planmalaysia -...

11

Upload: duongkhanh

Post on 17-Apr-2019

273 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PLANMalaysia @Perak

(JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERAK DARUL RIDZUAN) BULETIN

Sekapur Sireh

Buletin ‘Communicating The Plan’ berperanan sebagai penyampai atau wadah dalam mewujudkan satu platform perkembangan minda pembaca. Selaras dengan tujuan bulet in ini di terbitkan, PLANMalaysia@Perak (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan) mengambil inisiatif ini untuk berkongsi dan menyebar maklumat perancangan di negeri Perak selain peranan utamanya sebagai penasihat dalam perancangan dan pembangunan fizikal.

Kandungan

* Mesyuarat Penyelarasan Kick-Off Murninet 2.0 2018

* Mesyuarat Kick-Off

Lembaga Rayuan Negeri Perak

* Lawatan Teknikal dan Taklimat Sistem e-Rayuan dan Pengurusan Kaunter di PLANMalaysia@Pulau Pinang

* Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri (DRSN) Perak 2040

* Mesyuarat Jawatankuasa

Perancang Negeri (JPN) Perak

Bil. 1/2018

* Penyerahan Pembekalan Bahan

dan Peralatan Kit Kebun

Komuniti untuk Kegunaan Kebun

Kejiranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak

* Lawatan Kerja

PLANMalaysia@Negeri Sembilan dan

Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Negeri Sembilan Mengenai Caj Pemajuan

PLANMalaysia @Perak

(JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERAK DARUL RIDZUAN) BULETIN

Page 2 BULETIN Bil. 1/2018 http:jpbd.perak.gov.my

Mesyuarat Penyelarasan dan Kick-Off MURNInets 2.0 2018

Mesyuarat Penyelarasan dan “Kick Off” Peringkat Negeri Perak Bagi Program Pelaksanaan Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar dan Luar Bandar Malaysia (MURNInets 2.0) telah di adakan pada 22 Januari 2018 di Bilik Mesyuarat Royal Belum PLANMalaysia@Perak yang di pengerusikan oleh Pengarah PLANMalaysia@Perak iaitu Puan Rohani binti Md. Hashim manakala pembentangan telah dibuat oleh 3 orang Pegawai dari PLANMalaysia.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada 15 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak dan wakil-wakil dari Jabatan Teknikal yang terlibat dalam pengumpulan data-data yang berkaitan dengan indikator-indikator dalam MURNInets.

Sebelum ini POMK (Pusat Operasi MURNInets Kebangsaan) iaitu PLANMalaysia telah melaksanakan Kajian Penambahbaikan dan Pengukuhan MURNInets pada tahun 2017 yang dikenali sebagai MURNInets 2.0. Sehubungan itu, tahun 2018 merupakan tahun pertama pelaksanaan MURNInets 2.0 menggunakan set penunjuk dan modus operandi yang baru selaras dengan Keputusan Mesyuarat Penyelarasan “Kick Off MURNInets 2.0 pada 5 Disember 2017.

Program MURNInets 2.0 ini telah ditambahbaik dengan beberapa perubahan seperti berikut;

Menambahbaik sasaran, piawaian, skor dan formula bagi setiap penunjuk Bandar untuk memperkukuhkan setiap data penunjuk yang digunakan bersesuaian dengan hierarki PBT yang melibatkan 6 Dimensi, 22 Tema dan 43 Penunjuk;

Perubahan 36 penunjuk sedia ada dan pertambahan 13 penunjuk baru selaras dengan dasar-dasar di peringkat Nasional;

Menambahbaik modus operandi pelaksanaan MURNInets dengan mengukuhkan peranan POMK dan POMN (Pusat Operasi MURNInets Negeri) secara proaktif dalam pengumpulan data dan tindakan susulan hasil daripada pencapaian kemampanan Bandar;

Menambahbaik borang soalselidik berkaitan Indeks Kebahagiaan dan Tahap Kepuasan Penduduk Terhadap Perkhidmatan PBT supaya ianya selaras dengan keadaan semasa; dan

Mengukuhkan kaedah dapatan data secara proaktif (pemudahcara) dengan agensi pembekal data yang diselaraskan oleh POMN melibatkan 16 penunjuk di peringkat negeri dan 27 penunjuk di peringkat PBT.

PLANMalaysia @Perak

(JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERAK DARUL RIDZUAN) BULETIN

Page 3 BULETIN Bil. 1/2018 http:jpbd.perak.gov.my

Mesyuarat Kick-Off Lembaga Rayuan Negeri Perak

Subseksyen 36(2) Akta 172 memperuntukkan pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Lembaga Rayuan Perancan-gan hendaklah terdiri daripada orang yang berpengalaman dalam bidang kehakiman dan perancangan termasuklah peguambela atau peguam cara atau kelayakan dan pengala-man lain yang sesuai.

PLANMalaysia@Perak telah mengadakan Mesyuarat Penye-larasan Kick-Off Lembaga Rayuan Negeri Perak pada 24 Janu-ari 2018 yang dipengerusikan oleh Puan Rohani binti Md Hashim, Pengarah PLANMalaysia@Perak.

Walaubagaimanapun terdapat cadangan pindaan Akta 172 tahun 2015 iaitu penambahan bagi kelayakan bagi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Lembaga Rayuan iaitu orang yang berpengalaman dalam bidang perancangan bandar dan desa.

Ahli Lembaga Rayuan Negeri Perak yang dilantik akan berkhidmat selama 3 tahun, bagi sesi 2017-2020 iaitu ber-mula dari 23 November 2017 sehingga 23 November 2020. Senarai Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ahli dan Pendaftar Lembaga Rayuan Negeri Perak adalah seperti berikut :-

JAWATAN NAMA

PENGERUSI YBHG. DATO’ HAJI BADRUL HISHAH BIN ABD WAHAP

TIMBALAN PENGERUSI EN. AHMAD YANI BIN AMINUDDIN

AHLI YBHG. PROF. MADYA MOHAMED NOOR BIN MOHID

AHLI EN. DANIAL RAHMAN BIN YANG RAZALI

AHLI EN. TUN MOHAMAD AMMAR BIN AZIZ

PENDAFTAR PN. LENNY MARLINA BINTI JONOS

PLANMalaysia @Perak

(JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERAK DARUL RIDZUAN) BULETIN

Page 4 BULETIN Bil. 1/2018 http:jpbd.perak.gov.my

Lawatan Teknikal dan Taklimat Sistem e-Rayuan dan Pengurusan Kaunter Di PLANMalaysia@Pulau Pinang

Pada 1 Mac 2018, PLANMalaysia@Perak telah

mengadakan satu lawatan teknikal / kerja ke

PLANMalaysia@Pulau Pinang untuk perkongsian

baru kepada warga Jabatan bagi memantapkan

penggunaan Sistem Aplikasi e-Rayuan dan dan

juga Pengurusan Kaunter yang telah dilaksanakan

di PLANMalaysia@Pulau Pinang.

Seramai 15 warga jabatan telah menyertai lawatan

tersebut yang diketuai oleh Puan Syazlina binti

Bahari, Ketua Penolong Pengarah Bahagian

Perancangan Korporat.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk ;

Memberi pendedahan kepada warga mengenai

penggunaan Sistem Aplikasi e-Rayuan yang

mudah difahami dan dapat digunakan secara

menyeluruh;

Mempelajari penggunaan Sistem Aplikasi

e-Rayuan untuk diaplikasikan dalam proses

Lembaga Rayuan Negeri Perak agar lebih

efisien dan terancang;

Meningkatkan kecekapan serta keberkesanan

Pengurusan Kaunter (Delighting Customer) agar

lebih menarik, teratur dan cekap dalam

memberi perkhidmatan; dan

Kawalan Perancangan Bandar di Negeri Pulau

Pinang,

Taklimat Aplikasi e-Rayuan telah disampaikan oleh

Pendaftar Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang

dan Pengurusan Kaunter serta Kawalan Perancangan

telah disampaikan oleh Bahagian Kawalan

Perancangan PLANMalaysia@Pulau Pinang.

PLANMalaysia @Perak

(JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERAK DARUL RIDZUAN) BULETIN

Page 5 BULETIN Bil. 1/2018 http:jpbd.perak.gov.my

Hasil dari lawatan teknikal tersebut Jabatan juga;

Dapat menambah ilmu dan perkongsian KIK Horizon Baru bagi projek e-Rayuan; Dapat berkongsi bagaimana cara untuk memantapkan sistem perkhidmatan bagi pengurusan kaunter yang lebih

cekap, teratur dan menarik; Dapat mengetahui lebih lanjut berkenaan proses kebenaran merancang dan apa-apa perancangan yang dibuat oleh

PLANMalaysia@Pulau Pinang bagi merancang dan mengawal kawasan tambak laut di Pulau Pinang.

PLANMalaysia @Perak

(JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERAK DARUL RIDZUAN) BULETIN

Page 6 BULETIN Bil. 1/2018 http:jpbd.perak.gov.my

Majlis Pelancaran Program Publisiti dan Penyertaan Awam

Draf Rancangan Struktur Negeri Perak 2040

Pelancaran Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Perak (DRSN) 2040 telah diadakan pada 13 Mac 2018 bertempat di Dewan Bankuet Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bagi mendapatkan maklum balas daripada rakyat Perak mengenai DRSN Perak 2040. Majlis Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul Kadir Menteri Besar Perak. Sewaktu ucapan perasmian beliau berkata program itu merupakan satu cara untuk menggalakkan penduduk di negeri ini menyediakan idea-idea yang membina untuk memajukan agenda negara. Program Publisiti dan Penyertaan Awam untuk DRSN Perak 2040 akan

diadakan selama satu (1) bulan dari 13 Mac hingga 11 April di 15 pejabat k e r a j a a n t e m p a t a n d a n PLANMalaysia@Perak. Oleh itu, Jawatankuasa Penyertaan Awam juga akan dibentuk di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1967 (Akta 172) di setiap peringkat supaya maklum balas orang ramai mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya. Kerajaan negeri telah mengenal pasti kira-kira 650,000 hektar tanah untuk proses pembangunan di bawah DRSN Perak 2040 yang merangkumi pembangunan negara dari semua aspek termasuk sosial, ekonomi, fizikal dan alam sekitar. DRSN Perak 2040 mencadangkan 9 projek utama yang mempunyai keupayaan untuk menyokong dan mengukuhkan

ekonomi , fizikal dan alam sekitar di negeri ini sehingga tahun 2040. Pelbagai projek mega untuk kepentingan rakyat telah dicadangkan di dalam Draf Rancangan Struktur Negeri (DRSN) 2040 untuk Kerajaan Negeri terus merancakkan pembangunan yang inklusif.

PLANMalaysia @Perak

(JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERAK DARUL RIDZUAN) BULETIN

Page 7 BULETIN Bil. 1/2018 http:jpbd.perak.gov.my

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Bil. 1/2018

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Bil.1/2018 telah bersidang pada 22 Mac 2018 yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul Kadir Menteri Besar Perak bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Aras G, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Sebanyak lima (5) Kertas Kerja dan satu (1) kertas Pemakluman telah dibentang di dalam mesyuarat tersebut iaitu; Senarai Kertas Kerja: i. Manual Pelaksanaan Penguatkuasaan Di

Bawah Seksyen 31, Seksyen 45 Dan Seksyen 46 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172];

ii. Cadangan Penubuhan Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW) Bagi Kawasan Tanah Tinggi Cameron Highlands-Kinta-Lojing;

iii. Rancangan Tempatan Daerah Hilir Perak 2020 (Pengbahan 3);

iv. Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Batu Gajah 2025 (Pengbahan) dan

V. Cadangan Kaedah Pelaksanaan Bagi Pemutihan Penternakan Ayam dan Khinzir di Negeri Perak.

Senarai Kertas Pemakluman: i. Rundingan Bagi Projek-Projek Kerajaan

Yang Diuruskan dan Diselia Oleh Jabatan Kerja Raya Melalui Jawatankuasa Teknikal Kepada Jawatankuasa Perancang Negeri Bagi Tempoh Oktober hingga Disember 2017

PLANMalaysia @Perak

(JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERAK DARUL RIDZUAN)

BULETIN

Kebun kejiranan merupakan aktiviti yang dijalankan di

kawasan perumahan oleh komuniti setempat. Ia menggalak-

kan pengeluaran makanan tempatan yang dapat menjamin

kesegaran makanan, menghasilkan pelbagai jenis tanaman,

menyokong pembangunan ekonomi tempatan dan

menggalakkan pertanian yang berasaskan komuniti.

KEBUN KEJIRANAN

Matlamat kebun kejiranan adalah untuk:

mengurangkan kos perbelanjaan harian keluarga yang

meningkat;

mewujudkan kesedaran dan minat rakyat terhadap

pertanian terutama di kalangan belia dan pelajar

sekolah;

mewujudkan kesedaran rakyat terhadap makanan yang

segar, berkhasiat dan selamat;

mewujudkan suasana persekitaran dan kawasan

halaman perumahan yang cantik dan menarik dengan

tanaman makanan yang juga berfungsi sebagai hiasan;

mewujudkan kesedaran rakyat terhadap makanan yang

segar, berkhasiat dan selamat; dan

mewujudkan suasana persekitaran dan kawasan

halaman perumahan yang cantik dan menarik dengan

tanaman makanan yang juga berfungsi sebagai hiasan.

Page 8 BULETIN Bil. 1/2018 http:jpbd.perak.gov.my

Jenis-jenis Kebun Kejiranan

1. Penanaman Secara Individu

Setiap isi rumah digalakkan menjalankan tanaman di tanah kosong rumah kediaman sendiri, samada di depan, tepi atau belakang. Penanaman juga boleh dijalankan di kawasan beranda, bumbung atau di ruang hadapan rumah.

2. Penanaman Secara Individu

Penanaman secara komuniti merupakan aktiviti pertanian yang dijalankan oleh penduduk setempat secara sukarela di atas sesuatu bidang tanah. Saiz minimum yang sesuai untuk kebun komuniti adalah 919 meter persegi (10,000 kaki persegi). Bagaimanapun keluasan ini boleh dikurangkan mengikut kesesuaian tapak pembangunan.

PLANMalaysia @Perak

(JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERAK DARUL RIDZUAN)

BULETIN

Penyerahan Pembekalan Bahan Dan Peralatan

Kit Kebun Kejiranan Untuk Kegunaan Kebun

Kejiranan Kepada Majlis Perbandaran Taiping

Page 9 BULETIN Bil. 1/2018 http:jpbd.perak.gov.my

Jabatan telah menyerahkan pembekalan bahan dan peralatan kit kebun

komuniti untuk kegunaan Program Kebun Kejiranan kepada dua (2)

PBT iaitu Majlis Perbandaran Teluk Intan pada 14 Mac 2018, manakala

penyerahan kepada Majlis Perbandaran Taiping di buat pada 29 Mac 2018.

Penyerahan tersebut di adakan di PLANMalaysia@Perak kepada wakil dari

Majlis Perbandaran Teluk Intan dan Majlis Perbandaran Taiping.

Ketua Bahagian Perancangan Korporat, Puan Syazlina binti Bahari telah menyerahkan kit peralatan kebun kejiranan kepada Puan Noor Azila binti Ramli wakil Majlis Perbandaran Taiping pada 29 Mac 2018

Kesimpulan

Kebun kejiranan boleh mengurangkan keperluan pembelian sayur-sayuran di pasar yang dapat menjimatkan

perbelanjaan rumah. Di samping itu, penduduk tidak perlu menggunakan kenderaan bermotor untuk ke pasar atau

kedai bagi mendapatkan bekalan sayur-sayuran secara langsung. Pengeluaran karbon dapat dikurangkan.

Aktiviti perkebunan juga dapat menjalinkan hubungan rapat sesama ahli keluarga yang turut serta dan para peserta

kebun komuniti. Aktiviti ini juga dapat memupuk minat golongan belia untuk terlibat dalam aktiviti perkebunan.

PLANMalaysia @Perak

(JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERAK DARUL RIDZUAN)

BULETIN

Page 10 BULETIN Bil. 1/2018 http:jpbd.perak.gov.my

Lawatan Kerja PLANMalaysia@Negeri Sembilan dan Pihak Berkuasa Tempatan-Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sembilan Mengenai Caj Pemajuan

Pada 29 Mac 2018 PLANMalaysia@Perak telah menerima kunjungan seramai 20 orang iaitu 9 orang dari PLANMalaysia@Negeri Sembilan dan 11 orang Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sembilan untuk mengetahui mengenai caj pemajuan yang dikenakan oleh PLANMalaysia@Perak kepada pemaju-pemaju perumahan yang di ketuai oleh En. Hasnan bin Ibrahim, Pengarah PLANMalaysia@Negeri Sembilan.

“Caj Pemajuan” merupakan satu bentuk kutipan wang yang berkaitan pemajuan yang diperuntukkan di bawah seksyen 32 Akta 172. Ianya dilevi kepada pembangunan yang melibatkan nilai tanah berdasarkan Rancangan Tempatan yang diwartakan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan

Berdasarkan Seksyen 32 (1) Akta 172, tiga jenis perubahan yang boleh dikenakan caj pemajuan adalah seperti berikut;

a. perubahan penggunaan tanah;

b. perubahan ketumpatan (kepadatan); dan

c. perubahan luas lantai.