kertas kerja u2 individu

16

Click here to load reader

Upload: mohd-azlan-ismail

Post on 30-Jun-2015

6.799 views

Category:

Spiritual


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja u2 individu

1

1.0 PENGENALAN

Manusia merupakan sebaik-baik kejadian yang dicipta oleh Allah subhanawataa’la (S.W.T).

Firman Allah S.W.T:

Al-Quran. At- Tinn 95:4

Maksudnya:

“ Sesungguhnya Kami mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”. Berdasarkan ayat

ini, manusia sebagai ciptaan-Nya sepatutnya berasa bersyukur di atas kurniaan ini. Oleh itu,

salah satu cara menunjukkan tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T adalah melakukan segala

suruhan dan meninggalkan segala kemungkaran seperti menutup aurat. Menutup aurat

merupakan tuntutan yang wajib dalam Islam. Jadi, apabila seseorang itu tidak menutup aurat

pasti mengundang kemurkaan Allah S.W.T. Sebab itulah agama Islam menitikberatkan

mengenai menutup aurat. Tetapi masyarakat Islam sekarang seolah-olah mengabaikan dan

membelakangkan soal menutup aurat terutamanya cara berpakaian. Oleh sebab itu, kertas kerja

ini akan membincangkan tuntutan menutup aurat dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia

antaranya adalah untuk mengetahui definisi aurat dari segi bahasa. Selain itu, kertas kerja ini

juga akan menyatakan hukum menutup aurat dan ciri-ciri pakaian menurut islam. Di samping itu,

kertas kerja ini akan membincangkan punca-punca masyarakat Islam di Malaysia tidak menutup

aurat dan cadangan-cadangan ke arah masyarakat yang menutup aurat.

Page 2: Kertas kerja u2 individu

2

2.0 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui definisi sebenar aurat. Selain itu, kajian ini akan

membincangkan tentang hukum menutup aurat dan ciri-ciri pakaian menurut Islam terhadap

lelaki dan wanita. Di samping itu, kajian ini akan mengkaji punca-punca masyarakat Islam di

Malaysia tidak menutup aurat dan cadangan ke arah masyarakat Islam di Malaysia yang

menutup aurat.

3.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini tertumpu kepada masyarakat Islam di Malaysia. Ini kerana, masyarakat Islam di

Malaysia sekarang semakin mengabaikan aspek menutup aurat tidak kira lelaki mahupun wanita.

Dalam Islam, kedua-dua golongan sama ada lelaki atau wanita wajib menutup aurat tidak kira di

mana berada.

4.0 KAEDAH KAJIAN

Kajian telah dijalankan menggunakan kaedah resensi perpustakaan di mana penyelidikan

dilakukan berdasarkan pencarian di perpustakaan. Bahan- bahan terdiri daripada buku, artikel, al-

Quran dan hadis.

Page 3: Kertas kerja u2 individu

3

5.0 HASIL KAJIAN

5.1 Pendahuluan

Setiap syariat yang ditetapkan Allah S.W.T itu telah lengkap dan indah. Ini kerana, setiap syariat

itu pasti membawa kebaikan dan kemudahan kepada manusia. Setiap syariat yang dilarang pula

pasti mengandungi keburukan. Namun begitu, pada akhir zaman ini manusia seolah- olah tidak

mempedulikan lagi tuntutan Allah S.W.T dan Al- Quran. Contohnya dalam isu berpakaian.

Ramai yang mengaku sebagai Islam tetapi batas- batas anggota badan yang perlu ditutup mereka

abaikan. Ramai juga yang tahu menutup aurat, tetapi adakah mereka menutupnya dengan betul

seperti yang ditetapkan oleh Allah S.W.T dan Rasul? Dengan pertambahan fesyen pakaian yang

banyak khususnya tudung, maka aspek- aspek menutup aurat perlu dititikberatkan. Malah, ada

kain tudung hanya gah setakat nama sahaja tetapi masih dikategorikan tidak menutup aurat

apabila seseorang memakainya. Melihat senario ini, maka konsep berfesyen dan menutup aurat

perlu ditekankan supaya masyarakat Islam mendapat penjelasan mengenai menutup aurat

mengikut Islam dan perkara-perkara yang berkaitan dengan aurat yang betul dan menurut

kehendak syarak. Dalam Islam fesyen tidak menjadi persoalan. Apa yang penting adalah

menutup aurat. Berdasarkan situasi ini, penyelidik telah melakukan rujukan berpandukan resensi

perpustakaan. Hasil daripada resensi perpustakaan, penyelidik telah mengenal pasti definisi

sebenar aurat dari segi bahasa. Selain itu, penyelidik juga telah mengenal pasti hukum menutup

aurat dan ciri-ciri pakaian menurut Islam. Di samping itu, penyelidik juga telah menjumpai

punca-puna masyarakat Islam di Malaysia tidak menutup aurat dan cadangan ke arah masyarakat

Islam yang menutup aurat.

Page 4: Kertas kerja u2 individu

4

5.2 Penemuan hasil kajian

5.2.1 Definisi

Perkataan aurat berasal daripada bahasa Arab iaitu menerusi kata dasar “aar” yang bermaksud

“sesuatu yang aib, cela dan dikeji dan patut disembunyikan sama ada ia berbentuk perbuatan,

sifat atau perkataan” (Badawi, 1991). Selain daripada itu, aurat juga boleh didefinisikan sebagai

“ bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat atau wajib ditutup menurut hukum Islam” (Kamus

Dewan, 1994). Dapat disimpulkan di sini bahawa aurat adalah bahagian yang wajib ditutup dan

haram dipandang. Apabila dikatakan wajib, maka perbuatan yang bertentangan dengannya

adalah dikira berdosa.

5.3 Hukum menutup aurat

Menutup aurat adalah wajib. Firman allah s.w.t:

Al-Quran, Al-A’raf 7:26.

Page 5: Kertas kerja u2 individu

5

Maksudnya:

Wahai anak- anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan

untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa taqwa

itulah yang sebaik- baiknya. Yang demikian itu adalah tanda-tanda (limpahan kurnia) Allah (dan

rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangNya (dan bersyukur).

5.4 Ciri-ciri pakaian menurut islam

5.4.1 Lelaki

Dalam Islam, kaum lelaki juga harus menjaga aurat mereka untuk mencapai “kesucian yang

lebih baik” (Shaik Kadir, 2009). Ramai para ulama berpendapat bahawa aurat lelaki adalah

antara pusat dan lutut sahaja. Mengikut (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004), antara

ciri-ciri pakaian lelaki adalah:

I. Mestilah menutup seluruh auratnya iaitu bahagian di antara pusat dan lutut.

II. Mestilah longgar sehingga tidak menampakkan apa yang dilindungi (aurat).

III. Tidak memakai pakaian dan perhiasan daripada sutera dan emas.

Islam sememangnya mengharamkan kaum lelaki memakai perhiasan daripada sutera dan emas.

Page 6: Kertas kerja u2 individu

6

5.4.2 Wanita

Mengikut (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004), antara ciri-ciri pakaian wanita yang

telah digariskan oleh Islam adalah:

I. Menutup seluruh bahagian anggota badan yang telah diperintahkan oleh syarak dan membuka bahagian yang dibenarkan sahaja.

II. Pakaian longgar dan tidak jarang.

III. Tidak menyerupai pakaian lelaki bagi wanita dan sebaliknya.

5.5 Punca-punca masyarakat Islam di Malaysia memakai pakaian yang tidak menutup

aurat

Antara punca-punca masyarakat Islam di Malaysia memakai pakaian yang tidak menutup aurat

ialah:

5.51 Pengetahuan agama yang lemah

Secara umumnya, masyarakat Islam di Malaysia yang tidak menutup aurat berpunca daripada

kekurangan pengetahuan agama. Walaupun ada pengetahuan tetapi masih lemah. Seperti sedia

maklum, seseorang mendapat pendidikan agama secara tidak formal daripada ibu bapa mereka

sendiri. Seterusnya mendapat didikan agama secara formal apabila memasuki alam persekolahan.

Sikap ibu bapa yang hanya mementingkan pencapaian akademik sehingga aspek agama

diabaikan menjauhkan lagi anak-anak dengan kepentingan menutup aurat. Menurut Shofian

Ahmad dan Lotfiah Zainol Abidin, 2004 ini menyebabkan anak-anak beranggapan bahawa soal

agama tidak penting dalam kegiatan seharian.

Page 7: Kertas kerja u2 individu

7

5.5.2 Pengaruh media massa

Masyarakat hari ini mudah terpengaruh dengan apa yang dipaparkan di dalam media massa

seperti majalah-majalah dan televisyen (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004). Malah

kebanyakan majalah-majalah dan televisyen sering menampilkan wanita yang tidak menutup

aurat untuk mendapat publisiti. Kesannya masyarakat yang kurang pegangan agama terikut-ikut

dengan budaya tidak menutup aurat. Tidak dinafikan media cetak dan elektronik memainkan

peranan yang penting dalam menyebarkan maklumat dan berita-berita dengan cepat, tetapi

apabila melibatkan soal aurat, tidak sepatutnya gambar-gambar model yang tidak menutup aurat

disiarkan.

5.5.3 Modenisasi

Proses modenisasi yang dibawa oleh barat berjaya mempengaruhi masyarakat Islam khususnya,

(Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004). Setiap perkara yang dibawa oleh barat

mempunyai agenda tersendiri. Barat menganggap menutup aurat telah mengongkong kebebasan

wanita (Ustaz Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, 2004). Bagi masyarakat Islam yang berfikiran

sempit, mereka dengan yakin menerima dan bersetuju dengan apa yang dibawa oleh barat.

Negara barat cuba sedaya upaya mencari jalan supaya masyarakat mengikut gaya hidup mereka.

Bukan semua perkara yang dibawa negara barat tidak elok. Masyarakat Islam perlu mengekalkan

budaya ketimuran yang mana lebih baik daripada negara barat.

Page 8: Kertas kerja u2 individu

8

6.0 Cadangan ke arah masyarakat Islam di Malaysia menutup aurat

Pakaian menutup aurat merupakan jaminan Allah S.W.T ke atas hamba-Nya daripada sebarang

perkara yang tidak diingini. Di samping itu pakaian Islam merupakan lambang identiti seorang

muslim dan muslimah. Pada zaman sekarang, penutupan aurat menjadi lebih penting kerana

banyak unsur-unsur fitnah telah berlaku seperti jenayah rogol, sumbang mahram, seks sejenis

dan bermacam-macam lagi (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004). Antara

cadangannya adalah melibatkan:

6.1 Ibu bapa dan keluarga

Ibu bapa memainkan peranan yang penting ke arah memastikan dan mendidik anak-anaknya

berpakaian menutup aurat bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ini kerana

kanak-kanak cepat belajar dan mudah untuk diajar berkaitan menutup aurat. Menurut Shofian

Ahmad dan Lotfiah Zainol Abidin, 2004 mengatakan suami pula bertanggungjawab ke atas

isterinya. Seandainya ada bapa atau suami yang tidak melarang anak atau isteri mendedahkan

aurat maka mereka termasuk golongan yang dayus. Berpakaian menutup aurat bukanlah

diamalkan dalam beberapa keadaan tertentu atau terhad pada sesuatu waktu yang tertentu atau

dipaksa apabila mencapai usia baligh. Suruhan menutup aurat hendaklah disertai dengan

penerangan tentang perkaitannya dengan tuntutan agama. Tanpa pengetahuan agama, amalan

menutup aurat ini mungkin bersifat sementara dan tidak memberi kesan yang baik kepada

keperibadian anak tersebut bak kata pepatah “bagai mencurah air ke daun keladi”. Cara ini

memberi kesan jangka masa panjang kerana apabila anak-anak mencapai usia baligh, mereka

tidak akan berasa kekok, janggal, malu, rimas dan terbeban untuk berpakaian menutup aurat.

Sebaliknya mereka akan berasa takut dan malu untuk mendedahkan aurat.

Page 9: Kertas kerja u2 individu

9

6.2 Masyarakat sekeliling

Masyarakat sekitar juga berperanan ke arah mewujudkan pemakaian menutup aurat. Menurut

Shofian Ahmad dan Lotfiah Zainol Abidin, 2004 setiap anggota masyarakat juga perlu

mempraktikkan pakaian yang menutup aurat agar pemakaiannya akan menjadi majoriti yang

besar. Selain itu, apabila setiap anggota masyarakat mementingkan kewajipan Islam ini, maka

akan wujud kekuatan untuk menghalang atau menegur individu yang masih mendedahkan aurat.

Selain itu, masyarakat yang prihatin akan menjadikan anak-anak jiran seperti anak-anak mereka

sendiri. Mereka akan berasa bertanggungjawab menegur anak-anak jiran yang mendedahkan

aurat di luar rumah ataupun di luar pengetahuan ibu bapa mereka.

6.3 Diri sendiri

Diri sendiri merupakan faktor yang paling penting ke arah menerapkan kesedaran untuk

berpakain menutup aurat (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004). Walaupun semua

pihak telah memainkan peranan masing-masing tetapi jika individu itu dengan sendiri tidak

berusaha untuk menutup aurat maka usaha ke arah mewujudkan masyarakat yang berpakaian

menutup aurat akan gagal. Ini samalah dengan perumpamaan “hendak seribu daya, tidak hendak

seribu dalih”. Berpakain menutup aurat sepatutnya dilakukan kerana Allah S.W.T. Sekiranya

tidak kerana Allah S.W.T maka ia akan bersifat sementara dan berpakaian tersebut tidak dapat

menghalang mereka daripada melakukan maksiat lain. Antara cara-cara adalah dengan berdoa

kepada Allah S.wW.T agar diberi taufik dan hidayah selain daripada meminta di jauhkan

daripada segala kemaksiatan. Mereka perlulah mempertingkatkan kefahaman tentang kewajipan

menutup aurat dan cara-cara menutup aurat dengan betul. Kefahaman ini dapat dipertingkatkan

dengan mengikuti kelas agama, membaca buku-buku agama dan membaca al-quran serta hadis.

Page 10: Kertas kerja u2 individu

10

7.0 Rumusan kajian

Kajian yang bertajuk “Tuntutan menutup aurat dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia”

telah dijalankan untuk mengetahui definisi sebenar menutup aurat dan ciri-ciri pakaian menurut

Islam. Di samping itu, kajian ini juga telah dijalankan adalah untuk mengenal pasti punca-punca

masyarakat Islam di Malaysia tidak menutup aurat dan cadangan ke arah masyarakat yang

menutup aurat. Dalam proses menyiapkan kertas kerja ini, penyelidik menghadapi beberapa

batasan ataupun kekangan. Antaranya adalah sumber rujukan yang terhad. Penyelidik hanya

membuat rujukan kepada buku-buku dan juga al-Quran. Hal ini telah menghadkan penyelidik

untuk mengetahui lebih mendalam berkaitan tajuk yang telah dipilih. Selain itu, batasan lain

yang penyelidik hadapi ialah penyelidik tidak mendapat gambaran yang sebenarnya mengenai

masalah tidak menutup aurat. Ini disebabkan rujukan penyelidik hanya tertumpu kepada resensi

perpustakaan sahaja iaitu berdasarkan buku-buku dan al-Quran.

8.0 PENUTUP

Kesimpulannya, aurat merupakan sesuatu yang perlu dijaga dengan baik agar kehidupan di dunia

ini dipenuhi dengan keberkatan dan tergolong dalam golongan yang terpuji di akhirat kelak.

Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani umatnya. Segeralah memohon keampunan

Allah S.W.T. Syaitan merupakan musuh utama umat Islam. Jadi janganlah masyarakat Islam di

Malaysia pada hari ini mudah tertipu dengan godaan syaitan. Semua pihak seperti yang

dibincangkan sebelum ini perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing dalam mewujudkan

masyarakat Islam yang menutup aurat supaya kehidupan di dunia ini diberkati Allah S.W.T.

Yakinlah bahawa Allah S.W.T Maha Adil dalam menentukan tanggungjawab kepada lelaki dan

wanita.

Page 11: Kertas kerja u2 individu

11

9.0 RUJUKAN

Al- Quran. Al- A’raf 7:26. Cetakan kedua belas. 2001. Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Al- Quran. At –Tinn 95: 4. Cetakan kedua belas. 2001. Kuala Lumpur: Darul Fikir.

K.H.M. Ali Usman. Hadis Qudsi. 2002. Kuala Lumpur: Victory Agencie.

Mohd Asri Zainul Abidin. 2004. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah.

Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.

Shaik Kadir. 2009. Pendekatan Islam. Selangor: Marshall Cavendish Editions.

Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin. 2004. Aurat Kod Pakaian Islam. Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.