contoh kajian tindakan sains

31
1 KEY HUNT”: MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENULISAN PEMBOLEH UBAH DAN HIPOTESIS DALAM LAPORAN AMALI SALMIAH BT ISMAIL SMK KHIR JOHARI SUNGAI PETANI ABSTRAK Murid tingkatan empat - lima di SMK Khir Johari menghadapi masalah menjawap soalan no 10 bahagian c kertas 2 sains teras SPM yang merupakan soalan wajib dijawab. Murid tidak memahami kehendak soalan dan takut untuk mencuba. Soalan ini berkehendakan pelajar menulis hipotesis dan pembolehubah eksperimen berdasarkan kepada ayat pernyataan yang diberi. Sebenarnya, soalan ini merupakan soalan yang mudah untuk dijawab seandainya pelajar mampu menunjukkan minat dan focus. Hal ini adalah kerana kata-kata kunci untuk menulis hipotesis dan pembolehubah terangkup dalam ayat pernyataan itu sendiri. Murid tingkatan empat masih belum mahir menjawab soalan struktur yang memerlukan banyak pengolahan ayat.murid ini masih terikut-ikut dengan format PMR yang memerlukan jawapan yang ringkas. Para murid yang mengambil matapelajaran sains teras adalah mereka yang mendapat pencapaian rendah dalam PMR.Tinjauan awal telah dilakukan berdasarkan perbualan dengan guru matapelajaran dan semakan kertas peperiksaan didapati bahawa ramaimurid gagal menjawap soalan 10 bahagian c Sains SPM kertas 2 yang merupakan soalan wajib. Perbandingan dapatan ujian pra dan pasca telah mengambar kaedah ini dapat membantu murid mengatasi kelemahan mereka. Walaupun pelbagai halangan dihadapi kerana responden terdiri daripada murid yang agak lemah . Walau apapun saya sebagai pendidik, berpuas hati apabila murid saya sudah mula menunjuk minat dan keinginan yang tinggi untuk mempelajari dan mempraktik apa yang telah mereka pelajari.

Upload: siva-sundrarajoo

Post on 06-Apr-2017

453 views

Category:

Education


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh kajian tindakan  sains

1

“KEY HUNT”: MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENULISAN PEMBOLEH

UBAH DAN HIPOTESIS DALAM LAPORAN AMALI

SALMIAH BT ISMAIL

SMK KHIR JOHARI SUNGAI PETANI

ABSTRAK

Murid tingkatan empat - lima di SMK Khir Johari menghadapi masalah

menjawap soalan no 10 bahagian c kertas 2 sains teras SPM yang merupakan

soalan wajib dijawab. Murid tidak memahami kehendak soalan dan takut untuk

mencuba. Soalan ini berkehendakan pelajar menulis hipotesis dan pembolehubah

eksperimen berdasarkan kepada ayat pernyataan yang diberi. Sebenarnya,

soalan ini merupakan soalan yang mudah untuk dijawab seandainya pelajar

mampu menunjukkan minat dan focus. Hal ini adalah kerana kata-kata kunci

untuk menulis hipotesis dan pembolehubah terangkup dalam ayat pernyataan itu

sendiri.

Murid tingkatan empat masih belum mahir menjawab soalan struktur yang

memerlukan banyak pengolahan ayat.murid ini masih terikut-ikut dengan format

PMR yang memerlukan jawapan yang ringkas.

Para murid yang mengambil matapelajaran sains teras adalah mereka yang

mendapat pencapaian rendah dalam PMR.Tinjauan awal telah dilakukan

berdasarkan perbualan dengan guru matapelajaran dan semakan kertas

peperiksaan didapati bahawa ramaimurid gagal menjawap soalan 10 bahagian c

Sains SPM kertas 2 yang merupakan soalan wajib.

Perbandingan dapatan ujian pra dan pasca telah mengambar kaedah ini dapat

membantu murid mengatasi kelemahan mereka. Walaupun pelbagai halangan

dihadapi kerana responden terdiri daripada murid yang agak lemah . Walau

apapun saya sebagai pendidik, berpuas hati apabila murid saya sudah mula

menunjuk minat dan keinginan yang tinggi untuk mempelajari dan mempraktik

apa yang telah mereka pelajari.

Page 2: Contoh kajian tindakan  sains

2

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Murid ti ngkatan empat di SMK Khir Johari menghadapi masalah

menjawab soalan no 10 bahagian c kertas 2 sains teras SPM yang

merupakan soalan wajib dijawab. Murid tidak memahami kehendak soalan

dan takut untuk mencuba. Soalan ini berkehendakan murid menulis

hipotesis dan pembolehubah eksperimen berdasarkan kepada ayat

pernyataan yang diberi. Sebenarnya soalan ini merupakan soalan yang

mudah untuk dijawab seandainya murid mampu menunjukkan minat dan

fokus, kerana kata-kata kunci untuk menulis hipotesisi dan

pembolehubahan terangkup dalam ayat pernyataan itu sendiri.

Murid tingkatan empat masih belum mahir menjawap soalan struktur yang

memerlukan banyak pengolahan ayat. Murid ini masih terikut-ikut dengan

format PMR yang memerlukan jawapan yang ringkas.

Murid-murid yang mengambil matapelajaran sains teras adalah mereka

yang mendapat pencapaian rendah dalam PMR.

2. FOKUS KAJIAN

Saya menfokuskan kajian saya terhadap usaha untuk menarik minat murid

menjawab soalan 10 bahagian c kertas 2 sains teras SPM. Seterusnya

membina keyakinan murid untuk cuba mengolah hipotesis yang mudah

dan menjawab soalan berdasarkan kehendak soalan. Sekiranya masalah

ini tidak diatasi dari peringkat awal, hal ini pasti akan menjejas keputusan

murid dalam peperiksaan awam.

Page 3: Contoh kajian tindakan  sains

3

3. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum:

Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap kehendak soalan no 10

bahagian c kertas 2 sains SPM seterusnya menggalakkan murid cuba

menjawab soalan tersebut. Murid juga berasa yakin menjawab soalan

dibahagian A yang mempunyai format soalan yang sama.

Keyakinan ini memberi peluang kepada guru untuk menyempurnakan P&P

dengan berkesan dan murid juga lebih berminat dengan pengajaran sains

ini boleh mengurangkan gejala murid ponteng semasa pengajaran sains.

Objektif khusus:

i. Membolehkan para murid mengenalpasti kata kunci yang ada ayat

pernyataan bagi setiap soalan.

ii. Membantu para murid mengolah hipotesis berdasarkan ayat-ayat

pernyataan.

iii. Membantu para murid mengembangkan idea tersebut membentuk

pembolehubah-pembolehubah yang diperlukan dalam sesuatu

eksperimen.

4. Kumpulan sasaran:

Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 9 murid

perempuan daripada kumpulan MULUS ( mungkin lulus ) dari tingkatan

4PA2 dan 4K2.

5. PERLAKSANAAN KAJIAN

5.1. Tinjauan Masalah

Berdasarkan perbualan dengan guru matapelajaran dan semakan kertas

peperiksaan didapati ramai murid gagal menjawap soalan 10 bahagian c

SainsSPM kertas 2 yang merupakan soalan wajib.Sedangkan ayat

pernyataan yang dikemukakan dalam soalan menpunyai kata-kata kunci

Page 4: Contoh kajian tindakan  sains

4

yang dapat digunakan untuk menulis hipotesis danpemboleh ubah sesuatu

laporan amali

Hipotesis dan pemboleh ubah membolehkan murid mendapat 3 markah

dengan hanya mengolah balik kata kunci dari ayat pernyataan tersebut.

Sikap murid yang takut untuk menjawab soalan mudah ini menimbul

rangsangan dari dalam diri saya bagi membuat kajian dan penyelidikan

serta tindakan yang dapat membantu murid mengatasi masalah ini dan

dapat menjawab soalan dengan lebih yakin. Hal ini semestinya dapat

membantu murid memperolehi gred yang cemerlang.Kajian ini difokuskan

kepada murid tingkatan 4 dengan harapan dapat memberi ruang yang

luas bagi mereka membuat persediaan untuk peperiksaan awam

semasa mereka ditingkatan lima nanti. Ujian Pra dilaksanakan bagi

mendapat maklumat awal kajian.

5.2 Analisis Tinjauan masalah

Berdasarkan skor bagi soalan 10 bagi kertas 2, sasaran adalah terdiri dari

mereka yang tidak menjawab atau mendapat markah kurang dari 3 markah

bagi jawapan menulis hipotesis dan pembolehubah - pembolehubah

eksperimen berdasarkan ayat kenyataan yang telah dikemukan.

5.3. Tindakan yang dijalan.

Aktiviti 1: ” Pancingan hikmat ”

Murid dibekalkan beberapa ayat pernyataan, tanpa memberi sebarang

petunjuk para murid mencari kata kunci yang sesuai, yang boleh

digunakan untuk menulis pembolehubah-pembolehubah bagi sesuatu

eksperimen dan menulis hipotesis. Para murid diagihkan kepada lima

kumpulan yang terdiri daripada lapan orang murid. Setiap kumpulan

dibekalkan sebatang pancing yang mata kailnya adalah magnet. Kad-kad

yang dicatatkan dengan kata-kata kunci yang berdasarkan dengan ayat

Page 5: Contoh kajian tindakan  sains

5

pernyataan dipotong dan dilekatkan dengan klip kertas dimasukkan

dalam bekas. Seorang wakil dari setiap kumpulan akan memancing kata

kunci, kemudian murid yang selebihnya akan memadankan kata kunci

tersebut pada ruangan yang disediakan. Aktiviti tersebut diulangi sehingga

semua kata kunci dilengkapkan.

Pemerhatian

Pada peringkat awal aktiviti, para murid agak ragu – ragu untuk melakukan

tugasan yang diberi. Selepas beberapa cuba dari ahli-ahli kumpalan

masing-masing, mereka telah menunjukkan respon yang baik dan berjaya

mencari kata kunci bagi setiap ayat pernyataan.

Refleksi

Walaupun murid memberi respon yang baik tetapi mereka masih ragu-ragu

mengisi ruang kata kunci yang selaras dengan ayat pernyatan. Ini

disebabkan pelajar tidak faham tugasan yang diberi. Namun begitu jelas

terbayang diwajah mereka keinginan untuk menerus usaha pencarian kata

kunci tersebut. Minat untuk belajar lebih terserlah.

Aktiviti 2: ” Tip Answering ”

Guru memberi bimbangan dengan mengunakan bahan edaran dan juga

perisian ”Microsoft Office Powerpoint” bagi mencari kata kunci yang boleh

digunakan untuk menulis pembolehubah-pembolehubah eksperimen dan

juga mengolah hipotesis. Para murid diajar parameter tertentu bagi

mengolah kata kunci dari ayat pernyataan bagi menulis pembolehubah-

pembolehubah serta hipotesis eksperimen tersebut.

Pemerhatian

Guru memberi penerangan tip-tip jawapan, para murid pelajar mula

menyemak jawapan mereka dalam aktiviti ”Pancingan hikmat”. murid

kelihatan berkeyakinan dan membuat pembetulan sendiri bagi kata kunci

yang bersesuaian dengan ayat pernyataan yang diberikan tanpa arahan

Page 6: Contoh kajian tindakan  sains

6

guru.Sebelum ini, murid hanya mampu menunggu apa saja yang diberikan

oleh guru lebih-lebih lagi semasa membuat pembetulan.

Refleksi

Pada zahirnya, para murid kelihatan lebih berminat untuk mencuba

menjawab soalan seterusnya. Para murid saling berbincang dan cuba

memperbetulkan jawapan masing - masing. Hal ini jelas menerangkan,

bahawa keazaman serta sifat berani mencuba dalam kalangan murid telah

digilap.

Aktiviti 3- celik ayat

Para murid dibekalkan bahan edaran yang terdiri daripada ayat-ayat

pernyataan yang memerlukan pelajar menulis pembolehubah-

pembolehubah eksperimen dan juga mengolah hipotesis. Murid

menggunakan kata kunci dalam ayat pernyataan dan mengolah hipotesis.

Pemerhatian:

murid berbincang sesama sendiri bagi mencari jawapan yang sesuai

dengan menggunakan kata kunci yang terdapat dalam ayat pernyataan.

Wujudnya perubahan sikap dalam kalangan murid yang sebelum ini

mengambil jalan mudah dengan tidak menjawab soalan yang dianggap

susah.

Refleksi

Murid berminat untuk menjawab soalan yang dikemukan tetapi mereka

masih tidak dapat menjawab dengan baik. Namun respon yang ditunjukkan

semasa aktiviti tersebut amat memberangsangkan saya sebagai salah

seorang warga pendidikan. Jika aktiviti ini dilakukan semasa guru

Page 7: Contoh kajian tindakan  sains

7

membuat pembetulan setiap ujian, saya yakin murid dapat menjawap

soalan tersebut. Ini dapat meningkat lagi jumlah markah murid kerana

soalan ini merupakan soalan wajib.

5.4 Penilaian:

Data dikumpulkan daripada ujian pra dan ujian pasca. Murid mendapat

keputusan lebih memberangsang dalam ujian pasca berbanding ujian pra.

5.4.1. Perbandingan ujian pra dan ujian pos

Bil Respoden Jantina

Skor

Ujian Pra Ujian Pasca

1 Fizi Lelaki 1 6

2 Izhar Lelaki 5 8

3 Zul Lelaki 3 6

4 Wan Lelaki 5 8

5 Izul Lelaki 2 7

6 Ziroh Perempuan 1 6

7 Mirah Perempuan 2 6

8 Sarah Perempuan 2 6

9 Saty Perempuan 3 8

10 Pavit Perempuan 4 6

11 Viya Perempuan 4 8

12 Idah Perempuan 2 7

13 Zatti Perempuan 2 6

14 Rina Perempuan 5 6

Page 8: Contoh kajian tindakan  sains

8

5.4.2 Analisis keputusan ujian pra dan pasca.

Skor

Keputusan

Ujian Pra Ujian Pasca

1-2 7 -

3-4 4 -

5-6 3 8

7-8 - 6

5.4.2 Graf perbandingan ujian pra dan ujian pasca.

0

1

2

3

4

5

6

7

8

9

skor 1-2 skor3-4 skor 5-6 skor 7-8

Ujian Pra

Ujian Pasca

Semasa ujian pra kebanyakan murid mendapat skor pada julat 1-2 sahaja,

tetapi setelah pelbagai tindakan intervensi dilaksanakan maka keputusan

ujian pasca didapati amat membanggakan. Murid dapat menguasai kaedah

penulisan pembolehubah-pembolehubah dan mengolah hipotesis

berdasarkan ayat pernyataan tersebut. Murid berjaya mendapat skor

sekurang-kurangnya pada julat 5-6 dalam ujian pasca. Pencapaian ini

merupakan titik permulaan kejayaan murid dan juga menjadi rangsangan

Bil murid

Page 9: Contoh kajian tindakan  sains

9

kepada murid untuk lebih berjaya dengan berbekalkan keyakinan diri yang

tinggi.

5.5. Refleksi Kajian

Hasil dapatan ujian pra hanya tiga orang murid mendapat 5 markah

daripada dua soalan yang diberikan dan 11 orang murid mendapat

markah dalam julat 1-4. Jelas menunjukkan murid tidak dapat menguasai

soalan no 10 sains teras kertas 2 yang jawapan boleh diperoleh dari ayat

pernyataan yang dikemukakan. Guru memberi motivasi supaya murid tidak

berasa takut untuk menjawab soalan tersebut. Guru menegaskan kepada

murid bahawa perkara ini dapat diatasi sekira mereka dapat menggunakan

kata- kata kunci dari ayat pernyataan bagi setiap soalan yang

dikemukakan. murid telah mencuba menggunakan kata-kata kunci tersebut

dan berjaya menjawab soalan ujian pasca. Hasil dapatan ujian Pasca

amat memberangsangkan. Bagi membuktikan murid benar-benar

menguasai penggunaan kata kunci bagi menulis pembolehubah-

pembolehubah dan mengolah hipotesis, satu borang soal-selidik( lampiran

E ) maklum balas tentang penggunaan kata kunci dan tahap keyakinan

murid telah disediakan . Hasil dapatan soal selidik tersebut kesemua

pelajar bersetuju dengan kenyataan soalan 1 hingga 4 dan tidak setuju

dengan kenyataan 5.

Page 10: Contoh kajian tindakan  sains

10

6. Cadangan untuk kajian seterusnya

Kaedah ini perlu diterus kerana ia dapat membantu murid mendapat tip

jawapan dari ayat pernyataan itu sendiri. Ianya dapat mengatasi

kelemahan mereka, sedikit sebanyak dapat menambahbaik lagi

keputusan mereka. Saya cukup berpuas hati melaksanakan teknik

pengajaran ini. Saya berharap kajian ini perlu di murnikan atau ditambah

baik pulih oleh pengkaji yang lain dimasa akan datang.

7. Rujukan

Hamzah b.Othman. ( 2009). Pecutan Kognitif Emas SPM. Perintis

Marketing. Sdn.Bhd. Terangganu Darul Iman.

LAMPIRAN A

Page 11: Contoh kajian tindakan  sains

11

Nama:……………………………………………………..

Instruction: Read and study the given statements and underlines the

important key words than write it’s in the space provided.

STATEMENT KEY WORDS

1.Impure water has higher boiling point compared to

pure water

2. Temperature affects the growth of

microorganisms.

3. Nitrogen affects the growth of plants.

4. An alloy is harder than its pure metal.

5. Different metals show different reactivity with

water.

6. Some substances can conduct electricity

whereas some substances cannot.

7. When white light is shone on a primary coloured

filter, a certain coloured light passes through.

8. It is easier to knock a sharp nail into a plank as

compared to a blunt one.

Page 12: Contoh kajian tindakan  sains

12

TIPS FOR ANSWERING

Different metals shows different reactivity with water

Responding variable Fixed variable

Manipulated variable

Some substances can conduct electricity whereas some substances cannot

Manipulated variable

Responding variable

LAMPIRAN B/1

Page 13: Contoh kajian tindakan  sains

13

Study the following statement:

An alloy is harder than its pure metal

Brass is an alloy containing copper.Using a copper block, brass block, steel ball and other

apparatus.

Answer:

(a) Hypothesis Alloy is harder than pure metal.

(b)(i)

Aim 1. To study the hardness of alloy compared to pure

metal

2. To compare the hardness of alloy and pure

metal

(ii) Variables 1. Constant variable: 1. Size/ diameter / mass of

steel ball

2. Height of steel ball drop

2. Manipulated variable: Type of block

3. Responding variable: Depth / Diameter of dent

on the block

LAMPIRAN B/2

Page 14: Contoh kajian tindakan  sains

14

Based on the given statements, write suitable variables:

1.

2.

Variables that is

Fixed manipulated Responding

Variables that is

Fixed manipulated Responding

An alloy and a pure metal have a different corrosive resistance

characteristic.

Impure water has higher boiling point compared to pure water.

LAMPIRAN C/1

Page 15: Contoh kajian tindakan  sains

15

Name: …………………………………………………………

1

.

State the hypothesis for this experiment.

………………………………………………………………………………………

………

………………………………………………………………………………………

2.

State the hypothesis for this experiment.

……………………………………………………………………………………

An alloy and a pure metal have a different corrosive resistance

characteristic

Impure water has higher boiling point compared to pure water.

LAMPIRAN C/2

Page 16: Contoh kajian tindakan  sains

16

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI

08000 SUNGAI PETANI KEDAH

DARULAMAN

10 minutes

Name:………………………………………………………….. Pre-Test/

Post Test

QUESTION 10

a. Study the following statement.

i. Suggest one hypothesis to investigate the above statement. [ 1

mark ]

ii. An exothermic reaction causes the surrounding temperature to

increase

Using a boiling tube, thermometer and distilled water. Describe an

experiment to test your hypothesis in 10 (a) based on the following

criteria:

- Aim of the experiment [ 1

mark ]

- Identification of variables [ 2

marks ]

Answers

a. i.

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………

An exothermic is a reaction which releases heat energy to surrounding

LAMPIRAN D/1

Page 17: Contoh kajian tindakan  sains

17

ii

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

……………………………

b. Study the following statement.

i. Suggest one hypothesis to investigate the above statement. [ 1

mark ]

Using a thermometer, common salt and distilled water. Describe an

experiment to test your hypothesis in 10 (a) based on the following criteria:

ii. Describe an experiment that you can carry out to test your hypothesis in

b (i) based on the following criteria:

i. Aim of the experiment [ 1

mark ]

ii. Identification of variables [ 2

marks ]

Answers

i

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………

The boiling point of the substances is affected by the presence of an

impurities

LAMPIRAN D/2

Page 18: Contoh kajian tindakan  sains

18

ii

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………

BORANG SOAL SELIDIK

Soal selidik (murid)

LAMPIRAN E

Bahagian A.

Sila isi jawapan anda diruangan yang disediakan

Jantina : Lelaki/Perempuan (* Gariskan yang berkenaan )

Bahagian B

Sila tandakan (√) pada ruangan yang disediakan mengikut skala pilihan anda

1. Penggunaan kata kunci membantu saya

menjawab soalan 10

2. Saya lebih berkeyakinan menjawab

soalan 10 selepas menggunakan kaedah ini.

3. Walaupun saya kurang mahir penggunaan

Bahasa Inggeris saya masih boleh menjawab

dengan lebih yakin melalui kaedah ini.

4. Adakan kaedah penggunaan kata kunci perlu

perkukuhkan lagi.

Ya Tidak

Page 19: Contoh kajian tindakan  sains

19

Page 20: Contoh kajian tindakan  sains

20

LAMPIRAN F

Page 21: Contoh kajian tindakan  sains

21

Page 22: Contoh kajian tindakan  sains

22

Page 23: Contoh kajian tindakan  sains

23

Page 24: Contoh kajian tindakan  sains

24

Page 25: Contoh kajian tindakan  sains

25

Page 26: Contoh kajian tindakan  sains

26

Page 27: Contoh kajian tindakan  sains

27

Page 28: Contoh kajian tindakan  sains

28

Page 29: Contoh kajian tindakan  sains

29

Page 30: Contoh kajian tindakan  sains

30

Page 31: Contoh kajian tindakan  sains

31