laporan individu

9
Lampiran 1 LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : JULIALIS RACHEL TOGANG PROGRAM : PISMP TESL JAN 2012 NAMA SEKOLAH : SK ST. ANTHONY (M) BINTULU NAMA PROJEK / AKTIVITI: MURAL – KECERIAAN SEKOLAH MOTIVASI PELAJAR TEMPOH PELAKSANAAN: 09-15 OKTOBER 2015 OBJEKTIF: a. Membuka minda murid-murid supaya suka pada lukisan. b. Membentuk sahsiah murid-murid supaya bersama-sama menghargai lukisan.. c. Memupuk sifat berbudi bahasa dan sopan santun di kalangan murid-murid. STRATEGI PELAKSANAAN: Pada mulanya, kami berenam telah berbincang untuk membuat satu projek mural pada Internship kali ini. Kami telah bertemu dengan Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Arbah untuk berbincang dengan beliau mengenai projek mural ini. Beliau telah memberi persetujuan dan mencadangkan supaya kami membuat mural di dinding kelas-kelas kondusif berdekatan dengan pintu pagar utama sekolah.

Upload: julialis-rachel-togang

Post on 03-Feb-2016

97 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Intern

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Individu

Lampiran 1

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : JULIALIS RACHEL TOGANG

PROGRAM : PISMP TESL JAN 2012

NAMA SEKOLAH : SK ST. ANTHONY (M) BINTULU

NAMA PROJEK / AKTIVITI: MURAL – KECERIAAN SEKOLAH MOTIVASI PELAJAR

TEMPOH PELAKSANAAN: 09-15 OKTOBER 2015

OBJEKTIF:

a. Membuka minda murid-murid supaya suka pada lukisan.

b. Membentuk sahsiah murid-murid supaya bersama-sama menghargai lukisan..

c. Memupuk sifat berbudi bahasa dan sopan santun di kalangan murid-murid.

STRATEGI PELAKSANAAN:

Pada mulanya, kami berenam telah berbincang untuk membuat satu projek mural pada

Internship kali ini. Kami telah bertemu dengan Penolong Kanan Pentadbiran, Puan

Arbah untuk berbincang dengan beliau mengenai projek mural ini. Beliau telah memberi

persetujuan dan mencadangkan supaya kami membuat mural di dinding kelas-kelas

kondusif berdekatan dengan pintu pagar utama sekolah. Puan Arbah telah memberi

cadangan supaya membuat mural yang bersesuaian dengan kelas-kelas kondusif

tersebut.

Kami berenam telah berbincang untuk mencari idea-idea yang menarik sesuai

untuk dibuat mural. Saya telah mencari contoh-contoh mural dan gambar-gambar abjad

daripada internet. Akhirnya saya telah memilih keretapi abjad sebagai projek mural

Internship. Seterusnya saya telah merangka kertas kerja dan seterusnya menghasilkan

Page 2: Laporan Individu

kertas kerja sebelum memulakan projek. Saya telah menunjukkan kertas kerja kepada

guru pembimbing iaitu Puan Sarina untuk disemak.

Selepas diberi persetujuan oleh Puan Arbah, kami terus memulakan langkah

pertama iaitu mengecat dinding tersebut dengan warna putih terlebih dahulu. Kami

mengecatnya sepanjang malam dan dibiarkan kering sehingga petang di sebelah

paginya. Sebagai panduan, saya telah membuat lakaran mural di atas kertas.

Pada 10 Oktober, kami telah mula melakar lukisan yang bersesuaian pada

dinding tersebut. Setelah itum kami mula mewarnakan mural tersebut. Kami perlu

bergilir-gilir untuk mewarnakan mural tersebut kerana masing-masing mempunyai

tanggung jawab lain seperti kelas ganti dan sebagainya.

Mural tersebut mengambil masa untuk siap lebih awal daripada yang

dijangkakan. Kami telah menyiapkan mural tersebut pada 11 Oktober 2015.

Diharapkan mural tersebut berguna kepada sekolah khususnya dalam membentuk

sahsiah murid-murid supaya menjadi insan berbudi bahasa dan berakhlak mulia.

PENAMBAHBAIKAN

Secara keseluruhannya, aktiviti mural ini memerlukan tenaga kerja yang banyak. Pada

hari kejadian, mural telah disiapkan oleh kami berenam sahaja di mana sebebnarnya

kami memerlukan bantuan tenaga kerja lebih daripada itu. Selain daripada itu, berus cat

yang digunakan agak keras dan merosakkan hasil mural yang sedang dalam proses

diwarnakan. Namun demikian, semuanya dapat disiapkan dengan jayanya.

Page 3: Laporan Individu

Disediakan oleh,

…………………………………………………………

(JULIALIS RACHEL TOGANG)

GURU PELATIH INTERNSHIP

IPGK BAHASA ANTARABANGSA

Disemak oleh,

…………………………………………………………….

(NITHILA A/P JAKANATHAN)

MENTOR/ GURU PEMBIMBING

SK ST. ANTHONY BINTULU

Page 4: Laporan Individu

HASIL MURAL:

Page 5: Laporan Individu
Page 6: Laporan Individu
Page 7: Laporan Individu