kkp[ falsafah

11
1.0 PENGENALAN Sistem pendidikan di Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Hal ini kerana hala tuju arah pendidikan ditentukan dengan sejauh mana pegangan kita terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan terutama sekali bagi golongan pendidik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menjadi asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan misalnya dalam merangka kurikulum sekolah dilakukan dari semasa ke semasa contohnya perubahan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) ke Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Perubahan ini menunjukkan usaha kerajaan untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan lantas perubahan dasar ini berlaku kerana adanya penambahbaikan terhadap sistem pendidikan Malaysia. Salah satu unsur dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi cabaran pada golongan pendidik pada masa sekarang adalah untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis.Sekali lagi tanggungjawab ini digalas oleh golongan pendidik. Oleh itu, golongan pendidik seharusnya berkebolehan dan mempunyai kemahiran – kemahiran tertentu agar matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini tercapai selaras dengan sembilan cabaran Wawasan 2020 yang semakin menghampiri kita.

Upload: george-green

Post on 08-Sep-2015

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

eerfe

TRANSCRIPT

1. PENGENALAN

Sistem pendidikan di Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Hal ini kerana hala tuju arah pendidikan ditentukan dengan sejauh mana pegangan kita terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan terutama sekali bagi golongan pendidik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menjadi asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan misalnya dalam merangka kurikulum sekolah dilakukan dari semasa ke semasa contohnya perubahan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) ke Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Perubahan ini menunjukkan usaha kerajaan untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan lantas perubahan dasar ini berlaku kerana adanya penambahbaikan terhadap sistem pendidikan Malaysia.Salah satu unsur dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi cabaran pada golongan pendidik pada masa sekarang adalah untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis.Sekali lagi tanggungjawab ini digalas oleh golongan pendidik. Oleh itu, golongan pendidik seharusnya berkebolehan dan mempunyai kemahiran kemahiran tertentu agar matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini tercapai selaras dengan sembilan cabaran Wawasan 2020 yang semakin menghampiri kita.

Aktiviti Kokurikulum dan Kurikulum

Aktiviti Kokurikulum dan Kurikulum merupakan salah satu faktor yang sangat penting dalam menerapkan Falsafah Pendidikan Negara di sekolah ke arah pembinaan modal insan. Kurikulum dan kokurikulum sangat untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, dan jasmani. Menurut Kamus Dewan (2000) kokurikulum ialah merupakan sebahagian daripada kurikulum asas yang melibatkan kegiatan atau aktiviti. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Dalam sistem pendidikan Malaysia dan global, kokurikulum adalah pelengkap kepada kurikulum. Kokurikulum dan kurikulum merupakan dua sistem yang menjana tenaga sumber manusia yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kokurikulum ada peranan dan pengaruh sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan individu. Pertamanya, penjanaan modal insan telah diterapkan melalui akademik. Contohnya, setiap individu di sekolah mestilah mempunyai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kemahiran tersebut wajib diajarkan oleh setiap individu di sekolah. Kemahiran tersebut mula diajar kepada semua murid apabila memasuki pra-sekolah dan tahun 1. Dengan menerapkan kemahiran tersebut, murid telah dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dalam jangka masa yang pendek. Oleh yang demkian, Ini bertepatan dengan falsafah pendidikan yang ingin melahirkan individu yang berilmu pengetahuan dan insan yang berintelek. Selain itu juga, mata pelajaran juga banyak disediakan di setiap sekolah bagi melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, emosi dan rohani. Contohnya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diajarkan kepada murid supaya murid dapat mempelajari dan menguasai pelbagai bahasa. Dengan menguasai pelbagai bahasa, murid dapat berkomunikasi dengan pelbagai masyarakat di malaysia seperti cina dan india. Selain itu juga, pedndidikan islam juga diajarkan di sekolah untuk memantapkan rohani setiap murid. Contohnya dalam mata pelajaran pendidikan islam diajar tentang adab-adab supaya setiap murid mempunyai sahsiah yang mantap. Oleh yang demkian, ini bertepatan dengan falsafah pendidikan negara yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi sahsiah dan rohani.Kegiatan kokurikulum adalah aktiviti yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang ada yang dipelajari di bilik darjah. Kokurikulum telah wujud sekian lama di sekolah di Malaysia mengikut Peraturan Kursus Pengajian, Akta Pelajaran, 1956.Kokurikulum merupakan satu perkara yang sangat penting bagi setiap individu di sekolah selain kurikulum. Kokurikulum sangat penting bagi melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasamani. Selain itu juga, dengan aktiviti kokurikulum dapat memupuk sifat kerjasama dan berkomunikasi dengan masyarakat. Antara aktiviti kokurikulum yang biasa diterapkan sekolah ialah sukan, unit beruniform, dan persatuan. Dengan penglibatan murid terhadap aktiviti tersebut telah dapat melahirkan murid yang berkebolehan dari semua aspek. Contohnya, unit beruniform Pengakap dapat melatih murid menjadi pemimpin dan mempunyai semangat bekerjasama dalam kumpulan. Selain itu, sukan juga dapat melahirkan insan yang sihat dari segi jasmani. Aktiviti sukan seperti olahraga sudah semestinya dapat melahirkan murid yang cergas dari segi fizikal dan mental. Selain itu, sukan juga sangat penting bagi memupuk sikap bekerjasama dan bersungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Contohnya, murid akan bekerjasama dan bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan permainan berkumpulan seperti bola sepak, sepak takraw dan bola baling. Oleh itu, kita dapat simpulkan bahawa murid tidak hanya melakukan aktiviti di dalam bilik darjah tetapi juga melakukan aktiviti di luar bilik darjah bagi menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah. Jadi, jelaslah bahawa aktiviti kokurikulum seperti sukan, unit beruniform dan persatuan sangat penting bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis dari semua aspek terutamanya dari segi jasmani.KOMUNITI TEMPATANSalah satu elemen yang penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberisumbangan terhadapkeharmonian dankemakmuran masyarakat dan negara. Selain itu juga, FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, kita dapat kaitkan bahawa hubungan dengan masyarakat juga penting berdasarkan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan di Malaysia.Dalam pembentukan modal insan juga, kita dapat lihat bahawa komuniti tempatan merupakan salah satu faktor yang amat penting. Hal ini saya katakan kerana mengikut kajian, seseorang itu lebih mudah dibentuk melalui faktor sekililing mereka. Secara amnya kita dapat mengetahui bahawa komuniti tempatan ini ialah satu organisasi yang ada disekililing kita sebagai contoh masyarakat setempat, polis, ketua kampung, imam dan sebagainya.Komuniti tempatan perlu mengambil berat mengenai keadaan sekolah dan prestasi anak tempatan mereka dalam mencapai kejayaan. Seorang peniaga boleh membantu anak tempatan mereka yang bersekolah dengan memberi sumbangan dari segi kewangan ataupun kelengkapan didalam setiap aktiviti yang diperlukan.Disamping itu juga, pihak masjid atau pun imam perlu merancang aktiviti untuk anak tempatan mereka seperti majlis-majlis ilmu yang berkaitan isu-isu remaja supaya minda mereka lebih terbuka dan kehadapan dan pihak masjid juga boleh mengadakan qiammulail perdana sebulan sekali. Melalui aspek ini, kita dapat melahirkan pelajar mempunyai modal insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Inilah yang dianjurkan oleh agama islam kepada seluruh umat.Dari segi pihak jawatan kuasa kampung, meraka juga boleh menganjurkan pelbagai aktiviti yang mendapat banyak sokongan seperti mereka membuka peluang kepada para untuk memperluaskan kemahiran yang ada pada setiap individu seperti memperuntukan siber cafe. Kemudian mereka juga boleh mencari kelebihan-kelebihan setiap anak tempatan mereka dari segi politik, ekonomi, sukan dan sebagainya .Selain itu juga, program PIBG juga penting untuk mengeratkan hubungan sekolah dengan komuniti tempatan. Mesyuarat PIBG dilakukan kerana ingin mengeratkan hubungan guru-guru dengan ibu bapa murid untuk lebih mengambil berat tentang potensi anak-anak. Dengan program ini, guru dapat berkongsi tentang pembelajaran atau sikap anak-anak di sekolah. Oleh yang demkian, ibu bapa dapat mengetahui perkembangan anak-anak mereka di sekolah melalui guru dan berusaha untuk meningkatkan potensi murid pada masa akan datang. Ini menunjukkan sekolah tidak hanya bergaul di kalangan warga sekolah sahaja malah bergaul dengan seluruh masyarakat di sekitarnya. Oleh yang demkian, ini terbukti Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah berjaya diterapkan di sekolah. Kesimpulanya, komuniti tempatan ini sememangnya faktor yang penting dalam pembentukan modal insan yang seimbang dan harmonis dari semua aspek seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Refleksi Kamil Hasif Bin Zamani

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya berjaya menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Pada kali ini tugasan yang diberikan adalah berkenaan dengan peranan sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan (FPK) yang diterapkan kearah penjanaan modal insan yang seimbang dan harmonis serta faktor-faktor pembentukan modal insan. Pada mulanya saya dan pasangan saya syahril dan hanif telah membuat pembacaan secara langsung dan tidak langsung. Dengan pengetahuan yang sedia ada dan pengetahuan tambahan yang kami dapat mengenai konsep falsafah, kami mula mendalami apa itu FPK dan peranannya. Kemudian kami khususkan lagi kepada unsur modal insan yang seimbang dan harmonis dari semua aspek seperti jasmani,emosi, rohani, intelek dan sosial. Setelah kami memahami tentang penerapan falsafah kebangsaan di sekolah, kami mencari ciri-ciri modal insan yang seimbang dan harmonis dari semua aspek. Kemudian kami berbincang dan berfikir secara kritis dan kreatif tentang faktor-faktor pembentukan modal insan. Hasil tugasan ini telah memberi kami latihan untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Setelah menyiapkan tugasan ini, apa yang saya dapat secara keseluruhannya adalah saya berasa amat gembira kerana saya berjaya memperoleh pengalaman dan ilmu pengetahuan baru. Melalui tugasan ini juga saya dapat bekerjasama dengan kumpulan saya. Semangat kerjasama dan tolong-menolong antara kami semakin baik dan hubungan kami juga bertambah rapat. Kami belajar bertukar- tukar pandangan dan menghormati pandangan sesama sendiri. Selain itu juga, saya berjaya memupuk sikap bertoleransi antara kami dengan baik sekali. Hal ini dapat dilihat apabila kami melakukan diskusi dan pembahagian tugas yang adil dilakukan.Oleh sebab demikian kami dapat menjimatkan masa dan menggunakan masa dengan bijak. Kami telah membahagikan tugasan secara adil dan tugasan ini kami telah siapkan secara satu persatu. Walaubagaimanapun, kami terlebih dahulu berbincang mengenai isi jawapan sebelum mula mengarang dan mengolah tentang tugasan ini.Pada mulanya, saya kurang memahami Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang diajar di dalam kelas. Namun saya bersyukur kerana setelah menyiapkan tugasan ini, pemahaman saya dalam subjek falsafah pendidikan di Malaysia semakin baik dan mendalam. Bukan itu sahaja, saya juga lebih meminati subjek ini dan mula mengubah persepsi bahawa subjek falsafah bukan semata-mata berdasarkan penghafalan tetapi juga memerlukan penghayatan yang mendalam.Setelah melakukan pembacaan untuk memahami apa itu FPK, saya mula berminat untuk mengetahui apa itu FPN dan FPG. Pengetahuan dan pemahaman saya juga semakin baik. Saya juga sedar peranan saya sebagai seorang guru kelak adalah penting dalam merealisasikan matlamat FPK. Selain berpegang kepada etika keguruan, saya juga seharusnya menyiapkan diri saya dengan kemahiran-kemahiran penting seperti yang telah dinyatakan dalam esei bagi soalan kedua iaitu kemahiran yang perlu ada pada seorang guru bagi mencapai matlamat FPK terutamanya bagi unsur membina modal insan yang seimbang dan harmonis dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.Walaupun pada mulanya, saya tidak memahami tajuk tugasan ini dan kelihatan membosankan, akhirnya saya berminat melakukan tugasan ini.Saya gembira, terdapat perubahan dalam diri saya sebagai seorang guru pelatih.saya lebih memahami sistem pendidikan di negara kita dan saya mula mengikuti perkembangan semasa sistem pendidikan di negara kita.Saya berharap dengan pengetahuan dan pengalaman yang saya dapat sepanjang melakukan tugasan ini dapat membantu saya dalam pemahaman saya dalam subjek ini ketika dalam peperiksaan mahupun dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.Saya juga berharap menjadi seorang guru yang sentiasa bersemangat dalam mendukung cita- cita FPK, berinovasi dan cemerlang dan komited dalam menjalankan tugas kelak. Sekian, terima kasih.