kkp math

29
KAM PUS SULTAN MIZAN, BESUT KERTAS CADANGAN Model Pembungkusan Makanan Ringan ‘Swiss Roll’ dan Jus Yogurt ‘Peel Fresh’ INtheCUBE.Company.Sdn.Bhd 22-1, 22 nd Floor, Menara Surian, No 1, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. NAMA PENCADANG: 1) NOR AIN BT AB.MANAF 2) NUR ATHIRAH BT SHAFIE

Upload: ahmad-asyraf

Post on 22-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

KERJA KURSUS

TRANSCRIPT

Page 1: KKP MATH

KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT

KERTAS CADANGAN

Model Pembungkusan Makanan Ringan ‘Swiss Roll’ dan Jus

Yogurt ‘Peel Fresh’

INtheCUBE.Company.Sdn.Bhd

22-1, 22nd Floor, Menara Surian,

No 1, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara,

47810 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan.

NAMA PENCADANG:

1) NOR AIN BT AB.MANAF

2) NUR ATHIRAH BT SHAFIE

Page 2: KKP MATH

PENGENALAN

Pembungkusan merupakan satu elemen penting bagi suatu produk yang

dipasarkan dalam memasaran dan menjamin keselamatan produk. Pengguna pula

memainkan peranan dalam menentukan kaedah pembungkusan yang sesuai bagi

produk. Kaedah pembungkusan produk merupakan salah satu elemen yang perlu

dititik beratkan dalam merancang pengeluaran sesuatu produk. Terutamanya

kaedah pembungkusan bagi produk makanan. Ini kerana, produk makanan

merupakan produk yang menjadi keperluan harian kepada pengguna. Selain itu,

kaedah pembungkusan juga menggambarkan kualiti produk dan identiti syarikat

yang mengeluarkan produk tersebut. Kaedah pembungkusan produk merangkumi

bagaimana produk dibungkus, bahan yang digunakan dalam pembungkusan, ciri-ciri

dan spesifikasi pembungkusan. Proses pemilihan kaedah pembungkusan yang

terbaik perlu dilakukan agar produk yang dikeluarkan mudah mendapat tempat di

pasaran dan dapat dipasarkan dengan baik. Kaedah pembungkusan produk yang

terbaik adalah pembungkusan yang memenuhi kehendak pengguna dan dapat

menarik pengguna untuk membeli produk yang dipasarkan.

Produk makanan yang kami pilih bagi menghasilkan satu pembungkusan

makanan ialah “kraker coklat”. Hal ini demikian kerana coklat merupakan makanan

yang mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran. Coklat menjadi penghubung

ke hati seseorang dalam berbagai cara yang kita tidak pernah fikirkan.

Davis, seorang penyelidik di Universiti California, telah mendapati bahawa

coklat mengandungi kandungan kimia yang tinggi yang dikenali sebagai phenolics di

mana dipercayai mengurangkan risiko sakit jantung dengan menghalang lemak

seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbang arteri. "Kajian

ini menunjukkan bahawa coklat boleh menyumbang sebahagian kecil daripada

'dietary' antioksidan, "kata Andrew Waterhouse, ketua penyelidik, penolong profesor

vitikultur dan enologi." Walaubagaimanapun, kita perlu melihat samada phenolics

yang diambil melalui produk makanan boleh memberikan kesan perlindungan

antioksidan kepada tubuh badan." Phenolics sudah diketahui kewujudannya di

dalam coklat, bertujuan untuk menghalang lemak dalam coklat dari menjadi tengik.

Waterhouse dan rakan-rakannya berminat untuk mengetahui setakat mana kuatnya

antioksidan phenolics ini menghalang pengoksidaan LDL.

Page 3: KKP MATH

Di makmal percubaan mereka mengambil ukuran amaun phenolics di dalam

serbuk koko, coklat 'baker' dan coklat susu. Kemudian mereka meneliti berapa lama

masa diambil oleh ekstrak serbuk koko ini menghalang oksidasi LDL yang

dikeluarkan dari darah manusia.

Mereka mendapati bahawa 1.5 auns coklat susu mengandungi hampir sama

kandungan phenolics dalam 5 auns gelas wain merah serta mengandungi kompaun

phenolics dalam coklat bagi mengeluarkan kesan antioksidan sama atau lebih

daripada wain merah. Coklat telah dipersalahkan sebagai menggemukkan, namun

keobesan berpunca dari ketidakseimbangan antara pengambilan tenaga dan

penggunaan tenaga lemak badan yang terlebih. Hal ini tidak ada kaitan langsung

antara gula dan keobesan serta konfektioneri bukanlah penyumbang utama dalam

pengambilan lemak dalam pemakanan

Manakala produk susu dipilih bagi pembungkusan minuman adalah kerana

dua gelas susu daripada rumusan susu yang disyorkan sudah memadai dalam

memenuhi keperluan minimum kalsium tubuh anda. Ini sudah pasti perlu untuk

mengelakkan kemerosotan jirim tulang, satu proses yang tidak boleh

diterbalikkan.Dan melalui pengambilan kalsium yang perlu setiap hari mengikut

sukatan yang disyorkan, kekuatan tulang dapat dikekalkan sepenuhnya. Tetapi

bagaimana untuk memastikan pengambilan kalsium daripada susu yang anda

minum adalah memadai?

Golongan dewasa semuda 19 tahun disyorkan mengambil antara 1000 dan

1200 milligram kalsium setiap hari. Beberapa jenama susu boleh membekalkan

keperluan kalsium yang secukupnya dengan meminum dua gelas susu itu setiap

hari. Syarikat-syarikat pengeluar susu di negara ini memberi perhatian serius kepada

kumpulan sasaran mereka khasnya pada tabiat meminum susu termasuk pilihan

perasa berlainan, mengikut kumpulan umur mereka serta faktor usia dan demografi.

Produk susu dan tenusu di bawah syarikat Fonterra menguasai 80 peratus daripada

pasaran dalam industri mereka dan mereka melabur US$45 juta bagi penyelidikan

tulang.

Sebanyak US$14 juta dibelanjakan bagi pembangunan Anlene yang

menyebabkan ia diisytiharkan sebagai yang terbaik dalam kategori susu kalsium

tinggi.

Page 4: KKP MATH

Mckay, juga menambah kata, "kami berada di hadapan daripada segi penyelidikan

dan inovasi, untuk menghasil dan menyampaikan produk tenusu terbaik bersama

nutrisi terbaik bagi kesemua peringkat pengguna kami. Kami juga mengambil kira

citarasa pengguna tempatan dan mempertimbangkannya bagi pembangunan projek

di masa depan."Produk-produk tenusu yang sihat termasuk dadih, keju dan

mentega.

Rakyat Malaysia hendaklah terus meningkatkan kesedaran akan keperluan

pengambilan kalsium mandatori setiap hari.

Page 5: KKP MATH

PERKEMBANGAN

(Pembungkus makanan)

Inovasi pembuatan coklat telah mula pada pertengahan abad ke-13 di

Meksiko. Pada zaman itu Meksiko dikuasai oleh bangsa Aztec dan ketika itu harga

buah coklat sangat mahal dan hanya mampu dimilki oleh raja Montezuma untuk

dijamu kepada para tetamu dan beliau amat menyukai minuman ini.

Pada asalnya, minuman coklat ini berasal dari bangsa Indian Maya yang

tinggal di bahagian selatan meksiko. Jika dilihat, bangsa Maya ini sudah mengenal

minuman coklat ini sejak abad ke-15 lagi.

Kemudian bangsa Sepanyol dibawah Cortez dan Columbus membawa

contoh makanan dan minuman coklat ini ke benua Eropah. Ternyata bahan

makanan dan minuman ini sangat di gemari di Sepanyol. Maka mereka mulai

membuat produk baru dengan mencampurkannya dengan gula kristal. Selepas itu,

permintaan makanan atau minuman yang diperbuat daripada coklat ini semakin

meningkat sehingga terkenal ke seluruh dunia dan banyak jenis makanan atau

minuman yang telah dihasilkan bersumberkan coklat.

Pada tahun 1828, Conrad J.Van Houten dari Belanda telah menemui satu

kaedah untuk memisahkan minyak cokelat dari bahan padatannya. Penemuan

minyak coklat ini sangat dihargai kerana dengan minyak coklat inilah coklat dapat

dibuat dengan rasa dan bentuk yang baik. Perkembangan selanjutnya adalah

pembuatan coklat dari susu oleh Daniel Peter dari Swiss dan yang kemudian

dikenali dengan panggilan coklat susu.

Pada tahun berikutnya, Rodolph Lindt menemukan cara pembuatan coklat

yang lebih baik lagi di mana penggunaan mesin coklat yang dikenali sebagai conche

telah digunakan. Di Negara barat, pembuatan coklat juga terkenal yang dihasilkan

oleh Rowntree, Fry dan Cadbury sehingga coklat berperisa Cadbury terkenal ke

seluruh negara.

Selain itu, pembungkusan coklat juga mengalami beberapa inovasi dari tahun

ke tahun mengikut gaya peredaran zaman bagi menarik minat pembeli. Sebagai

contoh, coklat Cadbury yang terkenal juga melalui beberapa inovasi dalam

Page 6: KKP MATH

pembungkusan coklatnya agar dapat bersaing dengan syarikat lain dalam

pemasaran produknya.

INOVASI PEMBUNGKUS COKLAT CADBURY

Page 7: KKP MATH

(Pembungkus minuman)

Kemelesetan ekonomi yang melanda dunia pada 2009 ternyata tidak

meninggalkan kesan terhadap permintaan penggunaan susu termasuklah di

Malaysia. Malah, permintaan penggunaan susu dijangka untuk terus meningkat.

Menurut Indeks Susu Tetra Pak sebuah syarikat multinasional pemproses dan

pembungkus, penggunaan susu dijangka berkembang dengan kadar tahunan

keseluruhan (CAGR) 2.2 peratus dari 2009. Trend itu dijangka berterusan bagi tiga

tahun berikutnya. "Walaupun kemelesetan ekonomi telah mempengaruhi banyak

sektor, ia tidak menjejaskan penggunaan bahan susu dan cecair susu. Susu adalah

makanan ruji yang sihat, berkhasiat dan mampu diperoleh dan diminum oleh 44

peratus daripada penduduk dunia setiap hari. Sementara itu, penggunaan susu di

Malaysia dijangka meningkat sebanyak tiga peratus CAGR sehingga tahun 2012. Di

Malaysia, industri susu adalah hampir 24 peratus daripada jumlah minuman yang

dijual dan diguna oleh masyarakat. Antara 2005 sehingga 2009, CAGR pasaran

susu telah berkembang dengan mantap pada kadar dua peratus.

"Selari dengan trend global, di Malaysia kita tidak nampak penurunan ketara

dalam penggunaan susu disebabkan kemelesetan ekonomi. Kami percaya ini

disebabkan minuman itu adalah penting dalam diet," menurut Pengurus Pemasaran

Bahagian Pengurusan Pasaran dan Produk Tetra Pak (Malaysia) Sdn. Bhd., Noer

Wellington.Beliau berkata, tahun lepas menyaksikan kenaikan sepuluh peratus

dalam penghantaran produk pek keluarga syarikat tersebut iaitu karton satu liter

apabila pelanggan yang mahu penjimatan mula berubah kepada pek nilai

itu.Menurut Wellington, susu putih dan yang berperisa masih lagi bahagian yang

penting dalam pasaran Malaysia dengan pegangan sebanyak 60 peratus.

Berdasarkan petunjuk bagi beberapa kategori, produk itu dijangka mengekalkan

kedudukannya.

Selain itu, Pembungkusan atau packaging adalah salah satu cara yang

sangat berkesan untuk menarik minat pembeli membeli produk susu anda.

Bungkusan yang unik dan lebih menonjol dapat meningkatkan lagi jualan produk

berkenaan. 

Page 8: KKP MATH

Contoh Pembungkusan Minuman Yang Menarik

Contoh botol jus minuman

Contoh kotak jus minuman

Page 9: KKP MATH

Sebagai contoh, Dutch Lady adalah antara 3 pengilang produk tenusu yang

terunggul di Malaysia. Sejak turun temurun, Dutch Lady Milk Industries mempunyai

komitmen untuk membekalkan produk tenusu dan produk pemakanan bayi yang

berkualiti tinggi ke seluruh Negara. Generasi demi generasi di Malaysia telah

membesar dengan produk-produk tenusu Dutch Lady. Masihkah anda ingat akan

susu kotak Coklat Dutch Lady UHT yang sering dibawa ke sekolah untuk waktu

rehat? Pengguna muda bagi generasi baru hari ini mempunyai banyak pilihan

dengan adanya rangkaian produk susu yang meluas untuk keperluan tumbesaran

mereka. DutchLady 123 dan 456 bukan sahaja diperkaya dengan DHA, tetapi juga

boleh didapati dalam perisavanila, madu dan coklat.

Pada awal operasi, Dutch Lady memulakan perniagaannya sebagai pengilang

susu pekat manis.Kini rangkaian produk Dutch Lady Milk Industries semakin meluas

dari rumusan bayi dan susu untuk membesar sehinggalah jus buah-buahan dan

yogurt. Setiap inovasi produk dalam rangkaian rumusan susu bayi dan kanak-kanak

yang berkembang pesat disokong oleh kaji selidik tempatan dan antarabangsa yang

terperinci. Royal Friesland Campina, iaitu syarikat induk Dutch Lady di Belanda,

sentiasa melaburkan dana dalam usaha kaji selidik untuk meningkatkan pemakanan

si manja anda ke tahap yang lebih tinggi.Syarikat Dutch Lady percaya akan

pentingnya inovasi produk yang berterusan, suatu hasrat yang disokong

sepenuhnya oleh Friesland Campina. Dutch Lady Malaysia juga sentiasa

memperbaiki kualiti dan nutrisi produk sedia ada secara berterusan untuk memenuhi

keperluan pihak pelanggan. Dutch Lady Malaysia adalah syarikat pertama di dunia

yang memperkenalkan Susu membesar yang diformulakan khas untuk kanak-kanak

yang berusia 1 hingga 3 tahun.

Produk Dutch Lady mempunyai tanda 'halal' daripada Bahagian KajianMakan

an dan Barangan Gunaan Islam, JAKIM (Jabatan Kemajuan IslamMalaysia). Proses

pengilangan kami menunjukkan pemahaman bahawa makanan dan minuman halal

adalah suatu perkara yang penting untuk setiap orang Islam. Sekiranya sebarang

makanan atau minuman mempunyai tanda'halal', ini bermaksud bahawa ia boleh

dimakan oleh orang Islam.

Dutch Lady Milk Industries Berhad begitu beriltizam untuk mendukung piawai

kesucian dan mengekalkan kepercayaan pengguna dalam setiap barangan yang

Page 10: KKP MATH

dikeluarkan oleh kilang Dutch Lady. Setiap produk Dutch Lady mempunyai logo

'halal' rasmi keluaran JAKIM. Selain daripada mengesahkan taraf 'halal' produk, ini

juga member kepastian kepada pengguna bahawa Dutch Lady Milk Industries

Berhad mematuhi amalan kebersihan yang ketat, mengesahkan nama baik jenama

yang telah sekian lama bertapak di pasaran yang penuh dengan saingan.

Syarikat pegangan Dutch Lady Milk Industries Berhad ialah Royal Friesland

Campina, sebuah syarikat yang diperbadankan di Belanda. Royal Friesland

Campina merupakan sebuah perbadanan multinasional yang membangun,

menghasil dan menjual pelbagai produk tenusu dan minuman berasaskan buah-

buahan yang berjenama untuk pasaran pengguna, para pengguna profesional dan

pengeluar makanan. Rangkaian produk Royal Friesland Campina mempunyai

kehadiran yang kuat di market tenusu antarabangsa, terutama di Eropah Barat,

Eropah tengah, Timur tengah, Afrika Barat dan Asia Tenggara.

Selain itu, pembungkusan atau packaging susu Dutch Lady juga memainkan

peranan yang penting bagi menarik minat pelanggan untuk membeli produk-produk

Dutch Lady. Terdapat beberapa perubahan dari segi pembungkusan dan logo

produk Dutch Lady bagi mewujudkan inovasi dan kreativiti supaya pembungkusan

produk-produk Dutch Lady lebih menarik.

Perubahan Logo Produk Dutch Lady

Page 11: KKP MATH

Dutch Lady juga telah mengubah rupa bentuk pembungkusan bagi produk UHT

Milk, Pasteurized Milk and Family Milk Powder.

Page 12: KKP MATH

APLIKASI

Apakah asas pertimbangan kita apabila membeli sesuatu produk makanan

dan minuman? Selain harga, sudah pastinya pembungkusan dan jenama juga

menjadi kriteria utama kita dalam menilai sesuatu produk. Sesetengah jenama

dengan pembungkusan produk amat sinonim dengan kehidupan seharian kita.

Peranan pembungkusan yang menarik dan penjenamaan yang kukuh memberi

impak yang besar dalam pemasaran produk.

Pembungkusan adalah satu proses atau operasi membalut, membungkus

atau memasukkan produk ke dalam satu unit bentuk atau bekas bertujuan

melindungi produk dari sebarang kerosakan atau keadaan yang boleh mengubah

atau merosakkan produk sama ada kerosakan fizikal atau biologikal.Pembungkusan

merupakan satu seni yang menggunakan kaedah sains dan teknologi dalam

melindungi, memelihara dan mempersembahkan produk dengan lebih berkesan

untuk kepuasan pengguna, memaksimumkan keuntungan serta meminimumkan

kerosakan.

Oleh itu, kumpulan kami telah menghasilkan pembungkus makanan dan

minuman yang telah diserapkan beberapa inovasi dan pembaharuan bagi menarik

minat pembeli.

Pembungkus Minuman

“FUMICO”

Pembungkus Makanan:

“KRAKER COKLAT”

Page 13: KKP MATH

Pembungkus makanan dan minuman yang kami hasilkan ini dapat

mengekalkan kualiti, kesegaran dan melindungi produk dari kerosakan. Malah

pembungkus makanan dan minuman yang kami hasilkan juga senang untuk dibawa

kemana-mana kerana saiznya yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

Kami telah menghasilkan corak yang berwarna warni dan menarik iaitu

kartun biskut pada pembungkus makanan dan gambar seorang bayi pada

pembungkus minuman supaya dapat menarik minat sasaran pembeli kami iaitu

kanak-kanak di bawah umur 10 tahun. Selain itu, maklumat pemakanan dan

minuman seperti nutrisi makanan, berat makanan serta isipadu air minuman,

ramuan makanan dan minuman serta nama syarikat yang menghasilkannya jelas

kami nyatakan di pembungkusan tersebut. Hal ini demikian bagi mewujudkan

komunikasi terus kepada pengguna mengenai maklumat barangan, sejarahnya dan

keadaan barangan itu serta membantu pelanggan untuk menilai kualiti sesuatu

produk dengan lebih jelas.

Bagi bahan-bahan yang digunakan pula, kami memilih bahan-bahan yang

berkualiti dan murah bagi memastikan produk yang kami pilih tidak tercemar. Bagi

pembungkus makanan kami mengunakan kotak yang dibaluti Flexible Film kerana

tahan haba dan lembap.Hal ini demikian supaya produk kraker coklat tersebut

terpelihara rasa, aroma dan kualitinya. Manakala bagi pembungkus minuman kami

mengunakan Duplex Board kerana harganya yang berpatutan. Selain itu, Duplex

Board mempunyai sifat kalis air di bahagian dalamnya bagi mengelakkan

pembungkus makanan tersebut tahan dan tidak cepat bocor serta menjadi rosak.

Berdasarkan kiraan kos dalam jadual, anggaran kos keseluruhan yang kami

perolehi ialah sebanyak RM 1.90 bagi pembungkus makanan dan RM 1.60 bagi

PEMBUNGKUS MAKANAN

Flexible Film x 1 = RM 1.50

Kotak x 1 = RM 0.40

TOTAL = RM 1.90

Anggaran kos jualan :RM 2.10

Untung Bersih :RM 0.20

PEMBUNGKUS MINUMAN

Duplex Board x 1 = RM 1.50

Straw x 1 = RM 0.10

TOTAL = RM 1.60

Anggaran kos jualan : RM 1.80

Untung Bersih : RM 0.20

Page 14: KKP MATH

pembungkus minuman. Oleh itu, anggaran kos jualan bagi pembungkus makanan

ialah RM 2.10 dan RM 1.80 bagi pembungkus minuman. Jadi pihak kami mengambil

untung bersih sebanyak RM 0.20 bagi setiap pembelian pembungkus makanan dan

minuman yang kami hasilkan.

LUKISAN MODEL

(Pembungkus Makanan)

Page 15: KKP MATH

(a) lukisan 2D

(b) lukisan 3D

Page 16: KKP MATH

bungkusan dalam

bungkusan luar

(Pembungkus Minuman)

(a) Lukisan 2D

Page 17: KKP MATH

(b) Lukisan 3D

Page 18: KKP MATH

Pandangan Hadapan

Pandangan Atas

IMPLIKASI

Page 19: KKP MATH

Produk makanan dan minuman mempunyai sifat yang pelbagai, iaitu dalam

bentuk cecair, basah, lembab, mudah lentur, kering, ranggup, garing dan

sebagainya. Sifat-sifat produk ini mempengaruhi pemilihan bahan, bentuk dan teknik

pembungkusan. Hayat produk makanan banyak dipengaruh oleh sifat fizikal dan

kimia produk yang dikeluarkan.

Pembungkusan membantu memanjangkan hayat sesuatu produk. Terdapat

produk yang memerlukan perlindungan untuk mengekal dan memelihara cita rasa,

aroma, warna, bentuk, kekeringan dan kelembapan. Terdapat juga produk yang

memerlukan perlindungan dari kelembapan, cahaya panas, sejuk, oksigen, karat

dan lain-lain tindak balas bahan kimia, organisma halus, serangga, kulat, kecurian

dan sebagainya.

Sifat produk akan menentukan bahan dan teknik pembungkusan yang akan

digunakan seperti produk minuman susu kami ialah cecair dan memerlukan

pembungkusan yang boleh melindunginya dari tumpah atau meleleh keluar. Struktur

pembungkusan yang stabil dan kukuh diperlukan untuk melindung fizikal produk

yang mudah pecah, serpih dan hancur yang disebabkan oleh geseran, himpitan

jatuh atau hentakan seperti produk kraker coklat yang kami hasilkan. Selain itu,

produk kraker coklat kami yang bersifat ranggup seperti produk makanan ringan,

memerlukan perlindungan dari udara, kelembapan dan air untuk mengelakkan

produk dari menjadi lemau. Secara tidak langsung pembungkusan makanan dan

minuman yang kami cipta dapat memenuhi kesemua aspek perlindungan terhadap

kualiti produk yang kami pilih.

Page 20: KKP MATH

RUMUSAN

Kelebihan pembungkus

Memelihara rasa,aroma dan kualiti produk

Corak dan bentuk yang menarik

Mampu memanjangkan hayat produk

Mencegah makanan daripada lemau

Mudah dibawa

Page 21: KKP MATH

Secara keseluruhanya, apa yang boleh kami simpulkan mengenai

pembungkusan makanan dan minuman ini ialah:

Setiap pembungkus makanan atau minuman haruslah mempunyai corak dan

bentuk yang menarik.

Pembungkus yang memiliki ciri-ciri keselamatan yang sempurna iaitu tidak

membahayakan pengguna.

Menepati ciri-ciri piawaian

Mempunyai kualiti yang tinggi.

Harga yang berpatutan.

Penggunaan bahan yang boleh dikitar semula atau boleh digunakan untuk

tujuan lain.

Pembungkus yang memaparkan maklumat nutrisi yang lengkap.

Memudahkan para pengguna untuk membawanya ke mana sahaja.

Oleh yang demikian, sesuatu pembungkus itu kami anggap sebagai sempurna

sekiranya ianya memiliki kesemua ciri-ciri ini.

Namun pada pendapat kami, perkara pertama yang paling penting untuk

menarik minat seseorang itu terhadap produk yang kita hasilkan ialah melalui bentuk

dan corak pembungkus yang menarik. Hal ini kerana setiap manusia mempunyai

kecenderungan yang tinggi terhadap benda-benda yang cantik dan unik. Maka

dengan itu, tarikan yang terdapat pada bentuk dan corak pembungkus mampu

menarik minat pelanggan untuk membelinya.

CADANGAN

Page 22: KKP MATH

Isu – isu pembungkusan produk yang biasa terjadi adalah berkait rapat

dengan persaingan di kalangan pengeluar produk makanan yang semakin sengit.

Bagi mengatasi masalah ini, didapati penambahbaikan bungkusan dan kualiti

produk perlu dilakukan bagi memastikan produk yang dikeluarkan dapat bersaing

dengan lebih baik.

Hasil daripada pemerhatian dan kajian yang telah dijalankan bagi

menghasilkan rekaan pembungkus makanan dan minuman kami, beberapa

cadangan dapat dibuat dalam membantu dalam penambahbaikan pada bungkusan

yang sedia ada selain meningkatkan prestasi syarikat–syarikat di malaysia yang

terlibat dalam pembungkusan produk. Selain usahawan–usahawan di malaysia,

cadangan ini juga boleh digunakan sebagai rujukan oleh mana-mana pihak yang

berkaitan. Cadangan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Pihak syarikat perlu mengekalkan kaedah bungkusan yang sedia ada kerana majoriti

pengguna mempunyai persepsi yang positif terhadap kaedah pembungkusan yang

sedia ada.

Dalam merancang untuk memilih bungkusan, 5 elemen utama pembungkusan

hendaklah dikaji terlebih dahulu agar bungkusan yang terbaik dapat dihasilkan.

Setiap elemen yang digunakan hendaklah diaplikasikan dengan baik pada

bungkusan agar fungsi setiap elemen tersebut mencapai matlamatnya

Mungkin pihak syarikat boleh menggunakan bahan lain seperti tin dan balang plastik

untuk membungkus produk mereka. Ini bagi memberi lebih banyak variasi dan

kelainan kepada pengguna dalam memilih produk keluaran syarikat.

Selain bahan yang digunakan, reka bentuk bungkusan juga boleh diubah mengikut

satu kadar waktu tertentu agar ianya bersesuaian dengan trend semasa. Reka

bentuk bungkusan yang menarik dapat menarik pengguna untuk melihat dan

seterusnya membeli produk keluaran syarikat.

Maklumat pemakanan yang dipaparkan pada bungkusan hendaklah disemak dari

masa ke semasa agar maklumat yang dipaparkan benar-benar bertepatan dengan

kandungan bungkusan, jelas dan tidak mengelirukan pengguna.

Tuntasnya, didapati pengguna mempunyai persepsi dan penilaian tersendiri

ke atas pembungkusan produk – produk di pasaran. Walaupun terdapat pengguna

yang mempunyai persepsi negatif, namun jumlahnya amat sedikit. Akan tetapi pihak

Page 23: KKP MATH

syarikat tidak boleh mengabaikan perkara ini dan harus mengenal pasti kekurangan

yang mungkin tidak disedari oleh pihak syarikat. Ini adalah untuk kebaikan bersama

bagi pihak syarikat dan pengguna. Melalui bungkusan yang menarik, berkualiti dan

terbaik, pihak syarikat mempunyai kemampuan menjual produk mereka dengan

mudah di pasaran. Manakala para pengguna pula dapat membeli produk yang

berkualiti dengan bungkusan yang menarik dan terjamin. Selain itu, pihak syarikat

tidak perlu menukar bungkusan yang sedia ada kerana pengguna mempunyai tahap

penerimaan yang baik terhadap bungkusan tersebut. Pihak syarikat hanya perlu

membuat penambahbaikan kecil pada bungkusan sedia ada. Penambahbaikan yang

dimaksudkan adalah pengolahan warna pada bungkusan agar kelihatan lebih

menarik, sesuai dengan bungkusan dan menonjolkan produk di pasaran. Ini adalah

berdasarkan nilai min yang rendah bagi elemen warna pada bungkusan yang

menunjukkan kekurangan pada warna yang digunakan.