kertas kerja program bina insan guru (1)

10
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG, BINTANGOR JABATAN KOKURIKULUM KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN GURU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG 96509 BINTANGOR SARAWAK BINA INSAN GURU FASA V PISMP SEJARAH, PISMP TESL DAN PISMP BAHASA IBAN AMBILAN JANUARI 2013 ANJURAN JABATAN KO-KURIKULUM PADA: 31 MAC 2015 (SELASA) DISEDIAKAN OLEH: TANG SIEW TIEN

Upload: huitene-sim

Post on 13-Sep-2015

1.178 views

Category:

Documents


46 download

DESCRIPTION

big

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG, BINTANGORJABATAN KOKURIKULUMKERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN GURU

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS RAJANG96509 BINTANGORSARAWAK

BINA INSAN GURU FASA VPISMP SEJARAH, PISMP TESL DAN PISMP BAHASA IBAN AMBILAN JANUARI 2013

ANJURAN JABATAN KO-KURIKULUM

PADA:31 MAC 2015(SELASA):

KERTAS KERJABINA INSAN GURU FASA VANJURAN JABATAN KOKURIKULUMINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG 2015.

1.0 TAJUKBina Insan Guru Fasa V ( BIG Fasa V ) 2015.

2.0 ANJURANJabatan Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang.

3.0 PENGENALANPerlaksanaan Program Bina Insan Guru (BIG) ini merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Oleh sebab itu, Program Bina Insan Guru lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan dalam kalangan pelajar. Di samping itu juga, Program BIG ini dilaksanakan selaras dengan hasrat Rancangan Malaysia ke-9 yang menegaskan bahawa pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi.

4.0 MATLAMATProgram Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

5.0 OBJEKTIF Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.

6.0 ASAS PERTIMBANGANRasional program Bina Insan Guru adalah untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran serta kokurikulum guru pelatih. Selain itu, program Bina Insan Guru ini juga bertujuan untuk menambah pengalaman dan ilmu di dalam diri setiap guru pelatih untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

7.0 TARIKH PROGRAMTarikh : 31 Mac 2015Tempoh Masa : 5 jamTempat : Sekolah Jenis Kebangsaan Kwang Chien, SarikeiAktiviti yang dijalankan: Taklimat dari Guru Besar Melawat kawasan sekolah Sesi interaksi bersama guru

8.0 JAWATANKUASA INDUKPenasihat : Encik Raymond Gai Panting @ Gaie Pengarah, IPG Kampus RajangPengerusi : Encik Wan Mohd Madehi bin Wan Ali b/p Timbalan Pengarah, IPG Kampus RajangPenyelaras Program : Pn. Ellenor Empai Anak Gilbert Antas 9.0 JAWATANKUASA KERJA

Ketua Rombongan : Encik McNair Anak KudangMentor : Puan Wong Mee Leng : Encik Ngabong anak Katoi : Puan Laily Binti YahyaPenyelaras : Cik Wong Siew Lang Jabatan Kokurikulum, IPG Kampus RajangPengerusi : Ting Fang KaiNaib Pengerusi : Kathy JenahSetiausaha : Tang Siew TienPenolong Setiausaha : Nancy Anak CatBendahari : Maurice Anak Dickinson JapulPenolong Bendahari : Emyanex Welly TugisJK Buku Program :Rahmah Binti Radin : Suzie bt DefrinJK Dokumentasi :George Ting Ming : Inta Madelina Meng : Nurfatin binti Ibrahim JK Peralatan :Fazal bin Ahmad : Hafizuddin Bin Hamdan : Don Adeng Anak Entalai : Lucas Anak Naga JK Makanan : Siti Hajar Ashna binti Haron : Estiza Martini JK Pengangkutan : Andy MoltarJK Cenderahati : Shirley Chan Shi Lei : Ngo Hui KiangJK Kebersihan :Pengiran Anak Seminai Suda anak Lunyong : Loriana Jara Anak PhilipJK Kebajikan : Mackina Anak Etam : Reenie Anak Douglas ApingJK Keselamatan :Abd Jumarey Bin Mahmud : Azri Bin Malik JK Kerohanian :Kasyfan Bin Alimardah : Mohd Nuramin Bin RahimJK Protokol :Muhd Adha Fakhrullah 10.0 BIDANG TUGAS JK KERJA JAWATANBIDANG TUGAS

PengerusiMengendali, menyelaras, merencana, merancang, dan menyelesaikan masalah dan apa-apa perkara yang berkaitan dengan aktiviti.

Naib PengerusiMembantu pengerusi dalam mengurus dan melaksanakan perkara-perkara yang berkaitan.Mengambil alih tugas dan tanggungjawab pengerusi dalam keadaan ketiadaan pengerusi.

SetiausahaMenyediakan dokumen, borang-borang dan surat menyurat yang berkaitan.

Penolong SetiausahaMembantu Setiausaha menyediakan dokumen, boring-borang dan surat menyurat yang berkaitan.

BendahariMengumpul wang bayaran daripada peserta.Membuat rekod kewangan.

Penolong BendahariMembantu Bendahari mengumpul dan merekod wang yang digunakan.

JK Buku ProgramMenyediakan buku program agar perjalanan program lebih lancer.

JK DokumentasiMengambil gambar dan membuat rakaman sepanjang program dijalankan.

JK PeralatanMenyediakan kelengkapan bagi tujuan program.Memastikan setiap peralatan dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

JK MakananMenguruskan hal pembahagian makanan.Memastikan makanan mencukupi untuk setiap peserta.

JK PengangkutanMenyediakan pengangkutan untuk membawa setiappeserta ke lokasi aktiviti.Menghubungi pihak yang berkenaan untuk mendapatkan khidmat pengangkutan.

JK CenderahatiMenyediakan cenderahati untuk murid-murid yang terlibat dan juga kepada pihak sekolah.

JK KebersihanMemastikan kebersihan di kawasan program.Memastikan kebersihan kawasan program sebelum meninggalkan kawasan.

JK KebajikanMemastikan kebajikan setiap peserta terjaga.Merawat kecederaan peserta di kawasan aktiviti.

JK KeselamatanMemastikan keselamatan kawasan program diadakan.Memastikan keselamatan peserta di tempat program terjamin.Memastikan keselamatan peserta dalam melaksanakan aktiviti.

JK KerohanianMenguruskan aktiviti kerohanian termasuk solat,kuliah subu dan kuliah magrib. Memastikan peserta bukan Islam mengamalkan ajaran agama masing-masing semasa aktiviti.

JK ProtokolMenguruskan persiapan untuk majlis dan memastikan majlis pembukaan dan penutupan berjalan dengan lancar.Menjadi pengacara majlis jika perlu.

11.0 Jadual Perlaksanaan Bina Insan Guru(Sila rujuk Lampiran A)

12.0 Anggaran Perbelanjaan(Sila rujuk Lampiran B)

13.0 PENUTUPDiharapkan segala perancangan yang telah dilakukan untuk menjalankan program Bina Insan Guru ini dapat berjalan dengan lancar dan baik. Ini adalah kerana melalui program Bina Insan Guru ini, guru pelatih dapat menimba pelbagai ilmu dan pengalaman baru. Selain daripada itu, diharapkan agar setiap guru pelatih akan hadir dengan semangat yang baru selepas mengikuti program Bina Insan Guru ini. Dengan adanya program ini, setiap guru pelatih dapat menyeimbangkan antara kokurikulum dan kurikulum. Di samping itu, diharapkan segala matlamat dan objektif yang telah ditetapkan dapat dicapai dengan jayanya agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

DISEDIAKAN OLEH: TANG SIEW TIEN