kertas cadangan k.tindakan 2015

6
SEKOLAH KEBANGSAAN JUGRA JALAN SULTAN ABDUL SAMAD 42700, BANTING SELANGOR. KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2015 NAMA PENYELIDIK : NAPISAH BINTI ZAKARIA TAJUK KAJIAN : MENINGKATKAN PENGLIBATAN MURID PASIF DALAM P&P LINUS MELALUI KAEDAH ‘SHOW, SAY & WRITE’ 1. TAJUK KAJIAN Meningkatkan penglibatan murid pasif dalam P&P LINUS melalui Kaedah Show, Say & Write’.

Upload: zaini-nie

Post on 18-Jul-2015

34 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas cadangan k.tindakan 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN JUGRA

JALAN SULTAN ABDUL SAMAD

42700, BANTING

SELANGOR.

KERTAS CADANGAN

KAJIAN TINDAKAN 2015

NAMA PENYELIDIK :

NAPISAH BINTI ZAKARIA

TAJUK KAJIAN :

MENINGKATKAN PENGLIBATAN MURID PASIF DALAM P&P LINUS MELALUI KAEDAH ‘SHOW, SAY & WRITE’

1. TAJUK KAJIAN

Meningkatkan penglibatan murid pasif dalam P&P LINUS melalui Kaedah

‘Show, Say & Write’.

Page 2: Kertas cadangan k.tindakan 2015

2

2. NAMA PENYELIDIK DAN ALAMAT SEKOLAH

NAPISAH BINTI ZAKARIA SK JUGRA,

JLN. SULTAN ABDUL SAMAD, 42700 BANTING, SELANGOR.

3. LATAR BELAKANG KAJIAN / REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pembelajaran berkesan adalah apabila murid merasakan dirinya terlibat

dalam hal yang berlaku di dalam bilik darjah. Semua murid tidak kira umur

atau jantina akan gembira apabila diberi peluang menyumbang kepada

aktiviti bilik darjah dan dianggap sebagai salah seorang daripada ahli

pasukan. Namun begitu, tidak semua murid beranggapan sedemikian. Ini

kerana terdapat sebilangan kecil dalam kalangan mereka lebih suka

menyendiri dan tidak suka ditanya atau disoal guru. Jauh sekali untuk tampil

bercakap di hadapan bilik darjah. Berdasarkan Saringan LINUS Literasi pada

tahun 2014, terdapat seramai 12 orang murid tidak melepasi piawaian yang

ditetapkan dalam saringan tersebut. Tiga orang murid daripadanya didapati

pasif. Murid-murid ini dilihat tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti P&P di

dalam bilik darjah. Berdasarkan andaian awal, keadaan ini mungkin

disebabkan oleh kaedah dan strategi yang digunakan guru kurang sesuai, isi

kandungan pembelajaran yang kurang menarik atau persekitaran yang

mempengaruhi sikap murid itu sendiri. Justeru, adalah menjadi

tanggungjawab saya untuk mencari punca kepada masalah ini serta cara

mengatasi melalui kaedah dan strategi yang sesuai bagi meningkatkan

penglibatan murid-murid ini di dalam bilik darjah.

4. ISU KEPERIHATINAN/ FOKUS KAJIAN

Saya mendapati murid-murid ini kurang bercakap, kurang keyakinan diri dan

tidak suka menyebut dan membaca secara beramai-ramai. Ciri-ciri ini sejajar

Page 3: Kertas cadangan k.tindakan 2015

3

dengan ciri murid pemulihan yang mempunyai mempunyai emosi atau

tingkah laku rendah diri, cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran, takut

akan perkara-perkara baru, pasif dan malas. Seorang dari murid-murid ini

juga kerap tidak hadir ke sekolah dengan pelbagai alasan. Ini menyebabkan

bukan sahaja pengetahuan kosa kata yang rendah malah ketinggalan dalam

sesi pembelajaran. Murid-murid pasif ini juga didapati tidak mahir membaca,

menulis dan mengira. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menjadikan

masalah mereka ini sebagai fokus kajian tindakan saya. Semoga kajian ini

dapat memberi impak positif dan seterusnya membina keyakinan diri murid

untuk terus berjaya dengan cemerlang

5. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Am:

Murid dapat meningkatkan penglibatan dalam semua aktiviti P&P yang

dijalankan.

Objektif Khusus:

I. Mengambil bahagian dalam semua aktiviti P&P.

II. Membaca dengan lancar sehingga Konstruk 12.

III. Menulis dengan baik sehingga Konstruk 12.

6. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 3 orang murid LINUS Literasi Tahun 2 Mirage yang

terdiri daripada 3 orang murid perempuan.

Page 4: Kertas cadangan k.tindakan 2015

4

7. STRATEGI TINDAKAN YANG AKAN DIJALANKAN

7.1 Tinjauan Awal

Beberapa cara yang akan diguna untuk kajian ini, contohnya:

i. Perbincangan dengan guru kelas 2 Mirage dan guru Bahasa

Malaysia bagi mengenalpasti masalah.

ii. Pendekatan pengajaran Eklektif dan Kaedah ‘Show, Say & Write’

iii. Teknik pengajaran bercerita dan soal jawab yang melibatkan Visual,

Auditori dan Kinestetik (VAK)

7.2 Aktiviti

Aktiviti 1: Teka Gambar.

Aktiviti 2: Cerita Saya

Aktiviti 3: Mari Baca

Aktiviti 4: Suka Tulis

8. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

BIL

AKTIVITI

TARIKH

PELAKSANAAN

Page 5: Kertas cadangan k.tindakan 2015

5

1 Mengenalpasti masalah kajian

23 Mac 2015

2 Menulis kertas cadangan kajian tindakan

25 Mac 2015

3 Merancang tindakan

6 April 2015

4 Melaksanakan Tindakan –Aktiviti 1

27 April 2015

5

Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 1

11 Mei 2015

6 Melaksanakan Tindakan –Aktiviti 2

18 Mei 2015

7

Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 2

15 Jun 2015

8 Melaksanakan Tindakan –Aktiviti 3

6 Julai 2015

9 Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 3

27 Julai 2015

10 Ujian untuk mengesan pencapaian murid

19 Ogos 2015

11 Refleksi Kajian

14 Sept 2015

12 Menulis laporan kajian

1 Oktober 2015

9. KOS KAJIAN

Page 6: Kertas cadangan k.tindakan 2015

6

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………. ………………………………………. (PN. NAPISAH BINTI ZAKARIA) (PN. SITI ZAINAB BT M. MUSIR) Guru Pemulihan Khas GPK Kurikulum

SK Jugra SK Jugra

Bil. Perkara Kuantiti Harga

seunit Kos

1. Kertas A 4 4 RIM RM 10.00 RM 40.00

2. Manila Kad 5 keping RM 3.00 RM15.00

3. Marker Pen 10 batang RM 5.00 RM 50.00

4. Printer Ink (hitam/warna) 2 unit RM 50.00 RM 100.00

JUMLAH RM 205.00