my proposal

21

Click here to load reader

Upload: zaza-fariza

Post on 07-Dec-2015

241 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

poropsal psv

TRANSCRIPT

Page 1: My Proposal

PENGGUNAAN EASY BLOCK MENINGKATKAN KEMAHIRAN DALAM

TEKNIK KOLAJ RUMAHKU MURID TAHUN 1 AL-FATONAH

NUR AFEEZA BT ANUAR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

KUALA TERENGGANU

2015

1

Page 2: My Proposal

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini

dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi

skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian

(Sains Pendidikan Rendah)”

Tandatangan :

Nama Penyelia : Haji Nazli Bin Hamzah

Tarikh :

2

Page 3: My Proposal

PENGAKUAN PENULIS

“Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya

sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : NUR AFEEZA BINTI ANUAR

Tarikh :

3

Page 4: My Proposal

DEDIKASI

Khas untuk suami tercinta,

Fariza Bin Mohamad

Serta ibu bapa tersayang,

WanAzizah Bt Wan Yusoff

Anuar Bin Idris

Pensyarah Penyelia yang banyak membimbing,

Haji Nazli Bin Hamzah

Pensyarah-pensyarah IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

serta rakan-rakan seperjuangan.

4

Page 5: My Proposal

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur yang tidak terhingga saya panjatkan kepada Ilahi

atas limpah dan kurnia-Nya, saya berpeluang menjalankan kajian tindakan ini. Saya ingin

menggunakan kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah

penyelia saya iaitu Tuan Haji Nazli Bin Hamzah. Saya telah mendapat banyak bimbingan dan

bantuan daripada beliau dalam usaha menyempurnakan serta meningkatkan kualiti kajian

tindakan yang saya laksanakan ini. Sekalung penghargaan juga buat pihak sekolah yang telah

memberi peluang dan keizinan untuk saya melaksanakan kajian tindakan ini.

Tidak dilupakan juga setinggi-tinggi penghargaan buat suami tercinta yang tidak pernah jemu

untuk memberi sokongan moral dan tenaga demi menyokong pengajian saya ini. Khas buat

bonda dan ayahanda tercinta, terima kasih yang tidak terhingga kerana telah memberikan

sokongan, dorongan dan doa yang tidak putus-putus untuk saya. Buat sahabat-sahabat

seperjuangan saya dari kelas PPG PSV, terima kasih kerana sentiasa membantu saya dalam

mengharungi pelbagai cabaran dalam menyempurnakan tugasan kajian tindakan ini. Akhir

sekali, terima kasih kepada semua yang membantu saya secara langsung atau tidak langsung

dalam menyiapkan kajian tindakan ini. Sekian, terima kasih.

5

Page 6: My Proposal

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah penggunaan Easy Block untuk

meningkatkan kemahiran dalam teknik kolaj bagi matapelajaran Dunia Seni Visual Tahun 1.

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah kebangsaan di Daerah Kemaman,Terengganu.

Seramai tiga orang murid Tahun 1 Al-Fatonah dipilih sebagai kumpulan sasaran kajian

tindakan ini. Kumpulan sasaran ini terdiri daripada 2 pelajar lelaki dan 1 pelajar perempuan

yang menunjukkan masalah dalam memahami dan mengaplikasikan teknik kolaj. Tindakan

yang dijalankan ialah bagi sesi pertama, guru mengaplikasikan kaedah tunjuk cara dan

memberi penerangan yang terperinci tentang kaedah penggunaan Easy Block kepada

kumpulan sasaran murid yang terpilih. Bagi sesi yang kedua pula, pelajar diberi peluang

untuk menjalankan aktiviti dengan menggunakan kaedah Easy Block dengan bimbingan

guru manakala bagi sesi terakhir pelajar menggunakan kaedah ini secara individu. Kaedah

pengumpulan data yang digunakan ialah praujian, pemerhatian, soal selidik, temubual dan

analisis karya. Data yang diperolehi dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan

kajian menunjukkan bahawa pelajar telah berjaya meningkatkan tahap penguasaan mereka

dalam kemahiran teknik kolaj menerusi kaedah penggunaa Easy Block. Dapatan kajian ini

juga menunjukkan bahawa kaedah ini berupaya meningkatkan tahap penglibatan pelajar

dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran Dunia Seni Visual.

Diharapkan cadangan kajian ini dapat memberi manfaat dan sesuatu yang baharu kepada

guru – guru dan pelajar dalam meningkatkan kemahiran kolaj dalam seni visual.

6

Page 7: My Proposal

1.0 Pendahuluan

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Semasa saya mengajar dan meminta murid kelas 1 Al- Fatonah membuat kolaj

bertemakan Rumahku, saya dapati seramai 4 orang murid di kelas saya tidak dapat

menampal kertas warna mengikut bentuk rumah yang disediakan. Cara tampalan

kertas yang dibuat tidak menampakkan bentuk sebuah rumah dan terkeluar

daripada garisan.

1.2 Sorotan literatur

Aktiviti kolaj mungkin nampak remeh, namun guru masih perlu memastikan kaedah yang

dipilih adalah berkesan dan bermanfaat bagi murid-murid mereka. Kolaj bermaksud

memotong , mengoyak , meggunting dan menampal sesuatu bahan ke atas permukaan . Ia

juga boleh didenifisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan menampal sebahagian

imej seperti gambar foto atau cetakan majalah yang disusun dan ditindihkan.Berbagai jenis

bahan dilekatkan dan ditampalkan pada satu permukaan khas seperti kertas lukisan. Tetapi

masalah yang dihadapi murid masih salah menampal kertas yang di potong lebih dari

kawasan yang dilukis. Ini akan menunjukkan kolaj tersebut tidak cantik kerana masalah

tersebut. Beberapa kepentingan dari aktiviti kolaj yang dapat dikenal pasti adalah

memantapkan kemahiran motor hakus yang dikuasai oleh murid. Menurut Foster & Headley

( 1966 ), guru boleh membantu murid dengan membina kawalan motor kasar dan motor

halus. Menurut Haliza Hamzah ( 2008 ) , pada peringkat awal kanak-kanak , otot-otot kasar

sudah berkembang tetapi otot-otot halus belum berkembangan dengan sempurna. Jadi ,

dengan merangka aktiviti yang melibatkan motor halus seperti kolaj. Di harap perkembangan

fizikal kanak-kanak akan berkembangan secara optimum.

Menurut ahli teori pembelajaran sosial , kebolehan, kognitif dan faktor-faktor fizikal ,

personaliti , kepercayaan dan sikap mempengaruhi tingkahlaku kanak-kanak serta

persekitaran di mana mereka berada. Pengaruh ini bersifat timbal balik di mana tingkahlaku

7

Page 8: My Proposal

seseorang individu boleh mempengaruhi sikap dan kepercayaan individu yang lain. Selain itu,

pemerhatian ke atas apa yang berlaku di alam sekeliling boleh juga memperngaruhi sikap dan

kepercayaan seseorang individu.

Pembelajaran pemerhatian berlaku apabila tingkahlaku boleh berubah melalui proses

menampal menggunakan blok . Pelopor bagi Teori Pembelajaran Sosial adalah Albert

Bandura yang terkenal kerana telah membuat kajian tentang cara bagaimana manusia belajar

melalui pemerhatian. Melalui pemerhatian apa yang dilakukan oleh guru semasa tunjuk cara

amatlah penting supaya apa yang dilakukan oleh murid itu betul. Menurut Albert Bandura ,

manusia adalah makhluk yang bersifat proaktif, sentiasa membuat refleksi sendiri,

mempunyai kebolehan kawalan diri dan berupaya mengurus diri.

Permasalahan murid semasa menyiapkan kolaj ini adalah kerana murid sudah

memikirkan dalam fikiran mereka bahawa kolaj ini adalah susah dan membosankan, murid-

murid sukar untuk menampal dengan kemas di dalam garisan lukisan menyebabkan hasil

kolaj kurang memuaskan. Murid perlu memerhati proses membuat kolaj sebelum mereka

cuba menghasilkannya sendiri. Kaedah yang digunakan ialah demontrasi dengan penggunaan

blok untuk menampal kertas, dengan cara ini murid cuma menampal didalam blok itu

sahaja.Guru dan murid akan sama-sama terlibat dalam melakukan aktiviti sama ada pada

waktu yang sama ataupun berbeza. Terdapat tiga jenis demontrasi iaitu mneggunakan model

blok untuk menampal , model persepsi dan model hidup. Menurut Wan Noraini ( 2009 )

antara cirri penting demontrasi adalah ia member peluang kepada murid untuk benar-benar

memahami apa yang hendak dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan. Ia juga

membuat murid menguasai konsep dan prinsip dengan mudah serta meningkatkan ingatan

murid terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu aktiviti. Guru yang menunjukkan

demontrasi juga akan meningkatkan keyakinan murid-murid untuk menjalankan sesuatu

aktiviti. Melalui teknik demontrasi penggunaan blok menampal tadi murid-murid akan dapat

mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah. Antara kelebihan demontrasi ini ialah

8

Page 9: My Proposal

memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada murid melalui penglihatan dan

pendengaran.

Menurut Zaiton Zanariah ( 2000 ) kaedah demomtrasi yang diasaskan oleh John Dewey,

menggalakkan murdi mempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan.

Murid akan merasa seronok menjalankan aktiviti yang dilakukan dalam situasi sebenar dan

bermakna. Biasanya kaedah ini member peluang kepada murid menggunakan kemudahan

alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Menurut

Amir Hasan (2002) , dalam sebuah bilik darjah , setiap individu mempunyai psikologi dan

kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yang

dirancang perlu sesuai, disusun mengikut tahap murid dan disokong dengan kaedah

pengajaran bagi merangsang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum.

Lantaran itu guru perlulah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan mempelbagaikan

kaedah pengajaran mereka. Kaedah pengajaran adalah penting dalam pengajaran dan

pendidikan kerana ianya dapat merangsang minit yang tinggi kepada murid untuk belajar.

Menurut Ng Ying (2004) , kaedah demontrasi adalah sangat penting kerana murid dapat

belajar menerusi pengalaman dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Dengan itu,

para guru hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan semasa tentang kaedah

mengajar dan kesannya keatas proses pembelajaran murid.Guru juga perlu sentiasa berusaha

kearah pengajaran yang dapat memberikan kesan positif kepada pelajarnya.Ini bukan sahaja

dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah, melahan dapat

melahirkan murid-murid yang dapat menyumbang tenaga kepada pembangunan Negara.

2.0 FOKUS KAJIAN

9

Page 10: My Proposal

2.1 Tinjauan Masalah

2.1.1 Saya lebih memfokuskan pada kemahiran membentuk kerana ianya

adalah satu kemahiran yang agak susah untuk dikuasai oleh murid

Tahun 1.

2.2 Analisis Tinjauan Masalah

2.2.1 Murid boleh melukis bentuk rumah tetapi tidak menguasai kemahiran

membuat kolaj dengan betul.

2.2.2 Murid tidak boleh menampal kertas warna mengikut bentuk rumah

yang dilukis dengan baik.

2.2.3 Kesilapan menampal kertas warna tidak menampakkan bentuk rumah

yang sempurna dan menarik.

Oleh yang demikian, saya amat berharap dan berkeyakinan bahawa murid saya dapat

membuat kolaj dengan bantuan kaedah “Easy Block”.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap kreativiti murid – murid dalam Dunia

Seni Visual yang menjurus kepada bidang Menggambar bagi aktiviti kolaj.

3.1.2 Objektif Khusus

i) Meningkatkan persepsi dan pemahaman bahasa seni visual yang terdapat pada objek

buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan lukisan melalui teknik kolaj.

ii) Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat.

iii) Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktivti kesenggaan yang berfaedah.

iv) Meningkatkan prestasi murid dalam teknik kolaj.

10

Page 11: My Proposal

v) Meningkatkan minat murid terhadap penghasilan karyadalam bidang menggambar, teknik

kolaj.

3.2 PERSOALAN KAJIAN

i. Adakah kaedah ini benar- benar dapat meningkatkan kemahiran murid dalam teknik

kolaj?

ii. Adakah kaedah ini dapat meningkatkan minat murid terhadap penghasilan karya, teknik

kolaj?

iii. Adakah pengaplikasian kaedah ini dapat menggalakkan interaksi aktif dengan

persekitaran?

3.3 KEPENTINGAN KAJIAN

Mata pelajaran Dunia Seni Visual pada masa kini ramai beranggapan ianya tidak

penting oleh sesetengan sekolah mahupun ibu bapa murid itu sendiri. Mereka lebih

menumpukan kepada mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains

dan Matematik. Ini disebabkan oleh senario pendidikan yang lebih mengutamakan kepada

“exam oriented”.

Bagi murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR lebih merasakan mata

pelajaran teras adalah lebih penting berbanding mata pelajaran Seni Visual ini. Adakalanya

waktu sepatutnya diperuntukkan untuk mata pelajaran ini iaitu satu jam seminggu diisi

dengan mata pelajaran lain kerana merasakan tidak ada kepentingan dan tidak menduduki

peperiksaan UPSR. Perkara ini tidak harus terjadi kerana tanpa penekanan yang serius

terhadap seni, ia akan membantutkan daya kreativiti seseorang murid itu. Senario seperti ini

jugalah yang menyemai rasa di dalam jiwa murid – murid bahawa seni adalah sesuatu yang

tidak penting dan membosankan untuk di dalami dan dipelajari, apatah lagi dengan strategi

11

Page 12: My Proposal

pengajaran guru yang tidak melibatkan murid secara aktif dengan penerokaan alam

sekeliling mereka.

Penggunaan Kaedah Kajian dapat menggalakkan murid untuk meneroka alam

sekeliling, kajian yang dijalankan ini dapat mengubah persepsi bahawa Dunia Seni Visual

adalah subjek yang membosankan untuk diikuti. Subjek ini dapat mendekatkan diri murid

dengan persekitaran mereka dan memberi peluang kepada murid untuk menyerlahkan bakat

masing – masing. Oleh itu, melalui penglibatan aktif dan pengalaman langsung murid –

murid dengan persekitaran, ia akan membuatkan murid – murid lebih teruja untuk

mendalami subjek Seni Visual yang mempunyai bidang yang luas untuk diterokai. Secara

tidak langsung kajian yang dibuat ini juga dapat meningkatkan kemahiran menampal yang

melibatkan kerja – kerja bersifat kolaj.

3.3.1 Pelajar

i) Membuka minda murid untuk lebih kreatif dan mempunyai pemikiran bercapah

semasa menghasilkan karya.

ii) Menggalakkan aktiviti penerokaan dan penemuan sesuatu yang baharu dalam

kehidupan mereka.

iii) Menggalakkan interaksi aktif dengan alam sekeliling.

iv) Memberi pengalaman kepada murid untuk berinteraksi secara langsung dengan

alam sekeliling mereka.

3.3.2 Guru

i) Mempelbagaikan strategi pengajaran guru.

ii) Memberi peluang kepada guru untuk mewujudkan suasana pengajaran yang

menyeronokkan.

iii) Memudahkan guru memberi kefahaman kepada murid tentang istilah dan konsep

di dalam bidang Menggambar.

iv) Dapat melihat perbezaan kesan penggunaan kaedah Kajian Visual dengan hanya

tertumpu di dalam bilik darjah sahaja.

12

Page 13: My Proposal

3.3.3 Sekolah

i) Memberi impak positif kepada sekolah bagi mewujudkan suasana pembelajaran

yang kondusif.

ii) Menyediakan murid yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan

Sosial.

3.4 DEFINISI OPERATIONAL

Definisi merujuk kepada sesuatu kenyataan yang ringkas dan padat bagi menjelaskan konsep

kolaj yang digunakan di dalam kajian ini. Berikut adalah beberapa istilah yang sering

digunakan dalam kajian ini berserta dengan definisinya.

3.4.1 Keberkesanan

Keberkesanan ialah perihal berkesan, berkesannya sesuatu tindakan, perubahan, dan

sebagainya. Contohnya keberkesanan sesuatu tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang

diperoleh sesudahnya.

(Kamus Dewan Edisi Empat)

3.4.2 Pembelajaran

“Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Menurut

Woolfok (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai

perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang

baharu, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baharu.

13

Page 14: My Proposal

3.4.3 Kreativiti dan Kreatif

Perkataan kreativiti berasal daripada perkataan bahasa Latin iaitu “creare” yang membawa

maksud “membuat” manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud

“memenuhi”. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) pula mentakrifkan kreativiti

sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan.

Kreatif pula adalah kebolehan untuk mencipta, menghasilkan dan mengembangkan

sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya, kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan

seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang

mendefinisikan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada atau tidak wujud

sebelumnya.

(Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), Modul OUM HBAE 1203 – Perkembangan Seni

Kanak – Kanak)

3.4.4 Keberkesanan

Keberkesanan ialah perihal berkesan, berkesannya sesuatu tindakan, perubahan, dan

sebagainya. Contohnya keberkesanan sesuatu tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang

diperoleh sesudahnya.

(Kamus Dewan Edisi Keempat)

3.4.5 Interaksi

Interaksi bermaksud tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain; tindak balas

antara dua pihak atau lebih. Komunikasi ialah proses perhubungan atau interaksi di kalangan

individu, berinteraksi bertindak atau perhubungan atau interaksi di kalangan individu,

berinteraksi bertindak atau berhubungan secara aktif antara satu sama lain. Pertemuan itu

memberi peluang kepada yang hadir untuk berinteraksi serta bertukar – tukar fikiran.

(Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka)

14

Page 15: My Proposal

3.4.6 Menggambar

Menggambar merupakan satu respresentasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan

diatas permukaan. Ianya mengandungi suatu komposisi artistik mana dihasilkan melalui

aplikasi warna diatas permukaan yang rata. Illustrasi yang digunakan untuk menerangkan

dengan lebih jelas tentang sesuatu objek.

Selain itu, gambar ialah satu artifak yang menunjukkan satu kecendurangan terhadap

sesuatu imej atau objek. Selain itu, respresentasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua

dimensi dan gambaran huruf yang diterangkan adalah dalam bentuk grafik. Dalam teknik

menggambar, perkembangan, imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid perlu

diutamakan. Bidang menggambar ini membolehkan murid mengenali lebih dekat lagi

kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.

Menggambar lebih menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam

sesuatu hasil karya seni. Terdapat pelbagai kegiatan yang dijalankan dalam bidang

menggambar antaranya lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan

mozek.

(Modul OUM HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual)

15

Page 16: My Proposal

3.5 BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya melibatkan beberapa orang murid Tahun 1 Al – Fatonah di Sekolah

Kebangsaan Kijal, Kemaman, Terengganu. Kesemua murid ini pernah mengalami sesi

pengajaran dan pembelajaran Dunia Seni Visual di sekolah melalui guru mata pelajaran.

Tumpuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan Kaedah Kajian Visual

ke atas responden dalam mewujudkan kebolehan menggunakan teknik easy block dalam

bidang menggambar bagi teknik kolaj.

16

Page 17: My Proposal

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran ialah murid tahun 1 Al- Fatonah di Sekolah Kebangsaan Kijal,

Kemaman, Terengganu. Terdapat 28 orang murid di dalam kelas ini. Dalam kajian

tindakan ini, penyelidik telah memilih 3 orang responden yang terdiri daripada 2 orang

murid lelaki dan 1 orang murid perempuan. Penyelidik telah memilih sampel secara rawak

sebelum ujian pra dan pasca ditadbir. Penyelidik akan menumpukan kajian terhadap 3

responden ini.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Bahagian ini meliputi tindakan yang dijalankan oleh penyelidik. Tindakan ini merangkumi

prosedur tindakan, prosedur cara mengumpul data, cara menganalisis data, perancangan

pelaksanaan tindakan.

5.1 Perancangan Tindakan

Pengkaji telah merujuk kepada Model Reka Bentuk Kajian oleh Kurt Lewin

(1946). Rekabentuk ini menunjukkan kitar – kitar dalam kajian tindakan yang

mempunya empat bahagian iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi.

Pengkaji menggunakan seramai tiga orang murid 1 Al – Fatonah sebagai

responden kajian. Langkah pertama yang dilaksanakan oleh pengkaji ialah

mengadakan soal selidik kepada murid –murid tersebut berhubungkait tajuk

rumahku dan kolaj. Ujian pra ini diberikan untuk mengetahui penguasaan dan

pengetahuan dalam menghasilkan kolaj. Data- data dikumpulkan dan dianalisis.

5.2 Prosedur Mengumpul Data

5.2.1 Ujian Pra

5.2.2 Ujian pasca

5.2.3 Pemerhatian

5.2.4 Soal Selidik

5.2.5 Temubual

17

Page 18: My Proposal

5.3 Perancangan Menganalisis Data

Pada minggu pertama, kaedah pengumpulan data yang pertama iaitu praujian telah

diberikan kepada kumpulan sasaran bagi mengenal pasti tahap penguasaan mereka dalam

menentukan kemahiran dalam membuat kolaj. Pada minggu pertama dan juga minggu kedua,

kaedah tunjuk cara telah diaplikasikan oleh pengkaji kepada kumpulan sasaran sebanyak tiga

kali. Kaedah tunjuk cara yang telah dipilih ini merangkumi beberapa fasa seperti tunjuk cara

secara terperinci dan tunujuk cara secara bimbingan. Sepanjang kaedah tunuk cara ini telah

dijalankan selama dua minggu, pemerhatian tidak berstruktur dan juga pemerhatian

berstruktur dengan menggunakan borang senarai semak telah dilakukan untuk melihat tahap

perkembangan dan penguasaan kumpulan sasaran dalam menguasai kemahiran mengenal

pasti kebolehan menampal serta tahap penglibatan mereka terhadap aktiviti yang dijalankan.

Pada minggu kedua juga, tiga orang ahli kumpulan sasaran dipilih secara rawak untuk ditemu

bual bagi mendapat maklumat tentang sejauh mana aplikasi kaedah penggunaan Easy Block

ini telah membantu mereka membuat kolaj dengan kemas dan melibatkan diri secara aktif

tanpa sebarang masalah dalam aktiviti yang dijalankan.

Pada minggu ketiga, selepas beberapa hari pelajar kumpulan sasaran menjalankan aktiviti

kolaj, pascaujian telah diberikan kepada mereka. Pascaujian ini bertujuan untuk melihat tahap

penguasaan pelajar dalam menentukan kemahiran dalam membuat kolaj sama ada

menunjukkan peningkatan atau sebaliknya. Selepas pascaujian diberikan kepada semua ahli

kumpulan sasaran, borang soal selidik juga diedarkan untuk mereka supaya mereka dapat

menyatakan persepsi mereka terhadap kaedah penggunaan Easy Block dalam teknik kolaj

yang telah dijalankan.

Kesimpulannya, segala tindakan yang dirancang telah dijalankan dengan teliti mengikut

kesesuaian tarikh.

18

Page 19: My Proposal

5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan

Beberapa kaedah pengumpulan data telah dipilih untuk mengumpul dan menganalisis

data dan maklumat daripada kajian tindakan yang dilaksanakan ini. Antara kaedah

pengumpulan data yang digunakan dalam kajian tindakan ini ialah praujian,

pascaujian, pemerhatian, soal selidik dan juga temu bual.

5.4.1 Jadual Pelaksanaan Kajian

Jadual di bawah menunjukkan jadual pelaksanaan aktiviti yang dirancang

dalam kajian tindakan ini.

BI

L

AKTIVITI TARIKH

PELAKSANAAN

1. Mengenalpasti masalah dan pengumpulan

data awal.

12 Januari 2015

2.

Pengajaran dan pembelajaran pertama

tentang kolaj serta penyediaan refleksi

pengajaran dan pembelajaran.

17 Januari 2015

3. Mentadbir pra ujian dan pasca ujian serta

membuat analisis data secara kasar.

23 Februari 2015

4. Mengenal pasti pelajar yang mendapat

markah rendah dalam ujian.

24 Februari 2015

5. Menentukan objektif kajian dan menentukan

alat yang hendak digunakan di dalam kajian.

2 Mac 2015

6. Menghantar cadangan kertas cadangan

kajian tindakan.

Jadual Pelaksanaan tindakan

19

Page 20: My Proposal

Kos Penyediaan Intervensi

Bil Jenis Bahan Kuantiti

harga seunit

Jumlah Kos

1. Kertas lukisan 1 x RM 10.00 RM 10.00

2. Kertas warna 6 x RM 1.50 RM 9.00

3. Gam 3 x RM 1.50 RM 4.50

4. Fotostat bahan & laporan kajian RM 20.00

5. Alumium Easy Block 3 X RM 15.00 RM 45.00

JUMLAH RM 88.50

20