bimbingan individu

12
BIMBINGAN INDIVIDU TAJUK : PANAS BARAN DISEDIAKAN OLEH : NOOR AZRINA BINTI TUAH ~ 110821 DISEDIAKAN UNTUK : PUAN NURUL HUDA BINTI ZAINAL ABIDIN

Upload: lafizo-neo-azhero

Post on 25-Jun-2015

467 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bimbingan individu

BIMBINGAN INDIVIDUTAJUK : PANAS BARAN

DISEDIAKAN OLEH :NOOR AZRINA BINTI TUAH

~ 110821

DISEDIAKAN UNTUK :PUAN NURUL HUDA BINTI

ZAINAL ABIDIN

Page 2: Bimbingan individu

APA ITU PANAS BARANPanas baran @ ‘ kepala angin ‘ @ ‘ naik hantu ‘ yang disebabkan kesukaran menangani perasaan marah menyebabkan seseorang itu hilang malu, sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain. Panas baran wujud disebabkan kegagalan seseorang itu mengawal emosinya ketika emosinya itu terganggu. Biasanya wujud faktor-faktor yang menjadi pencetus atau dipanggil pemicu (trigger) kepada timbulnya perasaan marah ini. Faktor yang menjadi penyebab perasaan marah itu berbeza-beza bagi setiap orang dan ia bergantung kepada faktor sekeliling , pengalaman dan sejarah seseorang itu dibesarkan. Keadaan sekitar dan rasa dikecewakan menyebabkan timbulnya perasaan marah yang mengakibatkan individu itu dikategorikan sebagai panas baran.

Page 3: Bimbingan individu

CIRI-CIRI PANAS BARAN/EGO TINGGI

☺Keturunan.☺Mencapai matlamat.☺Ego.☺Tidak diendahkan.☺Hak dirampas.☺Tidak dihormati.☺Faktor usia.☺Saka.

Page 4: Bimbingan individu

KESAN PANAS BARAN

Kemarahan yang tidak dapat dikawal bukan saja menyebabkan individu itu dijauhi orang sekeliling tetapi mereka sendiri terdedah dengan serangan darah tinggi dan migrain.Dipulaukan masyarakat sekeliling, Jiwa kosong (murung), Hilang pekerjaan/Jawatan, Penceraian, Kemalangan, Pergaduhan, Kesalahan jenayah, Melakukan penderaan, Tekanan perasaan, Penyakit kronik (darah tinggi, migrain).

Page 5: Bimbingan individu

CARA MENGATASI PANAS BARAN

Segelas air sejuk lalu minum.Ambil wuduk solat 2 rakaat. Istigfar dan selawat.Kenali diri sendiri. Ingatkan diri sendiri. (Karma).Kaunselor atau pakar psikatri. Berfikiran positif.Riadah.Jaga Pemakanan.

Page 6: Bimbingan individu

Nabi Muhammad SAW pernah berpesan tiga langkah mengatasi rasa marah.

Rasulullah SAW bersabda “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak , maka hendaklah ia berbaring” (Riwayat Muslim).Tinggalkan tempat berlakunya kemarahan tersebut dan pergi ke tempat lain. Lagi lama kita berada disitu lagi tertekan rasanya hati. Ketika sudah berada jauh dari situ, tarik nafas dalam-dalam . Otak ketika marah kekurangan oksigen. Oleh itu pejamkan mata lalu tarik nafas perlahan-lahan dalam kiraan 7 dan rasakan udara sejuk masuk melalui hidung . Lepaskan nafas juga melalui hidung dalam kiraan 7. Rasakan udara panas yang melalui rongga hingga dihembus keluar. Katakan pada diri secara positif , “ Kini aku seorang yang sabar dan tenang serta mampu mengawal diri”.

Page 7: Bimbingan individu

Sasaran Daripada Kaunselor~ BERTENANGTarik nafas dalam dalam dan kosongkan fikiran. Ini mungkin dapat membantu menenangkan diri anda. Ambil nafas dalam-dalam jangan bernafas dari dada kerana ia tidak akan menenangkan anda, bayangkan nafas anda seolah-olah keluar dari perut. Secara perlahan-lahan ulangi perkataan 'bertenang' dan 'jangan susah hati', ulanginya berkali-kali sehingga anda rasa tenang. Gunakan daya imiginasi anda gambarkan suasana tenang dan menyenangkan sambil menutup mata. Sambil itu tarik nafas dalam-dalam.

~ SUSUN SEMULA PEMIKIRANSelalunya bagi seseorang yang tengah marah selalunya mengeluarkan kata-kata yang tidak elok dan cacian bagi mengelakkan ini berlaku kita perlu guna teknik mengubah cara pemikiran. Jadi setiap kali marah, tukarkan perkara-perkara berikut kepada yang lebih rasional seperti katakan pada diri anda "ia sungguh mengecewakan", "ia memang teruk", atau "saya faham sekarang saya tengah sedih tapi bukan bermakna selamanya saya akan gagal". Kata-kata itu akan menguatkan semangat anda dan menghilangkan rasa marah anda.

Page 8: Bimbingan individu

~ SELESAIKAN MASALAH

Kadangkala kemarahan itu timbul apabila ada beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan. Oleh itu selesaikan masalah anda dengan merangkakan perancangan anda, jangan lupa semak perkembangannya, selesaikan masalah dengan cara yang paling berhemah dan jangan salahkan diri jika tidak dapat ia tidak dapat memenuhi perancangan anda.

~ KOMUNIKASI YANG BAIK

Selalunya orang yang tengah marah akan cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu secar tidak tepat. Jika menghadapi perbincangan hangat yang mencetuskan kemarahan, anda patut bertenang dan jangan buat keputusan ketika marah dan berfikirlah dahulu sebelum melakukan apa-apa. Jadilah pendengar yang baik pada perkara-perkara yang menyebabkan kemarahan.

Page 9: Bimbingan individu

~ BERTUKAR ANGIN

Kadangkala suasana sekeliling akan menyebabkan kita rasa tertekan. Masalah dan tanggungjawab yang banyak akan membebankan dan ini membuatkan kita cepat marah. Oleh itu anda mestilah luangkan masa untuk diri sendiri pergilah melancong untuk memperbaharui mood.

~ MARAHLAH SECARA SIHAT

Kemarahan adalah emosi normal manusia dan emosi ini juga penting untuk kita mempertahankan diri, marahlah dengan cara yang wajar dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan tapi jangan memendamkan masalah itu luahkanlah agar tidak memberi kesan pada diri sendiri. Luahkan perasaan anda pada individu yang paling anda percayai contohnya seperti kaunselor.

Page 10: Bimbingan individu

~ BAYANGKAN SESUATU YANG SERONOK

Ketika marah, pejamkan mata dan bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau percutian bersama insan tersayang. Jika keadaan tidak mengizinkan, biarkan fikiran anda melayang jauh ke tempat yang membuatkan anda seronok. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah anda.

~ GUNAKAN TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL

Tumpukan perhatian pada teknik pernafasan anda. Fokuskan pada cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengan bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat amat nyaman dan menenangkan perasaan.

Page 11: Bimbingan individu

~ MENGUCAPKAN TA'AWUZ:: Iaitu membaca : "A'uzu billahi minassyaithanirrajim."Sesungguhnya marah itu daripada syaitan (jalan masuk hasutan syaitan kepada diri manusia). Maka berlindunglah dengan Allah dari kejahatannya.

~ LAKUKAN SESUATU UNTUK MENGAWAL MARAH:: Hendaklah duduk jika sedang berdiri, berbaringlah jika dia sedang duduk. jika tidak hilang juga kemarahan dengan melakukan dua perkara tersebut maka hendaklah mengambil wudhuk (air sembahyang). Sabda Rasul s.a.w. : "Sesungguhnya syaitan itu daripada api (an-nar) dan sesungguhnya dipadamkan api itu dengan air, maka apabila seseorg kamu marah, maka ambillah wudhuk (air sembahyang)." (Hadis Riwayat Abu Daud.)"Sesiapa yang menahan marah, walaupun dirinya berkuasa melaksanakan apa yang tercetus hati untuk melaksanakannya; nescaya Allah akan memenuhkan hatinya pada hari qiamat dengan keamanan dan keimanan." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Page 12: Bimbingan individu

ANY QUESTION??