my proposal.docx

24
my proposal 1.0 Pengenalan Kajian Dewasa ini dengan kemajuan terkini teknologi maklumat dan telekomunikasi dalam dunia perniagaan telah memberi impak terhadap pengguna dalam membuat pilihan pembelian sesuatu produk yang terdapat dipasaran. Pengguna merupakan aset yang penting bagi sesebuah organisasi perniagaan. Oleh itu firma perniagaan berusaha untuk memenuhi kehendak dan keperluan bagi memaksimumkan kepuasan pengguna. Prestasi perkhidmatan yang tinggi merupakan asas untuk sesuatu organisasi perniagaan (Freenan dan Dart, 1993). Secara amnya, kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi pengguna terhadap promosi jualan murah (sales) dan pengaruhnya dalam pengulangan pembelian. Seperti yang kita ketahui, jualan murah dilakukan adalah untuk membuat penghabisan stok, menarik minat pelanggan ke premis perniagaan dan banyak lagi. Terdapat pelbagai persepsi pengguna terhadap produk jualan murah seperti produk jualan murah adalah tidak berkualiti, harga yang ditawarkan selepas promosi tidak jauh berbeza dari harga sebenar dan bermacam lagi. Oleh itu pengkaji ingin mengetahui sejauh mana promosi jualan murah dapat mempengaruhi proses pembelian pengguna. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih satu premis perniagaan untuk dijadikan sampel dalam kajian awal dan telah membuat kaijian soal selidik kepada 20 orang responden. 1.1 Rasional Kajian Rasional utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungan promosi jualan murah dan pengaruhnya terhadap pengulangan pembelian. Ini adalah kerana promosi telah sinonim terhadap para pengguna. Namun sejauh mana keberkesanan promosi ini dapat mempengaruhi pengguna untuk membuat pengulangan pembelian disamping untuk menjaga

Upload: muni-fauzi

Post on 13-Jan-2016

78 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: my proposal.docx

my proposal

1.0 Pengenalan Kajian

            Dewasa ini dengan kemajuan terkini teknologi maklumat dan telekomunikasi dalam

dunia perniagaan telah memberi impak terhadap pengguna dalam membuat pilihan pembelian

sesuatu produk yang terdapat dipasaran. Pengguna merupakan aset yang penting bagi

sesebuah organisasi perniagaan. Oleh itu firma perniagaan berusaha untuk memenuhi

kehendak dan keperluan bagi memaksimumkan kepuasan pengguna. Prestasi perkhidmatan

yang tinggi merupakan asas untuk sesuatu organisasi perniagaan (Freenan dan Dart, 1993).

            Secara amnya, kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi pengguna terhadap

promosi jualan murah (sales) dan pengaruhnya dalam pengulangan pembelian. Seperti yang

kita ketahui, jualan murah dilakukan adalah untuk membuat penghabisan stok, menarik minat

pelanggan ke premis perniagaan dan banyak lagi. Terdapat pelbagai persepsi pengguna

terhadap produk jualan murah seperti produk jualan murah adalah tidak berkualiti, harga

yang ditawarkan selepas promosi tidak jauh berbeza dari harga sebenar dan bermacam lagi.

Oleh itu pengkaji ingin mengetahui sejauh mana promosi jualan murah dapat mempengaruhi

proses pembelian pengguna. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih satu premis perniagaan

untuk dijadikan sampel dalam kajian awal dan telah membuat kaijian soal selidik kepada 20

orang responden.

1.1 Rasional Kajian

            Rasional utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungan promosi

jualan murah dan pengaruhnya terhadap pengulangan pembelian. Ini adalah kerana promosi

telah sinonim terhadap para pengguna. Namun sejauh  mana keberkesanan promosi ini dapat

mempengaruhi pengguna untuk membuat pengulangan pembelian disamping untuk menjaga

hubungannya dengan pengguna. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengetahui

faktor lain yang mempengaruhi proses pembelian dan selepas pembelian. Tambahan lagi,

kajian ini adalah untuk mengetahui persepsi pengguna terhadap kualiti dan kepuasan

pengguna.

1.2 Pernyataan Masalah

            Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengetahui bagaimana hubungan promosi jualan

murah dapat mengekalkan pengulangan pembelian, kesetiaan pengguna dan pada masa yang

sama pengkaji ingin mengetahui persepsi pengguna terhadap barang, kualiti barangan jualan

murah serta kepuasan pengguna terhadap organisasi perniagaan tersebut. Antara persoalan

yang akan dibincangkan adalah seperti berikut:

Page 2: my proposal.docx

        i.            Bagaimana promosi jualan murah dapat mengekalkan hubungan pengguna kepada firma

tersebut?

      ii.            Sejauhmanakah persepsi pengguna terhadap kualiti  barangan jualan murah?

    iii.            Adakah promosi jualan murah mampu mempengaruhi kepuasan pengguna terhadap

pengulangan pembelian?

    iv.            Adakah harga mempengaruhi persepsi pengguna terhadap kualiti barang?

1.3 Masalah Kajian

            Kajian ini dilakukan kerana ingin mengenalpasti sejauhmanakah keberkesanan

hubungan promosi jualan murah dapat mempengaruhi pengguna untuk mengulangi

pembelian. Jika dilihat apabila tiba musim perayaan semua premis perniagaan akan bersaing

untuk membuat promosi jualan murah (sales). Hal ini adalah untuk menarik perhatian

pengguna supaya singgah di premis mereka. Penyelidik berpendapat, terdapat pelbagai jurang

antara produk yang di tawarkan dengan penerimaan pengguna. Kebanyakan masalah yang

wujud lebih tertumpu kepada aktiviti pemasaran produk seperti strategi peletakan harga,

kualiti barangan selepas harga promosi lebih jauh berbeza daripada harga asal, dan hubungan

pengguna dengan premis perniagaan tersebut.

            Pada masa kini pengguna semakin bijak dalam membuat keputusan pembelian kerana

pengguna didedahkan dengan pelbagai kempen atau iklan agar menjadi pengguna yang bijak.

Laporan Bernama bertarikh 4 Semptember 2008 yang lalu melaporkan pengguna di Malaysia

semakin bijak mencari maklumat terutama pada label makanan. Dalam kajin yang di lakukan

ini menunjukkan 27% pengguna di Malaysia mengamalkan sikap ini semasa membuat

pembelian. Hal ini memperlihatkan bahawa pengguna lebih berhati-hati dalam setiap

pembelian khususnya produk makanan.

            Berbalik kepada promosi jualan murah, pengguna juga semakin bijak membuat

perbandingan harga dan tidak mudah tertipu  dengan ‘sales’ yang di adakan. Pada

kebiasaannya ketika promosi jualan murah di adakan, kebiasaanya harga yang ditawarkan

adalah tidak jauh berbeza dengan harga yang sebenar bagi produk tersebut. Umumnya,

premis perniagaan akan membuat psikologi harga terhadap produk mereka bagi

memanipulasi pemikiran pengguna ketika proses pembelian produk. Disamping itu kajian ini

juga adalah untuk membuktikan pemboleh ubah yang d kaji dapat mempengaruhi gelagat

pengguna kepada pengulangan pembelian. Selain itu pengkaji juga ingin mengenal pasti

sejauhmana pemboleh ubah yang di kaji ini dapat mempengaruhi persepsi pengguna terhadap

Page 3: my proposal.docx

kualiti produk jualan murah serta kepuasan pelanggan terhadap hubungan promosi yang di

adakan.

1.4 Persoalan Kajian

            Merujuk kepada pernyataan masalah dan isu yang di bangkitkan, terdapat beberapa

persoalan dibangkitkan dalam penyelidikan ini.

        i.            Adakah terdapat hubungan antara promosi jualan murah dengan pengulangan pembelian

pengguna?

      ii.            Adakah terdapat hubungan dimensi antara strategi peletakan harga dengan kualiti produk

terhadap pengulangan pembelian pengguna?

    iii.            Adakah terdapat hubungan dimensi antara persepsi pengguna terhadap promosi jualan

murah dan pengulangan pembelian?

    iv.            Adakah terdapat hubungan dimensi antara gelagat pengguna dalam pembelian produk jualan

murah?

1.5 Objektif Kajian

            Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan promosi jualan

murah terhadap pengaruh pengulangan pembelian pengguna dalam organisasi perniagaan

serta faktor-faktor lain yang mempengaruhi proses pengulangan pembelian.

1.6 Objektif Khusus

        i.            Untuk mengenal pasti persepsi kualiti produk mempengaruhi pengguna untuk membuat

pengulangan pembelian.

      ii.            Untuk mengenalpasti keberkesanan peletakan harga produk jualan murah seterusnya dapat

menarik pengguna untuk membuat pengulangan pembelian.

    iii.            Untuk mengakaji kepuasan pelanggan dalam mengekalkan hubungan kesetiaan pengguna

untuk mengulang pembelian

    iv.            Untuk mengkaji sejauh mana faktor demografi mempengaruhi keputusan dan minat dalam

pembelian yang dibuat oleh pengguna ketika promosi jualan murah.

1.7 Pembetukan Hipotesis

        i.            Persepsi terhadap kualiti produk mempunyai hubungan positif dengan pengulangan

pembelian.

      ii.            Harga produk mempunyai hubungan positif dengan pengulangan pembelian.

    iii.            Kepuasan pelanggan mempunyai hubungan positif dengan pengulangan pembelian.

Page 4: my proposal.docx

    iv.            Terdapat perbezaan yang positif antara jantina dengan pengulangan pembelian.

      v.            Terdapat perbezaan yang positif antara pendapatan bulanan dengan pengulangan pembelian.

    vi.            Terdapat perbezaan yang positif antara umur dengan pengulangan pembelian.

  vii.            Terdapat perbezaan yang positif antara tahap pendidikan dengan pengulangan pembelian.

viii.            Terdapat hubungan yang positif antara tahap pekerjaan dengan pengulangan pembelian.

1.8 Limitasi Kajian

Beberapa faktor yang menghadkan penggunaan kajian yang bakal di perolehi iaitu:

        i.            Kajian ini hanya melibatkan para pengguna/pembeli produk di kawasan Kota Samarahan

Kuching Sarawak (Desa Ilmu).

      ii.            Kajian ini tidak melibatkan lain-lain pengguna di kawasan lain selain kawasan Kota

Samarahan.

    iii.            Premis perniagaan yang terlibat dalam kajian ini ialah UNACO cawangan Kota Samarahan

sahaja.

    iv.            Respondan yang terlibat dalam skop kajian ini adalah pengguna/pembeli di kawasan Kota

Samarahan yang berumur dalam lingkungan 20 tahun hingga 36 tahun dan ke atas termasuk

faktor-faktor demografi yang lain dan kajian ini juga melibatkan respondan daripada pelajar

UNIMAS itu sendiri.

2.0 Ulasan Karya

2.1 Kepentingan soalan ditanya

Soalan yang diajukan adalah sangat penting untuk membina hipotesis. Melalui persoalan itu

pengkaji dapat mengatahui tentang masalah yang akan dikaji.

2.2 Status Semasa Topik

2.21 Pengulangan Pembelian

            Ulangan pembelian ialah Pembelian produk oleh pengguna terhadap jenama yang

sama sebelum ini yang dibeli di masa yang lain. Pembelian ulangan sering menjadi ukuran

kepada kesetiaan pengguna terhadap sesuatu produk/ jenama dan sering diambil kira oleh

profesional penyelidikan pemasaran untuk menilai perniagaan. Secara umumnya, niat

pembelian seseorang pengguna dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti dorongan dan

pertimbangan-pertimbangan tertentu. Menurut Dodds, Monroe dan Grewal (1991), jika

seseorang menginginkan sesuatu produk dan merasa tertarik untuk memiliki produk tersebut

Page 5: my proposal.docx

maka mereka akan berusaha untuk membeli produk tersebut, selain itu faktor lain yang

mempengaruhi proses pembelian ialah cadangan dari pihak lain juga dapat mempengaruhi

proses pembelian. Minat membeli merupakan dorongan pengguna untuk melakukan

pembelian atau mengulang pembelian. Niat beli yang terdapat pada diri seseorang untuk

melakukan sesuatu pembelian dipengaruhi oleh pemboleh ubah lain. Minat pengulangan

pembelian dapat dibentuk melaui tiga pemboleh ubah iaitu frekuensi pembelian, komitmen

pelanggan dan rekomendasi positif.

Sumber: Hawkins, Best, dan Coney 1998 dikembangkan dalam kajian ini

2.22 Persepsi kualiti

            Kualiti juga merupakan salah satu elemen yang penting dalam produk. Dari sudut

pengguna, kualiti ialah kapasiti sesuatu produk yang dapat memberikan kepuasan kepada

pengguna. Terdapat beberapa ciri produk yang berkualiti antaranya termasuklah maklumat

berkaitan penggunaan produk, Kebolehan produk tersebut berubah bergantung pada keadaan

semasa serta kepentingan produk pada pengguna yang berbeza. Kajian yang dilakukan turut

menunjukkan terdapat hubungan antara kualiti produk dengan pengguna (Yoon dan Kijewski,

1997). Menurut Morse, Roth dan Poston (1987) Kualiti merupakan suatu set nilai (piawaian)

yang membolehkan produk atau strategi pemasaran memenuhi jangkaan atau harapan

pengguna. Selagi piawaian terhadap kualiti diikuti, selagi itulah pengguna akan mencapai

tahap kepuasan yang relatif tinggi.

2.23 Harga

Page 6: my proposal.docx

            Harga merupakan suatu yang bernilai dalam sesuatu pertukaran yang dibuat untuk

satu urus niaga. Pengguna menukarkan sesuatu yang bernilai ini untuk mendapatkan

kepuasan yang dingini dari sesuatu produk. Harga yang sanggup dibayar oleh pengguna

bergantung kepada kepuasan yang akan di perolehi dengan produk yang akan dibayar dengan

harga tersebut.

            Harga bermaksud sejumlah wang atau nilai yang boleh diambil kira sebagai

pertukaran untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan (Kerin, Hartley dan Rudelius,

2009). Pengguna sentiasa inginkan harga yang setimpal dalam setiap pembelian produk dan

perkhidmatan. Sekiranya harga yang ditetapkan tidak menggambarkan nilai sesuatu produk,

pelanggan berkemungkinan tidak akan berpuas hati.

            Peletakan harga penting kerana ianya menyebabkan sesuatu barang atau perkhidmatan

itu diterima oleh pengguna. Pada kebiasaannya, pemasaran berorentasikan untung akan

meletakkan harga yang dapat meberi untung maksima kepada pengeluar manakala pengguna

pula akan mencari produk yang murah dan berkualiti. Harga selalunya akan dikaitkan dengan

kualiti. Tanggapan umum akan menyatakan lebih tinggi harga sesuatu produk itu, maka nilai

kualitinya juga adalah lebih baik.

Bagi Cravens (1997) keputusan peletakan harga adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor

iaitu:

        i.            Sasaran Pengguna

      ii.            Permintaan Pengguna

    iii.            Pesaing

 

2.24 Kepuasan Pengguna

           

            Kepuasan pengguna telah banyak dibincangkan oleh penyelidik terdahulu (White dan

Yu, 2005). Menurut Mathews (2001) ‘kepuasan’ wujud hasil daripada proses yang dialami

daripada aktiviti harian pengguna. Kepuasan juga adalah proses penilaian yang wujud melalui

jurang antara hasil yang pengguna terima dan apa yang mereka jangkakan sebenar (Tse dan

Wilton, 1988). Dari semasa ke semasa, terdapat pelbagai pengukuran digunakan bagi

mengukur kepuasan pengguna. Menurut Giese dan Cote (2000) sepanjang tahun 1969 hingga

Page 7: my proposal.docx

1997 kepuasan pengguna diukur berdasarkan kepada tiga elemen utama iaitu reaksi

(response), fokus (focus) dan masa (time).

            Namun begitu, dari masa ke semasa, terdapat perubahan terhadap pengukuran

kepuasan pengguna. Kajian lanjut pada tahun 1990an menunjukkan terdapat perubahan

terhadap skala pengukuran kepuasan pengguna. Andreassen (2000) memperkenalkan

pengukuran kepuasan pengguna berdasarkan kepada faktor emosi pengguna. Pendapat ini

turut disokong melalui kajian yang dilakukan oleh Schroder et al. (2000). Namun begitu,

masalah yang wujud adalah terdapat pelbagai emosi yang ada pada pengguna, pemilihan

emosi apakah yang sesuai digunakan dalam menentukan kepuasan pengguna (White dan Yu,

2005). Hasil kajian yang dilakukan oleh White dan Yu (2005) menunjukkan emosi

memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kepuasan pengguna. Kepuasan dari segi

emosi boleh dibahagikan kepada tiga iaitu positif, negatif dan‘bi-directional’. Hasil kajian

juga mendapati pengukuran dari segi emosi dapat membantu dalam segmentasi, pengukuran

terhadap pengguna.

            Berdasarkan kepada takrif kepuasan pengguna, konsep kepuasan dan nilai pengguna

merupakan dua konsep yang saling melengkapi. Walau bagaimanapun, pemasar perlu melihat

kepuasan pengguna daripada perspektif yang berbeza daripada konsep nilai pengguna. Ini

kerana, untuk mengukur kepuasan pengguna, pemasar perlu mengukur perbezaan atau jurang

antara harapan pengguna dengan apa yang diperoleh pengguna daripada pemasar. Walaupun

berbeza dari segi perspektif pengukuran, hasil kedua-dua konsep berkenaan tetap sama, iaitu

tindakan pengguna. Sama seperti semasa mengukur nilai pengguna, pemasar juga berhadapan

dengan kesukaran mengukur kepuasan pengguna akibat pengaruh persepsi individu dan

kumpulan. Bagaimanapun, pengukuran kepuasan pengguna lebih mudah kerana tindakan

membeli atau tidak (membuat pembelian ulangan atau tidak) merupakan petunjuk yang boleh

menerangkan tahap kepuasan pengguna.

 

3.0 Metodologi Kajian

            Bab ini akan membincangkan metodologi kajian yang telah digunakan semasa

melakukan kajian. Dalam bab ini pembaca akan dapat mengetahui reka bentuk kajian yang

digunakan, sampel, instrumen kajian, teknik analisis data dan penentuan kebolehpercayaan

kajian.

Page 8: my proposal.docx

3.1 Reka Bentuk Kajian

            Terdapat tiga reka bentuk kajian dalam menjalankan penyelidikan

iaitu exploratory,descriptive and conclusive dan casual design (Hair et al., 2007). Kajian ini

adalah untuk member gambaran sebenar sesuatu fenomena (Hair et al. , 2007).

Kajian descriptive bersesuaian dengan penyelidikan ini kerana kajian ini membantu

memberikan gambaran bagi penyelidikan pada masa hadapan (Sekaran, 2003). Disamping itu

kaedah ini juga merupakan kaedah paling sesuai di praktikkan dalam penyelidikan ini bagi

memahami isu secara lebih sistematik dengan menggunakan teknik pengumpulan data

berstruktur ( Cavana, Delahaya dan Sekaran 2001).

3.2 Jenis dan Sumber Data

            Terdapat dua sember data yang diperolehi sepanjang menjalankan kajian ini iaitu data

primier dan data sekunder.

3.2.1 Data Primier

            Sepanjang kajian ini di jalankan, kaedah kuantitatif telah digunakan. Kaedah ini

dipilih kerana ianya sesuai dengan soal selidik yang di edarkan kepada 20 responden setakat

ini bagi memenuhi proposal awal penyelidikan ini. Data yang diperolehi adalah data primier

yang di dapati terus dari responden.

3.2.2 Data Sekunder

            Data sekunder pula di perolehi daripada laman web, jurnal, buku dan majalah. Jurnal

diperolehi melalui laman sesawang perpustakaan UNIMAS yang menyediakan kemudahan

bagi para pelajar mencari maklumat (artikel) iaitu melalui sistem database online atau jurnal

online.

3.3 Lokasi Kajian

            Lokasi kajian ini adalah dikawasan Kota Samarahan (Desa Ilmu) yang mana

respondennya terdiri daripada penduduk sekitar kawasan Kota Samarahan dan pelajar

UNIMAS.

3.4 Reka Bentuk Persampelan

Page 9: my proposal.docx

            Dalam menentukan saiz sampel, terdapat banyak faktor yang perlu di ambil kira

termasuklah masa, jangkaan ketepatan dan asas keyakinan (Hair et al. ,2007). Populasi dalam

kajian ini adalah kesemua pengguna yang membeli produk di premis perniagaan tersebut.

Oleh kerana jumlah populasi adalah besar (ketika kajian yang sebenar dijalankan), maka

bilangan sampel yang mewakili populasi sukar di kenal pasti. Bilangan sampel sebenarnya

tidak mewakili hasil keputusan yang tepat dalam sesuatu kajian menurut (Hair et al. ,2007).

Dalam kajian ini penyelidik menggunakan kaedah persampelan cluster (Hair et al; Sekaran,

2003). Melalui kaedah ini, populasi pengguna merupakan daripada kumpulan yang berbeza

(heterogeneous). Sebagai contoh, bagi kaedah ini adalah berdasarkan kepada etnik, jantina,

jumlah pendapatan, tahap pendidikan, umur dan sebagainya. Responden dipilih secara rawak

yang terdiri daripada pelajar di UNIMAS dan orang ramai dikawasan Kota Samarahan.

Faktor responden ini dipilih kerana mempunyai ciri-ciri daripada populasi pengguna yang

akan membeli/menggunakan produk daripada premis perniagaan tersebut dan mereka juga

mempunyai cirri-ciri demogarfi yang berbeza. Dalam kajian awal yang telah dilaksanakan

seramai 20 orang responden telah diambil untuk dijadikan sampel yang terdiri daripada

golongan pelajar dan orang ramai di kawasan Desa Ilmu Kota Samarahan.

3.5 Reka Bentuk Instrumen Kajian

            Instrumen kajian ini ialah soal selidik mengenai persepsi pengguna terhadap promosi

jualan murah dan pengaruh pengulangan pembelian. Kaedah ini paling sesuai digunakan

kerana faktor lokasi responden yang terbatas di sebuah kawasan sahaja. Selain itu, penyelidik

dapat mengumpulkan data-data kaji soal selidik di kawasan tersebut dalam tempoh masa

yang singkat (Sekaran, 2003). Melalui cara ini, penyelidik berpeluang memperoleh maklumat

dengan lebih tepat  kerana para responden boleh bertanyakan secara langsung sekiranya

terdapat keraguan terhadap soal selidik yang di edarkan.

            Borang soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.

Bahagian A mengandungi maklumat demografi responden seperti jantina, etnik, umur, tahap

pendidikan, status perkahwinan, pendapatan bulanan, pekerjaan dan kekerapan berbelanja.

Bahagian B adalah berkaitan gelagat pembelian pengguna yang berkaitan dengan promosi

jualan murah. Aspek yang dinilai ialah persepsi pengguna terhadap kualiti barangan, harga,

kelakuan pengguna dan pengulangan pembelian. Responden dikehendaki menjawab

berdasarkan skala Likert 5 mata iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti, sangat tidak setuju,

tidak setuju. Skala Likert digunakan bagi menguji aras kecenderungan responden terhadap

sesuatu item yang diuji (Sekaran, 2009). Skala ini paling sesuai dipilih menilai gelagat dalam

kajian yang dilakukan (Salkind, 2009).

Page 10: my proposal.docx

 

3.6 Pembentukan Ukuran

Skala yang digunakan dalam kajian ini adalah skala nominal dan interval.

3.6.1 Skala Nominal

Skala nominal membolehkan pengkaji menetapkan subjek kepada kategori atau kumpulan

tertentu. Contoh skala nominal yang digunakan ialah:

Jantina

                           Lelaki                              Perempuan

Maklumat dari skala ini boleh digunakan untuk mengira peratusan/frequensi responden lelaki

dan perempuan.

3.6.2 Skala Interval

            Skala interval mengumpulkan satu kumpulan atau objektif kepada satu kategori. Skala

ini dapat menentukan sejauh mana kekuatan objek tersebut berbanding dengan yang lain.

Contoh skala interval yang di gunakan dalam kajian ialah skala likert 5 mata di bahagian B

iaitu:

1 2 3 4 5Sangat Tidak

SetujuTidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

3.7 Ujian Rintis ( pilot test )

            Ujian rintis dijalankan terlebih dahulu sebelum borang soal selidik di edarkan.

Tujuannya adalah untuk memastikan kefahaman bakal responden terhadap soalan-soalan

yang akan dikemukakan dan juga untuk mendapatkan pandangan dari responden kajian rintis

ini mengenai boring soal selidik secara keseluruhannya. Pandangan dan pendapat dari mereka

amat berguna untuk memperbaiki dan mengubah suai boring soal selidik untuk kesenangan

responden sebenar. Menurut Hair et. al. ( 2007 ), bagi tujuan kajian rintis,  jumlah subjek

yang paling sedikit adalah antara empat atau lima individu dan jumlah yang paling maksima

adalah tidak lebih daripada tiga puluh. Ujian rintis ini dijalankan ke atas 20 orang responden

Page 11: my proposal.docx

yang terdiri daripada pelajar UNIMAS dan pengguna di kawasan Kota Samarahan. Tahap

realibiliti yang di perolehi adalah baik (Cronbanch alpha=0.82)

3.8 Penganalisaan Data

            Maklumat yang diperolehi daripada borang soal selidik dikod dan dimasukkan

kedalamstatistical package for social science (SPSS). Kesemua pengiraan dan maklumat

statistik diproses dalam program ini. Diantara analisa-analisa yang dibuat ialah analisa mean,

sisihan piawai, peratusan, ujian-T dan ANOVA. Data-data yang di analisa membantu

pengkaji menjawab persoalan kajian ini.

3.81 Keputusan Demografi Data

Pemboleh Ubah Bilangan Responden

Peratus

JantinaLelakiPerempuan

1010

0.500.50

EtnikMelayuLain-lain

164

0.800.20

Umur20-25 tahun26-30 tahun31-35 tahun36 tahun keatas

13412

0.650.200.050.10

Tahap PendidikanSarjana MudaDiplomaSTPMSPMLain-lain

102251

0.500.100.100.250.05

PekerjaanPelajarSector SwastaSector AwamBekerja SendiriSurirumahLain-lain

1231112

0.600.150.050.050.050.10

Pendapatan BulananRM100-RM900RM1000-RM1900RM2000-RM2900RM3000 dan keatas

15112

0.750.050.050.10

Page 12: my proposal.docx

Tiada pendapatan 1 0.05Status PerkahwinanBujangBerkahwin

155

0.750.25

Kekerapan BerbelanjaSeminggu sekaliDua minggu sekaliSatu bulan sekali

1262

0.600.300.10

Jadual di atas menunjukkan demografi responden. Secara keseluruhannya responden terdiri

daripada lelaki dan perempuan yang majoriti adalah pelajar dengan tahap pendidikan di

sarjana muda berumur 20-25 tahun yang berbangsa Melayu dan mempunyai pendapatan

bulanan sebanyak RM100-RM900 dan masih bujang.

3.82 Keputusan bahagian B: Gelagat Pembelian (*soalan sila rujuk dibahagian appendix)

Kualiti barangan :

No.Soalan Sangat tidak setuju

Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

1. 1 0 1 6 122. 0 1 1 6 123. 1 4 7 7 14. 2 8 8 2 05. 1 2 14 2 06. 3 6 4 6 1

Jawapan daripada 20 responden

Kelakuan Pengguna:

No.Soalan Sangat tidak setuju

Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

1. 2 1 3 6 72. 3 3 5 5 43. 0 1 2 7 104. 1 0 9 9 15. 1 0 4 13 26. 2 7 6 4 1

Jawapan daripada 20 responden

Harga:

No.Soalan Sangat tidak setuju

Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

1. 1 2 10 5 22. 1 1 2 15 13. 0 3 9 2 24. 3 3 9 3 1

Page 13: my proposal.docx

5. 1 1 4 9 5

Jawapan daripada 20 responden

Pengulangan Pembelian

No.Soalan Sangat tidak setuju

Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

1. 2 4 3 8 32. 1 1 0 14 43. 1 2 8 6 34. 0 8 8 3 15. 1 1 7 8 36. 1 3 3 6 77. 1 2 10 5 2

Jawapan daripada 20 responden

4.0 Limitasi kajian dan cadangan kajian akan datang

            Kajian ini dilaksanakan hanya dalam beberapa minggu sahaja. Penyelidik tidak

mendapat banyak maklumat untuk meyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Pada masa yang

sama penyelidik masih tidak faham tentang kaedah metodologi yang patut di gunakan

disamping penyelidik juga masih kurang faham untuk membuat literature review bagi

proposal awal ini. Oleh yang demikian harapan penyelidik pada masa akan datang,

penyelidik-penyelidik diberi pendedahan awal tentang kaedah-kaedah untuk membuat

proposal ini supaya memudahkan penyelidik untuk menyiapkan tugasan mereka.

RUJUKAN

Paul. M., Gremler. D. D, Gwinner. K. P & Wierts. C. (2009).  Toward a

theory of repeat   purchases drivers for consumer services. Journal of the

academic marketing science,         37, 215-237.

Alexander, W.M. (2010). A model for assessing repeat purchase

behavior. Journal of the   Academic of Marketing Studies, 5(2), 5-11.

Paul, m., Thurau, T.H., Gremler, D.D., Gwinner, K.P., & Wierts, c. (2009).

Toward a theory         of repeat purchase drivers for consumer

services. Journal of the Academy of      Marketing Science, 37, 215-237.

Page 14: my proposal.docx

Abdul, M.A.G (2001). Repeat purchase intentions in online shopping the

role of satisfaction         attitude and online retailer’s performance. Journal

of International Consumer    Marketing, 23, 5-20.

Wansink, B., Kent, R.J., & Hoch, S.J. (February 1998). An anchoring and

adjustment model        of purchase quantity decisions. Journal of

Marketing Research, 34, 71-81.

Diana puspitasari. (2006). Analisis pengaruh persepsi kualitas dan

kepuasan pelanggan     terhadap minat beli ulang. Tesis program

Pascasarjana Majister Manajemen       Pascasarjana Universitas Dipongoro.

Ida Nadia Hamidon. (2009). Hubungan strategi campuran pemasaran

dalam perusahaan             kecil     dan sederhana dengan kepuasan

pengguna. Projek program Ijazah Sarjana        Sains    Pengurusan,

Universiti Utara Malaysia.

Zaidu akma mustaffa. (2004). Pemasaran produk keluaran persatuan

nelayan kawasan. Tesis         Program Ijazah Sarjana Sains Pengurusan,

Universiti Utara Malaysia.

Page 15: my proposal.docx

Lampiran soalan kaji selidik

FACULTY OF ECONOMIC AND BUSINESSSEMESTER 2 2011/2012

PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP PROMOSI JUALAN MURAH DAN PENGARUH PENGULANGAN PEMBELIAN

NAMA: NORHERMAYANTI BTE LOPA (27419)

Responden yang dihormati,Penyelidikan ini dilakukan bagi mengkaji hubungan promosi jualan murah dan pengaruh pengulangan pembelian terhadap kepuasan pengguna terhadap premis perniagaan (UNACO). Anda diminta menjawab semua soalan yang terdapat dalam kaji selidik ini. Segala maklumat yang diperolehi adalah untuk tujuan penyelidikan semata-mata dan tidak akan disebarkan kepada mana-mana pihak yang tidak berkenaan. Saya menjamin bahawa jawapan daripada soal-selidik ini adalah sulit. Segala bantuan dan kerjasama yang diberikan sangat saya hargai. Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN A: Demografi Pengguna

Arahan: sila tandakan (/) pada kotak yang berkenaan.

1.       Jantina 

                  Lelaki                                                Perempuan

2.      Etnik

Page 16: my proposal.docx

 

                    Melayu                                            Lain-lain (nyatakan):

 

                    Cina

 

                    India

3.       Umur

                         20-25 tahun                                      36 tahun ke atas

                         26-30 tahun

                         31-35 tahun

       

4.      Pendidikan

 

                 Sarjana muda                                     Spm

 

                 Diploma                                              Lain-lain (nyatakan):

 

Page 17: my proposal.docx

                 Stpm

5.      Pekerjaan

 

                 Pelajar                                                Sektor swasta

 

                 Suri rumah                                         Bekerja sendiri

 

                 Sektor awam                                     Lain-lain (nyatakan):

6.      Pendapatan bulanan

 

                RM100-RM900                                    RM2000-RM2900

 

                RM1000-RM1900                                RM3000 dan keatas

7.      Status perkahwinan

 

                       Bujang                                                   Berkahwin

8.      Kekerapan Berbelanja

Page 18: my proposal.docx

 

               Seminggu sekali                                    Sebulan sekali

 

               Dua minggu sekali                                Lain-lain (nyatakan):

BAHAGIAN B:  SOAL SELIDIK GELAGAT PEMBELIAN

Arahan: Bahagian ini mengandungi siri soalan berkaitan promosi jualan

murah iaitu kelakuan pengguna, persepsi pengguna terhadap kualiti

barangan, harga dan pengulangan pembelian. Bulatkan satu

nombor yang menggambarkan pendapat anda.

 

1 2 3 4 5Sangat Tidak

SetujuTidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

Kualiti barangan :

1.

Bagi saya, mendapatkan kualiti yang terbaik adalah amt penting 1 2 3 4 5

2.

Saya sentiasa berusaha untuk memilih produk dengan kualiti yang terbaik

1 2 3 4 5

3.

Semakin mahal harga sesuatu produk,kualitinya semakin tinggi 1 2 3 4 5

4.

Bagi saya produk jualan murah tidak mempunyai kualiti yang baik 1 2 3 4 5

5.

Produk Jualan murah mempunyai kualiti yang baik 1 2 3 4 5

6.

Saya tidak kisah terhadap kualiti sesuatu produk  yang saya sangat sukai

1 2 3 4 5

Page 19: my proposal.docx

Kelakuan Pengguna  :

1.

Saya sangat suka membeli produk bila ada jualan murah 1 2 3 4 5

2.

saya akan membeli sebanyak yang boleh ketika promosi jualan murah diadakan

1 2 3 4 5

3.

Kebanyakan premis membuat promosi jualan murah ketika musim perayaan

1 2 3 4 5

4.

saya mengetahui tentang promosi jualan murah yang di adakan di premis perniagaan melalui orang ketiga

1 2 3 4 5

5.

Saya mengetahui promosi jualan murah tersebut secara tidak sengaja ketika melalui premis perniagaan tersebut

1 2 3 4 5

6.

Saya tidak terpengaruh dengan promosi jualan murah 1 3 4 5

Harga :

1.

Saya merasakan harga produk sebelum dan selepas promosi di adakan adalah tidak jauh berbeza

1 2 3 4 5

2.

Harga yang ditawarkan semasa promosi jualan murah adalah sangat berpatutan

1 2 3 4 5

3.

Bagi saya harga yang di tawarkan adalah sangat wajar 1 2 3 4 5

4.

Harga yang murah mempunyai kualiti yang baik 1 2 3 4 5

5.

Bagi saya harga mencerminkan kualiti sesuatu produk 1 2 3 4 5

Pengulangan pembelian:

1.

Saya akan membeli seesuatu produk itu walaupun tiada promosi 1 2 3 4 5

2.

Promosi  hanya untuk menarik pelanggan ke permis tersebut 1 2 3 4 5

3.

Saya akan mengajak rakan yang lain pergi ke premis perniagaan tersebut walaupun promosi tidak dibuat pada premis tersebut

1 2 3 4 5

4.

Saya pengguna yang setia kepada sesuatu premis perniagaan 1 2 3 4 5

5.

Saya suka membeli produk di premis perniagaan yang menawarkan promosi jualan murah

1 2 3 4 5

6.

Saya tidak tertumpu kepada satu premis sahaja 1 2 3 4 5

Page 20: my proposal.docx

7.

Saya tidak suka membeli sesuatu produk di premis perniagaan yang sama.

1 2 3 4 5

-Soalan Tamat-

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA YANG ADA BERIKAN. SAYA SANGAT

MENGHARGAINYA.