konsep pj suaian.docx

Upload: nurhamizah

Post on 04-Jun-2018

261 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 konsep pj suaian.docx

    1/10

    PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

    34

    Tajuk 4KONSEP DALAM PEMBENTUKAN KURIKULUM

    PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

    Sinopsis

    Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep, definisi, matlamat dan

    halatuju kurikulum serta bagaimana proses pembentukan kurikulum Pendidikan

    Jasmani Suaian. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai

    bahan rujukan.

    Hasil Pembelajaran

    Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

    1. Menjelaskan konsep, definisi dan matlamat serta halatuju kurikulum

    Pendidikan Jasmani Suaian.

    2. Melaksanakan tanggungjawab yang diberikan secara profesional.

    Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

    Konsep

    PembentukanKurikulum

    Konsep, Definisidan Matlamat Halatuju

    KurikulumProses

    PembentukanKurikulum

  • 8/14/2019 konsep pj suaian.docx

    2/10

    PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

    35

    KANDUNGAN

    4.1 Konsep dan definisi pembentukan kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian

    4.1.1 Konsep dan definisi

    Di Malaysia, beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena

    pendidikan. Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam Laporan

    Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979),

    Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua

    sekolah rendah mulai tahun 1983. Berikutan itu, Kurikulum Bersepadu

    Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolah-sekolah

    menengah mulai tahun 1989. Merujuk kepada Kementerian Pelajaran

    Malaysia, kurikulum kebangsaan merupakan suatu program pendidikan yang

    melibatkan aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi

    semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan

    kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengansepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk

    menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini untuk

    menyampaikan pengetahuan (Akta Pendidikan 1996: Peraturan-peraturan

    Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997).

    Menurut Ornstein dan Hunkin (1998), kurikulum merupakan satu

    rancangan tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi

    untuk mencapai matlamat yang dihajat. Mohd Daud (1995) pula

    mendefinisikan kurikulum sebagai satu budaya atau ilmu pengetahuan untuk

    memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu. Oleh itu, kurikulum

    Pendidikan Jasmani Suaian boleh didefinisikan sebagai satu pelan tindakan

    atau dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat

    dan hala tuju di mana ia mempunyai objektif psikomotor, kognitif dan afektif

    selain mengandungi pengetahuan, kemahiran, nilai, norma, kebudayaan dan

    kepercayaan.

  • 8/14/2019 konsep pj suaian.docx

    3/10

    PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

    36

    Terdapat lima konsep pembentukan kurikulum iaitu:

    i. Dokumentasi khas dan panduan

    ii. Kaedah penyampaian yang lebih menarik

    iii. Merupakan program pengajian mengikut mata pelajaran

    iv. Membentuk pengalaman pembelajaran yang terancang

    v. Mempunyai konsep tersirat iaitu dari aspek nilai-nilai murni

    4.1.2 Matlamat Pembentukan Kurikulum

    Secara umumnya, kurikulum yang digubal adalah sebagai garis

    panduan dan penentu sempadan ilmu. Guru-guru akan merujuk kepadagaris panduan yang telah disediakan untuk mengajar dan memudahkan guru

    membuat persediaan untuk mengajar. Kurikulum yang digubal adalah

    sentiasa relevan dengan kehendak masyarakat dan semasa. Antara

    matlamat yang tersirat disebalik kurikulum yang dugubal adalah apabila

    sesebuah negara menggunakan kurikulum yang sama, ia dapat membentuk

    perpaduan dalam kalangan masyarakat seterusnya memupuk keharmonian

    sesama rakyat.

    Matlamat pembentukan kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian adalah

    seperti berikut:

    i. Sebagai garis panduan dan sempadan penentu ilmu yang ingin

    disampaikan kepada murid-murid kurang upaya.

    ii. Menyampaikan maklumat mengikut peringkat umur dan tahap kebolehan

    murid-murid kurang upaya.

    iii. Disusun dan dirangka berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

    Rukun Negara, agama, budaya, polotik dan ekonomi.

    iv. Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan

    intelek.

    v. Menggabungkan unsur nilai, moral dan agama yang merentasi kurikulum.

    vi. Melahirkan insan yang cintakan negara.

    Menguatkan hubungan kekeluargaan antara masyarakat majmuk.

  • 8/14/2019 konsep pj suaian.docx

    4/10

    PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

    37

    4.2 Halatuju Kurikulum

    Setiap kurikulum yang digubal mempunyai halatuju tersendiri.

    Kurikulum yang digubal pastinya adalah satu usaha ke arah mencapai

    sesuatu yang telah digariskan. Kurikulum akan bertindak selari dengan

    perkara-perkara asas dalam pendidikan ketika ianya digubal. Oleh kerana

    itu, kurikulum pendidikan antara satu negara dengan satu negara yang lain

    kerana ia mempunyai halatuju yang berbeza-beza.

    Di Malaysia, terdapat tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian

    dalam penggubalan kurikulum pendidikan sama ada di peringkat rendah,

    menengah mahupun peringkat lebih tinggi iaitu:

    Dasar Pendidikan Negara

    Laporan Kabinet 1979

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    Dalam Pendidikan Jasmani Suaian pula kurikulum yang dibina

    bertujuan untuk membangunkan murid-murid kurang upaya menjadi modal

    insan yang cemerlang dari segala aspek sekaligus dapat

    memperkembangkan potensi individu melalui jasmani, emosi, rohani dan

    intelek serta berketrampilan. Selain itu, kurikulum ini juga membantu murid-

    murid kurang upaya untuk berfikir secara kritis dan kreatif mengikut tahap

    kemampuan mereka. Penekanan kurikulum ini adalah terhadap

    perkembangan kemahiran belajar dan generik yang mana bersifat futuristik,

    fleksibel dan dinamik bersesuaian dengan murid-murid kurang upaya.

    4.3 Proses Pembentukan Kurikulum

    Kurikulum yang dibentuk perlulah dilakukan dengan teliti. Proses

    pembentukan ini biasanya dilakukan oleh pakar-pakar dalam bidang

    akademik. Dalam proses pembentukan kurikulum Pendidikan Jasmani

    Suaian, pihak yang bertanggungjawab akan mengkaji, menganalisis dan

  • 8/14/2019 konsep pj suaian.docx

    5/10

    PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

    38

    memilih sumber yang bertepatan agar proses pengajaran dan pembelajaran

    kelak akan berjalan dengan terancang dan teratur terutama bagi guru-guru

    Pendidikan Khas yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani Suaian.

    Perkara -perkara penting yang terlibat dalam proses pembentukan

    kurikulum iaitu:

    Teori-teori berkaitan

    Falsafah pembentukan kurikulum

    Kriteria pembentukan kurikulum

    4.3.1 Teori-teori Berkaitan

    i. Tradisional

    - Diasaskan oleh Dewey, Bobbit, Tyler, Taba dan lain-lain

    - Mementingkan proses pemindahan pengetahuan

    ii. Teori Konseptual

    - Diasaskan oleh Bloom, Brunner, Stake dan lain-lain

    - Ilmu pengetahuan distruktur mengikut konsep utama

    - Fokus utama adalah kepada analisis situasi semasa

    iii. Teori Rekonseptual

    - Diasaskan oleh ahli akademik berfahaman Marxism

    - Kurikulum adalah bidang ilmu yang dapat membekalkan

    pedoman dan garis panduan

    4.3.2 Falsafah-falsafah Pembentukan Kurikulum

    i. Idealisme

    - Ilmu diperolehi dari kebolehan berfikir

    ii. Realisme

  • 8/14/2019 konsep pj suaian.docx

    6/10

    PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

    39

    - Kebenaran adalah apa yang dapat dilihat

    iii. Pragmatisme

    - Idea yang dapat dipraktikkan adalah benar

    iv. Perianelisme

    - Pendidikan adalah berada dalam keadaan tetap

    v. Essentialisme

    - Kurikulum dan guru adalah faktor penting dalam pembelajaran

    vi. Progressisvesme

    - Pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan dan kemajuan

    vii. Rekonstrutionalisme

    - Penerapan tanggungjawab sosial dan lahirkan masyarakat

    berilmu

    viii. Eksistentialisme

    - Pendidikan melalui persekitaran. Guru membantu murid

    meneroka

    4.3.3 Kriteria Pembentukan Kurikulum

    Kriteria pembentukan kurikulum telah dibahagikan kepada tiga kategori

    rekabentuk kurikulum iaitu:

    i. Berpusatkan subjek

    ii. Berpusatkan pelajar

    iii. Berpusatkan masalah

    Reka bentuk kurikulum yang berpusatkan subjek bermaksud berpaksikan

    ilmu dan isi kandungan yang mana ia terbahagi kepada empat iaitu:

  • 8/14/2019 konsep pj suaian.docx

    7/10

    PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

    40

    i. Reka bentuk matapelajaran

    - Berkaitan dengan isi kandungan pelajaran dalam buku teks.

    - Konsep disusun dari mudah ke susah berdasarkan tahap

    murid-murid tersebut.

    - Tumpuannya adalah kepada proses mengingat dan memahami

    sesuatu perkara

    ii. Reka bentuk disiplin

    - Cara atau proses sesuatu matapelajaran dilaksanakan

    - Dibina berdasarkan proses mengenalpasti struktur ilmu serta

    disiplin sesuatu subjek dan kaedah atau proses yang terlibat.

    - Sebagai contoh dalam Pendidikan Jasmani Suaian, murid-

    murid kurang upaya ini diajar kemahiran lari pecut dalam

    olahraga dengan cara guru menerangkan teknik secara ansur

    maju, tunjuk cara dan permainan kecil mengikut tahap

    kebolehan murid-murid supaya mereka dapat memahami

    sekaligus memainkannya mengikut peraturan.

    iii. Reka bentuk bersepadu

    - Menyatukan dua atau lebih mata pelajaran menjadi satu mata

    pelajaran yang menarik

    - Sebagai contoh: menggunakan muzik dalam pengajaran

    pendidikan jasmani

    iv. Reka bentuk korelasi

    - Mengaitkan maklumat antara satu mata pelajaran dengan mata

    pelajaran lain untuk mengurangkan pemisahan mata pelajaran

    - Sebagai contoh: pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan

    bergabung yang mana murid-murid mengetahui pakaian yang

    sesuai untuk bersukan dan aspek keselamatan yang perlu

    dititikberatkan

    Bagi reka bentuk berpusatkan pelajar pula bermaksud pelajar merupakan

    elemen yang penting dalam proses pelaksanaannya. Ianya boleh

  • 8/14/2019 konsep pj suaian.docx

    8/10

    PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

    41

    dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:

    i. Reka bentuk berpusatkan pelajar

    - Pemikiran pelajar akan berkembang sekiranya diberi peluang

    belajar berdasarkan kegemaran dan keperluan pelajar

    ii. Reka bentuk berpusatkan pengalaman

    - Penekanan diberikan berdasarkan minat dan keperluan pelajar

    - Kurikulum tidak dapat dirancang dengan awal kerana minat dan

    keperluan murid tidak dapat dijangka

    - Kurikulum akan dibina apabila guru sudah mula mengenali

    murid

    iii. Reka bentuk berpusatkan humanistik

    - Penekanan kepada isi kandungan, aspek kognitif, pengalaman

    dan perasaan murid-murid kurang upaya

    Seterusnya adalah reka bentuk berpusatkan masalah yang bermaksud

    fokus kepada masalah dalam kehidupan dan berdasarkan kepada

    pengalaman individu dan kemasyarakatan.

  • 8/14/2019 konsep pj suaian.docx

    9/10

    PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

    42

    TUGASAN TERARAH

    Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan

    maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan konsep,

    matlamat, hala tuju dan proses pembentukan kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian.

    LAMAN WEB

    http://en.wikipedia.org/wiki/Adaptedhttp://www.apens.org/whatisape.htmlhttp://www.sharingsuccess.org/code/eptw/pdf_profiles/adaptivephysical.pdfhttp://www.specialchildren.about.com/od/specialeducation/g/APE.htmhttp://www.pecentral.org/adapted/adaptedsites.html

    PORTFOLIO

    Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepadapensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

    RUJUKAN

    Arthur S. Daniels & Evelyn A.Davies (2002).Adapted Physical Education (5th ed.).San

    Francisco, CA: Harper and Row Publishers.

    Gallahue, D.L. & Donnelly, F.C. (2003). Developmental Physical Education For All

    Children (4th ed.). Champaign, IL: Human Kinetics.

    Kelly, L.E.& Melograno, V.J. (2004). Developing The Phisical Education Curriculum: An

    Aqchievement-based Approach. Champaign, IL: Human Kinetics.

    Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.).SanFrancisco, CA: Benjamin Cummings.

    http://en.wikipedia.org/wiki/Adaptedhttp://en.wikipedia.org/wiki/Adaptedhttp://www.apens.org/whatisape.htmlhttp://www.apens.org/whatisape.htmlhttp://www.specialchildren.about.com/od/specialeducation/g/APE.htmhttp://www.specialchildren.about.com/od/specialeducation/g/APE.htmhttp://www.specialchildren.about.com/od/specialeducation/g/APE.htmhttp://www.apens.org/whatisape.htmlhttp://en.wikipedia.org/wiki/Adapted
  • 8/14/2019 konsep pj suaian.docx

    10/10

    PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

    43