kesimpulan big

3
KESIMPULAN Kelebihan/kebaikan program Sepanjang program Bina Insan Guru ini dilaksanakan ,khususnya di dalam Majl Penyerahan Anak Angkat, terdapat beberapa perkara yang boleh dibanggakan dianggap sebagai faktor kekuatan dalam program Anak Angkat ini Pertama, dari a! proses pemilihan dan penubuhan ja!atankuasa, kemudian kepada pembahagian tugasan, mesyuarat dan hingga ke pelaksanaan akti"iti dan juga pemulangan alatan alatan pada hari akhir program ini kami sentiasa bekerjasama Sifat kekitaan jel diperlihatkan, bak kata pepatah, $ Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing% S ja!atankuasa saling bantu#membantu dalam usaha menjadikan program ini b dilaksanakan dan men&apai objektifnya Kami juga berjaya dalam berpakat mengenakan pakaian yang seragam supaya dapat menaikkan imej kami sebagai bakal guru yang disegani Kekuatan kedua program ini dapat dilihat pada faktor pengalaman sedia ada kami dalam meran&ang sesebuah program 'amai diantara ahli kelas kami yang su mempunyai pengalaman dalam mengendalikan program#programseumpama ini sebelum ini, jadi kebanyakan tugas menjadi mudah Sebagai &ontoh, banyak urusan# urusan diplomasi, surat menyurat dan proses mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran dapat diper&epatkan kerana kami telahmempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menyempurnakan tugas tersebut Kekuatan program ini yang seterusnya dapat dilihat daripada segi penduduk Kampun Bagan (atuh itusendiri Ini kerana sikap mereka yang peramah dan sentiasa bersemangat dalam melakukan akti"iti#akti"iti bersama kami sepanjang prog berlangsung Selain itu, mereka juga banyak memberikan kerjasama dan sok yang penuh dalam seiap akti"iti Malahan penyediaan tempat dan ka!asan akti"iti serta alatan perkakasan juga banyak membantu dalam menjayakan program i

Upload: saadah-mahani

Post on 07-Oct-2015

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

KESIMPULANKelebihan/kebaikan program

Sepanjang program Bina Insan Guru ini dilaksanakan ,khususnya di dalam Majlis Penyerahan Anak Angkat, terdapat beberapa perkara yang boleh dibanggakan dan dianggap sebagai faktor kekuatan dalam program Anak Angkat ini. Pertama, dari awal proses pemilihan dan penubuhan jawatankuasa, kemudian kepada pembahagian tugasan, mesyuarat dan hingga ke pelaksanaan aktiviti dan juga pemulangan alatan-alatan pada hari akhir program ini kami sentiasa bekerjasama. Sifat kekitaan jelas diperlihatkan, bak kata pepatah, Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Semua jawatankuasa saling bantu-membantu dalam usaha menjadikan program ini berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya. Kami juga berjaya dalam berpakat untuk mengenakan pakaian yang seragam supaya dapat menaikkan imej kami sebagai bakal guru yang disegani.

Kekuatan kedua program ini dapat dilihat pada faktor pengalaman sedia ada kami dalam merancang sesebuah program. Ramai diantara ahli kelas kami yang sudah mempunyai pengalaman dalam mengendalikan program-program seumpama ini sebelum ini, jadi kebanyakan tugas menjadi mudah. Sebagai contoh, banyak urusan-urusan diplomasi, surat menyurat dan proses mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran dapat dipercepatkan kerana kami telah mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menyempurnakan tugas tersebut.

Kekuatan program ini yang seterusnya dapat dilihat daripada segi penduduk Kampung Bagan Datuh itu sendiri. Ini kerana sikap mereka yang peramah dan sentiasa bersemangat dalam melakukan aktiviti-aktiviti bersama kami sepanjang program ini berlangsung. Selain itu, mereka juga banyak memberikan kerjasama dan sokongan yang penuh dalam seiap aktiviti. Malahan penyediaan tempat dan kawasan untuk aktiviti serta alatan perkakasan juga banyak membantu dalam menjayakan program ini.

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa lubang-lubang kelemahan yang menggangu dan perlu diperbaiki supaya hasil dan objektif yang direka tercapai. Masalah yang ketara yang dapat dilihat adalah dari segi pembahagian keluarga angkat itu sendiri di mana terdapat beberapa keluarga angkat dan peserta program yang tidak mendapat pasangan masing-masing. Hal ini berlaku kerana berlakunya kelewatan pemberian dan penerimaan dokumen-dokumen berkenaan pembahagian keluarga angkat dan anak-anak angkat .Oleh itu, berlakunya sedikit kecelaruan semasa akhir program ini dijalankan dan perkara ini dapat diatasi dengan baik oleh ahli jawatan kuasa yang terlibat.

Oleh itu, cadangan yang dapat saya utarakan bagi mengatasi masalah ini ialah pada masa akan datang dan sebagai panduan kepada pelajar-pelajar junior supaya mungkin apabila menjalani Bina Insan Guru siri keempat, pastikan segala urusan penyerahan dan penerimaan dokumen-dokumen penting dapat diselesaikan lebih awal bagi memastikan program yang telah dirancang berjalan dengan lancar.PENUTUPSecara keseluruhannya program ini khususnya Majlis Penyerahan Anak Angkat berjaya dilaksanakan oleh semua guru pelatih yang terlibat dengan jayanya. Melalui program ini diharapkan dapat memberi semangat dan peluang kepada para peserta program ini untuk merasai kasih sayang dan perhatian serta membolehkan mereka merasai suasana kehidupan bersama keluarga yang baru. Selain itu, diharapkan juga para peserta program ini dapat merasai keikhlasan yang ditonjolkan oleh semua keluarga-keluarga angkat mereka di dalam program ini. Penganjuran program seperti ini perlu lebih giat dijalankan kerana banyak kelebihan dan kebaikan di sebaliknya. Sebarang kelemahan dan kekurangan dari semua guru pelatih akan cuba diperbaiki dari masa ke semasa.

Selain itu, hasil daripada pemerhatian dan pengalaman yang dilalui sepanjang tempoh tiga hari dua malam kita perlu mempunyai perancangan yang rapi bermula dari peringkat penubuhan jawatankuasa sehinggalah kepada mesyuarat post-mortem supaya program yang dilaksanakan berjaya dan mampu menarik perhatian. Kadikan pengalaman orang lain dan pengalaman lampau sebagai panduan dalam membuat pertimbangan bijak untuk menghadapi masalah yang mendatang.

Selain itu, seorang bakal guru perlu merasai pengalaman hidup bersama masyarakat dan membiasakan aktiviti-aktiviti bersama masyarakat seperti gotong royong, aktiviti bacaan yaasin dan lain-lain kerana ia dapat membantu para guru apabila dihantar mengajar kelak. Setiap latarbelakang komuniti dalam sesebuah masyarakat adalah berbeza dan guru harus tahu petua dan larangan jika ke tempat orang. Jadi, melalui program seperti ini, guru dilatih untuk memerhati dan cuba mengadaptasi dengan komuniti dengan menggunakan kemahiran-kemahiran sosial seperti berkomunikasi.

Akhir sekali, untuk menjadi seorang guru yang berjaya seseorang guru haruslah mampu melakukan interaksi sosial yang berguna dengan masyarakat kerana guru berperanan sebagai agen sosial dalam masyarakat selain menjadi rujukan disekolah. Tugas guru ialah menggalakkan sosialisasi dalam masyarakat melalui didikan kepada generasi baru yang penuh cabaran dan juga melalui integrasi merentasi kurikulum, agama serta bangsa malah guru juga boleh menggantikan pemimpin kerana kualiti kepimpinan dan sikap tanggungjawab yang terdapat pada seseorang guru.