a146290 individu

8
Tugasan Individu Nurul Natasha binti Borhan A146290

Upload: natashaborhan

Post on 12-Apr-2017

96 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Tugasan Individu Nurul Natasha binti Borhan A146290

PROGRAM : Operasi Khidmat Masyarakat 10 Penjuru Darul Ta'zim TARIKH : 17-22 Januari 2014 TEMPAT : Kampung Parit Warijo, Seri Medan, Batu Pahat, Johor ANJURAN : Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ), UKM

Majoriti penduduk beragama islam, yang berketurunan jawa.

Penduduk yang berkeluarga dari pelbagai peringkat umur.

Majoriti penduduk disitu merupakan warga emas

(lingkungan umur 50 tahun dan ke atas).

Kampung yang sangat aktif dengan pelbagai aktiviti

terutama aktiviti gotong-royong, aktiviti rewang, solat

berjemaah dan aktiviti kerakyatan.

Hari Pertama

(malam)

• Berkumpul / Pendaftaran peserta di Pusanika UKM

• Perasmian OPKIM PERMAJ 10 Penjuru

• Bertolak ke Kampung Parit Warijo Seri Medan, Batu Pahat, Johor

Hari

Kedua

• Majlis Penyerahan Anak Angkat Kepada Keluarga Angkat

• Hari bersama keluarga angkat

Hari

Ketiga

• Khidmat Sosial dan Gotong-Royong Perdana bersama masyarakat KampungParit Warijo, Seri Medan.

• Rewang Bersama Penduduk Kampung Untuk Program Maulidurrasul di Perkarangan Surau

• Slot Kerohanian : Program Maulidurrasul

Hari

Keempat

• Program Pendidikan : “ Gedung Ilmu Wadah Kegemilangan Bersama ”

• Di Sekolah Rendah (Sek. Keb. Sri Sejati)

• Di Sekolah Menengah (Sek. Men. Keb. Sri Medan)

• Program Sukan : Sukaneka & Sukan Rakyat Bersama Masyarakat Kampung Parit Warijo, Seri Medan.

Hari Kelima

• Slot “Senaman 10 Penjuru” Bersama Masyarakat Kampung Parit Warijo.

• Slot Khidmat Sosial:

• Bengkel Pembuatan Kuih & Kek Oleh Patmah Cookies (Khas Untuk Para Ibu)

• Program Pemeriksaan Kesihatan Rumah Ke Rumah (Khas Untuk Warga Emas)

• Majlis Perasmian Malam Kebudayaan, Majlis Penutupan dan Penyerahan Anak Angkat

• Persembahan Malam Kebudayaan oleh wakil AJK PERMAJ dan wakil Penduduk Setempat.

Hari Terakhir

• Bertolak Ke Pasir Gudang untuk majlis penutupan

• Majlis Penutupan OPKIM 10 Penjuru PERMAJ UKM

Semangat bekerjasama yang sangat kuat. Dapat merasa macam mana seronoknya sertai aktiviti rewang dengan penduduk kampung, serta dapat lakukan pelbagai aktiviti dan sukan rakyat.

Dengan adanya semua aktiviti, kita akan dapat rasa hubungan yang sangat akrab antara mahasiswa dan penduduk kampung. Lebih-lebih lagi dengan keluarga angkat sendiri.

Memandangkan ketua kampung disitu merupakan bekas tentera, jadi kami dilatih untuk sentiasa menepati masa dan pandai untuk menjaga masa. Kami ditegaskan supaya dapat mengelakkan daripada datang lewat untuk lakukan setiap aktivit yang dijalankan.

Selain itu, kami juga dapat mempelajarai sendiri

bagaimana cara untuk memasak masakan negeri

Johor terutamanya Nasi Ambeng.

Tambahan itu juga, penduduk kampung mengadakan upacara penyembelihan

seekor lembu untuk persiapan memasak bagi majlis

Sambutan Maulidur Rasul peringkat kawasan kampung. Oleh itu, kami berkesempatan

untuk belajar cara memasak sup daging dan sup tulang.

Dan yang terakhir sekali, pengalaman yang paling

bermakna ketika menyertai program ini ialah, saya dapat mempelajari apa itu makna

“TEAM WORK” yang sebenar. Jika tiada AJK yang sangat

memberi kerjasama dan komitmen yang sangat baik, mana mungkin program ini dapat berlangsung dengan

jayanya.