja sebagai pelayan di kafe Internet di Bournemouth. enggan pulang ke rumah, anggap ibu bapanya memeritkan kehidupannya berkahwin di usia 19 tahun, bercerai selepas 13 bulan.

Free Powerpoint Templates

gagal menamatkan pengajian, bekerja sebagai pelacur

Page 20

Individu-individu Pintar Cerdas di Malaysia

Chiang Ti Ming IQ melebihi 180 pelajar termuda di California Institute of Technology (CalTech) ketika berusia 15 tahun pelajar termuda yang pernah menerima Anugerah Undergraduate Students Merit Award selama dua tahun berturut-turut di CalTech berkelulusan doktor falsafah dalam fizik zarah di Cornell Universiti di New York

Chan Yao Ban menduduki ujian statistik dan kalkulus ketika berumur 10 tahun dan mendapat skor 91 dan 90 menamatkan phd dalam usia 21 tahun (termuda di Universiti Melbourne) pengkaji penting di Universiti Melbourne, mengendalikan projek kajian metod statistik bagi mengenalpasti anomaliti protein di dalam otak untuk mendiagnos schizophrenia dan bipolar disorder

meninggal dunia pada tahun 2007 akibat kemurungan yang terukFree Powerpoint Templates

Page 21

Individu-individu Pintar Cerdas di Malaysia

Ady Putra dikenali ketika berusia 6 tahun kerana mahir dalam matematik (trigonometri, algebra, darab 5 hingga 6 digit) menghasilkan 183 formula matematik pelajar paling muda di Unisel.

Ainan Celeste Cawley gemar membaca buku kimia kanak-kanak termuda lulus subjek kimia di peringkat GCE O-Level (7 tahun). kanak-kanak pintar pertama di dunia mendaftar di universiti ketika berumur 10 tahun (Universiti HELP) memilih Ijazah Program Amerika, turut mengambil kursus sains komputer, kimia, fizik dan matematik peringkat A-Level

Free Powerpoint Templates

Page 22

KESIMPULANKanak-kanak pintar cerdas adalah sumber semula jadi negara. Mereka mempunyai keperluan khas yang berlainan daripada pelajar-pelajar sederhana atau kanak-kanak istimewa. Penubuhan Pusat Permata Negara adalah bertepatan dengan keperluan pelajar ini yang semakin ketara. Kurikulum di Pusat Permata Pintar ini adalah bersesuaian dengan keperluan pembelajaran pelajar ini. Adalah diharapkan Pusat Permata Pintar ini dapat menjadi landasan terbaik untuk mendidik pelajar pintar agar aset negara ini tidak terabai.

Free Powerpoint Templates

Page 23

RujukanBoazman, J., & Sayler, M. 2011. Personal Well-Being of Gifted Students Following Participation in an Early College-Entrance Program. Roeper Review, 33:7685 Ford, D. Y., & Moore, J. L. 2005. This Issue : Gifted Education. Theory Into Practice, 44:2, 77-79 Guldemond, H., Bosker, R., Kuyper, H., & Greetje van der Werf. 2007. Do Highly Gifted Students Really Have Problems?, Educational Research and Evaluation : An International Journal on Theory and Practice, 13:6, 555-568 Mary-Catherine Mcclain & Pfeiffer, S. 2012. Identification of Gifted Students in the United States Today: A Look at State Definitions, Policies, and Practices, Journal of Applied School Psychology, 28:1, 59-88 Renzulli, J. S. 1978. What Makes Giftedness? Reexamining a Definition. United States of America : Chronicle Guidance Publications, Inc. Cigman, R. 2006. The Gifted Child: A Conceptual Enquiry. Oxford Review of Education, 32:02, 197-212 Shaklee, B. D. 1997. Gifted-Child Education in the New Millenium. The Educational Forum, 61:3, 212-219 VanTassel-Baska & Stambaugh, T. 2005. Challenges and Possibilities for Serving Gifted Learners in the Regular Classroom. Theory Into Practice, 44(3), 211217 Free Powerpoint Templates Page 24