kesimpulan lontar peluru

2
4.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, terdapat lima fasa pergerakan melontar peluru. Secara berurutan. pegangan peluru, lakuan sedia, lungsuran, kilasan badan, Iontaran serta pulihan. Terlebih dahulu, pelajar haruslah memahami bezanya melontar dan membaling peluru yang dianggap sebagai prinsip asas Iontar peluru. Selepas itu, menguasai pegangan lontar peluru adalah diperlukan. Terdapat dua cara pegangan peluru iaitu memegang peluru dengan tiga jari dan memegang peluru dengan lima jari. Seterusnya, pelajar haruslah mengetahui bahawa terdapat tiga teknik melontar peluru. Antaranya ialah Gaya berdiri dan melontar tanpa lungsuran, Gaya melungsur selangkah dan Gaya Perry O'Brien. Seseorang perlulah memilih salah satu gaya yang paling sesuai dan selesa daripada ketiga-tiga gaya tersebut untuk menjalankan latihan. Ketiga-tiga gaya ini mempunyai persamaan iaitu sebelum melontar, perlu adanya lakuan sedia iaitu menghadap ke arah Iontaran, menempatkan peluru di bawah telinga lalu merendahkan badan dan membengkokkan kaki kecuali Gaya Perry O'Brien dengan cara membelakangkan arah lontaran. Diikuti dengan lungsuran kecuali Gaya berdiri dan melontar lalu melakukan kilasan badan dan seterusnya melontar peluru tersebut. Untuk mengimbangkan badan, pelajar mestilah melakukan pulihan. Untuk meningkatkan prestasi pelajar lontar

Upload: saif-al-haromaini

Post on 26-Nov-2015

49 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

lontar peluru

TRANSCRIPT

4.0 KESIMPULANSecara keseluruhannya, terdapat lima fasa pergerakan melontar peluru. Secara berurutan. pegangan peluru, lakuan sedia, lungsuran, kilasan badan, Iontaran serta pulihan. Terlebih dahulu, pelajar haruslah memahami bezanya melontar dan membaling peluru yang dianggap sebagai prinsip asas Iontar peluru. Selepas itu, menguasai pegangan lontar peluru adalah diperlukan. Terdapat dua cara pegangan peluru iaitu memegang peluru dengan tiga jari dan memegang peluru dengan lima jari.Seterusnya, pelajar haruslah mengetahui bahawa terdapat tiga teknik melontar peluru. Antaranya ialah Gaya berdiri dan melontar tanpa lungsuran, Gaya melungsur selangkah dan Gaya Perry O'Brien. Seseorang perlulah memilih salah satu gaya yang paling sesuai dan selesa daripada ketiga-tiga gaya tersebut untuk menjalankan latihan.Ketiga-tiga gaya ini mempunyai persamaan iaitu sebelum melontar, perlu adanya lakuan sedia iaitu menghadap ke arah Iontaran, menempatkan peluru di bawah telinga lalu merendahkan badan dan membengkokkan kaki kecuali Gaya Perry O'Brien dengan cara membelakangkan arah lontaran. Diikuti dengan lungsuran kecuali Gaya berdiri dan melontar lalu melakukankilasan badan dan seterusnya melontar peluru tersebut. Untuk mengimbangkan badan, pelajar mestilah melakukan pulihan.Untuk meningkatkan prestasi pelajar lontar peluru, latihan ansur maju gaya lungsuran adalah diperlukan. Terdapat lima latihan ansur maju. Yang pertama, pelajar boleh melontar peluru dengan tolakan kencang dari kedudukan berdiri. Yang kedua, putarkan bahu kiri ke kanan sambil merendahkan badan lalu mengilas badan dan menolak peluru tersebut keluar. Yang ketiga adalah berdiri merusuk ke belakang arah lontaran, mencondongkan badan lalu mengilas badan dan melontar peluru. Yang keempat, berdiri membelakangkan kawasan lontaran, mencondongkan badan dan melungsur selangkah ke belakang tanpa kilasan badan. Yang kelima adalah menggabungkan kesemua latihan ansur maju yang disebut tadi dan melakukan secara serentak.

Akhir sekali, terdapat beberapa lontaran yang diharamkan. Antaranya ialah melontar di luar bulatan, menyentuh bahagian atas lengkung besi atau papan penahan, menyentuh mana-mana bahagian kawasan melontar dengan mana- bahagian badan selepas melontar serta memegang peluru jauh dari tempat yang sepatutnya semasa melontar.