assignment individu d20121058364

29
KPP 3014 D20121058364 1 TAJUK : MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN REMAJA KURSUS: PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR TUGASAN: TUGASAN INDIVIDU KOD KURSUS : KPP 3014 NAMA : NUR KAREENA AQILA BINTI MAHDZIR NO. MATRIK : D20121058364 NO. KAD PENGENALAN : 920111 02 5342 NAMA PENSYARAH : DR. HAJAH EFTAH BINTI ABDULLAH TARIKH HANTAR : 22 MAC 2013

Upload: qaseh-aqila

Post on 29-Nov-2014

2.821 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

1

TAJUK :

MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN REMAJA

KURSUS:

PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR

TUGASAN:

TUGASAN INDIVIDU

KOD KURSUS :

KPP 3014

NAMA : NUR KAREENA AQILA BINTI MAHDZIR

NO. MATRIK : D20121058364

NO. KAD PENGENALAN : 920111 – 02 – 5342

NAMA PENSYARAH : DR. HAJAH EFTAH BINTI ABDULLAH

TARIKH HANTAR : 22 MAC 2013

Page 2: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

2

ISI KANDUNGAN

Bil. Kandungan Muka surat

1. Pendahuluan 1

2. Jenis-jenis dadah 3

3. Perbandingan isu masalah penyalahgunaan dadah di dalam negara dan di

luar negara

12

4. Kaitan di antara masalah penyalahgunaan dadah dengan tingkah laku dan

teori perkembangan remaja di dalam bilik darjah

15

5. Peranan guru dalam merangka strategi keseluruhan dan spesifik bagi

memahami pelajar remaja yang terlibat dengan masalah penyalahgunaan

dadah

20

6. Kerangka kerja peranan guru dalam mengatasi masalah penyalahgunaan

dadah

23

7. Kesimpulan 26

8. Rujukan 27

Page 3: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

3

1.0 PENDAHULUAN

Remaja dan masalah-masalah berkaitan dengan moral adalah tidak dapat dipisahkan malahan

semakin memburuk. Dengan teknologi yang semakin canggih, pelbagai perkara dapat dipelajari

di alam maya sesuai dengan kata-kata yang sering diungkapkan kini iaitu “ilmu dihujung jari”.

Tetapi bagi remaja, dengan kewujudan teknologi kini membuatkan mereka lebih mudah untuk

meneroka apa sahaja perkara baru, bersesuaian dengan perkembangan mereka yang terarah

kepada sifat ingin tahu yang tinggi. Perkara-perkara seperti rempit, vandalisme, gangsterisme,

dan dadah dapat di pelajari melalui teknologi terkini contohnya internet. Penggunaan internet

yang semakin popular di kalangan remaja membolehkan mereka untuk meneroka lebih jauh

mengenai sesuatu perkara sebagai contohnya berkaitan dengan tajuk iaitu mengenai penggunaan

dadah. Di dalam internet kini terdapat pelbagai maklumat mengenai dadah daripada am

sehinggalah kepada spesifik. Terdapat laman web yang memaparkan mengenai cara-cara untuk

menghasilkan dadah dan perkara ini boleh memberi impak negatif kepada remaja. Definisi

dadah menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sejenis bahan yang digunakan sebagai

ubat yang boleh menyebabkan khayal atau tidak sedarkan diri dan ketagih. Namun begitu, setiap

kandungan dadah di dalam ubat adalah berlainan. Sekiranya sesuatu ubat itu di ambil dalam

kuantiti yang banyak boleh menyebabkan sesorang itu berada dalam keadaan khayal dan tidak

sedarkan diri. Terdapat pelbagai jenis dadah yang terdapat di seluruh dunia ini. Ada dadah yang

berbentuk pil mahupun cecair. Kini, dadah yang paling popular di kalangan remaja adalah ubat

batuk dan daun ketum. Hal ini kerana kedua-dua jenis bahan ini adalah mudah didapati di

sekitar mereka. Dengan teknologi yang canggih serta dengan bantuan daripada internet

memudahkan remaja kini untuk membuat dadah sintetik sendiri. Dadah sintetik merupakan

sejenis dadah yang lebih berbahaya. Jenis-jenis dadah yang lain akan di terangkan dengan lebih

lanjut di dalam tajuk yang seterusnya. Masalah penyalahgunaan dadah di kalangan remaja

semakin runcing saban tahun. Hal ini dibuktikan dengan statistik penglibatan remaja terhadap

dadah sepanjang tahun adalah meningkat. Menurut Agensi Anti Dadah Kebangsaan, statistik

pada tahun 1998 sehingga 2003 terdapat seramai 255, 725 penagih dadah di mana merangkumi

1.02 peratus jumlah penduduk Malaysia. Manakala purata pertambahan penagih baru pada tahun

1999 sehingga 2003 adalah seramai 17,174 setahun. Jika perkara ini berlaku secara berterusan,

dijangka kadar jumlah penagih akan meningkat sehingga 461, 000 pada tahun 2015. Jika

dianalisis profil penagih pada tahun 1999 sehingga 2003 seramai 72% sehingga 76% adalah dari

Page 4: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

4

kalangan remaja. Beralih pula kepada definisi seorang remaja, remaja merujuk Kamus Dewan

Bahasa dan Pustaka adalah seorang individu yang sudah cukup umur ataupun akil baligh.

Manakala bagi Dr. Awang Sudji (1977) pula, remaja adalah di mana seseorang itu mulai dewasa,

sudah cukup umur serta sudah cukup umur untuk berkahwin berlainan pula bagi Khadijah Haidi

Khalid (1994) yang menyatakan bahawa remaja adalah zaman peralihan dalam proses

perkembangan manusia di antara belia dan remaja. Ahli-ahli psikologi membahagikan remaja

kepada empat peringkat umur iaitu pra-remaja (11 tahun sehingga 13 tahun), awal remaja (13

tahun sehingga 15tahun), remaja pertengahan (15tahun sehingga 18 tahun) dan remaja akhir (18

tahun sehingga 20 tahun). Setiap remaja akan melalui setiap peringkat perkembangan iaitu

perkembangan fizikal, perkembangan kognitif, serta perkembangan sosio-emosi. Melalui

perkembangan inilah yang boleh menjadi punca atau sebab sesuatu masalah sosial yang berlaku

dalam kalangan remaja. Apabila menyentuh hal ini, remaja masih terbelenggu dan merasa diri

mereka sentiasa benar dan berada di jalan betul. Oleh itu, penulisan ilmiah ini akan

membincangkan mengenai isu masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja serta

kaitannya dengan teori serta perkembangan remaja itu sendiri. Selain daripada itu, penulisan ini

turut akan menyentuh kepada peranan guru dalam memahami serta mengatasi masalah

penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar remaja.

Page 5: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

5

2.0 JENIS-JENIS DADAH

2.1 Jenis dadah Depressant

Pengenalan

- Bahan perubatan ubat penenang untuk menukarkan sistem saraf pusat

Rajah 2.1 : Contoh gambar dadah jenis Depressant

NAMA/BENTUK CARA

PENGAMBILAN

TANDA

PENGAMBILAN

KESAN PENGAMBILAN

JANGKA

PENDEK

JANGKA

PANJANG

Methaqualone

- Traquliser

- Rohypnol

Dimakan dalam

bentuk

tablet/kapsul,

kapsul barbiturat

dipecah, dilarut

ke dalam air dan

disuntik,

dicampur dengan

heroin, dimakan

dalam

bentuk/kapsul.

Pil / Kapsul

Pertuturan kurang

jelas, berjalan

terhuyung-

hayang, hilang

pertimbangan,

hilang daya

ransangan

Muntah, susah

tidur, ketakutan,

perasaan sensitif

Tidak boleh

tidur, lemah

/lesu, suhu

badan

meningkat,

tekanan darah

rendah,

muntah-

muntah, tidak

sedar diri

Bimbang,

ketakutan,

susah tidur

Mengurangkan

kegiatan urat

saraf / otot /

jantung,

penafasan.

Menurunkan

tekanan darah,

tidak sedar diri,

anak mata

membesar,

tekanan darah

meningkat , mati

Mati apabila

bahan itu

dicampur dengan

alkhohol

Page 6: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

6

2.2 Jenis dadah Opiat

Pengenalan

- Bahan perubatan untuk menidurkan atau melegakan kesakitan.

- Mempunyai potensi yang tinggi ketagihan

Rajah 2.2 : Contoh gambar dadah jenis Opiat

NAMA/BENTUK CARA

PENGAMBILAN

TANDA

PENGAMBILAN

KESAN PENGAMBILAN

JANGKA

PENDEK

JANGKA

PANJANG

Asli - CANDU

- Candu

mentah

- Candu

masak

- Tahi candu

Dihisap dengan

paip,telan, makan

Khayal-

halusinasi,

Euforia -

kesugulan,

pemikiran/

pertimbangan

berkurangan

Mengantuk,

badan menjadi

lemah,

mengalami

gangguan jiwa

Ketagihan,

kelemahan

fizikal dan

mental

MORFIN

- White powder

- White stuff

- Morfin

mentah

- Base morfin

- Pil morfin

Dicairkan,

Disuntik ke

dalam pembuluh

darah dengan

jarum suntikan.

Pergerakan tidak

seimbang, tindak

balas lambat,

mata hitam

mengecil, hidung

berair,

mual/muntah,

hilang selera

makan

Rasa resah, cirit

birit, sakit perut,

rasa sejuk,

berpeluh

HIV/AIDS,

gangguan jiwa,

lebih dose, mati

Page 7: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

7

HEROIN NO.3

HEROIN NO.4

BROWN

HEROIN

HEROIN

BLACK TAR

KODEIN

Masuk dalam

rokok, dihisap,

chasing the

dragon, disuntik,

dicair

Diminum dlm

ubat batuk

Muka jadi merah,

mata hitam

menjadi kecil,

tiada

pertimbangan,

hilang selera

makan, bersifat

hyperaktif,

bertambah risau

dan terlalu

sensitif, tekanan

darah, suhu

badan, diameter

anak mata

mengalami

perubahan,

keseluruhan

penagih

mengalami emosi

yang negatif.

Tanggapan

Menjadi kurang

terang, tidak

dapat

menumpukan

perhatian penuh

dan pengguna

akan menjadi

tidak sedar,

bingung/

berkelakuan

seperti orang

mabuk, ambil

berlebihan

kekejangan,

tiada wujud

muforia,

menjadi ketagih,

berlebihan

kepada dadah

pengurusan diri

lebih mudah

Hepatitis,

Kancing gigi,

Keracunan

darah, HIV /

AIDS. Mati

Page 8: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

8

2.3 Jenis dadah Halusinogen

Pengenalan

- Dadah asli dan sintatik, mengubah pandangan visual dimana seseorang itu susah untuk

membezakan yang benar atau tidak.

Rajah 2.3 : Contoh gambar dadah jenis Halusinogen

NAMA/BENTUK CARA

PENGAMBILA

N

TANDA

PENGAMBILA

N

KESAN PENGAMBILAN

JANGKA

PENDEK

JANGKA

PANJANG

HALLUCENO- GENIC

MUSHROME

LYSERGIC ACID

DIETTHYLAMIDE (LSD)

DIYMETHYLTRYPTAMI

NE (DMT)

PHENLYCLIDINE (PCP)

KETAMINE

Di makan

dalam bentuk

tablet/kapsul,

dicampurkan

dalam minuman

Anak mata

membesar,

tekanan darah

meningkat,

penerapan deria

yang berubah,

pengalaman

psikik

menyeronokan

dan

menakutkan.

Pencerapan

deria yang

berubah,

menyeronoka

n,

menakutkan,

keadaan

'flashback'

dimana

penagih

masih

dipengaruhi

oleh

hallusinogen.

Tidak dapat

mengawal

diri, tidak

dapat

membezak

an antara

yang benar

atau tidak,

panik,

paranoia,

psikosis

Page 9: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

9

2.4 Jenis dadah Inhalant

Pengenalan

- Tidak ditakrifkan sebagai dadah.

- Walau bagaimanapun banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.

Rajah 2.4 : Contoh gambar dadah jenis Inhalant

NAMA/BENTUK CARA

PENGAMBILAN

TANDA

PENGAMBILAN

KESAN PENGAMBILAN

JANGKA

PENDEK

JANGKA

PANJANG

Gam, ubat

nyamuk, minyak

petrol, cat cair,

thiner, cecair

pemetik api, spray

rambut, krim

pencuci

Dihidu melalui

hidung.

Nota :

Kebanyakan

pengambilan ini

dilakukan oleh

remaja dan belia

Bertindak di atas

sistem saraf

pusat, khayal,

halusinasi

Loya, bersin,

hidung

berdarah, letih

tidak bertenaga,

hilang selera

makan, tubuh

menggeletar,

Susut berat

badan,

pendarahan

dalam otak,

hapetitis B,

sistem saraf

tunjang rosak,

ganguan paru-

paru dan saluran

penafasan, mati

Page 10: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

10

2.5 Jenis dadah Kanabis

Pengenalan

- Semua bentuk dadah diperolehi dari pokok genus kanabis

Rajah 2.5 : Contoh gambar dadah jenis Kanabis

NAMA/

BENTUK

CARA

PENGAMBILAN

TANDA

PENGAMBILAN

KESAN PENGAMBILAN

JANGKA

PENDEK

JANGKA PANJANG

GANJA

HASHISH

MARIJUAN

A

Dikenali

sebagai

ganja,Marijua

na kanabis

ganja merujuk

kepada

bahagian daun

dan pucuk

berbunga

pokok kanabis

di jadikan

dalam bentuk

blok atau sate.

Ia menyerupai

tembakau .

Dihisap dalam

rokok dan

dikunyah,

dicampur dalam

makanan seperti

nasi dan biskut

Khayal,

sugul/kecewa,

tindakbalas

kelakuan berubah

macam mabuk,

bila berdepan

dengan rasa

cemas dan takut,

mata merah, tidak

boleh tidur, sakit

perut, hilang

selera makan

Pergantungan,

ketagihan,

tekanan jiwa,

halusinasi,

bertambah

selera makan,

pergerakan

tidak agresif

Peribadi merosot dan

kadang kala sakit otak

akan menyerang

sekiranya penyalah-

gunaannya

berpanjangan,

kerosakan dibahagian

paru-paru, jantung,

otak

Lelaki Pengeluaran hormon

merosot, kurang

bilangan sperma, mati

pucuk

PEREMPUAN

Kedatangan haid tidak

menentu, kurang

bilangan telur dalam

ovari, melemahkan

daya penyusuan

kepada bayi.

Page 11: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

11

2.6 Jenis dadah Psikotrapik

Pengenalan

- Adalah dadah yang bertindak kepada otak dan meransang fizikal

Rajah 2.6 : Contoh gambar dadah jenis Psikotrapik

NAMA/BENTUK CARA

PENGAMBILA

N

TANDA

PENGAMBILAN

KESAN PENGAMBILAN

JANGKA

PENDEK

JANGKA

PANJANG

METHAMPHETA

MINE

Dikenali sebagai

syabu, ice, batu

kristal, kaca

diamond.

Pil/kapsul

chasing the

dragon.

Tingkah laku yang

agresif, tekanan

darah tinggi.

Perasaan

yakin pada

diri sendiri

boleh

berjaga

tanpa tidur

2-3 hari.

Penurunan berat

badan, penyakit

saraf, jarang

tidur, hilang

selera makan,

bimbang

berpanjangan,

kulit kering dan

gatal-gatal,

hilang daya

ingatan

stroke/mati.

AMPHETAMINE

Tujuan asal untuk

perubatan

perangsang kepada

sistem saraf pusat.

Menahan rasa

mengantuk dan

keletihan .

Pil/kapsul

dimakan

Keletihan, tidor

berlebihan, reaksi

psikolik, lapar,

despresi, sentiasa

resah, kemurungan.

Perasaan

yakin pada

diri sendiri

boleh

berjaga

tanpa tidur

2-3 hari.

Penurunan berat

badan, penyakit

saraf, jarang

tidur, hilang

selera makan,

bimbang

berpanjangan,

kulit kering dan

gatal-gatal,

hilang daya

ingatan

stroke/mati.

Page 12: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

12

MDMA

(METHYLENE

DIOXYMETHAM

PHE TAMINE)

PIL ECSTASY

(XTC)

Pink lady, playboy

Pil , kapsul

(makan)

Menggeletar,resah

gelisah,tidak boleh

tidur, paranoia.

Resah, tidak

boleh tidur,

tidak rasa

lapar,

bercakap

berlebihan.

Penurunan berat

badan, penyakit

saraf, jarang

tidur, hilang

selera makan,

bimbang

berpanjangan,

kulit kering dan

gatal-gatal,

hilang daya

ingatan,

pendarahan

dalaman,

stroke/mati

Page 13: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

13

2.7 Jenis dadah Stimulan

Pengenalan

- Phetamin Kokain

o Daun koka

o Paste koka

o Kokain freebase

o Crack kokain

Rajah 2.7 : Contoh gambar dadah jenis Stimulan

NAMA/BENTUK CARA

PENGAMBIL

AN

TANDA

PENGAMBILAN

KESAN PENGAMBILAN

JANGKA

PENDEK

JANGKA

PANJANG

Kokain juga dikenali

sebagai kokain rock

adalah nama untuk

sejenis kokain tulen

(freebase) yang dihisap.

Crack kokain adalah

campuran kokain dengan

serbuk yang hasilnya

berbentuk granules.

Crack yang mempunyai

ketulenan sehingga 90%

adalah sangat berbahaya

kerana ia mendatangkan

ketagihan teruk selepas

penggunaan yang agak

singkat..

Disuntik,

dimakan,

dihidu,

dihisap

Depresi, ketagihan

teruk, keletihan

mental, fizikal,

keresahan dan

fikiran sering

terganggu

Kurang selera

makan,

degupan

jantung yang

laju, suhu

badan yang

tinggi, tidak

dapat tidur,

halusinasi,

paranoia,

tidak

menghiraukan

kesihatan dan

kebersihan

diri

Boleh berjaga

tanpa tidur 2-3

hari, penurunan

berat badan,

tingkahlaku yang

agresif, kesan

psikologi

halusinasi dan

paranoid, kesan

pada otak,

kematian

Page 14: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

14

3.0 PERBANDINGAN ISU MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DI DALAM

NEGARA DAN DI LUAR NEGARA.

Penyalahgunaan dadah di kalangan remaja bukan sahaja berlaku di dalam negara Malaysia

bahkan perkara ini turut berlaku di negara luar. Masalah sosial remaja ini turut mempunyai

faktor yang sama iaitu faktor daripada keluarga dan juga persekitaran. Permasalahan ini menjadi

bualan masyarakat di serata dunia tidak kira bangsa, negara dan agama. Daripada dahulu

sehingga kini, masalah ini masih berlaku dan tidak ada tanda-tanda untuk berkurang. Hal ini

mungkin disebabkan oleh kemudahan untuk mendapatkan bekalan dadah yang mudah kerana

ramai orang dewasa sendiri yang menjadi pengedar dadah kepada remaja.

Di Malaysia, remaja yang banyak terlibat dengan dadah adalah daripada bangsa

Melayu. Hampir majoriti daripada remaja yang terlibat dengan masalah ini adalah remaja

Melayu yang mempunyai masalah keluarga serta pengaruh rakan. Begitu juga dengan negara

luar. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan di Poland menyatakan bahawa remaja yang

terlibat dengan dadah adalah daripada kalangan remaja yang tidak boleh berdikari atau dalam erti

kata lain remaja tersebut inginkan perhatian. Fitrah seorang manusia inginkan kasih sayang,

apatah lagi bagi remaja.

Seterusnya, melihat pula kepada faktor-faktor yang menyebakan berlakunya

masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja kini. Di antara faktor yang

mempengaruhi remaja adalah faktor keluarga. Berdasarkan setiap aspek ruang kehidupan remaja

yang cemerlang adalah berpunca daripada keluarga sempurna serta didikan dan ikatan kasih

sayang yang akrab di antara ahli keluarga. Berlainan pula dengan apa yang berlaku kepada

remaja yang terlibat dengan masalah ini. Remaja ini majoritinya berasal daripada keluarga yang

berpecah belah, tidak mempunyai ibu bapa, mangsa penderaan keluarga dan sebagainya.

Berdasarkan kajian yang telah di lakukan di dalam negara kepada pelatih

institusi pemulihan dadah menunjukkan bahawa 52 peratus daripada keseluruhan pelatih

mempunyai masalah keluarga dan 33 peratus daripadanya adalah daripada kalangan remaja di

antara umur kurang daripada 18 tahun sehingga 23 tahun. Manakala kajian di Poland pula

menunjukkan 42.4 peratus daripada responden remaja mengambil dadah disebabkan oleh

keretakan insitusi keluarga mereka.

Page 15: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

15

Kajian Rokiah (2010) menunjukkan bahawa terdapat pelatih yang mempunyai

sejarah ahli keluarga yang pernah menagih atau menjadi penagih. Kekerapan yang paling tinggi

adalah abang yang menjadi penagih dalam keluarga iaitu sebanyak 10 peratus dan 7 peratus

dicatatkan oleh adik. Jelas dibuktikan ahli keluarga turut menjadi perkra penting dalam hal

penyalahgunaan dadah ini. Keluarga adalah merupakan tonggak utama dalam diri remaja.

Tersilap acuan yang dibentuk maka silaplah hasilnya nanti. Bak kata pepatah, ‘melentur buluh

biarlah dari rebungnya’.

Berdasarkan kajian oleh Marian (2005), remaja yang terlibat dengan dadah ini

mempunyai sebab yang kuat berkaitan dengan keluarga mereka. Ikatan keluarga yang lemah

meyebabkan remaja tersebut merasakan bahawa diri mereka tidak penting di dalam keluarga.

Ikatan kekeluargaan yang lemah ini turut disebabkan oleh perlakuan remaja yang menipu kedua

remaja untuk meminta wang. Selain daripada itu, ibu bapa juga tidak memahami dengan apa

yang berlaku kepada anak-anak mereka atau dalam bahasa mudahnya mereka tidak

menghiraukan mengenai perkembangan anak mereka.

Rakan sebaya mempengaruhi individu sejak dia mula bersosial di luar ruamh

selain daripada adik beradiknya sendiri. Menurut Berk (1989), rakan sebaya adalah mereka yang

sama umur kronologi atau hampir sama umur dengan seseorang individu. Menurut Abd. Majid

dan Rahil (1997) dan Santrock (2007), remaja lebih rapat dengan rakan sebaya daripada ibu

bapanya. Mereka lebih selesa, spontan, dan terbuka apabila bersama rakan dan merasakan lebih

mempercayai rakan sebaya berbanding ibu bapa mereka sendiri.

Perkara di atas dapat diyakinkan lagi dengan statistik yang menunjukkan bahawa

64 peratus responden yang menjalankan kajian di sebuah institusi pemulihan dadah di Malaysia

adalah berpunca daripada kawan sebaya yang rapat dan 15 peratus adalah disebabkan perngaruh

rakan dan untuk keseronokan. Jelas kajian ini menepati perbincangan pada perenggan sebelum

ini. Perkara ini membimbangkan semua pihak kerana setiap individu tidak akan lari daripada

berkawan apatah lagi bagi remaja yang memang sedang melalui tahap perkembangan tersebut.

Page 16: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

16

Sebagai contoh realiti yang berlaku kini, seorang remaja yang berkawan dengan

seorang remaja akhir atau remaja dewasa yang merupakan seorang pengedar dadah tanpa

pengetahuan remaja tersebut. Lelaki (remaja dewasa) tersebut pada suatu hari telah mempelawa

remaja tersebut sekotak rokok untuk dan kononnya dijadikan sebagai hadiah kepada remaja

tersebut. Tanpa pengetahuan remaja tersebut, lelaki itu telah meletakkan dadah ke dalam rokok

tersebut dan secara terusnya menyebabkan remaja tersebut telah mula ke kancah dunia penagihan

dadah.

Remaja tersebut kemudiaannya pasti akan meminta lagi kepada lelaki tersebut

kerana dia telah pun mengalami ketagihan dadah. Dengan itu, lelaki tersebut akan menjualkan

dadah tersebut kepada dia dan sekiranya remaja itu adalah merupakan pelanggan tetap, mungkin

sahaja remaja itu juga akan menjadi orang bawahan lelaki itu sebagai pengedar dadah dan

mencari mangsa lain untuk turut terjerumus menghisap dadah. Perkara ini turut berlaku di luar

negara. Kajian yang telah dijalankan di Amerika menunjukkan bahawa 94 peratus daripada

penagih dadah remaja di sana mempunyai rakan yang menjual dadah.

Berbeza dengan negara Malaysia, penggunaan minuman beralkohol adalah

dilarang sama sekali dan tidak meluas jika mahu dibandingkan dengan negara luar yang lebih

bersifat terbuka mengenai perkara ini. Merujuk kepada kajian yang telah dijalankan di Kanada

hampir 30 peratus daripada remaja terlibat dengan minuman beralkohol tegar yang meliputi bir,

arak dan wain. Manakala peratusan tertinggi penagih dadah remaja yang teribat dengan alkohol

adalah 45 peratus dengan dadah jenis kanabis.

Kesemua faktor ini ada berkaitan dengan perkembangan remaja. Pada topik

yang seterusnya akan dibincangkan mengenai kaitan di antara tingkah laku dan teori

perkembangan remaja. Satu persatu tahap perkembangan akan diterangkan dan bagaimana satu-

satu teori boleh dikaitkan dengan masalah sosial yang di hadapi oleh remaja.

Page 17: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

17

4.0 KAITAN DI ANTARA MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DENGAN

TINGKAH LAKU DAN TEORI PERKEMBANGAN REMAJA DI DALAM BILIK

DARJAH.

Tingkah laku seseorang remaja dipengaruhi oleh perkembangan mereka pada ketika itu.

Sesorang remaja mula mempunyai masalah tingkah laku apabila mencapai umur 15 tahun dan ke

atas. Mereka mula mencari identiti berdasarkan pemerhatian mereka terhadap individu di

hadapan mereka sahaja. Namun begitu, ada juga remaja yang akur dengan kehendak ibu bapa

mereka dan meninggalkan cita-cita mereka. Kebanyakan remaja gemar untuk bersifat melulu

dalam membuat keputusan tanpa memikirkan akibat yang akan berlaku pada masa akan datang.

Sesorang remaja akan melalui beberapa peringkat perkembangan remaja iatitu

peringkat perkembangan fizikal, kognitif serta perkembangan sosio-emosi. Perkembangan

fizikal adalah merujuk kepada perkembangan luaran remaja yang boleh dilihat dengan mata

kasar. Di antara perkembangan fizikal remaja ialah perubahan pada bentuk muka yang akan

lebih berbentuk seperti muka orang dewasa. Selain daripada itu, remaja turut mengalami

perubahan drastik pada ketinggian tubuh badan mereka terutamanya bagi remaja lelaki yang

berkembang pesat pada umur 16 tahun dan ke atas.

Pada peringkat perkembangan inilah remaja mula untuk risau dengan perubahan

yang berlaku pada diri mereka. Mereka risau sekiranya tubuh badan mereka tidak secantik dan

tidak segagah remaja lain. Hal ini turut boleh menyebabkan tekanan kepada seseetengah remaja.

Remaja yang tertekan mudah untuk membuat dan mencari solusi yang mudah untuk

menyelesaikan masalah mereka dalam masa yang singkat. Oleh itu, mereka sering menggunakan

dadah sebagai salah satu daripada alat atau ubat untuk tekanan mereka itu. Dengan cara

pengambilan dadah tersebut maka mereka tidak lagi perlu memikirkan mengenai masalah

mereka lagi.

Perkara di atas tadi adalah merupakan permasalahan tekanan yang berlaku

kepada remaja sekolah. Bagaimana pula bagi remaja yang melanjutkan pengajian. Pelajar yang

melanjutkan pengajian sama ada di institusi awam mahupun swasta sering dibebani dengan

tugasan sehingga kadang kala menyebabkan pelajar tersebut mengalami tekanan perasaan. Hali

ini kemudiannya akan menyebabkan remaja akan mencari dadah untuk melupakan masalah

Page 18: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

18

mereka. Dengan sekali pengambilan dadah, masa depan remaja tersebut secara amnya akan

musnah.

Pada tahap umur 12 sehingga 23 tahun adalah merupakan zaman yang dipenuhi

dengan pergolakan dan tekanan yang menyebabkan konflik dan perubahan ragam yang tidak

menentu. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, remaja yang merokok boleh mendorong

kepada ketagihan dadah. Manakala dadah dan rokok berkait rapat dengan definisi remaja yang

mengatakan kedua-dua bahan tersebut boleh mengurangkan tekanan dan masalah yang dihadapi

oleh mereka sesuai dengan Teori Tekanan Perasaan Mc Auliffe.

Menurut Feigelmen dan Feigelemen (1993), zaman kanak-kanak ke alam remaja

merupakan zaman yang penuh dengan pelbagai pergolakan masalah dan diiringi pelbagai bentuk

cabaran. Cabaran disini boleh dikaitkan dengan cabaran pengaruh rakan dan juga cabaran

pembangunan teknologi. Pengaruh rakan dikaitkan dengan cabaran adalah kerana setiap remaja

memerlukan ssesorang di samping mereka dan di antara yang rapat dengan diri seseorang

individu adalah rakan. Rakan yang tidak baik akan mempengaruhi remaja untuk terjerumus

kepada masalah sosial seperti masalah penyalahgunaan dadah.

Cabaran pembangunan teknologi pula merujuk kepada pembangunan teknologi

yang memudahkan remaja untuk mengakses ke dunia maya. Cara pembuatan dadah kini tersebar

dengan meluas sama ada di dalam bentuk video atau secara penulisan. Kebangkitan I-Pad dan

aplikasi Android kini lebih memudahkan remaja untuk mengakses apa-apa maklumat di internet.

Remaja tidak lagi perlu untuk ke kedai komputer atau pun mana-mana pusat siber untuk

menggunakan internet. Jelas disini, bahawa pembangunan teknologi menjadi cabaran kepada

remaja kini.

Berikutnya beralih pula kepada perkembangan kognitif remaja. Pada tahap

perkembangan ini, remaja mula menjadi serius dan dapat memberikan tumpuan mengikut

kehendak sendiri, sudah berupaya memikirkan mengenai perkara-perkara yang abstrak serta

terpaksa berhadapan dengan pendirian hidup sebenar dan persoalan mencari identiti yang

tersendiri. Di sini dapat dilihat bahawa remaja mula untuk memberikan persepsi sendiri mereka

terhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka dan sentiasa ingin cuba untuk melakukakan

sesuatu perkara baru.

Page 19: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

19

Menurut pandangan Jean Piaget (1969), remaja mampu melakukan beberapa

perkara seperti menyelesaikan masalah yang konkrit, mengkaji perasaan dan pemikiran sendiri,

mengaplikasikan prinsip-prinsip untuk menyelesaikan masalah, membentuk hipotesi-hipotesis

ketika menyelesaikan masalah, serta srtuktur mental atau skemata akan bertambah. Namun

berbeza dengan keadaan dunia sebenar di mana remaja suka untuk mencari jalan penyelesaian

yang mudah serta mudah untuk berputus asa, sebagai contoh menggunakan dadah untuk

menenangkan perasaan dan menyelesaikan masalah yang timbul.

Remaja menggunakan dadah dengan alasan untuk menghilangkan tekanan

belajar dan sebagai perangsang untuk melakukan sesuatu perkara (Utusan Malaysia,2010).

Sebagai seorang remaja yang juga menjadi seorang pelajar pada masa yang sama tidak terlepas

daripada menghadapi tekanan belajar sama ada tekanan dari segi latihan, tugasan dan juga

peperiksaan. Pelajar mengambil dadah untuk meghilangakan rasa mengantuk ketika sedang

belajar ataupun membuat sebarang tugasan.

Terdapat satu konsep yang diperkenalkan oleh Hall (1904) iaitu “konsep storm

and stress”. Konsep ini menyatakan bahawa tempoh remaja adalah merupakan ssatu tempoh

masa yang huru-hara serta penuh cabaran yang menyebabkan pemberontakan terhadap autoriti

orang dewasa dan perubahan fizikal, intelektual dan emosi. Berdasarkan konsep yang telah

dikemukakan itu, satu aspek yang dapat dilihat dengan ketara adalah aspek pemberontakan

terhadap autoriti orang dewasa. Remaja gemar untuk memberontak apabila sesuatu kehendak

mereka tidak dituruti. Selain daripada itu, mereka jugak rasa tercabar apabila seseorang yang

lebih tua daripada nereka mampu melakukan sesuatu dengan kebenaran ibu bapa tetapi tidak

kepada mereka. Ada juga remaja yang memberontak dengan cara memuat sesuatu perkara yang

di larang sebagai tanda protes.

Remaja juga mudah terpengaruh dengan personaliti yang berada di sekeliling

mereaka. Sebagai contoh, sekiranya Ahmad (seorang remaja) berasal daripada keluarga yang

retak di mana kedua ibu bapanya telah bercerai dan adik-beradiknya pula liar dan tidak terjaga.

Abang Ahmad adalah merupakan seorang penagih dadah tegar dan telah membunuh ibunya

hanya disebabkan tidak mendapat wang untuk membeli dadah. Setelah bertahun-tahun,

abangnya masih tidak berubah menyebabkan Ahmad tertekan dan akhirnya bertekad untuk

mengikuti abangnya setelah beberapa kali dipujuk oleh abangnya. Di sini dapat kita lihat

Page 20: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

20

bahawa Ahmad terperngaruh dan mengikuti abangnya, ini dapat membuktikan bahawa Teori

Permodelan Albert Bandura adalah tepat.

Teori Permodelan Albert Bandura adalah berkaitan dengan perlakuan yang

mengikut kepada model yang telah ditunjukkan. Teori ini menekankan bahawa sesuatu

perlakuan atau tingkah laku seseorang individu adalah bergantung kepada apa yang dilihat dan

ditiru dan kadang kala lebih teruk daripada itu sekiranya model tersebut melakukan perkara yang

tidak sepatunya. Remaja lebih mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat oleh mereka, jika

baik pemerhatian mereka, maka baiklah tingkah laku yang cuba dicontohi dan sebaliknya.

Seterusnya beralih pula kepada perkembangan sosio-emosi remaja. Bagi aspek

perkembangan sosial, remaja mula menunjukkan minat untuk bergaul dengan kumpulan jantina

sejenis, mula menuntut kebebasan, mula membina identiti dan personaliti pada tahap usia mereka

menjangkau remaja, selalu berkumpul dengan kumpulan yang sama, serta memperlihatkan rasa

kasih sayang yang lebih matang. Perkara ini lebih kepada dalaman individu yang berkait dengan

diri serta sekeliling mereka.

Remaja mula menunjukkan minat untuk bergaul dengan kumpulan sejenis ini

bermaksud remaja lelaki akan mula untuk bergaul sesama mereka serta berkumpul dengan

kumpulan yang sama pada satu-satu masa. Seiring dengan penjelasan sebelum ini, remaja lelaki

mudah terikut dengan rakan mereka serta gemar mencuba. Di sinilah bermulanya percubaan

mereka untuk merokok serta mencuba untuk dekat dengan dadah. Remaja lelaki mudah terdedah

dengan perkara ini kerana mereka sering bergaul tanpa mengira had umur, berbeza dengan

remaja perempuan yang hanya akan bergaul dengan rakan yang sebaya dengan mereka sahaja.

Dalam pada itu, perkembangan emosi turut berlaku dalam usia remaja. Emosi

remaja kerap terganggu ketika ini. Perasaan mereka meluap-luap dan perungus serta tidak tetap

dan sentiasa berubah-ubah dalam jangka masa yang pendek. Pada tahap perkembangan ini,

remaja turut mempamerkan perasaan mereka melalui perbuatan yang mengekspresikan perasaan

mereka ketika itu sama ada mereka marah, suka, sedih ataupun kecewa. Apabila kehendak

mereka terhalang dan tersekat sama ada kerana bertentangan dengan undang-undang masyarakat,

remaja akan mual dibaluti denagn perasaan kecewa.

Page 21: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

21

Terdapat beberapa bentuk emosi yang ketara pada waktu remaja iaitu takut,

kecenderungan untuk mengkritik, kekecewaan, cemburu, perasaan ingin tahu, perasaan kasih

sayang, serta bersedih hati. Berdasarkan Teori Hierarki Keperluan Maslow, kasih sayang adalah

merupakan perkara terpenting yang perlu ada pada setiap individu terutamanya kepada remaja.

Remaja yang merasakan diri mereka disisih dan tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa

akan mula memberontak dan melakukan hal-hal yang tidak diingini. Perkara ini juga boleh

menyebabkan remaja mula mencari alternatif lain seperti bergaul dengan samseng jalanan yang

bersifat melindung dan remaja tersebut dapat merasa selamat. Namun begitu remaja tersebut

tidak sedar bahawa mereka sedang terlibat dengan perkara yang tidak sepatutnya seperti menjadi

pengedar dadah kepada orang lain.

Setelah melalui beberapa penjelasan mengenai teori, perkembangan serta tingkah

laku remaja sebelum ini, beralih pula kepada kesan dalam bilik darjah. Remaja yang terlibat

dengan dadah ini selalunya sering tidak hadir ke sekolah. Remaja ini tidak lagi menghiraukan

mengenai pelajaran mereka di sekolah serta tidak menghiraukan mengenai peraturan sekolah.

Kadang kala sekiranya mereke ke sekolah, mereka tetap akan membawa bekalan mereka ke

sekolah. Sebagai contoh mereka akan membawa air daun ketum yang telah direbus. Daun

ketum sebenarnya adalah merupakan sejenis ubat yang digunakan secara tradisional oleh orang

kampung untuk mengubati beberapa penyakit.

Mutu kerja pelajar yang terlibat dengan dadah juga mersosot di sekolah. Akibat

mereka tidak hadir ke sekolah maka mereka tidak boleh untuk membuat kerja dengan sebaiknya.

Remaja ini juga sering meradang tanpa sebab, selalu menguap dan tidak bermaya kettika di

dalam bilik darjah. Mereka juga tidak suka apabila dibebani dengan tanggungjawab serta tidak

mempunyai tahap kekemasan yang sepatutnya. Mata mereka berkaca, redup, kuyu serta

namapak seperti tidak sihat dan kurus. Parut dan bekas suntikan di lengan dan hujung jari

bertukar warna akibat menghisap ganja.

Disebabkan oleh masalah ini, guru perlu bijak untuk memahami dan membawa

remaja tersebut untuk pulang ke jalan yang benar. Seseorang guru itu perlu melaksanakan

beberapa perkara yang berlainan dan tidak tertumpu kepada satu aspek sahaja. Perkara ini akan

dibincangkan pada topik yang seterusnya.

Page 22: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

22

5.0 PERANAN GURU DALAM MERANGKA STRATEGI KESELURUHAN DAN

SPESIFIK BAGI MEMAHAMI PELAJAR YANG TERLIBAT DENGAN MASALAH

PENYALAHGUNAAN DADAH.

Guru adalah merupakan orang kedua terpenting kepada seoarang remaja kerana hampir 6

sehingga 10 jam pelajar akan menghabiskan masa di sekolah dan selebihnya di rumah. Oleh itu

seorang guru perlu mengambil berat akan segala perkara yang berlaku kepada setiap pelajar

mereka di sekolah. Ada sessetengah remaja yang kadang kala menganggap guru adalah

segalanya kerana tidak mendapat kasih sayang yang mencukupi di rumah ataupun ibu bapa yang

sibuk bekerja tanpa mengambil tahu mengenai perkembangan anak-anak mereka di sekolah.

Sekiranya ibu bapa seseorang pelajar itu tidak mengambil berat mengenai anak

mereka, maka guru akan mengambil tempat tersebut. Jika ini tidak berlaku maka akan

pincanglah peribadi remaja tersebut dan akan mudah terpengaruh dengan anasir luar yang tidak

baik. Mengapa hal ini berlaku?. Hal ini berlaku kerana remaja memerlukan perhatian, mereka

sering ingin merasa disayangi serta menyayangi. Berbeza dengan apa yang belaku kepada

remaja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah kerana mereka tidak mengalami situasi di

atas.

Berdasarkan teori yang telah dikemukan daripada Lev Semanovach Vygotsky

menyatakan bahawa komunikasi berkesan mampu utnuk menyokong perkembangan kognitif,

identiti, dan sosialnya terutamanya ketika remaja meluahkan perasaan ketika mereka

menghadapi stress, kecewa, marah dan sunyi. Tujuan teori ini diterapkan dalam proses untuk

memahami remaja bermasalah ini supaya mereka boleh berubah dengan kehendak hati sendiri

tanpa paksaan kepada mereka. Melalui teknik ini, guru mudah untuk memahami remaja

bermasalah ini untuk bercerita mengenai stress mereka, mengenai ketakutan, masa lampau serta

keinginan mereka kepada orang yang lebih dewasa.

Selain daripada itu, seorang guru juga perlu memahami naluri remaja yang sering

inginkan kebebasan. Oleh itu, guru perlu bijak dalam merancang pengajaran dan pembelajaran

mereka(P&P) di sekolah supaya remaja yang terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah

atau mana-mana masalah sosial yang lain mudah atau berminat untuk belajar di sekolah. Guru

boleh bertanya kepada pelajar apa yang mereka inginkan ketika belajar, konsep pengajaran yang

Page 23: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

23

mereka inginkan serta bahan-bahan bantu mengajar yang menarik. Dengan itu, pelajar akan

lebih berminat untuk berada di sekolah dan tidak lagi menganggap bahawa P&P adalah

merupakan satu pengajaran yang membosankan serta masih dalam keadaan kekampungan.

Kaedah penagajaran terbuka iaitu perbincangan secara aktif di antara pelajar dan

guru adalah ditekankan. Menurut Peterson (1979), pelajar yang mengalami pengajaran terbuka

adalah lebih baik dalam ujian tentang pemikiran abstrak, kreativiti dan penyelesaian masalah.

Mereka juga lebih bebas, bersifat ingin tahu dan bersikap positif terhadap sekolah. Dengan itu,

pemikiran seseorang remaja akan lebih baik dan tidak lagi terkongkong dengan dunia di papan

putih sahaja selain pendapat mereka dapat didengari oleh semua.

Seseorang yang kurang pendidikan mempamerkan kebolehan yang lebih tinggi

dalam pemikiran kreatif. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai ego yang tinggi untuk

mengemukakan tuntutan bagi mendapatkan jawapan yang seratus peratus tepat dalam segala hal.

Begitu jugalah yang berlaku kepada remaja yang bermasalah tingkah laku penyalahgunaan dadah

ini. Mereka akan sedaya upaya untuk membohongi sesiapa sahaja dalam usaha untuk

mandapatkan wang untuk mendapatkan bekalan dadah mereka.

Oleh itu, seorang guru perlu lebih bijak dalam menangani remaja tersebut.

Seorang guru perlu lebih kreatif dalam berfikir serta menyelesaikan masalah. Terdapat pelbagai

sumber yang boleh digunakan oleh guru seperti bertanyakan kepada rakan remaja bermasalah

tersebut ataupun belajar untuk memahami lebih mengenai remaja melalui buku atau mana-mana

sumber lain. Dalam pada masa yang sama, guru boleh mencari pendekatan pengajaran yang

lebih baik daripada sebelum ini dan dapat merangka P&P yang lebih berkualiti.

Tambahan lagi, seorang guru dalam proses mamahami pelajar bermasalah ini

boleh mengunakan pendekatan kaunseling. Kaunseling adalah proses apabila seseorang itu

diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau

masalah baginya. Kaunseling bukan bertujuan untuk menolong seseorang menyesuaikan diri

dengan masyarakat tetapi menolong seseorang itu memahami dirinya yang sebenar, kelebihan

dan kekurangan serta perkara yang patut dan tidak patut dilakukan.

Page 24: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

24

Dengan memahami konsep kaunseling itu tadi, guru dapat mengaplikasikanya

dalam P&P. Seorang remaja tidak gemar untuk dikaunseling oleh mana-mana pihak. Oleh itu,

guru perlu bijak dalam menangani masalah mereka dengan cara bertanyakan khabar mereka di

dalam kelas dan mungkin untuk lebih mudah bertanyakan mengenai diri mereka dengan

mengajak mereka berbual di kantin sekolah ketika rehat. Dengan cara itu, remaja akan merasa

selesa dan tidak menyedari bahwa sebenarnya mereka berada di dalam proses kaunseling.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan kepada 487 orang pengguna dadah di

Pennsylavania oleh Zickler (1999) mendapati bahawa penggunaan kaedah kaunseling amat

berkesan dalam memberi kesedaran tentang bahaya dadah. Kajian mereka menunjukkan bahawa

bagi pengguna dadah yang menjalani sesi kaunseling selama enam bulan, sejumlah 38 peratus

daripada 487 pengguna dadah telah berjaya dipulihkan. Manakala bagi pengguna dadah yang

menjalani sesi kaunseling hanya selama tiga bulan, hanya 27 peratus dapat dipulihkan.

Di antara alternatif lain yang dapat di lakukan adalah dengan cara membuat

lawatan ke rumah remaja itu sendiri. Dengan cara ini, guru akan lebih dapat mengenali remaja

tersebut. Kebanyakkan remaja yang bermasalah datang daripada keluarga yang bermasalah sama

ada ibu bapa berpisah, ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja ataupun faktor kewangan keluarga

yang bermasalah yang menyebabkan remaja mudah stress. Melalui lawatan ke rumah ini pelajar

akan lebih rasa dihargai kerana guru dapat menerima keadaan fizikal atau luaran diri mereka.

Maka remaja tersebut tidak lagi akan mencari sumber kekuatan yang lain.

Memahami sahaja adalah tidak mencukupi kerana sekadar memahami tidak lagi

mampu untuk menyelesaikan masalah tersebut secara sepenuhnya. Pelbagai perkara harus

dititikberatkan bagi memantapkan lagi penyelesaian bagi permasalahan penyalahgunaan dadah

dalam kalangan remaja. Perkara ini akan dikupas dengan lebih mendalam di dalam topik yang

seterusnya iaitu bagaimana seorang guru perlu merangka satu kerangka kerja untuk mengatasi

masalah remaja yang terlibat dengan masalah dadah.

Page 25: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

25

6.0 PERANAN GURU DALAM MENGATASI MASALAH PENYALAHGUNAAN

DADAH.

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, peranan guru adalah penting dalam proses untuk

mengubah pelajar menjadi kepada yang lebih baik dari sebelumnya. Remaja yang terlibat

dengan masalah ini kadang kala masih mengulangi kesalahan yang sama pada masa yang akan

datang sekiranya pelaksaan sesuatu perkara itu hanya dijalankan dalam jangka masa yang pendek

dan tidak bermatlamat untuk jangka masa yang panjang. Perkara ini lebih mudah dikesan

apabila remaja yang telah berhenti mengambil dadah tiba-tiba kembali mengulangi perbuatan

mereka.

Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang remaja kembali untuk menagih. Di

antaranya ialah emosi yang negatif, tekanan sosial serta konflik interpersonal. Emosi yang

negatif lebih kepada dalaman pelajar yang sentiasa dalam keadaan ‘low self esteem’. Mereka

tidak mempunyai motivasi yang tinggi untuk memupuk kembali semangat atau keyakinan diri

mereka setelah bertekad untuk berubah. Walaupun begitu, pihak yang telah memberikan nasihat

dan bimbingan tidak boleh disalahkan 100 peratus atas perkara ini kerana kadang kala remaja itu

sendiri mudah terpengaruh dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Selain daripada itu, remaja mudah untuk kembali menagih sekiranya menghadapi

tekanan sosial daripada persekitaran dan masyarakat. Sama seperti yang dimaksudkan dengan

konflik interpersonal. Masyarakat kini kebiasaannya tidak mengambil tahu mengenai jiran

tetangga di sekeliling mereka tetapi sering menuding jari kepada setiap permasalahan yang

terjadi kepada ibu bapa dan orang lain. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana masyarakat juga

turut berperanan dalam membantu remaja dalam kehidupan mereka, bukan setakat pandai

menjatuhkan remaja sahaja. Masyarakat perlu lebih prihatin dengan keadaan sekeliling.

Berdasarkan penerangan di atas, seseorang remaja akan mudah terjebak kembali

dengan masalah penyalahgunaan dadah sekiranya perkara sebab-sebab di atas tidak dapat

dikawal. Di antara perkara yang dapat di lakukan oleh guru adalah memperbanyakkan aktiviti

sekolah yang melibatkan keagamaan dan moral, memberi perhatian terhadap pelajar yang sering

ponteng sekolah dan mempunyai tingkah laku kurang sopan di sekolah, mewujudkan polisi yang

lebih ketat dan tidak bertoleransi dengan penyalahgunaan dadah, melibatkan ibu bapa,

Page 26: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

26

mengadakan progam yang berkaitan dengan kemasyarakatan, melakukan inovasi terhadap

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan lebih banyak mengadakan interaksi antara

pelajar dan guru.

Pihak sekolah atau guru sendiri boleh merancang dan melaksanakan program

yang melibatkan keagamaan dan moral. Di dalam kelas bukan subjek Pendidikan Islam juga

boleh menerapakan keagamaan dan moral dalam subjek mereka. Ini adalah penting dalam usaha

untuk memberi kesedaran kepada remaja yang sering lupa dan tidak suka untuk serius di dalam

kelas Pendidikan Islam yang dianggap satu kelas yang membosankan serta bersifat

mengongkong kepada remaja. Sebagai contoh, dalam kelas Matematik, guru matematik dapat

menggunakan tokoh agama seperti Al-Khawarizmi yang merupakan seorang tokoh yang hebat

dalam ilmu hisab.

Berikutnya, guru perlu memberikan perhatian kepada remaja yang bermasalah

iaitu remaja yang sering ponteng sekolah, yang mempunyai tingkah laku kurang sopan serta

mempunyai rekod prestasi yang kurang memuaskan. Perkara ini perlu diambil kira supaya guru

tahu mengenai masalah sebenar yang dihadapi oleh remaja tersebut agar mereka tidak mencari

dadah sebagai alternatif penyelesaian masalah. Dengan itu, guru dapat merangka jalan

penyelesaian untuk membantu remaja tersebut. Sebagai contoh guru boleh memberikan nama

mereka kepada kaunselor sekolah.

Undang-undang yang dibuat kadang kala tidak dipatuhi, apatah lagi peraturan

tersebut hanya di atas kertas. Pihak sekolah perlu mengetatkan peraturan tersebut dengan

melaksanakannya dengan ketat dan tidak berkompromi dengan mana-mana pelajar terutamanya

dalam penyalahgunaan dadah supaya remaja tidak menjadikan sekolah sebagai satu pusat

pengedaran dadah dan pertukaran dadah di kalangan pelajar sekolah. Remaja akan takut untuk

membuat apa-apa perkara yang menyalahi peraturan sekolah sekiranya perkara ini diambil

serius.

Page 27: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

27

Selain itu, guru juga boleh melaksanakan program sekolah yang melibatkan

kerjasama di antara pelajar, ibu bapa serta masyarakat. Sebagai contoh, melaksanakan program

Hari Keluarga Sekolah. Dengan ini, ikatan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak akan lebih

akrab, sesuai dengan Teori Hierarki Keperluan Maslow yang menerapkan mengenai mengetahui

dan memahami, penghargaan dan penerimaan dan kasih sayang dan kepunyaan.

Inovasi dalam P&P juga amatlah penting dalam usaha untuk memupuk minat

remaja agar berminat untuk ke sekolah dan tidak akan terlibat dengan apa-apa masalah sosial di

luar kelas. Sebenarnya, kesan daripada P&P yang membosankan menyebabkan remaja tidak

berminat untuk belajar, tambahan pula kepada pelajar yang sedikit bermasalah dalam

pembelajaran. Tidak menjadi suatu kesalahan sekiranya guru melakukan inovasi terhadap P&P

mereka kerana remaja sekarang lebih suka kepada perkara yang berbentuk praktikal berbanding

dengan teori sahaja.

Di antara inovasi yang boleh dilakukan di dalam kelas ialah, tidak menggunakan

buku teks semata-mata. Guru boleh mencipta apa-apa bentuk permainan yang berkaitan dengan

tajuk yang ingin diajar pada hari tersebut. Setelah melaksanakan aktiviti tersebut, guru bolehlah

menerangkan teori yang berlaku di sebalik permainan yang telah dijalankan sebentar tadi.

Dengan itu, kelas tidaklah membosankan dan ini akan meningkatkan keyakinan pelajar untuk

terus belajar di sekolah.

Page 28: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

28

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, perkembangan remaja sangat dipengaruhi oleh ibu bapa, rakan sebaya, guru dan

masyarakat. Oleh itu, faktor-faktor itu perlu diambil kira oleh semua pihak dalam melahirkan

seorang remaja yang lengkap personaliti jasmani, rohani, intelek, serta emosi. Personaliti remaja

mempunyai hubungan yang rapat dengan perlakuan remaja. Walaupun personaliti bersifat kekal

tetapi melalui beberapa sentuhan yang berkesan, personaliti mampu berubah dan membentuk

tingkah laku positif.

Pada waktu remaja, mereka masih tercari-cari identiti sebenar mereka. Mereka

lebih gemar meniru perwatakan yang dilihat oleh mereka seharian seperti watak dalam filem

kesukaan mereka, majalah dan rakan sebaya mereka sendiri. Masalah untuk mengaplikasikan

konsep kendiri dan personaliti dalam proses P&P juga terganggu kerana mereka yakin remaja

lebih suka meniru gaya dan penampilan artis-artis pada masa sekarang kerana artis pada

pandangan mereka sudah berjaya dalam kehidupan.

Reamaja yang tidak berpeluang mengikuti arus pendidikan negara akan

lebih cenderung melakukan kesalahan tingkah laku seperti masalah penyalahgunaan dadah.

Bagaimana untuk mencari seorang pemimpin yang berwibawa pada masa akan datang sekiranya

remaja masih dalam keadaan lama, dalam pemikiran kuno kerana tidak mengikuti perkembangan

pembelajaran serta musnah akibat daripada bahana dadah durjana yang sehingga mampu untuk

merosakkan keseluruhan saraf manusia yang akhirnya akan membawa kepada kematiaan.

Segala aspek luaran dan dalaman harus di ambil kira semasa merangka cara

untuk berdepan dengan remaja yang bermasalah kerana andai tersilap langkah remaja tersebut

akan terus memberontak dan tidak lagi boleh di kawal. Seruan kerajaan yang menginginkan

sifar dadah pada tahun 2015 harus disahut oleh semua untuk membuktikan bahawa remaja

mampu untuk memimpin negara serta berguna dan memberi manfaat kepada orang lain pada

suatu hari nanti.

Page 29: Assignment individu d20121058364

KPP 3014 D20121058364

29

8.0 RUJUKAN

Abdul Majid Mohd Isa & Rahil Mahayuddin. (1997). Psikologi Pemdidikan 1-Pertumbuhan dan Perkembangan . Selangor: Longman.

Bloom, B. (1976). Human charactheristic and school learning. New York: McGrew-Hill Higher.

Fauziah Ibrahim , Bahaman Abu Samah, Mansor Abu Talib & Mohammad Shatar Sabran. (2012). Penagih dadah dan keadaan berisiko tinggi kembali relaps. Journal of Social Sciences and Humanities, 38-49.

Fingelmen, B. S. (1993). Threathing the adolescent susbtance abuser. New York : Grilford.

Frank J Elgar, N. P. (2011). Trends in alcohol and drug use among Canadian adolescents. 244-247.

Hashim, B. M. (2010). Teori dan amalan kaunseling. Selangor: PTS.

Ismail, R. (2010). Pemerkasaan pengguna dadah dalam institusi pemulihan di Malaysia : ke arah menjamin kesejahteraan individu dan masyarakat. Malaysian Journal of Society and Space, 31-49.

Mahyussin Bin Arsat & Azizah Binti Mejah. (t.t). Penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar : Satu kajian di Pusat Serenti Tiang Dua, Melaka.

Marian. (2005). Family and enviromental factors of drug addiction among young recruits. Journal of Military Medicine, 688-690.

Monica H. Swahn, Robert M.Bossarte, Bethany Wset & Volkan Topalli. (2010). Alcohol and drug use among gang members: Experience ao adolescents who attend school. Journal of School Health, 353-360.

Suppiah Niacappaan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Syukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustafa & Hazalizah Hamzah. (2012). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar (Edisi Kedua). Selangor: Oxford Fajar.

Yusof Boon & Jamaluddin Ramli. (2008). Remaja dan tingkah laku agresif. Selangor: Univision Press.

Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan. (2011). Faktor-faktor yang mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah sosial di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. Journal of Education Psychology and Counseling, 115-140.

Zulkhairi Ahmad & Mahmood Nazar Mohamed. (t.t). Keberkesanan program kaunseling rawatan dan pemulihan dadah dari perspektif penghuni pusat serenti. 13-28.